2.0 Fokus Kajian. - PROSIDING NIK ARRAFI

  

Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Dalam Kalangan Murid

Tahun Lima Takwa di Sekolah Kebangsaan Sri Bemban

Kota Bharu, Kelantan

Oleh :

  NIK ARRAFI BIN MAT

  

ABSTRACT

This study aims to enhance students' skills to build compound sentences. This skills also be tested in the UPSR in

Malay writing paper division A. Researchers are aware of the weak students to construct compound sentences based

on the work sheet provided during the process of teaching and learning (P & P). An action research was conducted

on students to find and prove an effective method that students can more easily build compound sentences.

Researchers have chosen technique Four Wifes And One Husband (4W1H) and the Technic Mentor-Mentee using

Power Point to help improve their skills to build sentences. The study was conducted on 12 students in Lima Takwa

in the Sekolah Kebangsaan Sri Bemban. All the information needed for analysis in this study were collected through

interviews, diagnostic tests, pre and post test. Based on the comparative pre and post tests, researchers found that the

achievement of pupils has increased by using techniques that have been introduced. The results of the interviews

also confirmed the students agreed that the technique was introduced to help to facilitate them to build sentences and

provide benefits to them.

  1.0 Pengenalan.

  Pengalaman mengajar di kelas lima Takwa memberikan pelbagai kesan kepada saya sebagai guru pelatih. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu banyak kemahiran yang telah dipraktikkan . Pengajaran bahasa Melayu melibatkan tiga kemahiran utama iaitu kemahiran lisan,membaca dan menulis. Walaupun begitu, saya mendapati beberapa orang murid tergolong dalam kategori sederhana dan lemah dalam membina ayat. Saya mengesan perkara ini melalui lembaran kerja yang diberikan sewaktu P&P berlangsung. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan kemahiran murid membina ayat.

  Kemahiran membina ayat merupakan aspek yang perlu dikuasai oleh murid kerana selain ia diuji dalam ujian dan peperiksaan, ia digunakan dalam kehidupan seharian murid.

  2.0 Fokus Kajian.

  Saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang lemah dalam membina ayat majmuk.. Wujudnya masalah ini disokong berdasarkan keputusan Ujian Bulanan Berkala Februari ( UBB) terutamanya bahagian A iaitu bahagian membina ayat berdasarkan gambar. Berdasarkan pemerhatian dalam P&P, saya mengenal pasti beberapa punca murid – murid lemah dalam aspek membina ayat, antaranya ialah seperti murid tidak mahir untuk mengembangkan bahagian subjek dan predikat dengan menggunakan kata keterangan ataupun adjektif. Ayat-ayat yang dibina terlalu mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya.

  Selain itu, sesetengah murid juga dilihat mudah berputus asa apabila tidak dapat membina ayat. Jalan penyelesaiannya mereka akan meniru hasil kerja rakan. Selain itu, melalui semakan terhadap buku latihan murid – murid ini, saya mendapati masalah ini juga berpunca daripada kurangnya latihan yang diberi oleh guru sebelum ini tentang latihan mebina ayat. Saya yakin bahawa sekiranya latihan yang mencukupi diberikan murid pasti dapat membina ayat dengan baik. Oleh yang demikian, saya telah merancang tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini .Dalam pada itu, saya juga menjalankan sesi perbincangan dan kolaborasi bersama guru kelas Tahun Tiga Bestari bagi mengetahui sedikit sebanyak latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga murid – murid kelas ini. Kolaborasi bersama guru kelas banyak membantu saya dalam usaha mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Hal ini dapat membantu saya merancang tindakan dan teknik yang bersesuaian dengan murid – murid dalam usaha meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk.Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada guru – guru lain terutamanya guru – guru bahasa Melayu dalam usaha mengurangkan masalah penggunaan huruf besar dalam kalangan murid – murid.

  3.0 Objektif kajian

  Kajian ini cuba menjawab beberapa objektif kajian di bawah : a) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk.

  b) Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk.

  c) Melihat perubahan pencapaian murid terhadap kemahiran membina ayat majmuk setelah tindakan dilakukan.

