Sosiologi Pembangunan di Malaysia Dari P
Amirul Annuar Bin Ariffin
Sosiologi Pembangunan di Malaysia Dari Perspektif Teori
Pendahuluan
Malaysia terletak di bahagian tenggara benua Asia yang juga merupakan antara 10
anggota negara Asean. Pada tarikh 31 Ogos 1957, Tanah Melayu (nama sebelum penubuhan
Malaysia) telah mendapat kemerdekaan dari penjajah British. Dengan keterlibatan sebelas buah
negeri pada masa itu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum
yang didasari oleh kontrak sosial (Adam 2004). Selepas beberapa tahun dari kemerdekaan tanah,
Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pada masa itu) telah menggagaskan penubuhan
Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah Sarawak, Singapura, dan Brunei. Namun
hanya Brunei sahaja yang menolak gagasan tersbut dengan alasan penubuhan negara Malaysia
merupakan satu bentuk jajahan baru.
Pada tanggal 16 September 1963, terbentuklah negara Malaysia yang melibatkan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun akibat daripada pelbagai konlflik yang berlaku,
Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari negara Malaysia pada tahun 1965. Dalam
mewujudkan negara bangsa yang sejahtera, sekali lagi pimpinan Malaysia dijuji dengan
peristiwa dalam hubungan etnik (Adam 2004). Pertembungan antara kaum majoriti di Malaysia
iaitu Melayu dan Cina telah mencoret satu sejarah hitam dalam negara. Kejadian itu berlaku pada
13 Mei 1969.
Dasar Ekonomi Baru
Selepas perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pada tahun
1971. Jawatan Perdana Menteri telah diserahkan kepada Tun Abdul Razak yang sebelum ini
merupakan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Dalam memastikan kesejateraan negara
yang mempunyai pelbagai kaum, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan dengan tujuan
menyeimbangkan semula ketidakseimbangan yang berlaku dalam fungsi setiap kaum dalam
aspek ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan

juga membasmi kemiskinan (Asnarulhadi & Jawan, 1997). Pembangunan di Malaysia mula
berkembang dari hari ke hari dengan pengenalan DEB yang mengambil masa 20 tahun bermula
dari 1971- 1990.
Dasar Pembangunan Nasional
Selepas berakhirnya DEB, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menjadi kesinambungan
dalam memastikan Malaysia memacu terus kehadapan. DPN telah diperkenalkan dalam
memastikan Wawasan 2020 tercapai sebagai negara maju. DPN telah diperkenalkan pada 17 Jun
1991. Dengan objektifnya ialah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju
dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti
hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi (Pejabat Perdana Menteri,
n.d). DPN dilakukan dalam tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1991 sehingga 2000.
Teori Modernisasi
Melalui teori modernisasi menyatakan bahawa masyarakat adalah miskin dan tidak
membangun kerana adanya kekurangan ciri-ciri struktur dalaman yang sesuai untuk permulaan
kepada sistem industri (Graham, 1989). Dalam kerangka Malaysia, pada tahun 1971
bermulannya DEB yang menjadikannya sebagai satu hala tuju Malaysia dalam pembangunan
negara. Dengan program yang dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan
rakyat serta mengurangkan jurang kemiskinan. Hal ini membawa kepada penahaman kepada
hujah Rostow(1960) di dalam karyanya The Stages of Economic Growth: Non-Communistic
Manifesto yang mengeluarkan lima peringkat kepada sesebuah pembangunan negara.
Peringkat pertama ialah The traditional society yang menyifatkan masyarakat miskin
yang menyara hidup berasaskan pertanian. Sebelum DEB diperkenalkan struktur ekonomi
Malaysia dapat dibezakan melalui fungsi kaum seperti Melayu berfungsi dalam bidang pertanian,
Cina berfungsi di kawasan lombong bijih timah dan India pula berfungsi di kawasan estet.

