Tanaman ubahsuai genetik indonesia. doc

Tanaman ubahsuai genetik
KESAN –VE
Malah para petani perlu menjaga dan menggunakan racun makhluk perosak dengan lebih
kerapwalaupun tanaman GM itu mempunyai ciri rintang serangga perosak. Ini akan meningkatkan
kos penyelenggaraan tanaman yang mengakibatkan para petani terpaksa memikul beban hutang
yang tinggi untuk membayar harga biji benih GM yang di beli di samping perlu menanggung kos–kos
lain seperti pembelian racun serangga dan baja yang lebih banyak berbanding tanaman biasa.

Merujuk kepada kajian kes lain ialah tanaman betik GM di Hawaii. Betik GM pertama di
kesan di Hawaii adalah pada tahun 1998. Betik ini di hasilkan dengan keupayaan
melawan serangan virus bintik cincin ( papaya ringspot virus). Ia telah di hasilkan oleh
Dr. Dennis Gonsalves dan Dr. Richard Manshardt. Walaupun masalah penyakit ini dapat
di atasi tetapi masalah lain daripada betik GM telah timbul iaitu harga pasaran yang
rendah serta penolakan daripada penguna. Hasil daripada penyelidikan yang di
jalankan mendapati kebanyakan pokok betik di seluruh Hawaii telah tercemar dengan
benih betik GM. Adalah amat sukar untuk mendapatkan biji benih betik yang asli
apabila di uji walaupun sampel pokok betik yang di ambil dari pelbagai kawasan
termasuk kawasan yang di kenalpasti sebagai bebas tanaman GM. Kajian terbaru pada
2006 mendapati bahawa, Waimanolo Solo yang di kenalpasti sebagai kawasan bebas
tanaman betik GM di kesan telah mengalami pencemaran benih GM sebanyak 0.01%
tetapi kurang daripada 0.1 %. Dengan tersebarnya benih GM ini melalui proses

pendebungaan semulajadi mengakibatkan kemusnahan yang sukar untuk di pulihkan terhadap
pokok betik organik dan memberi kesan yang ketara kepada penanam betik organik.

Begitu juga yang telah berlaku di Thailand,pokok betik yang di tanam dengan
menggunakan biji benih GM ini telah di beli daripada pusat penyelidikan di Khon Kaen.
Di Thailand penjualan benih GM adalah haram kerana tidak sah di sisi undang - undang
negara itu. Hasil penyelidikan yang di jalankan mendapati bahawa banyak ladang betik telah
tercemar dengan biji benih GM ini.Kerajaan Thailand telah mengambil langkah
menghapuskan tanaman betik GM di kawasan ujian yang di jalankan oleh pusat
penyelidikan pertanian Khon Kaen ini. Penanaman tanaman GM di dalam alam sekitar
adalah sangat berbahaya untuk jangka panjang.

Secara tidak langsung hasil tanaman GM ini mampu mencemarkan tanaman asli dan
menghapuskan biodiversiti asli biji benih semulajadi. Malah ia memberikan kesan yang
sangatberbahaya kepada ekosistem, hidupan semulajadi, alam sekitar, kesihatan penguna
serta nilai moral dan etika agama juga tercabar. Kemungkinan kita hanya akan tersedar
kesan pencemaran dan bahaya GM ini dan telahpun terlambat untuk mengambil
langkah pencegahan hanya selepas sesuatu kejadian buruk telah berlaku terutama
kepada kesihatan manusia. Ini kerana sehingga kini tanaman GM yang di hasilkan tidak
di uji keselamatannya terhadap pengguna. Malah tidak di labelkan di pasaran tempatan.


sukar untuk memulihara serta mengembalikan kestabilan alam ini secara holistik seperti
sediakala.
Kesan tanaman ubah suai genetik ini dapat di kaji secara terperinci dari pelbagai aspek
sepertikeraguan terhadap hasil tanaman itu sendiri,kesan kepada ekosistem dan ekologi alam
sekitar, kesihatan masyarakat, status sosio ekomoni masyarakat petani yang berskala kecil
dan besar , serta aspek etika , nilai moral dan agama.

Langkah berupaya meningkatkan sektor pertanian
(1)
beberapa institusi di dalam negara ini telah di kenalpasti terlibat dalam pembangunan
dan penyelidikan tanaman ubah suai genetik. Di antara yang utama ialah Institut
Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia ( Malaysian Agriculture Research
and Development Institute- MARDI ) yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani . Kajian pertama tanaman GM di MARDI adalah beras. Ia bagi
menghasilkan padi trangenik (GM) yang rintang kepada pelbagai penyakit seperti
hawar seludang, rintang kepada racun rumpai Bista dan juga meningkatkan hasil
pengeluaran padi. Selain padi, projek penyelidikan GM lain yang di jalankan adalah
betik supaya rintang kepada virus bintik cincin (ring sport virus-RSV) , nanas yang
rintang kepada penyakit ‘black heart’ (BH), pokok bunga orkid bagi menghasilkan

warna bunga yang menarik dan di samping rintang serangan virus dan memanjangkan
tempoh hayat . Selain itu buah – buahan lain (passion fruits) dan lada hitam juga
termasuk dalam usaha penyelidikan GM bagi memastikan ia rintang kepada serangan
penyakit dan virus.

Beberapa jabatan dan universiti tempatan turut terlibat dalam menjayakan
penyelidikan ini. Di perkukuhkan lagi apabila tanaman padi ubah suai genetik yang di
kenali sebagai beras emas (golden rice) yang di perkaya dengan vitamin A dan rintang
terhadap serangan rumput rumpai telahpun di hasilkan di negara luar. Ia didakwa
mampu mengurangkan masalah rabun yang di alami oleh kebayakan masyarakat di
Asia. Terdapat dakwaan bahawa, jumlah beras emas yang perlu di makan oleh seorang
dewasa bagi mencukupi keperluan diet vitamin A nya hanya di perolehi apabila dia
memakan sejumlah 9kg beras emas. Jika tidak, vitamin A di dalam badannya tidak
mencukupi. Secara kebiasaan, badan kita mendapat bekalan vitamin A melalui pelbagai
jenis dan sumber makanan lain yang berbeza - beza. Untuk menjimatkan dan
memudahkan individu tersebut, maka beras emas ini di cipta bagi memenuhi keperluan
vitamin A hanya daripada 1 sumber sahaja. Tetapi dengan syarat ia perlu di ambil dalam
kadar 9 kg.

tujuannya adalah untuk menghasilkan tanaman yang sihat dan rintang penyakit

sekaligus mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak. Dapat meningkatkan
hasil tanaman bagi memenuhi keperluan pasaran dan bantuan makanan kepada negara–
negara miskin seperti Afrika . Memberi pulangan dan pendapatan ekonomi kepada
sesebuah negara. Inilah diantara janji–janji dan propaganda yang di sebar luas dalam
mempromosikan keperluan tanaman dan makanan ubah suai genetik.

