CTU 151 BAB LIMA Islam di Alam Melayu

CTU 151
BAB LIMA
Islam di Alam Melayu
OLEH
Azhar bin Abdul Rahman
azharabdulrahman@live.com.my
016 2020 345
BILIK E 201 - P3
koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

3.1. ISLAM DI ALAM MELAYU
Keadaan Masyarakat Sebelum Kedatangan Islam
Kepercayaan – Animisme, Hindu Buddha (pengaruh majapahit,
srivijaya, dll), Raja seumpama dewa
Ekonomi berasaskan pertanian, laut, pemburuan

3.1.1. Teori Kedatangan Islam
Sering kedatangan Islam ke Alam Melayu dikaitkan dengan
para pedagang Hadramaut (Yaman), Gujerat (India) atau
Kwantung (China)
1. Dari India (Banggala, Gujerat, Malabar)– Faktor

Perdagangan – sekitar abad ke 13 masihi
2. Dari Cina – 11 -13 masihi
3. Dari Arab – sejak 7 masihi lagi koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Teori Kedatangan Dari India - Dari India (Banggala, Gujerat,
Malabar)– Faktor Perdagangan – sekitar abad ke 13M
Para sarjana bertikai pendapat mengenai daerah di India yang
menjadi tempat asal penyebaran Islam ke Tanah Melayu. G. A Kern
berpendapat bahawa Islam datang dari Gujerat. S. Q. Fatimi
mendakwa Islam datang dari Benggala. Van Ronkel mengusulkan
bahawa Islam datang dari India Selatan. Manakala Thomas Arnold
menegaskan bahawa Islam datang dari Malabar.
Terdapat juga ahli sejarah yang mengatakan Islam di Alam Melayu
dibawa oleh para saudagar dari Malabar, India. Ini berdasarkan
persamaan mazhab Syafie yang dianuti oleh orang-orang Islam di
Malabar dan penganut Islam di Nusantara.
Marco Polo di dalam catatannya ada menceritakan kehadiran
pedagang-pedagang India di Perlak. Alasan teori ini dikuatkan lagi
dengan pengaruh gelaran sultan-sultan
koleksi ilmiah - AZHAR -Islam di India seperti 'Syah'

yang digunakan oleh raja-rajauitmazhar@yahoo.com
Islam di Nusantara.

Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di AM dilakukan oleh para
pedagang Islam berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan
Malabar. Sangkaan ini bertitik-tolak oleh banyaknya nama kedua-dua
wilayah ini dalam sejarah awal alam Melayu
Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry
Hazzard memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang
Islam di AM sama ada sebagai “orang tengah” atau pedagang
premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut
merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya.
Mengenai teori dari Gujerat, G.P. Moquette telah membuat kajian
terhadap batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 M dan batu nisan
Maulana Malik Ibrahin di Gerisik bertarikh 1419 M. Berdasarkan
kajian yang terhadap kedua-dua batu nisan tersebut didapati keduaduanya lebih mirip strukturnya dengan batu nisan Umar ibn Ahmad
Kazaruni di Gujerat. Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa
kedua-dua dibawa dari Gujerat.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com


Thomas Arnold pula berpendapat bahawa Gujerat bukanlah
tempat yang mula-mula di India bertanggungjawab bagi
memperkenalkan Islam ke Nusantara. Ini kerana kedatangan Islam di
rantau ini lebih dahulu dari Gujerat. Beliau berpendapat Islam di
Nusanatara datang dari Bengal daerah Coromandel atau Malabar
dari India Selatan. Ini kerana daerah tersebut lebih dahulu menerima
Islam dari Gujerat. Bengal dikatakan telah ditakluki sejak awal abad
ke-13 M lagi dan dijadikan sebagai pusat pengajian dan penyebaran
agama. Lebih-lebih lagi mazhab antara penduduk Bengal dan
Malabar adalah sama mazhab dengan penduduk Nusantara, iaitu
berpegang kepada Mazhab Shafie, sedangkan mazhab anutan
penduduk Gujerat adalah Mazhab Hanafi.

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Teori kedatangan Islam dari Benggala (Bengal) juga dikemukakan
oleh S.Q. Fatimi yang berlandaskan huraian Tome Pires dalam
bukunya Suma Oriental. Menurut beliau, Sultan Malik as- Salih yang
menjadi raja pertama di negeri Pasai adalah seorang pedagang India
berketurunan Benggali. Oleh kerana Pasai merupakan negeri

pertama yang memeluk Islam menurut tanggapan Fatimi, beliau
mengandaikan juga bahawa Islam di bawa dari Benggala.
Sebenarnya apa yang diketahui, raja Pasai yang pertama ialah
Mahmud Shah atau Meurah Ciri, bukan Malik al-Salih seperti yang
dilaporkan oleh Tom Pires dan dipersetujui oleh Fatimi. Mengenai
salasilah keturunan Malik as-Salih yang dikatakan daripada
keturunan Benggali tidak dapat diterima kerana tidak ada bukti yang
meyakinkan..

