Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan ma

Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan masyarakat Melayu
Hubung kait Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu
Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia.
Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau
kedamaian. Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan
selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah
selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang
banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat
masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat
tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin,
2004).
Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan Tamadun Melayu dahulu dan sekarang. Islam telah
menjadi agama rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia.
Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada Tamadun Melayu. Dalam
perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan
adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna
lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam Tamadun Melayu.
Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di alam Melayu dengan kesan-kesannya
sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan
kerohanian. Namun, masih ada unsur unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan.

Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani,
intelektual dan kemasyarakatan.
Perkembangan Islam di alam Melayu unik kerana tidak terdapat sebarang bukti penggunaan kekerasan
atau ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang motif utamanya mengembangkan Islam. Jika ada pun,
perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan
menerima perubahan. Tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam Melayu masih lagi menjadi bahan
pertikaian dan perdebatan. Meskipun sedemikian, setidak-tidaknya terdapat beberapa bahagian di alam
Melayu yang telah pun menerima Islam sejak abad ke-7 ataupun ke-8 masihi seperti di Sumatera
sementara di Tanah Melayu pula sejak abad ke-9 atau ke-10 masihi. Ramai juga sarjana yang meletakkan
bahawa kemasukan Islam ke Sumatera dan Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari itu dan mengatakan
bahawa di Sumatera sekitar abad ke-13 sementara di Tanah Melayu pada abad ke-14.
Secara umumnya, terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke mlam Melayu. Tiga punca ini
termasuklah Islam dibawa dari Tanah Arab, dari China dan dari India. Terdapat satu persamaan dalam
ketiga-tiga teori ini iaitu agama Islam berkembang melalui perdagangan.
Islam dari Tanah Arab. John Crawford mengatakan agama Islam datang secara langsung dari Tanah Arab
pada abad ke-7M. Bukti yang dikemukakannya ialah “pedagang Arab sudah lama berdagang di alam
Melayu iaitu sejak Zaman Jahiliyah sehinggalah ke Zaman Islam.” S.M. Naquib al-Attas pula
menegaskan bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi
yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya kedatangan Islam.
Selain itu, Islam turut disebarkan melalui perkahwinan seperti perkahwinan antara Ali bin Muhammad


ibn Jaafar iaitu salah seorang daripada ahli rombongan Muhamad bin Jaafar al-Siddiq dengan Puteri
Makhdum Tanshuri iaitu adik perempuan raja Perlak. Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun
diislamkan pada tahun 531 H/1136 M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri seorang ulama
berbangsa Arab yang datang dari Yaman.
Islam dari India. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Delhi (abad ke-13), agama Islam sudah bertapak
di India. Kota Baghdad telah merosot kerana ditawan oleh tentera Mongol. Kerajaan Islam di Sepanyol
pula menghadapi Perang Salib. Akibatnya, banyak orang Islam yang berhijrah ke Timur (alam Melayu).
Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar
pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan.
Snuck Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis Barat) telah menyatakan, “Masyarakat alam Melayu
memandang India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam
persoalan agama.” Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh
1419M oleh Morquette merupakan bukti Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan. Bentuk fizikal
kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa
pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke alam Melayu pada awal kurun ke-15M.
Selain itu, persamaan mazhab iaitu mazhab Shafie menyebabkan Thomas Arnold dalam bukunya The
Preacing of Islam meletakkan bahawa Islam di Asia Tenggara dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari
Malabar.
Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke nusantara dari China melalui

Canton dan Hainan pada kurun ke-9 masihi. Pendapat ini terbukti dari hasil penemuan batu bersurat di
Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. Menurut Syed Muhammad
Naquib al-Attas, pemberontakan di Canton (878 masihi) telah menyebabkan para pedagang Islam
berhijrah ke Kedah dan Palembang demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan mereka ke Kedah dan
Palembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China.
Pedagang-pedagang Arab telah singgah di beberapa pelabuhan di alam Melayu untuk mendapatkan
bekalan makanan dan minuman sebelum meneruskan perjalanan ke negara China. Semasa singgah di
alam Melayu, mereka berpeluang mengenal adat resam penduduk tempatan. Sebilangan dari mereka telah
berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengislamkan isteri serta keluarga pihak isteri. Perkampungan
Arab telah wujud dengan banyaknya di Campa, Kemboja dan Sumatera. Ini menyebabkan Islam dapat
disebarkan dengan mudah dan meluas.
Raja serta golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penduduk tempatan. Penduduk
tempatan akan mengikut segala tindakan raja atau ketua mereka. Ini menyebabkan penduduk tempatan
memeluk agama Islam.
Raja yang memeluk agama Islam akan mengamalkan pentadbiran bercorak Islam seperti Melaka di Tanah
Melayu. Kerajaan Islam telah meluaskan jajahan takluk dan menyebarkan agama Islam kepada penduduk
tempatan. Contohnya, Bendahara Tun Perak di Melaka telah meluaskan kuasanya ke Pahang, Pattani,
Terengganu, Johor, Bangkalis, Siak, Kampar, Rokan dan Inderagiri. Penduduk tempatan dapat menerima
kemasukan Islam dan telah memeluk Islam tanpa sebarang paksaan.
Banyak tokoh mubaligh muncul pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (15051535). Antaranya ialah Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Tokoh-tokoh

