penguasaan ICT Dan dikalangan guru

Penguasaan ICT di kalangan guru
1.0

Pengenalan

Dalam era globalisasi yang pesat dengan teknologi canggih pada masa kini. Masyarakat di
setiap pelusuk dunia sentiasa mengikuti perkembangan teknologi maklumat dari semasa ke
semasa lebih-lebih lagi bagi golongan muda. Pada masa kini, masyarakat banyak
mengaplikasikan pelbagai jenis teknologi maklumat dalam kehidupan seharian seperti
penggunaan laman sosial, beberapa pangkalan data atas talian ( online), penggunaan email
dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kita dapat ketahui bahawa dalam perkembangan teknologi pada
masa kini banyak memerlukan kemahiran menggunakan komputer serta internet. Namun
dewasa ini, teknologi masa kini telah diperluaskan lagi dengan wujudnya telefon pintar. Ini
membuktikan bahawa teknologi pada hari ini berkembang semakin pesat.
Oleh itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya tidak boleh ketinggalan dalam arus
perkembangan teknologi ini. Menurut Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010)
menyarankan seseorang pendidik yang profesional perlu peka terhadap insiatif pendidikan
yang terkini. Manakala Mok Soon Sang (2007) menegaskan guru hendaklah menlengkapkan
diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperoleh maklumat
tentang perkembangan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid

menggunakan internet sebagai bahan dalam P&P.
Oleh sebab itu, guru pada zaman ini haruslah mempertingkatkan kemahiran dalam
bidang ICT supaya guru-guru dapat mengaplikasikan dengan sebaik mungkin terhadap
teknologi yang ada pada masa kini. Guru juga boleh menerapkan elemen ICT dalam
pengajaran dalam pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya mereka mudah
memahami ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut.
Merujuk petikan daripada Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010 berkaitan dengan
ucapan Timbalan Perdana Menteri seperti berikut:
“Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan
kepada penguasaan guru-guru.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan

1

guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara
kepada perkembangan ICT di Malaysia”
Daripada ucapan ini menerangkan bahawa semua warga pendidik haruslah
menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam menghadapi cabaran

dalam bidang pendidikan pada masa kini.

2.0

Pengertian ICT
ICT

adalah

merupakan

singkatan

daripada

perkataan

‘ Information

and


Communication Technology ’ yang membawa maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah
bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan
penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Oleh
itu, dapat kita nyatakan bahawa ianya adalah merupakan teknologi yang diperlukan untuk
memproses data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Jadi alat yang sesuai bagi memproses data adalah dengan menggunakan
komputer.
Menurut Senn (1998) dalam Norasiah (2009) pula menyatakan bahawa teknologi
maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan
tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini boleh mencipta peluang kepada manusia
dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Oleh itu, guru seharusnya
mengambil peluang ini untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Sementara menurut Mok
Soon Sang (1996) menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
membawa satu reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang pendidikan. Maka ini
bermaksud bidang pendidikan juga berkembang seiring dengan perkembangan ICT dan
guru haruslah menggunakannya.
3.0


Kemudahan ICT di sekolah
Holmes

(1999),

memberikan

pandangan bahawa

integrasi teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksible dalam
menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan matapelajaran yang
diajar.

Mempelajari

bagaimana


menggunakan

komputer

belum

mencukupi

untuk
2

membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, elemen yang penting dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan ialah
pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Oleh yang demikian, bagi menjayakan proses integrasi teknologi dalam pendidikan
ini, sekolah-sekolah di negara kita ini dibekalkan dengan pelbagai kemudahan antaranya
seperti makmal komputer,bantuan komputer 1 Malaysia bagi murid-murid yang mempunyai
latar belakang keluarga yang susah, pusat

akses internet dan program PPSMI. Semua


kemudahan yang diberikan supaya pendidikan di negara kita ini dapat bersaing dengan
negara-negara maju yang lain di samping menuju cabaran wawasan 2020. Daripada keratan
akhbar:

“Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi,’makmal komputer juga dibina di 6633
sekolah. Pusat akses internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi
kemudahan murid maklumat di 3029 sekolah di luar Bandar.”
Kewujudan makmal-makmal komputer ini member lebih banyak peluang dan ruang
kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dengan mudah. Sebagai sebagai
seorang pendidikan adalah menjadi suatu keperluan untuk sentiasa mempertingkatkan ilmu
pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi supaya guru-guru tidak dianggap
ketinggalan oleh murid-muridnya disebabkan jahil teknologi.
Guru yang cemerlang akan berusaha mengakses bahan-bahan daripada internet
untuk dijadikan sebagai bahan tutor dan demontrasi semasa pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru bukan sahaja menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
semata-mata malah guru juga boleh menggunakan kemudahan ICT ini bagi urusan-urusan
lain seperti mengisi data (key in) atas talian, penggunaan microsoft word untuk membuat
soalan peperiksaan dan sebagainya. Justeru, sebagai guru alaf baru ini, penggunaan ICT
adalah menjadi suatu keperluan dan patut dikuasai dengan baik.


4.0

Faktor yang mempengaruhi guru terhadap penggunaan ICT
Walaupun kerajaan telah menyediakan keperluan ICT di sekolah, namun tidak semua

dikalangan guru yang mahir dalam bidang ICT ini. Dalam proses penggunaan ICT ini dalam
pendidikan, terdapat dua kumpulan guru yang perlu diambil kira iaitu guru lama (veteran)
dan guru baru. Biasanya masalah kemahiran penggunaan ICT ini berlaku kepada guru lama
3

(veteran). Manakala bagi guru muda mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan
kemahiran ICT semasa mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. Oleh itu,
apa yang kita dapat lihat pada senario di sekolah-sekolah, kita dapati ramai guru baru dan
muda lebih menguasai ICT daripada guru veteran.
Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pendidikan
di kalangan guru-guru. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan ICT di kalangan guru-guru antaranya:
 Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan
 Minat terhadap ICT

 Sikap terhadap ICT
 Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di sekolah
 Keberkesanan Kendiri Terhadap Penggunan ICT

4.1

Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan
Kemahiran ICT guru-guru sebenarnya mempunyai kaitan dengan pengetahuan dan

kemahiran guru tentang komputer. Oleh itu bagi memastikan aspek pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer berjalan dengan lancer, satu aspek yang perlu diambil
perhatian ialah pengetahuan guru. Ini kerana tanpa pengetahuan yang baik dan jelas
berkenaan dengan komputer dapat memastikan penggunakan ICT sebagai alat dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Namun begitu dalam satu kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa guru-guru
kurang

kompeten

dalam


menggunakan

teknologi,

terutamanya

komputer.

Walaubagaimanapun, mereka masih berasa selesa apabila mengunakan komputer. Selain
itu, internet merupakan salah satu saluran pengetahuan yang boleh digunakan dalam
mendapatkan maklumat dan idea-idea baru. Namun begitu, sekiranya guru-guru tidak
mempunyai pengetahuan tentang pencarian di internet, proses untuk mendapatkan bahan
tersebut akan menjadi sulit dan lambat serta kadang kala tergendala. Keadaan ini biasanya
berlaku terutamanya kepada guru-guru yang tinggal di luar bandar.
Selain itu, pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam ICT dapat meningkatkan
keyakinan guru semasa mengajar ( Balakhrishnan,2002). Oleh yang demikian, kemahiran
guru-guru juga dapat meningkatkan minat pelajar untuk menulis, membetul dan

4


mengubahsuai serta lebih berbangga dengan hasil kerja mereka (Robinson-Stavely &
Cooper, 1990). Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai pengetahuan sekurangkurangnya pada peringkat asas dalam ICT untuk menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
Dalam kajian Norizan Ahmad (2003), kebanyakan guru-guru menggunakan beberapa
perisian dalam kerja-kerja sekolah antaranya eperti berikut:
i.

