Sekolah Kolaboratif lawan kooperatif sua

1.0

PENGENALAN

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit
berbanding sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi
menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan
pengamalan budaya cemerlang agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan
prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta
penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara
kolaboratif bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem pengurusan masa kini
kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam
membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth,
2002).
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid-murid
dengan ilmu pengetahuan. Sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh
pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan untuk mencapai
misi dan visi dengan baik. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif
dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk
berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja
yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru

menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki
amalan pengajaran dan pembelajaran guru (Gable, 2004) serta berupaya
meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003).
Walaupun pengetua merupakan pemimpin yang bertanggungjawab penuh
dalam proses membuat keputusan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan,
banyak keputusan berkaitan isu sekolah mengambil kira penyertaan sub-ordinat,
iaitu guru. Hakikat ini wujud kerana sekolah mempunyai sistem pengurusan yang
sistematik. Oleh itu, sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif juga
membuat keputusan secara kolektif dan bersama iaitu melibatkan pentadbir dan
guru. Kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
memerlukan proses pembuatan keputusan secara kolaboratif antara pengetua
dan guru di samping kepimpinan pengetua yang berkesan (Azman, 2001).
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka
semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif
iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara
berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang
tinggi. Ketua Jabatan iaitu pengetua sekolah seharusnya tidak mengamalkan
sikap pentadbiran yang bersikap ‘kuku-besi’ atau mengamalkan sikap pilih kasih,
sebaliknya mengamalkan budaya kolaboratif. Mengikut Abdullah Sani dalam
Azman (2001), elemen penting yang akan mempengaruhi kecemerlangan

pengurusan sesebuah sekolah adalah bagaimana pentadbir dan guru-guru
memimpin sekolah tersebut.

1

2.0

DEFINISI KONSEP
2.1

SEKOLAH

Perkataan ‘sekolah’ berasal dari Bahasa Latin iaitu skhole, scola atau
skholai yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang
berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan
satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh
mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya
dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental.
Mengikut Akta Pendidikan pulaa, sekolah ditakrifkan sebagai tempat
di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di

dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan
institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra
sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau
kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), ‘sekolah’ bermaksud tempat
untuk belajar dan mengajar.
Bidwell dalam Sharifah Alsagoff (1990) menyatakan sekolah adalah
satu institusi masyarakat setempat aiaitu dari segi sejauh mana sekolahsekolah sesebuah masyarakat itu merupakan identiti dan nilai-nilai
masyarakat itu dan merupakan fokus untuk integrasi kehidupan
masyarakat. Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan
interaksi yang diupayakan oleh sekolah agar dapat diterima di tengahtengah masyarakat untuk mendapatkan aspirasi, simpati dari masyarakat.
Dalam mengupayakan terjadinya kerjasama yang baik antara sekolah
dengan masyarakat dalam pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan
bersama.
Berdasarkan definisi yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan
bahawa sekolah merupakan sebuah institusi formal yang mempunyai
pentadbir, guru dan pelajar yang bertindak untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru juga menjadi model kepada pelajar.

2.2

KOLABORATIF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kolaboratif bermaksud erat dari
segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih, perhubungan antara
kerajaan yang paling erat sifatnya. Menurut Friend dan Cook (Owens,
2001), kolaboratif adalah gaya secara langsung dalam pembuatan
2

keputusan yang melibatkan seorang atau lebih individu yang komited
untuk bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama.
Individu-individu ini biasanya membawa kemahiran yang berbeza-beza
dan memberikan sumbangan untuk mewujudkan, menguatkan dan
mengekalkan perhubungan ini.
Tiegerman-Farber (1998) pula melihat kolaboratif sebagai
perhubungan atau interaksi antara guru-guru, ibu bapa dan pentadbir ke
arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif ini
berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahli-ahlinya untuk
melalui satu proses penerokaan yang panjang.

Idol et. al. (dalam Tiegerman-Farber, 1998) menyatakan mereka
yang terlibat terdiri daripada pelbagai kepakaran menjana penyelesaian
sesuatu keputusan yang kreatif, meningkatkan hasil, mengubahsuai dan
menghurai masalah daripada sudut yang berbeza-beza. Sementara itu,
Coufal (dalam Tiegerman-Farber, 1998) mendefinisikan kolaboratif sebagai
penglibatan sesama ahli yang berinteraksi sebagai penyumbang dalam
proses pembuatan keputusan untuk mencapai matlamat yang dikongsi
bersama. Setiap rakan kongsi berperanan seimbang dan perlu memiliki
pembolehubah
interaksi,
kemahiran
komunikasi,
kemahiran
menyelesaikan masalah dan strategi penyelesaian konflik.
Bagi Richardson et al. (dalam Beckett & Flanigan, 2004) pula, beliau
mengklasifikasikan kolaboratif dalam pelbagai label yang berlainan seperti
pengupayaan
(empowerment),
perkongsian
pentadbiran,

amalan
penyertaan, pengurusan berasaskan sekolah dan perkongsian dalam
pembuatan keputusan. Setiap individu dalam pembuatan keputusan
kolaboratif memberi sumbangan hingga ke peringkat akhir proses
membuat keputusan. Tiada sesiapa yang menjadi 'bintang' dalam
kumpulan ini. Dengan wujudnya kesamarataan, tiada individu atau ahli
yang lebih berharga daripada ahli lain. Perasaan ego perlu diketepikan,
sebaliknya perasaan kekitaan dan komitmen terhadap proses kolaboratif
paling diperlukan. Sokongan satu sama lain dan kesediaan untuk
berkongsi matlamat, pengetahuan, kemahiran, tanggungjawab dan
sumber yang ada menjayakan sesuatu kolaborasi (Walther-Thomas, 2001).
Kesimpulan
daripada
semua
definisi
kolaborasi,
dapatlah
dirangkumkan bahawa kolaboratif menunjukkan saling bergantungan dan
permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat keputusan apabila mereka
berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan keputusan

yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian.
Selain itu, kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan
antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar,
antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan
sebagainya. Kolaboratif juga membawa makna bekerja dalam pasukan,
usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep perkongsian dan