tersebut menyebarkan Islam secara berhikmah dengan akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana.
Mubaligh menyebarkan Islam melalui ceramah (khutbah) dan penulisan kitab. Mubaligh yang terkenal di
Demak ialah Wali Songo atau Wali Sembilan yang sangat giat menyebarkan Islam.

Setiap kerajaan Islam yang kuat dan masyhur akan memainkan peranan penting sebagai pusat
kebudayaan Islam di alam Melayu. Pada mulanya peranan ini dimainkan oleh Perlak dan Pasai, kemudian
diambil alih oleh Melaka, Acheh dan Riau. Pusat tersebut juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan
pusat intelektual. Pusat tersebut mempunyai institusi pendidikan seperti pondok sekolah. Banyak pusat
kegiatan intelektual didirikan untuk masyarakat setempat mendalami ajaran Islam.
Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas
dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak diguna
pakai dalam adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah
seperti berikut:
Agama dan Kepercayaan.
Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme serta bertukar kepada konsep
ketuhanan, hormat-menghormati dan pentingkan soal persamaan taraf. Islam telah mengubah world view
masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang
Maha Esa, nabi-nabi, malaikat dan kitab suci. Walau bagaimanapun, tradisi dan adat lama masih sukar
dihapuskan dan hilang sedikit demi sedikit.
Politik dan Pemerintahan.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Beberapa institusi
Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang
didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Institusi kesultanan telah diperkenalkan berdasarkan
kerajaan Turki Uthmaniyyah. Tanah Melayu menggunakan undang-undang syariah untuk menjamin
keamanan dan kesejahteraan rakyat sama seperti kerajaan Islam. Gelaran sultan digunakan oleh ketua
kerajaan dan baginda menjadi ketua agama Islam. Baginda dianggap sebagai pemegang amanah Allah swt
iaitu bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat jelata. Penasihat, ulama dan mufti turut membantu
baginda dalam menguruskan pentadbiran. Selain itu, kedatangan Islam telah menyemarakkan semangat
jihad orang Melayu menentang penjajah. Semangat yang berkobar-kobar itu akhirnya melahirkan
semangat kebangsaan penduduk tempatan untuk menentang penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol dan
Inggeris.
Bahasa dan Kesusasteraan.
Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke-14. Masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan
Arab kepada bahasa Melayu dan diubah suai sebagai tulisan Jawi. Pada masa itu, bahasa Melayu telah
dipilih sebagai bahasa persuratan dan sebagai alat penyebaran Islam di seluruh alam Melayu. Berlaku
pinjaman kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti hakim, mahkamah, akal, tamadun, roh, iman,
ilmu. Agama Islam membawa perubahan besar terhadap kesusasteraan Melayu. Antara hasilnya adalah
Hikayat Nabi Muhammad saw, Hikayat Para Nabi dan Rasul.
Pendidikan.
Sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya terhad kepada golongan bangsawan. Selepas kedatangan

Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Di Melaka, istana
berperanan sebagai institusi pendidikan dan mempunyai perpustakaan untuk menyimpan kitab-kitab dan
sastera Islam. Antaranya ialah Kitab Dun al-Manzum, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammaad
Ali Hanafiyah. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke institusi pendidikan Islam

seperti pondok dan madrasah. Sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Lahirlah para cendiakawan Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.
Adat dan Cara Hidup.
Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak
individu itu lahir di dunia sehinggalah hari kematiaannya. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran
agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.
Sistem Kekeluargaan.
Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu di samping komuniti bagi
melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dan pendidikan
berteraskan Islam dan adat. Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan
unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep dosa, pahala,
haram dan sebagainya.

Hubung kait Tamadun India dengan Tamadun Melayu
Masyarakat majmuk di Malaysia dibentuk oleh kepelbagaian kaum dan amalan budaya mereka.

