PROPOSAL TANAMAN JAGUNG DAN. docx

Panduan Penanaman Jagung Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman,
Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Harizamry's Secara Ringkas Proses Penanaman Jagung.
Pemilihan Kawasan - Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air
dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan. - Kawasan janganlah
berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk
yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar. Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya
tanah bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi
semusim sekali. - Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk
mengangkut keluar jagung.
Pemilihan Benih - Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat
permintaan di pasaran. Antara jenis yang popular ditanam ialah: a. jagung
manis (mas madu), b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu
racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan batang pun dimakan ulan
sebab rasanya sangay manis, c. jagung korea – kini ditanam oleh
kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain. d. Jagung
hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan
panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).
Bantuan Jabatan Pertanian - Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan
Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja,
racun dan juga pembajakan (jika ada). - Ataupun cuba cari pihak yang

boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat dijual.
Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara
kredit. Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong
setengah). Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung
pastinya perlu tahu secara kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh
diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1
relong setengah).
Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok
jagung dengan anggaran pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu
tongkol (purata 35sen setongkol), Gred B sebanyak 5 ribu tongkol (20sen
setongkol) dan selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah
= RM4,500 untuk semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70
hari). Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500
Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000 Jagung
Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga Jumlah = RM4,500 Kos yang terlibat
ialah: Benih 3 beg x RM50 = RM150 Traktor = RM100 (membajak dan buat
batas) Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)
Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat) Sewa tanah (jika ada) =
RM150 (seekar) Kos buruh = RM200 (jika perlu) Jumlah kos = RM1,000


Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan
baja dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan
berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga.
Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos Pendapatan
Kasar = RM4,500 Kos = RM1,000 Pendapatan Bersih = RM3,500 Dalam
setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam
jagung 4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x
RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu
memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan
dibincangkan kemudian.
Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu
dibajak. Ini adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan.
Proses Kerja - Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu. Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor. - Menyemai
benih jagung di dalam tray. Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk
menyemai benih jagung ataupun apa-apa tanaman yang sesuai. Kos satu
tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji
benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray. Kos
satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2
biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram

sebaliknya tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang
berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try.
Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta
siram sedikit sahaja. Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga,
siram setiap hari. Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput
di batas yang telah dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas,
rumput sudah tiada. Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke
batas tanaman. Batas Jagung - Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan
ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak
antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan
tepi batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.
Pembajaan awalan. Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu
diberi baja awalan – iaitu kita meletak beberapa biji baja ditepi perdu
pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung kerana ia
akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan
masukkan baja ke dalam lubang tersebut.
Pembajaan seterusnya 1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan
menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper
satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan. Kebiasaan yang
dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja campuran

NPK (jika ada baja padi lagi bagus), dan baja garam. Semua baja itu
digaulkan dan diletakkan dalam lubang ditengah-tengah pokok.

Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau
dalam gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam
lubang kemudian timbus. Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu
ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan pokok supaya tidak
tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi
perlu pokok.
Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu
diberikan seperti baja urea ataupun baja garam.
Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak
perlu diberikan. Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini
akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning.
Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air
maka perlu berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan
sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku
akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.
Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok
kurang baja atau sekadar nak tambah kesuburan.

Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di
bahagian perdu dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas
tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu
kepada lembu.
Meracun Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang
memakan daun atau pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu
meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.
Penjagaan tongkol jagung Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari
ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya bunga jagung akan
keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula
mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung. Pada peringkat ini
peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan
juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik
jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi. Dalam sepokok
akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang
kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada
pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung
sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol
tersebut.
Menuai hasil Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang

ditanam. Apabila rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur
terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit
jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat
bererti ia sudah boleh dituai. Jagung manis biasa – tempoh matang ialah
sekitar 70 hari, jagung korea antara 65-70 hari.

Pemasaran Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan
jagung dapat dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari
pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang
terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba
masa menuai ia tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai
ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak ada pembeli.
Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah
mestilah sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama
sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja,
mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka
hanya meracun sahaja. Posted by Anak Cameron at 3/22/2008 10:09:00
PM Reactions: Labels: Jagung, Panduan, Penanaman
Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have
$524,215: https://goo.gl/efW8Ef