ISI MAKROEKONOMI sadono sukirno bab

FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMESTER : SEP / 2014

EBTQ3203

QUALITY MANAGEMENT

NAME

:

MUHD ZAHIRUDDIN BIN JAMIL

MATRICULATION NO

:

910312075427002

IDENTITY CARD NO.


:

910312-07-5427

TELEPHONE NO.

:

017-8847425

E-MAIL

:

zahirevan@rocketmail.com

LEARNING CENTRE

:


PULAU PINANG LEARNING CENTRE

QUALITY MANAGEMENT 2014
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. KAJIAN MENEGENAI PELAN PERANCANGAN KUALITI(QMP)
3. PENDEKATAN QMP YANG DIGUNAKAN DALAM ORGANISASI YANG DIPILIH
4. CADANGAN QMP
5. KESIMPULAN
6. RUJUKAN

QUALITY MANAGEMENT 2014
PENGENALAN

Berdasarkan pendapat Chek Mat. 1996 Pelan pengurusan kualiti menyeluruh ataupun dalam Bahasa
Inggeris “quality management plan”(QMP) adalah satu unsur yang baru menyerap masuk dalam pelbagai sektor
sama ada sektor awam, swasta mahupun sosial. Sejak era 1920 an lagi konsep pelan pengurusuan kualiti telah
diperkenalkan sejuruh selepas kaedah statistik diketengahkan dalam pengawalan kualiti menyeluruh di dalam

industri di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, syarikat IBM telah mempraktikkannya dalam penyelesaian
masalah syarikat mereka dan telah membuktikan kepada umum. Dengan kejayaan itu, syarikat IBM telah
berjaya menghasilkan rekabentuk yang menarik, berpatutan serta kos operasi yang minimum. Hakikat yang
nyata faktor kepimpinan pengurusan atasan yang mantap membolehkan kejayaan memihak kepada sesebuah
institusi. Oleh hal yang demikian, pelan pengurusan kualiti yang merujuk kepad proses merancang mengurus
dan satu set disiplin yang membolehkan sesebuah organisasi mengurus dengan tujuan memberi kepuasan
kepada pelanggan. Secara keseluruhannya pen pengurusan kualiti (QMP) melibatkan kepada semua aspek
dalam organisasi yang memberi perhatian kepada kehendak pelanggan. Dengan ini, proses yang bertujuan
membawa kepada perubahan menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang lebih baik, maka
perlaksanaan pelan pengurusan kualiti(QMP) ini proses transformasi budaya baru dapat diubahsuai dengan ciriciri baru yang lebih berkesan. Satu kajian pelan pengurusan kualiti(QMP) telah di buat di pejabat daerah dan
tanah, Kepala Batas yang dijadikan fokus utama kerana bersesuian dengan visi dan misi seumpama yang
digarap oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas amnya.

Secara ringkasnya Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara terletak di Jalan Bertam,
Kepala Batas, di mana sebelum ini Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai ditempatkan di Bangunan Tun
Syed Shahabudin, Butterworth. Pejabat Daerah dan Tanah merupakan salah satu daripada pentadbiran daerah
dalam negeri Pulau Pinang di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah diwujudkan sejak tahun
1942 lagi dengan fungsi utama adalah untuk menyelaraskan serta melaksanakan polisi, program dan aktiviti
Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Peringkat Daerah. Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas berdiri dengan
cemerlang bersama-sama dengan tiga matlamat utama yakni moto jabatan, visi jabatan dan misi jabatan. Moto

jabatan yang bertunjangkan “ ke arah daerah yang maju, menarik dan harmoni” dilengkapi pula dengan visi
jabatan “ke arah pentadbiran yang unggul dan penggerak utama pembagunan daerah” manakala misi jabatan
“pelangga adalah tetamu, di hadapan selalu, terancang dan menepati matlamat, pengurusan kewangan yang
behemah serta perkhidmatan beretika dan pembangunan yang harmoni.

