Peraturan Dan Keselamatan Makmal doc

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

TAJUK 3

PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL

SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan peraturan dan keselamatan makmal sains. Ini
termasuklah aspek-aspek seperti peraturan dan undang-undang makmal, jenisjenis kecederaan dan prosedur pertolongan cemas, pencegahan kecederaan
dan kemalangan, jenis-jenis kebakaran, dan pengunaan pelbagai jenis alat
pemadam kebakaran.

HASIL PEMBELAJARAN
1.

Menyenaraikan peraturan-peraturan makmal sains

2.

Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dan melaksanakan prosedur
pertolongan cemas bagi kecederaan tersebut.


3.

Mengenalpasti cara mencegah kecederaan dan kemalangan dalam
makmal sains.

4.

Mengenalpasti jenis-jenis kebakaran dan pemadam api yang sesuai
digunakan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
PERATURANDAN
DAN
PERATURAN
KESELAMATAN
KESELAMATAN
MAKMAL
MAKMAL


Jenis-jenis
Jenis-jenis
Peraturandan
dan
Peraturan
Kecederaan
Kecederaan
UndangUndangdan
Prosedur
dan Prosedur
undang
undang
Pertolongan
Pertolongan
Makmal
Makmal
Cemas
Cemas

Pencegahan

Pencegahan
Kecederaan
Kecederaan
dan
dan
Kemalangan
Kemalangan

Jenis-jenis
Jenis-jenis
Kebakaran
Kebakaran

Rajah 3.1: Kerangka topik 3
1

Penggunaan
Penggunaan
Pelbagai
Pelbagai

Jenis
Alat
Jenis Alat
Pemadam
Pemadam
Kebakaran
Kebakaran

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
ISI KANDUNGAN

3.1

Peraturan dan Undang-undang Makmal

a.

Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang
pesanan untuk kerja amali)


kepada kakitangan makmal keperluan

peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2
hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan.
b.

Tidak sesiapapun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau
bilik persediaan.

c.

Tidak sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik
persediaan tanpa urusan rasmi.

d.

Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

e.


Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan
sedemikian tanpa sebarang pengawasan.

f.

Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik
persediaan untuk kegunaan persendirian.

g.

Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa
dalam makmal dan bilik persediaan.

h.

Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam
makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.

i.


Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada
dalam makmal atau bilik persediaan.

j.

Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

Memikir
Apakah peraturan makmal sains yang anda boleh sediakan untuk setiap pelajar
supaya memastikan keselamatan mereka semasa di makmal?

2

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

3.2

Jenis-jenis Kecederaan dan Prosedur Pertolongan Cemas


a.

Melepuh
i.

Melepuh terkena asid atau alkali
Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di
bawah air paip yang terbuka selama 10 minit seperti ditunjukkan
dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.1: Kaedah merawat lepuhan
Semasa merawat melepuh terkena asid atau alkali adalah penting
menggunakan air yang banyak bagi menbasuhnya dan bahan
penuetral tidak digunakan sehingga selepas bahagian terjejas
dibasuh dengan air. Jika pengawasan ini diabaikan, haba dari
larutan bahan penuetral mungkin akan merosakan lagi bahan yang
terjejas.
ii.

Melepuh terkena bahan panas

Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas itu di bawah
air yang mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan
terdedah kepada udara. Jika teruk sebahagian besar anggota yang
melepuh atau kulit melupas lekatkan selurat badan yang terjejes itu
dengan pedap kain kasa yang kering dan bersih. Jangan sapu apaapa minyak, ubat serbuk. Balut di keliling pedap ini dengan kain
pembalut dan tentukan bahawa pembalut tidak terlalu ketat.
3

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
b.

Kebakaran
i.

Kebakaran bahan uji
Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi
mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua
penunun gas, tutup litar elektik disekitardan pindah atau keluarkan
apa-apa benda yang boleh terbakar. Kawalan api adalah
bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran.

Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar)
biasanya boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain lembab
yang bersih. Api akan padam apabila kekurangan udara. Api yang
lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering. Pasir
yang telah disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin
menggandungi

bahan

meruapyang

mudah

terbakar.Selaian

daripada itu api boleh dipadam dengan menggunakan pemadam
api karbon dioksida atau busa.
ii.

Kebakaran pakaian

Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan
mengibas-ngibaskan api. Suruh ia merebahkan badannya dan
balut badannya sekejab-kejab dengan gebar kalis api hingga
padam. Rawat mana bahagian kulit yang melepuh.

c.

Kecederaan Mata
i.

Benda pepejal dalam mata
jika benda itu tajam atau merupakan kaca. JANGAN cuba
mengeluarkannya. Minta pesakit supaya jangan mengosokkan
mata. Tutup mata itu dengan pedap kain kasa yang tebal dan
lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta.

4

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
ii.

Kekotoran melekat di mata
Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke dalam
mata dari botol basuh. Juga boleh meminta pesakit buka dan tutup
matanya berulangkali di dalam basin yang mengandungi air yang
bersih. Jika ini berjaya untuk mengeluarkan kekotoran. Gunakan
bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah
boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan.
Sekiranya masih gagal, ikuti cara (i) di atas.

iii.

Mata dimasuki asid atau alkali
Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya
atau membuka dan menutup mata berulang-ulang dalam basin
yang mengandungi air bersih. Tutup mata dengan pedap lembut
dan bawa berjumpa doktor.

d.

