Konsep Hubungan Etnik konsep (1)

PENGENALAN
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur
kepada negara sedang membangun dan kini menuju kearah status
negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Malaysia pernah
melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan
etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu
Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut,
pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi
sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan
politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa
pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang
agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.
Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan
perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya,
apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan? Apakah perkara
yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin
keseimbangan
secara
bereterusan?
Usaha

berterusan
untuk
memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus
berkesimbungan.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah
menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan
seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman
tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik
serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial.
Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan
darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.
Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan
diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor
personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat.
Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian
disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan
sosial.

Hubungan
etnik
mempengaruhi
dasar
sosial
dan
perancangan sosial sesebuah negara.
Usaha-usaha kearah memupuk perpaduan nasional oleh kerajaan
masakini. Kerajaan telah mewujudkan seperti; penubuhan Jabatan
Perpaduan Negara kini Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi
Nasional (JPNIN). Pengenalan Rukun Negara iaitu satu ideologi

kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Gabungan Parti-Parti
Politik (Barisan Nasional), Integrasi antara wilayah (bandar
denga luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dengan
Sabah dan Sarawak. Usaha kerajaan berbentuk top-down sahaja
tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang
berbentuk bottom-up menerusi kerjasama dan sumbangan daripada
sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik

termasuk parti pembangkang. Keharmonian hubungan etnik di
Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaikbaik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara
kumpulan kelas sosial yang berbeza seperti pekerja, kelas
menengah dan golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan.
Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan
sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional
dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat Malaysia
sebagai negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang
harmonis.

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya
dan perpaduan. Masyarakat menurut Roucek dan Warren (1979),
masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara
tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif
dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat
perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih hidup
dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok
manusia
yang

hidup
saling
berorganisasi,
berbincang,
bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu
menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang
dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah
berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi
secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan
serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas,
status dan kasta.
Konsep Etnik atau kaum adalah satu kelomok yang boleh dikaji
hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama.
Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam,
pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan
yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza

berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik,
kegiatan ekonomi dan hiburan.
Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk
rumpun bangsa contohnya dalam rumpun kadazandusun terdapat sub
etnik
seperti
Tatana,
Bisaya,
Lotud,
Kimaragang
dan
sebagainya. Konsep bangsa atau nasion mempunyai maksud yang
lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik
yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa adalah rumpun
manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela
berkerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa
yang lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan
wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa Malaysia sebagai
bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia

berteraskan hubungan etnik yang harmonis.
Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat
majmuk
terdiri
daripada
pelbagai
kaum
yang
mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.
Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan berganding bahu
dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka
adalah berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas
dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat
majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi
politik
pula
masyarakat
majmuk

timbul
akibat
dominasi
penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan
atau kelemahan azam sosial bersama (common social will) yang
merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat
bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.
Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu
kelompok
dalam
masyarakat.
Dalam
kehidupan
seharian,
segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari
segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan
atau
hubungan
dengan
punca-punca

pengeluaran
contohnya;
masyarkat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu
golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca pengeluaran,
pengagihan dan pertukaran. Golongan proletariat yang tidak
memiliki perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja.
Konsep Institusi sosial, sebagai konsep utama dalam memahami
masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan

pola tingkahlaku yang telah menjadi kebiasaan atrau suatu pola
hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang
tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu
keluarga,
institusi
pilitik,
institusi
agama,
institusi
pelajaran dan sebagainya.
Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau

pemisahan sosial yang benar-benar wujud diantara individuindividu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan
dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok. Jarak sosial
berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara
kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok,
maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persafahaman
antara kedua-duanya.
Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan
individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan
sosial yang ain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu
masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk
mobiliti sosial adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem
tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi,
mobaliti sosial jarang sekali berlaku.
Konsep Etnik membentuk konsep Etnisiti dan etnosentrisme.
Etnisiti merujuk kepada ras kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan
dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai,
sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnosenterisme adalah satu

sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih
baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok
lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila mereka
menilai
kebudayaan
lain
berdasrkan
standard
dan
nilai
kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai
nilai yang lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan keengganan
atau
ketidakmampuan
sesuatu
kelompok
untuk
menghargai
pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain.
Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan

melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada
dan
biasanya
yan
bersifat
negatif.
Walau
bagaimanapun
Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya
sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan diantara anggota
sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya, ketaatan kepada budaya
dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini

dapat mengatasi
masyarakat.

