06 Integrasi Ilmu ICT Di KUIS Ke Arah Ke

Integrasi Ilmu ICT Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ke Arah
Kemanusiaan Sejagat: Satu Analisa Awal
Mokmin bin Hj Basri

Mokmin bin Haji Basri. 2005. Integrasi ilmu ICT di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) ke Arah Kemanusiaan Sejagat: satu analisa awal. Prosiding Wacana
Pendidikan Islam (Siri 4), hlm. 259-266. ISBN: 983-2975-43-3.
Abstrak
“Membangun Sistem Kurikulum Pendidikan Tinggi Bersepadu Serta Menawarkan Perkhidmatan
Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Berkualiti Yang Menepati Kehendak Pelanggan,
“Stakeholder” Dan Pasaran” – satu ayat pernyataan Dasar Kualiti bagi Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). Pernyataan ini adalah manifestasi kepada cita-cita merealisasikan
saranan ke-empat Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia pada Mac 1977 – “Islamic
humanities must be an integral part of technical curricula at all levels of education. Similarly,
natural sciences studies should be introduced in humanities curricula”. (S. Waqar Ahmad
Husaini 1986: 47). Selaras dengan keazaman KUIS mendokong prinsip kesepaduan ilmu dan
melebarkan sasaran ke peringkat global, persoalan bagaimana model kesepaduan ilmu ini dapat
membantu kearah melahirkan graduan yang seimbang dalam bidang ICT, kewujudan kesan nilai
murni dari model yang dilaksanakan selama ini dan bagaimana model ini harus dikembangkan
akan disentuh dalam kertas kerja ini. Kertas kerja berasaskan penyelidikan lapangan ini akan
melibatkan sampel pensyarah dan pelajar bidang ICT di KUIS.


Pengenalan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan nama asalnya Kolej Islam
Selangor Darul Ehsan (KISDAR) telah ditubuhkan pada tahun 1995. Dimiliki sepenuhnya oleh
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), KUIS bermula dengan menawarkan program Diploma
Pengajian Islam bersama pelajar seramai 46 orang, KUIS telah berkembang dengan menawarkan
17 program peringkat diploma melalui 5 buah sekolah pengajian. Bilangan pelajar KUIS juga
telah meningkat iaitu sekitar 3000 setiap semester dengan hampir 10 peratus darinya adalah
pelajar luar negara. Salah satu sekolah pengajian yang menawarkan program-program
konvensional dan berasaskan teknologi di KUIS adalah Sekolah Teknologi dan Sains Informasi
(STSI). Sekolah ini menawarkan program-program berkaitan teknologi maklumat (ICT) iaitu
Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia), Diploma E-Dagang, dan Diploma Sains Komputer
serta dua program peringkat ijazah yang bakal ditawarkan mulai November 2005.
Selari dengan namanya, tujuan KUIS ditubuhkan adalah untuk memartabatkan agama Islam
melalui wadah pendidikan. Jelas terpahat, matlamat KUIS adalah untuk ‘membentuk dan
mendidik generasi Ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan berteraskan ilmu
Naqli (Revealed knowledge) dan ilmu aqli (Acquired knowledge) yang berpaksikan Tauhid untuk
melahirkan generasi professional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman’.
Matlamat KUIS ini adalah selari dengan saranan ke-empat hasil Persidangan Pertama Pendidikan
Muslim Sedunia pada Mac 1977 yang dengan jelas menyebut, “Islamic humanities must be an


259

integral part of technical curricula at all levels of education. Similarily, natural sciences studies
should be introduced in humanities curricula” (S. Waqar Ahmad Husaini 1986: 47). Malah
saranan ini diperkuatkan lagi dalam persidangan kedua Pendidikan Islam pada Mac 1980, dengan
memperakui bahawa sains sosial dan kemanusiaan Islam (Shar`iyyah science) berpostensi untuk
melahir, membangun dan menyelaras perkembangan sains dan teknologi. Sekali lagi dalam
Seminar Pemikiran Islam ke-Tiga peringkat antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur pada
1984, mengakui bahawa pengislaman sains dan teknologi perlu dilaksanakan kerana ia adalah
salah satu cabang ilmu yang penting dalam usaha pengislaman ilmu secara keseluruhan.

