KERTAS KONSEP Faktor yang mempengaruhi

GGGB6012
PENULISAN AKADEMIK 1

PENYEDIAAN KERTAS KONSEP :
PELAKSANAAN DAN CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. JAMALUDIN BIN HJ. BADUSAH

DISEDIAKAN OLEH:
Muhd Nawawi Kandar

(P71488)

Muhd Rafaie Kusnin

(P71489)

Nur Safarah binti Abdul Rahim


(P71494)

Siti Wahidah binti Mubin

( P73676)

Imna Syasheila binti Mohamad Kasim

(P69059)

SARJANA PENDIDIKAN BAHASA ARAB

1

KANDUNGAN

ABSTRAK
1.0

Pengenalan


2.0

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
di Sekolah Rendah.
2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
2.2 Penilaian

3.0

Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah.
3.1 Lughatul Fasli
3.2 Kemahiran berbahasa
3.3 Tahap penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3.4 Kaedah terjemahan langsung
3.5 Kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih.
3.6 Pengajaran berpusat kepada guru
3.7 Penggunaan kamus yang kurang.
3.8 Pengajaran berteraskan terjemahan teks


4.0

Cadangan Bagi Masalah-Masalah Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab Sekolah Rendah.

5.0

Kesimpulan

6.0

Rujukan

2

PELAKSANAAN DAN CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA
Muhd Nawawi Kandar, Muhd Rafaie Kusnin, Nur Safarah Abdul Rahim, Siti Wahidah Mubin,
dan Imna Syasheila Mohamad Kasim,
Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

ABSTRAK
Pendidikan bahasa Arab semakin mendapat sambutan daripada orang ramai dan institusi
kerajaan sehinggakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab telah diwajibkan di
peringkat sekolah rendah melalui program j-QAF. Umumnya, mempelajari bahasa Arab
bukanlah satu perkara yang mudah bagi sesetengah pelajar. Pelaksanaan PdP bahasa Arab
masih tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Ini kerana, masih terdapat lagi isu-isu
dan permasalahan yang berlaku dalam PdP bahasa Arab dan ini menyebabkan pencapaian
pelajar dalam subjek bahasa Arab masih di tahap yang lemah dan rendah. Antara isu-isunya
yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan ialah kekurangan guru yang berkelayakan
dan terlatih, pengajaran hanya berpusatkan guru, tahap kandungan buku teks yang tinggi dan
tidak sesuai dengan kemampuan murid dan pengajaran masih berteraskan terjemahan teks.
Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk
mendapat pencapaian yang tinggi dalam bahasa Arab. Antara faktor yang terlibat ialah faktor
guru dan faktor pelajar itu sendiri. Ini kerana masih terdapat kekangan-kekangan dari semua
pihak. Jika diperhatikan, masih terdapat masalah-masalah yang timbul yang menyebabkan
tahap pencapaian murid dalam subjek bahasa Arab masih di tahap yang tidak
memberangsangkan. Antaranya, guru tidak menggunakan lughatul fasli dengan baik, tahap
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) masih di tahap rendah lebih-lebih lagi bagi BBM

yang bersifat elektronik dan guru masih menggunakan kaedah tradisional dengan
menterjemahkan bahasa Arab terus ke bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Masalah-masalah
ini perlu diatasi dengan sebaiknya. Justeru, kertas konsep ini akan mengutarakan beberapa
cadangan dan saranan bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab untuk membuat satu perubahan dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab.
Kata kunci : pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, bahasa Arab, masalah-masalah,
pelajar sekolah rendah

3

1.0 Pengenalan
Hadirnya Islam melalui kedatangan saudagar-saudagar dan pendakwah dari tanah Arab, maka
bermulalah sejarah dan perkembangan bahasa Arab rantau ini. Melaluinya, penduduk Tanah
Melayu memahami Islam dan bahasa Arab. Dengannya, mereka mula mengenal huruf dan
bunyi Arab yang berkait rapat dengan agama Islam.