(2)

Pengasingan gen daripada satu organisma dan memindahkannya kepada organisma lain
akan menghasilkan makanan ubahsuai genetik (GMF) yang menyebabkan kualiti dan
kuantiti hasil pertanian atau makanan ditingkatkan.

tumbuh-tumbuhan kejuruteraan genetik pada mulanya dihasilkan supaya wujud
perubahan terhadap juzuk kandungannya, atau keseluruhan makanan yang terhasil
daripada penggunaannya, iaitu dari aspekkualiti dan komposisi nutrien yang dapat
diperbaiki ataupun sekaligus dipertingkatkan lagi berbanding dengan tumbuhtumbuhan tanaman organik. Sebagai contoh, terdapat peningkatan kandungan
mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam
tumbuh-tumbuhan jenis ini. Bahan-bahan ini membantu melambatkan atau
menurunkan kadar proses pengoksidan di samping melambatkan kerosakan
yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini bermakna sayur-sayuran dan buahbuahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik akantahan lebih

lama ketika di pasaran jika dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan yang
terhasil melalui proses tanaman secara organik.

http://sevenwong.pixnet.net/blog/post/8538612-tanaman-ubahuai-genetik

Status Global Mengenai
Pengkomersilan Tanaman
Pengubahsuaian Genetik (GM)
By Editor

· On 15/02/2014

BEIJING (Feb. 13, 2014) — The International Service for the Acquisition of AgriBiotech Applications (ISAAA) hari ini telah melaporkan, lebih 18 juta petani daripada 27
buah negara mengusahakan tanaman bioteknologi pada tahun 2013, menunjukkan 5
juta atau tiga peratus peningkatan dalam hektar tanaman bioteknologi di peringkat

global. Tahun 2013 juga menandakan pengkomersialan tanaman jagung toleran
kemarau buat julung kalinya di Amerika Syarikat.

Keluasan global tanaman bioteknologi telah bertambah, daripada 1.7 juta hektar

pada tahun 1996 kepada lebih daripada 175 juta hektar pada tahun 2013. Dalam
jangka masa 18 tahun, keluasan tanaman komersil bioteknologi telah dilaporkan
meningkat lebih daripada 100 kali ganda. Amerika Syarikat terus mendahului
pasaran global tanaman bioteknologi dengan jumlah 70.2 juta hektar atau 40
peratus hektar global.
“Keluasan penanaman tanaman bioteknologi di seluruh dunia kini dicatatkan
berjumlah 1.6 juta hektar atau bersamaan 150 peratus keluasan darat di negara
Cina”, kata Clive James, pengarang veteran laporan tahunan dan pengerusi serta
pengasas ISAAA. “Setiap negara yang berada di kedudukan sepuluh tertinggi dalam
penanaman tanaman bioteknologi pada tahun 2013, masing-masing menanam lebih
satu juta hektar, memberi landasan yang luas untuk perkembangan pada masa akan
datang.
Menurut laporan yang diterima, lebih 90 peratus atau 16.5 juta pengusaha tanaman
bioteknologi adalah petani kecil-kecilan dan kekurangan sumber. Daripada kesemua
Negara yang menanam tanaman bioteknologi, lapan adalah negara perindustrian
manakala 19 adalah negara membangun. Buat tahun kedua, negara-negara
membangun telah menanam lebih hektar tanaman bioteknologi berbanding negaranegara perindustrian, ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan jutaan petani
yang telah menikmati manfaat daripada tanaman bioteknologi di serata dunia.
Laporan menyatakan hampir 100 peratus petani yang menceburi pertanian
tanaman bioteknologi terus mengusahakan tanaman mereka, tahun demi tahun.

Dua tanaman baru dengan ciri toleran kemarau.
Disebabkan keseriusan kemarau terhadap produktiviti tanaman, diburukkan lagi
dengan perubahan iklim, tanaman berciri toleransi kemarau dinilai sebagai satu
pencapaian yang amat bernilai. Di Amerika Syarikat, kira-kira 2,000 petani di
kawasan Lingkaran Jagung ‘Corn Belt’ yang cenderung mengalami kemarau telah
menanam lebih kurang 50,000 hektar tanaman jagung toleran kemarau yang
pertama. Sebagai negara keempat bilangan penduduk paling padat, Indonesia telah
menghasilkan dan meluluskan penanaman tebu toleran kemarau yang pertama di

dunia (tebu bioteknologi pertama yang mendapat kelulusan di peringkat global).
Indonesia turut merancang penanaman secara komersil bermula tahun 2014.
“Tanaman bioteknologi telah membuktikan nilainya di peringkat global sebagai alat
yang berguna bagi sumber petani miskin yang mengalami kekurangan bekalan air
dan tekanan serangan haiwan perosak dan tumbuhan liar yang semakin meluas –
kesan perubahan iklim pula hanya akan menambah pergantungan kepada teknologi
ini,” kata James.
Teknologi jagung toleran kemarau telah disalurkan kepada Afrika melalui projek
‘Tanaman Jagung Jimat Air untuk Afrika’ // ‘the Water Efficient Maize for Africa’
(WEMA), sebuah perkongsian awam/swasta oleh Monsanto dan BASF, di bawah
pembiayaan yayasan Gates dan Buffet dan digunapakai menerusi ‘Pusat Inovasi