Kertas kerja ini akan mengkaji keberkesanan proses islamisasi ilmu teknologi ICT di KUIS yang
dilaksanakan melalui Sekolah Teknologi dan Sains Informasi (STSI) kerana setelah hampir 6
tahun sekolah ditubuhkan, kajian sejauh mana penerimaan oleh pelajar dan kesediaan para
pensyarahnya dalam melaksanakan proses islamisasi ini adalah suatu yang menarik untuk
dijalankan. Selain itu persoalan mampukan proses ini melahirkan graduan yang mempunyai
akhlaq dan adab bagi mendokong iltizam ke arah kemanusiaan sejagat juga perlu untuk dijawap.

Matlamat Pendidikan ICT

Dunia tanpa sempadan (borderless world), ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy),
perdagangan elektronik (E-commerce) malah apa juga ‘jargon’ yang digunakan, cukup
mengambarkan betapa mencabarnya dunia pada masa hadapan. Justru generasi yang bakal
menghadapi cabaran sejagat ini perlu di persiapkan dengan nilai dan kualiti akhlaq tinggi agar
dapat menerajui perubahan dan sistem tersebut atau paling tidak, persiapan itu dapat membantu
mereka agar tidak tersungkur dalam persaingan. Justru apabila ditanya, apakah acuan yang
hendak digunakan, maka jawapanya tidak lain adalah melalui wadah pendidikan. Namun
pendidikan yang memisahkan antara teknologi dan ‘tawhid’ telah terbukti hanya mampu
melahirkan Muslim yang individulistik, berorentasi material, sombong dan segala macam
bencana sosial dan alam. Sejarah pula membuktikan kelahiran dan perkembangan sains dan
teknologi dalam masyarakat Muslim di Zaman Pertengahan adalah disebabkan oleh
berkembangnya falsafah pendidikan dan epistemologi Islam (S. Waqar Ahmad Husaini 1986:
20). Maka bagi mengembalikan kembali kegemilangan Islam, tiada pilihan lain kecuali
menawarkan pendidikan bersepadu iaitu penawaran sistem pendidikan yang bertunjangkan
‘tawhid’ yang telah dibuktikan oleh sejarah akan melahirkan peneraju sains dan teknologi yang
mampu memakmurkan alam, iaitu para teknokrat dan saintis yang pekerjaan dan ciptaannya
menjadi amal soleh dan melahirkan taqwa yang sudah pasti peribadinya dihiasi oleh nilai-nilai
kemanusiaan sejagat. Suatu nilai yang tidak lari dengan matlamat pendidikan dalam Islam iaitu
untuk melahirkan manusia yang beradab. Manusia yang mempunyai nilai dan kualiti jiwa dan
pemikiran yag baik bagi melakukan perbuatan yang betul yang berlawanan dari perbuatan salah,

perbuatan yang sesuai berlawanan silap yang akhirnya boleh mengelakkan dari keaiban (Syed
Muhammad Naquib al-Attas 1999:25).
Selain itu bagi melahirkan graduan yang boleh bersaing dalam dunia tanpa sempadan ini, graduan
ICT perlu mempunyai ciri sebagai ‘knowledge worker’, iaitu individu yang bukan sekadar
mempunyai maklumat, tapi pengetahuan yang tidak statik diingatan. Kebolehan untuk bijak
memanipulasi dan mencanai dengan kreatif pengetahuan bagi menghasilkan pengetahuan baru
atau setidak-tidaknya menjadi ‘value added’ kepada produk. Selain itu sistem pendidikan juga
perlu adaptasi agar dapat melahirkan insan yang kreatif dan inovatif dan mempunyai ‘learning
skills’ yang tinggi (David N. Abdulai 2001: 5).

260

Pekerja berpengetahuan Muslim pula mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, iaitu bukan
sekadar pengguna, malah penentu corak dalam masyarakat sesuai dengan tarafnya sebagai
khalifah dimuka bumi ini (Quran 35: 39). Justru graduan ICT juga tidak terlepas dari
tanggungjawab untuk menuntut ilmu dan seterusnya membangunkan perisian, sistem, dan
perkakasan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia khususnya ‘ummah’ (Mohd Fauzan Noordin
& Norsaidatul Akmar 1998).
Model Islamisasi Ilmu di KUIS
Sedar tentang tanggungjawab yang besar bagi melahirkan graduan ICT yang mempunyai nilai

