ISU ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA ANALIS

ISU-ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA: ANALISIS
TERHADAP ISU PENGGUNAAN BAHAN BERUNSUR NAJIS
DALAM PRODUK-PRODUK MAKANAN DAN
FARMASEUTIKAL

SITI RAIHANA BT MAT JID
IGA 140039

HUKUM ISLAM SEMASA
(IFGH6322)

Jabatan Fiqh Dan Usul,
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
1

KUALA LUMPUR
DISEMBER 2014
SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN
3

ULASAN LITERATUR
6
BAB 1: NAJIS


Definisi Najis



7
Kejadian Najis
7

BAB 2: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM MAKANAN


Definisi Makanan




8
Bahan Najis Dalam Produk Makanan
9

BAB 3: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM FARMASEUTIKAL


Definisi Farmaseutikal



12
Definisi Ubat
12
2



Bahan Najis Dalam Farmaseutikal
12


BAB 3: ANALISA HUKUM BAHAN BERUNSUR NAJIS


Hukum Najis Dalam Produk Makanan



16
Hukum Najis Dalam Bidang Farmaseutikal
18

BAB 4: RUMUSAN DAN CADANGAN
20
BIBLIOGRAFI
21

PENGENALAN

Makanan merupakan antara benda asas yang paling penting selepas

kewujudan air (H2o). Manusia memerlukan makanan untuk meneruskan
kehidupan seharian. Di dalam makanan, terdapat sumber penting kepada
badan manusia seperti karbohidrat, protein, mineral, lemak, dan vitamin.
Sebagai contoh, karbohidrat adalah untuk penggunaan tenaga di dalam
sistem

tubuh

badan

manusia.

Kita

perlu

cukup

seimbang


dalam

pengambilan zat-zat makanan untuk kesejahteraan diri. 1
1 Arsip Blog, Pengertian Fungsi Dan Sumber Protein, Karbohidrat, Lemak, Vitamin & Mineral,
http://adesbudiana.blogspot.com/2013/10/pengertian-fungsi-dan-sumber-protein.html (akses
November 29,2014)

3

:Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran

‫ت‬
‫ت‬
‫حل تل ا ط تييبا ا وتل ت ت تت تب بععوا ا‬
‫س ك ععلوا ا ب‬
‫ض ت‬
‫م ت‬
‫تيا أي يتها التنا ع‬
‫ما بفي الار ب‬
‫شي ا ت‬

‫ت ال ت‬
(168) ‫ن‬
‫ع‬
‫وا ب‬
‫م ع تد عوو ي‬
‫ه ل تك ع ا‬
‫ن إ بن ت ع‬
‫مببي ن‬
‫طا ب‬
‫خط ع ت‬
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari
apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan
janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
nyata bagi kamu”. (al-Baqarah 2:168)
Pemakanan adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia
kerana ia memberi impak yang besar terhadap tumbesaran dan akhlak
seseorang.2 Islam menggariskan panduan dalam pemilihan makanan yang
diberi keutamaan dari aspek halal dan baik.3
Malaysia Standart 1500 turut mendefinisikan makanan halal. Makanan

halal yang dibenarkan oleh hukum syara dan menepati syarat-syarat
berikut:4
a) Makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi mana-mana
bahagian atau produk haiwan yang tidak halal kepada orang Islam
mengikut hukum syara atau produk daripada haiwan yang tidak
disembelih mengikut hukum syara.
b) Makanan tersebut tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis
mengikut hukum syara.
2 Lokman Ab. Rahman, Isu Halal Tiada Penghujung (Melaka: Alambaca Sdn. Bhd. & PKPU
JAKIM, 2009) 31.
3 Nor Musfirah, 139.
4 Jabatan Piawaian Malaysia, Malaysian Standart MS 1500, Halal Food Production,
Preparation, Handing And Storage-General Guidelines, cet. 2, (Kuala Lumpur: Yayasan
Ilmuan, 2009).

4

c) Makanan tesebut adalah selamat dan tidak memudaratkan.
d) Makanan tersebut tidak disediakan, diproses atau


dikilang

menggunakan peralatan yang dicemari bahan-bahan najis mengikut
hukum syara.
e) Makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi mana-mana
bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak
dibenarkan syara.
f) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau
pengangkutan, makanan tersebut diasingkan dari makanan lain yang
tidak menepati keperluan seperti dalam perkara a) b) c) d) atau e) di
atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan najis mengikut hukum
syara.5

Sebagai umat Islam yang ingin diredhai Allah di dunia dan akhirat,
kita bukan sahaja perlu menjaga kualiti makanan kita, bahkan juga menjaga
status kehalalan dan kebaikan makanan yang akan diproses dan dihadam di
dalam tubuh kita, seterusnya menjadi ketulan hati. Yang mana akhirnya
melahirkan jati diri kita sama ada insan yang baik atau tidak baik. Hati
adalah juzuk terpenting dalam diri manusia. Ia ibarat raja atau penguasa
dalam diri. Hatilah yang menentukan arah tuju kehidupan. Ramai kalangan

umat Islam prihatin tentang makanan yang halal ini sangat sensitif dengan
perkara ini. Bayangkan jika ada restoran yang menulis dengan tulisan tangan
“pork

free”

bagi

menyatakan

bahawa

restoran

tersebut

tidak

menghidangkan makanan haram iaitu khinzir. Bagi restoran yang menulis
5 Ibid.