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Teori Kedatangan Dari Arab
Menurut John Crawford lewat bukunya, History of Indian

Archipelago, Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab.
Alasan beliau berdasarkan catatan sejarah China dan
sumber-sumber Barat.
Menurut catatan sejarah Cina, orang-orang Arab telah
sampai ke Tanah Jawa dan membuat penempatan mereka
di Pantai Barat Sumatera sekitar tahun 684 Hijrah. Di

penempatan ini, orang-orang Arab bermukim dan bernikah
dengan penduduk tempatan. Lama-kelamaan, terbinalah
masyarakat Islam.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Profesor Haji Abdul Malek Karim Amrullah atau lebih dikenali
dengan nama Hamka, dalam bukunya Sejarah Umat Islam,
menceritakan tentang duta Daulah Umayyah telah singgah ke Pulau
Jawa dalam perjalanan ke China. Malah, kononnya Muawiyah bin
Abu Sufyan, pengasas Daulah Umayyah, ikut belayar ke Pulau Jawa.
Walau apa pun, sumber-sumber catatan ahli sejarah China
menunjukkan Islam telah sampai ke Nusantara sejak awal kurun
hijrah iaitu sejak zaman khalifah Usman bin Affan lagi.
Sebenarnya, sebelum Islam muncul di pentas dunia, telah wujud
hubungan di antara orang Arab dan Parsi dengan penduduk
Nusantara. Menurut sejarawan, banyak wangi-wangian purba yang
dipakai pada zaman Julius Caesar dan Cleopatra berasal dari
kawasan Nusantara. Begitu juga peralatan mumia zaman Firaun juga
diperolehi dari kawasan ini
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com


Oleh itu, bila pelayar dan pedagang ini memeluk Islam,
mereka membawa bersama ajaran Islam dan disebarkan.
Batu Bersurat dari Terengganu menguatkan bukti bahawa
Islam datang ke benua ini dari Tanah Arab. Batu Bersurat
tersebut dijumpai di kawasan tepi Sungai Tara, di Kampung
Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada tahun 1887.
Tulisan jawi berbahasa Melayu pada batu itu menunjukkan
tarikh 702H. Dan tulisan pada batu tersebut menyebut Islam
sebagai agama rasmi dan sedikit tentang hukum-hakam
Islam.

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Teori Kedatangan Dari China
Alasan pendapat ini mengatakan kawasan yang mulamula menerima Islam ialah di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia seperti di Terengganu.
Menurut sumber catatan ahli sejarah China, Laksamana
Cheng Ho (Zheng He yang diperingati ulang tahun ke-600
pengembaraan kelilingi dunia) telah membuat tujuh kali

pelayaran ke Kepulauan Melayu. Beliau membawa armada
besar termasuk orang Cina Muslim. Justeru, kemungkinan
pengislaman di alam Nusantara diusahakan oleh orangorang ini.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Sejarah kedatangan Islam ke China berdasarkan catatan Dinasti
Tang menunjukkan, terdapat 37 kali perutusan diplomatik rasmi
dikirimkan antara kerajaan China dan kerajaan Islam. Pada zaman
Dinasti Sung (960 -1279M). Pu Shou Keng, seorang pedagang Arab
yang kaya dan berpengaruh telah dilantik oleh maharaja china Sun
Yu Pesuruhjaya Cukai dan Pesuruhjaya keamanan.
Kerajaan Islam mula terbentuk di China pada Zaman Dinasti Ming
(1368 – 1644M). Pengasas dinasti ini adalah berugama Islam iaitu
Chu Yaun Chang. Menghantar Utusan ke serata Asia termasuk tanah
melayu untuk menawarkan perlindungan di bawah naugan China
kerana Angkatan tentera laut yang kuat iaitu semasa pemerintahan
Sultan Iskandar Syah (Parameswara) pada 1405M. Parameswara,
pemerintah Melaka yang pertama dan beragama Hindu telah
memeluk Islam di China di tangan nakhoda Muhammad Cheng Ho
ketika melawat Canton .

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Pendapat lain dikemukan oleh Emanual Gadinho Eredia dan
S.Q.Fatimi. Eredia memberi alasan bahawa Khan Fo atau Canton
telah menjadi pusat perniagaan di kalangan peniaga Arab yang
beragama Islamsejak abad kesembilan Masihi. Jalinan hubungan
perniagaan ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang di
kalangan peniaga Cina di Negara China dan peniaga Islam China
yang berdagang ke Asia Tenggara, telah menyebarkan Islam ke
Tanah Melayu. Perenggan ini memberi makna ada kemungkinan
pedagang Cina beragama Islam yang singgah berdagang di
nusantara membawa Islam.