kemanusiaan sejagat seperti yang telah secara amnya disebut di atas tadi, semua program ICT
yang ditawarkan oleh KUIS diintegrasikan dengan matapelajaran-matapelajaran tradisi Islam.
Berikut adalah jadual matapelajaran tradisi Islam dan isi kandungan utamanya yang berjumlah 12
jam kredit iaitu mewakili kira-kira 12 peratus dari jumlah jam keseluruhan, yang diintegrasikan
ke dalam program-program ICT di KUIS.
Semester 1 MUA 1102 : Aqidah dan Akhlaq
2 jam kredit
iii. Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah
Kandungan
iv. Islam, Iman dan Ikhsan
i. konsep Aqidah
v. Syirik, Riddah dan kufur
ii. Al-Syahadatain
Semester 2 MUI 2102 : Fiqh Islami I
2 jam kredit
d. Puasa
Kandungan
e. Zakat
i. Ibadah Asas Dalam Syariat Islam
f. Haji dan umrah

a. Taharah
b. Solat
ii. Ibadah Khusus Dalam Syariat Islam
c. Jenazah
Semester 3 MUI 3102 : Fiqh Islami II
2 jam kredit
f. Maskahwin
Kandungan
i. Fiqh Munakahat
g. Nafkah
a. Perkahwinan dalam Islam
h. Pembubaran perkahwinan
b. Undang-undang Perkahwinan Islam
ii. Fiqh Jinayat
c. Rukun Nikah
a. Kategori kesalahan dalam jinayat
d. Muhrim
b. Jinayat hudud di Malaysia
e. Nikah mut’ah
Semester 4 MUM 4102 : Fiqh Al-Muamalah

2 jam kredit
vi. Pembahagian Kontrak
Kandungan
vii. Pilihan atau Khiyar
i. Pengertian Kontrak
viii. Penamatan Kontrak Jual Beli
ii. Rukun Kontrak
ix. Jenis-Jenis Kontrak Jual Beli
iii. Kerelaan dalam Kontrak
x. Sewaan
iv. Syarat-Syarat Kontrak
v. Kesan Kontrak
Semester 5 MUE 5102 : Sistem Ekonomi dan Kewangan Islam
2 jam kredit
v. Analisis Pasaran dan Agihan Pendapatan
Kandungan
vi. Ekonomi
Kewangan
dan
Sistem

i. Islam dan Ekonomi
Kewangan Islam
ii. Sistem Ekonomi Islam
vii. Ekonomi Fiskal
iii. Analisis Penggunaan Dalam Islam
viii. Bank Pusat dan Badan-Badan Berkaitan
iv. Analisis Pasaran Dalam Islam

261

Semester 6 TBF 6102 : Falsafah Sains dan Teknokrat Muslim
2 jam kredit
iv. Sains Menurut Perspektif Islam
Kandungan
i. Pengenalan Sains dan Konsep Ilmu
v. Beberapa Penerokaan Saintis Muslim
dalam Bidang Sains
ii. Sejarah Perkembangan Ilmu Sains
iii. Kritik Terhadap Falsafah dan Konsep vi. Falsafah Kehidupan
Sains Barat

vii. Isu-Isu berkaitan Teknologi dan Agama
Bahan dan Kaedah
Kaedah yang dijalankan adalah dengan mengedarkan kertas soalselidik kepada sampel pensyarah
dan pelajar ICT dari Sekolah Teknologi dan Sains Informasi (STSI), Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hasil Kajian
Hasil kajian yang dijalankan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pensyarah dan Pelajar
bagi memudahkan lagi perbincangan.
Pensyarah
Seramai 12 dari 13 (92 peratus) pensyarah STSI telah menjawab soalselidik yang diedarkan.
Hasil dari analisa yang dilakukan, 100 peratus koresponden mengetahui konsep integrasi ilmu
konvensional dengan nilai Islam. Didapati 67 peratus mendapat pendedahan kepada konsep
integrasi ilmu dari sumber pembacaan, seminar atau sewaktu menuntut di Universiti selebihnya
iaitu 33 peratus koresponden mengaku menerima melalui program-program di KUIS.
50 peratus koresponden mengaku menerapkan nilai-nilai murni setiap kali kuliah dijalankan. 42
peratus lagi hanya melakukannya apabila teringat dan selebihnya melakukannya seminggu sekali.
Berkaitan dengan pencarian ayat al-Quran atau hadith yang berkaitan dengan matapelajaran yang
diajar, 50 peratus koresponden mengaku pernah mencarinya manakala 50 peratus lagi tidak
pernah mencari. 67 peratus daripada koresponden yang pernah mencari adalah bertujuan melihat