Dalam pembentukan masyarakat seperti ini mustahil Malaysia mampu membangun dengan
pembangunan yang mampan. Sedari itu fungsi DEB adalah untuk merapatkan jurang ekonomi
antara kaum serta menghapuskan pengenalan fungsi ekonomi setiap kaum.
Peringkat kedua ialah The preconditions for take-off yang melihatkan keadaan sesebuah
negara berkembang dengan peningkatan populasi seiring dengan kemajuan dalam sektor
pertanian yang membolehkan ramai pekerja terbabit dalam pembangunan. Peningkatan populasi
dalam
negara telah membolehkan pertambahan tenaga kerja yang membolehkan negara
bergerak kearah keperluan pembangunan yang lestari. Pada 1960, pertumbuhan populasi di
Malaysia semakin berkembang kepada pertumbuhan yang positif dengan peningkatan 3 peratus
secara purata (Lee Hwok Aun, 2004).
Peringkat ketiga pula ialah Take-off to economic growth yang menyaksikan pertumbuhan
sektor perindustrian dan menggalakkan rakyat untuk menyertai sektor sekunder dalam ekonomi.
Di Malaysia pertumbuhan sektor peridustrian berkembang sangat pantas dengan pengenalan
DEB. Pertumbuhan sektor industri ini membawa banyak pelabur luar masuk ke dalam negara.
Namun kemasukan pelabur luar adalah menunjukkan perkembangan negatif kepada
pembangunan negara. Pada tahun 1971, jadual 1 menunjukkan jurang besar yang wujud dalam
pemilikan syarikat yang membantutkan ekonomi negara dengan pemilikan sebanyak 61%
dimiliki oleh warganegara asing dan selebihnya adalah bumiputra dan bukan bumiputra. Perkara
ini akan membuatkan negara mundur kerana telah diekspolitasi oleh negara maju. Dengan DEB
telah menetapkan nisbah kepada pelabur asing hanyalah 30% berbanding dengan bumiputra 30%
dan bukan bumiputra 40%.

Jadual 1: Pemilikan Syarikat di Malaysia pada Tahun 1971 (sumber: Jabatan Perdana Menteri)
Peringkat keempat ialah The drive to maturity merupakan pertumbuhan kepada kekayaan
negara yang yang hadir dari pembangunan sistem industri yang dapat membangun kepada
penambahbaikan kepada kemudahan seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan. Dalam jangka
masa dua puluh tahun DEB dijalankan pertumbuhan ekonomi negara semakin membuahkan hasil
meskipun masih terdapat kekurangan. Kemelesetan pada pertengahan 1980 telah memaksa
Malaysia untuk menigkatkan kadar pelabur luar dan sektor swasta bagi membolehkan
pertumbuhan ekonomi dengan memperkenalkan Akta Pelaburan 1986 (Lee Hwok Aun, 2004).
Hal ini menunjukkan Malaysia tidak mampu untuk membangun dengan sendiri tanpa bantuan
dari negara maju yang mempunyai modal yang besar. Malaysia terpaksa bergantung kepada
negara lain dalam membangun ekonomi sedangkan negara diekploitasi. Perkara telah
membuatkan Malaysia mundur dalam pembangunan meskipun dilihat pembangunan fizikal itu
wujud.
Peringkat yang kelima pula ialah The stage of mass high consumption yang menunjukkan
kepada sesebuah negara berubah kepada penghasilan komoditi asas seperti keluli dan tekstil
kepada kepada penghasilan produk kepada pengguna seperti mesin basuh, television dan
sebagainya. Pada tahun 1985, kereta keluaran pertama Malaysia
iaitu Proton Saga yang
menunjukkan bermulanya industri automotif di Malaysia. Dengan itu Malaysia mula
menyediakan barangan pengguna terutamanya kepada rakyat.
Teori Kebergantungan
Melalui teori pergantungan ini dapat dilihat rantaian pergantungan terhadap negara
berlaku sejak dari zaman penjajahan berlaku. Seperti Malaysia yang dahulunya dijajah oleh
British masih lagi bergantung kepada negara tersebut. Antara kebergantungan itu ialah dari sudut
pentadbiran, perindustrian meskipun pendidikan. Melalui itu juga Malaysia telah dieksploitasi
terutama sumber asli seperti bijih timah.

