Bahagian A 30 markah Pilih jawapan yang (1)

Bahagian A (30 markah)
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Individu yang berdikari mestilah
A. berusaha untuk memajukan dirinya.
B. sentiasa memikirkan kepentingan diri
dan orang lain
C. berani bertindak tanpa memikirkan
akibat yang timbul.
D. tahu menilai kesan dan akibat tindakan
yang bakal diambil

2. Bagaimanakan kita dapat mengenali ciriciri individu yang berdikari?
A. Menyelesaikan sesuatu pekerjaan
dengan cepat.
B. Tidak mahu menerima bantuan yang
dihulurkan oleh orang lain.
C. Berani mencuba sesuatu yang baru.
D. Yakin akan kemampuannya dalam
menghadapi sesuatu masalah.


3.

Berikut merupakan contoh amalan
berdikari para pelajar, kecuali
A. mencari bahan rujukan sendiri di
perpustakaan.
B. berusaha membaiki prestasi dalam
mata pelajaran yang lemah.
C. menyiapkan kerja sekolah yang diberi
tanpa bantuan orang lain.
D. meminta bantuan rakan yang lebih
pandai untuk menyiapkan kerja
sekolah.

4. Pilih
peribahasa
yang
menjelaskan
kepentingan nilai kerajinan.
A. Alang-alang mandi biar basah

B. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
C. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
D. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi

5. Mengapakah individu yang cekal tidak
gentar menghadapi cabaran?
A. Mereka mempunyai ketahanan
fizikal yang kuat.
B. Mereka sering mendampingi orang
yang berjaya.
C. Mereka yakin akan kemampuan
diri sendiri.
D. Mereka sentiasa mendapat bantuan
orang lain.

6. Matlamat untuk mencapai kejayaan
mendorong seseorang bersikap tekun
dan
dedikasi.

Apakah
yang
dimaksudkan dengan dedikasi?
A. Ketahanan fizikal yang kuat dan
mental
B. Kesanggupan mengorbankan masa
dan tenaga demi sesuatu perkara
C. Kesungguhan dan minat untuk
melakukan sesuatu pekerjaan
D. Keteguhan
pendirian
untuk
mencapai cita-cita.

7. Berikut merupakan kesan peperangan,
kecuali
A. Kehilangan nyawa
B. Kemusnahan harta benda
C. Keruntuhan moral penduduk
D. Kehilangan nilai kemanusiaan

8. Apakah kepentingan flora dan fauna
kepada manusia?
A. Sebagai
pelengkap
dalam
ekosistem.
B. Sebagai sumber pendapatan negara
C. Sebagai tarikan kepada para
pelancong
D. Sebagai
pelindung
daripada
bencana alam
9. Apakah faktor utama kepupusan flora dan
fauna di negara ini?
A. Pembalakan haram

B. Perikanan laut dalam
C. Pewartaan hutan simpan
D. Pembebasan asap dari kilang


10. Sikap adil perlu diamalkan di sekolah
supaya
A. prestasi para pelajar meningkat
B. nama baik sekolah tidak tercemar
C. para pelajar mendapat layanan yang
sama rata
D. guru dapat menumpukan perhatian
kepada para pelajar.

11. Berikut merupakan kepentingan kasih
sayang terhadap keluarga, kecuali
A. menjadi sumber inspirasi kejayaan.
B. mewujudkan keluarga yang bahagia.
C. mendapat
pujian
daripada
masyarakat.
D. menjadi pendorong untuk melakukan
kebaikan.


12. Mengapakah kita perlu menghargai jasa
dan pengorbanan ibu bapa?
A. Mereka memberikan kesenangan
kepada kita.
B. Mereka telah menunaikan setiap
permintaan kita.
C. Mereka bersusah payah mendidik dan
membesarkan kita.
D. Mereka tidak pernah memarahi dan
menghukum kita.
13. Bagaimanakah cara untuk menunjukkan
kasih sayang terhadap keluarga?
A. Menjaga nama baik keluarga.
B. Menunaikan permintaan ahli keluarga.
C. Membelikan hadiah yang mahalmahal untuk ibu bapa.
D. Membawa ahli keluarga bercuti pada
setiap minggu.
14. Apakah asas untuk membina keluarga
yang bahagia?

