50580231 DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN Ruddy M Hams

DASAR-DASAR UTAMA
KERAJAAN
(KERTAS 1)
Oleh
RUDDYANSJAH MAHTAR HAMS B.S.K.
Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat

Jabatan Penerangan Malaysia
E-mail : ruddy@inform.gov.my

0

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
Oleh
Ruddyansjah Mahtar Hams B.S.K.

Pendahuluan
Sejak mencapai kemerdekaan 47 tahun yang lalu, matlamat utama negara ialah
menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem
demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Dalam usaha

mencapai matlamat ini, berbagai-bagai dasar telahpun digubal dan dilaksanakan.
Dasar-dasar awam Malaysia mempunyai keunikan sendiri kerana ia digubal
sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Sebagai sebuah negara
yang kecil yang terbahagi kepada dua wilayah besar iaitu Semanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak, malaysia adalah antara beberapa buah negara di dunia
yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti
pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan berbagai budaya dalam konteks
sebuah negara persekutuan.
Sebagai sebuah negara yanga merdeka, Malaysia boleh disifatkan sebagai
sebuah negara muda tetapi berkleupayaan untuk membangun kearah sebuah
negara yang maju dan mewah memandangkan ia dianugerahkan dengan hasil
bumi yang banyak sekali. Tambahan pula Malaysia mempunyai majoriti
penduduk dalam kategori umur belia yang memberikan prospek bagi
mewujudkan tenaga kerja yang mencukupi dan berkualiti.

1

Berdasarkan kenyataan di atas, sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap
pembangunan yang lebih tinggi, ia mestilah mempunyai dasar-dasar yang dapat
bukan sahaja mengembelng sumber-sumbernya malah yang sangat penting ia

boleh mengurangkan jurang perbezaan sama ada di antara kaum mahupun
wilayah. Dalam hubungan ini, adalah penting untuk dipastikan agar dasar-dasar
yang dibuat sentiasa dapat memantapkan lagi perpaduan negara dan integrasi
nasional.

Perspektif Sejarah
Untuk memahami tahap kemajuan dan kedudukan negara pada masa kini, perlu
bagi kita tinjau kembali sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini.
Dengan melihat kembali sejarah dan detik-detik penting ini, dapatlah difahami
perspektif, nilai dan asas sebenar satu-satu perkembangan dan tindakan
khususnya dalam penggubalan dasar negara. Terdapat empat era yang boleh
dijadikan sebagai watersheds dalam sejarah negara iaitu :
a. Era Sewaktu Penjajahan British.
-

dasar awam melibatkan fungsi kerajaan paling minimum.

-

Matlamat penjajah untuk mendapatan seberapa banyak hasil dari

negara ini untuk dibawa pulang.

-

Dasar kerajaan penjajah jelas dan tidak perlu dikaji semula.

-

Akibat : dari segi fizikal dan mental  penghalang masyarakat
bersatupadu. Contoh : kedudukan ekonomi tidak seimbang antara
kaum dan menghadapi masalah berbentuk perkauman.

2

b. Era Dalam tempoh Malayan Union (1946) hingga tempoh pencapaian
kemerdekaan (1957).
-

wujud semangat kebangsaan yang berkobar-kobar di samping
peningkatan penglibatan pihak pemerintah dalam perkhidmatan

awam.

-

Wujudnya

pergerakan

politik

berasaskan

kaum

yang

mengakibatkan mobilisasi politik yang terasing antara satu kaum
dengan yang lain.
-


Pengekalan sistem negara beraja.

-

Pemimpin

pelbagai

kaum

meletakkan

garis

panduan

asas

pembinaan negara yang berlandaskan kerjasama dan perundingan
secara bertolak ansur tanpa mendedahkan secara meluas perkaraperkara dan isu-isu perkauman.

-

Pendkatan ini menolak telahan yang mengatakan negara berbilang
kaum seperti Malaysia tidak akan wujud dengan stabil untuk
jangkamasa yang panjang.

c. Era dari tarikh kemerdekaan hingga peristiwa 13 Mei,1969.
-

mendedahkan

tentang

betapa

pentingnya

hubungan

atau


keseimbangan di antara kemajuan sosiopolitik negara dengan
kemajuan dan pengagihan kemewahan.
-

Walaupun tahap pertumbuhan ekonomi membanggakan, namun
agihan pendapatan untuk berbagai kaum tidak seimbang.