5

perkataan ini sewajarnya memahami tujuannya dan tahu konsep halal dan
haram.6
Soal berkaitan isu halal dan haram ini bukan sahaja terletak kepada
persoalan tiada hidangan daging yang haram, malah lebih jauh dari itu, iaitu
bagaimana makanan ini diperoleh daripada sumber yang halal.7
Manakala dalam bidang farmasi pula, ubat-ubatan tidak terlepas dari
penggunaan umum manusia, di mana sumber ubat yang digunakan terdiri
dari beberapa kelompok bahan-bahan iaitu sumber manusia, sumber haiwan,
sumber tumbuhan, sumber tanah, dan sumber air. Namun begitu, melalui
teknologi moden pada masa ini, kebanyakan ubat menggunakan bahan
sintetik yang berkait rapat dengan alkohol, gelatin dan dadah. Jadi, sebagai
pengguna Islam, isu-isu yang bersangkutan dengan halal dan haram sesuatu
ubat itu amat dititikberatkan, supaya kita mendapat mutu dan kualiti
kebersihan seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.8
Kajian ini hanya menggunakan kajian perpustakaan. Pengkaji hanya
melihat kepada buku-buku tanpa menjalankan kajian di luar. Justeru itu,
suatu analisis akan dibuat untuk menilai fenomena di dalam isu-isu

kepenggunaan Islam pada masa kini, iaitu penggunaan bahan-bahan tidak
halal yang mengandungi unsur najis di dalam sektor pembuatan makanan
dan farmaseutikal.
6 Dr. Aminudin Mansor, Pentingnya Isu Halal Dan Haram (Sinar Harian, 2013)
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pentingnya-isu-halal-dan-haram-1.214990
(akses November 27, 2014).
7 Ibid.
8Department of Islamic Development Malaysia, Joint Guidelines on Control of Medicines In
Islam, Putrajaya: JAKIM, http://www.islam.gov.my/en/joint-guidelines-control-medicines-islam
(akses November 29, 2014)

6

ULASAN LITERATUR

Secara umumnya, pengkaji telah membuat sorotan kajian-kajian lepas
terhadap tajuk berkaitan dengan bahan berunsur najis dalam produk-produk
makanan dan farmaseutikal. Kajian-kajian lepas dilakukan bagi melihat
pengkajian yang pernah dilakukan seterusnya mengisi kelompongan yang
terdapat

pada

isu

yang

berkaitan

dengan

tajuk

kajian.

Pengkaji

membahagikan sorotan kajian lepas kepada dua pengkelasan iaitu konsep
najis, iaitu najis dalam makanan dan najis dalam farmaseutikal, dan hukum
bahan berunsur najis.
Pertama: Konsep najis

7

Bagi isu makanan dan minuman berunsur najis dikupas dalam buku
“Halal Food Production”9, Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru” 10,
“Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif Syarak”,11

Kedua: Hukum bahan berunsur najis
Dalam memperkatakan tentang hukum bahan berunsur najis ini, antara
kitab-kitab yang menjadi sumber rujukan utama penulis ialah, Fath al-Bari
Syarh al-Bukhari,12 Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah, 13 Mausu’ah al-Imam
al-Shafie: Kitab al-Umm,14 dan Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh Jamial al-Tirmizi15.

BAB 1 : NAJIS

Definisi Najis
Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik seperti darah, air kencing dan
tahi. Najis dari segi istilah dibahagikan kepada dua iaitu najis hakiki dan najis
hukmi. Najis hakiki: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya
hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat. Najis hukmi:
9 Mian N. Riaz dan Muhammad M. Chaudry, Halal Food Production (London: Crc Press, t.t.)
115-120.
10 Mohd Noorizzuddin Nooh, Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru (Negeri Sembilan:
USIM, 2007).
11 Nor Musfirah Bt Mohamad, Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif
Syarak (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012)
12 Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalani, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, Jil. 9, (t.tp., t.p., 2001)
564-565.
13 Abd al-Rahman ibn Muhammad al-Najdi, Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn
Taimiyyah, jil.21, (Kaherah: Dar al-Wafa’, t.t.) 611.
14 Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Shafie, Mausu’ah al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm,
jil. 3, (Beirut: Dar Qutaibah, 1996) 534-535.
15 Muhammad Abd al-Rahman ibn Abd al-Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh
Jamial al-Tirmizi,

8

Perkara yang merangkumi anggota-angota badan yang menghalang sah
solat. Seperti hadas kecil dihilangkan dengan berwuduk, manakala hadas
besar dihilangkan dengan mandi.16

Kejadian Najis
1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut.
(Contoh: Tahi, air kencing, dan air mazi)
2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah)
3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis.
**(Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan,
arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan
semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).17