Oleh itu, bahasa Arab dan Islam

mempunyai hubungan yang sangat erat dan tidak boleh dipisahkan antara duanya. Akan

tetapi, bahasa Arab pada waktu itu belum dipelajari secara khusus kerana tumpuan
diutamakan kepada pengajaran al-Quran dan Fardhu Ain (Khoo Kay Kim, 1980 & Mohd
Salleh, 1992). Walau bagaimanpun, bahasa Arab tetap dikuasai melalui proses pengajaran dan
pembelajaran agama yang diajar secara tidak langsung. Dalam proses tersebut, pengetahuan
dan penguasaan mereka terhadap bahasa Arab adalah melalui kitab-kitab agama yang ditulis
menggunakan bahasa Arab.
Pengetahuan

penduduk

Tanah

Melayu

terhadap

bahasa

Arab


semakin

memberangsangkan. Mereka menguasai bahasa Arab ketika mereka terlibat dengan aktiviti
agama Islam yang kita ketahui berkembang pesat ketika itu. Oleh itu, kerajaan mengambil
inisiatif mewujudkan pengajian bahasa Arab secara rasmi kepada penduduk Tanah Melayu.
Boleh dikatakan pengajian bahasa Arab di Malaysia secara rasmi bermula dengan
kemunculan sekolah-sekolah pondok pada abad ke-18 (Abdullah Jusuh, 1989). Pada
peringkat awal, pengajian bahasa Arab ini lebih tertumpu kepada kaedah pengajian sintaksis
dan morfologi sebagai prasyarat kepada pengajian ilmu-ilmu Islam yang dipelajari selepas itu
(Rosni Samah, 2009). Setelah itu, pengetahuan dan penguasaan bahasa Arab diperluaskan
lagi dengan pembentukkan Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi pada tahun 1977 di 11 buah
Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Negeri yang terpilih sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) dan telah diletakkan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Selaras dengan kehendak KPM, guru-guru mula diberi latihan dan kursus
di dalam dan luar negara termasuk Sudan dan Arab Saudi. Selain itu, kandungan buku teks
pula diperkemaskan dari masa ke semasa dengan bantuan pakar-pakar bahasa Arab dari
ISESCO (Rosni Samah, 2009).

4


Pengajian bahasa Arab diperkembangkan lagi secara rasmi pada tahun 1996 melalui
Akta Pendidikan 1996. Ia dimasukkan dalam kurikulum pendidikan Malaysia sebagai bahasa
asing dan perlu diajar di sekolah sebagai salah satu mata pelajaran elektif. Rentetan daripada
itu, hari ini, bahasa Arab bukan sahaja berada di sekolah-sekolah aliran Arab sahaja tetapi
juga diajar sebagai mata pelajaran wajib di Sekolah Berasrama Penuh dan Institusi Pengajian
Tinggi (Jassem Ali, 1999).
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dari dulu hinggalah sekarang
untuk memastikan ilmu bahasa Arab dapat pelajari oleh pelajar. Bukan sahaja dipelajari
bahkan juga dapat dikuasai mereka. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan
program jQAF yang menerapkan dan menitikberatkan pembangunan akademik dah sahsiah
merangkumi empat elemen asas iaitu Jawi, AlQuran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Melali asas
yang diketengahkan, bahasa Arab merupakan salah satu elemen penting yang perlu
dilaksanakan dalam kurikulum jQAF. Tujuannya ialah melahirkan generasi muslim yang
mempunyai pengetahuan yang mantap dan jitu di samping mereka dapat berkomunikasi
menggunakan Bahasa Arab dengan baik.
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapannya di
dalam Majlis Tilawah al Quran Peringkat antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur kepada
para ulama dan pegawai-pegawai agama, beliau telah menyebut tentang khatam al Quran,
mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Selain itu,
hasratnya itu juga diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan

Malaysia pada 30 Disember 2003. Bahkan, beliau telah mencadangkan supaya perkara
tersebut dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Setelah hasrat YAB Perdana Menteri itu dikemukakan, Kementerian Pelajaran
Malaysia mengorak langkah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat
dan bengkel. Terlaksananya Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (jQAF)
pada 3 hingga 5 Mac 2004 merupakan langkah pertama kerajaan memperkembangkan
penguasaan bahasa Arab kepada rakyatnya. Dalam seminar tersebut, mereka telah bersetuju
menerima beberapa model yang perlu dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April
2004 sebelum pelaksanaannya yang sebenar pada tahun 2005 iaitu secara berperingkat.