3

pengorbanan dalam menjayakan
membawa kebaikan bersama.

2.3

satu

tujuan

dan


matlamat

yang

SEKOLAH KOLABORATIF

Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen
perubahan kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan
pihak sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Che Mah Yusof dan
Mariani Md.Nor (2000).). Penglibatan masyarakat dalam bentuk perkongsian
untuk kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang
diimpikan.
Menurut Freudenstein (1991), sekolah kolaboratif merupakan sebuah
sekolah yang lebih mementingkan proses bekerjasama, berunsurkan sosial
(John Dewey) dan mengutamakan dinamik kumpulan (Kurt Lewin). Sekolah
kolaboratif juga menekankan aspek aktiviti bekerjasama kerana melibatkan
perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran
baru.
Pendapat ini turut disokong oleh Hargreaves, A. (1995). iaitu sekolah
kolaboratif dapat membantu para pentadbir dan guru dan membina

pengetahuan dengan yang lebih bermakna. Pengetahuan atau hasil kajian yang
baru haruslah dikongsi bersama guru-guru lain didalam sekolah mahupun
perkongsian ilmu dengan guru di sekolah berlainan. Melalui perkongsian ilmu
ini, secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan
berinteraksi yang lebih berkesan di samping boleh menerima pendapat orang
lain secara terbuka.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sekolah kolaboratif merupakan
sekolah yang memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dengan
menekankan aspek bekerjasama untuk mencapai objektif dan matlamat
organisasi yang dibentuk. Segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki haruslah dikongsi untuk manfaat bersama. Sekolah kolaboratif juga
menekankan penglibatan semua ahli kumpulan. Idea yang mencabar dan
disokong untuk menambahbaik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan
kumpulan. Guru-guru akan mengumpul idea, berkongsi pengalaman,
berbincang bersama dan menyelesaikan masalah bersama. Selain menjalin
hubungan baik dengan komuniti dan perkongsian ilmu, sekolah kolaboratif juga
menekankan bilik darjah yang kolaboratif.
4

3.0 PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang terdiri empat atau lima orang
pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil
pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran
koperatif adalah satu bentuk kolaboratif, iaitu kelompok besar belajar bersamasama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson &
Johnson, 1989). Menurut Freudenstein (1991), terdapat tiga bahagian utama
dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif iaitu

a) Pra-pengajaran – Peringkat perancangan dan persediaan.
b) Pengajaran – Peringkat persembahan dan pelaksanaan.
c) Pasca-pengajaran – Peringkat penilaian dan pengubahsuaian.

Rajah 1: Konsep Pengajaran Kolaboratif
Sumber: Diadaptasi dari Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991)

Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam
sistem pendidikan. Pembelajaran ini menggalakkan penglibatan pelajar secara
aktif dalam proses pembelajaran.
Semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan
bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar.

Freudenstein (1991), menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti
bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil
pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif
dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika
5

dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan
aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi
akan dipelajari oleh pelajar. Menurut Tinzmann dalam Freudenstein (1991),
terdapat beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu:
a) Perkongsian Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar dan Pelajar
Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, peranan pengajar hanya
menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Guru
hanya perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran
dan mempunyai kemahiran untuk menyalurkan kepada pelajar. Dalam
pembelajaran kolaboratif, pengajar perlu menilai dan membina satu
persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi
dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran
yang efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman
pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan guru dan pelajar yang lain.
b) Perkongsian Autoriti Di Antara Pengajar dan Pelajar
Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar
dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi
pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif
pengajar, pengajar berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk
tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian
pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar perlu mengalakkan
pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar
berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh
belajar menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran
pemikiran
kritis
dan
kreatif.
c) Pengajar Sebagai Fasilitator
Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar,
pengajar berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan
membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman
dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Pengajar perlu menilai tahap
informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar
untuk belajar. Pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran banyak
digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet.
Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan
membentuk komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar
berasaskan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management
System (LMS) yang dikenali sebagai MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan
singkatan bagi perkataan Modular Object-Oriented Dynamic Learning
Environment. Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu sistem
perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara
fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum
6

perbincangan, chats dan jurnal.
pengajaran kolaboratif ialah

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan

1) Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk
memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang
menentukan prestasi murid.
2) Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk
membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif.
3) Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana
kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan
tersebut.
4) Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan
pasukan Pengajaran Kolaboratif.
5) Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga
pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai
disiplin.
6) Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal,
bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran
Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya.
7) Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi
demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi
masing-masing.
8) Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan
menggalakkan perkembangan profesional diri.
9) Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan
pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan
pasangannya.
10) Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan,
kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and
Meath-Lang, 1992).
11) Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif
boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu
perkahwinan yang saling melengkapkan Model Pengajaran KolaboratifFreudenstein (1991).