-

Di samping itu, pembahagian guna tenaga tentunya menjadi
penghalang dalam mencapai perpaduan negara.

-

Keadaan tidak seimbang ini sekiranya dibiarkan akan menimbulkan
ketegangan dan kejadian yang tidak diingini.

-


Isu-isu sensitif terhadap kewarganegaraan dan kedudukan hak
istimewa kaum Melayu/Bumiputera akan terus dipersoalkan.

-

Ia menjadi isu hangat semasa pilihanraya umum tahun 1969 dan
akibatnya tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969.
3

d. Era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1971-1990.
-

Dasar digubal untuk mencapai perpaduan melalui penghapusan
penghalang utamanya iaitu kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan
ekonomi masyarakat yang tidak seimbang.

-

Rukunegara diperkenalkan sebagai asas pencapaian matlamat
pembangunan dan penyatuan negara.


-

DEB  membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat.

-

Perkembangan ekonomi pesat sejak DEB dilancarkan dan teah
mencapai perkembangan ekonomi yang pesat.

-

Namun

begitu,

mengalami
terbantutnya

pertengahan


dekat

80an,

kemelesetan

yang

teruk.

pencapaian

matlaat

DEB

ekonomi

Implikasinya

berasaskan

negara
ialah
kepada

pertumbuhan ekonomi berterusan.

Malaysia baru sahaja memasuki era yang baru iaitu tempoh pelaksanaan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000.
-

DPN digubal berteraskan Wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

-

Strategi DEB dikekalkan untuk mencapai pembangunan seimbang
dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

-

Dimensi tambahan  isu-isu pembangunan sumber manusia,
menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan
alam sekitar dan ekologi.

4

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Dasar Awam ?
Dasar lebih merupakan ‘asas’, ‘teras’ atau ‘panduan’ kepada beberapa jalan
tindakan.
Dasar mempunyai tujuan :


Matlamat, fungsi, tugas demi kepentingan sesuatu agensi atau organisasi
(kerajaan).

Dasar memberi :


Arah tuju / hala kepada sesebuah agensi/organisasi supaya pelan
tindakan yang dirancangkan boleh mencapai matlamat dan boleh
dilaksanakan dengan jayanya.

Dengan adanya dasar, orang awam / masyarakat dapat memahami segala
tujuan, matlamat atau hala yang hendak dituju atau dicapai oleh sesebuah
agensi/organisasi (terutamanya badan-badan kerajaan) dan juga bagaimana
pelan-pelan tindakan yang dirancangkan itu beroperasi di peringkat nasional dan
tempatan.
Dasar Awam secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

 Dasar Ekonomi / Dasar Pembangunan
Program, Falsafah, Peraturan dan Panduan Negara.
(Contoh : Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Penswastaan, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara,
Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar

Pandang Ke Timur, Dasar

Pengurangan Perbelanjaan Awam dll.)

 Dasar Sosial

5

(Contoh : Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Belia Negara, Dasar
Wanita Negara, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam dll)

Mengapa Dasar Diperlukan ?
Bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia, pelbagai perancangan
perlu dilaksanakan termasuk menangani segala masalah sosial di dalam negara.
Keperluan-keperluan masyarakat untuk mendapatkan kemudahan sosial kian
meningkat. Peningkatan dalam sektor perkhidmatan sosial menggambarkan
bahawa masyarakat memang mengkehendaki, memerlukan dan mendesak
untuk mendapatkan segala kemudahan atau perkhidmatan.
Sebagai contoh, wujudnya pelbagai jabatan dan agensi kerajaan semata-mata
untuk melaksanakan dasar awam bagi memenuhi kehendak dan permintaan
masyarakat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan dan sebagainya.

Adakah Dasar Sama Antara Satu Sama Lain ?
Dasar Ekonomi, Dasar Pembangunan dan Dasar Sosial berbeza antara keduaduanya. Walaupun begitu ia saling menyokong secara tidak langsung demi
kepentingan dan kebajikan social dan individu.
Secara umumnya, Dasar Ekonomi/Dasar Pembangunan menjurus secara terus
kepada negara tetapi dasar Sosial menjurus terus kepada kehendak masyarakat
itu sendiri.

