23608549 Murtad masih merupakan isu utama dalam hubungan beragama di Malaysia Shafezan

Murtad masih merupakan isu utama dalam hubungan beragama di Malaysia,
sedangkan Perlembagaan telah memberi jaminan hak beragama di Malaysia.
Bahaskan

Masalah murtad dan kedudukan istimewa Islam adalah perkara yang amat sensitif di
kalangan umat Islam di negara ini dan sebarang cubaan menggugat kedudukan tersebut akan
mengguris perasaan ramai pihak dan bakal mengganggu keharmonian dan kerukunan masyarakat
berbilang bangsa. Murtad berkait dengan melihat persoalan status keIslaman dan permohonan
untuk keluar dari Islam adalah persoalan yang harus diadili oleh para Hakim yang memahami
perundangan Islam di Mahkamah Syariah dan bukan di Mahkamah Sivil terutama apabila ia
melibatkan para Hakim bukan Islam. Sebelum pergi dengan lebih jauh dapatlah dijelaskan
tafsiran murtad itu menurut Islam, perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau
irtidad. Dari sudut bahasa perkataan riddah kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk
iaitu kembali daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa
pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak
mempercayai Islam atau meninggalkan Islam untuk mempercayai agama lain. Manakala dari
segi istilah pula, murtad membawa maksud keluar dari agama Islam atau tidak mempercayai
agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan dan iktikad.
Dalam konteks Malaysia, isu murtad ini menjadi isu utama walaupun ia telah lama
dibangkitkan berdasarkan kepada kes-kes murtad dan tuntutan di mahkamah hingga kini.
Sesungguhnya ia menjadi satu isu yang kompleks kerana secara langsung melibatkan

peruntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Isu yang seringkali menjadi perbahasan undangundang dan menjadi tuntutan oleh pihak-pihak berkaitan murtad di Malaysia ini adalah
berkenaan orang Islam yang telah keluar dari agama Islam merasa hak kebebasan beragamanya
menurut perlembagaan disekat dan dihalang oleh badan berkuasa agama Islam dan mahkamah
apabila membuat sesuatu tuntutan. Dalam perbahasan ini banyak kes terdahulu yang dibicarakan
Page 1

samaada di mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil yang perlu dijadikan rujukan untuk
mengaitkannya dengan isu pokok samaada dalam isu murtad mahupun hak kebebasan agama.
Dapat dinyatakan disini, di dalam Perlembagaan Malaysia, diperuntukkan beberapa perkara
penting yang berkait dengan Islam. Di antara peruntukan penting yang berkaitan dengan
kedudukan Islam antaranya ialah Perkara 3, 11, 12(2), 121(1A)dan 150 (6A).
Secara sekali imbas, peruntukan-peruntukan tersebut ialah:







Perisytiharan Islam sebagai agama rasmi persekutuan [ Perkara 3(1)]

Hak kebebasan beragama [Perkara 11]
Kebenaran menggunakan wang awam untuk tujuan-tujuan Islam [Perkara 12(2) ]
Kedudukan mahkamah syariah di dalam sistem perundangan [Perkara 121(1A)]
Pengecualian undang-undang Islam daripada undang-undang darurat[Perkara 150 (6A)]
Penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak di dalam bidang kuasa negeri
[Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri, seksyen 1]

Berkenaan Perkara 3(1) yang menyebut: “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.” Menurut Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim seorang tokoh perundangan
negara, banyak salah faham berlaku tentang tafsirannya. Antaranya, pendapat yang menyatakan
setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam.Ini
tidak benar kerana Perkara 3memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama
lain mengamalkankepercayaan mereka. Perkara 3 secara nyata memberi jaminan kepada orang
bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika
perkataan ‘agama’ merangkumi bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi
termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut - penganut agama tersebut, maka
makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada ‘agama Islam’. Islam bukan sahaja satu
kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkumi semua
aspek termasuklah undang-undang.

Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara
keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka beberapa kesan boleh dilihat
daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:
Page 2

 Perkara 160 memberi definisi ‘Melayu’ sebagai seorang beragama Islam, lazi m bercakap

bahasa Melayu dan menurut adapt istiadat Melayu.Menurut Tun Salleh Abas ‘Melayu’
dan ‘Islam’ adalah unsur yangbercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan
undang-undang dan Perlembagaan
 Yang di Pertuan Agung dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan
di dalam setiap perlembagaan negeri menghendaki rajanya seorang berbangsa Melayu
beragama Islam dan dari keturunan diraja.
 Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di Pertuan Agong, belia mengangkat sumpah
dengan didahului lafaz ‘Wallahi, wabillahi, watallahi’ yang merupakan lafaz sumpah
yang dikehendaki dalam agama Islam (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan
Persekutuan)
 Yang di Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3(3) adalah ketua agama Islam di
negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang
tidak mempunyai raja.

 Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri
masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam, mereka
mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri
(EXCO).
 Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa

orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh kerana ‘Melayu’ dan ‘Islam’ ialah dua entiti yang tidak boleh
dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk
menjaga dan melindungi agama Islam.
Perkara 3 dan kesan dari peruntukan tersebut nampaknya boleh ditafsirkan untuk kebaikan
Islam dan kepentingan umat Islam. Penggubal undang-undang dan pengamal undang-undang
boleh melebarluaskan pentafsiran ini bagi kepentingan Islam dan umatnya. Cuma ada pandangan
yang menyebut bahawa Perkara 3(1) tidak harus digunakan untuk menilai kedudukan Islam
dalam kerangka perlembagaan secara keseluruhannya. Peruntukan berkenaan juga tidak cukup
kukuh untuk menjadi landasan buat pelaksanaan Islam. Untuk tujuan pelaksanaan Islam secara
yang sempurna, perlembagaan perlu dipinda dan diubahsuai. Demikian juga Profesor Ahmad
Page 3

Ibrahim mempertikaikan sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di

dalam al-Quran dan Sunnah atau tidak tetapi Perlembagaan Persekutuan yang sering dilihat
sebagai penghalang pelaksanaan Islam; akibat wujudnya peruntukan perlembagaan yang
menyatakan bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi, mengatasi undangundang lain (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 4 (1)). Sebenarnya sama ada peruntukan
berkenaan benar-benar menghalang perlaksanaan Islam pada hakikat dan praktiknya banyak
tertakluk kepada tafsiran dan juga polisi-polisi yang dibuat bagi pelaksanaan Islam. Sekali lagi, ia
kembali kepada political-will di kalangan mereka yang berautoriti dalamperkara ini.
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11(1) memperuntukkan hak kebebasan
beragama di Malaysia di mana: “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”. Peruntukan ini jelas
memberi kebebasan kepada setiap warganegara Malaysia untuk menganuti apa-apa agama tetapi
tertakluk kepada Fasal (4) membenarkan undang-undang negeri dan persekutuan (bagi Wilayah
Persekutuan) untuk mengawal atau membatasi pengembangan mana-mana kepercayaan umat
Islam. Perbincangan mengenai konsep kebebasan beragama menurut perundangan Malaysia
tidak akan lengkap sekiranya meninggalkan satu lagi peruntukan yang begitu penting dalam
Perlembagaan Persekutuan, iaitu kedudukan agama Islam. Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan memperutukkan: “Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian dalam Persekutuan”
Kedua-dua peruntukkan di atas mempunyai kaitan apabila membicarakan persoalan
kebebasan beragama dan agama Islam dan secara tidak langsung membabitkan isu murtad dan
tuntutan pihak-pihak berkenaan. Dalam perbahasan isu murtad dan hak kebebasan beragama ini

kita mesti jelas tafsiran mengenai kedudukan agama Islam di negara Malaysia ini. Agama Islam
diletakkan di tempat yang tinggi mengatasi agama-agama lain di Persekutuan. Jika merujuk
kepada dalam kes Che Omar bin Che Soh V Public Prosecutor adalah tidak dapat diragui bahawa
Islam bukanlah hanya koleksi dogma-dogma dan hanya bersifat peribadatan sahaja malah ia
merangkumi satu cara hidup yang meliputi kehidupan individu dan bermasyarakat, perundangan,
politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan perundangan”, tetapi pada hakikatnya
peruntukan Perkara 3(1) hanyalah untuk menunjukkan bahawa agama Islam tidak lain hanyalah
Page 4