5

Projek Rintis jQAF bermaksud pelaksanaan model-model jQAF yang dipilih sebagai
uji kaji bagi suatu jangka masa pendek. Tujuan projek rintis ini adalah untuk menentukan
kesesuaian pelaksanaan program jQAF secara lebih menyeluruh mulai 2005. Ia juga
bertujuan mengenal pasti masalah, kekuatan dan kelemahan, implikasi serta cara-cara
mengatasinya serta cadangan pelaksanaannya. Pelaksanaan projek rintis telah dijalankan di
30 buah sekolah seluruh negara selama tiga bulan atau 12 minggu pengajaran dan
pembelajaran mulai April hingga Julai 2004.
Dapat dikatakan bahawa kerajaan khususnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

begitu mementingkan pencapaian akademik pelajar seiring dengan pembangunan akidah dan
sahsiah mereka melalui program jQAF ini. Apa yang diharapkan melalui pelaksanaan
program jQAF ini ialah pelajar dapat mengkhatamkan al-Quran pada usia 12 tahun, malah
lebih awal daripada itu sekiranya semua pihak berganding bahu dan bekerja keras dalam
merealisasikannya. Harapan yang tinggi juga diletakkan terhadap penguasaan bahasa Arab
yang mantap di kalangan murid-murid supaya mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa
tersebut terutamanya menggunakan aspek komunikasi yang mudah dalam kehidupan seharian
mereka.
Selain itu, pemulihan jawi bagi murid-murid yang lemah dirangka dan dilaksanakan
dengan inovasi pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah seperti permainan, lagu,
multimedia dan seumpamanya. Kaedah dan inovasi ini dilaksanakan bagi tujuan memberikan
suntikan semangat kepada anak-anak untuk mereka mempelajari dan menguasai tulisan jawi
dengan lebih intensif dan menarik. Manakala, pengajaran Iqra dan al-Quran melalui Model
Enam Bulan Khatam al-Quran dan diikuti instrumen latih tubi tasmi' telah banyak membantu
anak-anak mempelajari al-Quran dengan lebih bersusun. Selain itu, bagi menjadikan program
ini lebih menarik dan memberangsangkan, pihak bertanggungjawab telah memasukkan
kaedah pengajaran Baghdadiah dan Iqra dalam proses PdP. Ia diadun dengan begitu cantik
dan bersistematik melalui gaya Talaqqi Musyafahah mengikut tahap kemampuan murid. Sesi
tasmi’ yang dijalankan pada masa yang telah ditetapkan merupakan peluang untuk para guru
melakukan semakan terhadap pembacaan dan perkembangan murid dalam bacaan alQuran di

samping mencatat dan menilainya di dalam buku rekod yang disediakan.

6

Sementara itu, beberapa program tambahan seperti Kem Literasi al-Quran (KLAQ)
dilaksanakan bagi membasmi dan mengurangkan kadar murid yang lemah dalam penguasaan
terhadap pembacaan al-Quran. Manakala, kempen kesedaran tambahan seperti Kempen
Smart Salam juga dirancang bagi menyuntik semangat cintakan kepada adab Islam sesuai
dengan pendekatan Islam Hadhari yang mementingkan aspek pembangunan akhlak dan
moral. Walau bagaimanapun, pada masa kini, status program jQAF terutamanya bahasa Arab
Sekolah Rendah masih lagi tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Bahasa Arab
diajar hanya sebagai mata pelajaran bahasa elektif. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara
berpilih dan terhad sahaja. Subjek bahasa Arab ini hanya diwajibkan kepada semua murid
beragama Islam tetapi tidak pada murid moral.

2.0 Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Rendah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak dari
tahun 2010 sebagai inisiatif baru dalam pendidikan negara yang mana usaha ini adalah hasil
pemurnian daripada kurikulum yang sebelumnya dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Di peringkat sekolah rendah kurikulum pembelajaran murid
dibahagikan kepada dua iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi tahun 1
hingga 4 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi tahun 5 dan 6. KSSR ini
dijalankan secara berperingkat sehinggalah ke tahun 6 menjelang tahun 2016.
Beberapa perkara penting yang harus dititikberatkan oleh guru semasa perlaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung ialah guru perlu merancang aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik terlebih awal untuk memikat hati murid supaya
suka dan minat bahasa arab yang mereka pelajari. Selain itu guru perlu menggunakan
pendekatan yang lebih meluas dengan menggunakan pendekatan berpusatkan murid di dalam
kelas. Murid akan berkeyakinan untuk menyuarakan pandangan mereka sewaktu pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat
murid contohnya aktiviti yang berunsukan didik hibur. Antara elemen yang ada dalam didik
hibur ini termasukalah nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Guru boleh meggunakan
pendekatan ini untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebin menyeronokkan dan
berkesan.