Tanaman Asas Jagung dan Gandum Antarabangsa’// ‘The International Maize and
Wheat Improvement Center (CIMMYT)’ di Mexico dan ‘Yayasan Teknologi Pertanian
Kenya Afrika’ // ‘Kenya-based African Agricultural Technology Foundation (AATF)’.
Penanaman jagung bioteknologi toleran kemarau di Afrika dijangka tiba pada tahun
2017. Kemarau merupakan halangan terbesar bagi produktiviti jagung di Afrika, di
mana 300 juta penduduk Afrika bergantung untuk terus hidup.
Status dan peluang tanaman biotek di negara Cina.
Dengan bilangan penduduk berjumlah 1.3 bilion, negara Cina merupakan negara
paling ramai penduduk di dunia. Antara tahun 1996 hingga 2012, tanaman kapas
bioteknologi di Cina menjana faedah ekonomi bernilai lebih $15 bilion, dengan
catatan $2.2 bilion pada tahun lalu. Tanaman bioteknologi juga membawa faedah
penting kepada petani dan pemulihan persekitaran di Cina, dengan penggunaan
racun serangga perosak terhadap tanaman kapas bioteknologi menyusut sebanyak
50 peratus atau lebih.
“Negara Cina telahpun menikmati keistimewaan tanaman kapas bioteknologi
sebagai gentian, dan juga kelebihan tanaman jagung bioteknologi melalui
peningkatan dan penambahbaikan pengeluaran bijirin sebagai makanan haiwan
ternak,” kata James. “Negara Cina juga boleh mendapat manfaat daripada
kelulusan tanaman berciri bioteknologi seterusnya, iaitu beras, makanan ruji
penduduk Asia.”

Sesetengah pemerhati berspekulasi bahawa Cina bakal membuka jalan untuk
meluluskan tanaman bioteknologi yang khusus seperti jagung phytase. Tanaman ini

telah mendapat kelulusan keselamatan biologi pada tahun 2009 apabila dua ciri
bioteknologi pada beras telah diluluskan. Keperluan bekalan makanan untuk
haiwan ternak di Cina untuk menampung 500 juta khinzir dan 13 bilion ayam telah
menyebabkan negara ini menjadi semakin bergantung kepada jagung import,
sebagai tambahan kepada 35 juta hektar tanaman jagung yang sedia ada.
Penambahan keluasan penanaman di negara-negara membangun.
Pertumbuhan di negara-negara membangun terus mekar. Secara kolektif, petanipetani di Latin Amerika, Asia dan Afrika telah membangunkan 54 peratus global
hektar tanaman bioteknologi (2 peratus peningkatan sejak tahun 2012), dengan itu
meningkatkan jurang keluasan antara negara-negara perindustrian dan
membangun daripada kira-kira 7 hingga 14 juta hektar antara tahun 2012 hingga
2013.
Secara keseluruhan, Amerika Selatan menanam 70 juta hektar atau 41 peratus;
Asia menempatkan 20 juta hektar tanaman atau 11 peratus; dan Afrika pula hanya
menanam lebih 3 juta hektar atau dua peratus daripada keluasan bioteknologi
global.
“Pertumbuhan di negara-negara perindustrian dan pasaran yang kukuh di negaranegara membangun kekal mendatar pada tahun 2013 disebabkan kadar
penggunaan bertahan pada 90 peratus atau lebih, meninggalkan ruang yang terhad

untuk perkembangan,” kata James. “Pada tahun lepas, pertumbuhan diterajui
negara-negara membangun seperti Brazil yang mencatatkan jumlah hebat, sebesar
3.6 juta hektar atau 10 peratus peningkatan, mencapai total 40.3 juta hektar.
Untuk tahun berikut, pertumbuhan dijangka berterusan bagi negara-negara
membangun – Brazil pula akan terus mendahului dan mengecilkan jurang dengan
Amerika Syarikat.”
Kejayaan di negara-negara membangun lazimnya boleh dikaitkan dengan hubungan
perkongsian awam/swasta. Sebagai contoh, setelah berjaya menamatkan semua
langkah yang perlu untuk pembangunan dan penggunaan poduk, Brazil dengan
kerjasama BASF, telah memajukan dan mendapat kebenaran bagi pelaksanaan
kacang soya toleransi herbisid dan sedia untuk pengkomersilan. Pergabungan
sedemikian akan memupuk kebanggaan, lansung menjana keyakinan dan insentif
yang diperlukan bagi mencapai kejayaan.

EMBRAPA di Brazil, telah menghasilkan serta mendapatkan kebenaran bagi kacang
rintangan-virus. Oleh kerana projek ini menggunakan sumber dalam negara
sepenuhnya, ia berperanan penting dalam merealisasikan konsep kemampanan.
Mengatasi kesulitan pelulusan tanaman bioteknologi
Negara-negara membangun terus mengorak langkah dengan
penyelidikan/pembangunan dan pengkomersialan dalam bidang bioteknologi.

Laporan juga menyatakan kesungguhan poltik negara-negara membangun untuk
meluluskan tanaman bioteknologi dengan ciri-ciri terbaru. Kelulusan yang
dimeterai pada tahun 2013 termasuklah:
Bangladesh meluluskan tanaman bioteknologinya yang pertama, terung



bioteknologi, hasil kerjasama institut awam/swasta dengan sebuah syarikat India,
Mahyco. Bangladesh menjadi model teladan bagi negara-negara kecil dan miskin
yang lain – ia berjaya mengurai sekatan dalam proses kelulusan yang kemudiannya
membenarkan pengkomersialan terung bioteknologi di India dan Filipina.
Bangladesh juga berusaha untuk mendapatkan kelulusan bagi penanaman Golden
Rice dan ubi kentang bioteknologi.
Indonesia telah meluluskan tanaman tebu toleran kemarau sebagai sumber



makanan, dan proses penanaman dirancang bermula pada tahun 2014.
Panama meluluskan penanaman jagung bioteknologi.



Perkembangan yang berterusan dalam teknologi tanaman bioteknologi, serta
peningkatan adopsi oleh petani kecil dan miskin mejadi faktor penting kepada masa
hadapan adopsi tanaman bioteknologi di peringkat global. Perkembangan yang
ketara pada tahun 2013 termasuklah:
Peningkatan hektar tanaman kapas bioteknologi yang mengagumkan



sebanyak 50 peratus di Burkina Faso, Afrika dan 300 peratus di Sudan. Tidak
ketinggalan, tujuh buah negara lagi menjalankan ujian lapangan tanaman
bioteknologi sebagai langkah kedua terakhir untuk mendapatkan kelulusan
pengkomersialan. Negara-negara yang dimaksudkan adalah: Cameroon, Mesir,
Ghana, Kenya, Malawi, Nigeria dan Uganda.
Filipina mendekati penghujungan ujian lapangan bagi ‘Golden Rice’ / beras



emas.
Kekurangan sistem kawalan yang sesuai, berasaskan sains serta kos dan masa
efektif terus menjadi kekangan utama untuk diterima pakai di Afrika (dan di seluruh
dunia).