untuk tujuan peribadatan dan diberi tempat semasa majlis-majlis rasmi. Penjelasan ini dinyatakan
dalam keputusan kes Che Omar setelah pihak perayu (Che Omar) dalam kesnya yang disabitkan
berkenaan kesalahan melibatkan pengedaran dadah mendakwa bahawa hukuman mandatori
gantung sampai mati yang termaktub dalam Akta Dadah Merbahaya adalah bercanggah dengan
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan kerana dalam undang-undang Islam tidak terdapat
hukuman tersebut.
Menurut Professor Andrew Harding seorang Professor Asia-Pacific Legal Relations
University of Victoria, Canada, di samping melindungi kebebasan beragama, peruntukan dalam
Perkara 11 juga turut membezakan antara mengamalkan dan mengembangkan agama. Ini kerana
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11 (1) memberi kebebasan kepada setiap individu
untuk mengamalkan agama anutannya. Ini menampakkan kebebasan beragama seperti yang

diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak. Tetapi Perkara yang sama
juga

memperuntukkan

sekatan

ke

atas

kebebasan

beragama

terutama

dari

segi


pengembangannya. Sekatan ini menurut beliau lebih untuk memelihara ketenteraman awam dan
bukannya memberi keutamaan kepada sesuatu agama. Dengan merujuk kepada peruntukan
dalam Perkara 11(4), badan perundangan Negeri termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan
boleh menggubal undang-undang yang mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan
kepercayaan bukan Islam kepada kalangan orang-orang Islam. Berikutan dengan itu, penyebaran
agama-agama bukan Islam kepada orang-orang Islam merupakan satu kesalahan jenayah tetapi
disebaliknya, penyebaran agama Islam kepada penganut agama-agama lain adalah diharuskan.
Hasilnya, kini terdapat sembilan negeri yang telah mempunyai undang-undang mengenai
kawalan dan sekatan pengembangan agama-agama bukan Islam.
Sehingga kini, hanya negeri Pahang sahaja yang menguatkuasakan undang-undang
tersebut. Penjelasan ini dapatlah disokong dalam kes PP lwn Krishnan a/l Muthu mangsa atau
pengadu Maziah Jusoh telah berkenalan dan bercinta dengan Orang Kena Tuduh (OKT) selama
tujuh tahun. OKT mempunyai seorang isteri yang bernama Marimuthu a/p Subramaniam.
Apabila mangsa tidak mempunyai tempat tinggal, beliau telah memohon kebenaran OKT dan
isteri untuk tinggal bersama. Berlaku beberapa siri pertengkaran antara OKT dan mangsa
sehingga membawa kepada pergaduhan fizikal. Mangsa pernah diugut supaya keluar dari agama
Page 5

Islam dan memeluk agama Hindu. Mangsa juga pernah disuruh bersumpah dengan tokong Hindu

dan pernah dilarang dari mendirikan solat. Dua pertuduhan telah dibawa ke hadapan Majestret,
dan OKT telah dijatuhi hukuman di bawah seksyen 325 Kanun Kesiksaan di mana beliau telah
dikenakan denda sebanyak RM2,000.00, dan seksyen 4(2)(i) Enakmen Kawalan dan Sekatan
Pengembangan Agama-agama Bukan Islam Negeri Pahang 1989 di mana OKT telah dikenakan
hukuman denda sebanyak RM1,500.00 dan dipenjara selama 20 hari.
Jika di perhatikan di dalam isu yang lain, percubaan kerajaan untuk mengguna pakai Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membendung kegiatan penyebaran agama Kristian di
kalangan orang Melayu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agong (ketika itu)
dengan alasan hak kebebasan seseorang individu untuk beragama tidak boleh dihalang dengan
penggunaan undang-undang tersebut (ISA). Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn
Jamaludin @ Yeshua Jamaludin Bin Othman, responden telah ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati menyebarkan agama Kristian kepada orangorang Melayu. Responden telah keluar agama Islam dan memeluk agama Kristian disamping
berjaya mengkristiankan enam orang Melayu. Responden telah memfailkan permohonan writ
habeas corpus dengan mendakwa bahawa tahanan beliau di bawah ISA adalah berlawanan
dengan hak kebebasan beragama. Mahkamah Agong (ketika itu) memutuskan bahawa arahan
yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri bagi menahan responden di bawah ISA atas sebab
perbuatan responden berjaya mengkristiankan enam orang Melayu tidak boleh dianggap
membawa kepada ancaman keselamatan negara. Lagipun, hak responden dalam menganut apaapa agama anutan pilihannya termasuk dalam hak kebebasan beragama, suatu jaminan kukuh
yang terdapat dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini telah dipersoalkan
oleh ramai pihak kerana persoalan agama dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Mengkristiankan

