Kajian Tarikan Pelancongan Buatan Manusi

( PENGENALAN RUMAH TERBALIK )

Rajah di atas menunjukkan struktur fizikal Rumah Terbalik
Nama : Rumah Terbalik Borneo (The Upside-Down House in Borneo)
Hubungi : 08-8783911
Laman Web Rasmi : http://www.upsidedownhouse.com.my/
Upside Down House / Rumah terbalik, Sabah adalah yang pertama di Asia
Tenggara dan antara 5 struktur terbaik di dunia, 3 ditemui di Eropah dan satu
lagi di Jepun & rumah ini telah dicatatkan di dalam Malaysia Book OF Record,
sebagai Rumah terbalik pertama di Malaysia. Antara salah satu tarikan
terbaru di sabah, Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak
RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah
lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah Dibuka kepada orang ramai
pada awal Februari 2012, dan semua struktur di dalam rumah dalam keadaan
terbalik *namapun rumah terbalik, jadi semua aksesori yang ada di dalam
rumah diletakkan dalam keadaan terbalik* Semua yang ada di dalam rumah,
dari perabot untuk aksesori rumah, berlegar di atas kepala kita, kerana
silingnya tempat lalauan utuk dipijak dan melangkah dan itulah keunikan
rumah terbalik semua yang kita nampak dalam keadaan terbalik dan
memeningkan. Info tambahan Mengenai The Upside Down House Of Borneo
/ Rumah terbalik, Sabah. Rumah terbalik seluas 1,500 kaki persegi itu seperti

1

kediaman biasa, dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang
makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua itu dibina
terbalik iaitu dengan keadaan bumbung di bawah dan lantai di atas. Rumah
berkenaan yang turut senget sebanyak tiga darjah pastinya amat berbeza
kerana ia akan mencabar logik minda setiap pengunjung. Rumah Terbalik di
laluan utama ke Kundasang dan Ranau itu dibuka setiap hari kepada
pengunjung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Pengunjung akan bertambah
pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan
kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya
berada dalam keadaan terbalik. Peralatan lain termasuk almari, lubang
tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang
biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan
replika. Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan
manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan
pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2
juta.

Rajah menunjukkan Gong yang perlu di ketuk sebelum masuk ke Rumah

Terbalik.
Sebelum kita masuk ke dalam rumah terbalik ini, haruslah mengetuk gong
sebagai simbolik menghormati tuan rumah. Setiap perjalanan masuk ke
2

Rumah Terbalik maksimum 8 orang untuk satu kumpulan dan masa yang
diperuntukan lebih kurang 10-15 minit. Sebelum kita masuk akan diceritakan
kisah yang terjadi kepada pemilik rumah, kenapa rumah ini sampai boleh
terbalik, ada cerita unik yang tersendiri dan rumah ini dinpirasikan daripada
budaya penduduk sabah, jadi banyakklah aksesori yang ada di dalam rumah
bermotifkan kaum yang terdapat di Sabah. Setelah melangkah keluar melalui
pintu hadapan Rumah Terbalik, pengunjung diminta memukul gong sebagai
tanda telah selesai melawat rumah tersebut. Untuk tidak menghampakan
pengunjung yang tidak dibenarkan berfoto atau berselfie pada bahagian
dalam rumah, pemilik telah membina beberapa lanskap kejur dengan konsep
terbalik seperti garaj pakir kereta yang keadaan kereta terbalik, ruang tandas
dan peralatan perkebunan yang semuanya terbalik. Dilarang mengambil
gambar di dalam rumah terbalik, sekiranya ditangkap anda akan didenda
Rm100 untuk sekeping gambar dan gambar akan dipadam,


( LOKASI RUMAH TERBALIK )

Peta lokasi Rumah Terbalik
Alamat : Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli,, 89208 Tuaran Sabah,