Microsoft word

ii.

Microsoft Excel

iii.

Microsoft Access

iv.


Microsoft Power Point

v.

Perisian yang sedia ada

Reinen & Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang
diikuti dengan kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, samada kursus dalam perkhidmatan atau
kursus semasa dalam program pendidikan amatlah berguna untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

4.2

Minat Terhadap ICT
Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi ICT boleh mewujudkan satu asas bagi

sikap mereka terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara amnya, guru mempunyai
sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, dengan
penggunaan internet dapat menarik minat guru untuk mendapatkan maklumat dengan
mudah. Hal ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru
dengan ICT. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan pandangan kalangan guru
apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru dengan ICT dilakukan.
Jika dilihat secara lebih mendalam, minat guru terhadap ICT perlu seimbang dengan
minat pelajar terhadap ICT. Kemungkinan juga tahap minat dikalangan pelajar jauh lebih
tinggi berbanding dengan tahap minat guru. Oleh itu, untuk menghadapi pelajar pada
zaman ICT ini, guru perlu memupuk minat terhadap ICT supaya bersesuai dengan
perkembangan pelajar-pelajar di sekolah.

5

4.3

Sikap terhadap ICT
Salah satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak mahu

mengubah diri untuk melakukan perubahan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah
gaya pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti
menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru
biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan
apa yang mereka lakukan selama ini. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan
inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.

4.4

Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di sekolah
Sekolah-sekolah yang berada di kawasan luar Bandar terutamanya menghadapi

masalah kekurangan komputer dan perisian yang menyebabkan kebolehcapaian terhadap
ICT semakin terbatas. Oleh sebab itu, pengaplikasian ICT dalam pengajaran menjadi
semakin sukar dan terbatas. Keadaan ini lama kelamaan akan memberi kesan kepada minat
dan sikap guru untuk menggunakan ICT dalam pengajarannya.
Dalam aspek kekurangan dan kelemahan kemudahan, ianya dapat dibahagikan
kepada beberapa bahagian iaitu kekurangan dari segi komputer, kelemahan pengurusan
kemudahan, kualiti yang rendah, perisian yang tidak sesuai termasuklah kebolehcapaian
secara individu guru-guru. Biasanya bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari
sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh
sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru kebiasaannya penggunaan
ICT dalam pengajaran hanya berfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masamasa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjalan setiap masa.
Kajian Preston et al. (2000) mendapati bahawa mutu peralatan ICT yang rendah
boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran. Ramai guru menyatakan
komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan ada yang sebahagiannya sudah ketinggalan
zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologi komputer. Oleh itu,
komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai
dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar.

6

4.5

Keberkesanan Kendiri Terhadap Penggunaan ICT
Konsep keberkesanan kendiri adalah satu kepercayaan tentang kebolehan seseorang

itu dalam mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Konsep keberkesanan kendiri ini lebih
menjurus kepada kepada kepercayaan seseorang itu sama ada benar atau tidak dengan
kebolehan atau kemampuannya melakukan sesuatu perkara. Konsep keberkesanan kendiri
ini juga diambil daripada teori sosial kognitif Albert Bandura. Menurut Bandura, sifat
keberkesanan kendiri ini memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan seseorang
(Omrod,2006)
Di dalam konteks penggunaan ICT pula, Delcourt dan Kinzie (1993) mendapati
bahawa untuk menguasai sesuatu teknologi baru, seseorang itu perlu mempunyai sikap
yang positif terhadapnya, ini termasuk keberkesanan kendirinya serta keyakinannya
terhadap penggunaan teknologi tersebut. Campeau et.al. (1999) pula mendapati bahawa
keberkesanan kendiri mempengaruhi penggunaan ICT secara positif. Kajian tersebut
menyokong kajian yang dijalankan oleh Decker (1998) di mana Decker mendapati bahawa
peranan keberkesanan kendiri sering diketepikan dalam menentukan prestasi seseorang itu
menyumbang kejayaan dalam sesebuah organisasi. Decker juga mendapati bahawa
keberkesanan kendiri yang rendah menghalang kemampuan dan kebolehan individu untuk
mempelajari dan menguasai teknologi komputer.