7

Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan Guru Bahasa Arab juga penting untuk
mendapatkan gambaran awal tentang apakah kemahiran yang sesuai bagi tajuk yang hendak
diajar. Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) akan
membantu murid untuk memahami tajuk yang diajar oleh guru mereka dengan cepat.
Penilaian haruslah dilaksanakan menggunakan instrumen yang berkaitan untuk mengukur
sejauh mana tahap penguasaan murid. Hasil penilaian yang dijalankan hendaklah direkod
untuk tujuan rujukan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah,
Sekolah dan Ibubapa.
Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran adalah
pendekatan baru dalam pelaksanaan KSSR. Standard kandungan membawa maksud
pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang perlu diketahui, difahami dan
dikuasai oleh murid. Manakala Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan
kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran. Dua elemen ini menjadi garis panduan
dalam melaksanakan Kurikulum KSSR. Murid juga dinilai mengikut band yang telah
digariskan dan ditetapkan di dalam dokumen tersebut.

Mata Pelajaran Bahasa Arab dilaksanakan di sekolah rendah adalah di bawah Program
j-QAF iaitu jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain. Subjek ini adalah subjek pilihan bagi sekolah.
Waktu pengajaran subjek Bahasa Arab ini di sekolah rendah adalah sebanyak satu jam
setengah dalam seminggu iaitu bersamaan dengan 180 minit bagi murid tahun 1, 2,3 dan 4.
Manakala tahun 5 dan 6 peruntukan masa hanya satu jam sahaja dalam seminggu. Dengan
masa yang sebegini singkat, guru mempunyai masa yang terhad untuk mengajar dan
memastikan hasil pembelajaran adalah tercapai. Oleh itu, pengaturan masa, aktiviti dan
kaedah yang digunakan guru haruslah tepat dan efisien. Bagi setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, guru digalak menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk
menarik minat murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

8

2.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab boleh dilaksanakan di sekolah. Namun begitu,
pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah rendah kerana sifat dan
tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi dan ianya bersifat dua hala iaitu
hubungan komunikasi antara guru dan murid.
Semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan, antara kaedah yang sesuai
digunakan untuk mempermudah dan menjadikan pembelajaran seronok adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

(‫)الطريقة الموضوعية‬
(‫)الطريقة الترديد والمحاكة‬
).‫المباشرة )الطريقة‬
( ‫)الطريقة التدريبات المكثفة‬
(‫)الطريقة النتقائية‬
).‫الشرحة )الطريقة‬
).‫اللعبة )الطريقة‬
).‫الممثلة )الطريقة‬
).‫اللغزة )الطريقة‬

. Kaedah Tematik
Kaedah Ajuk-Hafaz
Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus
Kaedah Latih Tubi
Kaedah Elektik
Kaedah Syarahan
Kaedah Permainan
Kaedah Lakonan
Kaedah Teka-Teki dan Kuiz

2.2 Penilaian
Setelah selesai proses pengajaran berlangsung, guru akan membuat penilaian formatif bagi
sub-topik yang telah diajar. Penilaian ini ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan secara berterusan setiap kali selesai sesi
pembelajaran. Bagi murid tahun 1 hingga 3 yang menjalani kurikulum KSSR, guru akan
memberi penilaian berupa instrumen penilaian sebagai eviden untuk menentukan tahap
ataupun band yang telah dicapai oleh murid. Murid tahun 1 hingga 3 ini akan melalui
penilaian formatif berformat KSSR.
Manakala bagi murid tahun 4 hingga 6 pula, mereka akan menghadapi penilaian
Bahasa Arab di peringkat sekolah mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
(PKSR)yang mempunyai prinsip-prinsip berikut :

a.

Bersifat formatif.

b.

Mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani dan
jasmani).
9

c.

Sistematik dan berterusan.

d.

Menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan).

e.

Berasaskan kriteria.

f.

Dikendalikan oleh guru.

g.

Membolehkan tindakan susula

3.0

Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Rendah

Untuk melalui proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, masih terdapat
isu-isu dan masalah-masalah yang timbul. Masalah-masalah ini timbul disebabkan masih
terdapat kekangan-kekangan yang masih belum diatasi. Berikut ialah masalah-masalah
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya di peringkat sekolah rendah.
3.1