3

Cara untuk datang ke Rumah Terbalik, Sabah :
Rumah ini terletak di di sepanjang Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli.
Untuk ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit dari pusat bandar.
Teksi boleh didapati di pusat bandar dan juga pastikan anda membuat
perancangan untuk pulang kerana perkhidmatan teksi di kawasan
tersebut adalah terhad

( PRODUK YANG DITAWARKAN DI RUMAH TERBALIK )

Rajah menunjukkan suasana dalam Rumah Terbalik
Rumah Terbalik menawarkan produk berbentuk keperluan asas manusia iaitu
rumah yang dilengkapi barang – barangan serta perabot dalam keadaan
terbalik untuk menjadi tarikan kepada pengunjung dan pelancong. Selain itu,

kawasan sekitar dan keadaan rumah terbalik ini adalah sama seperti rumah
biasa yang mempunyai reka hias Sabahan. Ia terdapat pintu, tingkap, rumah
yang dicat cantik malah terdapat kereta yang siap di parking di garaj kereta.
Apa yang membezakannya dengan rumah biasa ialah bumbung nya di tanah
dan lantai nya menghadap ke langit.

4

Rajah di atas menunjukkan 3D Wonders Museum
Selain Rumah Terbalik yang menjadi tempat yang menarik dan unik untuk
dikunjungi pengunjung dan pelancong, 3D Wonders Museum turut menjadi
kunjungan pengunjung kerana terdapat begitu banyak seni lukisan yan dilukis
dalam bentuk 3D dan membuat lukisan tersebut kelihatan nyata .

( PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI RUMAH TERBALIK )

Rajah menunjukkan Kedai Cenderahati
Gift Shop yang menjual pelbagai barangan kraftangan penduduk
tempatan dan juga keychain serta baju yang bertemakan The Upside
5


Down House of Borneo sebagai tanda pernah melawat ke tempat
tersebut.

Rajah di atas menunjukkan Restoran yang terdapat di Rumah Terbalik
Sebuah restoran bernama Mango Garden Restaurant telah dibina untuk
pelawat menjamu selera pelbagai makanan tradisional tempatan dari
suku kaum Kadazan Dusun. Restoran tersebut dibuka setiap hari dari Jam
10:00 pagi sehingga jam 10:00 malam. Sebarang pertanyaan boleh lah
menghubungi Mango Garden Restaurant melalui nombor telefon
+6088783911 atau melalui emel sales@trekkerlodge .

Rajah menunjukkan surau di Rumah Terbalik

6

Selain perkhidmatan kedai makan dan kedai cenderahati, terdapat juga
kemudahan – kemudahan asas ditawarkan di sekitar Rumah Terbalik iaitu
tandas dan surau yang berasingan mengikut jantina.


( AKTIVITI YANG DITAWARKAN DI RUMAH TERBALIK )

Rajah menunjukkan pengunjung yang bergambar di luar Rumah Terbalik

Aktiviti yang boleh dilakukan di Rumah Terbalik ialah bergambar di luar kawasan
Rumah Terbalik termasuk garaj dan tandas yang juga dibina dalam keadaan
terbalik. Selain itu, mendapat 15 minit masa percuma untuk masuk ke dalam
rumah terbalik tersebut bagi melihat keunikan semua peralatan yang dibina
dalam keadaan terbalik. Seterusnya, menjamu selera pada harga berpatutan di
restoran bersebelahan Rumah Terbalik ini iaitu Mango Garden Restauran. Akhir
sekali, membeli barangan kraftangan tempatan, keychain dan baju "The Upside
Down House of Borneo" di sebuah gift shop yang dibuka berhampiran.

7

( BAYARAN MASUK KE RUMAH TERBALIK )

( STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG KE RUMAH TERBALIK )
Petikan dari berita mstar.com bertarikh 11 mac 2012
KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini

menjadi tarikan pelancong di Sabah.Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah
unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat,
selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai. Malaysia Book of
Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara
ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di
garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Pelancong asing dan tempatan
tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada
1 Februari)," kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu oleh
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi
Manjun pada malam jumaat.