Status tanaman bioteknologi di negara-negara kesatuan Eropah Bersatu
(EU)
Keluasan sederhana di EU telah meningkat 15 peratus antara tahun 2012 hingga
2013. Lima negara EU menanam 148,013 hektar tanaman jagung bioteknologi,
meningkat 18,942 hektar sejak 2012. Sepanyol mendahului EU dengan rekod
136,962 hektar tanaman jagung bioteknologi, menandakan kenaikan 18 peratus
daripada tahun 2012. Romania mengekalkan keluasan yang sama sejak tahun 2012.
Hektar tanaman di Portugal, Czechia dan Slovakia pula berkurangan jika
dibandingkan dengan keluasan pada tahun 2012, di mana laporan menyatakan ia
berkait rapat dengan prosedur pelaporan EU yang membebankan para petani.
Tanaman bioteknologi menyumbang kepada jaminan bekalan makanan,
pembangunan yang mampan dan persekitaran
Sejak tahun 1996 hingga 2012, tanaman bioteknologi telah memberi impak positif
melalui: penjimatan kos pengeluaran dan produktiviti yang meningkat (dianggar
sebanyak 377 juta tan) bernilai AS$117 bilion; pemeliharaan alam sekitar dengan
menghapuskan keperluan penggunaan racun perosak (bahan aktif) seberat 497 juta
kg; pada tahun 2012, pelepasan CO2 berjaya disusutkan kepada 26.7 bilion kg,
bersamaan dengan penyingkiran 11.8 juta kenderaan daripada jalan raya selama
setahun; pemeliharaan biodiversiti dengan perlindungan 123 juta hektar tanah
daripada tahun 1996 hingga 2012; dan turut membasmi kemiskinan di kalangan
>16.5 juta petani kecil-kecilan serta keluarga, membawa keseluruhan jumlah
kepada lebih daripada 65 juta orang.
Berdasarkan kiraan


Amerika Syarikat masih mendahului negara-negara lain dengan 70.2 juta
hektar, serta 90 peratus adopsi merentas semua tanaman.



Brazil menduduki tempat kedua untuk tahun kelima berturut-turut,
meluaskan hektar tanaman bioteknologi lebih daripada negara-negara lain – rekod
kenaikan yang menakjubkan, sebanyak 3.7 juta hektar atau 10 peratus daripada
tahun 2012.



Argentina mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan 24.4 juta hektar.



India, menggantikan Kanada di tempat keempat, mencatatkan rekod sebesar
11 juta hektar tanaman kapas bioteknologi dengan 95 peratus kadar adopsi.



Kanada berada di tempat kelima, dengan 10.8 juta hektar tanaman kanola.
Walaupun penanaman berkurang, namun kadar adopsi yang tinggi masih bertahan
pada 96 peratus.
Mengenai ISAAA:
The International Service for the Acquisition of Agri-biotech Applications (ISAAA)
adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan rangkaian pusat
antarabangsa yang bertujuan untuk membasmi kelaparan dan kemiskinan dengan
berkongsi pengetahuan dan aplikasi tanaman bioteknologi. Clive James, Pengerusi
Veteran dan Pengasas ISAAA, telah menjalani kehidupan dan bekerja keras selama
30 tahun di negara-negara membangun di Asia, Amerika Latin dan Afrika,
menumpukan usahanya kepada isu-isu penyelidikan dan pembangunan pertanian,
sambil memberi fokus kepada tanaman bioteknologi dan jaminan global bekalan
makanan.

http://www.majalahsains.com/status-global-mengenai-pengkomersilan-tanamanpengubahsuaian-genetik-gm/

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA
INDUSTRI PERTANIAN

Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor
pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan
teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus
dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam
negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja
organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat
menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan
kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan
bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk memakan buahbuahan tersebut.

Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil dengan
cepat dan mudah

Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman
juga merupakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan
kemudahan jentera mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di
samping menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan
kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah
kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan
jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil
tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.

Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu
hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan
teknologi,ramai petani menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu
burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada
tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos,masa
dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.

Apa yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan
teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam pertanian untuk
mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil pertanian lebih berkualiti dan
kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian
dalam negara kita.

Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan

tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh
kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak
dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang
pertanian.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/11352-kepentingan-sains-danteknologi-kepada-industri-pertanian-.html

Thursday, 15 September 2011

Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Sektor Pertanian
Perniagaan berteraskan Pertanian

Sektor pertanian menjanjikan pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan
secara serius.Dengan adanya teknologi yang berdaya saing, banyak peluang
dan kemudahan perniagaan dapat dijalankan secara lebih berkesan yang dapat
memenuhi kehendak industri. Teknologi banyak membantu
dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi
keperluan rakyat.

Sebuah rancangan TV iaitu Food Tech pernah menyiarkan
cara penanaman sayuran seperti bayam dijalankan secara meluas di
Ocean Mist Farm, California, Amerika Syarikat menggunakan teknologi
melalui program yang disebut ‘Traceability Programme’. Program ini
amat berkesan sekali di mana segala kemudahan seperti mesin
pembungkus, perlabelan dan

pengedaran diadakan serentak di ladang tersebut. Dalam sehari
mereka dapat melakukan tuaian untuk beberapa ekar tanah dan
menghasilkan lebih kurang 45,000 kotak sayuran bayam sehari.
Sayuran tersebut diikat, dikotakkan dan seterusnya diedarkan pada
hari yang sama. Kesemua kotak akan dilabelkan yang membolehkan
kita mengesan balik tempat penanaman sayuran yang tidak selamat
dimakan.

Sayuran yang sudah siap dikotak dan dilabelkan akan dibawa ke kilang untuk
ujian keselamatan. Sayuran tersebut akan di masukkan ke dalam penyejuk
‘hidro cooler’ iaitu ‘tube’di mana sampel air dari sayuran akan diambil untuk
dikaji. Ini adalah untuk memastikan sayuran selamat dari sebarang jenis
bakteria sebelum dapat di pasarkan.
Dengan adanya kemudahan sains dan teknologi segala kerja dapat
dipermudahkan selain dapat mempertingkatkan hasil dan kualiti tanaman
pertanian kita.

http://chickentravel.blogspot.my/2011/09/kepentingan-sains-dan-teknologidalam.html

KEBAIKAN & KEBURUKAN GMO
MAKANAN GMO ialah makanan yang telah melalui proses pengubahsuaian terhadap:
* sifat genetik mikro-organisma
* tumbuhan
* haiwan

Dengan memasukkan gen yang telah diubahsuai atau gen daripada jenis atau spesis yang lain.
Organisma yang diubahsuai genetik ini mugkin terdiri daripada mikro-organisma yang telah dicipta untuk
digunakan sebagai bio-racun makhluk perosak atau biji benih yang diubah secara genetik bagi menghasilkan
tanaman-tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan baik.