6

Ciri-ciri Umum Dasar
Ciri-ciri umum Dasar Awam ialah ia hendaklah mempunyai beberapa kandungan
atau elemen yang difokuskan iaitu :
1. Objektif – hendaklah jelas, teratur, melibatkan semua pihak.
2. Strategi – hendaklah jitu, dapat difahami, mudah dilaksanakan.
3. Pelaksanaan – hendaklah dikuatkuasakan, diamalkan, dan melibatkan
semua pihak.
4. Penilaian



semua

Dasar Awam

hendaklah

dinilai

sejauhmana

keberkesanannya sama ada berjaya atau tidak, menunggu masa yang
lama atau tidak dan adakah perlu diteruskan atau tidak.

Apakah Kesan Daripada Pelaksanaan Dasar?
1. Pertumbuhan ekonomi negara meningkat.
2. Hubungan Malaysia dengan negara luar kian rapat.
3. Hubungan antara masyarakat kian meningkat.
4. Hubungan antara keluarga kian mesra.
5. Kehendak masyarakat untuk menambahkan keselesaan hidup dapat
dipenuhi.
Halatuju pembangunan negara dan masyarakat dapat ditentukan dengan jelas.

Halangan Terhadap Dasar Awam


Globalisasi
-

ancaman IT ---> menyebarkan maklumat yang salah

-

memburuk-burukkan kerajaan.

-

Dasar tutup pintu negara luar.

7



Tanggungjawab
-

kurang rasa tanggungjawab kepada negara.



Kefahaman
-

kurangnya kefahaman.

-

Salah faham terhadap dasar awam. (Contoh : Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam)



Pelaksanaan
-

pelaksanaan kurang jitu dan lancar.

-

Tidak mendapat sambutan

8

Peranan Anda Kepada Dasar Yang Dilaksanakan



Yakin
Yakin terhadap dasar yang digubal akan menjadi agen perubahan sama ada
kepada nilai sosial atau ekonomi negara danmasyarakat.



Laksanakan
Melaksanakan dasar awam yang diperkenalkan mengikut garispanduan yang
telah ditetapkan oleh penggubal dasar atau pihak kerajaan.



Sebarluaskan
Menyebar luaskan kefahaman dasar awam agar dapat difahami oleh
segenap lapisan masyarakat

9

DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN MALAYSIA
Di antara dasar dasar utama kerajaan Malaysia adalah Dasar Perindustrian,
Dasar Penswastaan, Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
[ termasuklah Pelan Integriti Nasional (PIN) ] dan Dasar Luar . Biasanya sesuatu
dasar dirancang oleh pemimpin-pemimpin pada peringkat pentadbiran untuk
dilaksanakan oleh agensi-agensi tertentu. Dasar-dasar pembangunan ini
biasanya boleh didapati dalam dokumen rasmi kerajaan khususnya Rancangan
Lima Tahun
1.

Dasar Perindustrian
Sektor perindutrian memberi sumbangan yang besar pada ekonomi
negara setanding dengan sektor pertanian. Industri tradisional asas
Malaysia adalah pertanian sebelum tahun 60an diikuti dengan industri
gantian import pada tahun 60an dan industri intensif buruh dalam tahun
70an. Menjelang tahun 1980an , proses pengindustrian ini telah menjurus
kepada industri berat iaitu industri yang memerlukan modal yang besar
dari sektor swasta.
Dasar lebih merupakan asas atau panduan kepada beberapa pelan
tindakanyang telah dirancang. Biasanya pentadbir dan kakitangan kerajaan
berpandukan kepada dasar bila melaksanakan tugas mereka bila
melaksanakan perkhidmatan kepada orang awam
Dasar Perindustrian Negara telah digubal untuk mempergiatkan lagi proses
industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
pertumbuhan ekonomi negara. Pada umumnya,
proses pembentukan
sesuatu dasar melibatkan perkara-perkara berikut :






Mengenalpasti Masalah
Menilai sejauhmana hasil dasar
Mengemukakan alternatif dapat menyelesaikan masalah
yang sesuai
Hasil dasar
Merancang tindakan sesuai
Dibawah dasar perindustrian, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah
digubal bagi meletakkan asas yang kukuh untuk menjadi Malaysia
sebagai sebuah negara perindustrian yang maju. Kerajaan telah