8

Pelancong Asing
43%

Pelancong Tempatan
57%

Pelancong Tempatan


Pelancong Asing

( KEISTIMEWAAN DI RUMAH TERBALIK )

Rajah menunjukkan keadaan Rumah Terbalik
Keistimewaan Rumah Terbalik / The Upside-Down House in Borneo ialah semua
struktur di dalam rumah dalam keadaan terbalik namapun rumah terbalik, jadi
semua aksesori yang ada di dalam rumah diletakkan dalam keadaan terbalik.
Semua yang ada di dalam rumah, dari perabot untuk aksesori rumah, berlegar
di atas kepala kita, kerana silingnya tempat lalauan utuk dipijak dan melangkah
dan itulah keunikan rumah terbalik semua yang kita nampak dalam keadaan
terbalik dan memeningkan. Rumah Terbalik Tamparuli telah di daftarkan dengan
Malaysia Book of Record sebagai yang pertama di bina di Asia Tenggara dan
9

telah ada beberapa model yang sama di beberapa buah negara lain. Pemilik
rumah tersebut ialah seorang ahli perniagaan dari Johor yang bernama
Alexander Yee. Beliau sememangnya terlibat sebagai penggiat perlancongan
dan memiliki sebuah chalet di Sukau. Kos binaan fasa awal dianggarkan

sebanyak RM 500,000. Sesuai dengan konsep terbalik, pengunjung di bawa
masuk melalui pintu belakang. Dari situ pengunjung akan melihat semua
kelengkapan di bahagian luar rumah seperti pasu bunga dan ampaian baju
yang semuanya dipasang terbalik. Memasuki ke dalam rumah terbalik seolaholah kita berjalan di atas siling. Kita terpaksa mendongak untuk menyaksikan
peralatan memasak seperti dapur, tong gas, pinggan mangkok, almari dan
sebagainya terpaku di lantai rumah yang terbalik. Untuk memudahkan
pengunjung mendekati objek tersebut, satu laluan khas yang disediakan supaya
tidak memijak siling yng boleh pecah. Rumah terbalik itu dibina berdasarkan
rekabentuk rumah-rumah yang terdapat di Kota Belut. mempunyai keluasan
1500 kaki persegi, dilengkapi dua kamar tidur, satu ruang tamu, ruang dapur dan
tandas. Pergerakan kita ke ruang amat terhad kerana terdapat kipas angin siling
yang terpacak tegak pada lantai. Supaya pengunjung tidak pening mendongak
ke atas, sekeping cermin besar diletakkan pada lantai di salah sebuah kamar
bagi membolehkan pelawat merasakan seolah-olah berada dalam kamar tidur
yang sebenar.

10

( KESIMPULAN RUMAH TERBALIK )


Rajah menunjukkan suasana di Rumah Terbalik ketika waktu Maghrib
Secara kesimpulannya, Rumah Terbalik Borneo, atau dalam bahasa Inggeris, The
Upside Down House of Borneo, merupakan sebuah rumah yang dibina dalam
kedudukan terbalik dan ini termasuk pelbagai perhiasan, kereta dan garaj rumah
yang juga berada di dalam keadaan terbalik. Menurut Malaysia Book of Records,
Rumah Terbalik ini merupakan rumah terbalik yang pertama di Malaysia dan juga
di Asia Tenggara. Ianya juga satu daripada enam buah rumah terbalik yang ada
di seluruh dunia selain sebuah rumah terbalik terletak di Melaka, 3 buah di Eropah
dan sebuah lagi di Jepun.

11

( PENGENALAN NASI LEMAK )

Rajah di atas menunjukkan gambar nasi lemak.
Nasi lemak adalah beras wangi melayu hidangan dimasak dalam santan dan
daun pandan . Ia biasanya dijumpai di Malaysia , di mana ia dianggaphidangan
kebangsaan ia juga popular di negara-negara jiran seperti Singapura Indonesia
(terutamanya di Sumatera Timur), Brunei , dan Selatan Thailand . Nasi Lemak juga
boleh boleh didapati di Filipina Selatan yang disediakan oleh umat Islam Filipina.