perspektif Islam tentang matapelajaran yang mereka ajar dan bagi tujuan mengkaji seterusnya
ingin membangunkan ICT Islam. 33 peratus mencari sebagai pengetahuan tambahan sahaja.
Bagi yang menjawab tidak pernah, 50 peratus mengatakan tidak ada masa bagi berbuat demikian.
17 peratus mengatakan tidak diminta untuk berbuat demikian. 34 peratus lagi tidak mengatakan
sebarang sebab.
100 peratus koresponden pensyarah bersetuju supaya pendedahan tentang integrasi ilmu
diperkukuhkan lagi melalui apa-apa juga mekanisme yang bersesuaian. 83 peratus dari
keseluruhan koresponden mengatakan mereka bercita-cita untuk meningkatkan ilmu-ilmu Islam
mereka secara formal dan yang selebihnya menjawab tidak pasti.
Pelajar
Dari keseluruhan pelajar STSI yang berjumlah 305 orang, seramai 92 orang koresponden telah
menjawab disoalselidik yang diedarkan. 81 orang (88 peratus) bersetuju matapelajaranmatapelajaran tradisi Islam patut diintegrasikan ke dalam kurikulum program mereka dan
selebihnya tidak bersetuju.

262

Dari keseluruhan koresponden, 38 (41 peratus) orang pelajar adalah dari aliran agama diperingkat
menengah dan selebihnya iaitu 59 peratus dari bukan aliran agama. Dari 38 pelajar aliran agama,
97 peratus bersetuju dengan penawaran matapelajaran tradisi Islam. Manakala dari 54 pelajar
bukan aliran agama, 76 peratus bersetuju dengan penawaran matapelajaran tersebut.

Seramai 47 dari 81 (58 peratus) orang pelajar yang bersetuju, mereka mengakui bahawa
penawaran matapelajaran tersebut berguna bagi menghadapi persekitaran kerja dan masa depan
yang mencabar. Manakala 33 peratus bersetuju penawaran matapelajaran tersebut dapat
menambahkan ilmu fardhu ain mereka dan kesemua mereka bersetuju jika para pensyarah ICT
memasukkan nilai-nilai Islam dalam proses P&P.
Manakala dari 12 orang pelajar yang tidak bersetuju, 7 mengatakan disebabkan oleh ianya tidak
berkaitan dengan bidang kerjaya yang bakal diceburi, dan 5 orang menyatakan ianya
membebankan jam kredit yang diambil. 9 orang daripadanya bersetuju para pensyarah ICT
memasukkan nilai Islam dalam P&P mereka. Kesemua mereka bersetuju bahawa ilmu agama
mereka bertambah dibanding sebelum mengambil matapelajaran islam tersebut.
Seramai 6 dari 92 koresponden (6.5 peratus) tidak meningkat ilmu agama mereka berbanding
dengan sebelum mengambil matapelajaran Islam.