]] KEBAIKAN [[



Teknologi ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani dan kekurangan makanan di
sesetengah negara miskin.



Teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani ke tahap yang maksimem dan meningkatkan
pengeluaran tani di ladang.



Dapat membaiki kualiti tanaman yang dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius.



Kos tanaman yang lebih murah.



Masalah seperti kebuluran dapat diatasi dan harga makanan lebih murah.

]] KEBURUKAN [[



Walaupun teknologi ini mampu mengatasi masalah kekurangan makanan , namun ia tidak diterima
sepenuhnya di seluruh dunia dan mendapat tentangan banyak pihak terutamanya pejuang keselamatan
makanan.



Hasil daripada beberapa kajian yang dilakukan juga mendapati makanan ubahsuai genetik ini boleh
mengakibatkan beberapa kesan terutamanya dari segi jangka masa panjang pada sesiapa yang
memakannya termasuk haiwan dam manusia.



GMO boleh berpindah dari satu organisma ke organisma yang lain.



Genetik yang baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak disengajakan menyebabkan tumbuhan
yang selama ini disangka tidak memberi kesan kepada manusia menjadi tumbuhan beracun yang
memberi kesan tanpa dijangka.

* Kerajaan Malaysia menghalang produk pertanian GMO dari memasuki negara, ini untuk memastikan rakyat
Malaysia mendapat produk pertanian tanpa was-was di pasaran.

ANTARA CONTOH MAKANAN GMO.
# Tomato dengan jangka hayat segar lebih lama.
# Padi golden rice dengan kandungan vitamin yang lebih tinggi.
# Jagung yang rasa lebih manis.
# Kacang soya.
# Kentang.
# Tebu.
# Sayur-sayuran seperti sawi.

http://cikqiqicute.blogspot.my/2014/02/kebaikan-keburukan-gmo.html

Ubahsuaian genetik makanan punca
penyakit
Saintis Menulis
Oleh Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi
Keselamatan makanan menjadi se-makin penting terutama bagi makanan yang dipasarkan atau
dikomersialkan. Ini kerana terdapat perubahan dalam bidang sains yang lebih menekankan aspek
kesihatan, perubahan kepenggunaan dan penyediaan makanan serta meningkatnya kehendak
perdagangan antarabangsa dalam penghasilan makanan.
Meningkatnya keperluan dalam perdagangan makanan antarabangsa juga menyebabkan
pengusaha perlu meningkatkan lagi tahap keselamatan makanan yang dihasilkan. Untuk itu
piawai-piawai yang tertentu dicipta, perlu dipatuhi dan dilaksanakan bagi memastikan produk
yang dihasilkan diterima di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun perkembangan dan penggunaan teknologi dalam penghasilan makanan hari
ini semakin mencabar kedudukan keselamatan makanan yang dimakan, kerana teknologi dalam
bidang penghasilan makanan berkembang begitu cepat sekali tanpa belum sempat kajian-kajian
selanjutnya dilakukan. Lebih-lebih lagi hasil kajian berkaitan dengan makanan dan kesihatan
lazimnya memerlukan suatu jangka masa yang agak panjang untuk menampakkan hasilnya.
Jika kita lihat hampir kesemua produk yang dihasilkan melalui teknologi baru hari ini dikatakan
selamat untuk dimakan dan baik untuk kesihatan. Sejauh mana kebenaran ini sebenarnya menjadi
persoalan kepada kita semua, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpegang teguh kepada agama.
Sebenarnya makanan yang asli sama ada tumbuhan segar yang dikeluarkan dari perut bumi
ataupun haiwan yang memakan tumbuhan yang asli adalah tidak membahayakan kesihatan
manusia.

Tetapi yang menjadi masalah hari ini ialah berbagai teknik ke atas makanan menyebabkan
makanan itu menjadi tidak selamat lagi dan akhirnya mengganggu kesihatan.
Pengubahsuaian genetik yang dilakukan ke atas makanan sebenarnya telah pun menjadi
kontroversi sejak awal tahun 1990-an. Antara kontroversi yang berlaku terhadap makanan
termasuklah:
1. Pengklonan haiwan di ladang di Great Britain.
2. Insiden Bovine Spongiform Encepha-lopathy (BSE) atau penyakit lembu gila di Great Britain
awal 1990-an.
3. Kehadiran apa yang dipanggil sebagai teknologi terminator seed.
4. Keputusan oleh FDA untuk mengkelaskan makanan yang diradiasi dan makanan ubahsuaian
genetik sebagai makanan organik.
5. Berkaitan untuk mempatenkan beras Basmati serta kesan herbisid dan kerintangan serangga
kepada alam se-kitar.
6. Kes ketoksikan Bacillus thuringiensis (Bt) iaitu sejenis bakteria daripada tanah yang digunakan
pada jagung.
Kerintangan terhadap makanan ubahsuaian genetik yang berlaku di Great Britain timbul kerana
adanya penyakit lembu gila. Seterusnya berlaku juga pembahagian Salmonella yang akhirnya
menimbulkan keraguan terhadap peraturan keselamatan makanan yang ada pada masa kini.
Kerintangan ini telah diketengahkan dalam kajian yang kontroversi pada 1999 oleh ahli sains
dalam bidang makanan iaitu Arpad Pusztai dari Rowett Research Institute di Aberdeen, Scotland.
Dalam kajiannya, beliau menyatakan pertumbuhan tikus terbantut apabila tomato ubahsuaian
genetik diberikan kepada tikus .
Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27 April 2002, kajian telah dilakukan kepada ayam
dengan memberinya makan jagung yang telah diubahsuai iaitu T-25 dan jagung yang dihasilkan
secara konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam mati apabila diberi makan jagung T25. Keputusan ini telah pun diperoleh pada tahun 1996 tetapi telah diabaikan sehingga tanaman
tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk dipasarkan pada tahun tersebut. Jagung ini dihasilkan
untuk diberi makan kepada lembu yang diternak.
Manakala kajian lain yang dilakukan terhadap tikus yang diberi makan kentang transgenik yang
mengandungi gen Cry1 daripada Bt. variasi kurstaki strain HDI, didapati berlakunya kerosakan
pada usus tikus tersebut. Ini kerana ia terpaksa bekerja kuat untuk menghadamkan Bt Cry1.
Sebanyak 50 peratus sel pada ileum menjadi hipertropik.
Masalah yang kita hadapi hari ini ialah tiadanya label yang diletakkan bagi sesetengah produk
yang diubahsuai.
Seterusnya, kritikan terhadap kejuruteraan genetik semakin membimbangkan dan melibatkan
banyak persoalan. Patutkah ahli sains dibenarkan untuk melampaui batas-batas alam semula jadi
atau sempadan melalui pengklonan organisma, tumbuhan, haiwan, haiwan ternakan dan
kemungkinan juga ke atas manusia?
Patutkah bahan-bahan genetik dipindahkan daripada satu organisma kepada organisma yang lain,
kemungkinan manusia, haiwan, tumbuhan, bakteria atau virus. Patutkah manusia mengubah atau
menukar serta bersaing dengan alam semula jadi tanpa sebarang sebab?
Kebanyakan pihak pengkritik percaya, dengan menggunakan teknik pengubahsuaian genetik
untuk menghasilkan makanan manusia, ia boleh menyebabkan beberapa turutan yang tidak baik.
Contohnya seperti keselamatan dan kesihatan, etika, keagamaan, alahan, ketoksikan,
kekarsinogenan, dan perubahan terhadap kualiti nutrien dalam makanan termasuk keprihatinan
terhadap alam sekitar.
Adakah perlu semua ini diabaikan dalam kita mengejar untuk memperbaiki kualiti makanan,
meningkatkan penghasilan makanan dan memperbagaikan penghasilan pertanian dengan
menggunakan teknik pengubahsuaian genetik.
Kritikan ini akhirnya akan menyentuh pula beberapa isu lain seperti:
1. Hak-hak pengguna untuk mengetahui apakah yang terkandung di dalam makanan yang mereka
beli.

