Kerajaan pantau aliran keluar wang oleh

Kerajaan pantau aliran keluar wang oleh pekerja asing di
negara ini
11 NOV 2013 02:47PM
Ahmad Maslan
Oleh Azizi Sunip (azizisunip@abnxcess.com)
KUALA LUMPUR – Pengaliran wang keluar negara melalui
kiriman wang oleh pekerja asing di negara ini dikhuatiri
bakal mengakibatkan kehilangan modal ke negara-negara
lain dan jika tidak dikawal bakal menjejaskan nilai mata
wang negara.
Merujuk kepada laporan tahunan oleh Kementerian
Kewangan, kiriman wang keluar negara oleh pekerja asing
mencatatkan jumlah sebanyak RM13.4 bilion pada tahun
2010 meningkat kepada RM19.745 bilion pada tahun 2012.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad
Maslan kerajaan sedar mengenai hal ini dan telah melantik
beberapa pihak untuk menjadi agen sah dalam pengiriman
wang di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.
“Sekarang ini kita benarkan pula pengurup wang berlesen
menyediakan perkhidmatan pengiriman wang mulai tahun
2011, melalui Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011,

“Sebanyak 468 pengurup wang berlesen yang beroperasi
pada hari ini untuk memudahkan pekerja asing menghantar

wang ke negara asal mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari
ini.
Jelasnya lagi, melalui langkah yang diambil kerajaan ini ia
mampu mengawal pengaliran wang haram dan
mewujudkan mekanisme kawalan diambil oleh
kementeriannya.
“Apa yang kita lakukan ini adalah untuk memudahkan kita
mendapatkan data-data supaya pengaliran wang secara
haram dapat kita kawal.
“Apabila kita memberi lesen yang lebih kepada pengurup
wang ini, mereka boleh menjadi agen pengiriman wang
yang dipantau terus oleh kita,” katanya ketika menjawab
soalan Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen yang ingin
mengetahui jumlah wang yang dihantar keluar negara
setiap tahun.
Setakat ini, sebanyak 43 cawangan bank komersial, 44 agen
bukan bank melalui 1,566 cawangan kecil perkhidmatan

pengiriman wang secara sah wujud di seluruh negara untuk
pekerja asing menghantar wang ke negara asal mereka.
Agen mengiriman wang bukan bank yang dibenarkan pula
adalah terhad kepada beberapa syarikat antaranya Western
Union, Merchantrade dan MoneyGram.
Menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Jasin, Datuk
Wira Ahmad Hamzah mengenai langkah yang diambil
kerajaan untuk mengurangkan pertambahan kos yang
terpaksa ditanggung kerajaan akibat lambakan pekerja

asing yang turut menikmati subsidi.
Ahmad Maslan menjawab, dengan memperkenalkan
penggunaan ‘I-Kad’ oleh Jabatan Imigresen, beberapa
langkah pengawalan akan dibuat bagi mengelakkan pekerja
asing menikmati subsidi terhadap barang makanan,
perkhidmatan kesihatan dan minyak.
“Ini sedang kita tangani termasuk Kementerian Dalam
Negeri (KDN) yang mana pekerja asing ini akan diberikan IKad (Imigresen Kad) dan daripada situ kita memantau,
“Apabila kita telah memberi I-Kad itu kemungkinan banyak
lagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kita boleh kawal

sebagaimana cadangan yang diberikan,” katanya.
Sejumlah 2.5 juta pekerja asing di negara ini akan
menggunakan kad identiti, i-Kad yang berkuatkuasa
sebelum akhir tahun 2013.