konflik

politik

dalam

sesuatu

kelompok

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang
mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal samaada warna
kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan
oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya
Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial
yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal yang nyata seperti warna mata, warna kulit,
warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga
merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan atau
dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat
diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau
kebolehan moral dan intelek mereka.
Rasisme
ditakrifkan
sebagai
pandangan,
pemikiran
atau
kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya
terhadap
sesuatu
kelompok
lain
berdasarkan
perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang
dilakukan secara terbuka melaui perilaku atau tindakan.
Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang
berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa
suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud
pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap
individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan
dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.
Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau
kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara
terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang
jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari
satu generasi kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah
dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu
yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial.
Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang
negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang
tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah gambaran
yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau

buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik yang
lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih
komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan
perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya
masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan
sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan
etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara
etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik
terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang mempengaruhi
perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah
perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam
kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud
prejudis
dan
stereotaip
dalam
sesebuah
masyarakat.
Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau
kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan
pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau
percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
Konsep Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup
manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok
yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan
berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun
beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua
masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan
agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain.
Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.
Perubahan
merupakan
sifat
yang
penting
bagi
sesuatu
kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan
sesuatu budaya iaitu membina imej negara kearah mewujudkan
keperibadian serta identiti, dan memupuk kesedaran kebangsaan
dan kenegeraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual
dan mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya ialah dipelajari,
dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai
unsur simbolik, adanya pandangan semesta (world view).
Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Manusia itu sendiri yang membentuk
budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan
masyarakat itu sendiri.

Konsep
Perpaduan
adalah
sebagai
satu
proses
yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama
pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh
semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya
hidup
sesuatu
kelompok
etnik
tidak
dihapuskan
tetapi
disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu
proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur
integrasi
ialah
integrasi
wilayah
untuk
mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial
antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan
untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial
merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program
sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan
lain-lainnya, integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik
adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses
mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang
mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah
kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu Segregasi
merupakan pemisah dan pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, penggangkutan dan
kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undangundang atau sebaliknya. Sehinggalah hubungan yang berbentuk
sebati iaitu konsep Amalgamati iaitu satu proses penyatuan
pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini,
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan
melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa
yang baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya
melalui beberapa generasi. Formula: A+B+C= D. A, B dan C
mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan
baharu yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Syaratnya,
kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan

minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup
melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku.
Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk
kepada budaya. Satu keadaan atau proses apabila kelompokkelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan
mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai
baik untuk sementara atau selama-lamanya. Interaksi sosial
seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat
meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pada
peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai
wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka saling
bergantung antara satu sama lain. Proses penyesuaian ini
banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan
budaya
mereka
dalam
keadan
harmoni
dengan
penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan
kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik.
Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelsaikan
maalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya
penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap
golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.
Konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan
diantara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan
supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yang sama. Konsep ini berhubung dengan penyerapan sehala
individu atau kelompok kedalam kelompok yang lain. Satu proses
yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta
budaya yang sama. Asimlasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan
dan identiti. Formula: A+B+C = A. A mewakili golongan dominan,
B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi
berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang
lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa
faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti
untuk menerima golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya
antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat
dengan
saiz
kumpulan
minoriti,
tingkat
perbezaan
diantara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar

imigrasi. Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya
lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti
yang bilangan anggotanya besar. Minoriti yang mempunyai
kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan
majoriti sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand orang
Melayu mengalami proses asimilasi yang mnyebabkan nama,
bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan amalan dan
cara hidup orang Thai. Di Malaysia, proses asimilasi berlaku
bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nonya. Namun
asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya
berlaku
dalam
konteks
budaya
tanpa
melibatkan
anutan
kepercayaan atau agama.
Konsep
Akulturasi
adalah
satu
penyerapan
unsur-unsur
kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain.
Perubahan
budaya
terjadi
hasil
daripada
hubungan
yang
berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka
masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada
dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada
akulturasi
ini,
perubahan-perubahan
yang
bakal
terjadi
terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan
fizikal,
biologikal,
budaya,
sosial
dan
psikologikal.
Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat
kebendaan.
Konsep Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai
diantara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang
dapat menjaga kepentingan semua pihak. Contohnya, di Malaysia
kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang
perkara penting dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja
Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak Kerakyatan, Islam sebagai
agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KESIMPULANNYA
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus
peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti
disekeliling
kita.
Kepelbagaian
etnik
seperti
Malaysia
memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati,
setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang
ataupun susah. Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan
masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa
mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.