Masyarakat India merupakan salah satu kompenen penting dalam kependudukan di negara kita. Daripada
segi kebudayaan India pula ia adalah sebahagian daripada elemen budaya silam yang menyumbang
kepada pembentukan identiti budaya Melayu selain daripada elemen agama Islam. Pengaruh peradaban
India berkembang di nusantara secara dominan daripada kurun masihi yang pertama sehingga kurun ke14 dan ke-15 melalui dua falsafah kepercayaaan yang penting iaitu Hinduisme dan Buddhisme (A.Aziz,
1994). Proses asimilasi budaya Hindu-Budha dalam masyarakat tempatan dikenali sebagai proses
penghinduan atau pengindiaan. Ia juga turut terkenal dengan beberapa istilah lain seperti The Greater
India dan Indianization. Proses ini secara evolusinya berjaya membentuk sistem sosial dalam masyarakat
Melayu yang kemudiannya di asimilasi mengikut amalan tempatan.
Kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan masyarakat tersebut. Antara yang
terpenting adalah kedudukan Semenanjung Tanah Melayu sebagai tempat persinggahan dan sekali gus
sebagai kawasan perdagangan yang menawarkan banyak sumber perdagangan kepada semua pedagang
daripada serata negara yang menarik minat pedagang-pedagang dari India Selatan. Mereka menjadikan
Semenanjung Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan mereka di rantau Asia Tenggara.
Pada abad ke-19, kemasukan imigrasi India adalah lebih besar daripada pedagang-pedagang sebelumnya.
Rasionalnya kemasukkan orang-orang dari India adalah kononnya kerana orang Melayu tidak suka
makan gaji. Sebenarnya kedatangan kaum India ke negara ini adalah berkait secara langsung dengan
dasar ekonomi British. Pemilihan kaum India sebagai tenaga buruh utama dalam sektor perladangan
kolonial berdasarkan pada beberapa faktor seperti kemerosotan ekonomi masyarakat tempatan India
akibat daripada sistem monopoli British.

Kemelesetan dan kemelaratan ekonomi ini ditambah lagi dengan bencana-bencana alam yang
menyebabkan mereka bersedia untuk keluar dari India bagi memulakan hidup baru di negara lain. Selain
daripada itu, sebagai sebuah kuasa yang menjajah India, British sedia maklum dengan masalah
sosiobudaya yang melingkari masyarakat India. Sikap merendah diri dan jiwa kehambaan yang wujud
dalam diri penduduk India terutamanya mereka daripada golongan berkasta rendah memudahkan lagi
British menguasai dan memanipulasi mereka yang menjadi buruh di Tanah Melayu. British juga
berpendapat tenaga buruh India ini mampu digunakan dengan sebaik-baiknya apabila sistem yang teratur
dapat diperkenalkan oleh mereka.
Selain daripada dasar British yang sememangnya menjadikan rakyat di India sebagai tumpuan dalam
menyelesaikan masalah tenaga buruh yang diperlukan oleh Tanah Melayu, faktor dalaman di India
sendiri adalah penyumbang besar kepada kehadiran rakyatnya ke negara ini. Antaranya, kesengsaraan
sosial akibat daripada banjir dan kemarau yang melanda di samping wabak penyakit seperti malaria dan
beri-beri. Keadaan ini ditambah lagi dengan peluang kerja yang terhad akibat daripada pertambahan
penduduk yang amat ketara iaitu seramai 130,000,000 orang pada tahun 1845 ke 390,000,000 orang pada
tahun 1941 menyebabkan ramai penduduk mengalami kebuluran.
Selain daripada itu, sistem kasta yang menjadi amalan pula menambahkan lagi masalah di mana kaum
kasta rendah terus tertindas. Sistem kasta yang mengehadkan mobiliti sosial dan ekonomi juga

menggalakkan orang India daripada kasta-kasta rendah untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mengikut
Rabindra Daniel, golongan kasta rendah ini sering dizalimi dan teraniaya serta peluang-peluang mereka