10

menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun
1980an. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti , memula dan
menguruskan projek-projek dalam industri berat. Diantara projek-projek
yang telah dijalankan bersama usahasama pelabur asing ialah loji simen
(CIMA), besi dan keluli (PERWAJA), kereta nasional (PROTON), loji enjin
kecil, pulpa dan kertas dan kompleks kejuruteraan (UEM).
Tiga objektif utama PIP sebagai asas untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara perindustrian ialah :




menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
perindustrian negara
menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara
meninggikan lagi tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi
tempatan

Strategi Pelan Induk Perindustrian
PIP telah mengenal pasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan.
Tujuh adalah sektor berasaskan sumber tempatan iaitu industri berasaskan
getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan terus dan
keluaran galian bukan logam. Lima sektor bukan berasaskan sumber ialah
elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,
logam-logam terus serta tekstil dan pakaian









menyusun semula struktur galakan perindustrian sedia ada
mempelbagaikan pengguna-pengguna Malaysia mengunakan barangan
Malaysia
mempelbagaikan eksport dan mengalakkan sektor gentian import
memperluaskan kegiatan industri kekawasan kurang maju
mempelbagai pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru dinegara
yang sedang membangun
mengalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan
swasta
menggalakan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan
industri baru
menggalakan pertumbuhan industri kecil

2. Dasar Penswastaan
Mendapat perhatian bila dilancar Dasar Persyarikatan Malaysia 1983 yang
menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan
negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan konsep “Memilik Negara”
11

yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam satu-satu sektor ekonomi
atau perniagaan.
Penswastaan melibatkan proses pemindahan beberapa kepentingan atau
pelaburan kerajaan yang pada asalnya merupakan tanggungjawab awam dan
kemudiannya dserahkan kepada sektor swasta. Dasar yang dilancarkan pada
tahun 1983 bertujuan ;






mengurangkan beban kewangan kerajaan
meningkat kecekapan dan kepelbagaian hasil
menggalakkan pertumbuhan ekonomi
pengagihan sumber yang cekap
mempercepatkan Dasar Pembangunan Nasional
Dalam hal ini, tanggungjawab pengurusan, asset dan hak untuk
menggunakan asset dan kakitangan diberi perhatian.

3. Bentuk-Bentuk Penswastaan
Penjualan
Penjualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan dan melibatkan
pemindahan ketiga-tiga komponen
organisasi iaitu tanggungjawab
pengurusan, asset dan kakitangan. Bentuk penjualan atau pemindahan
boleh 100 % atau kurang. Contohnya, Sports Toto Malaysia dan Sabah
Shipyard Sendirian Berhad
Pajakan
Melibatkan pemindahan hak menggunakan asset untuk tempoh tertentu
dengan bayaran pajakan. Kaedah ini biasanya digunakan bagi
penswastaan entity yang mempunyai aset bernilai tinggi dan bersifat
strategic seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Contoh Depoh
Baikpulih Kapalterbang dan Pusat Penyembelihan Khinzir
Kontrak Pengurusan
Melibatkan pengunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk
mengurus entity kerajaan dengan membayar yuran pengurusan. Kaedah
ini hanya melibatkan pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada
sektor swasta dan melibatkan pemindahan kakitangan tetapi tidak

12

pemindahan milik asset. Contohnya kontrak Bekalan Air Semenyih dan
Pemasaran Masa Pengiklanan Radio Malaysia
Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali
Melibatkan pengunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk
mengurus entity kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan. Melibatkan
pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada sektor swasta dan
mungkin melibatkan caj pengurusan. Kaedah BKP melibatkan pembinaan
sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaan sendiri
dan mengendalikannya bagi tempoh tertentu yang dinamakan tempoh
konsesi. Kemudahan ini akan diserahkan kembali selepas tempoh dan
swasta akan dibenarkan mengutip caj terus dari kemudahan berkenaan
contoh seperti Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Menara Kuala
Lumpur. BK pula tidak melibatkan penyerahan balik kepada kerajaan
seperti Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan Sistem Pengangkutan
Laju Ringan.
4.

Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Perlembagaan Malaysia telah menetapkan Islam sebagai agama rasmi
negara. Hal ehwal agama telah dikuasakan kepada Raja-Raja dan
Kerajaan negeri. Sungguhpun demikian , kebebasan untuk menganut
agama-agama lain tidak dihalang. Dasar penerapan nilai Islam dalam
pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia adalah satu usaha murni oleh
Kerajaan. Diantara objektif-objektif dasar ini adalah :
- membentuk masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
disegani masyarakat lain
- menubuhkan sebuah negara bahagia
- menghapus sikap negatif dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan
- menghasilkan perkhidmatan yang bermutu
Niat sebenar bukanlah untuk mengislamkan yang bukan Islam tetapi
memupuk amalan dan nilai murni yang boleh diterima semua kerana
agama lain pun mengutamakan nilai-nilai yang sama. Islam dijadikan asas
dan hanya sebelas sahaja yang dipilih untuk dijadikan asas iaitu amanah,
tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
Yang paling adalah menghayati nilai-nilai diatas sebagai cara hidup yang
sihat. Selaras dengan Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" ,
13

nilai-nilai negatif samada diedari atau tidak seperti rasuah, jenayah,
dadah, menyalahguna kuasa, tidak amanah, penindasan, penipuan,
pelampaun, pembaziran dan lain hendaklah diketepikan.

5.

Dasar Luar
Perbezaan matlamat, kepentingan dan arah nasional selalunya membawa
kepada ketegangan hubungan diantara negara-negara di arena politik
antarabangsa terutama negara jiran. Namun sejarah telah membuktikan
bahawa kebijaksanaan mengendalikan dasar luar, kepekaan terhadap
kepentingan nasional dan serantau dengan semangat setiakawan,
merupakan syarat awal perhubungan harmoni serumpun.
Dasar luar merupakan polisi menjalani perhubungan antarabangsa
dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh
pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu
masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang,
mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara. Objektif utama
Dasar Luar Malaysia adalah :

i.

Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk
diterima oleh negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan
berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Dasar luar ini
perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan
kepada rakyat.

ii.

Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan
pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah
negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bilabila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan

iii.

Kesejahteraan didalam sesebuah negara adalah tanggungjawab yang
dipikul oleh pembuat dasar. Kesejahteraan dalaman akan
membolehkan kemajuan serta kepesatan pembangunan sejajar
dengan pembangunan negara lain. Untuk mencapai matlamat ini
perlulah program-program yang sesuai serta dimanafaati oleh rakyat.

Untuk itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah seperti berikut :

14

a. Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan
serantau serta meningkat kerjasama dikalangan negara lain yang
mempunyai matlamat yang sama.
b. Meningkat pertahanan dan keselamatan samada di didalam mahupun
luar negara dan wilayah-wilayah sempadan.
c. Mengekalkan kestabilan ekonomi negara dam kestabilan harga barang
mentah dipasaran antarabangsa.
Keputusan yang diambil dalam hal dasar luar juga mengikut kesesuaian
dan kesinambungan dalam politik antarabangsa. Diantara langkah yang
diambil adalah seperti Penubuhan ASEAN 1967. ASEAN adalah
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara yang menjalinkan kerjasama
dalam bidang ekonomi, sosial dan politik
6.

Pertubuhan Asia Tenggara (ASA)
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Tunku
Abdul Rahman. Pertubuhan serantau ini hanya disokong oleh tiga negara
ketika itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina. Indonesia tidak menyertai
kerana beranggapan ianya satu alat "imperialis". Matlamat ASA adalah
mengekal keamanan dan kebebasan negara serantau Asia Tenggara,
memupuk keadilan sosial dan meningkat kerjasama dan kemajuan dalam
bidang ekonomi negara-negara ahli dan negara serantau Asia Tenggara.
ASA tergendala dalam tahun 1963, masa yang hampir sama penubuhan
Persekutuan Malaysia

7.

MAPHILINDO
Salah satu strategi untuk megendurkan ketegangan ketika penubuhan
Persekutuan Malaysia dan Indonesia Raya adalah penubuhan
MAPHILINDO pada Julai 1963. Maksud MAPHILINDO ialah gabungan
nama Malaysia, Filipina dan Indonesia, yang tujuan nya sama juga iaitu
menjaga dan mengekal keamanan serantau, mewujudkan kesefahaman
dikalangan negara-negara anggota dan kerjasama serantau dalam bidang
ekonomi.

