Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar

PPI-UTM TESIC 2013
Technology, Education, and Science International Conference (TESIC)

Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
(Satu Tinjauan Awal)
KhairulHasni Abdul Kadir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600, Selangor, Malaysia

Abstract
This study was conducted to assess the level of ICT skills among the students of a secondary school in the district of Hulu
Langat. A total of 50 students were boy and girl were involved in this study. Descriptive statistics and t-test method was used to
analyze the findings. This study shows that the level of their ICT skills to use the internet and computers is at moderate level, and
for mobile applications in access and download information at a high level. The analysis also showed no significant difference in
the level of students' ICT skills between boy and girl respondents. This indicates, ICT skills among students has shown positive
development and a paradigm shift for teachers to integrate ICT in teaching and learning in schools.
Keywords: ICT skills; ICT facilities; Students and ICT;
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kemahiran ICT di kalangan pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah di Daerah Hulu
Langat. Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif
dan kaedah ujian-t telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran ICT
mereka untuk penggunaan internet dan komputer adalah sederhana, dan untuk aplikasi telefon bimbit dalam mengakses dan muat

turun maklumat adalah pada tahap tinggi. Analisis juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi tahap pelajar
terhadap kemahiran ICT di antara responden lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan, kemahiran ICT di kalangan pelajar sudah
menunjukkan perkembangan yang positif dan memberi satu anjakan paradigma kepada guru-guru untuk mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Keywords: Kemahiran ICT; Kemudahan ICT;Pelajar dan ICT;

1. Pengenalan
Proses globalisasi dan perindustrian telah memberikan kesan sama ada positif atau negatif ke atas gaya kehidupan di
alaf 21 ini. Ia telah menjadikan dunia moden kini dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
sebagai medium dalam proses kehidupan termasuklah bidang pendidikan. Kemajuan pendidikan di negara Malaysia
juga semakin dipengaruhi oleh penggunaan ICT dalam proses P & P, sehubungan itu, setiap murid perlu dibekalkan
dengan segala kemahiran yang ada melalui pendekatan ICT bagi bagi melahirkan generasi muda yang
berketrampilan agar mampu bersaing di peringkat global.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang
akan melaksanakan anjakan ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran (KPM 2012).
Antara perancangan yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan akes internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada
penghujung tahun 2013. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan, terutamanya dalam mata pelajaran yang berasaskan pelbagai konsep yang abstrak.


KhairulHasni Abdul Kadir. Tel.: +60-012-353-1605
E-mail address: khairulhasni@siswa.ukm.edu.my

Menurut Oldham (2003), penggunaan ICT berupaya menunjukkan konsep abstrak secara visual dan seterusnya
membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan menggunakan model, simulasi, permainan, video dan
penjelajahan multimedia. Begitu juga dalam pendidikan subjek sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik, guru-guru
sains berpotensi dalam membangunkan pembelajaran menggunakan ICT dengan cara yang berkesan ke arah usaha
untuk meningkatkan pemahaman pelajar (Val Oldham 2003). Hasil kajian oleh Hamzah dan rakan-rakan (2010)
bagi penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidikan Islam, menunjukkan sebilangan besar pelajar (melebihi 70%)
bersikap positif terhadap penggunaan komputer dan berpeluang menggunakannya untuk mempelajari subjek ini.
Penggunaan e-pembelajaran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam institut pendidikan telah
berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. E-pembelajaran (E-learning) merupakan
kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ia menggunakan semua media elektronik, termasuk
Internet, rangkaian, audio / video, pita, dan CD-ROM (Thanakorn Wangpipatwong 2009). Kemunculan Epembelajaran 2.0 pula menggambarkan beberapa perkembangan, trend dan pandangan, yang memerlukan perubahan
dari pengajaran kepada pembelajaran. Ciri-ciri E-learning 2.0 ialah menggunakan perisian sosial dan pembelajaran,
yang boleh digabungkan keperluan individu di mana pembelajaran dan penyertaan saling berhubung. Malah, Epembelajaran Web 2.0 boleh digunakan untuk membangunkan hasil pembelajaran dengan cara kerjasama dan
komunikasi, menyusun persekitaran pembelajaran mengikut cita rasa sendiri dan memahami keseluruhan internet
sebagai sumber pembelajaran (Ehlers, 2009). Teknologi multimedia memainkan peranan yang penting bgi
membantu pelajar memahami konsep-konsep yang sukar serta bersifat abstrak (King-Dow Su, 2008). Ia telah
banyak digunakan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang efektif. Malah penggunaannya mampu

meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari, sebagai contohnya dalam tajuk Elektrokimia
(Tien Tien Lee & Kamish Osman 2012).
Oleh itu, kajian tinjauan awal ini dilakukan untuk melihat tahap kemahiran ICT, amalan dan tujuan penggunaan
internet seperti untuk berkomunikasi, berhibur dan mencari maklumat. Ia juga ingin mendapatkan maklumat
berkaitan kemahiran penggunaan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan (multi-tasking) sama ada untuk
berkomunikasi, bermain game atau memuat turun/naik bahan, kekerapan melayari internet dan melihat perbezaan
tahap kemahiran ICT di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.
Kajian tinjauan awal ini dilakukan dengan tujuan untuk :
i.
Melihat tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan pelajar sekolah
menengah dan
ii.
Melihat hubungan antara tahap kemahiran ICT dengan jantina pelajar
2. Metodologi Kajian
Penyelidikan yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan jangka pendek. Pengumpulan data ialah dengan
menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden.
2.1. Populasi dan sampel kajian
Kajian tinjauan awal ini melibatkan sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor.
Satu set soal selidik untuk mengukur tahap kemahiran mereka dalam penggunaan ICT telah diedarkan kepada
mereka. Seramai 50 orang pelajar berumur di antara 13-19 tahun telah dipilih secara rawak bagi menjawab soal

selidik tersebut. Soal selidik yang mengandungi item dan dikategorikan kepada lima, iaitu bahagian Bahagian A
melibatkan tiga demografi, Bahagian B mengandungi 6 item berkaitan kemudahan ICT, Bahagian C mengandungi 6
item berkaitan kemahiran menggunakan internet, Bahagian D mengandungi 5 item berkaitan kemahiran
menggunakan perisian komputer, Bahagian E mengandungi 5 item berkaitan kemahiran menggunakan telefon dan
Bahagian F mengandungi 5 item berkaitan tujuan penggunaan internet. Terdapat 3 soalan berkaitan penggunaan
internet iaitu sikap, kekerapan melayari internet dan bilangan akaun laman sosial.

2

2.1.1. Kebolehpercayaan Instrumen
Nilai alpha yang diperoleh bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen soal selidik bagi mengukur kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi ialah 0.850. Ini bermakna instrumen boleh diterima dan diguna pakai dalam
tinjauan awal ini.
3. Dapatan Kajian
Data demografi menunjukkan responden perempuan seramai 23 orang (50%), manakala responden lelaki seramai
23 orang (50%). Taburan umur responden yang terlibat dalam tinjauan kajian ini berumur antara 13 hingga 15 tahun
dengan 23 orang atau 50% dan diikuti dengan responden yang berumur antara 16 hingga 19 tahun dengan 23 orang
atau 50%. Seterusnya bangsa responden terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain dengan bilangan
responden berbangsa Melayu tertinggi iaitu seramai 31 orang atau 62%, di mana majoriti responden kajian adalah
dari bangsa Melayu. Kebanyakan responden mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

sama ada di rumah atau di sekolah. Peratus yang tinggi iaitu 96% menunjukkan responden memiliki komputer di
rumah dan 92% pula mempunyai sambungan interent di rumah. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan
kemudahan ICT sudah semakin meluas digunakan sama ada di sekolah atau di rumah.
Jadual 1. Tahap Kemahiran ICT
Kemahiran-kemahiran ICT

Min

Sisihan Piawai

Kemahiran Menggunakan internet (C)
Membuka laman sosial (cth; facebook/twitter)
Mencari maklumat menggunakan enjin pencari
Menghantar e-mail
Memuat turun/naik bahan menggunakan internet
Membuka laman web berkaitan pembelajaran
Membuat blog
Jumlah

3.68

3.54
3.18
3.18
3.00
2.42
3.17

0.513
0.646
0.825
0.873
0.881
1.162
0.581

Kemahiran Menggunakan Komputer (D)
Menggunakan perisian microsoft word
Menggunakan perisisan excel
Membuat folder baru
Mengubah format jenis fail (cth;bmp, jpeg)