Perbincangan
Dari sudut epistemologi Islam, dua cabang pengetahuan iaitu ilmu naqli dan ilmu aqal walaupun
bersumberkan dua ‘buku’ yang berbeza adalah suatu yang tidak selari idea atau pemikiranya,
tindakan dan institusinya. Justru dua buku ini (al-Quran dan Alam Semester), adalah sangat
berkait, tidak dapat dipisahkan serta membentuk kesepaduan dan sistem yang holistik. Setiap
buku menjurus, memimpin serta mengesahkan kebenaran antara satu sama lain iaitu satu prinsip
kebenaran ‘tawhid’ sepertimana yang ditegaskan oleh Ibnu Rushd dalam bukunya yang terkenal
‘On the Harmony of Religion and Philosophy’ (S. Waqar Ahmad Husaini 1986: 17-21).
Justru hilangnya ‘tawhid’ dalam bidang sains dan teknologi, termasuk ICT, maka hilanglah dan
jatuhlah nilai-nilai kemanusiaan sejagat dikalangan para penuntut dan pembangunnya. Malah
jauh lebih memilukan, kerana kegagalan menerima amaran al-Ghazali, Ibn Rushd, Ibn Khaldun,
dan yang lainnya itu, sains dan teknologi terus jauh dari bumi Muslim, malah ‘agama’ juga turut
lemah dan menurun (S. Waqar Ahmad Husaini 1986: 20).
Menghargai kecemerlangan dan keagungan sains dan teknologi dizaman pertengahan, menginsafi
kejatuhan dan mengakui kesilapan lampau, KUIS cuba memainkan peranan semampunya bagi
menyuntik ‘tawhid’ dalam kurikulum program-program ICTnya. Secara amnya, KUIS telah
memulakan langkah dan menyahut beberapa saranan persidangan pendidian Muslim dengan
menawarkan matapelajaran Falsafah Sains dan Teknokrat Muslim, dimana matapelajaran ini turut
mengkaji sumbangan Muslim kepada sejarah sains dunia (S. Waqar Ahmad Husaini 1986: 47).
Model yang digunakan oleh KUIS ini agak berbeza dengan model yang disarankan hasil dari
seminar ‘Islamization of Knowledge’ yang dibuat di Islamabad pada Januari 1982, iaitu
mencadangkan agar empat langkah utama perlu dilaksanakan iaitu dimulai dengan penguasaan
ilmu-ilmu tradisi Islam, penguasaan ilmu-ilmu kontemporari diikuti dengan mengenalpasti
kesalahan atau percangahan dengan kehendak Islam, dan akhirnya membangunkan semula
bidang ilmu kontemporari tersebut agar harmoni dan selari dengan idealisme Islam (International

263

Institute of Islamic Thought 1987: 51-52). Namun begitu KUIS telah memulakan langkahnya dan
proses pembaikan akan terus dilaksanakan.
Perbincangan seterusnya akan dibahagikan kepada dua bahagian itu Pensyarah dan Pelajar kerana
dua elemen ini adalah sangat berbeza, satu pihak bertugas untuk memberi dan menyampai dan
satu lagi pihak adalah yang menerima dan mengamalkan.
Pensyarah
Dalam bahagian ini, persepsi dan kesediaan pensyarah, sebagai anggota terpenting mendokong
amanah ini, terhadap proses integrasi ilmu, turut dijalankan kerana merekalah pada akhirnya yang
bertanggungjawab membangunkan struktur atau model teknologi Islam dalam bidang masingmasing.
Dari soalselidik yang dijalankan, didapati tidak wujud perkaitan diantara jangkamasa
perkhidmatan di KUIS dengan kefahaman tentang integrasi ilmu dikalangan para pensyarah ICT.
Suatu perkembangan yang sangat baik adalah, 100 peratus dari para pensyarah ICT mengetahui
apakah konsep integrasi ilmu. Namun demikian hanya 31 peratus koresponden mendapat
maklumat tersebut dari KUIS. Perlu diselidik lebih lanjut mengapa peratusan tersebut amat
rendah, adakah disebabkan oleh kurangnya program-program yang menjurus ke arah cita-cita ini,
atau kurangnya komitmen pensyarah untuk mengikuti program-program tersebut. Jika disebabkan
oleh kurangnya program anjuran KUIS, terdapat ruang bagi memperkemaskan lagi proses
integrasi ilmu di KUIS. Program-program berkala boleh dijalankan, mungkin bermula dengan
induksi, seminar seterusnya bengkel atau apa juga mekanisme pengukuhan perlu diberikan
kepada para pensyarah ICT dan harus dirancang dengan baik (Mohd Adanan Isman 2004: 7-8).
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman tentang Islam, KUIS mungkin boleh merancang kemudinya
melaksanakan pendekatan agar semua pensyarah perlu mengambil matapelajaran teras syariah
diawal perkhidmatan mereka sebagai pra syarat pengesahan jawatan mereka.
Peratusan pensyarah yang menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) juga tidak begitu memberangsangkan kerana hanya 50 peratus dikalangan
pensyarah menerapkan nilai-nilai murni seperti amanah, adil, jujur, ikhlas dan seumpamanya
dalam bilik-bilik kuliah pada setiap sesi P&P. Keadaan ini tidak wajar dibiarkan berterusan
kerana ia bakal menghasilkan natijah yang tidak baik kepada para graduan. Adalah menjadi
kewajipan kepada Institusi Pengajian Tinggi khususnya Institut Pengajian Tinggi Islam bagi
melahirkan graduan yang berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan sejagat bagi menangani
cabaran integrasi di peringkat sejagat dan pencapaian kemajuan sains (Mohd Adanan Isman 2004:
47- 48).
Usaha-usaha yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan bagi mengharmonikan elemen ‘tawhid’
dalam matapelajaran yang diajar oleh pensyarah ICT kerana peratusan pensyarah yang mencari
ayat-ayat al-Quran dan Hadith serta ijmak ulama yang berkaitan dengan matapelajaran yang
diajar belum mencapai tahap yang baik. Walapun usaha ini bukanlah suatu perkara yang mudah
untuk dilaksanakan, namun ia perlu dilaksanakan oleh para pensyarah. Kesukaran bagi
melaksanakan usaha ini mungkin dapat dipermudahkan hasil pendedahan dari bengkel-bengkel
khas yang dianjurkan.