4.0

BILIK DARJAH KOLABORATIF

Dewasa ini, ramai orang berbicara mengenai pengurusan bilik darjah.
Selalunya, perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada
proses pengajaran pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Dalam
pengurusan bilik darjah yang kolaboratif, pelajar dibawa masuk ke dalam
persekitaran yang sebenar dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang betul-betul sesuai
dengan perkembangan kognitif pelajar dipilih dan diolah serta digabungjalin
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat sebagai pemimpin
7

yang bersedia bersama-sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar
belajar. Hal ini berbeza dengan bilik darjah tradisi iaitu pelajar hanya dapat
mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya, iaitu
pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia
sebenar.
Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif
mengatasi pembelajaran secara bersendirian. Bilik darjah yang kolaboratif dapat
meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognitif,
memfokuskan kepada idea-idea baru dan menekankan pendekatan penyelesaian
masalah yang sebenar. Belajar di dalam bilik darjah yang berkolaboratif juga
menjadikan pelajar lebih bermotivasi, mempunyai perasaan ingin tahu, ingin
meneroka, mengambil perasaan berat dengan orang lain dan bertanding secara
sihat. Terdapat empat sifat bilik darjah kolaboratif iaitu:
1. Berlaku Perkongsian Ilmu Pengetahuan Pelajar dan Guru
Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di
mana aliran maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan
sedikit daripada pelajar kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai
pengetahuan tentang kandungan mata pelajaran, kemahiran dan pengajaran.
Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan diberi oleh guru dari masa ke
semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap terus sebagai
pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami arahan
atau ingkar arahan.
Hal ini berbeza dengan guru kolaboratif, mereka juga menilai dan sentiasa
membina ilmu pengetahuan, pengalaman peribadi, pembinaan bahasa
komunikasi, strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori
yang sesuai dan pelajar menggabung keadaan sosio-budaya dengan
pengalaman pelajar. Sebagai contohnya, apabila guru mengajar mengenai
Bentuk Muka Bumi di Malaysia, maka para pelajar akan menyatakan pendapat
dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan mereka. Pengalaman melalui
pemerhatian yang dimiliki oleh pelajar mengenai bentuk muka bumi yang dilihat
oleh pelajar akan mereka aplikasikan dalam P&P tersebut. Pengalaman yang
dimiliki oleh pelajar menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari
sesuatu topik.
2. Perkongsian Kuasa
Dalam bilik darjah kolaboratif, guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar
dalam keadaan tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi, guru
bertanggungjawab menetapkan arah, memberi, mengatur kerja dan menilai apa
yang diajar. Manakala dalam bilik darjah kolaboratif pula, guru memberi peluang
kepada pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang
ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan latihan dan
mengalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Pelajar digalak mengembeling
8

pengalaman mereka sendiri, memastikan pelajar berkongsi strategi dan
pengetahuan, menghormati pelajar lain, menyokong pertukaran idea yang
bernas, terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis, memupuk dan menggalak
pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna.
3. Guru Sebagai Pengantara
Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana guru menolong pelajar
dan membantu pelajar dalam sesuatu permasalahan. Guru juga menjadi
penunjuk cara dalam menyelesaikan masalah pelajar.
4. Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus
Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi
pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif, pelajar bebas
belajar mengikut kebolehan mereka, menyatakan idea dan menidakkan
pendapat rakan-rakan yang lain. Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar
tidak diasingkan mengikut keupayaan dan pencapaian. Pengasingan pelajar akan
melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang
pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang
lemah tidak mempunyai peluang untuk belajar daripada pelajar yang
berkebolehan dan sebaliknya.
4.1
BUDAYA KOLABORATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN
Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan dan reaksi yang
didapati dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya.
Intipati asas kepada budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya
kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif dan kefahaman
serta komitmen guru terhadap kerja. Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati
sekolah yang mempunyai budaya yang cemerlang menghasilkan guru yang
bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan
bersama dan kepimpinan berkarisma.
Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban
hubungan yang seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja
yang tinggi dan peningkatan produktiviti. Sekolah yang ditadbir berdasarkan
Teori Pengurusan Kolaboratif mempunyai idea penglibatan satu pasukan yang
berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta budaya sekolah, memimpin
semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja yang sama.
Budaya organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap
fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993;
Sergiovanni 1984). Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan
dan dikongsi oleh semua ahli sekolah. Hal ini membolehkan mereka bersedia
untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah
untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama. Budaya kolaboratif ini dapat
membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan bersama
untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).
9

Pasukan kerja di sekolah boleh mewujudkan persekitaran yang tersendiri
berdasarkan keadaan dalaman pasukan kerjanya (hubungan sesama ahli).
Keadaan luaran seperti perhubungan dengan pasukan kerja yang lain, keadaan
pelajar, harapan keluarga pelajar dan iklim sekolah turut mempengaruhi
persekitaran pasukan kerja sekolah. Pasukan kerja ini berkongsi misi dan
matlamat yang diharapkan sesuai dengan matlamat sekolah. Perkongsian ini
penting untuk memastikan fungsi pasukan akan menjadi berkesan (Hughes
1991). Oleh itu, guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang
kuat supaya mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.
Kajian yang telah dilakukan oleh Ishak (1993) terhadap 463 orang guru
daripada 33 buah sekolah menengah di negeri Kelantan mendapati bahawa guru
kelihatan lebih bermotivasi apabila pengetua mereka mengamalkan budaya
kolaboratif. Kajian yang telah dijalankan oleh Noor Hashimah (2000) juga
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan
budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang signifikan ini
menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan
tahap motivasi guru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengamalkan
budaya positif dan budaya kolaboratif, guru dan pentadbir berupaya untuk
memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat
dijayakan melalui aktiviti ko-kurikulum dan interaksi didalam dan diluar sekolah.