Hasrat ini adalah hasrat Presiden Diasdado Macapagal untuk
menubuhkan "Greater Malay Confederation". Idea ini digunakan Menteri
Luar Indonesia , Subandrio tetapi dihadkan kepada bangsa Melayu, jadi
Thailand telah diketepikan. Usul penubuhan ini juga gagal kerana
15

pertikaian ahli negara anggota, oleh itu Filipina terus membuat tuntutan
Sabah dan Sukarno dengan 'ganyang Malaysia'nya. Konflik ini berlaku
diantara 1963 hingga 1965, tetapi berjaya direda dengan kemenangan
Marcos di pilihanraya Filipina dan tumbangnya Sukarno kerana
digulingkan pada Oktober 1965. Perubahan senario ini telah membuka
ruang memperbaiki hubungan yang terjejas kerana isu konfrantasi dan
tuntutan Sabah.
Dalam satu perbincangan rasmi dari 29 Mei hingga 1 Jun 1966 di
Bangkok, Menteri Luar Thailand, Thanat Koman menjadi orang tengah
pertelingkahan ini.
8.

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Apabila tamat konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia pada 1 Jun 1966,
dan hubungan Filipina dengan Malaysia pulih, satu azam baru untuk
membentuk satu pertubuhan serantau yang baru, teguh dan dinamik telah
diadakan. Deklarasi ASEAN telag ditandatangani di Bangkok pada 8 Ogos
1967. ASEAN telah diisytiharkan dengan Tun Abdul Razak (Timbalan
Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia),
S.Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Koman (Menteri Luar
Thailand) dan N.Ramos (Setiausaha Luar Filipina) menandatangani
Deklarasi tersebut.
Malaysia menyertai ASEAN dengan tujuan menyelesaikan dan
mengurangkan masalah politik dengan Filipina dan Indonesia. Tujuh
matlamat telah digariskan dalam Deklarasi ASEAN iaitu
a. mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi,
kemajuan sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau,
b. mengekal keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan
menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan
negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Carter BangsaBangsa Bersatu
c. memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan
bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintaifik dan
pentadbiran
d. membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan
dikalangan negara anggota
e. mewujudkan kerjasama lebih berkesan dalam pengunaan sumber
yang lebih banyak dalam industri pertanian, memperluaskan
perdagangan
dna
kajian
masalah
perdagangan
komoditi
antarabangsa,

16

f. meningkat kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta
bekerjasama menaikkan taraf hidup rakyat negara anggota
g. meningkat bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia
Tenggara
h. mengekal kerjasama erat dan berfaedah menerusi pertubuhan
serantau
dan
pertubuhan
antarabangsa yang
telah
wujud
dan matlamat yang sama

Peranan ASEAN lebih bermakna dengan Deklarasi Kuala Lumpur pada 27
November 1971 dengan melulukan beberapa ketetapan iaitu :
a. kawasan Asia Tenggara hendaklah menjadi sebuah zon yang aman
dan selamat
b. ASEAN hendaklah mengamalkan Dasar Berkecuali
c. mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk kuasakuasa besar tanpa mengira ideologi politik
Kini anggota ASEAN terdiri dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia,
Filipina, Brunei, Kemboja, Vietnam dan Myanmar (10 buah mengikut
Modul LANH 1303). Malaysia turut terlibat dalam pertubuhan OIC,
Komanwel, PBB dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
9.

Reformasi Pendidikan
Akta Pendidikan 1966, telah memaktubkan Dasar Pendidikan
Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
seperti berikut :
"pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari egi intelek,
rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara"
Sebelum merdeka, sistem pendidikan oleh British bersifat perkauman.
British telah mewujudkan empat jenis persekolahan iaitu Sekolah Melayu,
Sekolah Inggeris, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Dasar pendidikan
yang diperkenalkan british menyebabkan bahasa Melayu tidak
17

berkembang dan digunakan disekolah Melayu dan di Maktab Perguruan
sahaja. Strategi ini membolehkan British bertapak lama di Malaya dan
mengeksploitasikan sumber kekayaan negara. Penyata Barnes, 1950
telah ditolak semua kerana mementingkan bahasa Inggeris, dan hanya
membentuk satu sistem sekolah kebangsaan tanpa mengira sekolah jenis
kebangsaan Tamil atau Cina dalam ertikata hanya mementingkan aliran
Inggeris.
Penyata Fenn-Wu (WP Fenn dan Wu Teh Yao) (1951) mengemukakan
cadangan tambahan pada Penyata Barnes iaitu :a. menyokong konsep pengunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu,
bahasa Cina dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
b. sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya bercirikan pengetahuan
tempatan.
Cadangan ini ditolak kerana dirasakan tidak menguntungkan semua
pihak.
Penyata Razak (1956)
Jawatankuasa yang diketuai Dato'Abdul Razak Hussein, Menteri
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu telah mengemukan beberapa
cadangan yang digunapakai iaitu :
a. sekolah rendah hendaklah terdiri dari dua jenis, Sekolah Rendah dan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
b. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah
kebangsaan sementara bahasa Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil dijadikan bahasa pengantar sekolah rendah jenis
kebangsaan.
c. sekolah-sekolah Cina dikekalkan dengan kuikulumnya berdasarkan
latar belakang tempatan.
d. bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa wajib bagi
semua sekolah.
e. sukatan pelajaran yang seragam bagi kedua-dua sekolah rendah
f. satu jenis sekolah menengah kebangsaan dengan sukatan pelajaran
seragam ditubuhkan.
g. peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE) diperkenalkan di Tingkatan
Tiga.
h. sistem pendidikan dibentuk dalam tiga peringkat :-