disekat secara sewenang-wenangnya. Anak-anak mereka tidak mendapat peluang belajar dengan lebih
baik dan sekali gus peluang mendapat pekerjaan juga tertutup. Oleh yang demikian, mereka melarikan
diri daripada terus berada dalam sistem dan budaya yang tidak adil, mereka membuat keputusan untuk
berpindah ke tempat yang tidak mengamalkan sistem tersebut. Sehubungan dengan itu, lebih satu pertiga
daripada jumlah orang India yang berhijrah dari Madras ke Tanah Melayu pada tahun 1931 berasal
daripada kasta-kasta rendah.
Akibat penjajahan British yang membawa bersama pembaharuan-pembaharuan memberikan impak
negatif ke atas masyarakat tempatan India. Selaras dengan berlakunya Revolusi Industri di Eropah,
kerajaan Inggeris menggunakan tanah-tanah jajahan bagi membekalkan bahan mentah untuk industri
mereka. Monopoli British menyebabkan peluang-peluang ekonomi dan pemasaran hasil pemasaran
menjadi semakin kecil dalam kalangan penduduk tempatan. Selain daripada itu, cukai-cukai yang
dikenakan terlalu tinggi sehingga 80 peratus bagi setiap hasil keluaran (Azmah Abdul Manaf, 2001). Ini
mengakibatkan petani-petani kehilangan tanah kerana terpaksa menyerahkannya kepada kerajaan dan
ceti-ceti akibat kegagalan membayar cukai yang tinggi yang dikenakan oleh pihak British. Mereka
tertindas akibat faedah yang tinggi yang dikenakan oleh para peminjam wang. Kesempitan hidup yang
diakibatkan oleh British menyebabkan mereka memilih untuk berhijrah ke Tanah Melayu juga atas
tawaran British.
Pihak pentadbiran British menggalakkan kemasukan imigran ke Tanah Melayu selepas tahun 1870-an.
Tiada sebarang sekatan ke atas penghijrahan masuk imigran ke Tanah Melayu sehingga tahun 1929.
Tabung Imigrasi India dan undang-undang diperbaiki menyebabkan semakin ramai buruh India bekerja di

ladang-ladang getah.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, dasar kerajaan British sendiri menggalakkan penghijrahan
penduduk dari luar ke negara ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di ladang-ladang dan
perkhidmatan kerajaan. Rakyat India seperti kaum Punjabi dibawa masuk untuk berkhidmat dalam
pasukan-pasukan polis dan keselamatan. Orang India yang berpendidikan Inggeris dari India dan Sri
Lanka diambil untuk berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan perkeranian dan teknikal. Sementara
itu penghijrahan penduduk dari India Selatan digalakkan bagi memenuhi keperluan tenaga dalam
pembinaan jalan kereta api dan jalan-jalan raya ke Negeri-negeri Selat pada tahun 1972.
Perladangan getah yang diusahakan oleh pemodal Eropah sejak tahun 1890-an menyebabkan kemasukan
buruh India ke Tanah Melayu. Penghijrahan yang paling ramai berlaku antara tahun 1911 hingga 1921
iaitu semasa harga getah melambung tinggi. Kemasukan imigran India adalah melalui Sistem Kangani
yang diadakan pada tahun 1810. Pengusaha ladang menghantar seorang ketua ke India untuk
mendapatkan buruh. Pihak Inggeris menerapkan seorang pegawai British di Madras untuk urusan
pengambilan buruh. Pihak Inggeris juga membuat persetujuan dengan kerajaan India supaya kemasukan
orang India lebih mudah untuk sektor perladangan dan awam. Kerajaan juga mewujudkan Tabung
Imigrasi India untuk mendapatkan sumbangan wang daripada pemilik kilang.
Terdapat sebilangan orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu yang terdiri daripada golongan
pertengahan. Mereka merupakan golongan pedagang seperti golongan Chettiar dari Madras, masyarakat
Muslim dari India Selatan dan masyarakat Gujarani, Sikh dan Sindhi dari India Utara. Mereka merupakan
golongan profesional dan separa professional yang menjadi peniaga, peminjam wang, terlibat dalam

sektor pengurusan dan pentadbiran, polis, tentera serta pekerja-pekerja rumah semasa kerajaan kolonial di
Tanah Melayu (Sandhu,1969).