BAB 2: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM MAKANAN

Definisi Makanan
Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk
pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa,
16 Wahbah al-Zuhaili, 259.
17 Cikgu Faizah, Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya,
http://inspirasiinformasi.blogspot.com/2011/12/jenis-jenis-najis-dalam-islam-dan-cara.html
(akses November 28, 2014)

9

warna dan bau yang berlainan. Terdapat makanan savouri18 dan makanan
manis. Makanan merupakan keperluan asas atau primer setiap manusia.
Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial.
Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Contoh pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu
kurang berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan
dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan.
Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, aktiviti seharian,
pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap kesihatan.19
Kita sebagai umat Islam yang ingin menjaga kemaslahatan diri , perlu
mengambil kira soal halal dan haram makanan kita. Makanan dibahagikan
kepada dua, boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Antara makanan
haram seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Telah diharamkan ke atas kamu bangkai binatang,
darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan
kerana Allah, yang mati tercekik, dipukul, jatuh dari
atas,

yang

ditanduk,

yang

mati

diserang

oleh

binatang buas, (kecuali yang sempat kamu sembelih)
dan yang disembelih untuk berhala”. (al-Maidah 5: 3)

18 Sejenis herba.
19 Wana & Lynn “Makanan Dan Pemakanan” Perak: Tanjung Malim,
http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/makanan-dan-pemakanan.html (akses November
10,2014)

10

Bahan Najis Dalam Produk Makanan
1) Binatang yang tidak disembelih
Sembelihan bermakna menghilangkan nyawa binatang yang halal
dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan
alat yang tajam dengan niat kerana Allah. 20 Binatang yang disembelih
mengikut kaedah ini adalah kaedah terbaik dalam proses mematikan haiwan
bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.21
Electro Encephalograph

(EEG) dipasang pada

otak

lembu

bagi

mencatat darjah rasa sakit ketika disembelih. Electro cardiograph (ECG)
dipasang di jantung lembu untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar
ketika

disembelih. Lembu

disembelih

mengikut

syariat

islam

dan

menggunakan kaedah mesin yang digunakan oleh barat.22
Dari hasil kajian prof Schultz dan Dr Hazim di Hannover University
Jerman dapat diperoleh kesimpulan bahawa: Penyembelihan menurut syariat
islam menunjukan pada 3 saat pertama selepas ternakan disembelih tercatat
tidak ada perubahan pada graf EEG, bermakna tidak ada rasa sakit. Setelah
itu, ECG pada jantung merakam aktiviti luar biasa dari jantung untuk
menarik

sebanyak

mungkin

darah dari

seluruh anggota

badan dan

mengepamnya keluar. Ia merupakan refleksi gerakan koordinasi antara
20 Wahbah al-Zuhaili, 292.
21 Nizarazu, Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan,
http://www.nizarazu.com/kenapa-haiwan-mesti-disembelih-sebelum-dimakan/ (akses
November 28, 2014)
22 Detik Islam, Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih,
http://detikislam.blogspot.com/2014/10/fakta-sains-haiwan-korban-tidak-sakit.html# (akses
November 28, 2014).

11

jantung dan saraf tunjang. Ketika darah keluar melalui ketiga saluran yang
terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik tetapi turun kepada angka
sifar.

Ia

menepati

prinsip

Good

Manufacturing

Practise

(GMP)

yang

menghasilkan Healthy Food.23
Ia amat berbeza dengan kaedah secara pengsan/ dibius / disetrum /
dipukul kepalanya di Barat, yang mana menghasilkan daging yang tidak
sihat dan tidak sesuai dimakan. Timbunan darah beku yang tidak keluar
selepas ternakan mati merupakan medium bagi bakteria pengurai tumbuh
dan merosakkan kualiti daging.24
2) Al-Jallalah
Al-jallalah ialah kategori haiwan yang memakan atau diberi makanan
kotor dan najis25 sama ada secara berkala dan konsisten, atau pun
sebahagian besar dietnya adalah makanan kotor atau tahi. Haiwan ini pada
asalnya adalah halal dimakan, namun disebabkan tabiat pemakanannya
yang tidak bersih telah mengakibatkan perubahan bau, warna dan rasa asal
isinya.26
Isu semasa berkaitan ternakan haiwan yang boleh diqiyaskan dengan
haiwan al-jallalah adalah seperti penternakan ikan patin dan ikan keli yang
dibesarkan dan diberi makanan kotoran serta najis, dan lembu Kobe yang
diberi minuman wain sejak dari kecil.27

23 Ibid.
24 Ibid.
25 Muhammad bin Mukrim Ibn Manzur, Lisan al-Arab (t.tp., Dar Sadir, 1990) 664.
26 Nazih Hammad, Al-mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ Baina alNazariyyah wa al-Tatbiq, 16.
27 Mohammad Aizat Jamaludin Et. Al., 7.