18





sekolah perdagangan bagi pelajar tamat darjah enam
sekolah teknik bagi pelajar tamat tingkatan tiga
maktab-maktab teknik bagi pelajar tamat tingkatan lima

Penyata Razak diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 16
Mei 1956 dan dijadikan Dasar Pendidikan Tanah Melayu yang
dilaksanakan selepas merdeka 1957 bagi mewujudkan rakyat Tanah
Melayu yang bersatu padu.
Penyata Rahman Talib (1960)
Selepas Penyata Razak, satu jawatankuasa baru ditubuhkan yang
diketuai oleh Abdul Rahman Talib (Menteri Pelajaran) ketika itu, bagi
memperkemaskan dan melaksanakan dasar Penyata Razak. Ia digubal
semula dan diterima kerajaan pada tahun 1961 dan dinamakan Akta
Pelajaran 1961.
Jawatankuasa Kabinet (1974)
Pengerusi Jawatankuasa Kabinet 1974 diketuai Dato Seri Mahathir
Mohamed (Menteri Pelajaran) bagi mengkaji semula sistem pendidikan
kebangsaan bagi mencapai perpaduan dan kesefahaman rakyat berbilang
kaum. Diantara strategi yang dicadangkan dan digunapakai adalah :





menyediakan sukatan pelajaran atau kurikulum seragam
mewajibkan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah dan institusi pengajian tinggi
mengunakan buku teks yang bercirikan Malaysia
membentuk aktiviti luar darjah atau ko-kurikulum

Berdasarkan kepada laporan jawatankuasa kabinet ini, Kementerian
Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR,
1982) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1988)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah 1988

19

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan kurikulum ini menerusi proses pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas atau dibilik darjah. Pendidikan bersepadu
bermaksud penumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni
dan bahasa. Ketiga-tiga faktor digabungkan menerusi mata pelajaran
teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan kurikulum
Contoh yang diterjemahkan dalam setiap mata pelajaran adalah :
a. kandungan kurikulum mengembangkan kemahiran aas yang diperolehi
diperingkat sekolah rendah.
b. kandungan kurikulum berkaitan dengan hidup seharian.
c. kandungan kurikulum memajukan kemahiran belajar, psikomotor dan
sosial yang telag dipelajari diperingkat sekolah rendah.
d. kandungan kurikulum membina intelek dan mengembangkan daya
pemikiran yang kreatif dan mampu menghasilkan idea bernas.
Nilai-Nilai Murni
Nilai-nilai murni yang diterapkan kedalam kurikulum adalah :
- baik hati
- berhemah tinggi
- hormat menghormati
- kasih sayang
- adil
- kebersihan fizikal
- jujur
- rajin
- bekerjasama
- sederhana
- bersyukur
- bersemangat kemasyarakatan
- berdikari
KoKurikulum
Adalah aktiviti yang menyediakan peluang kepada murid-murid untuk
mengamalkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kelas. Tujuannuya
bagi murid mendapat keyakinan diri dan pengalaman. Gerak kerja
kurikulum terbahagi kepada tiga iaitu pasukan pakaian seragam,
persatuan dan kelab dan sukan

20

Secara keseluruhan, pembangunan kegiatan kurikulum dan ko kurikulum
memberi

penekanan

kepada

objektif

melahirkan

warganegara

yang

berpengetahuan, berinovasi dan memilik nilai positif, sesuai dengan masyarakat
majmuk, maju dan memandang kehadapan.

Penutup

21