orang Melayu bermakna seseorang Melayu itu sudah tidak sempurna sifat kemelayuannya.
Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia bukanlah
satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak
Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah
berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira
latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di
Page 6

Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota
masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.
Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas
Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim
Negara (1974-1982). Menurut beliau :
“The fourth basic feature of the Constitution providing for Islam to be the religion of the
federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom
of religion was accepted without controversy and debate. The rulers of the Malay States and the
Malay population were Muslims even before the arrival of the Portuguese in the sixteenth
century and the Muslim population have always been tolerant towards the followers of any or no
religion.” (An Introduction to the Legal System in Malaysia, 1989, hal. 13).”


Menurut almarhum Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim (di dalam kertaskerjanya,
“Islam and The Constitution” yang dibentangkan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 1987,
ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference)
secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu
mempunyai peruntukan-peruntukan seperti (a) melindungi kedudukan (position) dan mertabat
(prestige) Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing, (b) Yang Di-Pertuan Agung perlu dipilih
dari kalangan Raja-Raja Melayu, dan (c) melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu.
Profesor Ahmad Ibrahim kemudiannya merumuskan kertaskerja beliau:
“There seems a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah
Courts and thus to implement the provision that Islam is the religion of the Federation. As Islam
is the religion of the Federation the Shariah as based on the Holy Quran and the Sunnah must be
enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the
HolyQuran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency. The Privy
Councilhas ruled that in the case of Singapore a law to be valid must conform to the
fundamental rules laid down by the English Common Law. This view seems to be acceptable to
some in Malaysia too but as Islam is the religion of the Federation surely the fundamental
Page 7

principles of the laws should be based in Malaysia not on the English Common Law but on the
Shariah. ”
Tidak sampai setahun kemudiannya, pada 10 Jun 1988, Parlimen meluluskan pindaan
Perlembagaan memperuntukkan fasal 1A kepada Artikel 121 Perlembagaan yang menyatakan
bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa (jurisdiction) terhadap
perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Kini setelah hampir dua puluh tahun pindaan ini dilakukan, bukan sahaja pindaan ini
yang dicabar, malah beberapa peruntukan lain secara tidak langsung turut menjadi pertikaian
termasuklah apa yang disifatkan sebagai ciri-ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa akta dan mekanisme baru pula cuba diketengahkan untuk mencabar secara tidak
langsung institusi-institusi yang telah diwujudkan di bawah peruntukan Perlembagaan
Persekutuan ini, umpamanya institusi mufti dan pihak pentadbiran agama negeri-negeri.
Keputusan Mahkamah Syariah dipertikaikan. Perjalanan pentadbiran agama negeri negeri
diperlekehkan. Malah tanggungjawab keagamaan untuk mengawal moral dan akhlak umat Islam
sendiri ditanggapi sebagai mengganggu “privacy” golongan-golongan tertentu dan berselindung
di sebalik hak asasi manusia. Fenomena murtad dan implikasinya menjadi isu hangat yang
mencabar keputusan dan kedudukan Mahkamah Syariah. Hal ini menjadi lebih sulit sekiranya
disulami dengan campurtangan politik dan ketidakcekapan (incompetence) birokrasi. Ada pula
yang mengambil untung dari kemelut kekeluargaan yang timbul berikutan fenomena murtad dan
perceraian ini. Apakah kepentingan mereka ini adalah untuk mendamaikan perpecahan keluarga
atau mengambil kesempatan politik (political mileage)? Apa yang berlaku kini cuba ditunjuktunjukkan sebagai permulaan satu perpecahan besar yang sudah tidak boleh dihalang lagi.
Sesungguhnya Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai kecacatan dalam meletakkan
kebebasan beragama tetapi ia tidak memberi ruang untuk murtad. Konsep dan ruang kebebasan
asasi di dalam perlembagaan adalah terhad dan spesifik. Ia perlu dilihat dalam konteks yang
tertentu dan tidak harus dianggap sebagai hak yang mutlak. Hak kebebasan beragama yang
diperuntukkan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan tidak memberi hak kepada seseorang
Islam untuk mengamalkan agama itu sesuka hati. Hak perlembagaan itu tidak boleh diberi
Page 8

