Kemahiran Employability Dari Perspektif sosiologis suyato

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

KEMAHIRAN ‘EMPLOYABILITY’ DARI PERSPEKTIF PELAJAR
KEJURUTERAAN
Ramlee Mustapha
Universiti Pendidikan Sultan Idris
E-mail: drramlee@yahoo.com
Mohd Yusof Husain
Politeknik Sultan Azlan Shah,
E-mail:myhsbm74@yahoo.com
Seri Bunian Mokhtar
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: mseribunian@yahoo.com
Eddyzulham Abu Bakar
Politeknik Sultan Azlan Shah
E-mail: ezulham@gmail.com
Mohammad Anuar Safian
Politeknik Sultan Azlan Shah
E-mail: Nuarsaf@yahoo.com
ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi meninjau kepentingan kemahiran
employability dari perspektif pelajar kejuruteraan politeknik Sultan
Azlan Shah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Rekabentuk kajian
ini berbentuk deskriktif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Responden terdiri dari pelajar kejuruteraan awam, elektrik dan
mekanikal di Politeknik Sultan Azlan Shah. Seramai 280 pelajar terlibat
dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
diadaptasi dari model MQA,SCANS dan Kemahiran Insaniah, KPTM.
Pembolehubah yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, kerja
berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan
pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah,
keusahawanan, etika dan moral, menggunakan teknologi dan
kemahiran sosial. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik
deskriptif seperti frekuensi, min dan ujian t dan ANOVA dengan
bantuan SPSS 19 for windows untuk melihat persepsi pelajar terhadap
kepentingan kemahiran employability berbanding jantina dan jabatan.
Dapatan
kajian
mendapati kemahiran

employability
pelajar
kejuruteraan PSAS berada pada tahap
tinggi. Hasil kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
kemahiran employability berbanding jantina dan jabatan akademik.
16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Kata Kunci : employability, kejuruteraan.
1.Pengenalan
Kewujudan k-ekonomi dan globalisasi menghasilkan ledakan kepada
keperluan pembangunan sumber manusia (modal insan) dalam kalangan
profesional dan semi-profesional serta buruh yang berpengetahuan dan
berkemahiran. Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia tidak
ketinggalan, perlu bersaing dalam era tanpa sempadan untuk setanding
dengan negara maju bagi mencapai Wawasan 2020. Nik Othman (2003)
telah menyatakan bahawa bagi mendapatkan ciri-ciri K – workers dalam era

K- ekonomi iaitu seorang pekerja itu seharusnya mempunyai kemahiran
employability
seperti
kemahiran
dalam
interpersonal,
kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan fleksibiliti, adaptabiliti
dan proaktif. Dengan mempunyai kemahiran generik tersebut sesaorang
pekerja itu lebih bersifat produktif dan multi - skilling dan lebih mudah
objektif organisasi tercapai.
Sesebuah organisasi yang memiliki sumber manusia (modal insan)
yang dapat menangani perubahaan persekitaran seperti k-ekonomi dan
globalisasi akan memudahkan matlamat sesebuah organisasi dicapai
(Kamaruddin, 2010). Modal insan yang berpengetahuan dalam bidang
teknikal dan bukan teknikal akan melopori pentas global dunia pekerjaan.
Menurut Jailani (2007), tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal
dan kemahiran employability yang tinggi seperti pemikiran kreatif,
menyelesaikan masalah dan kemahiran analitikal akan mendapat tempat di
industri bagi memenuhi cabaran yang dihadapi dalam perniagaan. Pendapat

Jalani di sokong oleh Siti Zaleha (2007), tenaga kerja yang mempunyai
kemahiran akademik dan kemahiran employability menjadi pilihan para
majikan kini.
Ramlee (1999) dalam kajiannya melaporkan majikan dan pendidik
vokasional mendapati bahawa pelajar-pelajar lepasan vokasional dan
teknikal kurang dari segi kemahiran employability. Kajian ini juga
melaporkan bidang pendidikan dan juga latihan vokasional dan teknikal
menghadapi cabaran dalam memperlengkapkan para belia dengan sikap
kerja dan kemahiran employability.
Kamaruddin (2010) mempersoalkan adakah graduan-graduan yang
dihasilkan oleh institusi penggajian tinggi dapat memenuhi kehendak
majikan pada masa. Persoalan ini juga tidak terkecuali kepada graduangraduan
politeknik kementerian pengajian tinggi Malaysia. Persoalan
sekarang adakah graduan yang dihasilkan oleh politeknik dapat memenuhi
sumber tenaga kerja negara dan juga memenuhi pasaran kerja semasa.
Proses transformasi politeknik, merupakan salah satu matlamat yang ingin
dicapai iaitu menjadi salah satu institusi yang ulung dalam pendidikan
teknik dan vokasional. Untuk menjadi institusi pilihan dalam pendidikan
teknik dan vokasional, pihak pengurusan politeknik haruslah memikirkan
16 – 17 November 2011, Pulau Pinang


Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

bagaimana ingin berjaya menjadi satu institusi yang ulang dan seterusnya
graduan yang dihasilkan memenuhi kehendak majikan dan juga pasaran
kerja pada masa kini.
Pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB) oleh YAB Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk melonjakkan Malaysia menjadi
negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Model Ekonomi
baru ini mempunyai lapan inisiatif salah satu dari lapan inisiatif ialah
pembangunan modal insan yang dapat membangunkan tenaga kerja yang
berkualiti. Tenaga kerja yang berkualiti yang diinginikan oleh majikan pada
masa kini adalah tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan
kemahiran employability. Tenaga kerja yang berkualiti ini akan memberi
impak yang besar terhadap kebergantungan kepada pekerja asing yang
akan dapat dikurangkan. Untuk mencapai status negara maju
berpendapatan tinggi setiap pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai
cita-cita ini. Penggunaan teknologi yang terkini akan memberi kesan kepada
modal manusia yang boleh menjana kepada matlamat Model Ekonomi Baru.


2. Kajian Literatur

Meor Shaiful (2006) meninjau kemahiran employability yang diutamakan
oleh majikan industri yang mengambil lulusan politeknik untuk bekerja
dalam bidang kejuruteraan mendapati status kemahiran generik pekerja
berada pada tahap sederhana (skor min = 3.47). Seramai 32 orang majikan
di sekitar Batu Pahat telah dijadikan responden oleh pengkaji. Lapan
kemahiran generik iaitu kemahiran berkomunikasi, meningkatkan
pembelajaran dan prestasi diri, teknologi maklumat, mengurus, teknik
matematik, merancang kerja, menyelesaikan masalah dan bekerja dalam
kumpulan telah dijadikan kemahiran yang dinilai oleh majikan. Hasil kajian
mendapati majikan mengutamakan pekerja yang mempunyai kemahiran
bekerja dalam kumpulan (skor min = 4.46)
sebagai pilihan tertinggi
berbanding kemahiran yang lain.
Kajian Mohd Yusof et al (2010), bagi meninjau kepentingan kemahiran
employability dari perspektif majikan kejuruteraan bagi lulusan politeknik
kementerian pengajian tinggi Malaysia. Responden terdiri dari majikan
dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan perkhidmatan di Semenanjung

Malaysia. Seramai 180 majikan terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian
yang menunjukkan min bagi tujuh domain pembolehubah bagi kemahiran
employability secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Dapatan
menunjukkan kualiti individu (M = 4.623) adalah kemahiran yang paling
tinggi nilai min diikuti oleh kemahiran interpersonnal (M = 4.433),
kemahiran sumber (M = 4.395), kemahiran asas (M = 4.372), kemahiran
maklumat (M = 4.328), kemahiran berfikir (M = 4.308) dan kemahiran
16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

teknologi (M = 3.308). Dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa
majikan amat mengambilkan berat ciri-ciri kualiti personal bagi kelayakan
diambil sebagai seorang pekerja.
Wye dan Lim (2009) dalam kajiannya menyiasat kompetensi yang
memenuhi keperluan yang ditetapkan majikan dan menganalisis
keberkesanan kualiti peribadi dan kemahiran employability di universiti
swasta di Malaysia. Soal selidik, min dan ujian t digunakan untuk melihat
persepsi antara 30 majikan dan 600 mahasiswa dari universiti swasta

tentang kepentingan kemahiran employability. Hasil kajian menunjukkan
mahasiswa kompeten dalam kualiti peribadi dan kemahiran yang diuji.
Namun demikian, kemahiran seperti berfikir kritis, perancangan,
penyelesaian masalah, komunikasi lisan, membuat keputusan, dan
perundingan menunjukkan perbezaan antara pesepsi majikan dan
mahasiswa. Ini menunjukkan masih ada kekurangan dalam sistem
pendidikan yang perlu dilihat serius oleh pihak institusi pendidikan.
Abdul Rahim dan Ivan Hanafi (2007) melakukan kajian bagi
mengenal pasti tahap kemahiran employability pelajar –pelajar di institut
kemahiran teknikal di seluruh Malaysia. Populasi kajian beliau melibatkan
seramai 1004 orang yang melibatkan pelajar yang mengikuti dua program
diploma di Institut latihan Teknikal di Malaysia. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kemahiran employability pelajar institusi kemahiran
teknikal berada pada tahap tinggi. Mean kemahiran employability pelajar
perempuan lebih tinggi dari pelajar lelaki serta terdapat perbezaan pada
kemahiran asas dan kualiti personel bagi pelajar lelaki dan perempuan.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan pada semua elemen
kecuali pada elemen pengurusan sumber bagi pelajar yang mengambil
program Production of Technology (PT) dan Industrial Electronic (IE) serta
mean kemahiran employability pelajar yang mengikuti Industrial Electronic