Menggunakan CD perisian pembelajaran
Jumlah

3.24
2.70
3.56
2.68
2.68
2.97

0.744
0.974
0.675
0.913
1.133
0.648

3.78
3.78
3.58

3.46
3.30

0.465
0.507
0.810
0.706
0.909

3.58

0.522

Kemahiran Menggunakan Telefon bimbit (E)
Menghantar SMS/MMS
Bermain game
Menetapkan aplikasi wifi
Menggunakan wifi/internet prepaid
Memuat turun/naik bahan daripada internet
Jumlah


Berdasarkan Jadual 1 di atas, bagi kemahiran menggunakan internet, didapati kebanyakan responden mampu
menguasai kemahiran membuka laman sosial (min 3.68), mencari maklumat (min 3.54), menghantar e-mail (min
3.18), memuat turun/naik fail (min 3.18) dan membuka laman web pembelajaran (min 3.00). Responden didapati
3

kurang mahir dalam membuat blog (min 2.42), ini mungkin mereka belum mendapatkan pendedahan secara formal
dalam membina blog. Untuk kemahiran menggunakan perisian dalam komputer pula, responden menguasai
kemahiran menggunakan perisisan microsoft word (min 3.24) dan membuat folder baru (min 3.56). Walau
bagaimanapun, responden masih kurang dalam menggunakan perisian excel (min 2.70), mengubah format jenis fail
(min 2.68) dan menggunakan CD perisian pembelajaran (min 2.68), ini mungkin kerana kurangnya pendedahan
terhadap penggunaan tersebut dalam pembelajaran. Seterusnya ialah kemahiran menggunakan telefon bimbit
(smart phone) di mana semua responden menguasai kesemua kemahiran ini iaitu, menghantar mesej pesanan
ringkas (min 3.78), bermain game (min 3.78), menetapkan aplikasi wifi (min 3.58), menggunakan wifi/internet
prepaid (min 3.46) dan memuat turun/naik bahan daripada internet (min 3.30). Perhatian yang perlu diambil penting
mengenai skor tahap kemahiran ialah seperti berikut, skor 4.5 – 5.0 menunjukkan tahap kemahiran ICT yang sangat
tinggi, skor 3.5 – 4.4 mencerminkan tahap kemahiran yang tinggi, skor 2.5 – 3.4 menunjukkan tahap sederhana, skor
sebanyak 1.5 – 2.4 menandakan rendah tahap kemahiran, dan nilai yang kurang daripada 1.4 menunjukkan hampir
tidak ada kemahiran ICT (Irfan & Noor Afidah, 2012).
Jumlah min keseluruhan responden berada pada tahap sederhana bagi kemahiran menggunakan internet (min

3.17) dan kemahiran menggunakan komputer (min 2.97). Manakala kemahiran menggunakan telefon bimbit (smart
phone) pula adalah pada tahap yang tinggi (min 3.58). Secara keseluruhannya, semua responden mempunyai
kemahiran terhadap penggunaan ICT di mana jumlah skor min melebihi 1.4 bagi skor tiada kemahiran ICT. Ini
menunjukkan pelajar sudah celik ICT dan berupaya menggunakan kemahiran mereka jika ICT dapat diintegrasikan
dalam P&P, malah ia dapat membantu pelajar menjadi lebih baik (Hamzah et al, 2010). Untuk tujuan penggunaan
internet oleh responden mencatatkan min tertinggi bagi tujuan untuk berhibur (3.36) diikuti untuk mendapatkan
maklumat (min 3.20) dan untuk berkomunikasi melalui laman sosial (min 3.12). Manakala min terendah bagi tujuan
penggunaan internet ialah bermain game (min 2.38) dan pembelajaran (min 2.28).
Responden juga ditanya mengenai peningkatan sikap baik terhadap penggunaan internet, 13 orang atau 56.52%
responden lelaki bersetuju menyatakan bahawa penggunaan internet menjadikan sikap mereka semakin baik
manakala 7 orang atau 25.92% bagi responden perempuan. Bagi yang tidak bersetuju pula, didapati 2 orang atau
8.70% daripada responden perempuan dan 3 orang atau 11.11% adalah responden lelaki.
Bagi bilangan akaun laman sosial yang dimiliki oleh setiap pelajar, didapati peratus tertinggi adalah daripada
responden perempuan (13 orang atau 48.15%) yang mempunyai dua akaun laman sosial, manakala untuk tiga akaun
laman sosial, responden lelaki mencatatkan peratus sebanyak 26.09% ( 6orang) iaitu melebihi responden
perempuan (4 orang atau 14.81%). Ini menunjukkan bahawa majoriti responden mahir dalam tujuan komunikasi
dalam rangkaian laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter dan ini bukanlah merupakan satu benda yang
baharu kerana e-pembelajaran Web 2.0 lebih bercirikan interaktif, kolaboratif dan reflektif (Ehlers 200).
Keputusan ujian-t dijalankan bagi menentukan perbezaan kemahiran ICT antara pelajar lelaki dan perempuan.
Keputusan ujian-t sampel bebas menunjukkan nilai p>0.05 iaitu 0.595. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan

kemahiran ICT antara pelajar lelaki dan perempuan, t(48)= -0.536, p>0.05). Maka, tahap kemahiran penggunaan
ICT boleh dikuasai oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, tiada masalah berkenaan
jantina dalam penggunaan ICT, ini selari dengan dapatan oleh Irfan & Noor Afidah (2012) dalam kajiannya di empat
buah sekolah menengah di utara Semenanjung Malaysia
4. Kesimpulan
Pengaruh ICT telah banyak memberikan kesan dalam pendidikan, di mana pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik dengan penggunaan ICT. Berdasarkan kajian tinjauan awal yang dilakukan menunjukkan pelajar
mempunyai kemahiran ICT pada tahap mampu menguasainya. Prasarana ICT juga sudah mula dikembangkan
terutamanya di kawasan bandar, di mana asas ICT akan terus dipertingkatkan menerusi Gelombang 1 (2013 – 2015)
dalam PIPP bagi memastikan infrastruktur ICT sentiasa tersedia di seluruh sistem (PIPP 2013 - 2025). Antara
keutamaan yang akan diberi ialah memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan ICT,
menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi
perkhidmatan ICT dan memastikan semua guru mempunyai kompetensi asas dalam ICT. Selain daripada itu,
kurikulum kebangsaan juga memainkan peranan penting ke arah melaksanakan strategi bagi menjalankan berkaitan
ICT seperti yang disarankan oleh Claro dan rakan-rakan (2012) dalam kajian mereka. Justeru, melalui hasil dapatan
4

tinjauan awal ini akan dapat membantu guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam P & P mereka, malah proses
pengintegrasian ini memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia satu proses yang berterusan (Nor Izah & Norazah,
2008).
Rujukan
Claro, M., Preiss, David D., Ernesto S.M., Jara, I., J. Enrique, H., Susana, V., Flavio, C & Nussbaum, M. (2012).
Assessment of 21st century ICT skills in Chile: Test design and results from high school level students.
Computers & Education, 59(3): 1042-1053.
Ehlers, U. D.( 2009). Web 2.0 – e-learning 2.0 – quality 2.0? Quality for new learning cultures. Quality Assurance
in Education, 17(3), 296–314.
Hamzah, M.I., Embi, M.A & Ismail, A. (2010). ICT and Diversity in Learners’ Attitude on Smart School Initiative.
Procedia - Social and Behavioral Sciences7:728-737.
Kementerian Pelajaran Malaysia. ( 2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Lee, T.T. & Osman K. (2012). Interactive Multimedia Module in the Learning of Electrochemistry: Effects on
Students’ Understanding and Motivation. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 46: 1323-1327
Mohd Salleh N.I & Mohd Nordin N. (2008). Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Isu dan
Cabaran dalam Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan, Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Editor: Norazah
Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. Karisma Publication Sdn.Bhd. Selangor.
Oldham, Val. (2003). Effective use of ICT in secondary science: guidelines and case studies. School science review,
84: 53-60.
Su, King-Dow. (2008). An integrated science course designed with information communication technologies to
enhance university students’ learning performance. Computers & Education, 51(3): 1365-1374.
Thanakorn Wangpipatwong & Borworn Papasratorn. (2009). The Influence of Constructivist E-Learning System
on Student Learning Outcomes in Information Communication Tecnologies for Enhanced Education and
Learning. Lawrence Tomei. Information Science Refernce. United States of America.
Umar, I. N., & Jalil, N. A. 2012. ICT Skills, Practices and Barriers of Its Use Among Secondary School Students.
Procedia - Social and Behavioral Sciences, 46, 5672–5676.

5