tafsiran yang luas sehingga ianya boleh membatalkan semua undang-undang Islam yang
berkaitan dengan cara dan pengamalan yang ditetapkan oleh hukum syarak. Ini adalah kerana
kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan dari kedudukan agamaagama lain. Pertama kerana ianya adalah agama bagi persekutuan dan kedua perlembagaan itu
juga telah memberi kuasa bagi negeri-negeri untuk mengkanunkan hukum syarak.
Kes yang boleh dirujuk ialah di dalam Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur, apabila Hakim
Datuk Abdul Hamid Mohamed menolak rayuan habeas corpus oleh sepasang suami isteri
Mohmad Ya, 57, Kamariah Ali, 51, dan dua orang lelaki yang lain iaitu Daud Mamat, 62, dan
Mat Yaakob Ismail, 56, yang menuntut supaya mereka dibebaskan dari tahanan di penjara
Pengkalan Chepa, di Kelantan. Beliau yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Abdul Kadir
Sulaiman dan Datuk Allaudin Mohd Sheriff juga telah menolak rayuan mereka berempat yang
telah mengaku keluar dari Islam, untuk mendapat pengisytiharan hak kebebasan beragama.
Menurut Abdul Hamid, Seksyen 102 Enakmen Acara Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang
memperuntukkan cara-cara sesorang itu memeluk agama Islam atau keluar dari agama itu adalah
sah dan tidak bercanggah dengan hak kebebasan beragama. Beliau juga tidak bersetuju dengan
hujahan peguam perayu bahawa Seksyen 102 tidak terpakai ke atas perayu berempat kerana
mereka bukan lagi penganut agama Islam setelah membuat pengakuan untuk keluar dari agama
tersebut. Soalan samada perayu-perayu itu murtad atau tidak adalah persoalan hukum syarak dan
bukan undang-undang sivil. Dengan itu hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh
memutuskan samada seseorang Islam itu masih beragama Islam atau tidak, walaupun mereka
telah membuat pengakuan bahawa mereka telah keluar dari agama itu terlalu umum. Berkenaan
dengan permohonan pengisytiharan hak kebebasan beragama pula, Abdul Hamid berkata
permohonan itu terlalu umum dan bukanlah tugas mahkamah untuk mengkaji semua undangundang negeri untuk menentukan keperlembagaannya. Pada 1996, mereka telah dipenjara dua
tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru kerana terlibat dalam ajaran sesat.
Bagaimanapun Mahkamah Rayuan Syariah telah menggantikan hukuman itu dengan jaminan
untuk berkelakuan baik untuk lima tahun dan memerintahkan supaya mereka melaporkan diri
kepada Kadi daerah masing-masing untuk bertaubat.