Kestabilan politik di Tanah Melayu ketika itu juga mendorong kepada kemasukan imigran India. Pada
tahun 1875, British berjaya memulihkan keamanan di Tanah Melayu dengan menamatkan Perang Saudara
dan perbalahan kongsi gelap. Pemerintahan British melalui Sistem Residen juga telah menjamin
keselamatan harta benda dan nyawa. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896
telah mewujudkan satu sistem kerajaan yang cekap dan stabil. Keadaan inilah yang mendorong
kemasukan imigran India ke Tanah Melayu.
Salah satu daripada cara penyebaran tamadun India ke Tanah Melayu adalah melalui aktiviti perdagangan.
Secara tidak langsung aktiviti ini telah memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan
penduduk setempat. Selain itu, tamadun ini juga disebarkan melalui aktiviti perkahwinan. Pedagangpedagang dari India telah berkahwin dengan anak pembesar - pembesar di Tanah Melayu.
Perkahwinan campur antara pedagang India dengan penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di
Melaka. Mereka merupakan hasil perkahwinan campur antara penduduk yang berbangsa India dengan
masyarakat Cina dan Melayu tempatan dan lain-lain. Masyarakat ini wujud hasil daripada hubungan
perdagangan yang wujud antara Melaka dengan India semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka
dahulu. Pada masa itu wujud suatu penempatan yang dikenali sebagai ‘Kampung Keling’ sebagai
penempatan para pedagang India bagi memudahkan mereka berurus niaga. Menurut seperti yang tercatat
dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan ‘keling’ berasal daripada ‘Kaling
Gappatinam’ atau ‘Kalinggam’ yang dikenali sebagai Benua Keling. Di Pulau Pinang perkahwinan
campur antara India Muslim dengan wanita Melayu telah melahirkan komuniti Peranakan Jawi.
Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan ugama Hindu di Tanah Melayu ini, ciri-ciri
kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan di negara ini
kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut tetamu dan pakaian tradisional
mereka. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh
dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan
talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.
Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat
tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang-orang Melayu iaitu nasi. Namun
terdapat juga makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada hari-hari kebesaran agama atau
perayaan. Makanan itu ialah tause dan itali. Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang
direndam dan dikisar halus.
Bukti kedatangan Tamadun India dapat dilihat melalui penemuan Candi Bukit Batu Pahat di Lembah
Bujang, Kedah. Candi ini merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu Kerajaan Chola ketika menguasai
Kedah. Kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja. Candi pada masa dahulu merupakan
monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat. Candi juga
berfungsi sebagai tempat simpan abu jenazah raja dan keluarganya. Di samping itu, candi juga ialah
tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal dan menjadi lambang kepada
keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Candi agama Hindu terbahagi
kepada dua bahagian utama iaitu vimana dan mandapa. Vimana ialah bahagian suci tempat arca
keagamaan diletakkan dan mandapa ialah bahagian luar candi. Candi berunsur Buddha pula memiliki
pelan jenis cruciform.
Terdapat juga penemuan tembikar dan patung-patung agama Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Selain
itu, bukti kedatangan Tamadun India dapat dilihat melalui penemuan batu bersurat di Sungai Mas (Kedah
Tua). Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan agama Buddha dan mengandungi maklumat tentang
agama, pemerintahan, raja dan undang-undang. Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu
bersurat jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat.

Oleh sebab bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab-kitab
berkaitan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu, maka, banyak perkataan tersebut
masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara. Sesetengah perkataannya
telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini.
Kesan positif kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu dari segi penyebaran agama ialah agama
Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang
kepada kepercayaan animisme.
Dari segi sistem pemerintahan, konsep ‘Dewaraja’dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King
diperkenalkan pada masa dahulu. Ini merupakan konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan
keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status raja sebagai jelmaan Tuhan. Konsep
ini telah diaplikasikan semasa upacara pertabalan raja-raja. Simboliknya upacara ini adalah untuk
mengekalkan status tinggi raja sebagai pemerintah tertinggi negara kita.
Manakala dari segi bahasa dan kesusasteraan pula, bahasa Sanskrit telah mula tersebar di Tanah Melayu.
Ini dapat dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Terengganu dan
sebagainya. Pada Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui juga 29
perkataan daripada bahasa Sanskrit. Sesetengah perkataan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang
sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan bhakti, bhumi, dosa dan banyak lagi.
Kesusteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata juga tersebar. Hikayat Seri Rama yang
cukup terkenal sebenarnya telah mendapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Selain itu, Epik
Mahabharata turut diberi wajah tempatan dan lahirlah hikayat seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat
Panca Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya kesusasteraan Melayu tradisional amat menitikberatkan
aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Ia juga turut
diaplikasi dalam persembahan wayang kulit.
Dari segi adat resam dan budaya, kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat
resam masyarakat Melayu seperti amalan jampi dan mentera untuk mengubati orang sakit. Amalan adat
dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai
juga merupakan adaptasi daripada pengaruh agama Hindu.
Dari segi ekonomi dan sosial pula, aktiviti perdagangan sekitar abad ke-14 dan ke-15 masihi
membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan kota metropolis yang sangat
terkenal di seluruh nusantara pada masa itu. Ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu juga turut
berkembang ekoran daripada perkembangan pesat dalam pengeluaran kelapa sawit, getah dan sebagainya.
Kedatangan para pedagang India Islam terutamanya dari wilayah Benggala ke Melaka membentuk
masyarakat campuran hasil daripada perkahwinan mereka dengan wanita-wanita tempatan. Kumpulan ini
memberi impak yang kuat pada perkembangan di negeri itu. Zaman kegemilangan Melaka
memperlihatkan pengaruh India-Islam dalam hal ehwal politik di dalam kerajaan itu. Kedatangan
tamadun India juga telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat
resam. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan adat resam.
Dari segi seni bina, pengaruh India tidak banyak mempengaruhi bangunan di Malaysia. Pendatang India
banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina seperti kuil Hindu
di India. Namun begitu pengaruh seni bina Selatan India, banyak mempengaruhi binaan masjid.
Masyarakat India Selatan yang beragama Islam yang disebut sebagai Klings atau Keling lebih suka
dengan gaya seni bina Islam mereka (Vlatseas, 1990). Masjid Kapitan Kling (1802-1803), Pulau Pinang

salah satu contoh seni bina Selatan India, dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni
bina India Muslim ini jelas kelihatan pada menara yang tinggi dan kubah potong bawang.