QUALITY MANAGEMENT 2014
Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar struktur Pejabat Daerah dan
Tanah, Kepala Batas telah dibahagikan kepada beberap unit yang tertentu. Hal ini adalah bertujuan
memudahkan proses perjalanan sesuatu projek pembagunan serta setiap tugas bidang kerja tidak bertidan
ataupun berlapis. Unit yang ada termasuklah unit pentadbiran, unit pentadbiran tanah dan unit pentadbiran
pembangunan. Walaupun ketiga tiga unit ini dibahagikan tugas bidang masing-masing tetapi ia tetap bergantung
antara satu sama lain dan saling memerlukan. Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas dijadikan pilihan sebagai
kajian kes adalah disebabkan peranan yang begitu besar terhadap menjayakan pembagunan daerah seberang
perai. Oleh itu, pemimpin menjadi tunggak utama dengan memastikan cita-cita pembangunan negara tercapai.
Hal ini disebabkan pelan pengurusan kualiti menyeluruh(QMP) mungkin tidak akan boleh dilaksanakan jika
sesebuah organisasi tidak berjalan di atas landasan yang betul. Maka sebagai implikasinya akan timbulah
pelbagai rungutan daripada rakyat atas kelemahan perkhidmatan kaunter-kauter pusat pentadbiran atas sebab
tenaga kerja yang tiada komitmen antara satu sama lain.

KAJIAN LITERATUR BERKENAAN PELAN PENGURUSAN KUALITI


QUALITY MANAGEMENT 2014

Kejayaan sesebuah organisasi di jabatan kerajaan adalah disebabkan kepimpinan yang dinamik
dan efektif oleh kakitangan di organisasi tersebut. Ada sesetengah jabatan –jabatan kerajaan gagal mencapai
matlamat yang dirancang atas sebab pegawai ataupun pengurus jabatan yang tidak efektif. Keperluan untuk
pemimpin yang efektik untuk sesebuah organisasi bukanlah satu fenomena yang baru. Secara umumnya faktor
pemilihan pemimpin adalah berdasarkan keyakinan dan juga keupayaan untuk menggalakkan pencapaian
matlamat serta kepuasan kakitangan dalam jabatan masing-masing. Oleh hal yang demikian, untuk menjadikan
pelan pengurusan kualiti (QMP) direalisasikan di dalam sesebuah organisasi prinsip-prinsip pelan kualiti
menyeluruh haruslah diaplikasikan mengikut kesesuian sesebuah organisasi. Perkara yang lebih penting ialah
peranan pelan pengurusan kualiti(QMP) melalui pengurusan atasan, kakitangan dan pasukan kerja haruslah
memiliki komitmen yang tinggi dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang sama iaitu menjayakan pelan
pengurusan kualiti(QMP) di dalam organisasi masing-masing. Dek itu, persoalan-persoalan yang akan dikaji
dalam kajian ini adalah seperti berikut:
a) Apakah prinsip-prinsip pelan pengurusan kualiti(QMP) yang digunapakai di pejabat Daerah dan Tanah,
Kepala Batas.
b) Apakah peranan pelaksana pelan pengurusan kualiti (QMP) bagi mewujudkan budaya kepimpinan di
pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian pelan pengurusan kualiti(QMP) ini bertujuan untuk melihat dari segi aspek kepimpinan dalam sesebuah
organisasi dengan penekanan khusus kepada penerapan pelan pengurusan kualiti(QMP). Disebabkan itu, kajian
ini dilakukan adalah berdasarkan kepada objektif-objektif berikut:
a) Bertujuan untuk melihat apakah prinsip-prinsip pelan pengurusan kualiti(QMP) yang diaplikasikan oleh
peringkat pengurusan atasan di Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas. Selain itu, prinsip-prinsip ini
juga membolehkan jabatan-jabatan di Pejabat Daerah merancang dan mengatur pelbagai bentuk
tindakan untuk melaksanakannya mengikut kesesuian bentuk operasi di organisasi masing-masing.
b) Tambahan pula, kajian ini juga dikaji adalah untuk melihat apakah peranan pelaksana pelan pengurusan
kualiti(QMP) untuk mewujudkan budaya kepimpinan di Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas. Hal
ini disebabkan, untuk memastikan organisasi yang baik haruslah mempunyai pemimpin yang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dan efektif untuk mencapai matlamat organisasi.