Page 9

Namun pada bulan Ogos 1998, mereka telah membuat pengakuan sumpah berkanun di
hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur bahawa mereka telah keluar dari agama Islam
dengan kerelaan sendiri. Pada Februari 2000 mereka dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi
Syariah yang sama kerana mengikari perintah bertaubat yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.
Mereka juga telah didakwa atas kesalahan cuba keluar dari agama Islam tapi masih belum
dibicarakan. Mereka kemudian membuat perhomohanan habeas corpus dan pengisytiharan
kebebasan beragama di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi telak ditolak. Berdasarkan kepada
situasi berikut, Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah adalah pihak yang memiliki
bidang kuasa tertinggi untuk menjalankan hukuman murtad di Malaysia Ini kerana kedua-dua
badan kerajaan itu dianggap paling berkuasa kerana ia di bawah pentadbiran kerajaan
persekutuan dibandingkan dengan badan-badan lain, justeru, keberkesanan peranan atau
fungsinya bergantung kepada sejauh mana integriti dan kebebasan yang diberikan kepada
keduanya.
Berdasarkan kepada kes dan isu yang timbul dapat dinyatakan isu murtad dan status
kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi
dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara
penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Perkara 11 dalam Perlembagaan Malayasia
memperutukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat
dalam peruntukan ini ialah walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap
bebas menganut agama-agama lain dan seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada
menjalankan aktiviti keagamaan dalam masa yang sama penganut setiap agama diberikan
kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing dan hari sambutan upacara
keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am. Persoalan murtad merupakan perkara
sensitif terutama bagi orang Melayu. Ini kerana, menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan
Persekutuan, orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam Melayu. Justeru, orang Melayu yang murtad dianggap telah keluar
Melayu dan ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu.
Sebuah forum dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti
Kebangsaan Malaysia (Perundang) pada 7 Ogos 2007 bertempat di Dewan Anuar Mahmud
Page
10

UKM dalam mengupas isu perundangan sivil dan syariah, Profesor Abdul Aziz Bari pensyarah
undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, memberi pendapat, bahawa tidak berlaku
konflik antara perundangan sivil dengan Syariah dan sepatutnya tidak akan wujudnya konflik.
Perundangan Persekutuan memperuntukkan dalam perkara artikel 11, bahawa Islam ialah Agama
Persekutuan, tetapi penganut agama-agama yang lain bebas mengamalkan agama masingmasing.Menurut Abdul Aziz artikel ini sudah cukup dan berdiri dengan sendiri di dalam
meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa perlu kepada pecahan . Dari artikel ini sudah
cukup untuk diinterpretasi berhubung dengan hak dan kuasa Islam di negara ini. Adapun
peruntukan perlembagaan 121 (1A) memaksudkan bahawa undang-undang sivil tidak berhak
campur tangan ke atas peruntukan dan hak undang-undang syariat yang antaranya boleh diolah
dari artikel 11 yang lengkap dan berdiri sendiri.
Peruntukan ini mempertahankan kemurnian Islam dan penganutnya

sehingga

perundangan tidak diperkotak-katikkan dan dipermain sewenang-wenangnya. Seorang Islam
tidak boleh sewenang-wenang keluar dari agama (murtad). Ianya hendaklah berdepan dengan
perundangan syariat. Seseorang tidak dipaksa beragama Islam, tetapi apabila menganut Islam dia
tidak boleh sesuka hati isytihar keluar Islam atau murtad. Murtad adalah sesuatu kesalahan serius
dalam Islam ianya bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan dan sesiapa yang berkenaan itu
mesti berdepan dengan perundangan Islam. Beliau mengambil kes Lina Joy dan juga kes Aishah
Bukhari. Hak asasi manusia tidak boleh dikaitkan dengan perundangan ini dan ia adalah berada
pada tempat berlainan dan tafsiran yang berbeza, jika tidak ia hanya menggangu dan merosakkan
perjalanan perundangan. Walaubagaimana dengan adanya peruntukan yang meletakkan Islam
sebagai agama rasmi Persekutuan, tidak bererti negara Malaysia negara Islam, kerana banyak
perkara yang memperlihatkan Malaysia bukan negara Islam, sebaliknya beliau juga tidak
menerima Malaysia sebagai negara sekular, kerana terdapat peruntukan, perjalanan dan amalan
yang mengukuhkan Islam.
Jika diperhatikan negara jiran seperti di Indonesia. Islam di Malaysia bukan seperti
Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli
kehidupan rakyat. Indonesia yang 85% beragama Islam dan merupakan umat Islam terbesar di
dunia tidak meletakkan sebarang agama sebagai agama rasmi. Akibatnya, mengancam Islam itu
Page
11