2. Hak bagi setiap negara untuk mengadakan piawaian.
3. Hubungan antarabangsa di antara syarikat-syarikat, ahli-ahli sains, petani dan pembuat dasar
kerajaan.
4. Kesan tanaman ubahsuaian genetik ke atas kepelbagaian biologi.
5. Kemungkinan berlaku kesan negatif tanaman ubahsuaian genetik ke atas keselamatan bekalan
makanan
6. Kemungkinan tersebarnya kerintangan terhadap antibiotik kepada manusia dan haiwan
ternakan.
7. Berlakunya kerintangan serangga kepada toksin tanaman ubahsuaian genetik.
8. Kesan ekologi ke atas pertumbuhan makanan ubahsuaian genetik.
Bagaimanapun adalah sukar untuk menentukan sama ada makanan tersebut dihasilkan secara
pengubahsuaian genetik atau dihasilkan secara konvensional. Ini kerana sesetengah juzuk
misalnya yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan, ada yang akan melalui proses penulenan
seperti sukros dan minyak sayuran.
Dikatakan proses penulenan ini akan memusnahkan atau mengeluarkan bahan genetik dan
protein yang terkandung di dalam juzuk makanan tersebut. Di peringkat akhir, apabila bahan
makanan telah siap, makanan tersebut tidak lagi terubahsuai dan ia sukar untuk dibezakan
dengan makanan yang terhasil secara konvensional.
- Petikan kertas kerja Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Jabatan Pengajian Sains dan
Teknologi, Universiti Malaya yang dibentang dalam Muzakarah Pakar: Makanan Ubah Suai
Genetik (GM Food) - Satu Perspektif Islam di Institut Kefahaman Islam Malaysia semalam.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz49wkFae6t
© Utusan Melayu (M) Bhd

Organisma terubah suai secara genetik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Organisma terubah suai secara genetik (genetically modified organism atau GMO)
adalah organisma yang bahan genetiknya telah diubahsuai dengan menggunakan teknik, dalam
bidang genetik, biasanya dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA. Teknologi
penyatuan semula DNA adalah keupayaan untuk mengabung molekulDNA daripada pelbagai
sumber menjadi satu rantaian molekul dalam tiub pengujian. Dengan itu, keupayaan
atau phenotaip organisma itu, atau kandungan protein yang dihasilkannya, boleh diubah melalui
penukaran gennya.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Organisma_terubah_suai_secara_genetik

Tanaman transgenik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanaman transgenik adalah tanaman yang telah dimasukkan atau memiliki gen asing
dari spesies tanaman yang berbeza atau makhluk hidup lain.[1][2] Penggabungan gen asing ini

bertujuan untuk mendapatkan tanaman dengan sifat-sifat yang diinginkan, [1] contohnya
pembuatan tanaman yang tahan suhu tinggi, suhu
rendah,kemarau, ketahanan terhadap organisme pengganggu tanaman, serta kuantiti dan kualiti
yang lebih tinggi daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi. [1] Sebahagian besar kejuruteraan atau
pengubahsuaian sifat tanaman dilakukan untuk mengatasi keperluan makanan penduduk dunia
yang semakin meningkat dan juga permasalahan kekurangan nutrien manusia[3] sehingga
pembuatan tanaman transgenik juga menjadi sebahagian daripada pembiakan tanaman.
Kewujudan tanaman transgenik menimbulkan kontroversi masyarakat dunia kerana sebahagian
masyarakat bimbang apabila tanaman tersebut akan mengganggu keseimbangan alam sekitar
(ekologi), membahayakankesihatan manusia, dan memberi kesan kepada ekonomi global.[4][5]

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanaman_transgenik

Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya
dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai
dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk
menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil
pertanian. Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu
sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hail tanaman yang
lebih bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti
bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih
berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil
tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan
bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk
memakan buah-buahan tersebut. Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan
jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merpakan kemudahan yang
kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera
mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping
menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan
kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses
padi.Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera
memproses padi memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin
bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan
berkuantiti banyak. Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan
dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika
dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani
menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu
burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan
pada tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat
menjimatkan kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman. Apa
yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh
sains dan teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi
dalam pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini,
hasil pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah
pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita.
Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk
yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga
mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian

memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak dari tahun ke
tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang
pertanian.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Oleh : Nur Izzah Bt Manan (6A2-2009)
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Tanaman GM adalah makanan tanaman yang telah diubah secara genetik. Ilmuwan
memasukkan gen tertentu ke dalam tanaman untuk menciptakan hasil-hasil tertentu pada
tanaman muda seperti jagung yang resisten terhadap jamur, atau tanaman yang kebal terhadap
efek gulma pembunuh semprotan seperti Round-Up.