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

S.Q. Fatimi memberikan bukti berlaku perpindahan beramai-ramai
pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara
pada sekitar tahun 876 M. Pada tahun 878, tercetus pemberontakan
oleh Hwang Ho di Canton yang menyebabkan ramai pedagang Islam
yang melarikan diri ke Kedah dan Pelembang. Pada akhir zaman

Dinasti Tang pada tahun 618 hingga 905 Masihi, berlaku
pembunuhan rakyat asing oleh pemberontakan di wilayah Yang
Chow yang menyebabkan mereka yang terselamat melarikan diri ke
tempat selamat, termasuklah Alam Melayu.
Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat
Terengganu yang di temui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang
Terengganu. Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan
unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan,
Melaka dan Pulau Jawa.Penemuan batu nisan yang mempunyai
tulisan ayat-ayat Quran dan kalimah Arab di Kampung Permatang
Pasir, Pekan Pahang bertarikh 1028M mendakwa di bawa oleh
koleksi ilmiah - AZHAR mubaligh China menerusi Laut
China Selatan ke Phang Rang di Indo
uitmazhar@yahoo.com

3.1.2. Faktor-Faktor
Melayu

Perkembangan Islam di Alam


Kesesuaian Ajaran dan Kesempurnaan Islam
Perdagangan
Perkahwinan
Pemerintahan/Pemimpin
Pendakwahan Para Pendakwah
Politik dan Penaklukan

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Kesesuaian ajaran dan kesempurnaan Islam

Kesempurnaan ajaran Islam dan sifatnya yang memenuhi fitrah
manusia memudahkan orang di alam melayu memeluknya.
Berbanding agama Hindu dan Buddha, Islam dianggap sebagai yang
terbaik dan bertepatan dengan fitrah manusia. Ajaran Islam mudah,
fleksibel dan boleh diterima logik pemikiran.
Selain itu, perubahan sikap orang yang memeluk Islam kepada
yang lebih baik dan bersopan mencerminkan kemuliaan dan
kesempurnaan Islam dan menyebabkan lebih ramai lagi orang yang
berminat mendalami Islam.

Ajaran Islam juga mementingkan keadilan dan persamaan taraf
tidak kira apa bangsa sekalipun. Semuanya sama di sisi Allah dan
hanya amalan yang membezakannya.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Perdagangan

Kedatangan orang-orang asing yang datang ke Tanah Melayu,
samada daripada Arab, India mahupun China, kebanyakan mereka
adalah pedagang yang datang untuk berdagang ataupun yang
singgah di Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan bagi
meneruskan perjalanan perdagangan mereka.
Disamping menjualkan barangan dagangan dan mendapatkan
bekalan, mereka juga menarik perhatian orang-orang Melayu di
Tanah Melayu untuk memeluk agama Islam kerana cara dan
tingkahlaku mereka yang mengambarkan kemuliaan dalam ajaran
agama Islam. Penampilan mereka ini lah yang telah menarik
perhatian orang-orang Melayu untuk memeluk agama Islam. Ini
menyebabkan kebanyakan tapak awal Islam di Tanah Melayu
merupakan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Melaka dan Kedah.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Pendakwahan
Selain daripada itu, ada juga orang-orang yang datang bersama
pedagang datang dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah Islam
ke Alam Melayu. Mereka ini adalah para ulamak atau ahli Sufi yang
datang jauh dari negara Arab dan China dan India. Mereka bukan
sahaja mempunyai pelbagai ilmu Islam bahkan mempunyai
keperibadian dan karisma yang amat dikagumi dan meninggalkan
kesan kepada masyarakat Melayu.
Di Melaka, pendakwah yang terkenal antaranya Sheikh Ismail,
Syed Abdul Aziz, maulana Abu Bakar, Maulana Ishak, Maulana Yusuf
dan Sidi Arab. Di Kedah, Sheikh Abdullah Yamani atau juga digelar
sebagai Syeikh Abdullah Al-Qumairi amat terkenal.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Pengislaman Para Pemimpin
Antara cara yang berkesan dalam proses penyebaran agama
Islam ialah dengan mengislamkan para pemimpin kerajaan atau
pemerintah itu sendiri. Faktor ini memudahkan para pendakwah
Islam kerana, rakyat yang amat patuh kepada pemerintah sudah
pasti mudah untuk menerima ajaran Islam yang dibawa sekiranya
pemerintah tertinggi mereka sendiri telah memeluk agama Islam,
disamping ajaran agama Islam yang menunjukkan ciri-ciri yang
terpuji menarik minat mereka untuk turut serta dalam memeluk
agama Islam. Ini dapat dilihat apabila Parameswara memeluk agama
Islam, rakyat Melaka terus meninggalkan agama Hindu dan
menerima Islam sebagai Agama mereka.

koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Perkahwinan
Perkahwinan juga membawa kepada pengislaman orang-orang
Melayu di Tanah Melayu. Ada dikalangan para pedagang atau
pendakwah yang datang ke Tanah Melayu bertindak mengahwini
gadis-gadis Melayu. Selain daripada tindakan ini, perlakuan sopan
dan beradab mereka yang disukai juga telah menjadi faktor penarik
yang penyebab yang memudahkan orang-orang Melayu untuk
menerima ajaran agama Islam. Apabila suatu perkahwinan itu
berlangsung, kebanyakannya hampir keseluruhan ahli keluarga turut
serta dalam menerima ajaran Islam dan seterusnya memeluk agama
Islam.
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Pengaruh Islam di Alam Melayu
- Aqidah dan Sosial
Menukar kepercayaan khurafat, syirik, mitos, khayalan kepada ajaran
tauhid
Perkembangan nilai-nilai murni
Perubahan sikap, pemakaian dan cara fikir
Kemuliaan dan peranan ulamak
–Politik
 Tertubuhnya kerajaan Melayu Islam seperti Kerajaan Perlak, SamuderaPasai, Acheh, Melaka, Johor Riau menggantikan Kerajaan Hindu majapahit
dan Srivijaya
 Raja menukar gelaran menjadi Sultan. Ketaatan kepada Sultan bersyarat
dengan ketaatan Sultan Kepada Syariat Allah
 Islam menjadi penggerak kepada penentangan penjajah Barat dan
koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my
kemerdekaan negara

Pengaruh Islam di Alam Melayu
- Perundangan
Pemakaian undang-undang Islam dalam urusan
peribadi dan kemasyarakatan menggantikan undangundang Melayu tempatan / adat. Mana-mana adat
yang tak bersesuaian dengan Islam, akan
ditinggalkan
Penerimaan undang-undang jenayah Islam di
Melaka dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan
undang-undang laut Melaka
koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Pengaruh Islam di Alam Melayu
–Pendidikan dan Keilmuan
Kedatangan Islam ke rantau ini telah banyak memberi kesedaran
dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan masyarakat Melayu.
Islam telah melahirkan semangat keilmuan di kalangan penduduknya
untuk mencari dan mempelajari ilmu pengetahuan.
 Perkembangan sistem pendidikan Islam dengan menitik
beratkan soal aqidah, syariat dan akhlak
 Penubuhan pondok dan sekolah agama
 Peranan masjid diperluas
Kesepaduan Ilmu – orang Islam menuntut semua ilmu tak
kira ilmu dunia atau akhirat.
koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Pengaruh Islam di Alam Melayu
–Bahasa dan Tulisan
Kedatangan Islam di rantau ini telah memperkenalkan tulisan jawi
dalam bahasa Melayu, tulisan ini mempunyai hubungan yang rapat
dengan tulisan atau huruf Arab sebagai bahasa al-Qur’an dan huruf
Parsi. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu bertulisan jawi
tersebut maka bermulalah perkembangan sastera tulisan, sedangkan
sebelumnya cuma terdapat sastera lisan sahaja. Dengan itu, fungsi
penulisan dan kesusasteraan telah bertukar daripada konsep
berhibur semata-mata kepada pendidikan keilmuan.
 Penerimaan pakai tulisan jawi yang berasaskan huruf2 Arab
 Perkembangan bahasa melayu yang banyak menggunakan

istilah dari bahasa Arab

koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Pengaruh Islam di Alam Melayu
–Ekonomi
 Perubahan perniagaan berasaskan riba dan
penindasan kepada si miskin kepada ekonomi
berasaskan taqwa dan tolong menolong.
 Peniaga tidak mengambil untung berlebihan,
menindas dan sentiasa menjaga adab dan
memberikan zakat dan sedekah.
Pengenalan sistem takaful dan mudharabah
koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun
Malaysia
Bangsa Melayu Menurut Perlembagaan – artikel 160
Takrifan Melayu mengikut perlembagaan artikel 160 iaitu
: orang melayu mestilah 1- agama Islam, 2 Bercakap
Melayu, 3. mengamalkan adat melayu
Bahasa Melayu
Jati diri Melayu
Dasar pendidikan Negara
Dasar kebudayaan nasional

koleksi ilmiah - AZHAR azharabdulrahman@live.com.my