METODOLOGI KAJIAN

QUALITY MANAGEMENT 2014
Kajian pelan pengurusan kualiti(QMP) juga dijalankan dengan mendapatkan maklumat daripada data-data
seperti data primer dan data sekunder. Di samping itu, kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah:
a) Kajian perpustakaan
Kajian perpustakaan bermaksud merujuk kepada sumber yang tidak boleh didapati melalui kaedah yang
lain. Melalui kaedah ini maklumat asas mengenai tajuk kajian menerusi buku-buku panduan, jurnal serta

kertas kerja dan lain-lain lagi. Kaedah ini juga digunakan dan diaplikasikan untuk mengkaji beberapa
aspek yang berkaitan dengan konsep kajian.
b) Kajian temubual
Tambahan pula, kajian ini juga dibuat melalui temubual ketika menjalankan kajian. Sebagai contoh,
menemubual pegawai di peringkat atasan serta kakitangan di Pejabat Daerah Dan Tanah, Kepala Batas
untuk mengetahui lebih mendalam mengenai sistem pengurusan yang diamalkan di organisasi mereka.
Selain itu, tujuan kajian temubual ini dibuat adalah untuk mengumpul maklumat dan data primer yang
terkini dan juga mengisi kekosongan mahupun menambah maklumat yang tidak boleh diperolehi di
perpustakaan. Namun, perkara yang terpenting ialah pengkaji dapat memperolehi maklumat mengenai
teknik-teknik dan juga bentuk strategi pelan pengurusan kualiti(QMP) yang digunapakai serta
dipraktikkan di Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas.

PENILAIAN PENDEKATAN QMP YANG DIGUNAKAN DALAM SYARIKAT YANG DIPILIH

QUALITY MANAGEMENT 2014
TINJAUAN SASTERA
Kita sedia maklum perkhidmatan awam di Malaysia pada masa kini sedang menuju ke arah budaya
kerja yang berteraskan kualiti. Untuk mewujudkan budaya yang berkualiti perlulah melibatkan perubahan
seperti perubahan cara berfikir, bertindak dan juga bekerja. Dasar kerajaan yang mengandungi pelbagai program
yang telah dirangka dan diaplikasikan agar matlamat memberikan perkhidmatan yang berkualiti tercapai. Oleh

hal yang demikian, perkara utama yang perlu dilakukan ialah perkhidmatan awam Malaysia perlulah melakukan
rombakan dari cara lama bekerja kapada cara baru yang lebih mementingkan kualiti dalam semua usaha supaya
kualiti akan sendirinya terserap dalam fikiran dan jiwa serta semua kegiatan sesebuah organisasi, tingkahlaku
dan juga pekerjaan yang dilakukan. Menurut pendapat Tajuddin Hussein. 2000 yang menegaskan bahawa pihak
kerajaan perlulah memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di Malaysia. Oleh
itu, kerjaan perlu mengambil beberapa langkah yang terbaik, umpamanya, menganjurkan latihan mengenai
pengurusan kualiti, mengadakan seminar dan bengkel serta menerbitkan buku-buku panduan yang secara
langsung membolehkan kewujudan persekitaran organisasi yang cukup baik bagi penghayatan budaya
cemerlang. Di samping itu, Ahmad sarji Abdul Hamid. 1994 berpendapat bahawa dengan menghuraikan atau
menyenaraikan faktor kepimpinan adalah penentu kejayaan yang utama serta aspek kepimpinan yang berkesan
akan berjaya menghasilkan program-program pembaharuan. Keadaan ini membuktikan dengan jelasnya dalam
gerakan kualiti di sektor awam. Kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai kementerian, jabatan dan juga agensi
pada hari ini adalah hasil daripada sokongan kepimpinan yang berkualiti oleh pemimpin-pemimpin organisasi
berkenaan. Selain itu, Ahmad Sarji Abdul Hamid juga memberikan pendapat kerjasama yang padu hasil
daripada ketua-ketua jabatan dan agensi di samping pihak-pihak yang mengetuai pelbagai unit kerja dalam
organisasi turut sama mendorong kepada kejayaan kualiti di dalam sesebuah organisasi. Selalunya, sokongan
yang diberikan akan mewujudkan struktur pengurusan kualiti, penerapan nilai-nilai kualiti, serta mewujudkan
mekanisma-mekanisma bagi mengukuhkan lagi proses kualiti dan juga sistem pengiktirafan. Tambahan pula,
menurut Walkin.1992 dalam penulisannya bahawa sesebuah organisasi perlu merangka perancangan strategik
yang berkualiti supaya berpadanan dengan matlamat sesebuah organisasi di samping berfaedah kepada