lebih tinggi dari pelajar Production of Technology.
Cotton (2005) dalam kajiannya mendapati majikan memberi
keutamaan kepada kemahiran employability berbanding kemahiran
teknikal. Kajian ini melaporkan para majikan kecewa kerana kemahiran
employability kurang dikuasai oleh graduan yang memohon pekerjaan.
Elemen employability yang kurang dikuasai oleh pemohon adalah kualiti
individu.
Kajian yang lepas membuktikan keperluan kemahiran employability
dalam sistem pendidikan untuk memastikan graduan yang berketrampilan
dan berdaya saing. Kemahiran employability bukan sahaja penting dan
kajian di dalam negara malah di luar negara di mana kemahiran bukan
teknikal ini adalah merupakan isu global namun kajian bagi kemahiran
employability di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi masih kurang
diterokai oleh pengakaji yang lepas.
16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

3. Metodologi

Sampel terdiri dari pelajar yang dipilih secara rawak sistemetik berdasarkan
persampelan Krejcie dan Morgan (1970) iaitu bagi pelajar yang mempunyai
populasi 850 orang, bilangan saiz sampelnya ialah 265 orang. Sebanyak 350
borang soalselidik telah diedarkan kepada pelajar – pelajar semester akhir.
Kajian ini menggunakan satu instrumen soalselidik yang mengandungi 2
bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 2 item yang berkaitan dengan
jantina dan jabatan pengajian. Bahagian B mengandungi 50 item kemahiran
employability yang diadaptasi daripada model MQA, SCANS dan Kemahiran
Insaniah, KPTM

4. Dapatan Kajian
4.1 Kebolehpercayaan
Hasil dari analisis nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bersamaan
0.946. Menurut Sekaran (2003) nilai Alpha Cronbach mesti melebihi 0.5.
Manakala Mohd Najid (1999) mencadangkan nilai minimum bersamaan 0.6.
Dalam kajian ini kesemua nilai Alpha Cronbach bagi semua pembolehubah
melebihi 0.5 yang mana dengan ini melepasi nilai kebolehpercayaan.
Mengikut Babbie (1992), nilai Alpha Cronbach diklasifikasikan berdasarkan
klasifikasi indeks kebolehpercayaan dimana nilai 0.90-1.00 adalah sangat
tinggi, 0.70-0.89 adalah tinggi, 0.30-0.69 adalah sederhana dan 0.00-0.30

adalah rendah. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach pada
klasifikasi tinggi dan sangat tinggi iaitu melebihi 0.70.
4.2 Analisis Faktor
Analisis faktor digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti,
mengurangkan, serta menyusun sebilangan besar item soal-selidik ke dalam
konstruk-konstruk tertentu di bawah suatu variabel bersandar dalam
kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat sepuluh item adalah
kurang sesuai dan perlu disingkirkan, menjadikan item-item KE yang
dianalisis dalam kajian ini sebanyak 50 item.
Item-item yang mempunyai muatan faktor kurang daripada .50 atau item
yang mempunyai korelasi yang tinggi dalam beberapa faktor digugurkan.
Item KOM2, KOM3, KOM6, PSPM1, PKPM2, PKPM5, PKPM7, EM1, EM2
KSS3 dan KSS6 digugurkan berdasarkan criteria oleh (Hair, Black, Babin,
Anderson, & Tatham, 2006) di mana setiap item perlu melebihi 0.50.

