LAPORAN PELAKSANAAN PENGAPLIKASIAN TEORI. docx
LAPORAN PELAKSANAAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(PERINGKAT PENCEGAHAN)
1.0 Pengenalan
Teori pembelajaran konstruktivisme merupakan teori yang telah dipelopori oleh Lev
Vygotsky. Menurut Firmina Angela Nai (2017), teori pembelajaran konstruktivisme merupakan
salah satu kaedah di mana murid bertindak membina atau membangunkan pemikiran dan ilmu
pengetahuan sendiri tanpa bantuan daripada guru. Dalam erti kata lain, dalam menyelesaikan
sesuatu masalah, murid sendiri yang akan memikirkan penyelesaiannya dan guru pula hanya
berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara kepada murid sahaja.
Menurut Lev Vygotsky dalam Amir awang (1986), menyatakan bahawa teori ini
menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana
pelajar
membina
konsep
baharu
atau
pengetahuan
baharu
berasaskan
pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui
pengalaman yang dialami. Dalam erti kata lain, dalam mengatasi sesuatu perkara,
ia adalah berdasarkan kepada usaha individu itu sendiri dengan berdasarkan
kepada
pengalaman
yang
dimilikinya
dan
bukannya
berdasarkan
kepada
pengalaman orang lain.
Umumnya, Vygotsky dalam Wong Kiet Wah et. Al (2013) juga, menyatakan
konsep zon perkembangan proksimal (ZPP) dan “scaffolding” dalam teori ini. Zon
perkembangan proksimal ialah satu kaedah di mana meskipun guru berperanan
untuk
membantu
murid
dalam
memikirkan
penyelesaian
kepada
sesuatu
permasalahan, namun guru hanya berperanan sebagai pemudah cara kepada murid
sahaja. Sebaik murid tersebut tahu dan dapat memikirkan penyelesaian kepada
sesuatu isu, maka peranan guru sebagai pembimbing sudah tidak diperlukan lagi.
Dalam erti kata lain, peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka
seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza.
Secara amnya, kajian yang telah saya laksanakan ini adalah mengenai
pelaksanaan khidmat bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) di sekolah
sepanjang
saya
menjalani
tempoh
berpraktikum
selama
3
bulan
dengan
menerapkan teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Mizan Adiliah Ahmad
Ibrahim (2003), pencegahan merujuk kepada sesuatu perkara atau isu yang berada
dalam kategori jangkaan semata-mata dan belum berlaku lagi namun sudah
1
diketahui akan bakal berlaku ke atas murid / klien. Jesteru itu, jika dikaitkan dengan
kajian yang akan saya jalankan, pengaplikasian teori pembelajaran dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) adalah bagi
mengelak murid daripada melakukan sesuatu isu yang dijangkakan akan berlaku.
2.0 Objektif kajian
Antara objektif kajian terhadap pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) yang telah saya laksanakan
ialah :
i.
Melihat
sejauh
konstruktivisme
mana
dalam
keberkesanan
perkhidmatan
pengaplikasian
bimbingan
dan
teori
pembelajaran
kaunseling
(peringkat
pencegahan) yang dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
ii.
Melihat sejauh mana murid dan klien dapat membina pengetahuan dan pengalaman
sendiri dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu yang bakal timbul melalui
perkhidmatan
bimbingan
dan
kaunseling
(peringkat
pencegahan)
dengan
bersandarkan kepada teori pembelajaran konstruktivisme.
iii.
Dengan mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang dijalankan (peringkat pencegahan), ia memberi
peluang kepada klien untuk membuat pengetahuan baru melalui pengalaman
langsung bagi menyelesaikan permasalahan yang bakal dihadapi.
3.0 Kaedah kajian
Kajian mengenai pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) telah saya jalankan ke atas 3 jenis
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) bersama dengan murid / klien
sepanjang menjalani tempoh praktikum di sekolah antaranya ialah dalam perkhidmatan
kaunseling kelompok, perkhidmatan bimbingan dalam kelas semasa memasuki kelas relief dan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semasa menguruskan kokurikulum pembimbing rakan
sebaya sekolah (PRS) dan dalam program “I’m Super Muslim”.
Jesteru itu, semasa menjalankan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah saya gunakan.
Antaranya ialah :
3.1 Kaedah pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan salah satu cara yang digunakan bagi melihat ciriciri fizikal atau maklum balas murid atau klien semasa menjalani perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) dengan mengaplikasikan teori
pembelajaran konstruktivisme. Misalnya, saya memerhati respon atau maklum balas
2
murid melalui pergerakan fizikal (bahasa badan) yang ditunjukkan semasa dalam sesi di
peringkat pencegahan terhadap isu yang dibincangkan.
3.2 Kaedah rujukan
Kaedah rujukan pula, ialah satu kaedah yang telah saya gunakan bagi menjalankan
sesi bersama murid / klien dengan cara membuat rujukan online untuk melihat hasil
kajian daripada orang yang terdahulu dan membanding beza hasil kajian tersebut
dengan hasil kajian yang telah saya jalankan. Selain itu, saya juga telah gunakan
kaedah rujukan bagi
menimba
dan mendalami pengetahuan mengenai teori
pembelajaran konstruktivisme dengan lebih mendalam sebelum mengaplikasikannya ke
atas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang saya akan jalankan bersama dengan
murid / klien.