Lughatul Fasli

Lughatul fasli ialah bahasa kelas yang digunakan oleh guru di dalam kelas bagi proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Lughatul fasli merupakan salah satu elemen
terpenting bagi guru menyampaikan pengajaran kepada murid-murid dalam menguasai empat
kemahiran bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertulis, bertutur dan membaca. Ini juga
turut dinyatakan dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP) bahasa Arab yang mana objektif
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah adalah untuk menanam minat
murid dan menguasai kemahiran berbahasa di samping mampu berkomunikasi menggunakan
ayat mudah.
Antara masalah yang timbul dalam menggunakan lughatul fasli apabila guru bahasa
Arab itu sendiri yang tidak mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dengan baik.
Hal ini tidak dapat dinafikan apabila masih terdapat ramai graduan yang tidak menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan juga kurang kemahiran berkomunikasi.
Kemahiran bertutur adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid.
Bagaimana seseorang murid dapat menguasai kemahiran bertutur sedangkan guru bahasa
Arab itu sendiri melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa
ibunda iaitu bahasa Melayu.
Selain itu, terdapat golongan kedua yang mana guru-guru boleh bertutur dalam bahasa
Arab tetapi tidak menggunakan lughatul fasli dengan baik. Hal ini terjadi kepada graduangraduan luar negara seperti graduan yang baru pulang dari negara Timur Tengah seperti
Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya. Kebiasaan mereka bertutur dalam bahasa Arab
10

menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan lughatul fasli dengan baik. Hal ini terjadi
apabila mereka bertutur terlalu laju dalam bahasa Arab dan tidak menggunakan ‫النبر و التنغيم‬
iaitu getaran dan nada apabila bertutur dalam bahasa Arab ketika menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab.
Bukan itu sahaja, dari segi pergerakan badan, memek muka dan penghargaan juga
memainkan peranan dalam menyampaikan lughatul fasli di dalam kelas. Ini kerana,
pergerakan badan dan memek muka seseorang guru dalam menerangkan sesuatu topik di
dalam kelas sangat menarik minat murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Ramai guru yang masih malu-malu dalam menyampaikan pengajaran
sedangkan guru itu sendiri yang perlu timbulkan minat murid-murid dalam mempelajari
bahasa Arab ini.
Oleh itu, guru-guru perlu bertutur bahasa Arab dengan menggunakan lughatul fasli
dengan baik. Hal ini kerana murid-murid yang mendengar bahasa Arab setiap hari akan
menguasai bahasa Arab (Rosni, 2012). Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Apabila
guru tidak menggunakan bahasa Arab di dalam kelas, bagaimana para pelajar untuk
berkomunikasi dalam bahasa Arab. Jadi, komunikasi dua hala sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

3.2 Kemahiran Berbahasa
Zawawi dan Muhammad (2005) menyatakan terdapat empat kemahiran bahasa Arab yang
perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran
mendengar dan kemahiran menulis. Selari dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menggariskan matlamat kurikulum bahasa Arab untuk memupuk minat murid dan muridmurid dapat menguasai kemahiran berbahasa.
Menurut kajian Ismail et al., (2013) kemahiran berbahasa Arab pelajar program j-Qaf
masih di tahap yang tidak memuaskan. Kajian ini tertumpu pada tiga kemahiran bahasa Arab
sahaja iaitu kemahiran menulis, bertutur dan membaca. Jika dilihat dalam kajian ini,
kemahiran menulis mendapat peratus yang paling tinggi antara kemahiran lain iaitu 74.21%.
Peratus bagi kemahiran bertutur ialah 60.38% dan kemahiran membaca iaitu 51.57%. Ini
menunjukkan, guru bahasa Arab lebih tertumpu pada kemahiran bertulis berbanding dengan
kemahiran lain sedangkan kemahiran membaca merupakan kemahiran terpenting yang perlu

11

dikuasai oleh para pelajar. Jadi, guru perlu memberi penekanan lebih kepada kemahiran lain
kerana untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu menguasai kesemua kemahiran
dan sub-sub kemahiran bahasa tersebut (Oxford, 1990).