12

3) Bakteria
Bakteria merupakan organism satu sel yang terdapat dalam pelbagai
saiz dan struktur. Bakteria yang yang menjadi punca pencemaran makanan
contohnya seperti Salmonella, Escherichia coli, Staphylococcus aureus, dan
Clostridium perfringens.28
Antara isu membabitkan produk bioteknologi seperti yogurt yang
dihasilkan daripada aktiviti fermentasi oleh bakteria yang dipencilkan
bersumberkan najis bayi. Bagaimanapun, bahan pada asalnya berunsur najis
selepas melalui proses pemindahan dan pemencilan bakteria baru melalui
kaedah mikrobiologi yang mana bahan akhirnya dikategorikan sebagai halal
kerana tidak lagi tercemar dengan najis bayi.29
Ini berteraskan konsep istihalah. Ia dihuraikan sebagai perubahan dan
pertukaran sesuatu bahan kepada bahan lain yang meliputi pertukaran zat
dan sifat.30 Misalnya, perubahan bentuk fizikal dengan mengekalkan
kandungannya seperti air membeku dan berubah menjadi ais.31
Terdapat dua pandangan berkenaannya, pendapat pertama yang
memperluaskan pemakaiannya adalah dari kalangan mazhab Hanafi, 32
Maliki,33 dan Ibn Hazim al-Zahiri.34 Mereka merealisasikan teori istihalah
28 Sanitasi Makanan, Bakteria,
https://fififini.wordpress.com/punca/mikroorganisma/bakteria/, (akses November 28, 2014).
29 Harian Metro, Najis Halal, Kolum Setempat, (19 Dis 2012) 29.
30 Majlis al-A’lali al-Syuun al-Islamiah, Mausuat Jamal Abdul Nasir fi al-Fiqh al-Islam (t.tp.,
t.p, 1309H), 7.
31 Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Husaini al-Jurjani, al-Takrifat (Beirut: Dar alNafais, 2000), 23.
32 Alaudin Ai Bakar bin Mas’ud al-Kasani, Badai’ Sanai’ Fi Tartib al-Syarai’ (Beirut: Darul
Kutub al-Ilmiyyah, t.t) 442.
33 Muhammad bin Ahmad bin Arafah al-Dusuqi, Hasyiyat al-Dusuqi ala Syarh al-Kabir
(Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah, 1980) 50.
34 Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said Ibn Hazim,al-Muhalla (Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah, 1988) 138.

13

dalam skop yang lebih umum. Mereka menerima teori ini sebagai salah satu
proses yang boleh mengubah sesuatu benda najis kepada sesuatu yang suci
sama ada terjadi secara semula jadi seperti melalui proses pemeraman arak
menjadi cuka atau tidak semula jadi menerusi percampuran dengan bahan
lain.35
Pandangan yang kedua menyempitkan realisasi teori istihalah
kepada aspek tertentu sahaja. Pandangan ini didokong oleh ulama dari
kalangan mazhab Syafie dan Hanbali. Mereka berpendapat bahawa sesuatu
bahan yang najis tidak boleh menjadi suci dengan berubah sifatnya kecuali
tiga keadaan. Pertama, arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya.
Kedua, kulit binatang yang mati selain daripada anjing dan babi menjadi suci
apabila disamak. Ketiga adalah sesuatu yang berubah menjadi haiwan
seperti haiwan berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu kehidupan yang
baru.36
Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun
kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa
setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia.37
BAB 3: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM FARMASEUTIKAL

Definisi Farmaseutikal
35, Mohammad Aizat Jamaludin & Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, 174.
36 Wahbah al-Zuhaili, Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, juz 1, cet.4 (Damsyiq: Dar al-Fikr, 1997)
100.
37 E-Fatwa “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen
Pemangkin Dalam Yogurt” JAKIM,
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-bakteria-yang-diambildaripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin- (akses November 11,2014).

14

Berkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi.38

Definisi Ubat
Ubat ialah bahan bagi meringankan, merawat, menyembuh, ataupun
mencegah penyakit manusia serta meningkatkan taraf kesihatannya. Ubat
boleh digunakan dengan pelbagai cara dan bentuk. Ubat bukan sahaja boleh
dimakan ataupun diminum seperti lazimnya, namun boleh juga digunakan
dengan pelbagai cara seperti melalui dubur, faraj, suntikan, ditampal di atas
kulit, ditanam di bawah kulit, disapu dan sebagainya.39

Bahan Najis Dalam Farmaseutikal
1) Gelatin
Bagi farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras,
kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan. Prof. Abdul Karim Alias,
Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah dari Fakulti
Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia menjelaskan terdapat dua jenis
gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia. Jenis itu ialah jenis A dan jenis B.
1. Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porcine iaitu
babi. Gelatin ini diproses menggunakan asid dan boleh menghasilkan
kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti.
2. Gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali ataupun air kapur
dan menggunakan sumber tulang serta kulit-kulit haiwan bovine
38 Pusat Rujukan Persuratan Melayu “ Farmaseutikal” Dewan Bahasa dan Pustaka,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=farmaseutikal (accessed November 09,2014).
39 Dr. Harmy Mohd Yusoff dan lain-lain, Fikah Perubatan (Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.
Bhd., 2011), 82.