Di samping itu, terbinanya bandar-bandar yang lebih terancang. Kesan akibat perkembangan bandar ialah
mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik. Ia juga melahirkan kemudahan
persekolah untuk penduduk setempat memperolehi pendidikan. Contohnya, sekolah terawal di Malaysia
ialah Penang Free School yang telah dibuka pada tahun 1825. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang
lebih tinggi di bandar dan terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan
sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan seperti
di Taiping pada tahun 1878.
Terdapat juga kesan-kesan negatif akibat kedatangan bangsa India. Antaranya ialah kejatuhan empayar
Melaka. Kejatuhan empayar ini dikaitkan dengan pergolakan politik yang melibatkan beberapa tokoh
India Muslim di Melaka pada pertengahan abad yang ke-15. Konflik yang berlaku antara Bendahara Tun
Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah digunakan oleh Raja Mandeliar bagi mendapatkan pengaruh
daripada pihak sultan. Peristiwa ini akhirnya menjadi faktor yang mempercepatkan keruntuhan
Kesultanan Melayu Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511.
Antara kesan negatif dalam bidang sosial dan ekonomi akibat daripada kemasukan imigran India ke
Tanah Melayu adalah menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi
sosial dan budaya masing-masing. Manakala dari segi struktur kemasyarakan pula, akibat pengaruh dari
sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jenis golongan atasan atau bangsawan
yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada
munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu, akibat daripada
perkahwinan campur menyebabkan kes perebutan anak apabila pasangan itu sudah bercerai dan anak
akan dibawa lari ke negara asal mereka. Keadaan ini akan merumitkan lagi keadaan.
Kesan akibat kemasukan secara beramai-ramai imigran India telah membawa kepada pertambahan
penduduk di Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum
bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Dari segi pendidikan pula, kesan
negatif akibat daripada kedatangan tamadun India adalah pengenalan kepada sistem pendidikan
vernakular dengan sukatan pelajaran yang berbeza. Ini menyebabkan sukatan pelajaran yang diajar di
sekolah tidak selaras dan menyukarkan para pelajar.

Hubung kait Tamadun China dengan Tamadun Melayu
Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun masihi
iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke
peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Srivijaya di alam
Melayu pada abad ke-7. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan
diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu
daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui alam Melayu.
Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila Melaka di bawah pemerintahan
Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke
alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu
tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China)
Hubungan Melayu-China yang kurang aktif disebabkan masalah dalaman kerajaan China dan penjajahan
Barat di alam Melayu terjalin semula dalam abad 18/19, tetapi dengan pola yang jauh berbeza, kerana
kedatangan orang Cina bukan dibawa oleh pemerintah Cina atas hubungan diplomasi, melainkan dibawa
oleh penjajah Barat untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu dijadikan
buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain mencuba nasib dalam perniagaan.
Mengikut kajian sejarah, Tamadun China telah datang ke dalam Tanah Melayu melalui hubungan
perdagangan. Ianya bermula di Jakarta (1619) dan Singapura. Di Singapura lebih pesat pada tahun 1819
selepas pembukaannya oleh Raffles dan pada tahun 1845, hampir separuh dari penduduk Singapura ialah
pendatang Cina. Pola penduduk ini juga berlaku di pusat-pusat bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan
Kuching. Mereka menjadi sumber buruh di Tanah Melayu dan merupakan modal dalam perkembangan
perdagangan import dan eksport antara Barat dan Timur.
Pendatang Cina menjadi sumber buruh apabila sektor perlombongan dan pertanian komersial telah
berkembang di Tanah Melayu. Contoh kawasan perlombongan ialah di Larut, Perak dan telah terdapat
40,000 pendatang Cina di sana pada tahun 1873. Selain menjadi buruh di sektor perlombongan, tenaga
buruh mereka turut digunakan di ladang lada dan gambir.
Penghijrahan secara besar-besaran telah berlaku apabila Inggeris mengambil alih Pulau Pinang dari Sultan
Kedah pada 1786, Singapura dari Sultan Johor pada 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat
1826. Migrasi secara bebas dari China telah mendapat galakan dari Kerajaan Selat (Inggeris) dan undangundang untuk galakan imigran telah ditubuhkan iaitu The Chinese Immigrants dan The Crimpling
Ordinance. Jabatan perlindungan Orang Cina turut ditubuhkan bagi melindungi buruh-buruh Cina.
Sehinggalah pada 1933, kemasukan orang asing telah dihadkan oleh Ordinan Orang Asing.
Pergolakan di China Selatan akibat pemberontakan Taiping 1851 dan malapetaka seperti banjir dan
kepesatan penduduk telah mendorong migrasi beramai-ramai ke Tanah Melayu dari wilayah Kwangtung,
Fukein dan Kwangsi yang membentuk lima kumpulan dialek utama iaitu Teochew, Kantonese, Hokkien,
Hakka dan Hainan. Pada awalnya, ramai yang terkorban akibat keadaan hidup, penyakit dan kerja teruk.