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

5. Dapatan Kajian
5.1 Profil Responden
Daripada 350 set soal selidik yang diedarkan, sebanyak 280 set yang
diterima semula daripada responden. Jadual 2 menunjukkan, seramai 194
orang pelajar lelaki (69.9%) dan 86 orang pelajar perempuan (30.7%) terlibat
dalam kajian ini. Responden dari Jabatan Kejuruteraan Awam adalah
seramai 100, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal seramai 97 dan Jabatan
Kejuruteraan Elektrik seramai 83.
Jadual 2. Maklumat Responden
Latar Belakang
Jantina:
Lelaki

Kekerapan

Peratusan

194

69.3

Perempuan

86

30.7

Kejuruteraan Awam

178

33.8

Kejuruteraan Mekanikal

183

34.7

Kejuruteraan Elektrik

166

31.5

Jabatan

Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam jadual 3 menunjukkan min bagi 9
domain pembolehubah bagi KE. Pelajar Jabatan Kejuruteraan Politeknik
Sultan Azlan Shah secara keseluruhannya memiliki tahap KE yang tinggi (M
= 4.08, S.D= 0.408) . Hasil analisis menunjukkan pembelajaran sepanjang
hayat dan pengurusan maklumat
(M=3.99, S.D=0.522), kepimpinan
(M=3.99, S.D=0.604), kemahiran komunikasi (M = 3.96, S.D= 0.587),
keusahawanan (M=3.80, S.D=0.692) mempunyai tahap sederhana tinggi.
Manakala kemahiran yang paling tinggi nilai min adalah kemahiran kerja
berkumpulan (M=4.29, S.D = 0.543), Etika dan Moral (M=4.25, S.D=0.558),
kemahiran sosial (M = 4.21, S.D=0.506), Menggunakan Teknologi (M = 4.17,
S.D=0.565), kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah (M =
4.04, S.D=0.476).
Jadual 3. Deskriptif untuk pembolehubah
Pembolehubah
Min
Kemahiran Kerja Berkumpulan
4.29
Kemahiran Etika dan Moral

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

4.25

Sisihan Piawai
.543
.558

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Kemahiran Sosial

4.21

.506

Menggunakan Teknologi

4.17

.565

Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian
Masalah

4.04

.476

Pembelajaran Sepanjang Hayat dan
Pengurusan Maklumat

3.99

.522

Kemahiran Kepimpinan

3.99

.604

Kemahiran Komunikasi

3.96

.587

Keusahawanan

3.80

.692

Ujian t digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap KE
yang signifikan dengan jantina pelajar. Keputusan ujian t dinyatakan dalam
jadual 4 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar
lelaki dan perempuan dengan tahap KE (kemahiran komunikasi, kemahiran
kepimpinan, Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan
Maklumat, Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah,
Kemahiran Menggunakan Teknologi). Bagi tahap KG (kemahiran kerja
berkumpulan, Kemahiran Keusahawanan, , Kemahiran Etika dan Moral,
Kemahiran Menggunakan Teknologi, Kemahiran Sosial) tidak terdapat
perbezaan yang signifikan berbanding dengan jantina.
Jadual 4. Jadual Ujian – t dua hujung yang menentukan KE dalam kalangan pelajar
jabatan kejuruteraan berbanding dengan jantina.
Kemahiran Generik
Kemahiran Komunikasi

Kemahiran Kerja Berkumpulan

Kemahiran Kepimpinan
Kemahiran Pembelajaran
Sepanjang Hayat dan Pengurusan
Maklumat

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Jantina
Lelaki

N
194

Min

Perempuan

86

3.9680

Lelaki

194

4.2897

Perempuan

86

4.2977

Lelaki

194

3.9897

Perempuan

86

4.0174

Lelaki

194

4.0097

Perempuan

86

3.9593

3.9510

Nilai-t
-.244

-.124

-.354

.853

Sig
.008*

.078

.009*

.020*

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
Penyelesaian Masalah

Kemahiran Keusahawanan

Kemahiran Etika dan Moral

Kemahiran Menggunakan
Teknologi

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Lelaki

194

4.0742

Perempuan

86

3.9558

Lelaki

194

3.8230

Perempuan

86

3.7578

Lelaki

194

4.2126

Perempuan

86

4.3285

Lelaki

194

4.1881

Perempuan

86

4.1143

1.930

.001*

.788

.134

-1.702

.628

1.027

.050

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Kemahiran Sosial

Lelaki

194

4.1959

Perempuan

86

4.2302

-.529

.835

* Signifikan pada aras 0.05 (2 hujung)

Ujian ANOVA-satu hala digunakan untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan tahap KE yang signifikan dengan jabatan pengajian pelajar.
Keputusan ujian ANOVA – satu hala dinyatakan dalam jadual 5 tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan antara SES pelajar dengan tahap
KE.
Jadual 5. Ujian ANOVA satu hala yang menentukan kemahiran employability berbanding dengan
jabatan pengajian
Kemahiran Employability

Punca Variasi

Kemahiran Komunikasi

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran Kerja
Berkumpulan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran Kepimpinan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran Pembelajaran
Sepanjang Hayat dan
Pengurusan Maklumat

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran Pemikiran
Kritikal dan Penyelesaian
Masalah

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Jumlah
Kuasa
Dua

Dk

Varian

.668

2

.334

79.733

277

.288

80.402

279

1.374

2

.687

81.009

277

.292

82.383

279

1.134

2

.567

100.671

277

.363

101.805

279

.716

2

.358

75.165

277

.271

75.881

279

.151

2

.075

63.008

277

.227

F

Sig.

