Apa itu Kajian Tindakan (1)

FALSAFAH, KONSEP DAN
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

Apakah penyelidikan tindakan?





Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan
melihat kesan-kesan intervensi ini.
Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi
iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya
dalam konteks itu.
Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru
bekerjasama dalam sesuatu projek.
Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil
bahagian secara langsung atau tidak langsung

Apakah penyelidikan tindakan?






Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan
berdasarkan penilaian berterusan
Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu
peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk
hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis
Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja
menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori
pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain
Ia menambahkan pengetahuan praktik guru

Bagaimanakah penyelidikan tindakan dapat
dibezakan dengan penyelidikan gunaan?
• Penyelidikan gunaan lebih berfokus kepada menentukan
hubungan dan menguji teori. Maka ia lebih tegaskan metod
saintifik
• tetapi penyelidikan tindakan menginterpretasikan metod

saintifik dengan tidak begitu tegas.
• Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tapi kepada ilmu
pengetahuan yang tepat kepada satu situasi spesifik.

Apakah aspek yang boleh ditumpukan oleh penyelidik tindakan?








Kelicinan kerja, produktiviti kerja, motivasi dan hubungan
pekerja, kebajikan keseluruhan
Analisis kerja dengan tumpuan kepada ketrampilan kerja
Perubahan oranganisasi yang boleh membawa kepada
fungsi yang diperbaiki
Perancangan dan penggubalan dasar
Innovasi dan perubahan

Penyelesaian masalah

KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN
• Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi
kendiri yang dilakukan secara kolektif;
• dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi
sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan
amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka
sendiri
• di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalanamalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis
dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan
tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan
melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan,
pelaksanaan dan refleksi.

• McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai
satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan
guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan

bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam
inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guruguru lain secara bersama.

• Somekh (1989) menyatakan penyelidikan
tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi
sosial yang melibatkan peserta dalam situasi
sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan
niat untuk memperbaiki kualiti amalan
masing-masing.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN
• Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan
dengan menggunakan CRASP
• Critical collaboration enquiry by
• Reflective practitioners who are
• Accountable in making the results of their enquiry public
• Self evaluative in the practice and engaged in
• Participative problem solving and continuing professional
development


Grundy dan Kemmis (1981)
menyenaraikan tiga pra syarat




membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu
tindakan strategik yang boleh diperbaiki
mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti
merancang, bertindak, memerhati dan merefleks
dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti
tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa
hilang kawalan ke atas proses penyelidikan

Henry dan Henry (1982)
menyenaraikan ciri-ciri ini






Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru
dengan pelajar atau guru dengan ibubapa
Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak,
memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang
berikutnya (lebih daripada satu pusingan - Elliot(1991)
berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun
pengkajian
Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran
pembelajaran

Penyelidikan Tindakan bercirikan









Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri
Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka
yang berminat
Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment
Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis
-dilakukan oleh guru dlm konteks harian
Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan
kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan
Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran

TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
• “There are two essential aims of all action research: to
improve and to involve. Action research aims at improvement
in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly,
the improvement of understanding of practice by
practitioners; and thirdly the improvement of the situation in
which the practice take place….Those involved in the practice
being considered are to be involved in the action research
process in all its phases of planning, acting, observing and

reflecting”.
(Carr dan Kemmis, 1986:1)

Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:





Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah
berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran
Memperkembangkan kemahiran professional guru
khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah
pembelajaran yang berkesan
Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan
profesyen perguruan
Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan
luar

Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:







Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin
Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai
hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang
berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha
sendiri
Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman.
Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan
membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :
• mendapat sumber maklumat penting untuk memahami
amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid,

keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
• dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih
berkesan;
• dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula
memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
• meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan
kerja yang aktif dan efektif;

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
• dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik
yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup
menerima perubahan dan berupaya membuat
penilaian terhadap kurikulum dan
kokurikulum;
• membentukkan budaya penyelidiakn sebagai
asas dalam membuat sebarang perancangan
untuk tindakan ; dan
• merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru
yang terbabit melalui kerjasama secara

kolaboratif.

PRINSIP PENYELIDIKAN TINDAKAN &
MODEL-MODEL

Dua prinsip penyelidikan tindakan
yang utama.
• Prinsip Pertama: Penyelidikan tindakan dapat dilaksanakan
dengan satu gelungan langkah-langkah (a spiral of steps). Bagi
beliau, perubahan dan pemeringkatan prestasi kerja orang
boleh dilakukan berdasarkan pada gelungan langkah yang
terdiri daripada merancang, bertindak dan menilai tindakan
melalui memerhati dan mereflek.

• Prinsip Kedua: Langkah–langkah dalam penyelidikan
tindakan itu dijalankan oleh suatu kumpulan orang yang
berusaha bersama-sama secara kolaboratif untuk
membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja
mereka dalam situasi kerja mereka sendiri. Prinsip ini
melibatkan konsep membentuk budaya usaha sama di
kalangan ahli-ahli yang melaksanakan penyelidikan
tindakan.

GELUNGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
• Gelungan langkah penyelidikan tindakan melibatkan lima
langkah asas dalam satu gelungan dan gelungan pertama
akan diikuti oleh gelungan yang kedua dalam satu
penyelidikan tindakan yang berterusan. Langkah-langkah
dalam satu gelungan itu adalah seperti berikut:
Langkah (1) :langkah mengenal pasti isu dan masalah serta situasi
Langkah (2) :langkah merancang
Langkah (3) :langkah bertindak
Langkah (4) :langkah memerhati dan menganalisis
Langkah (5) :langkah merefleks dan menilai

Setelah menjalani gelungan kajian yang pertama, kegiatan kajian isu dan
masalah yang sama itu diteruskan lagi dengan gelungan kajian yang kedua
melalui langkah-langkah yang selanjutnya seperti langkah-langkah berikut:
Langkah I : langkah merancang semula
Langkah II: langkah melaksanakan tindakan lanjutan;
Langkah III:langkah memerhati dan menganalisis tindakan
lanjutan;
Langkah IV: langkah merefleks dan menilai tindakan lanjutan
Lazimnya beberapa gelungan kajian diadakan dalam penyelidikan tindakan
kerana masalah dan isu yang dikaji berkehendakkan tindakan susulan dan
lanjutan

MENCARI FOKUS PENYELIDIKAN TINDAKAN




Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah atau fokus.
Langkah ini amat penting kerana seseorang guru hanya akan rela
melibatkan diri dalam penyelidikan sekiranya fokus yang dipilih bersangkut
paut dgn dirinya.
Walaupun faktor yang biasanya mendorongkan seseorang membuat
penyelidikan berpunca daripada situasi bermasalah, titik tolak bagi
sesuatu penyelidikan tindakan tidak semestinya hanya sedemikian.

Penentuan fokus





Apakah isu-isu yang sesuai dijadikan focus sesuatu penyelidikan tindakan
dalam penyelidikan?
“Broadly, any professional situation about which teachers or others want
to gain a deeper understanding, and which they want to change is a
potential starting point”
(Altrichter et.al., 1993)
Secara umum sebarang situasi berkaitan dengan tugas seharian yang kita
ingin mengetahui dengan lebih lanjut agar sesuatu perubahan dapat
dilakukan boleh dijadikan fokus penyelidikan.

Cara Menentukan Fokus Penyelidikan
• sesuatu masalah yang telah dikenal pasti
• keinginan untuk memperbaiki sesuatu situasi
atau amalan
• keinginan mengetahui sesuatu
• keinginan mencubakan sesuatu idea baru

Panduan Menentukan fokus
Penyelidikan Tindakan












Fokus yang sesuai akan timbul ekoran daripada melengkapkan pernyataan atau
pun mencari jawapan kepada atau ransangan tertentu (Kemmis dan
McTaggart,1982). Antara soalan atau rangsangan yang dimaksudkan ialah;
saya ingin memperbaiki…
ada orang (murid/ibubapa/guru lain) yang tidak puas hati dengan …
Apakah yang dapat dilakukan untuk mengubah keadaan ini?
saya kagum dengan…
Bolehkah saya melakukan sedemikian?
………merupakan sesuatu yang membimbingkan.
Apakah yang boleh dilakukan?
Saya ada sesuatu idea tentang .. yang ingin saya cubakan.
Bagaimanakah pengalaman … dapat diaplikasikan?
Apakah yang harus saya lakukan untuk…

Memilih Fokus Penyelidikan
• Jangan pilih sesuatu yang anda tidak
melakukan tindak susul atau yang di luar
bidang kuasa anda
• Pilih sesuatu topik atau isu yang
berhubungkait dengan bidang tugas anda
• Pada permulaan, pilih suatu skop kecil yang
mudah dikendalikan

Menjelaskan Fokus Penyelidikan









Untuk memudahkan peringkat mengumpul data dan seterusnya analisisnya, sesuatu fokus
penyelidikan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Sebagai contoh, cikgu Ang telah
menentukan fokus penyelidikannya seperti berikut:
“murid-murid kelas saya sangat bising semasa aktiviti kumpulan kecil. Bagaimanakah dapat
saya mengelolakan aktiviti tersebut dengan lebih berkesan?”
Soalan-soalan yang boleh membantu cikgu Ang menjelaskan lagi masalahnya adalah seperti:
murid-murid manakah yang membuat bising?
Apakah yang dilakukan oleh murid-murid tersebut yang menjadikan keadaan bilik darjah
bising?
Adakah murid-murid tersebut terlibat dalam aktiviti pembelajaran ataupun perkara yang
tidak bersangkut paut dengan pelajaran tersebut?
Adakah keadaan bising itu menganggu pelajaran?
Apakah tugasan-tugasan yang boleh melibatkan murid-murid dalam pemikiran dan kurang
dalam perbualan?