3.3 Tahap penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan bahan-bahan yang boleh digunakan oleh guruguru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. BBM boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu BBM bukan elektronik, BBM elektronik dan bahan-bahan
pengalaman dan bahan sebenar.
BBM sangat membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Cuma, guru-guru bahasa Arab itu sendiri tidak mempelbagaikan dan jarang
menggunakan BBM ini ketika proses P&P berlangsung. Menurut Rosni (2012), para guru
lebih menggunakan buku teks berbanding dengan bahan-bahan yang lain. Ini kerana, muridmurid mempunyai buku teks, dan di dalam buku teks tersebut terdapat silibus yang perlu
diajar. Bukan itu sahaja, masa yang tidak mencukupi untuk menggunakan bahan lain dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Mengikut peredaran zaman semasa, negara sekarang sudah berkembang dengan
teknologi-teknologi yang semakin maju. Penggunaan BBM berasaskan teknologi tidak dapat
dinafikan untuk mencapai pendidikan yang berkualiti. Tetapi malangnya, para guru bahasa
Arab masih tidak mengusai teknologi-teknologi yang ada sekarang ini dan tidak digunakan
ketika proses P&P sedang dijalankan. Selari dengan kajian Mustafa (2008) & Azhar Ahmad
et al.,(2008) yang menyatakan guru bahasa Arab masih tidak menguasai penggunaan BBM
berasaskan teknologi seperti internet, komputer, slaid, grafik, video, kaset dan sebagainya.
Tambahan lagi, kelemahan dalam penggunaan BBM berasaskan teknologi ini akan
mengurangkan penguasaan kemahiran bahasa lebih-lebih lagi dalam kemahiran mendengar
dan bertutur (Azhar Ahmad et al., 2008).
Terdapat juga guru yang mahir dan berkemampuan menggunakan BBM tetapi
prasarana sekolah yang tidak mencukupi membuatkan para guru tidak menggunakan BBM
elektronik (Mustafa, 2008). Sebagai contoh, tiada makmal komputer di sekolah. Terdapat
juga beberapa buah sekolah yang mempunyai makmal komputer tetapi hanya terdapat sebuah
sahaja sedangkan ramai guru yang memerlukan makmal komputer dalam menyampaikan

12

pengajaran mereka. Selain itu, di dalam kelas terdapat OHP dan LCD tetapi alatan-alatan ini
tidak berfungsi dengan baik. Masalah-masalah ini yang menyebabkan para guru tidak dapat
menggunakan BBM elektronik dan hanya menggunakan buku teks ketika proses P&P bahasa
Arab dijalankan.

3.4 Kaedah terjemahan langsung
Kaedah terjemahan ini adalah kaedah yang sering dilakukan oleh guru ketika proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Para guru mengambil jalan mudah dengan
menterjemah perkataan bahasa Arab itu kepada bahasa ibunda bagi memudahkan kefahaman
para pelajar tentang sesuatu perkara yang dipelajari. Permasalahannya, apabila murid-murid
sekolah rendah menterjemahkan secara langsung perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa
ibunda, hal ini akan membuatkan murid-murid akan lebih mengingati bahasa ibunda itu
sendiri berbanding mengingatinya dalam bahasa Arab.
Kaedah terjemahan ini akan menyebabkan murid-murid menjadi pasif dalam
pembelajaran ( Rosni Samah, 2012). Hal ini kerana, guru-guru hanya menterjemahkan sahaja
perkataan atau ayat-ayat bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu tanpa membiarkan muridmurid itu sendiri mencari sendiri makna tersebut atau meneka perkataan itu dengan lakonan
yang dibuat oleh guru. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dalam memahamkan sesuatu
perkataan atau ayat kepada murid-murid supaya murid tidak terus mengetahuinya dalam
bahasa Melayu.

3.5 Kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih.
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Arab memerlukan guru dalam bidang bahasa
Arab itu sendiri di samping guru yang terlatih untuk mengajar subjek bahasa Arab. Bahasa
Arab merupakan bahasa asing dan penggunaannya tidak meluas dalam masyarakat (Haryate
et al., 2008). Bukan itu sahaja, pelajar juga menganggap bahasa Arab adalah salah satu
bahasa yang susah dan sukar untuk dipelajari (Sofian Sauri, 2007; Zubaidah, 2007). Jadi,
P&P bahasa Arab memerlukan guru yang mengetahui tentang kaedah, pendekatan, teknik dan
strategi khusus yang berbeza dengan pengajaran ilmu agama (Nik Mohd Rahimi, 2008).