Ia dianggap sebagai salah satu hidangan yang paling terkenal dengan sarapan
gaya Melayu. Ia tidak boleh dikelirukan dengan nasi dagang , yang dijual di
negeri-negeri pantai timur MalaysiaTerengganu dan Kelantan , walaupun keduadua hidangan sering dihidangkan untuk sarapan pagi. Walau bagaimanapun,
kerana nasi lemak boleh dihidangkan dalam pelbagai adab, ia sering dimakan
sepanjang hari. Nasi lemak juga baru-baru dipilih sebagai salah satu daripada 10
makanan sarapan bahagian sihat oleh majalah TIME. Nasi lemak disebut di
dalam buku "The Keadaan Hidup Melayu", yang ditulis Sir Richard Olof Winstedt
pada tahun 1909. Dengan akar dalam budaya Melayu dan masakan Melayu ,
namanya dalam Bahasa Melayu bermaksud "berminyak atau berlemak beras",
tetapi diambil dalam konteks ini bermaksud "kaya" atau "berkrim". Nama ini
berasal dari proses memasak di mana beras direndam dalam krim kelapa dan
kemudian campuran dikukus. Beras biasanya dimasak dengan pandan daun
yang memberikan rasa yang tersendiri. Secara tradisional, nasi lemak

12

dihidangkan dengan sos panas pedas ( sambal ), dan biasanya termasuk
pelbagai garnishes, termasuk keping segar timun, goreng kecil ikan bilis (ikan
bilis), kacang panggang, dan telur rebus atau goreng. sebagai hidangan yang
lebih besar, nasi lemak juga boleh dihidangkan dengan hidangan tambahan
protein seperti ayam goreng (ayam goreng), sotong sambal ( sotong dalam cili),
ikan goreng kecil, kerang , dan pada majlis-majlis khas rendang daging (daging
lembu) rebus santan dan rempah). accompaniments lain termasuk kacau
goreng kangkung ( kangkung ),dan pedas sayur-sayuran jeruk salad acar .
Secara tradisinya kebanyakan accompaniments ini adalah pedas dalam alam
semula jadi. Nasi lemak yang dimakan secara meluas di Malaysia dan Singapura.
Lebih biasa dimakan sebagai sarapan pagi di kedua-dua negara, ia biasanya
dijual di pusat-pusat penjaja makanan dan gerai-gerai tepi jalan di Malaysia dan
Singapura. Di Indonesia, nasi lemak adalah makanan sarapan tempatan
kegemaran;terutama di Sumatera Timur ( Kepulauan Riau , Riau dan Jambi
wilayah). Di Palembang , ia juga adalah hidangan kegemaran tempatan
dengan

nama

"nasi

gemuk".

Dalam

malay

palembangnese,

"gemuk"

mempunyai erti yang sama seperti "lemak". Ini hidangan unik sering datang
dibungkus dengan daun pisang, akhbar atau kertas coklat, atau dalam
beberapa kedai dihidangkan di atas pinggan. Walau bagaimanapun, oleh
kerana popularitinya terdapat restoran yang menyajikan sebagai tengah hari
atau petang makan, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang dimakan
sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud "kukus nasi lemak" adalah satu
lagi nama yang diberikan kepada nasi lemak dihidangkan dengan nasi kukus .
Di Malaysia, nasi lemak juga boleh didapati di pasar malam (pasar malam)
dengan pelbagai hidangan.

13

( LOKASI RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )

Alamat : 92, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, 11600, George Town, Malaysia.
Waktu beroperasi : 5:00 pm – 3:00 am

( PRODUK YANG DITAWARKAN DI RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )

Rajah di atas menunjukkan Restoran Nasi Lemak Liverpool
Restoran Nasi Lemak Liverpool menawarkan sajian Nasi Lemak sebagai menu
utama. Walau bagaimana pun terdapat menu – menu lain juga yang
ditawarkan di sini. Selain itu, minuman beraneka jenis dan rasa turut disediakan.