5.1

PERKONGSIAN ILMU ANTARA GURU-GURU

Bagi mencapai konsep sekolah kolaboratif, maka perkongsian ilmu wajarlah
dilaksanakan sama ada dalam peringkat dalaman atau luaran. Perkongsian ini
dapat dilakukan dalam pebagai cara seperti mengadakan ceramah, In-House
Training, bengkel dan sebagainya. Agama islam sendiri mengalakkan umatnya
untuk menyebarkan ilmu. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Dan sampaikan
dariku walaupun sepotong ayat”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Islam
mengalakkan umatnya untuk menyebarkan sebarang ilmu yang dimiliki oleh
setiap umat.
Bagi mencapai perkongsian idea, maklumat dan kemahiran, maka
perkongsian ilmu antara guru-guru amat diperlukan. Contohnya, pada 30 Ogos
2012 lalu, guru-guru di SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang telah
mengadakan perkongsian ilmu dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dari
aspek Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). SPSK ini difokuskan dari aspek
pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor kearah sekolah
bertaraf dunia. Aspek yang turut dibincangkan adalah melaksanakan Prosedur
Pengurusan Kewangan tanpa teguran dari Jabatan Audit, memastikan 100 %
murid sekolah di Negeri Selangor mendapat perkhidmatan bimbingan dalam
10

kemahiran belajar, pembangunan diri murid, motivasi dan kerjaya, melainkan
berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah, memastikan
pencapaian murid setiap sekolah di Negeri Selangor mencapai 65 % lulus
keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata
pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan
awam dan melaksanakan 100 % pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar
kawalan sekolah.
Kenyataan ini disokong oleh Owens (2001) yang menyatakan antara faktor
kekuatan sesebuah organisasi adalah penglibatan individu-individu tertentu
dalam organisasi pembuatan keputusan dan memberikan pengupayaan kepada
mereka dalam setiap peringkat demi menyumbang ke arah pembentukan
keputusan yang berkualiti. Justeru, kolaborasi seharusnya dijadikan amalan di
sekolah. Guru-guru yang ramai menjadi sumber paling berharga kepada sekolah
kerana mereka mempunyai kepelbagaian dari segi pengalaman, pengetahuan
pedagogi, kemahiran dan maklumat yang boleh dikongsi bersama.
5.2

PERTUKARAN PELAJAR ANTARA NEGARA

Wawasan 2020 merupakan mauduk utama Malaysia untuk mencapai negara
maju. Untuk mencapai matlamat ini, generasi muda dipersiapkan untuk
memperjuangkan anjakan paradigma yang semakin berkembang. Kebanyakan
negara dunia telah melaksanakan pertukaran pelajar antarabangsa. Pertukaran
pelajar bermaksud seorang atau sekumpulan pelajar yang ditukarkan tempat
belajar sama ada di dalam negara ataupun ke luar negara untuk sementara
waktu bagi mewakili tempat belajar asal. Pertukaran di dalam negara atau ke
luar negara masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya
kepada pelajar itu sendiri.
Di Malaysia pula, ramai pelajar cemerlang telah dihantar belajar ke luar
negara dan mengambil contoh yang baik untuk dioperasikan di Malaysia.
Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati
sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat. Para pelajar dapat bertukar
pengalaman dan idea-idea baru. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat
mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan minda dan berfikir dengan
lebih matang dan dapat mengutarakan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif
dan peka terhadap isu-isu yang berlaku di sekelilingnya. Teknologi yang
berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber
manusia yang terpelajar. Program ini juga mengajar generasi muda untuk bijak
berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaiakn diri. Oleh itu, Program Pertukaran
Pelajar ini berupaya mencipta insan muda yang sempurna dalam segala bidang
untuk memenuhi tuntuan azam negara dan sekaligus mengalakkan konsep
sekolah kolaborasi.
Dari aspek pendidikan, pertukaran pelajar akan mengalakkan pelajar
terdorong untuk menerima dan memahami tentang pelbagai perspektif budaya
dan masyarakat yang berbeza, cuba lain memalui praktikal iaitu percakapan,
11