15

seperti lembu, kambing dan kerbau. Gelatin yang dihasilkan sedikit
kuantitinya berbanding dengan babi.
2) Alkohol
Dalam ilmu kimia, alkohol adalah sebatian organik di mana kumpulan
hydroxyl (-OH) terikat dengan atom karbon daripada kumpulan alkil. Formula
ringkas untuk acyclic alcohol adalah CNH2N+1 OH. Secara umumnya,
perkataan alkohol yang terdapat di dalam arak atau minuman keras merujuk
kepada alkohol jenis etanol. Etanol haram digunakan dalam Islam sama ada
bagi diminum, digunakan pada pakaian ataupun sebarang kegunaan. Perkara
ini kerana etanol dihasilkan melalui proses penapaian yang menjadikannya
najis. Terdapat beberapa jenis alkohol lain seperti alkohol isopropil (propan-2ol) atau propanol, alkohol kayu (alcohol metil) atau metanol, dan juga
butanol. Pembentukan alkohol ini berdasarkan bilangan kumpulan hydroxyl (OH) yang terikat dengan atom karbon daripada kumpulan alkil. Berbeza
dengan etanol, alkohol jenis ini tidak dihasilkan secara besar-besaran.40
Etanol memberi kesan kepada sistem saraf sentral (otak dan
pemikiran) yang menyebabkan rasa mengantuk, mabuk dan ketagihan.
Selain daripada itu, pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan kerosakan
organ-organ lain termasuklah hati dan penyebab kanser. Manakala metanol
mempunyai kesan yang lebih berbahaya kerana ia adalah racun yang boleh
menyebabkan keadaan buta dan kematian.41
40 Scribe, Chapter 2: Carbon Compounds, http://www.scribd.com/doc/219239619/Chapter-2Carbon-Compunds (akses November 29, 2014)
41 Bahagian Kawalan Penyakit, Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan Amphetamine
Type Stimulant (ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti, (Kuala
Lumpur: Pertubuhan Kesihatan Sedunia Who, 2013) 12.

16

Pada zaman moden ini, alkohol bukan sahaja dihasilkan melalui
proses fermentasi (penapaian) karbohidrat daripada buah-buahan dan bijibijian, bahkan kebanyakannya dihasilkan melalui proses hidrasi alkenes
daripada pemecahan petroleum dan juga proses oxo (katalis). Di sini, alken
bertindak balas dengan karbon monoksida dan hidrogen. Proses-proses ini
disifatkan lebih bersih berbanding proses penapaian.42
Fungsi etanol dalam makanan lebih dikenali sebagai pelarut. Pelarut
adalah bahan yang boleh melarut sesuatu bahan lain.43 Pelarut pembawa
digunakan untuk membantu penyebaran warna, rasa, agen pengemulsi dan
bahan tambahan makanan. Manakala pelarut ekstraksi digunakan untuk
mengekstrak minyak dan lemak dari pengeluaran yang belum diolah dan
semi-olahan.44

3) Dadah
Dadah pada umumnya adalah bahan yang banyak mendatangkan
kemudaratan

berbanding

kebaikan.

Seperti

mana

arak,

dadah

juga

memabukkan, mengkhayalkan dan menjadikan si penggunanya ketagih.
Dadah merosakkan akal, fikiran dan sistem-sistem lain di dalam badan.

42 Culby Halaqah Cinta, Bancuh Alkohol Cikit,
http://culbyhalaqahcinta.blogspot.com/2012_08_01_archive.html (akses November 29, 2014)
43 Noresah bt Baharom et. Al., Kamus Dewan, ed. 3, cet. 7, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2002) 770.
44 FAO & WHO, Evalution of Food Additives Specifications for The Identity And Purity of Food
And Review of The Tehnological Efficacy of Some Antimicrobial Agents, (Rome: Food And
Agriculture Organization of The United Nations, 1971) 9.

17

Malah menimbulkan pelbagai gejala dan impak buruk yang besar dalam
masyarakat.45

Dadah dalam perubatan:
A) Bahan narkotik- bahan ini merujuk kepada candu dan hasil-hasilnya sama
ada bersumberkan tumbuhan pokok popi ataupun secara sintetik. Dadah
jenis ini digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat penahan sakit bagi
menghilangkan kesakitan yang teruk kerana serangan jantung akut, kanser
dan sakit bersalin. Contoh ubat yang biasa digunakan adalah morfin dan
pethidin serta kodein (ubat batuk).

B) Ganja- dikenali sebagai marijuana dan kanabis terhasil daripada
tumbuhan jenis cannabis sativa dan cannabis indica. Dadah jenis ini pernah
dijadikan

ubat

penahan

sakit

pada

suatu

ketika

dahulu.

Sekiranya

disalahgunakan, ia menyebabkan mual, muntah, cirit-birit, mata merah, dan
kekejangan. Pada dos yang tinggi pula, ia menyebabkan khayal dan
menjadikan penggunanya tidak siuman.