A. Kasih sayang
B. Kemewahan hidup

C. Kesihatan yang terjamin
D. Kecemerlangan pendidikan

15. Perlakuan manakah menggambarkan
nilai kasih sayang terhadap keluarga?
A. Memberikan kebebasan hidup
sepenuhnya kepada anak-anak.
B. Memastikan anak-anak mendapat
kemewahan hidup.
C. Mengawal pergerakan anak-anak
agar tidak terlibat dengan gejala
sosial.
D. Menyelesaikan
masalah
yang
dihadapi oleh anak-anak.
16. Apakah peranan ibu bapa bagi

memastikan anak-anak hormat dan taat
kepada anggota keluarga yang lain?
A. Memarahi anak-anak yang tidak
mendengar kata
B. Menunjukkan contoh dan teladan
yang baik
C. Memastikan anak-anak mengenali
saudara mara yang lain
D. Memuji-muji anak yang taat
kepada mereka.
17. Pilih pernyataan yang menggambarkan
sikap hormat-menghormati.
A. Liyana mengurungkan diri di
dalam bilik apabila rumahnya
dikunjungi oleh tetamu.
B. Kumar mengajak rakan-rakannya
datang
ke
rumah
tanpa

pengetahuan ibu bapanya.
C. Ryan masuk ke dalam bilik
abangnya tanpa mengetuk pintu
terlebih dahulu
D. Lee Ann meminta kebenaran
daripada
bapanya
untuk
menggunakan telefon
18. Apakah kebaikan mengamalkan adat dan
tradisi kekeluargaan?
A. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
B. Meluangkan masa bersama-sama
keluarga

C. Menggambarkan keunikan sesebuah
kaum
D. Membezakan antara satu kaum dengan
kaum yang lain


19. Terdapat segelintir anak muda pada masa
kini tidak lagi mengamalkan adat dan
tradisi kekeluargaan kerana
A. kurang pengetahuan tentang perkara
tersebut.
B. tidak
digalakkan
untuk
mengamalkannya.
C. mereka terlalu mementingkan kerjaya.
D. menganggap
adat
dan
tradisi
kekeluargaan sesuatu yang kolot.

20. Mengapakah setiap anggota keluarga
perlu mengetahui tugas dan peranan
masing-masing?
A. menjamin kesejahteraan sejagat

B. melahirkan individu yang prihatin
C. dapat menyelesaikan masalah dengan
pantas
D. mengelakkan konflik dan perasaan
tidak puas hati.

21. Mengapakah persekitaran sekolah yang
bersih dan ceria perlu dititikberatkan?
A. Menimbulkan suasana yang selesa
untuk proses pembelajaran.
B. Mengurangkan masalah disiplin dalam
kalangan pelajar.
C. Mempercepat proses pengajaran dan
pembelajaran
D. Menghindarkan
pelajar
daripada
terjebak dengan gejala sosial

22. Terry ternampak sekumpulan pelajar
sedang menconteng dinding tandas
sekolah.
Apakah tindakan yang wajar diambil
oleh Terry?
A. Memarahi pelajar tersebut

B. Membiarkan perbuatan pelajar
tersebut.
C. Melaporkan
perkara
tersebut
kepada guru disiplin
D. Mengugut pelajar tersebut untuk
melaporkan kepada guru disiplin.

23. Antara berikut, yang manakah punca
utama pencemaran air?
I Tumpahan minyak
II Pembuangan sisa industri
III
Penebangan hutan secara
berleluasa
IV Pembuangan sampah sarap ke
dalam sungai
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

24. Apakah langkah yang boleh dilakukan
untuk menjaga sumber bekalan air?
A. Membina empangan
B. Memperdalam sungai
C. Menaikkan kadar tarif air
D. Menjaga kebersihan sungai

25. Bencana alam yang terjadi akibat
letupan gunung berapi di bawah laut
ialah
A. taufan
B. tsunami
C. ombak besar
D. tanah runtuh

26. Apakah kesan kemusnahan kawasan
terumbu karang?
A. Ekonomi negara terjejas
B. Pukulan ombak menjadi lebih
perlahan

C. Pengeluaran hasil hidupan laut
bertambah
D. Sumber
pendapatan
nelayan
berkurangan.

27. Berikut merupakan langkah yang boleh
diambil bagi menyelamatkan spesis
hidupan marin yang diancam kepupusan,
kecuali
A. mewartakan kawasan taman laut.
B. memantau pembangunan di kawasan
persisiran pantai
C. menghentikan aktiviti riadah seperti
menyelam dan snorkel
D. mengadakan operasi membanteras
penyeludupan hidupan marin.

28. Apakah bencana alam yang berpunca
daripada aktiviti manusia?
I Ribut
II Kemarau
III Banjir
IV Tanah runtuh
A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

29. Berikut merupakan faktor kita perlu
menjaga kemudahan awam, kecuali
A. dapat digunakan sewaktu kecemasan
B. dapat
mengurangkan
kos
pembaikpulihan
C. dapat mengurangkan kadar jenayah
dan gejala sosial
D. dapat dinikmati oleh generasi yang
akan datang

30. Bagaimanakah ciri individu yang
sanggup berkorban untuk negara?
A. Menyerahkan harta benda, masa
dan tenaga untuk kemakmuran
negara.

B. Memastikan kemajuan negara
dapat dinikmati oleh semua rakyat.
C. Mengenal pasti anasir-anasir yang
dapat menggugat kesejahteraan
negara.
D. Mengikuti perkembangan semasa
kemajuan negara.