  4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas 12 orang murid tahun 5 Takwa Sekolah Kebangsaan Sri Bemban.

  

Murid-murid ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membina ayat majmuk.melalui

ujian diagnostik yang diberikan.

  5.0 Pelaksanaan tindakan

  5.1 Tinjauan masalah Tinjaun awal kajian ini telah diadakan pada bulan Februari sewaktu saya menjalani praktikum Fasa III.

  Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran bahasa Melayu bagi Kelas 5 Takwa. Permasalahan ini telah dikesan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya mengedarkan satu gambar tunggal sebagai latihan untuk murid membina ayat. Hasil semakan lembaran kerja yang diberikan, saya mendapati terdapat murid yang boleh digolongkan dalam kategori murid sederhana dan lemah dalam membina ayat majmuk. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui pemerhatian sewaktu PNP, buku latihan murid sertaperbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid.

  5.2 Pelaksanaan Tindakan.

5.2.1 Teknik Four Wife One Husband

  Saya memperkenalkan teknik 4W 1H kepada murid. Perkara pertama yang akan dilakukan adalah dengan memperkenalkan satu kad formula untuk dihafal murid. Pada peringkat awal murid akan diajar membina ayat mudah menggunakan teknik ini. Contoh kad formula ialah seperti:

  Kata nama+ Kata nama Kata kerja keterangan/ kata adjektif

  • + +

  Dimana/bagaimana/mengapa/bila Siapa Aktiviti

  • + + Adik menangis kerana demam

  

Rajah 5.0: Kad formula

  Selepas murid sudah menghafal dan mengetahui formula ini, saya akan memperkenalkan konsep memperluaskan ayat dengan menggunakan teknik 5W 1H. Konsep memperluaskan ayat ini melibatkan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Penggunaan kata hubung pada lokasi yang sesuai pada ayat turut diterangkan kepada murid supaya ayat yang dibina menjadi lebih gramatis. Sebagai contoh ayat yang akan dibina adalah seperti berikut: Adik menangis kerana demam Adik menangis kerana demam campak

  Adik menangis teresak-esak kerana demam campak Adik menangis teresak-esak kerana demam campak sejak semalam

5.2.2 Teknik Bantu – Bimbing Menggunakan Perisian Power Point

  Bagi memastikan kemahiran membina ayat dapat ditingkatkan, saya telah menyediakan latihan yang disertakan dengan bimbingan maksimum secara berterusan kepada murid. Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan pengawasan dan bimbingan daripada saya. Tugas membimbing dijalankan dengan bantuan aplikasi Power Point Setiap kesalahan yang dilakukan murid ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan tersebut. saya telah menyediakan 10 set latihan yang merangkumi pelbagai jenis gambar tunggal untuk disiapkan murid. Saya menggunakan gambar tunggal sebagai medium untuk murid membina ayat majmuk.

6.0 Dapatan Kajian

  Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :

UJIAN PRA UJIAN POS PERATUS PENINGKATAN

  Bil Peratus(%) Bil Peratus(%)

  CEMERLANG

  2 17 17%

  BAIK

  9 75 75%

  SEDERHANA

  3

  25

  1

  8 Menurun 17 %

  LEMAH

  9

  75 Menurun 75 % Jadual 6.0 menunjukkan tahap pen pencapaian markah ujian pra dan ujian pos. Tahap pe pencapaian markah dibahagikan kepada empat kategor ori iaitu tahap pencapaian Cemerlang iaitu markah ah di antara 80-100 markah, tahap pencapaian Baik di di antara 60-79, tahap pencapaian Memuaskan di ant ntara 40-59 markah dan pencapaian Lemah di antara 0- -39 markah. Seramai dua orang murid telah mempe perolehi pencapaian cemerlang dalam ujian pos (peningk ngkatan sebanyak 17 %) berbanding tiada seorang pun pun responden yang mendapat cemerlang dalam ujian an pra. Peningkatan turut ditunjukkan pada penca ncapaian Baik iaitu meningkat kepada 9 orang berband nding tiada responden yang mencapai tahap ini pada pada ujian pra. Hanya seorang responden yang mencapai ta i tahap sederhana dalam ujian pos yang telah dijalanka nkan manakala sudah tidak terdapat lagi responden yang ng memperolehi tahap pencapaian lemah dalam ujian an pos berbanding 9 orang dalam ujian pra. Dapatan an ini menunjukkan keberkesanan strategi yang ng digunakan dalam meningkatkan kemahiran murid m membina ayat majmuk berdasarkan peningkatan n pencapaian yang ditunjukkan responden dalam ujian pos n pos.