1.161

.315

2.349

.097

1.560

.212

1.320

.269

.332

.718

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Jumlah

Kemahiran Keusahawanan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran Etika dan Moral

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran
Teknologi

Menggunakan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Kemahiran Sosial

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

63.159

279

1.405

2

.702

132.310

277

.478

133.714

279

.614

2

.307

86.385

277

.312

86.999

279

.312

2

.156

85.632

277

.309

85.944

279

.584

2

.292

70.884

277

.256

71.468

279

.334

1.470

.232

.985

.375

.505

.604

1.141

.321

* Signifikan pada aras 0.05 (2 hujung)

6. Rumusan
Responden secara keseluruhannya memiliki tahap kemahiran
employability yang tinggi. Hasil analisis menunjukkan tahap kemahiran
employability pelajar kejuruteraan (M = 4.08, S.D= 0.408). Ujian –t dan Ujian
ANOVA-satu hala digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan
kemahiran employability berbanding jantina dan jabatan pengajian pelajar
kejuruteraan. Keputusan ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pendekatan pembelajaran bagi lelaki dan perempuan.
Hasil dapatan kajian ini membolehkan para pensyarah merancang dan
memikirkan bagaimana pendekatan pengajaran yang akan diambilkan bagi
menerapkan kemahiran employability dalam kalangan pelajar berdasar
jantina.
Manakala keputusan ujian ANOVA – satu hala tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability berbanding
jabatan pengajian.

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Rujukan

Abd Rahim Bakar, & Ivan Hanafi. (2007). Assessing employability skills of
technical -vocational students in malaysia. Journal of Social Sciences 3 (4),
Sciences Publications , 202-207.
Babbie, E. (1992). The practice of social research. California: Wardsworth
Publishing Company.
Cotton K. (2005). Developing employability skills: The schooling practices that
matter most. School Improvement Research Series (SIRS).
Jailani Md Yunus, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi, &
Wahid Razally. (2007). Technical and Vocational Education and Training
TVET from Malaysia Perspective. 2nd International TT-TVET EU-Asia – Link
project Meeting. VEDC Malang.
Kamaruddin Md Tahir. (2010). Penilaian pembangunan kemahiran generik
dalam kalangan pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Tesis PhD: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining Sample Size for research
activities. .Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.
Meor Shaiful Azuan Abd. Said. (2006). Kemahiran Generik Pekerja Bidang
Kejuruteraan Graduan Politeknik Kpt Yang Diutamakan Majikan. Tesis
Sarjana. UTHM.
Mohd Najib Abd. Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Yusof Husain, Seri Bunian Mokhtar, Abdul Aziz Ahmad, & Ramlee
Mustapha. (2010). Importance of Employability Skills from Employers’
Perspective. Procedia Social and Behavioral Sciences 7(C) (2010) , 430–438.
Nik Othman b. Daud. (2003). Peranan Institusi Latihan Dalam
Menghasilkan K-Workers Yang Berdaya Saing Untuk Menghadapi Cabaran
Globalisasi. Kertas Persidangan untuk Persidangan Kebangsaan Pendidikan
Dan Latihan Teknik dan Vokasional 2003. Batu Pahat: Kolej Universiti Tun
Hussein Onn.
Ramlee Mustapha. (1999). The Role of Vocational and Technical Education in
the Industrialization of Malaysia as perceived by Educators and Employers.
Purdue University.: Tesis Doktor Falsafah,.
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach
(2nd Edition). New York: John Wiley & Sons, Inc.
Siti Zaleha Omain, Ahmad Jusoh, Heng, L. H., Norliza Mohd Salleh, &
Saifudin Mohd Yatim. (2007). Penentuan Kemahiran Yang Bersesuaian Untuk
Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia:
Research Vot No:75101 Management Department Faculty Of Management
And Human Resource Development.

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Wye, C. K., & Lim, Y. M. (2009). Perception differential between employers
and undergraduates on the importance of employability skills. International
education studies , Vol. 2 No.1.

16 – 17 November 2011, Pulau Pinang

View publication stats