kesedaran tentang pelbagai kaedah alternatif dan pendekatan kepada
pembelajaran dan pelajar dapat pengetahuan umum yang lebih luas dalam isuisu global. Dari aspek peribadi, pelajar akan dapat membangunkan diri,
kesedaran dan meningkatkan keyakinan diri dan kebanyakkan pelajar yang
terlibat dalam program pertukaran pelajar akan mengalami perubahan yang
ketara apabila pulang ke Malaysia. Pelajar ini juga akan mengalami kestabilan
sosial dan kematangan diri untuk mendorong menghadapi cabaran di luar zon
selesa tanpa pertolongan. Selain itu, pelajar ini akan berubah menjadi seseorang
yang menghargai hubungan jangka masa panjang dan lebih menghargai
keluarga. Dari sudut jangka panjang, pelajar yang belajar di peringkat tinggi
akan merasakan diri meraka lebih selesa berada di persekitaran yang asing.
Tekanan yang dialami semasa berkomunikasi dengan orang asing turutu
membangunkan sifat sensitiviti tehadap peribadi orang lain.
Sebagai contohnya, program pertukaran pelajar Jepun-Malaysia pada
tahun 2011 apabila 20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Derma dan SMK Tunku Lailatul Shahreen, Negeri Perlis.
Para pelajar dan guru ditempatkan di tiga pusat pembelajaran sekitar wilayah
Kansai iaitu National Sono Outdoor Learning Center, National Awaji Youth
Friendship Center dan National Muruto Learning Center di Kansai, Jepun. Peluang
terbaik ini menjadi medan menonjolkan budaya kepada negara luar sekaligus
berupaya memberikan impak kepada industri pelancongan negara (Adha
Ghazali, 2011).
Selain itu juga, pada 18 Jun 2010 lalu, SMK Bukit Nenas, Terengganu turut
melakukan program pertukaran pelajar dari KGSE German. Program pertukaran
pelajar ini adalah lanjutan dari lawatan pelajar SMK Bukit Nenas pada tahun
sebelumnya. Program ini turut menjalin persefahaman melalui pertukaran pelajar
berasaskan aktiviti sukan, bahasa dan kebudayaan. Program ini adalah
sebahagian pelaksanaan rancangan mengantarabangsakan pelajar SMKBN demi
mencapai misi dan visi sekolah. Rombongan ini akan mengikuti aturcara yang
telah dirancang termasuk lawatan ketempat-tempat menarik dan mencabar
seperti lawatan ke Pulau Redang, Gua Langsir, Tasek Kenyir, ramah mesra dan
sesi latihan sukan serta belajar bersama (http://www.sstbn.dtalian.net)
Selain daripada itu juga, Pusat Kegiatan Guru Daerah Maran bersama PPD
Maran telah bekerjasama menjayakan Program Perkongsian Ilmu dan Pengurusan
Sekolah-Sekolah Pinggiran Sungai Pahang. Turut terlibat adalah Guru Besar
sekolah-sekolah tepian sungai Pahang bagi Daerah Maran, Temerloh dan
Jerantut. Antara sekolah-sekolah yang dilawati adalah SK Sri Keramat, SK
Sentosa, SK Bukit Tajau, SK Paya Pasir, SK Sekara dan SK Chenor. Program yang
berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah sekolah pinggiran sungai Pahang
untuk menjana minda dan menarik minat murid terhadap pembelajaran dalam
darjah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk serta menggalakkan amalan
membaca (http://btpnpahang.moe.edu.my).

12

Contoh lain ialah Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan antara
Sekolah Tinggi Hokuryo dengan Sekolah Sri Garden, Kuala Lumpur yang telah
diadakan sejak dimulakan pada tahun 2004. Program ini bertujuan
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui nilai-nilai unik
masyarakat Malaysia melalui penglibatan para pelajarnya. Program ini
melibatkan 73 orang pelajar dari Sekolah Tinggi Hokuryo yang berpeluang untuk
mengenali budaya masyarakat di Malaysia. Program ini memberikan peluang dan
ruang kepada pelajar Korea untuk megenali budaya, adat, tarian, makanan,
bahasa dan sebagainya. Pada tahun hadapan, pelajar yang cemerlang dari segi
akademik dan sahsiah akan terpilih untuk mengikti pertukaran pelajar di Korea
(http://berita-harian-online.com). Selain itu juga, seramai 28 orang pelajar dan 2
orang guru dari SM Teknik Terengganu telah menyertai Program Pertukaran
Pelajar Antarabangsa ke Bandung, Indonesia. Para pelajar ini akan tinggal
bersama keluarga angkat masing-masing. Program pertukaran pelajar ini dapat
memberikan pengalaman dan budaya mengenai masyarakat Indonesia.
5.3

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK)

Lawatan penanda aras (Bench Mark) merupakan satu lawatan ilmiah ke
sesebuah kawasan untuk memberi pengalaman, berkongsi pendapat,
merangsang pemikiran guru dan sebagainya. Contoh lawatan penanda aras
ialah:
1) Sekolah Menengah Sains Muar, Johor ke SMK Aminuddin Baki.
Lawatan berilmiah ini telah dilakukan pada 6 September 2012 dengan
harapan segala perkongsian ilmu yang telah dijalankan dapat dimanfaatkan
dengan sebaiknya antara kedua-dua buah sekolah. Lawatan ini bertujuan
untuk memberikan pendedahan budaya kerja sekolah, berkongsi teknik
pengajaran yang berkesan oleh guru demerlang dan pengalaman, berkongsi
pengalaman terbaik (best practices) diantara setiap guru, berkongsi buku
rekod terbaik dan sebagainya. Perkongsian ini amat perlu untuk mewujudkan
budaya kolaboratif diantara setiap guru (http://www.sabkl.edu.my).
2) Lawatan Penanda Aras Saff Maktab Sultan Ismail, Kelantan ke SMK Sultan
Asma Alor Star, Kolej Sultan Abdul Hamid dan Penang Free School Pulau
Pinang.
Pada 4-7 Mei 2011, Saff Maktab Sultan Ismail, Kelantan telah melakukan
lawatan Penanda Aras ke SMK Sultan Asma Alor Star, Kolej Sultan Abdul
Hamid dan Penang Free School Pulau Pinang. Objektif Lawatan Penanda Aras
ini adalah untuk meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme
guru-guru, menyediakan guru ke arah Sekolah Bestari pada masa hadapan,
memantapkan pengurusan dan pentadbiran dan mengeratkan semangat
berpasukan (http://maktabsultanismail.blogspot.com).