14

( PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )

Rajah di atas menunjukkan suasana di Restoran Nasi Lemak Liverpool
Terdapat begitu banyak perkhidmatan yang disediakan di Restoran Nasi Lemak
Liverpool antaranya perkhidmatan pelayan ( waiter / waitress ) yang mengambil
pesanan makanan dan minuman pelanggan. Selain itu, tandas berasingan
mengikut jantina Perempuan dan Lelaki turut disediakan di restoran ini.
Seterusnya, perkhidmatan juru wang ( cashier ) juga disediakan, di sini
merupakan tempat pelangan membayar makanan dan minuman yang di
pesan.

Akhir sekali, perkhidmatan wifi juga disediakan di restoran ini bagi

memudahkan pelanggan mengakses internet.

( AKTIVITI YANG DITAWARKAN DI RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )

Rajah di atas menunjukkan suasana di Restoran Nasi Lemak Liverpool
15

Memandangkan restoran ini dibuka di kawasan perumahan pangsapuri yang
beroperasi dari pukul 5 petang sehingga pukul 3 pagi, jadi aktiviti rutin harian
yang biasa dilakukan oleh pelanggan yang mengunjungi Nasi Lemak Liverpool
ialah bersembang dengan jiran tertangga dan pelanggan – pelanggan yang
baru berkunjung. Selain itu, yang menjadi suatu kewajiban apabila berada di
restoran ini adalah menonton bola sepak di televisyen sebesar 42 inchi yang
disediakan. Akhir sekali, aktiviti yang menjadi kegemaran pada masa lapang di
restoran ini ialah permainan catur.

( BAYARAN YANG DIKENAKAN DI RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )
MENU

HARGA

Nasi Lemak

RM 4.80

Nasi Ayam

RM 5.00

Kuih Tradisional ( 3 biji )

RM 1.20

Minuman Panas / Sejuk

RM 2.30 / RM 3.00

Minuman Tin

RM 2.00

Menu lain ( nasi goring, mee goring dsb )

RM 7.00 ke atas

( STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG KE RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )
Carta pai di bawah menunjukkan statistic kedatangan pelancong tempatan
dan pelancong asing ke Restoran Nasi Lemak Liverpool. Pelancong asing yang
datang ke restoran ini biasanya untuk menikmati masakan tradisional orang
melayu di Malaysia. Manakala pelancong tempatan yang biasa berkunjung ke
restoran ini adalah untuk menikmati keenakan nasi lemak yang ditawarkan.

16

Pelancong Asing
20%

Pelancong Tempatan
80%

Pelancong Tempatan

Pelancong Asing

( KEISTIMEWAAN RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )

Rajah di atas menunjukkan dalaman Restoran Nasi Lemak Liverpool
Keistimewaan atau keunikan yang menjadi tarikan di Restoran Nasi Lemak
Liverpool ini ialah rekaan dalaman restoran ini yang sangat menarik. Pemilik
restoran ini sangat mengemari pasukan bola sepak Liverpool. Oleh kerana minat
beliau sangat mendalam terhadap restoran itu, beliau terinspirasi membuat
rekaan dalaman restoran itu bertemakan pasukan bola sepak Liverpool. Pemilik
restoran itu sanggup menghabiskan wang beribu – ribu wang ringgit untuk
menghiasi dalaman restoran ini.