Kemudian mereka menjadi semakin gigih hingga mampu menempa kerjaya dalam perniagaan, pertanian,
perlombongan dan lain-lain. Justeru itu, pada pandangan pihak berkuasa Inggeris kadar migrasi mereka
selaras dengan pertumbuhan ekonomi.

Pemujaan atau penyembahan roh nenek moyang adalah penting. Penyembahan ini dilakukan sekurangkurangnya tiga kali setahun iaitu menjelang Tahun Baru iaitu sepuluh hari sebelum dan sepuluh hari
selepas perayaan Cheng Beng dan bila-bila masa terutamanya pada hari ulang tahun kelahiran dan
kematian mereka. Pemujaan juga dijalankan semasa sambutan ulang tahun pelbagai dewa dan dewi serta
Hari Wesak. Namun begitu, terdapat juga kaum Baba dan Nyonya terutamanya kaum Nyonya yang tidak
menjalankan sesetengah upacara pemujaan ini. Mereka akan ke kuil Hindu dengan membawa kelapa dan
pisang kepada sami untuk sembahyang, melumurkan debu suci di atas dahi dan membawa pulang seketul
arang dari lombong untuk digunakan dalam acara berjalan di atas bara.
Masyarakat Baba dan Nyonya tidak bercakap menggunakan bahasa nenek moyang mereka sebaliknya
bercakap menggunakan bahasa Melayu dikenali bahasa Melayu Baba. Mereka akan mencampurkan
perkataan dan frasa bahasa Melayu dan bahasa Hokkien. Kadangkala, bahasa Portugis dan Tamil juga
dicampuradukkan ke dalam bahasa tersebut. Berbeza dengan masyarakat Baba dan Nyonya Pulau Pinang.
Mereka tidak bercakap dan menggunakan budaya Melayu. Sebaliknya, pelbagai jenis bahasa Hokkien
walaupun mereka fasih berbahasa Melayu.
Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan adat dan peraturan Cina tradisional tetapi adat dan
kebudayaan Melayu masih lagi dominan mempengaruhi kehidupan sosial masyarakatnya. Mereka harus
belajar cara terbaik melayan orang-orang yang lebih tua, cara berpakaian yang sempurna dan
berkeyakinan serta bagaimana dan bila harus memohon sembah. Mereka juga harus berjalan dengan
lemah-lembut dan apabila duduk tidak boleh bersilang kaki.
Makanan kaum ini adalah mengikut cita rasa masakan Melayu, Cina, India dan Serani. Terdapat juga
sesetengah hidangan istimewa masyarakat Baba yang dikenali sebagai makanan Nyonya iaitu gabungan
masakan Cina dan Melayu tetapi mengikut cara Baba yang tersendiri. Biasanya, masakan Nyonya adalah
pedas dan menggunakan banyak cili. Malah mereka sentiasa menyediakan sambal untuk dimasak bersama
daging atau ikan atau udang bersama-sama dengan sayur, sup dan nasi sebagai hidangan harian. Mereka
juga menggunakan perencah yang biasa digunakan oleh orang Melayu iaitu belacan, asam, buah keras,
lengkuas, dan serai di samping bahan masakan orang Cina mengikut kesesuaian jenis makanan.
‘Kuih Ku Merah’ misalnya merupakan kuih kaum Cina yang dibuat dari pulut dan kacang hijau. Ia
biasanya dihidangkan semasa anak yang dilahirkan mencapai umur satu bulan. Kuih dodol, kuih karas,
dan kuih wajik adalah kuih tradisional Melayu tetapi menjadi hidangan istimewa masyarakat Baba. Kuih
mereka yang asal adalah seperti kuih koci dan kuih talam.
Ia dilakukan beberapa minggu sebelumnya, di mana rumah-rumah dibersih, dikemas dan dicat. Kain
langsir dan alas meja ditukar baru dan kain ‘chyee kee’ iaitu kain merah yang panjang digantung di
hadapan pintu besar sehari sebelum Tahun Baru tiba. Pada malam tersebut, semua anggota keluarga
berkumpul bersama untuk makan malam dengan diiringi oleh bunyi petas (mercun) untuk mengirimkan
hari terakhir tahun lama. Ia akan dibunyikan sehingga keesokan pagi. Pintu rumah sentiasa dibuka hingga
lewat malam untuk ‘menyambut tahun baru’. Membakar petas dan bunyi-bunyi meriah akan mengusir
tanda dan niat jahat keluar.
Pada hari pertama Tahun Baru, mereka akan memakai pakaian baru. Pada pagi hari lagi saudara- mara
akan mengunjungi dan mengucapkan “Selamat Tahun Baru”. Kanak-kanak atau orang dewasa yang