13

3) Program Lawatan Penanda Aras Pengintegrasian Teknologi dan Budaya
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Kuching, Sarawak.
Lawatan ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar dan guru-guru dalam
pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan dalam
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dan Kajian Tindakan, merangsang
guru-guru berdaya kreatif dalam menghasilkan sesuatu bahan pengajaran
dan pembelajaran yang berinovasi dan memberi pengalaman guru-guru,
para pentadbir sekolah dan pegawai PKG meneroka pelbagai teknologi dan
budaya secara nyata untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Antara program yang telah direncanakan ialah sesi
lawatan ke Kampung Budaya Dan Kilang Pembuatan Kek Lapis Untuk
mengumpul seberapa banyak maklumat menggunakan pelbagai kaedah
teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam rancangan Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL), lawatan ke Sekolah Cemerlang dan Sekolah Bestari
di Sarawak diharapkan dapat merangsang pihak pengurusan dan
pentadbiran serta guru-guru dalam menjadikan proses P&P lebih kreatif dan
berinovasi, perbengkelan, Kajian Tindakan, perkongsian ilmu berkaitan
Pelaksanaan 5S dan Konti/Studio On-Air Radio Pendidikan bersama BTPN
Sarawak.

5.4

KERJASAMA PINTAR DIANTARA SEKOLAH LUAR BANDAR DAN
BANDAR

Usaha Kementerian Pelajaran mengiktiraf sekolah cemerlang dengan
menganugerahkan status Sekolah Kluster berjaya menyuntik semangat
pengurusannya meningkatkan pencapaian. Kesungguhan mereka terbukti
apabila ada sekolah luar bandar menjalin kerjasama pintar dengan sekolah di
bandar bagi memacu kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak
mengadakan kerjasama pintar dengan komuniti setempat hingga melonjak
kecemerlangannya dalam akademik dan kokurikulum dan kesungguhan itu juga
membolehkan sekolah berkenaan dianugerahkan Commonwealth Education
Good Practice Award 2009. Syarat pemilihan Sekolah Kluster ialah
kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, sahsiah, kemenjadian murid,
kecemerlangan
kepemimpinan
sekolah,
pengurusan
pengajaran
dan
pembelajaran serta program inovasi dan kreativiti yang sudah diterokai oleh
sekolah tersebut. Bagi kecemerlangan budaya sekolah serta kebitaraan (niche
areas), ia membabitkan pelbagai aktiviti antaranya pancaragam, orkestra, rugbi
dan pasukan beruniform. Kerjasama yang erat di antara sekolah luar bandar dan
bandar daapt melonjakkan kecemerlangan sekolah tersebut untuk terus gah di
persada arus pendidikan (Norliza Abdullah, 2009).

5.5

PROGRAM i-THINK
14

Sistem pendidikan negara perlu melalui proses tranformasi bagi melahirkan
generasi masa depan yang mempunyai inovasi, kemahiran berfikir secara kreatif
dan analitikal. Program i-Think merupakan projek bersama oleh Kementerian
Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran
tinggi dan inovatif di peringkat sekolah rendah dan menengah. i-Think adalah
pendekatan yang realistik dan praktikal untuk memupuk proses pemikiran dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam kalangan guru dan
pelajar sama-sama melalui penggunaan peta pemikiran yang dibangunkan oleh
Dr. David Hyerle. Sebanyak 6 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah
telah menjalankan projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik)
dan Agensi Inovasi Malaysia. Kerajaan menjangkakan 1,000 lagi sekolah akan
menerapkan sistem i-Think ini pada tahun depan dan kepada semua sekolah
menjelang 2014. Muhyiddin Yassin berkata, menerusi program i-Think,
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menerap proses berfikir itu bagi
membantu murid memahami sesuatu konsep dan mengaplikasinya dalam
menyelesaikan permasalahan. Antara sekolah yang terlibat dalam Program iThink ialah SK Pusat Bukit Besar, SK Kebangsaan Bukit Lanjan, Sekolah
Menengah Kebangsaan Gaal dan sebagainya (http://www.hmetro.com.my). Hal
ini jelas menunjukkan bahawa Program i-Think mampu mencapai matlamat
sekolah kolaboratif kerana ianya melibatkan perkongsian idea untuk
menghasilkan sesuatu inovasi baru.

5.6 PINTAR FOUNDATION
Bagi mengalakkan hubungan erat antara pihak sekolah terutamanya pentadbir,
maka program bimbingan pendidikan Pintaar Foundation yang diterajui oleh
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menyediakan program pengurusan
pentadbiran kepada guru besar, pengetua dan penolong kanan dalam usaha
mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan pendidikan. Progam ini telah
disertai oleh 52 pentadbir sekolah dari seluruh Semenanjung Malaysia. Hasil
daripada program ini adalah Berjaya menyuntik semangat dan inspirasi supaya
para pentadbir lebih gigih mentadbir untuk menghasilkan generasi kretif dan
inovatif. Kedudukan yang berada dalam ruang lingkup yang selesa menjadikan
para pentadbir sekolah tidak mahu melakukan anjakan paradigma. Program ini
turut memberi semangat kepada pentadbir untuk berkhidmat dengan penuh
azam selain menjalin kerjasama erat dalam kalangan warga sekolah dan
masyarakat setempat (http://www.bharian.com.my).