C) Kokain- terhasil daripada daun koka. Dalam bidang perubatan, ia
digunakan bagi membius dan menghentikan pendarahan. Kokain memberi
kesan negatif seperti gangguan bayangan ilusi fantasi dan menghilangkan

45 Bahagian Kawalan Penyakit, Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan Amphetamine
Type Stimulant (ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti (Kuala
Lumpur: Pertubuhan Kesihatan Sedunia Who, 2013).

18

perasaan malu. Apabila berlebihan, ia boleh menyebabkan sawan dan
membawa kematian akibat sesak nafas dan keracunan.46

BAB 4 : ANALISA HUKUM BAHAN BERUNSUR NAJIS
Hukum Najis Dalam Produk Makanan
1) Binatang yang tidak disembelih
Hukum sembelihan merupakan syarat yang mengharuskan binatang
darat dimakan. Tidak ada satu pun binatang yang boleh dimakan

46 Ibid.

19

menjadi halal untuk dimakan tanpa disembelih secara syara’. 47 Ulama
mengatakan hukum haram memakan binatang yang tidak disembelih
mengikut syariah Islam48 berdasarkan surah al-Maidah, ayat 3.

2) Al-Jallalah
Pandangan yang mengharuskan makan al-jallalah dikemukakan oleh
Hassan

al-Basri

dan

Malik

r.a.49

Dalam

keadaan

ini,

Imam

Malik

mensyaratkan haiwan al-jallalah tersebut dikuarantinkan atau dikurung
terlebih dahulu dan berlaku proses perubahan. Proses di sini merujuk
perubahan zat di dalam badan haiwan tersebut apabila unsur–unsur
kekotoran atau najis yang ada bertukar menjadi suci dan halal untuk
dimakan.50
Pandangan kedua pula adalah tidak harus dimakan sebagaimana
diutarakan oleh Ahmad ibn Hanbal, al-Shafie dan Abu Hanifah. Ahmad ibn
Hanbal mengatakan haram, manakala al-Shafie mengatakan makruh, 51 dan
Abu Hanifah mengatakan makruh tanzih.52
Sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.:

47 http://watashi-izuan.blogspot.com/2009/05/tesis-konsep-penyembelihan-binatangdah.html (akses 5 Disember, 2014)
48 Syeik Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Majmuk Fatawa Wa Maqalat al-Mutanawwiat, juz.
23.
49 Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalani, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, Jil. 9, (t.tp., t.p., 2001)
564-565.
50 Abd al-Rahman ibn Muhammad al-Najdi, Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn
Taimiyyah, jil.21, (Kaherah: Dar al-Wafa’, t.t.) 611.
51 Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Shafie, Mausu’ah al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm,
jil. 3, (Beirut: Dar Qutaibah, 1996) 534-535.
52 Al-Asqalani, 564-565.

20

“Rasulullah

s.a.w.

melarang

daripada

memakan

daging keldai ternakan dan dilarang makan haiwan
al-jallalah sama ada menunggang dan memakan
dagingnya”.53
Pada pandangan penulis, harus memakan al-jallalah sekiranya tidak
didapati makanan selainnya. Sekiranya, masih banyak lagi pilihan lauk-pauk,
contohnya realiti kita di Malaysia, maka tidak harus memakan al-jallalah
kerana terdapat kotoran yang masih melekat pada isi dan darah daging
haiwan al-jallalah.

3) Bakteria
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004, telah
membincangkan mengenai hukum menggunakan bakteria yang diambil
daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam yogurt. Muzakarah telah
memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan
daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus
dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar
dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi
adalah mutanajjis.54

53 Muhammad Abd al-Rahman ibn Abd al-Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh
Jamial al-Tirmizi, “Bab al-At’imah an Rasulillah, Kitab Ma Ja’a fi Akli Luhumi al-Jallalah wa
Albaniha”, hadis no. 1884. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1990) 549-550.
54 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-bakteria-yangdiambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin-

21

Pada pandangan penulis, fatwa lebih diterima pakai kerana bakteria
yang asalnya diambil dari najis bayi telah melalui pelbagai peringkat
pengasingan di dalam makmal.

Hukum Najis Dalam Bidang Farmaseutikal
1) Gelatin
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984
telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa
sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan
halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin
dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.55
Penulis

berpendapat

dengan

pandangan

fatwa

kebangsaan

yang

mengharuskan penggunaan gelatin kerana ia telah melalui pelbagai saringan
di dalam makmal dan menggunakan kaedah umum al-balwa.56

2) Alkohol

55 E-Fatwa, Gelatin Dalam Ubat, www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat
(akses Disember 1, 2014).
56 merupakan sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku.