Pelajar
Dalam bahagian ini pula, kesan proses serta isu-isu yang berkaitan islamisasi kepada para pelajar
akan dibincangkan. Hasil dari soalselidik yang dijalankan, penawaran matapelajaran tradisi Islam

264

diterima dengan baik oleh para pelajar ICT dengan 88 peratus dari keseluruhan koresponden
bersetuju dengan penawaran matapelajaran tradisi Islam dalam kurikulum program mereka.
Terdapat sedikit perkaitan diantara pelajar dari aliran agama dengan pelajar dari bukan aliran
agama dari sudut penerimaan proses ini. Didapati pelajar bukan aliran agama cenderung untuk
tidak setuju dengan matapelajaran tersebut kerana peratusan yang tidak bersetuju adalah 24
peratus berbanding 2 peratus bagi bekas pelajar aliran agama. Namun apa yang menarik adalah
kesemua mereka bersetuju bahawa pengetahuan agama mereka meningkat selepas mengikuti
matapelajaran-matapelajaran tersebut.
Berkaitan dengan persoalan beban jumlah jam kredit yang tinggi apabila para pelajar terpaksa
mengambil matapelajaran tambahan tradisi Islam dalam kurikulum program ICT adalah satu isu
yang patut dibincangkan. Hasil dari kajian yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat
perkaitan yang jelas diantara beban pelajar dengan penawaran matapelajaran tradisi Islam kerana
hanya 5 peratus dari keseluruhan koresponden merasa terbeban dengan mengambil matapelajaran
tersebut dalam program mereka. Justru dapat ditegaskan bahawa persoalan tentang beban kepada
pelajar bukanlah satu isu yang besar sehingga menolak agenda yang lebih penting dan mendesak
ini untuk dilaksanakan. Seterusnya faktor yang menyebabkan pelajar tidak bersetuju adalah
andaian bahawa matapelajaran tersebut tidak ada kaitan dengan kerjaya yang bakal diceburi
kelak. Tidak dapat dinafikan, secara amnya matapelajaran ini tidak ada perkaitan, namun
disinilah nilai-nilai kemanusiaan sejagat diterapkan ke dalam jiwa pelajar. Malah walaupun
mereka tidak bersetuju, semua mereka bersetuju jika para pensyarah menerapkan nilai-nilai murni
dalam P&P.
Secara keseluruhanya, 93.5 peratus pelajar samada dari kumpulan yang bersetuju atau tidak,
mengakui bahawa ilmu agama mereka bertambah berbanding dengan sebelum mengambil
matapelajaran tradisi Islam tersebut. Ini membuktikan bahawa, wujud kesan baik kepada para
pelajar yang telah melalui proses islamisasi di KUIS dan pendidikan yang berteraskan ‘tawhid’
ini seterusnya diyakini mampu melahirkan insan yang mempunyai nilai kemanusiaan sejagat.
Walaupun proses islamisasi di KUIS sudah menampakkan putiknya, namun ia perlu dipelihara
dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar menjadi buah yang ranum yang boleh memberi
manfaat kepada alam sejagat. Proses yang panjang ini perlukan kepada komitmen dari semua
pihak, dari pengurusan tertinggi hinggalah ke peringkat jentera pelaksana. Selain itu perancangan
yang teliti perlu dilakukan dengan mengambil kira pengalaman dan halangan-halangan yang telah
dialami oleh institusi-institusi yang telah melaksanakan agenda seumpamanya seperti Universiti
Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Cadangan
Beberapa cadangan bagi kajian yang akan datang, bagi pelajar yang tidak bersetuju dengan
penawaran matapelajaran tradisi Islam ini, kajian lanjut boleh dilakukan bagi mengenalpasti
punca beban yang ditanggung oleh mereka. Kajian berdasarkan semester pelajar juga boleh
dijalankan bagi melihat bagaiman tanggapan mereka sebelum mengambil matapelajaran tradisi
ini dengan selepas mengambil matapelajaran ini. Selain itu, perbandingan dengan Institusiinstitusi pengajian tinggi bukan berorentasikan Islam juga suatu perkara yang menarik untuk
dikaji. Persoalan seperti akhlaq, kejujuran, kesetiaan kepada majikan oleh graduan dari IPT Islam
berbanding dengan IPT tidak berteraskan Islam juga menarik untuk diketahui. Seterusnya analisa
keberkesanan dan perbandingan dengan institusi-institusi yang telah melaksanakan agenda
islamisasi ini boleh dikaji agar segala kelemahan dapat diperbaiki dan yang baik dapat
dimurnikan lagi.