pelanggan ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

QUALITY MANAGEMENT 2014
Walkin.1992 juga berpendapat lagi, konsep sebenarnya kualiti adalah berbentuk abstrak dan agak sukar
untuk diterapkan ke dalam budaya kualiti kerja, produk dan proses kerja secara berkualiti. Akan tetapi, terdapat
juga beberapa kriteria yang boleh menerangkan dengan lebih jelas bagaimana kualiti boleh dicapai dengan
membuat perancangan strategik kualiti di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kriteria yang pertama ialah perlu
sesuai dengan objektif yang di buat oleh organisasi tersebut serta keperluannya, selain itu, memenuhi kehendak
pelanggan serta sentiasa peka kepada perubahan dan perkembangan semasa. Di samping itu, Thomas. 1998 dan
Jabnoun. 1999 berpendapat bahawa dengan konsep perancangan strategik perlu dipraktikkan dan diamalkan
dalam kempipinan organisasi. Menurutnya lagi organisasi yang berjaya menerapkan nilai-nilai perancangan
strategik akan mewujudkan satu budaya yang mengamalkan kualiti kerja yang mantap dan sistematik.

Tambahan pula, Chek Mat. 1996 berpendapat dengan promosi kualiti perlu diberi perhatian umum.
Beliau menyatakan lagi bahawa Jawatankuasa Induk dan juga Jawatankuasa Kerja perlu ditubuhkan untuk
melaksanakan pelan pengurusan kualiti(QMP) melalui latihan dan memberikan pengiktirafan kepada
kakitangan yang cemerlang. Dengan itu, percambahan idea secara menyeluruh perlu di ambil perhatian seiring
dengan penubuhan pasukan fasilitator yang ditugaskan untuk melatih ahli-ahli organisasi. Justeru itu, peringkat
pengurusan perlu berhati dalam pelaksanaan pelan perancangan kualiti(QMP), walaupun dari sudut lain ia
menarik namun agak sukar dilaksanakan kerana terdapatnya jurang perbezaan dalam sistem bekerja di antara

organisasi sama ada di dalam sektor awam, swasta mahupun sosial.

QUALITY MANAGEMENT 2014
Ahmad Sarji. 1994 menyifatkan faktor kepimpinan adalah penentu kejayaan yang utama dalam
usaha pembaharuan organisasi. Kepimpinan yang efektif akan membawa program-program pembaharuan dapat
berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Keadaan ini boleh digambarkan dalam gerakan
kualiti di sektor awam. Seiring dengan itu, kejayaan yang diperolehi oleh berbagai kementerian dan juga agensi
adalah merupakan hasil daripada sokongan kepimpinan yang berkualiti. Oleh itu, tidak hairanlah pelan
pengurusan kualiti(QMP) dijadikan sebagai satu proses pengurusan kualiti yang berteraskan pelanggan bergerak
secara berterusan dan juga melibatkan semua aspek dalam organisasi. Oleh hal yang demikian, untuk
menjayakan lagi pelan perancangan kualiti(QMP) beberapa kaedah yang boleh dibuat. Antaranya,
menpraktikkan pelan perancangan kualiti(QMP) dengan mengambilkira perubahan kepimpinan, pekerja,
pelanggan dan penglibatan dalam inovasi. Keempat-empat asas tersebut mestilah bergerak seiring dengan
keperluan organisasi dan cara kemahuan pelanggan. Objektif kajian Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas
yang inginkan memberi perkhidmatan dengan penuh berkualiti kepada pelanggannya. Model yang ditunjukkan
juga bersesuian dengan dasar kualiti jabatan di Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas iaitu :
“pelaksanaan projek-projek kecil pembangunan dan pentadbiran tanah dengan cekap dan berkesan menepati
piaggam pelanggan” .
Justeru itu, terletaknya kepimpinan pihak pengurusan atasan dan juga organisasinya dalam melaksanakan serta
merialisasikan pelan perancangan kualiti(QMP) seperti yang dirancang.