22

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan alkohol yang terhasil
daripada proses selain daripada penapaian adalah suci.57 Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia juga memilih pendapat yang mengatakan alkohol yang
dihasilkan mengikut proses ini tidak najis. Begitu juga dengan Fatwa Lajnah
al-Azhar dan Fatwa Lajnah Daimah Saudi.58
Nadwah Fikah Perubatan Islam ke-8, anjuran Pertubuhan Ilmu-ilmu
Perubatan Islam yang berlangsung di Kota Kuwait dari 22-24 Mei 1995
merumuskan:
“Alkohol tidak najis dari segi syarak. Maka tidak menjadi kesalahan
menggunakan

alkohol

dari

sudut

perubatan

sebagai

bahan

pencuci

(antiseptik) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan serta pembunuh kuman.
Ia tiada kaitan dengan arak”.59
Resolusi ke-11, Majlis Akademi Fikah, Jeddah dalam mesyuarat kali ke3, 1986 memutuskan:
“Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi
alkohol dalam kuantiti yang khusus sekiranya tidak didapati ubat-ubatan lain
yang bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor yang dipercayai lagi
amanah”.60
Pada hemat penulis, alkohol yang digunakan di dalam ubat adalah
harus untuk kegunaan kerana ia melalui pelbagai proses dan diuji di dalam

57
58
59
60

Yusoff al-Qaradawi, Fiqh Toharah, (Beirut).
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat
http://al-ahkam.net
http://al-ahkam.net

23

makmal dan selagi ia tidak mendatangkan illah kemabukan seperti mana
arak.

3) Dadah
Penggunaan dadah dalam perubatan, merawat pesakit dalam situasi
dharurat perlu mengambil kira kaedah Usul Fikah berikut:
1. Dharurat mengharuskan perkara yang diharamkan. Namun,
kelonggaran yang diberikan semasa dharurat hanya dihadkan pada
waktu darurat itu sahaja.61
2. Kemudaratan yang lebih besar dihilangkan dengan kemudaratan yang
lebih ringan.62
Penulis berpendapat bahawa penggunaan dadah di dalam ubat-ubatan
adalah harus selagi mana ia berada di bawah pengawasan orang yang
bertanggungjawab terhadapnya.

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN
61

‘Uthman Shubayr al-Qawa‘id al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyah fi al-Shari‘ah alIslamiyyah, (Jordan: Dar al-Nafa’is)
62 Ibrahim Bin Muhammad Al-Hariri, Al-Madkhal Ila Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Kulliyyah,
(Jordan: Dar Amman, 1998)

24

Daripada perbahasan di dalam bab-bab yang terdahulu, dapatlah
dirumuskan bahawa:

Sehingga kini, Malaysia masih belum dapat menghasilkan produk-produk
Muslim sendiri, yang mana tidak melibatkan penggunaan bahan berunsur
najis dalam makanan dan ubat-ubatan. Contohnya, semua gelatin di pasaran
adalah produk yang diimport dari India, Pakistan, China, Brazil, dan
Argentina.63 Sebagai pengguna Muslim, kita perlu mencari alternatif lain
yang bersumberkan tumbuhan seperti Vegicaps Soft.
Sains dan teknologi semasa perlu bertindak lebih aktif supaya berupaya
menghasilkan sumber bahan alternatif Muslim

bagi produk makanan dan

juga farmaseutikal yang mana ia bukan lagi diperoleh melalui alami tetapi
dapat dilakukan secara sintetik atau menggunakan bahan tiruan yang halal
dan baik. Salah satunya adalah menggunakan kaedah bioteknologi.
Masyarakat Islam semasa masih tidak ada kepakaran dalam bidang
farmaseutikal kerana ia dipelopori oleh golongan bukan Islam. Isu ini juga
masih berpanjangan, kerana belum ada rasa keinginan untuk masyarakat
Islam

menceburkan

diri

dalam

bidang

ini.

Sedangkan

usaha

untuk

mewujudkan bahan farmaseutikal yang halal adalah wajib bagi kita sebagai
Muslim.
Keperluan kepada lebih banyak kajian sains dijalankan adalah sesuatu
yang dititik beratkan untuk menyatakan status halal kepada sumber atau
63 Dr. Harmy Mohd Yusoff, 111.

25

punca bahan-bahan halal sangat penting sebelum standart piawaian
dicadangkan untuk penyediaan panduan industri.64

BIBLIOGRAFI
Bahasa Arab:
Al-Dusuqi, Muhammad bin Ahmad bin Arafah. Hasyiyat al-Dusuqi ala Syarh
al-Kabir. Kaherah: Dar Ihya’ alKutub al-Arabiyyah, 1980.
Al-Jurjani, Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Husaini. al-Takrifat. Beirut:
Dar al-Nafais, 2000.
Al-Kasani, Alaudin Ai Bakar bin Mas’ud. Badai’ Sanai’ Fi Tartib al-Syarai’.
Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah,
t.t.
Al-Qaradawi, Yusof. al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Kaherah: Maktabah
Wahbah, 1977.
Al-Zuhaili, Wahbah. Fiqh al-Islam Wa Adillatuh. juz 1, cet.4, Damsyiq: Dar alFikr, 1997.
Ibn Hazim, Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said. al-Muhalla. Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyyah, 1988.
Ibn Manzur, Muhammad bin Mukrim. Lisan al-Arab. t.tp., Dar Sadir, 1990.
64 Mariam Abdul Latif, “Istihalah And Istihlak In Perspective”, Academic Journal, vol. 4, Issue
3, p14, (International Journal of Health & Nutrition: 2013) 1.