17

( KESIMPULAN RESTORAN NASI LEMAK LIVERPOOL )

Rajah di atas menujukkan dalaman Restoran Nasi Lemak Liverpool
Secara kesimpulannya, Restoran Nasi Lemak Liverpool beroperasi dari pukul 5
petang sehingga pukul 3 pagi di kawasan perumahan pangsapuri 92, Jalan Tan
Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, 11600, George Town, Malaysia. Restoran ini
menawarkan nasi lemak yang paling sedap di Penang. Buktinya, ramai
pengunjung tempatan yang berkunjung ke restoran ini berasal dari kawasan
jelutong dan luar jelutong sanggup datang untuk menikmati keenakan nasi
lemak yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

18

( PENGENALAN FORMULA ONE )

Rajah di atas menunjukkan logo Formula 1
Formula Satu, juga dikenali sebagai Formula 1 atau F1 manakala dalam Bahasa
inggerisnya Formula One dan dirujuk secara rasmi sebagai Kejuaraan Dunia
Formula Satu FIA dalam Bahasa inggerisnya FIA Formula One World Championshi,
adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan
tayar terdedah ditakrifkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA).
Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan, dikenali sebagai
Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi
menentukan dua Kejuaraan Dunia, satu untuk pemandu dan pengeluar. Kereta
Formula Satu adalah antara kereta lumba yang terpantas di dunia, dan boleh
mencapai kelajuan lebih daripada 350 km/j, dan mampu menarik sehingga 5g
di sesetengah selekoh. Prestasi kereta bergantung kepada sistem elektronik,
aerodinamik, ampaian dan tayar, manakala sistem kawalan cengkaman dan
alat bantuan lain telah diharamkan sejak tahun 2008. Walaupun Eropah
merupakan asas sukan ini, dan menjadi tuan rumah kira-kira separuh perlumbaan
setiap tahun, skop Formula Satu telah berkembang dengan ketara sejak
kebelakangan ini dan lebih banyak perlumbaan Grand Prix diadakan di benua
lain. Formula Satu mempunyai jumlah penonton televisyen global sebanyak 527
juta orang sepanjang Kejuaraan Dunia Formula Satu 2010.

19

( LOKASI FORMULA 1 )

Rajah di atas menunjukkan peta lokasi litar antarabangsa sepang
Acara Formula 1 diadakan di

litar antarabangsa Sepang di alamat Jalan

Pekeliling, 64000, Selangor, Malaysia. Litar ini terletak berdekatan dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di selatan ibu
kota Kuala Lumpur.

( PRODUK YANG DITAWARKAN LITAR SEPANG )

Rajah di atas menunjukkan litar antarabangsa sepang
Litar antarabangsa sepang

merupakan salah satu produk untuk

menjalankan acara formula 1. Litar yang luas ini membolehkan acara
perlumbaan bermotor diadakan di sini.

20

( PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN LITAR SEPANG )

Rajah di atas menunjukkan penyelenggaraan kenderaan di litar sepang
Perkhidmatan penyelengaraan kenderaan bermotor yang menyertai
perlumbaan formula one akan dilakukan sebelum, semasa dan selepas
acara di jalankan.

Rajah di atas menunjukkan kehadiran pengunjung ke litar sepang
Perkhidmatan lain yang disediakan di litar sepang ini ialah sebanyak 30,000
tempat duduk yang berbumbung yang disediakan kepada pengunjung yang
ingin melihat acara formula one berlangsung.

21

Rajah di atas menunjukkan perkhidmatan sampingan di litar sepang
Perkhidmatan umum juga disediakan di litar sepang seperti tandas dan surau
yang mengikut jantina.

( AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI LITAR SEPANG )

Aktiviti Formula One

Aktiviti super gt championship

22

Aktiviti Merdeka Millenium Endurance

Aktiviti Motorcycle Grand Prix

Aktiviti A1 GP Malaysian Super Series

Aktiviti Sepang Drag Battle

23

( BAYARAN KE LITAR SEPANG )
Bayaran atau kos bagi pelumba yang baru ingin mengikuti perlumbaan awal
adalah selama empat jam dengan bayaran RM300 hingga RM400 bagi yang
datang dengan Yamaha R1 atau CBR1000 adalah kadar yang berpatutan untuk
kualiti litar seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Bayaran itu termasuk khidmat
marshall untuk tunjuk ajar dan perubatan jika berlaku kecederaan.Selain itu,pihak
penganjur akan memberikan baju T dan makanan percuma disediakan.

( STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG KE LITAR SEPANG )
Carta pai di bawah menunjukkan kebanyakan pelancong tempatan lebih
banyak berbanding pelancong asing mengunjungi Litar Antarabangsa Sepang.
Hal ini kerana,pelancong tempatan lebih mudah untuk mengunjung ke tempat
ini kerana berada dalam Malaysia.Bagi pelancong asing mereka hanya tertarik
dengan kawasan bersejarah,pantai,gunung dan taman tema.

Pelancong Asing
48.6%

Pelancong Tempatan
76.1%

Pelancong Asing

Pelancong Tempatan

24

( KEISTIMEWAAN LITAR SEPANG )

Rajah di atas menunjukkan Tun Dr Mahathir merasmikan litar sepang
Litar Lumba Antarabangsa Sepang telah dirasmikan oleh bekas perdana menteri
ke – 4 iaitu Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir menyatakan litar lumba antarabangsa
sepang mempunyai kemudahan bertaraf dunia. Juara formula one dunia iaitu
Mika Hakkinen pernah dijemput ke majlis pembukaan Litar Lumba Antarabangsa
Sepang dan beliau merupakan orang pertama yang mencuba memandu di
kawasan litar sepang dengan menggunakkan kereta sport Mercedes-Benz
model Kompressor SLK 230. Selepas mencuba memandu di litar sepang beliau
berkata litar sepang bertaraf dunia dan mempunyai keistimewaan tersendiri litar
ini menuntut keyakinan dan pengawalan tertinggi pemandu kerana setiap
selekoh berbeza-beza. Bentuk selekoh sebegini dan pasti ia digemari oleh setiap
pelumba.Selekoh awal (pertama dan keempat), benar-benar memberi cabaran
maksimum kepada pelumba. Turut mengadakan uji pandu di litar sepang ialah
juara baru sirkit pertama di Australia iaitu Eddie Irvine dengan menggunakan
enjin sport Ferrari. Litar Lumba Antarabangsa Sepang dibina selama 15 bulan
sahaja bersamaan dengan 1 tahun 3 bulan. Litar tersebut bernilai RM286 juta
direka khas oleh Tilke Ingenieure Fir Umwelttechnik dan Iktisas Enginieurs untuk siri
perlumbaan bertaraf dunia Formula 1, Grand Prix Motosikal Dunia dan lain-lain
sukan lumba bermotor.Ia dilengkapi pelbagai kemudahan canggih termasuk
tempat duduk berbumbung bagi menampung 30,000 penonton pada satu-satu

25

masa. Ia direka sebegitu rupa bagi membolehkan penonton melihat lebih 50
peratus daripada keseluruhan litar, melebihi apa yang disediakan di lain-lain litar
di negara luar.

( KESIMPULAN LITAR SEPANG )

Rajah di atas menunjukkan peta litar sepang
Secara kesimpulannya, perlumbaan Formula 1 itu akan memberi peluang
kepada Malaysia untuk mempamerkan keupayaan menganjurkan acara sukan
bertaraf dunia setelah berjaya menganjurkan pelbagai kejohanan sukan
seumpamanya termasuk Sukan Komanwel yang disifatkan terbaik dalam sejarah
penganjuran temasya tersebut.Litar Lumba Antarabangsa Sepang adalah satu
lagi contoh kemampuan Malaysia untuk memajukan kemudahan sukan bertaraf
dunia dan telah menjadi ukuran kepada pembinaan litar-litar dunia pada masa
depan. Kerana itu jugalah litar ini telah diberi keutamaan untuk menggunakan
logo rasmi Formula 1 pada namanya, dan ia adalah satu penghormatan besar
kerana tidak ada litar lain di dunia yang diberi penghargaan itu. Pembinaan litar
itu yang mengambil masa 15 bulan untuk siap itu adalah rekod yang boleh
dibanggakan oleh setiap rakyat negara ini.

26