5.0

Tahap penguasaan guru terhadap ICT

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Yahya Othman dan Roselan Baki dari Universiti Putra
Malaysia mengenai aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: Penguasaan Guru dan
Kekangan dalam Pelaksanaan mengikut dapatan kajiannya mendapati tahap penguasaan
komputer adalah seperti jadual di bawah.

7

Jadual Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer
Jenis

Min

Microsoft Word
Microsoft Excel
Microsoft Access
Microsoft Power Point
Multimedia
Pembinaan Laman Web
Internet

2.72
2.31
2.05
2.26
1.94
1.32
2.18

SP

Tahap Penguasaan
Sederhana
27.6
59.8
73.6
52.9
75.9
23.0
64.4

Baik
72.4
35.6
16.1
36.8
9.2
4.6
27.6

.449
.556
.513
.637
.490
.560
2.19

Lemah
0
4.6
10.3
10.3
14.9
72.4
8.0

Daripada jadual di atas dapat kita huraikan bahawa aplikasi yang paling dikuasai oleh
sempel kajian ialah Microsoft Word (min 2.72;tahap baik 72.4%). Kemudian kemahiran
tahap kedua yang paling dikuasai ialah Microsoft Power Point (2.26; tahap baik
36.8%).Kemudian kemahiran tahap ketiga paling yang paling dikuasai ialah Microsoft Excel
(min 2.31; tahap baik 35.6%). Kemudian kemahiran tahap keempat yang paling dikuasai
ialah penggunaan internet (min 2.18; tahap baik 27.6%). Kemudian kemahiran tahap kelima
yang dikuasai ialah microsoft access (min 2.05; tahap baik 16.1%). Seterusnya diikuti oleh
kemahiran penggunaan multimedia (min 1.94; tahap baik 9.2%). Dan akhir sekali tahap
yang paling lemah ialah pembinaan laman web (min 1.32;4.6%).

6.0

Kebaikan dan kepentingan ICT dalam pendidikan
Kehadiran ICT merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan dan

profesion keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan ICT
dalam bidang pendidikan member kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran
seperti memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti
multimedia,

simulasi

serta

membuat

aktiviti

kumpulan

menerusi

aplikasi

sistem

rangkaiannya.
Selain itu, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya
teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah perkampungan
elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses
maklumat telah dapat diperluaskan. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara
guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dalam bilik
darjah bukan lagi disempadani batu bata atau kayu sebaliknya berinteraksi di alam maya.

8

Di samping itu, ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat
keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong pengurus
sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan,mudah, cepat dan membuat
keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran
pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu
mengajar, hal yang berkaitan dengan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini
bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem
maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul
dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang,
mengawal dan menganalisis.
7.0

Kesimpulan
Oleh kerana ICT begitu member kesan kepada bidang pendidikan dan profesion

keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran ICT ini dengan
baik. Keperluan perkembangan professional guru dalam ICT haruslah dipertingkatkan dari
semasa ke semasa. Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan
alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan
inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat
dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi
mental, sikap mahupun dari segi fizikal.
Selain itu, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat
menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan
di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat
dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negative akibat
penggunaan yang tidak terkawal. Walau apa pun pandangan kita, penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan
mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku pelajar semasa menggunakan
teknologi canggih ini. Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni juga penting untuk
melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah
ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah atau jenayah
komputer yang membimbangkan generasi akan datang. Semuanya bermula dengan guru
kerana gurulah yang membina generasi masa hadapan.
9