Renjatan Elektrik

Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta jika ini tidak boleh berlaku, jangan
sekali-kali menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri di atas
kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan pengalir, cuba
pisahkannya daripada litar arus dengan menggunakan sebatang kayu yang
kering seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Jika pernafasannya terhenti,
jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan sertamerta.

Rajah 3.2: Asingkan mangsa dengan menggunakan kayu kering.
5

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
e.

Tersedut Gas Beracun

Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal ke
udara yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia
boleh digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor.
“Amaran”
Jika seseorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera
dalam badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN
alihkan pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal
yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor.

Perbincangan
Rujuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengenai cara memberi bantuan
pertolongan cemas kepada pelajar yang telah pengsan di makmal sains anda.

3.3

Pencegahan Kecederaan dan Kemalangan

a.

Gunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai.

b.

Pastikan lantai tidak licin.

c.

Tiada pemasangan yang menonjol dari dinding ke dalam ruang berjalan.

d.

Sediakan tempat yang sesuai untuk penyimpanan barang-barang pelajar.

e.

Tingkap boleh diakses dengan mudah.

f.

Semua sesalur utama bagi kawalan gas, air dan elektrik mudah diakses
oleh guru-guru.

g.

Bekas sisa yang dilabel dengan jelas perlu disediakan untuk kaca pecah,
bahan kimia dan biologi.

Langkah-langkah berikut dapat djalankan bagi mencegah kebakaran:
a.

Mengawal pembekalan bahan api.

b.

Hadkan pembekalan oksigen.

c.

Hadkan haba di dalam makmal.
6

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
3.4

Jenis-jenis Kebakaran

Api merupakan bahaya paling serius yang boleh berlaku di dalam makmal sains.
Pihak sekolah perlu menjalankan prosedur dan latihan yang rapi bagi
mengurangkan

kemungkinan

berlakunya

kebakaran.

Kebakaran

boleh

diklasifikasikan kepada 4 kelas berdasarkan puncanya seperti Jadual 3.1.
Pengelasan jenis api kebakaran dalam Jadual 3.1 hanya sah di Malaysia sahaja.
Di negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.
Jadual 3.1: Kelas Kebakaran dan Puncanya
Kelas

Punca

Pemadam Api yang Sesuai

A

Kayu, kertas, kain getah dan Pemadam api jenis karbon dioksida,
plastik
busa dan serbuk kering
Selimut api, pasir dan air

B

Cecair yang mudah terbakar Pemadam api jenis karbon dioksida,
seperti
minyak
masak, busa dan serbuk kering
minyak paralin dan petrol

C

Kebakaran gas seperti gas
butana, gas acetylene,
pendawaian elektrik, kotak
fius, perkakasan elektrik dan
lain-lain.
Kebakaran logam seperti
logam potassium, logam
sodium, logam kalsium dan
logam magnesium.

D

Pemadam api jenis karbon dioksida,
busa dan serbuk kering

Pemadam api jenis karbon dioksida,
busa dan serbuk kering

Layari Internet
Layari laman web rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada
http://www.bomba.gov.my/index.php?lang=bm untuk mendapat maklumat
lanjut mengenai keselamatan kebakaran.

7

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

3.5

Penggunaan Pelbagai Jenis Alat Pemadam Kebakaran

Sebuah makmal mestilah dilengkapi dengan peralatan memadam kebakaran.
Setiap makmal sains sekurang-kurangnya mempunyai perkara berikut:
a.

Selimut api

b.

Baldi berisi pasir

c.

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering

Bagi pemadam api jenis karbon dioksida untuk kegunaan bukan domestik
(seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui
kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan
mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk
ditampal pada badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap

8

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan
kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api.
Langkah mudah menggunakan alat pemadam api adalah dengan kaedah
“PASS”. Maksud singkatan PASS dihuraikan seperti berikut:


Cabutkan Pin (Pull out safety pin)



Halakan nozel ke pangkal api (Aim extinguisher nozzle at the base of the
falmes)



Tekan pemicit alat pemadam api secara menegak (Squeeze trigger while
holding the extinguisher upright)



Gerakkan alat pemadam api supaya meliputi kawasan kebakaran (Sweep
the extinguisher from side to side, covering the area of the fire)

a.

Pemadam Api Serbuk Kering ABC
Berat

: 12kg atau 3kg

Warna

: Biru

Jenis api yang

: A, B dan C

boleh dipadamkan
Catatan

b.

: Boleh digunakan sekali sahaja,
serbuknya boleh merosakkan
logam, enjin dan badan
kenderaan, berbahaya kepada
makanan.

Pemadam Api Karbon Dioksida
Berat

: 3kg

Warna

: Hitam

Jenis api yang

: C

boleh dipadamkan
Catatan

: Tidak sesuai untuk persekitaran
terbuka

9

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

c.

Pemadam Api Serbuk Kering ABC
Berat

: 12kg atau 3kg

Warna

: Merah

Jenis api yang

: A, B dan C

boleh dipadamkan
Catatan

: Boleh digunakan sekali sahaja

Latihan
Senaraikan semua jenis pemadam api yang terdapat di dalam IPG atau sekolah
anda. Kaji dan lukiskan cara penggunaan setiap jenis pemadam api tersebut.
Rujukan:
Lee, S. M. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

10