Pelan Menyelamat MAS tuntut amanah peker

Rabu, 4 Februari 2015 - 2:52PM
Waktu Solat Kuala Lumpur: Imsak - 6:00

Subuh - 6:10

Syuruk - 7:29

Zohor - 1:30

Asar - 4:51

Maghrib - 7:28

Isyak - 8:39

(/)
Dapatkan edisi BH Digital.
Hanya RM30 sebulan.
LANGGANI SEKARANG (HTTP://DIGITAL.NSTP.COM.MY/NST/INCLUDES/SHOP/LIST_PRODUCTS.JSP?TESTATA=BERBERITA&ID=BERBERITA)

UTAMA (/)


SEMASA (/SEMASA)

KOLUMNIS (/KOLUMNIS)

POLITIK (/POLITIK)

RENCANA (/RENCANA)

SUKAN (/SUKAN)

BH@IT (/BHIT)

HIBURAN (/HIBURAN)

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 12:23 PM

BISNES (/BISNES)
FOTO (/FOTO)


JENAYAH (/JENAYAH)

VIDEO (/BHTV)

The Danna
Langkawi

Vivanta by Taj­
Rebak Island,...

The Datai
Langkawi

Book now

Book now

Book now

355 $


SEMASA

DUNIA (/DUNIA)

251 $

469 $

Pelan menyelamat MAS tuntut amanah
pekerja dan kesatuan sekerja (/node/2655)
Tweet
Like

8
Share

679

0


KUALA LUMPUR: Pelan menyelamat Malaysia Airlines (MAS) yang akan diumumkan
oleh Khazanah Nasional Berhad pada hujung bulan ini sukar mencapai matlamatnya
tanpa kesetiaan dan amanah oleh para pekerja dan kesatuan sekerjanya, kata seorang
ahli akademik.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr
Mahathir Mohamad di Universiti Utara Malaysia, berkata apa yang perlu dilakukan
sekarang ialah semua pihak, tidak kira daripada peringkat atasan atau bawahan
hendaklah bersama-sama berganding bahu dengan niat memulihkan semula MAS
sebagai syarikat penerbangan yang unggul.
"Kalau pekerjanya tidak dapat menjayakan misi dan visi kehendak pengurusan, MAS
tidak akan pergi ke mana-mana. Begitu juga dengan keadaan MAS ketika ini apabila
sudah didampar, dibentangkan polisi dan visi yang baharu, para pekerjanya harus setia
dan amanah dalam menjayakan matlamat ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dalam keadaan MAS kini dilanda kegawatan kewangan yang teruk, ini
bukanlah masanya untuk para pekerja bertanya apakah boleh dilakukan syarikat itu
untuk mereka tetapi sebaliknya, sebagai pekerja apakah sumbangan dan pengorbanan
mereka untuk mengeluarkan MS daripada kepompong masalah kewangannya.

Run Your IT Network Free

Network Management & Monitoring, Help
Desk, PC Inventory, and More!

Dr Ahmad Zaharuddin memberi contoh yang pernah berlaku di Singapura, apabila
Singapore Airlines menghadapi masalah kewangan, purata pekerjanya bersetuju untuk
menerima potongan gaji dan ramai di antara mereka sendiri yang berkorban dengan
mengatakan sanggup meninggalkan syarikat penerbangan itu kerana masalah utama
ialah masalah kewangan.
"Jadi untuk menyelamatkan syarikat tersebut, dana harus diminimumkan
pengeluarannya. Antara cara lain ialah seperti mana yang dilakukan oleh Singapore
Airlines dengan memotong gaji. Adakah para pekerja di setiap peringkat pengurusan
dan juga di bawah Kesatuan Sekerja MAS sanggup berkorban sebegitu kerana
sayangkan MAS," tanya beliau.
Dr Ahmad Zaharuddin juga meminta para pengkritik pelan pemulihan MAS supaya
sama-sama ber kir dan duduk semeja berbincang dengan pihak-pihak yang
berkepentingan kerana katanya, memang senang mengkritik tetapi apakah idea-idea
yang mereka berikan itu boleh membantu ataupun menjahanamkan.
Beliau tidak bersetuju dengan pandangan bahawa oleh kerana MAS telah menghadapi
masalah kewangan selama berpuluh tahun, negara tidak perlu lagi menanggung
kerugiannya atau lebih baik ditutup.


"Saya tidak bersetuju, yang penting sekarang ini adalah bagaimana kita menarik rambut
daripada tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak. Kita perlukan para
kakitangan, kerana mereka adalah pendukung kepada MAS, kita perlukan pengurusan
MAS, kerana mereka juga yang akan menjayakan misi ini," katanya.
MAS mencatat kerugian sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan RM400
juta pada suku pertama 2014. MAS dijangka mencatatkan kerugian berterusan pada
suku kedua 2014 susulan pembatalan tiket penerbangan serta tempahan ekoran
insiden MH370 dan MH17.
Investment Bank dalam nota kajiannya menyatakan, penswastaan MAS adalah cara
terbaik bagi menyusun semula operasi dan memperbaiki kedudukan syarikat.
Meskipun MAS berdepan dengan krisis kewangan dan masalah imej ekoran tragedi
MH370 and MH17, pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd pada awal
Ogos lalu telah mengambil langkah berani apabila mengumumkan untuk mengambil
alih MAS.
Menurut Dr Ahmad Zaharuddin, walaupun para penganalisis menyatakan langkah
penswastaan boleh menyelamatkan MAS, sehingga kini tiada pihak ketiga selain
Khazanah Nasional yang tampil untuk 'membeli' MAS.
"Secara realistik, adakah pihak ketiga mahu membeli MAS dalam keadaan sedia ada?
Kerugian tahun demi tahun, tenaga kerja yang berlebihan dan kontrak yang berat

sebelah merupakan masalah-masalah utama yang membebankan MAS," katanya.
"Cuba kir, kalau Khazanah tidak tampil, bolehkah MAS terus beroperasi? Dan
sekiranya perbalahan dalaman MAS menyebabkan Khazanah menarik diri, apa akan
jadi kepada syarikat penerbangan ini?," tanya beliau.

Mengenai pelbagai tuntutan dan syarat yang dibuat oleh kesatuan sekerja MAS
terhadap syarikat itu, beliau berkata mereka perlu bersikap bertanggungjawab dan
tidak harus menjadi batu penghalang kepada pelan pemulihan itu.
"Semua rakyat tidak mahu MAS ditutup, kita sayangkan MAS. Jika tidak ada MAS, tidak
adalah Kesatuan Sekerja MAS," katanya. - BERNAMA

DISYORKAN