Kehendak pelanggan

inovasi dan komitmen
Kepimpinan
Organisasi

Model pelan perancangan kualiti(QMP)

QUALITY MANAGEMENT 2014
CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENDEKATAN QMP
1. Kehendak pelanggan:
Matlamat pelan perancangan kualiti(QMP) adalah dengan memberi kepuasan hati kepada
pelanggan dengan kaedah menghasilkan sesuatu yang berupaya memenuhi kehendak pelanggan dan
juga menepati kemahuan mereka. Akan tetapi orgsnisasi perlu terlebih dahulu memastikan setiap
keluaran yang dihasilkan tidak mengalami kecacatan atau kesilapan kerana disebabkan perkara tesebut
boleh menyebabkan terjejasnya kepuasan pelanggan. Namun demikian, pada keseluruhannya Pejabat
Daerah dan Tanah, Kepala Batas telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mentadbir berdasarkan
citarasa masyarakat setempat dan juga program-program yang berkualiti oleh pihak kerajaan. jika dilihat
menerusi unit pembangunan, yang bertanggungjawab merancang dan menyelaras segala projek
pembangunan masyarakat dan juga di luar bandar seiring dengan Buku Merah Dua iaitu
“Bermatlamat membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat”

Manakala, bahagian unit tanah pula, telah adanya sistem perakuan hasil tanah yang sistematik dan
terkini untuk memastikan kutipan hasil tanah dan lain-lain hasil dapat dijalankan dengan lebih cekap dan
teratur dan sistematik. Setiap bayaran yang diterima oleh pelanggan akan direkodkan dalam satu sistem
perakaunan dan rekod hasil tanah dan di samping mengendalikan akaun amanah dengan bahagian yang
berkenaan dan juga menjalankan penyiasatan dan penyemakan cukai tanah dari semasa ke semasa secara
berterusan. Tambahan pula, unit pentadbiran bertanggungjawab ke atas pengurusan rekod, barangbarang, sistem maklumat pengurusan, prosedur kerja, peti cadangan dan lain lain lagi.

QUALITY MANAGEMENT 2014
2. Pekerja :
Mengikut pendekatan pelan perancangan kualiti(QMP), setiap anggota di dalam organisasi
sama-sama bertanggungjawab dalam usaha untuk menjayakan peningkatan kualiti dalam organisasi
masing-masing. Dari sudut padangan positif, dengan usaha menyeluruh barulah usaha peningkatan
kualiti akan meninggalkan kesan yang mendalam dan diamalkan. Pengurusan atasan perlulah
memainkan peranan dalam menerajui perubahan dan memberi kepimpinan yang lebih berkesan. Selain
itu, sumbangan pasukan kerja dalam organisasi juga perlu diambil kira kerana mereka berupaya
mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan inovatif serta mampu menjalankan pembaharuan dengan
jayanya. Oleh hal yang demikian, dengan adanya penglibatan semua pihak pengurusan dalam
pentadbiran, Pejabat Tanah dan Daerah, Kepala Batas secara tidak langsung berjaya mengatasi sebarang
kesulitan operasi harian kakitangan mahupun staff malahan berupaya memantapkan lagi sistem dan
prosedur kerja. Dengan perlaksanaan pelan perancangan kualiti(QMP) di Pejabat Tanah dan Daerah,
Kepala Batas jelas menampakkan wujudnya satu pasukan kerja yang efektif dan mantap. Hal ini
dibuktikan dengan adnya slogan-slogan kualiti di kaunter-kaunter khidmat pelanggan. Di samping itu,
bersesuian dengan fungsinya berurusan dengan orang ramai, perkara utama yang paling didominankan
ialah pengurusan kaunter, kerana kaunter merupakan tempat yang mencerminkan tanggapan awal
sesuatu organisasi. Segala kemudahan dan perkhidmatan untuk pelanggan disediakan misalnya papan
tanda, dan tunjuk arah, kaunter pertanyaan, tempat menunggu, sistem beratur dan sistem panggilan. Oleh
itu, kesemua ini melibatkan penyertaan seluruh organisasi berdasarkan prosedur kerja yang dibuat.
3. Inovasi dan komitmen:
Kita sedia maklum, Inovasi telah berjaya mempersembahkan sistem dan prosedur baru yang
lebih cekap dan berkesan. Selain itu, melalui inovasi juga sesebuah agensi dapat menyampaikan
perkhidmatan dengan lebih cepat dan efisyen di samping mengurangkan kos operasi. Inovasi juga telah
berjaya membudayakan nilai inovasi kepada operasi kerja dan mutu perkhidmatan. Sebagai contoh,
inovasi telah berjaya memperkenalkan beberapa kemudahan misalnya pejabat yang mudah dikunjungi,
sistem bayaran setempat, sistem perkhidmatan setempat, perkhidmatan melalui pejabat bergerak,
menambah waktu perkhidmatan kaunter. Kesemua contoh ini secara tuntasnya mengambarkan
peningkatan kualiti perkhidmatan yang dicurahkan oleh para kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah,
Kepala Batas.