belum berkahwin akan diberi ‘ang pow’. Pada hari ini, mencuci dan menyapu sampah tidak dibenarkan
bagi mengelakkan rezeki baik yang dibawa oleh Tahun Baru diusir keluar. Pada hari kelima belas,
perayaan Chap Goh Mei disambut bagi menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi petas
akan kedengaran untuk kali yang terakhir. Mereka akan ke kuil-kuil Cina untuk bersembahyang dan
membawa pulang abu-abu suci untuk disimpan. Manakala, anak-anak dara akan melemparkan buah limau
kedalam sungai dengan harapan untuk mendapat suami yang baik.
Pada peringkat awal, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pihak lelaki akan menghantar wakil bagi
merundingkan hal perkahwinan. Pihak perempuan akan menetapkan masa yang tertentu untuk
memberikan persetujuan. Pasangan ini tidak dibenarkan berjumpa antara satu sama lain sehingga hari
perkahwinan. Pada hari perkahwinan, pengantin perempuan akan memakai baju yang disulam indah,
menarik dan berwarna-warni yang dikenali sebagai ‘kuah’.
Pada hari perkahwinan juga hanya pihak lelaki yang akan mengadakan kenduri. Pihak lelaki bersamasamapengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan kerumah persatuan dimana diadakan jamuan
the bagi menjalani istiadat perkahwinan mereka. Upacara dimulakan dengan pemberian ‘Chiu-thau’ yang
dianggap suci dan disusuli pula dengan ‘Chim-Pong’ apabila kedua-dua pengantin bertemu buat pertama
kalinya semasa menziarahi Dewa Syurga, Bumi dan Manusia di hadapan tempat pemujaan khas
bertingkat tiga yang dipanggil ‘Sam Kai’.
Pada umumnya, China kaya dengan bahasa. Bangsa Han mempunyai tujuh jenis loghat;
-Loghat Bei Fang Hua atau loghat utara
-Dialek Wu
-Dialek Xiang
-Dialek Gan
-Dialek Kejia atau Hakka
-Dialek Yue atau Kantonese
-Dialek Min atau Hokkien
Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi atau tulisan Han. Ada dua jenis tulisan yang utama;
-Wen (gambar-gambar mudah)
-Zi (huruf-huruf campuran)
Seni lukis dalam tamadun China merupakan kesenian yang penting kerana mendapat naungan dari istana.
Terdapat beberapa jenis seni lukis Cina, antaranya seni potret yang memaparkan dewa-dewi, bangsawan,
gadis dan rakyat biasa. Ciri kesenian lukisan Cina ialah dihasilkan secara spontan. Perbuatan spontan ini
dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan. Dakwat hitam yang berair membolehkan tangan
bergerak dengan lebih bebas dan pantas. Lukisan Cina juga menunjukkan makna sajak.
Pada peringkat awal, dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan
kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di
Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada
kurun ke-9. Mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan
Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi
oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi
oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini
menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian.
Unsur kebudayaan juga dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing. Disebabkan oleh pertukaran barang
yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti

kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh
dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru
Cina juga diperkenalkan.
Aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China seperti rawatan akupuntur dan herba
adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan masyarakat
Cina. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti
asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan.
Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan
Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan
lilin.
Menimbulkan konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.
Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana tidak puas hati
terhadap kemewahan orang Islam dalam aktivti perdagangan. Pemberontakan kemudian berlaku pada
tahun 758 Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang Islam dibunuh dan ramai yang melarikan diri ke
Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa tidak puas hati orang Islam turut muncul
apabila ajaran Konfusianisme diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa tidak puas hati orang
Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina beragama Islam