26

Majlis al-A’lali al-Syuun al-Islamiah, Mausuat Jamal Abdul Nasir fi al-Fiqh alIslam. t.tp., t.p, 1309H.
Nazih Hammad. al-Mawad al-Muharramah Wa al-Naiasah Fi al-Ghiza’ Wa alDawa’ Baina al-Nazariah Wa
al-Tatbiq. Damsyik: Dar al-Qalam, 2004.

Bahasa Melayu:
Al-Hillawi, Muhammad. Mereka Bertanya Tentang Islam. Jakarta: Gema Insani
Press, 1998.
Anisah Ab Ghani & Muhammad Safri Ismail. “Penentuan Piawaian Alkohol
Dalam Makanan Yang
Dibenarkan Dari Perspektif Islam”, no. 7, Jurnal Fiqh 2010.
Bahagian Kawalan Penyakit. Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan
Amphetamine Type Stimulant
(ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti. Kuala
Lumpur: Pertubuhan
Kesihatan Sedunia Who, 2013.
Harmy Mohd Yusoff, Dr., Syamsul Kamal Abdullah, Ustaz, Rosediani
Muhamad. Fikah Perubatan. Kuala
Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd, 2011.
Lokman Ab. Rahman. Isu Halal Tiada Penghujung. Melaka: Alambaca Sdn.
Bhd. & PKPU JAKIM, 2009.

27

Mohammad Aizat Jamaludin & Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. “Teori
Istihalah Menurut
Perspektif Islam Dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan
Produk Makanan” Jurnal
Syariah Jl. 17, Jan-April 2009.
Mohammad Aizat Jamaludin Et. Al. Al-Jallalah: Konsep Dan Fatwa Semasa Di
Malaysia. Serdang: UPM,
2012.
Mohd Noorizzuddin Nooh. Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru. Negeri
Sembilan: USIM, 2007.
Nor Musfirah Bt Mohamad. Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut
Perspektif Syarak. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012.
Noresah bt Baharom et. Al. Kamus Dewan. ed. 3, cet. 7, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka,
2002.

Bahasa Inggeris:
FAO & WHO. Evalution of Food Additives Specifications for The Identity And
Purity of Food And Review of
The Tehnological Efficacy of Some Antimicrobial Agents. Rome: Food And
Agriculture Organization of
The United Nations, 1971.
28

Jabatan Piawaian Malaysia. Malaysian Standart MS 1500, Halal Food
Production, Preparation, Handing
And Storage-General Guidelines. cet. 2, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuan,
2009.
Mariam Abdul Latif. “Istihalah And Istihlak In Perspective”, Academic Journal,
vol. 4, Issue 3, p14,
International Journal of Health & Nutrition: 2013.
Mian N. Riaz dan Muhammad M. Chaudry. Halal Food Production. London: Crc
Press, t.t.

Laman Web:
Arsip Blog, Pengertian Fungsi Dan Sumber Protein, Karbohidrat, Lemak,
Vitamin & Mineral, http://adesbudiana.blogspot.com/2013/10/pengertianfungsi-dan-sumber-protein.html.
Cikgu Faizah, Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya,
http://inspirasiinformasi.blogspot.com/2011/12/jenis-jenis-najis-dalam-islamdan-cara.html.
Culby Halaqah Cinta, Bancuh Alkohol Cikit,
http://culbyhalaqahcinta.blogspot.com/2012_08_01_archive.html.

29

Department of Islamic Development Malaysia, Joint Guidelines on Control of
Medicines In Islam, Putrajaya: JAKIM, http://www.islam.gov.my/en/jointguidelines-control-medicines-islam.
Detik Islam, Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih,
http://detikislam.blogspot.com/2014/10/fakta-sains-haiwan-korban-tidaksakit.html#
Dr. Aminudin Mansor, Pentingnya Isu Halal Dan Haram (Sinar Harian, 2013),
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pentingnya-isu-halal-danharam-1.214990.
E-Fatwa, Gelatin Dalam Ubat, www.e-fatwa.gov.my/fatwakebangsaan/gelatin-dalam-ubat.
E-Fatwa “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi
Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt” JAKIM,
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakanbakteria-yang-diambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin.
Nizarazu, Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan,
http://www.nizarazu.com/kenapa-haiwan-mesti-disembelih-sebelumdimakan/.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu “ Farmaseutikal” Dewan Bahasa dan
Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=farmaseutikal.
Sanitasi Makanan, Bakteria,
https://fififini.wordpress.com/punca/mikroorganisma/bakteria/.

30

Scribe, Chapter 2: Carbon Compounds,
http://www.scribd.com/doc/219239619/Chapter-2-Carbon-Compunds.
Wana & Lynn “Makanan Dan Pemakanan” Perak: Tanjung Malim,
http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/makanan-dan-pemakanan.html.
http://al-ahkam.net
.

31