5.7

PROJEK SEKOLAH ANGKAT

Projek Sekolah Angkat dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi
akademik sekolah-sekolah angkat, menganjurkan bengkel motivasi kepada
pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama, meningkatkan keyakinan diri
15

dan imej kendiri pelajar yang berada di dalam sekolah angkat, membangunkan
pelajar dari aspek mental, emosi dan sosial dan sebagainya. Contohnya, Badan
Amal dan Usaha Isteri-Isteri Wakil Rakyat Perak (BAIDURI) dengan kerjasama
Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Malaysian Resources
Corporation Berhad (MRCB) yang prihatin kepada pelajar-pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah dan bersekolah di sekolah yang tidak begitu sempurna
dari segi prasarana pembelajaran. Program ini melibatkan 10 buah sekolah yang
membantu pelajar di sekolah tersebut di dalam pelbagai aspek terutama dari
segi akademik, pembangunan diri dan kesihatan mental serta psikososial. Tujuan
utama program ini ialah memberi bimbingan secara terancang bagi
membangunkan pelajar sekolah tersebut dari segi akademik, pembangunan diri,
kesihatan mental dan psikososial.
Selain itu juga, Program Sekolah Angkat TM turut memberi anjakan kepada
warga SM Agama Repah, Tampin, Negeri Sembilan. Sekolah ini terpilih untuk
menjadi Sekolah Angkat kepada sebuah Syarikat Telekomunikasi (TM) yang
membantu dalam bidang ICT sejajar dengan sistem pendidikan negara yang
ingin melahirkan tenaga manusia berkemahiran dalam bidang ICT. Program yang
telah dilakukan oleh TM dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan,
perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem
pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai
satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan negara dan
menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (Smart Partnership) dalam
pendidikan (http://smrarepah.com).

5.8

SHARING SUCCESSFULL STORIES
(PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN GURU)

Program Perkongsian Pengalaman merupakan program untuk meningkatkan
motivasi dan prestasi guru Sains di Negeri perak melalui penceritaan kisah benar
guru-guru yang berjaya melahirkan bilangan pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang melebihi 30% dalam peperiksaan awam tahun semasa. Penceramah
dikenal pasti melalui analisis data peperiksaan awam dan post mortem dalam
mata pelajaran Sains Elektif dan Sains Teras. Penceramah yang dipilih akan
berkongsi pengalaman sebenar melahirkan pelajar cemerlang melalui rahsia
kejayaan mereka memotivasikan pelajar masing-masing melalui program
tertentu. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan prestasi
guru Sains di Negeri Perak, meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada
cara-cara melahirkan pelajar yang berkualiti dan P&P yang berkesan,
mewujudkan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan Guru Sains dan
meningkatkan
pencapaian
peperiksaan
awam
di
Negeri
Perak
(http://www.pelajaranperak.gov.my).

16

5.9

CASE DISCUSSION ACTIVITIES-PEDAGOGY ENHANCEMENT
REINFORCEMENT OF LEARNING STRATEGIES (PEARLS)

AND

Case Discussion Activities dengan slogan “Dari Guru Untuk Guru” program yang
telah dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang merupakan aktiviti
perbincangan profesional dalam kumpulan. PEARLS dilaksanakan secara formal
dan berkala oleh kumpulan guru Sains dan Matematik dan merupakan satu
forum yang disediakan khusus bagi mengatasi semua permasalahan yang
dihadapi guru dan sekolah berkaitan P&P. Selain itu, PEARLS memberikan
penekanan kepada aspek perbincangan sebagai satu usaha mencari siri
penyelesaian kepada sesuatu permasalahan P&P dan lain-lain isu yang
dibangkitkan melalui konsep ‘belajar melalui pengalaman’ yang dilahirkan
melalui perbincangan berfokus dan direkodkan di bawah kendalian seorang
moderator. Pendekatan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada
peningkatan prestasi dan amalan guru berbanding dengan pendekatan melalui
kursus/ceramah seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Program ini dilaksanakan
bagi semua mata pelajaran Sains dan Matematik (Fizik, Kimia, Biologi, Sains
Teras, Matematik Tambahan, Matematik, Matematik SMR, Sains SMR, Sains SR
dan Matematik SR). Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kualiti P&P
Sains dan Matematik guru-guru di Negeri Perak, untuk meningkatkan prestasi
pencapaian Sains dan Matematik dalam peperiksaan awam, meningkatkan
komitmen dan motivasi guru Sains dan Matematik, menyediakan forum
profesional penyelesaian masalah pedagogi dan Knowledge Content guru Sains
& Matematik, mewujudkan Budaya Perkongsian Ilmu dalam kalangan Guru Sains
dan Matematik dan menyediakan wadah permindahan `Tacit Knowledge’ Guru
Berpengalaman dan Guru Cemerlang.