3.3 Kaedah soal jawab
Kaedah soal jawab pula merupakan satu kaedah yang turut serta saya aplikasikan
semasa menjalankan kajian dengan cara bertanya kepada murid / klien akan ideanya
(selaras dengan konsep teori konstruktivisme di mana murid / klien membina dan
mencari pengetahuan sendiri) dalam mencegah sesuatu masalah yang dijangka akan
berlaku ke atas dirinya. Contoh jenis soalan yang diajukan ialah bagaimana? Dengan
cara yang bagaimana? Kenapa?
4.0 Isu dan aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling (peringkat pencegahan)
Isu dalam kajian yang saya jalankan ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) yang telah saya jalankan
iaitu:
4.1 Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling (peringkat pencegahan) bagi bimbingan kelas semasa memasuki
kelas ganti (relief)
Isu yang telah dibincangkan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan ialah mengenai
pencegahan rasa malas ke sekolah dalam kalangan murid tahun 3. Dinamik
(dilaksanakan pada 14 – 9 – 2017). Isu ini dikenal pasti setelah guru memerhati dan
menyemak buku rekod kehadiran murid kelas tersebut bagi tempoh 1 semester.
Meskipun didapati bahawa murid yang tidak datang ke sekolah dalam tempoh tersebut
bukanlah daripada murid yang sama namun, bagi mengelakkan daripada berlarutan dan
menjadi amalan serta ikutan dalam kalangan murid, langkah pencegahan dilaksanakan
3
di bawah perkhidmatan bimbingan kelas dengan turut serta pengaplikasian teori
pembelajaran konstruktivisme.
Bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme diaplikasikan ?
Teori ini diaplikasikan dengan cara guru memberikan penerangan mengenai isu
utama yang ingin dicegah iaitu isu malas datang ke sekolah (dari aspek bagaimana isu
tersebut? Apa punca isu tersebut?). Selaras konsep perkembangan zon proksimal Lev
Vygotsky, murid dibahagikan kepada 5 orang dalam 1 kumpulan. Dalam kumpulan
tersebut, murid diminta untuk berbincang mengenai kebaikan dan keburukan malas
datang ke sekolah sesama mereka terlebih dahulu. Seterusnya, mereka akan
membincangkan langkah-langkah bagi mengatasi isu yang dijangkakan akan berlaku
tersebut. Di sepanjang perbincangan murid bersama ahli kumpulan, guru hanya
berperanan sebagai fasilitator sahaja. Setelah itu, murid diminta untuk membuat
perkongsian mengenai hasil perbincangan di dalam bilik darjah (walaupun murid-murid
dalam kelas tersebut bukanlah golongan yang selalu tidak datang ke sekolah namun ia
serba sedikit berupaya memberi kesedaran kepada mana-mana murid dalam kelas
tersebut yang dijangka bakal melakukan salah laku malas datang ke sekolah).
4.2 Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan
dan
kaunseling
(peringkat
pencegahan)
semasa
mengendalikan
program
kokurikulum pembimbing rakan sebaya sekolah (PRS) dan program “i’m Super
Muslim” (anjuran guru praktikum)
Bagi pengaplikasian teori konstruktivisme dalam pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) semasa mengelolakan program
PRS dan program “I’m Super Muslim” ini, ia telah dilakukan semasa saya menjalankan
slot tanggani isu buli yang dijangka oleh pihak sekolah akan berlaku dalam kalangan
murid. Walaupun dalam program PRS dan program “I’m Super Muslim” yang dijalankan
tersebut bukanlah golongan murid yang mempunyai masalah disiplin namun, sebagai
langkah pencegahan, pendedahan mengenai isu buli diberikan melalui kaedah
pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme.
Bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme diaplikasikan
Teori pembelajaran konstruktivisme diaplikasikan bagi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling (peringkat pencegahan) dalam program ini (dalam slot isu buli) dengan cara,
mencabar pemikiran murid. Sebagai contohnya, murid diberikan paparan video
mengenai buli. Seterusnya murid-murid diminta untuk membincangkan bersama
4
implikasi mengenai isu tersebut ke atas mangsa dan si pelaku. Seterusnya, mereka
diminta untuk memikirkan mengapa isu dalam paparan video itu berlaku. Kemudian,
guru menyoal dan meminta murid untuk membincangkan bagaimana hendak mengatasi
isu tersebut jika ia berlaku dalam kalangan warga sekolah. Tindakan ini sejajar dengan
prinsip zon perkembangan proksimal dan scaffolding Lev Vygotsky. (Semasa dalam
pelaksanaan slot buli, semuanya berpusatkan kepada murid, guru hanya memainkan
peranan sebagai pembimbing kepada hasil pengetahuan yang dicipta oleh murid).
4.3 Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling (peringkat pencegahan) dalam kaunseling kelompok
Isu yang dibincangkan dalam kaunseling kelompok ialah mengenai isu malas belajar.