Model-model penyelidikan tindakan

Kemmis model

ELLIOTT’S MODEL OF ACTION RESEARCH













Identifying the General Idea
Seeking Consensus
Reconnaissance
Action Cycle 1
General plan
Monitoring Implementation and effects
Reconnaissance
Action Cycle 2
Revised General plan
Monitoring Implementation and effects
Reconnaissance
………

Action Research

Action-research might be defined as “the study of a social
situation with a view to improving the quality of action within it.”
It aims to feed practical judgment in concrete situations, and the
validity of the 'theories' or hypotheses it generates depends not so
much on 'scientific' tests of truth, as on their usefulness in helping
people to act more intelligently and skilfully. In action-research
'theories' are not validated independently and then applied to
practice. They are validated through practice.
Elliott (1991a: 69).

Stringer: Community Action Research
Look - building a picture and gathering information.
When evaluating we define and describe the problem to be investigated and the context in
which it is set. We also describe what all the participants (educators, group members,
managers etc.) have been doing.
Think - interpreting and explaining.
When evaluating we analyse and interpret the situation.
We reflect on what participants have been doing.
We look at areas of success and any deficiencies, issues or problems.
Act - resolving issues and problems. In evaluation we judge the worth, effectiveness,
appropriateness, and outcomes of those activities. We act to formulate solutions to
any problems.
Stringer 1999: Action Research by Ernest. T. Stringer. Publisher: Sage Publications; 2nd edition

Using Action Research Cycles

Action Research should offer the capacity to deal with a number of
problems at the same time by allowing the spirals to develop spin-off
spirals. (Jean McNiff, 1988)
http://www.jeanmcniff.com

REKABENTUK KAJIAN
TINDAKAN Bahagian
Pendidikan Guru -KPM

PROSES
PENYELIDIKAN
TINDAKAN

MENGENALPASTI ASPEK
AMALAN
• Mengumpul data untuk
mengenalpasti aspek amalan
yang ingin ditambahbaik

Kitaran seterusnya
MERANCANG

REFLEKSI
• Menganalisis dan menilai
• Membuat refleksi mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang
dikumpul

MELIHAT KESAN TINDAKAN
• mengumpul data tentang kesan
tindakan

RAJAH 1

• merancang pelan tindakan
untuk menambahbaik
amalan
Merancang pengumpulan
data tentang kesan tindakan

TINDAKAN/IMPLEMENTASI
• Melaksanakan pelan
tindakan



Perhatikan dua peringkat dimana data
dikumpul dan dianalisis untuk
(a) Mengenal pasti aspek amalan
(b) Melihat kesan tindakan
• Peringkat ‘mengenalpasti aspek amalan dan
merancang nampaknya terpisah, tetapi
dalam pelaksanaan sebenar, kedua-dua
peringkat ini boleh berlaku serentak

• Peringkat ‘tindakan/implementasi’ dan
‘melihat kesan tindakan’ ini boleh berlaku
serentak
• Refleksi juga boleh dibuat sepanjang kitaran
penyelidikan. Walaupun peringkat
‘tindakan/implementasi dipisahkan daripada
peringkat ‘refleksi’ seperti RAJAH 1,situasi
yang sebenarnya kedua-dua peringkat ini
boleh berlaku serentak

REFLEKSI
PENGERTIAN REFLEKSI
• Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan
bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan
(ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap
rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.
“reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or
purported form of knowledge, in the light of the grounds that support it and the
further conclusions toward which it tends”.
(Dewey dalam Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and
development, Oxford: Heinemann,p.89)

Satu aspek “central” bagi refleksi kritis dalam pendidikan ialah
(bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan
pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan
suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka
ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan
dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi
percanggahan di antaranya untuk menghasilkan bentuk
amalan baru.

Fokus refleksi





amalan/ tingkah laku pengajaran
hasil/ akibat/ kesan
kepercayaan, pegangan andaian
kewajaran, kerasionalan

Hasil refleksi





kefahaman ‘baru’
kesedaran
keinsafan
perubahan persepsi

Prasyarat refleksi
• keterbukaan minda/fikiran
• kesungguhan
• penanggungjawaban

Prosedur
• Kembali kepada pengalaman (“locating oneself in an action
frame…” Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan,
apakah yang terjadi kepada murid dsb.
• Teliti perasaan
• Teliti kewajaran/ kerasionalan
• Apakah alasan bagi amalan tindakan

Alat bantu refleksi
• diari / jurnal

Kesan/ akibat Melakukan Refleksi
Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang:
1.
tingkah laku atau amalan pengajarannya
2.
makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya
3.
tabiat atau kebisaannya – tabiat ‘melihat sesuatu, tabiat berfikir, tabiat
bertindak
4.
perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau
bertindak
5.
kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna/memberi pengertian,
atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu
6.
perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi
7.
penghakiman (value judgement)
8.
memberi nilai/label terhadap sesuatu
9.
mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif

Transformasi perspektif
• Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan
• Refleksi berlaku sepanjang kitar penyelidikan
namun tumpuan ialah pada dua peringkat.

Di peringkat memulakan penyelidikan
tindakan
• membuat tinjauan atau analisis situasi
• menentukan isu dan bidang keprihatinan
• menentukan fokus penyiasatan atau
perubahan
• menganalisis kefahaman semasa kendiri dan
orang lain

Di peringkat post tindakan dan pemantauan
(berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul) penyelidik






mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid
menilai kembali kefahaman dan tanggapan
menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat
menentukan tindakan selanjutnya