13

3.6 Pengajaran berpusat kepada guru
Pengajaran berpusat kepada guru ini membawa maksud guru merupakan penggerak dalam
proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang dijalankan. Pelajar hanya bersifat pasif dan
menerima sahaja maklumat yang telah disampaikan oleh guru. Pengajaran bahasa Arab pada
hari ini masih terpengaruh dengan cara pembelajaran di sekolah-sekolah pondok. Menurut
Rosni (2012), gaya pengajaran berpusat pada guru ini adalah disebabkan guru-guru tersebut
masih terpengaruh dengan pendekatan yang telah digunakan oleh guru-guru mereka
terdahulu. Kebanyakan sekolah-sekolah mahupun di universiti masih mengekalkan gaya
pengajaran berpusat kepada guru. Antara yang berlaku dalam proses pengajaran Bahasa Arab
yang sedang dijalankan ialah pelajar hanya mencatat perkara yang penting bagi mereka dan
hanya mendengar serta tidak memberi pandangan ketika proses pengajaran sedang
berlangsung. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar yang hanya mendiamkan diri apabila
disoal dan tidak menyuarakan pendapat dan kesimpulan apa yang telah dipelajarinya (Rosni,
2007; Rosni, 2012).
3.7 Kurang menggunakan kamus
Kamus merupakan satu wasilah untuk mempelajari Bahasa Arab. Pelbagai kamus Bahasa
Arab sudah berada di pasaran. Menurut Ali Muda (2012) tidak dinafikan, dari segi kuantiti,
terdapat banyak kamus Bahasa Arab tetapi dari segi kualiti masih tiada kamus di pasaran
Malaysia yang boleh diguna dan berkesan kepada para pelajar peringkat sekolah. Kamuskamus yang berada di pasaran boleh di manfaatkan oleh pelajar yang sudah menguasai nahu
dan sarf berbanding dengan pelajar yang masih tiada asas dalam pembelajaran bahasa Arab.
Hal ini menyukarkan para pelajar yang masih tiada asas untuk mempelajari bahasa Arab
secara individu. Walaupun begitu, kamus sangat diperlukan untuk mempelajari bahasa Arab.
Ini kerana, pembelajaran menggunakan kamus dapat membantu pelajar untuk menambah
perkataan bahasa Arab di samping menguasai kosa kata Bahasa Arab (Rosni, 2006). Melalui
kamus juga, para pelajar boleh mencari makna sendiri tanpa bantuan guru semata-mata.
3.8 Pengajaran berteraskan terjemahan teks
Pengajaran berteraskan terjemahan teks lebih tertumpu di sekolah agama. Hal ini kerana,
subjek yang di ajar itu dalam bahasa Arab. Bagi memudahkan para pelajar untuk memahami
subjek tersebut, maka para guru menterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Selari

14

dengan kajian Rosni (2012) yang menyatakan kebanyakan sekolah agama yang berpegang
dengan kaedah terjemahan ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab sedangkan proses pembelajaran yang menggunakan kaedah ini mengambil masa yang
lama. Hal ini disebabkan, pembelajaran bahasa Arab masih berpusat kepada guru ( Ghazali et
al., 2012; Rosni, 2007; Ali Muda, 2012).

4.0 Cadangan Bagi Masalah-Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab
Sekolah Rendah
Sesuatu proses pelaksanaan tidak lari daripada masalah. Oleh itu, pelbagai cadangan dan
saranan dapat diutarakan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul agar pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah mencapai pendidikan
berkualiti seiring dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan.
Terdapat beberapa cadangan dan saranan bagi membaik pulih proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah. Melihat kepada isu penggunaan lughatul fasli di
dalam kelas, para guru perlu kerap menggunakan lughatul fasli di dalam kelas. Hal ini
kerana, suasana yang telah diwujudkan oleh guru itu sendiri yang akan membuatkan para
murid untuk bertutur dalam bahasa Arab. Selari dengan Rosni (2012) yang menyatakan untuk
menguasai kemahiran bahasa Arab, para guru mestilah mewujudkan persekitaran
berkomunikasi menggunakan bahasa Arab. Selain itu, para guru perlu menggunakan ‫النبر‬
‫ والتنغيم‬iaitu tekanan suara dan nada yang betul ketika bertutur dalam bahasa Arab. Muridmurid susah untuk memahami guru mereka sekiranya para guru bertutur dengan laju dan
tidak menggunakan nada dan tekanan suara dengan baik.
Selain itu, bagi peringkat murid-murid sekolah rendah, para guru tidak digalakkan
memberi arahan yang pelbagai untuk satu arahan. Apabila guru menyebut arahan dan diulang
secara kerap, para pelajar akan memahami apa yang diperkatakan oleh guru tanpa perlu di
terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Menurut Rapidah (2004), antara teori Bruner dalam
model pedagogi adalah seperti berikut :I.
II.
III.
IV.

Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik
Kanak-kanak sebagai pemikir
Kanak-kanak adalah berpengetahuan

15

Bagi masalah penggunaan BBM, isu ini sudah lama diperkatakan dan dibincangkan.
Cuma, mengikut peredaran masa dan zaman berteknologi ini, para guru perlu bijak memilih
kaedah pengajaran yang sesuai selari dengan penggunaan BBM. BBM berasaskan teknologi
multimedia ini sangat membantu para guru menjimatkan masa dalam menyediakan bahan
pengajaran, murid-murid mudah untuk memahami apa yang disampaikan dan menarik minat
murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab.
Para guru perlu melakukan perubahan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
bukan hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ ketika menyampaikan pengajaran di
dalam kelas. Kaedah ini akan membosankan para murid dan secara tidak langsung akan
menurunkan motivasi para pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Para guru perlu
menguasai teknologi terkini sesuai dengan cabaran pendidikan dalam mencapai pendidikan
yang berkualiti dan membantu para murid untuk memahami dan mempelajari bahasa Arab
dengan mudah.
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan bajet yang mencukupi untuk
menyediakan prasarana ICT dalam pembelajaran. Para guru juga sepatutnya didedahkan
dengan teknologi terkini dan menguasai aplikasi-aplikasi terkini yang boleh memudahkan
para guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan murid-murid juga
mudah untuk memahami pembelajaran bahasa Arab.
Dari masalah terjemahan, para guru digalakkan untuk berlakon bagi menerangkan
perkataan atau ayat yang tidak difahami oleh murid. Para guru tidak digalakkan untuk
memberi penterjemahan secara langsung ke dalam bahasa ibunda. Guru-guru perlu menjadi
kreatif dalam memahamkan murid-murid perkataan-perkataan bahasa Arab. Dalam proses
terjemahan, guru-guru perlu menterjemahkan ke dalam bahasa Arab juga. Hal ini kerana,
murid-murid akan berfikir dan secara tidak langsung, memperbanyakkan lagi perkataanperkataan dalam bahasa Arab dalam diri murid-murid.

5.0 KESIMPULAN

16

Bagi mencapai pendidikan yang berkualiti, para guru perlu melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab secara teratur dan sistematik. Sesuatu pelaksanaan mestilah
dirancang terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada murid agar pembelajaran bahasa Arab
mudah difahami dan dapat menguasai kesemua kemahiran berbahasa itu.
Penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu seperti guru,
pentadbiran dan kemudahan prasarana bagi mengatasi kekangan-kekangan yang wujud dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
selari dengan BBM untuk menarik minat para pelajar dan mewujudkan persekitaran bahasa
Arab dengan menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab.
Jadi, kesemua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu-isu
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab agar murid-murid dapat
menguasai empat kemahiran bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertulis, bertutur dan
membaca selari dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia.

6.0 RUJUKAN
17

Abdullah Jusuh. 1989. Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP)
Azhar Ahmad, Hossen Marip & Morsalin Pawi. 2008. Kajian tinjauan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah menengah di Sarawak. Prosiding
Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6: Pendidikan Islam Teras
Pembangunan Modal Insan.
Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab tahun 3, 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fakulti Pendidikan UKM.
Ishak Muhammad Rejab. 1992. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Malaysia, Dlm. Ismail Ab. Rahman (pnyt.). Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi.
Penerbit: UKM
Ismail Muhamad, Wan Maizatu Akmar Wan Ahmad & Azman Che Mat. 2013. Sikap dan
realiti penguasaan kemahiran bahasa Arab pelajar program j-Qaf. Journal of
Language Studies.
Jassem, Ali Jassem . 1999. An Error Analysis of the Verb Phrase: A Case Study of the Writing
of Fourth Year Literary Stream Students at Kuala Lumpur Religious Secondary
School. Tesis Phd. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ), 2012, Buku teks Bahasa Arab tahun 3 KSSR
,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Khoo Kay Kim. 1980. Perkembangan Pelajaran Agama Islam. Dlm. Awang Had Salleh
(pnyt.). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah, hlm. 1-36. Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. 1992. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Ed. Ke-2.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

18

Mustafa Che Omar. 2008. Guru bahasa Arab terlatih di sekolah: satu keperluan di Malaysia.
Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6
Nik Mohd Rahimi et al., 1999. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab (Modul PJJ). Bangi: Penerbit
Oxford, R.L. 1990. Language Learning Strategies : What Every Teacher Should Knoe.
Boston : Heinle & Heinli
Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. Nilai, Penerbit USIM
Rosni Samah. 2012. Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zawawi Ismail & Muhammad Azhar Zailani. 2005. Pendekatan komunikatif dalam
pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Dlm Zawawi Ismail & Mohd Sukki Othman
(pnyt.), Pendidikan bahasa Arab di Malaysia: cabaran dan inovasi. Bangi: Minda
Imtiyaz Publications.

19