Sepertimana pengeluaran Proton Saga teknologi pembuatan bukanlah sepenuhnya
melalui teknologi yang dihasilkan negara sendiri akan tetapi bergantung kepada negara maju
seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun. Kebergantungan tersebut telah mengakibatkan
berlakunya sistem kapitalis yang dicorak oleh negara industri dan negara bukan industri. Melalui
rantaian ini telah mengakibatkan penindasan kepada negara kurang membangun. Malaysia juga
mengalami situasi sama terhadap pergantungan ini. Kebergantungan ini membolehkan syarikat
multinasional mengeluarkan modal di negara kurang membangun dengan tujuan membantu
negara yang kurang membangun akan tetapi adalah untuk mengekalkan keterikatan dalam sistem
kapitalis. Franks (1969) menyatakan negara satelit menyediakan komoditi primer seperti bahan
mentah dengan harga yang murah kepada negara-negara yang kaya. Kemudian negara yang kaya
menggunakan bahan mentah itu semula dengan menghasilkan barangan keperluan dan dijual
semula kepada negara satelit dengan harga yang mahal. Frank (1969) menegaskan perkara ini
adalah sebagai sebuah pencurian hak terhadap negara satelit.
Dalam kebergantungan Malaysia kepada negara membangun dalam memastikan ekonomi
berkembang pesat terdapat pihak yang tertindas terutama rakyat yang masih belum betul-betul
membangun dari segi intelektual dan kemahiran. Meskipun terdapat penyertaan syarikat
multinasional
dalam
membangun
ekonomi
Malaysia
namun
hasil
yang
diperolehi
kebanyakkannya diperolehi oleh syarikat multinasional.
Dengan pengenalan Akta Pelaburan 1986 menunjukkan kerajaan terpaksa menggalakkan
lagi pelabur luar dan syarikat swasta untuk memasuki Malaysia. Perkara ini kerana Malaysia
masih lagi terikat dengan kebergantungan dengan negara membangun.
Perbandingan teori modenisasi dan teori kebergantungan
Sebagai perbandingan terhadap teori modenisasi dan teori kebergantungan dalam
pembangunan Malaysia sepanjang 40 dekad ini membawa kepada pemahaman yang jelas.
Melalui teori modernisasi dapat dilihat pembangunan negara perlu melalui peringkat-peringkat
seperti yang dinyatakan oleh Rostow (1960) yang membawa kepada modenisasi sesebuah
dengan bergerak ke arah yang lebih maju.

Manakala teori kebergantungan pula menilai dari aspek pembangunan melalui ekonomi
yang tidak sekata ataupun seimbang dengan semua negara yang ada. Dengan bergantungnya
negara yang kurang membangun kepada negara membangun membolehkan eksploitasi berlaku.
Meskipun pergantungan ini nampak bagus dalam pemabangunan sesebuah negara dengan sikap
tolong-menolong, namun sudah tentunya negara membangun memerlukan sumber untuk terus
kekal di atas. Jelas kebergantungan ini membawa pemabangunan negara kepada kemunduran.
Konklusi
Sebagai konklusi, pembangunan di Malaysia dapat dilihat melalui polisi yang telah dibuat
oleh pemerintah dalam memastikan bahawa pembangunan yang berlaku dalam negara adalah
pembangunan yang memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. Kedua-dua teori yang
dijelaskan adalah diterima pakai meskipun terdapat kelompangan pada keduanya. Jelas
menunjukkan bahawa pembangunan mempunyai pelbagai tafsiran dalam mendefinasikan
pembangunan itu sendiri. Dengan adanya teori yang akan menjelaskan setiap realiti yang berlaku
melalui catatan sejarah peradaban manusia mampu memberikatan impak yang positif terhadap
pembangunan negara.

=
Rujukan
Adam. R (2004) Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,
Asnarulhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (ed.) (1997).
Kenegaraan Malaysia . Kuala
Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Cosma, S. (2010) Annals of the University of Oradea, Economic Science Series. 19 (2) 220-224
Frank, A. G. (1969) Latin America: Underdevelopment or Revolution , London: Monthly Review
Press
Harris, G. (1989) Sociology in Focus: The Sociology of Development, New York: Longman Inc.
Ismail, L (1980). Sejarah Malaysia 1400–1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Lee Hwok Aun (2004). Development in Malaysia: Economics and Politics of an Idea,
Akademika 64, 65-81
Snodgrass, D. R. (1995). Successful economic development in a multi-ethnic society: the
Malaysian case (No. 503). Harvard Institute for International Development, Harvard
University.
Pejabat Perdana Menteri (n.d) Dasar Pembangunan Nasional, Putrajaya:
Pejabat Perdana
Menteri
Pejabat Perdana Menteri (n.d) Dasar Ekonomi Baru, Putrajaya: Pejabat Perdana Menteri
Rostow, W. W. (1960) The Stages of Economic Growth: A Non-Communist Manifesto,
Cambridge: Cambridge University Press