6.0

BUDAYA KERJA SECARA KOLABORATIF DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati
semua guru mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab
untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama (Kohm & Nance,
2009). Hal ini kerana, dengan budaya kerja secara kolaboratif, ia berupaya
menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab
sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid. Guru tidak
akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang permasalahan yang
timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan
dibimbing oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru
yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal
disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang
diajar. Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara kolaboratif akan
membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional.

17

Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan
di antara guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang
teguran dan nasihat tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap
nasihat dan bimbingan adalah untuk membantu mereka menangani
permasalahan yang timbul dan semuanya adalah untuk memastikan
pembelajaran murid yang berkesan.
Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan
yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan
pencapaian murid. Semasa proses membuat keputusan, setiap ahli panitia atau
unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang
paling baik secara bersama. Hal ini menjadikan keputusan yang dibuat
merupakan keputusan bersama atau secara kolektif. Keputusan yang dihasilkan
secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam
kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan
merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama.
Menurut Louis dan Kruse, (1995), sejak dahulu lagi pengetua menduduki
hierarki tertinggi dalam membuat keputusan. Pengetua membuat pelbagai jenis
keputusan berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum,
perkembangan staf, kewangan, penilaian dan penyeliaan dan sebagainya. Guruguru pula acap kali 'ditegur' agar keluar daripada kepompong amalan tradisional
yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses
pembuatan keputusan sebaliknya lebih menonjolkan diri dengan mengambil
bahagian secara aktif lagi dalam proses.
Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan bermaksud amalan
perkongsian atau partisipatif apabila semua ahli organisasi bekerja bersamasama secara seimbang atau sama rata untuk mencapai konsensus dalam
pembuatan keputusan. Mc Ewan dan Wood (dalam Beckett & Flanigan, 2004)
menerangkan bahawa pembuatan keputusan, perkongsian dan partisipatif
berlaku apabila mereka mengenal pasti, menganalisa, menyelesaikan masalah,
merancang, menentukan tindakan yang ingin diambil dan memastikan
pelaksanaan keputusan tersebut bersama-sama kerana kolaborasi meningkatkan
keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang
digembelingkan. Guru juga tidak bekerja secara bersendirian
sebaliknya
merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau
penambahbaikan. Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah perlu melalui
proses dan anjakan paradigma selaras dengan objektif falsafah pendidikan
negara. Menurut Muhaimi Taat (2012), pentadbir sekolah haruslah mengelakkan
daripada menjadi streotaip dan jumud. Oleh itu, semua pihak memainkan
peranan yang agresif dalam proses membuat sebarang keputusan.

18

7.0

HUBUNGAN BAIK SEKOLAH DAN KOMUNITI BERUPAYA UNTUK
MENCAPAI MATLAMAT SEKOLAH KOLABORATIF

Jika ditelusuri kembali, salah satu ciri sekolah kolaboratif ialah membuat
hubungan yang baik bersama komuniti. Kerjasama yang erat antara pihak
sekolah dengan komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah
untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya dari aspek pencapaian para
pelajar dan organisasi pengurusan guru.
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada
kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah
sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana
pengurusan sekolah dan komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk
kebaikan kedua-dua belah pihak. Sekolah memperoleh faedah berbentuk
sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada
komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan
penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut Gonder (1981)
kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan menguntungkan
semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk
meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah.
Dalam konteks Malaysia, hubungan yang baik merangkumi perspektif
yang meluas. Collegial Partnership mengikut QSCC (1998) merupakan satu
bentuk hubungan yang melibatkan pengamal pendidikan itu sendiri, ibu bapa
dan lain-lain badan profesional seperti guru, bahan bantu mengajar, pentadbir
dan mereka yang terlibat dalam pembangunan program sekolah. tugas ibu bapa
bukan sahaja untuk mengekalkan hubungan baik dengan pihak sekolah, bahkan
dijana bersama profesional untuk faedah bersama.
Berdasarkan pandangan Berger (1983) ini pihak pengurusan sekolah harus
memainkan peranan sebagai morale builder program designer and program
coordinator dengan mengamalkan dasar pintu terbuka, menyediakan bilik
pertemuan dengan ibu bapa, menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan ibu
bapa dan memberi sokongan kepada PIBG. Para guru boleh bertindak sebagai
fasilitator, kaunselor, penyelaras program dan sumber serta kawan kepada ibu
bapa. Kedua-dua pihak guru dan ibu bapa hendaklah bersikap terbuka dalam
usaha memperbaiki keputusan anak dan murid-murid masing-masing. Mengikut
Berger (1983), untuk menjayakan "educational partnership" ini, pihak sekolah
mesti menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri dan ibu bapa mesti memberi
respon seperti yang disebut oleh Hughes dan MacNaughton (2003). Komunikasi
dua hala yang paling efektif untuk mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak
ibu bapa. Komunikasi ini dapat dikekalkan melalui PIBG, lawatan ibu bapa ke
19

sekolah dan penyertaan dalam aktiviti sekolah (Berger, 1983). Selain itu terdapat
empat prinsip yang dapat membantu para guru untuk memastikan hubungan ibu
bapa, guru dan komuniti lebih bermakna dari kajian yang dilakukan oleh Hughes
dan MacNaughton (2003) iaitu mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan
komuniti lain ke sekolah mereka, menerangkan pengurusan dan perjalanan
aktiviti di sekolah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan penjaga
pelajar, sentiasa menerima ibu bapa, ya