265

Penghargaan
Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua koresponden
yang telah meluangkan masa bagi menjawab soalselidik yang diberi. Terima kasih juga kepada
pihak pengurusan atas galakan dan sokongan yang diberikan. Tidak dilupakan terima kasih
kepada keluarga tersayang.

Rujukan
1.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1999. The Concept of Education in Islam, a
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: International
Institute of Islamic Thought and Civilization.

2.

David N. Abdulai, eds. 2001. Malaysia and the K-Economy: Challenges, Solutions, and
the Road Ahead. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication.

3.

G. Manimaran. 2002. Pendidikan Sepanjang Hayat Kunci K-Ekonomi. Utusan Malaysia,
12 September

4.

Mohd Fauzan Noordin & Norsaidatul Akmar. 1998. Manpower and Training Issues in
Relation to The Development of the Multimedia Super Corridor . Kertas Kerja
dibentangkan di Seminar Multimedia dan Islam, Anjuran Institut Kefahaman Islam
Malaysia, 26-27 Mei, Kuala Lumpur.

5.

International Institute of Islamic Thought. 1987. Islamization of Knowledge: General
Principles and Work Plan. Herndon: IIT.

6.

Mohd Adanan Isman. 2004. Minda Presiden - Koleksi Ucapan Presiden KISDAR. Kolej
Islam Selangor Darul Ehsan Sdn. Bhd. Bangi.

7.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1989. Islām and the Philosophy of Science. Kuala
Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization.

8.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1999. The Concept of Education in Islam: A
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: International
Institute of Islamic Thought and Civilization.

9.

S. Waqar Ahmed Husaini. 1985. Teaching Islamic Science and Engineering:
International Comparison, and Case Studies from King Abdul Aziz University. Leicester:
Islamic Foundation.

10.

S. Waqar Ahmed Husaini. 1986. Islamic Science and Public Policies: Lessons from
History of Science. Kuala Lumpur: University of Malaya Cooperative Bookshop.

Nama Penulis:

Dr. Mokmin bin Haji Basri

Institusi:

Sekolah Teknologi & Sains Informasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Persiaran Putra 1, Bandar Seri Putra,
43000 Bangi Selangor Darul Ehsan.

No Telefon:

03-8925 4251 ext 1316 (O) / 03- 8926 6937 (fax)
013-371 7579 (HP)

E-Mail:

mokmin73@yahoo.com

266

Dokumen yang terkait

ANALISIS KELAYAKAN FINANSIAL AGRIBISNIS PERBENIHAN KENTANG (Solanum tuberosum, L) Di KABUPATEN LUMAJANG PROVINSI JAWA TIMUR

27 309 21

ANALISIS PENGARUH MANAJEMEN LABA TERHADAP NILAI PERUSAHAAN (Studi Empiris Pada Perusahaan Property dan Real Estate Yang Terdaftar Di Bursa Efek Indonesia)

47 440 21

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

AN ANALYSIS OF GRAMMATICAL ERRORS IN WRITING DESCRIPTIVE PARAGRAPH MADE BY THE SECOND YEAR STUDENTS OF SMP MUHAMMADIYAH 06 DAU MALANG

44 306 18

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Pengaruh Atribut Produk dan Kepercayaan Konsumen Terhadap Niat Beli Konsumen Asuransi Syariah PT.Asuransi Takaful Umum Di Kota Cilegon

6 98 0