  

Rajah 6.1: Graf Perband bandingan Ujian Pra dan Pos Mengikut Tahap Penc ncapaian.

  

Perban rbandingan Ujian Pra Dan Pos

  12

  9

  9 en d

  10 n o

  8 sp re

  6

  3 an g

  2

  4

  1 Ujian jian Pra an il

2 B

  Ujian jian Pos Gred

  

Jadual 6.2 : Min ujian pra/pos

PERKARA MIN

Ujian Pra

  6.8 Ujian Pos

  14.5 Jadual 6.2 menunjukkan perbeza bezaan keputusan ujian pra dan ujian pos dalam be bentuk perbezaan

min . Didapati terdapat peningka gkatan min ujian pra dengan ujian pos iaitu se sebanyak 7.7 %

markah. Dapatan peningkatan m min purata dalam ujian pos telah membuktikan n bahawa terdapat

perubahan pencapaian setiap mur urid dalam penguasaan kemahiran.membina ayat at majmuk.

  7.0 PERBINCANGAN

  7.1 Refleksi Dapatan Kajian

  Daripada dapatan kajian, saya berpandangan bahawa tindakan yang dilaksananakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan saya ini mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Aspek kelemahan yang dikenalpasti oleh saya adalah dari aspek kesediaan responden. Semasa menjalankan kajian, responden kelihatan kurang bersedia dan menunjukkan sifat tidak berminat dengan latihan yang diberikan ekoran terlalu banyak latihan dalam bentuk yang sama. Namun begitu, saya mendapati terdapat kekuatan di sebalik kajian yang dijalankan ini. Teknik Four Wife One Husband berjaya membuatkan murid untuk mengembangkan idea sewaktu membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Peningkatan markah responden pada ujian pos menunjukkan bahawa saya berjaya meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk di samping membuktikan keberkesanan teknik yang digunakan.

  8.0 Cadangan Kajian Seterusnya.

  Saya boleh melanjutkan kajian ini ke kitaran kedua dengan menumpukan kepada fokus kajian yang sama . Saya percaya tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini boleh dibaiki dengan menambah beberapa teknik belajar contohnya belajar secara berkumpulan. Murid-murid diminta membina ayat di dalam kumpulan dan membentangkannya di dalam kelas. Selain itu, saya juga berpendapat murid-murid juga haruslah dibimbing supaya menguasai ejaan untuk membina ayat dengan betul. Penggunaan imbuhan juga memainkan peranan penting kerana didapati kadang - kala murid keliru dengan penggunaannya.

  Saya mendapati latihan yang kerap dan latih tubi yang banyak memberikan kesan terhadap penguasaan murid-murid untuk membina ayat. Walaupun begitu, saya harus bijak memberikan peneguhan kepada murid agar mereka tidak bosan dengan latihan diberikan. Hasil daripada penyelidikan ini saya berasa lebih yakin untuk membaiki mutu pengajaran yang dijalankan semasa P&P.

  Pencapaian memberangsangkan yang telah dicapai oleh responden sedikit sebanyak dapat menyemarakkan semangat saya untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa walaupun kajian ini menuntut banyak pengorbanan akibat kekangan masa dan tugas-tugas lain saya sebagai guru pelatih. Dapatan ini mungkin tiada persamaan dengan kelas lain yang tahap pencapaian mereka lebih tinggi. Walau bagaimanapun, saya mengharapkan kajian ini boleh dimanfaatkan untuk kelas lain dan guru-guru bahasa Melayu dengan mengubah suaikan corak pembelajaran murid mengikut tahap kebolehan masing- masing.