QUALITY MANAGEMENT 2014
Rajah di bawah menunjukkan konseptual yang diamalkan di Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas:
KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN KUALITI
MENYELURUH DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH

PRINSIP-PRINSIP PELAN
PERANCANGAN
KUALITI(QMP) YANG DIKAJI:
1.
2.
3.
4.

Sokongan pengurus atasan
Perancangan strategi kualiti
Mengutamakan pelanggan
Menyediakan latihan dan
pengiktirafan
5. Meninggikan semangat
berpasukan
6. Pengukuran restasi
7. Kapastian kualiti

PELAKSANAAN PELAN
PERANCANGAN
KUALITI(QMP)
1. Pengurusan atasan
2. Seluruh kakitangan
3. Pasukan kerja

PRINSIP-PRINSIP QMP

Berdasarkan prinsip-prinsip pelan perancangan kualiti(QMP), yang mengandugi 7 prinsip iaitu
sokongan pengurus atasan, perancangan strategik kualiti, mengutamakan pelanggan, menyediakan latihan dan
pengiktirafan, meninggikan semangant berpasukan, pengukuran prestasi dan kepastian kualiti. Pemimpin
merupakan individu yang berperanan penting merialisasikan matlamat pelan perancanagn kualiti(QMP) selain
daripada itu, pemimpin juga bertanggungjawab menubuhkan struktur pengurusan kualiti serta menyebarkan
maklumat kualiti kepada seluruh kakitangan supaya masing-masing jelas dan mahir dengan aspek-aspek kualiti
yang telah dibuat. Dengan itu, usaha-usaha merancang projek serta pembangunan baru di kawasan daerah dapat
dilaksanakan dengan lebih sistematik.

KESIMPULAN

QUALITY MANAGEMENT 2014

Berdasarkan kepada penjelasan mengenai pelan perancangan kualiti di Pejabat Daerah dan Tanah,
Kepala Batas ini amat jelas sekali bahawa pelbagai usaha dan rancangan yang belum, sedang dan akan
dilaksanakan dengan matlamat merialisasikan pencapaian serta pembangunan di peringkat daerah Kepala Batas.
Oleh itu, Pegawai Daerah sebagai ketua pentadbir utama di peringkat daerah amat diperlukan sebagai perancang
dan pemikir utama, menyelaras, memimpin serta sebagai penghubung yang baik di antara kerajaan dan rakyat.
Pegawai Daerah juga merupakan tulang belakang kepada sistem pentadbiran cemerlang berteraskan kualiti serta
pendukung budaya kerja yang berkualiti yang cemerlang. Tambahan pula, kepimpinan Pegawai Daerah dan para
organisasinya juga bukan sahaja diamalkan dengan pemgamalan budaya kualiti kerja berteraskan pelan
perancangan kualiti(QMP) malahan mereka juga turut distukturkan agar sentiasa menyelaras perancangan dan
pembangunan untuk rakyat dengan objektif memnuhi kehendak pelanggan seiring dengan berusaha dalam
meningkatkan taraf hidup penduduk setempat supaya mereka tidak tepinggir dari menikmati arus pemodenan
berteraskan informasi teknologi maklumat dan sistem komunikasi teknologi terkini. Oleh hal yang demikian,
Pejabat Daerah dan Tanah, Kepala Batas serta agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang lain turut sama-sama
berusaha dalam mengembleng tenaga dan usaha ke arah pencapain visi “Ke Arah Daerah yang Menarik, Maju
dan Harmoni”.
(2678 perkataan)

RUJUKAN

QUALITY MANAGEMENT 2014
1) Pejabat Tanah dan Daerah Kepala Batas
2) www.Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara.gov.my

3) Wikipedia
4) Perancangan kualiti. Osman Ahmad. 1999
5) Pengurusan Kualiti. Zunaidi Yakoob. 2008