Murid-murid ini bukanlah malas belajar tetapi dijangkakan sebagai malas melalui sifat
jarang menghantar buku latihan guru. Dalam perkara ini, saya telah menggunakan
kaedah scaffolding dalam teori pembelajaran di mana pada peringkat awal saya selaku
kaunselor membimbing murid terlebih dahulu untuk menghapuskan sikap tersebut.
Sebagai contohnya, saya bertanya kepada murid terlebih dahulu mengenai sebab
musebab tidak mahu menghantar buku latihan. Selepas itu, murid dalam sesi kaunseling
kelompok diminta untuk memikirkan akan kebaikan dan keburukan tindakan tersebut.
Seterusnya, mereka diminta untuk memikirkan perkara rasional yang sepatutnya mereka
laksanakan bagi mengelak daripada tidak menghantar buku latihan sekolah. Dalam sesi,
klien tersebut sendiri yang memikirkan perbincangan isu yang dibawa.
5.0 Dapatan kajian
5.1 Kekuatan
Melalui pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan)
dengan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme, didapati bahawa dengan
memberi peluang kepada murid untuk memikirkan sendiri idea pencegahan melalui kaedah
perbincangan dan bimbingan guru selaku pemudah cara dalam sesi, ia berupaya memberi
murid celik akal dan idea baru terhadap langkah-langkah mengatasi sesuatu masalah yang
dijangkakan akan berlaku dalam kalangan mereka. Selain itu, telah didapati juga kekuatan
bahawa selain memberi celik akal melalui perbincangan sesama murid (tanpa bantuan
guru) dalam pencegahan sesuatu isu sebelum berlaku, ia juga turut memberi peluang
kepada murid untuk berfikir mencegah daripada berlakunya sesuatu isu itu dengan
mencungkil semula pengalaman yang sedia ada dalam skema pemikiran murid. Dalam erti
kata lain, ia memberi peluang kepada murid untuk menggunakan pengalaman mereka
(skema) sendiri bagi mencegah isu yang dijangka bakal berlaku.
5
5.2 Kelemahan
Pembinaan pengetahuan sendiri bagi pencegahan isu yang dijangka akan berlaku dilihat
tidak sesuai bagi murid sekolah rendah. Hal ini kerana mereka masih mentah dan belum
mempunyai pengalaman (skema) yang banyak mengenai sesuatu isu yang bakal berlaku
dalam kalangan mereka tersebut. Selain itu, didapati juga bahawa situasi dan keadaan
persekitaran boleh mempengaruhi pemikiran murid. Jesteru itu, dalam pengaplikasian teori
ke atas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) di sekolah
khususnya bimbingan kelas dilihat sebagai satu aspek yang tidak sesuai. Persekitaran bilik
darjah yang kurang memberangsangkan keselesaan murid menyebabkan mereka tidak
meampu untuk berfikir sendiri secara kristis. Di samping itu, telah dikenal pasti juga bahawa
untuk menjana sesuatu pemikiran atau pengetahuan yang baharu ke atas murid, ia tidak
semudah yang dijangkakan. Murid memerlukan masa yang lama untuk berfikir dan
bukannya boleh mendapatkan pengetahuan dan pemikiran melalui usaha sendiri dalam
jangka masa yang singkat.
5.3 Cadangan penambahbaikan
Sebagai langkah penambahbaikan kepada kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti,
guru seharusnya menyediakan persekitaran yang kondusif terlebih dahulu kepada murid
agar ia mampu untuk membantu dan mendorong murid untuk berfikir dengan lebih kritis dan
rasional. Selain itu, murid juga perlu diberi peruntukan masa yang mencukupi untuk berfikir.
Sebagai contohnya, dalam bimbingan kelas ia hanya diberi masa maksimum sebanyak 30
minit setiap kali guru memasuki kelas ganti (relief). Saya melihat, peruntukan masa ini
kurang mencukupi bagi pelaksanaan kajian yang ingin saya laksanakan. Jesteru itu, kajian
ini seharusnya dilaksanakan ketika ingin menjalankan kelas bimbingan yang diberi
peruntukan masa sebanyak 1 jam.
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya telah mendapati bahawa untuk pengaplikasian teori
pembelajaran
konstruktivisme ke atas pelaksanaan
perkhidmatan
bimbingan dan
kaunseling khususnya dalam peringkat pencegahan, tidaklah semudah yang dijangkakan.
Banyak perkara yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh guru bimbingan dan kaunseling
(kaunselor) sebelum pengaplikasian dan pelaksanaannya. Oleh itu, selaku guru bimbingan
dan kaunseling (kaunselor), saya harus memiliki pengetahuan dan penguasaan teori
pembelajaran dengan lebih mendalam agar mampu menyumbang kepada pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kususnya pelaksanaan peringkat pencegahan
yang efektif, meyeronokkan dan dapat meningkatkan keberkesanan sesi. Jadi, guru
6
hendaklah mahir sepenuhnya terhadap teori pembelajaran yang digunakan dalam apa jua
bentuk dan fasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan supaya murid
berminat dan seronok untuk belajar pengetahuan baru dalam menghadapi sesuatu isu.
7