sendiri. Contoh di Indonesia faham sekularisme makin mengancam Islam, timbulnya pluralisme
yang berpegang bahawa semua agama sama dan benar. Dari pengaruh pasca modenisme mereka
melihat Quran perlu didekonstruksi dan diedit semula. Pendekatan juga dipengaruhi hermunitik
yang melihat Quran sebagai Bible yang tidak ada yang asli lagi dan begitu banyak versi yang
digunakan dan berbagai-bagai bahasa. Ini bertambah lagi dengan pendekatan Feminisme yang
menuntut persamaan wanita dengan lelaki misalnya hak talak, wirathah, iddah, melarang dari
berpoligami dan sebagainya. Dengan keadaan ini ianya menggugat kemurnian Islam dan akan
menjadi terganggu.

Ia berbeza dengan Islam di Malaysia yang telah diberikan hak dan kedudukan istimewa
oleh perlembagaan. Dalam pada itu Islam tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan
agama bagi penganut lain. Bagaimanapun itu tidak bermakna kebebasan tersebut adalah mutlak
kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11 (4) iaitu supaya tidak menyebarkannya di kalangan
umat Islam. Dalam bab lain, kebebasan hak asasi manusia juga dijamin oleh Perlembagaan di
bawah Bahagian Dua. Namun ia tertakluk pula kepada syarat-syarat tertentu seperti
ketenteraman awam, kesihatan awam dan moral yang merupakan hak ramai.
Sememangnya kita bersetuju dengan pandangan ramai pihak untuk kita mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah seruan YM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak
pada 3 April 2007 ketika menyampaikan ucaputama di Young Malaysians’ Roundtable
Discussion on National Unity and Development in Malaysia: Prospects and Challenges for
Nation Building. Di dalam ucaptamanya, beliau juga menganjurkan agar semua mengamalkan
sikap kompromi (compromise) dan akomodasi (accommodation) ketika begitu ramai enggan
berkorban dan hanya ingin menang serta mendominasi.
Malah, ramai yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa Mahkamah Syariah
adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil, sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan
Persekutuan sejak hampir 20 tahun lalu. Ketika golongan-golongan ini bersetuju dengan
pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama, mereka
menafikan kedudukan dan peranan Islam di dalam Perlembagaan. Sesungguhnya kedudukan
Page
12

Islam tersebut bukannya sekadar hiasan. Ia perlu diagendakan dan usaha untuk menterjemahkan
Islam dalam dasar pentadbiran dan sebagainya tidak boleh diharapkan ke atas mereka yang sinis
dengan potensi dan peranan Islam meskipun mereka beragama Islam. Di atas pertimbangan
tersebut, demi memastikan tiada sebarang pencapaian generasi lampau dalam mengukuhkan
peranan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa usaha perlu difikirkan. Pertama,
sebuah gerakan pencerdasan undang-undang kepada masyarakat Islam perlu diusahakan.
Ia perlu menjelaskan tentang hak dan keperluan mempertahankan serta melaksanakan
peruntukan Perlembagaan khususnya yang bersangkutan dengan Islam. Gerakan pengilmuan ini
lebih menjamin keberkesanannya pada tempoh jangka panjang.
Kedua, sebab-sebab yang mendorong fenomena murtad berlaku perlu didalami dengan
mengkaji apakah mereka terdorong murtad kerana ketidakyakinan mereka kepada Islam atau
sebab-sebab lain yang belum kita ketahui. Seandainya ia disebabkan oleh ketidakyakinan
mereka, maka cara bagaimana mereka mempelajari Islam dan bagaimana masyarakat Islam
mendekati mereka perlu diperkemaskan. Akhirnya yang menjadi keutamaan kita ialah proses
pengilmuan dan pendakwahan. Hanya inilah benteng ketahanan yang paling ampuh yang boleh
dibina di dalam setiap diri penganut Islam, tanpa sebarang pindaan kepada mana-mana
peruntukan Perlembagaan.
Kesimpulannya, pendedahan terhadap sensitiviti agama terutamanya agama Islam perlu
diberi penekanan. Senario kini memperlihatkan seolah-olah semua pihak boleh mengulas
hukum-hakam Islam sehingga melangkau jauh batasan yang umat Islam sendiripun dilarang dari
membincangkannya.