http://www.internetdict.com/id/answers/what-are-gm-crops.html

MAKANAN UBAH SUAI GENETIK: ADAKAH IA SELAMAT UNTUK MANUSIA?
WRITTEN BY ADMINISTRATOR
TUESDAY, 16 NOVEMBER 2010 12:13

Pembangunan teknologi dalam kejuruteraan genetik membolehkan saintis mencipta
organisma dengan sifat yang diingini di dunia. Sebagai contoh, saintis boleh mengasingkan gen daripada obor-obor, dan
memasukkan gen yang boleh menghasilkan protein flurosen ke dalam badan ikan zebra dan seterusnya menjadikan ikan
zebra
bersinar-sinar
dalam
keadaan
gelap.
Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuruteraan
genetik berbeza daripada pembiakan tradisional yang gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuruteraan genetik
menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri-ciri gen secara
langsung.
Kejuruteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu
diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu
maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain.
Kejuruteraan genetik telah menerobos sempadan spesis dan menghasilkan organisma hidup yang tidak akan wujud secara
semula jadi. Organisma yang dicipta dengan pengubahsuai gen ini digelar Organisma Ubah suai Genetik (Genetically
Modified
Organism

GMO).
Makanan ubah suai genetik (Genetically modified foods – GMF) merupakan makanan yang dihasilkan daripada organisma
ubah suai genetik dengan mengubah gen tumbuhan atau ternakan untuk tujuan yang tertentu.
Gen diubah suai untuk tujuan ekonomi, yang biasanya untuk menghasilkan tanaman tahan racun perosak, virus, serangga,
meningkatkan jangka hayat, meningkatkan pengeluaran ataupun meningkatkan nilai nutrien tanaman dan ternakan.
Contoh yang biasanya kita dapati adalah padi emas. Padi emas akan menghasilkan beta-karoten, badan manusia
memerlukan beta-karoten untuk menghasilkan Vitamin A. Vitamin A diperlukan untuk mengekalkan penglihatan yang jelas.
Oleh sebab gen yang menghasilkan beta-karoten bersifat jingga dan kekuningan, maka padi yang tumbuh mempunyai
warna
kekuningan
dan
digelar
padi
emas.
Padi emas dihasilkan dengan mengasingkan daripada gen bakteria (gen crt1) dan daffodil (gen phytoene synthase),
seterusnya gen yang terasing ini dimasukkan ke dalam genom padi melalui kejuruteraan genetik.
Selain daripada padi emas, banyak lagi makanan ubah suai genetik yang wujud di pasaran. Misalnya, gen insulin manusia
dimasukkan ke dalam sesetengah ternakan agar insulin tiruan dapat dihasilkan dan diekstrak untuk kegunaan manusia; gen
ikan dimasukkan ke dalam tomato agar tomato menahan musim sejuk, gen bakteria dimasukkan ke dalam jagung bagi
membolehkan
jagung
tersebut
tahan
racun
perosak
atau
perosak
semula
jadi.
Kemajuan sains dan teknologi merupakan satu anjakan dalam kemodenan dunia hari ini. Penggunaan bioteknologi sebagai
alat
pemacu
kemajuan
dapat
mengubah
sifat
semua
jadi
makanan
untuk
keizinan
manusia.
Walaupun makanan ubah suai genetik semakin hari semakin popular di pasaran, tetapi tiada bukti yang kukuh bahawa
makanan ubah suai genetik adalah selamat. Kebanyakannya tidak dilabel ataupun diuji untuk risiko jangka masa panjang.
Tanpa
ujian
tersebut,
para
pengguna
akan
terdedah
kepada
risiko
yang
tidak
diketahui.
Ternakan atau tanaman ubah suai genetik adalah benda yang hidup bukan secara semula jadi. Jika ia merebak dan
membiak ke alam sekitar semula jadi, maka ia tidak boleh ditarik balik dan akan mencemarkan dan memusnahkan
ekosistem
semula
jadi.
Sebagai contoh, dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang saintis daripada Jabatan Zoologi di University of
Gothenburg, Sweden, beliau mendapati bahawa ikan ubah suai genetik, walaupun berupaya membiak dengan cepat dan
melawan toksik di alam sekitarnya, tetapi hormon pertumbuhan yang tinggi akan terhasil dan bahan toksik akan terkumpul di
dalam badannya. Seterusnya hormon dan toksik yang terkumpul ini akan disalur kepada pengguna akhir, yang biasanya
adalah
manusia!
Di Malaysia, Akta Biokeselamatan telah diwartakan pada tahun 2007. Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan telah
ditubuhkan di bawah Akta ini. Fungsi utama Lembaga ini untuk memantau aktiviti yang berkaitan dengan organisma ubah
suai genetik dan hasilan organisma atau makanan yang seumpamanya. Lembaga ini juga berfungsi untuk memberikan
nasihat
saintifik,
teknikal
dan
nasihat
yang
berkaitan
kepada
Menteri.
Kesimpulannya, aktiviti tentang organisma ubah suai genetik di Malaysia adalah di bawah pengawasan Lembaga
Biokeselamatan Kebangsaan. Oleh itu, diharap badan ini dapat memastikan keselamatan pengguna dapat terjamin.

Sam
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Wong

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan/492makanan-ubah-suai-genetik-adakah-ia-selamat-untuk-manusia

 
GMO Tanaman
            Baiklah kita mulai dengan GMO tanaman. GMO tanaman dibuat dengan berbagai tujuan,
antara lain : (1) untuk memperpanjang umur simpan produk tanaman, (2) ketahanan tanaman 
terhadap hama dan penyakit, (3) ketahanan terhadap lingkungan yang keras, (4) untuk 
meningkatkan kualitas produk dengan meningkatkan nilai nutrisi dan (5) untuk memperoleh 
produktivitas yang lebih tinggi melalui umur tanam yang lebih pendek atau produksi yang lebih 
tinggi. Tujuan­tujuan ini lebih aplikatif untuk kelompok tanaman pangan. Pada perkembangannya
diarahkan juga pada tanaman obat (pharmacrops) yang ditujukan untuk menghasilkan obat­
obatan (pharmaceuticals) dan bahan kimia untuk industri (industrial chemicals); akan tetapi 
untuk kelompok yang kedua ini belum ada yang sudah dikomersilkan. GMO tanaman pertama 
yang disetujui untuk dijual di Amerika adalahFlavrSavr tomato, yang bertujuan untuk 
memperoleh umur simpan yang lebih lama.
            Pada tahun 2003, jumlah tanaman transgenic atau GMO di Amerika Serikat mencapai 
63% dari jumlah yang ada di dunia. Dari sejumlah itu 81% tanaman kedele, 73% tanaman kapas 
dan 40% tanaman jagung. Institusi yang bertanggung jawab untuk itu 
adalah USDA, EPA dan FDA.
            Pada prinsipnya dalam dunia pertanian harus terpikirkan langkah­langkah yang dapat 
memenuhi kebutuhan utama untuk kelanggengan ketersediaan pangan. Teknologi rekayasa 
GMO, khususnya, digabung dengan pengembangan bidang lain, harus digunakan untuk 
meningkatkan produksi bahan pangan pokok, memperbaiki efisiensi produksi, mengurangi 
dampak negatif lingkungan, dan memberikan akses penyediaan pangan bagi petani kecil.

Pernahkah anda mendengar istilah GMO's? bagi mereka yang mengamalkan
pemakanan kesihatan dari makanan tambahan SHAKLEE pernah mendengarnya.
GMO's adalah sebutan penuh kepada Genetically modified organismsatau
'pengubahsuaian organisma secara genetik' adalah bermaksud pengubahan
genetik sesuatu organisma kepada bentuk baharu dengan cara mengeluarkan
satu gen atau lebih gen terhadap DNA organisma lain seperti bakteria, virus,
binatang atau tumbuhan dan menggabungkannya ke dalam DNA tumbuhan yang
hendak diubahsuai. Sesetengah vaksin di hospital juga adalah hasil dari
kejuruteraan genetik. Sebab itu kadang-kadang kita perlu menandatangani surat
akuan setuju jika menyuntiknya terutama di sekolah untuk anak-anak kita
APAKAH TUJUAN TEKNOLOGI GMO's?

Tujuannya adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan
makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk
mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti.
APAKAH NEGARA PENGELUAR MAKANAN/TANAMAN GMO's?

Negara Amerika Syarikat adalah negara pengeluar tanaman berasaskan GMO's
terbesar dunia dalam pengeluaran tanaman khususnya kacang soya dan jagung
manis. Mosanto merupakan salah satu syarikat pengeluar tanaman GMO's
terbesar di USA. Negara Filipina juga berkecimpung dalam penciptaan beras
GMO's yang dipanggil 'Golden rice'
TEANGKAN SECARA RINGKAS BAGAIMANA SAINS KEJURUTERAAN MAKANAN INI BERFUNGSI?

Pengubahsuaian organisma secara genetik ini adalah satu kaedah yang mana
mengambil atau mengeluarkan satu atau lebih gen dari organisma hidup yang
lain dan digabungkan ke pada gen DNA organisma yang ingin diubahsuai.
Contohnya, Ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan
gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis atau singkatannya
Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi
gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit. Apabila pokok ini
ditanam di ladang atau kebun. Gen Bt sebagai satu novel protein dengan cepat
bertindak membunuh serangga yang memakan buah jagung tersebut dengan
membebaskan kimia racun sendiri pada dirinya. Dengan itu, pokok jagung sihat
tanpa gangguan makhluk perosak. Bukan itu sahaja, serangga pendebunga
seperti lebah juga terkesan sama.
Satu masalah besar mengenai pengubahsuaian genetik ini adalah dalam proses
memasukkan gen ke dalam DNA tanaman secara rawak, para saintis tidak
mengetahui ke mana gen-gen itu pergi atau tidak diketahui jejaknya. Ini boleh
menjejaskan fungsi kepada gen yang lain dan mencipta novel protein yang tidak
wujud sebelum ini dalam tanaman. Ia juga menghasilkan toksik penyebab alergik
dalam makanan.
Kita juga sangat mustahil mengetahui apakah item-item atau bahan-bahan yang
digabungkan ke dalam gen tumbuhan yang ingin diubahsuai. Tidak ada
spesifikasi jelas yang boleh dijadikan ukuran tentang penggabungan gen-gen
yang berbeza ini.
APAKAH TUMBUHAN ATAU TANAMAN YANG SERING DIWUJUDKAN MELALUI GMO's?

Antara tanaman yang diwujudkan melalui kejuruteraan genetik ini ialah:












Kacang soya
Jagung manis
Alfalfa
Canola
Kapas
tomato
squash
Kentang
pokok padi (Filipina)
Terung
Dan sebagainya
APAKAH KESANNYA PRODUK GMO's KEPADA KESIHATAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR.

Secara alami tumbuhan membiak dengan cara pendebungaan semulajadi bagi
kelangsungan tumbuhan itu terus hidup di muka bumi. Alih-alih zaman kini,
berlaku pembiakan menerusi perbezaan kelompok geologikal yang tidak pernah
berlaku sebelum ini, ia sangat luar biasa dan pelik. Banyak kajian-kajian yang
telah dibuat oleh saintis di serata dunia mengenai keburukan makanan GMO's.
GMO's mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan, komuniti,
pekebun/peladang
dan
juga
alam
sekitar
antaranya
ialah:
1. Kesan alahan pada tubuh badan. Apabila protein yang terjejas/rosak
memasuki tubuh badan kita, ia akan stimulate kepada imunisasi tubuh badan
menyebabkan alahan berlaku. Hal ini berlaku dalam kejuruteraan makanan yang
mana mengabungkan mana-mana bahan gen melalui sesuatu yang
mengakibatkan alahan pada seseorang manusia. Kira-kira 3% kanak-kanak dan
2% remaja di USA mengalami alahan terhadap makanan keluaran dari GMO's
(Bakshi:2003)
2. Peningkatan toksik pada makanan. Kebanyakan tumbuhan adalah bertoksik
kepada manusia, banyak makanan yang dimakan oleh kita mempunyai toksik
tersendiri tetapi dalam tahap rendah yang tidak mengganggu kepada kesihatan.
Menerusi GMO dikhuatiri apabila mengabungkan gen organ