Penekanan aspek toleransi yang dikatakan perlu menghormati ajaran

agama lain, menonjolkan aspek persamaan nilai dalam ajaran agama, bekerjasama dalam
mengekalkan keamanan, perlu dipergiatkan agar objektif untuk berkongsi kebahagiaan hidup
dalam masyarakat majmuk menjadi kenyataan. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, konflik
tidak semestinya berlaku disebabkan perbezaan etnik dan agama, bahkan krisis tetap juga timbul
walaupun datang daripada rumpun yang sama.
Penegasan terhadap undang-undang murtad perlu disokong kerana kita perlu menyedari
akan hakikat kebebasan bukanlah bersifat mutlak yang perlu dikekalkan. Sejarah perlembagaan
Page
13

sendiri telah menjelaskan kepada kita, bahawa ianya terpulang kepada budi bicara pemerintah
dalam menggubal undang-undang dan pentafsiran hakim dalam mengulas peruntukan undangundang tersebut.1 Justeru, perjuangan yang mengatakan hak kebebasan asasi mesti diutamakan
boleh dikatakan agak mustahil. Ini kerana masalah manusia dalam menghadapi krisis nilai dan
kepentingan adalah tidak berkesudahan. Tambahan pula kalau terdapat pun peruntukan hukuman
berat bagi kesalahan murtad, ianya tidaklah semudah itu untuk dilaksanakan. Sebab di sana
masih terdapat hak rayuan atau budi bicara bagi meringankan hukuman.
Berikutan daripada penekanan aspek toleransi tadi, persoalan murtad seharusnya menjadi
topik utama bagi umat Islam sahaja dan perlulah dihormati bahawa orang Islam tidak diberikan
hak untuk keluar daripada agamanya. Ini kerana ia perlu kembali aspek teologi iaitu konsep asas
kepercayaan umat Islam dan tanggungjawab kepada Penciptanya. Hal ini sudah pasti tidak
relevan lagi untuk dikaitkan dengan orang bukan Islam, oleh kerana perbezaan pegangan,
penghayatan dan ajaran yang menyebabkan beberapa perkara dalam agama Islam telah
disabitkan sebagai muktamad dan tidak boleh dikompromi lagi.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di manamana bahagian Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukan “Tiap-tiap orang
adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)
mengembangkan ugamanya”. Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebut undangundang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i’tiqad atau
kepercayaan agama lain terhadap umat Islam. Isu murtad juga membabitkan bidangkuasa
mahkamah syariah itu sendiri dan apa yang disebut di dalam perlembagaan persekutuan harus
diperhalusi agar kefahaman kepada masyarakat dapat ambil perhatian oleh semua pihak. Perkara
121(1A) Mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) – iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Murtad adalah antara jenayah terbesar menurut

1

Page
14

Islam. Dengan itu murtad bukan hak asasi, ia diharamkan oleh Islam malah si murtad yang tidak
bertaubat tetap wajib dihukum.

RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. 2005. “Isu Murtad Dan Kebebasan Beragama Dalam Kerangka Perlembagaan
Persekutuan”, Murtad : Kedudukannya di Sisi Islam Dan Perlembagaan Malaysia.
Petaling Jaya : Intel Multimedia And Publication
Mohamed Azam Mohamed Adil. 2005. “Kebebasan Beragama Dan Hukuman Ke Atas Murtad di
Malaysia” Mahkamah Syariah di Malaysia: Pencapaian Dan Cabaran. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Mohd. Salleh Abas. 2003. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Noor Aziah Binti Mohd Awal, 2004, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia,
Selangor : International Law Book Services.
http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html
http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Murtad%20Not%20Hak%20Asasi.pdf
http://myais.fsktm.um.edu.my/7509/1/Hak_Tukar_Agama_Dalam_Perlembagaan_Malaysia_
Konflik Antara Kebebasan Agama dan Hukum Islam.pdf

Page
15