PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIK

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIKASI
PRINSIP ‘UMUM AL-BALWA: SATU TINJAUAN
Mohd Farhan Md Ariffin1, Muhammad Ikhlas Rosele,2 Muhd Afiq
Abd Razak,3 Mohd Anuar Ramli4


Abstrak
Penentuan makanan halal berasaskan hukum Islam begitu penting
pada hari ini khususnya. Selain melakukan pendalilan daripada nas,
kaedah usul dan kaedah fiqh juga digunapakai. Antara prinsip atau
kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kehalalan sesuatu
makanan adalah menerapkan pendekatan „umum al-balwa. Oleh itu,
kajian dilakukan dengan menganalisis data-data kepustakaan untuk
menjelaskan aplikasi prinsip „umum al-balwa dalam penentuan
makanan halal. Kajian mendapati bahawa prinsip „umum al-balwa
sememangnya digunakan oleh para intelektual Islam dalam
menjelaskan dan menentukan hukum sesuatu isu termasuk isu
makanan. Namun, penggunaanya tidak meluas dan tidak begitu

popular dalam perbahasan fiqh sehingga hari ini.
Kata kunci: „umum al-balwa, halal, makanan, kaedah fiqh.
Pengenalan
Penentuan halal sesuatu makanan merupakan perkara yang dititikberatkan di
Malaysia, lantaran mencari makanan halal adalah sesuatu yang dituntut dalam
Islam. Agama Islam menyeru umatnya untuk mencari makanan yang halal
sebagaimana termaktub di dalam firman Allah SWT;
             
Terjemahan: “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman)
dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda
yang halal lagi baik, dan bersyukurlah dengan nikmat Allah, jika benar
kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” [Surah al-Nahl 16: 114]
Di Malaysia, penentuan halal dan haram sesuatu makanan sememangnya
diambil berat oleh pihak berkuasa mahupun masyarakat awam. Atas asas itu, isuisu halal dan haram dalam makanan menjadi perhatian utama oleh setiap lapisan
1
2
3
4

Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur.

161

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

masyarakat. Jika diamati, wujud beberapa isu penentuan makanan halal di
Malaysia antaranya; isu penarikan balik sijil halal Secret Recipe, isu halal bihun
cap masjid, status ikan keli yang diberi makan usus babi, sosej dari usus babi,
kontroversi coklat Cadbury dan sebagainya.
Situasi ini memerlukan jawapan dan penilaian hukum yang sesuai dan
bersifat semasa. Penilaian sesuatu makanan halal hakikatnya mempunyai garis
panduan yang jelas di dalam al-Quran dan sunnah. Namun perkembangan
teknologi telah mempengaruhi dan memberi kesan timbulnya isu baru dalam
penentuan status makanan. Oleh itu, pengaplikasian kaedah penentuan halal yang
komprehensif perlu diketengahkan.
Asasnya penentuan sesuatu makanan tersebut halal ataupun haram adalah

tertakluk kepada nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah.
Contohnya, haram meminum arak, haram memakan khinzir dan bangkai serta
halalnya semua makanan yang baik-baik. Penentuan halal dan haram sesuatu
makanan juga boleh dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah usul seperti
qiyas, istihalah, istishab, sad al-zarai‟ dan sebagainya. Para ulama juga telah
membangunkan kaedah fiqh yang boleh diaplikasikan dalam mengenalpasti
status sesuatu makanan.
Antara kaedah yang dibangunkan adalah “ma haram qatluhu harama
akaluhu” [apa yang haram dibunuh, haram juga untuk dimakan], “al-masyaqqah
tujlab al-taysir” [kesempitan mendatangkan kemudahan] dan sebagainya. Oleh
itu kaedah fiqh ini akan ditekankan dalam artikel ini dalam menentukan status
halal sesuatu makanan khususnya aplikasi prinsip „umum al-balwa.
Konsep Makanan Halal
Bagi menjelaskan konsep makanan halal perlu dilihat maksud makanan dan halal
secara ringkas. Makanan adalah merujuk kepada semua substansi yang
diperlukan oleh tubuh badan selain air dan semua jenis ubat. Fungsi makanan
adalah sebagai pembekal tenaga kepada tubuh, meningkatkan tumbesaran dan zat
yang mengatur aliran sistem badan.5 Menurut Fortin, makanan dapat dihuraikan
sebagai;6
(1) articles used for food or drink for man or other animals, (2)

chewing gum, and (3) articles used for components of any other
such article
Manakala halal menurut bahasa Arab bermaksud; lawan bagi yang
haram.7 Ianya juga bererti menjadi harus.8 Menurut al-Qaradawi, halal dari segi
5
6
7
8

Budiman Chandra, Pengantar Kesehatan Lingkungan (Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC, 2007), 85.
Neal D. Fortin, Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice (New Jersey: John Wiley & Son, 2011), 35.
Ibn Manzur, Lisan al-„Arab. (Kaherah: Dar al-Ma‟arif, t.t.), 9: 974.
Ahmad Mokhtar „Umar (2008). Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah. (Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008), 1:
548.

162

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN


istilah adalah; perkara yang diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya
sebarang ikatan ancaman dari melakukannya dan syariat (Allah SWT) memberi
keizinan untuk melakukannya9.
Oleh itu, makanan halal merujuk kepada sesuatu yang bebas daripada
komposisi yang dilarang dalam Islam daripada memakannya. Pada dasarnya
kebanyakan makanan adalah halal kecuali beberapa makanan yang disentuh
secara khusus keharamannya di dalam al-Quran dan sunnah.10 Antara contoh
makanan yang haram adalah daging khinzir, bangkai dan binatang yang tidak
disembelih atau disembelih atas nama berhala (selain Allah SWT).
Konsep ‘Umum Al-Balwa
„Umum al-balwa adalah gabungan dua perkataan iaitu „umum dan al-balwa. Jika
dilihat dari sudut bahasa, perkataan umum membawa maksud meliputi dan
menyeluruh. Ia terbit dari kata dasar „amma. Manakala al-balwa pula terbitan
dari kata dasar bala. Al-Bala atau al-balwa membawa maksud ujian atau dugaan.
Perkataan bala dari sudut bahasa juga diguna pakai dalam bahasa Melayu yang
merujuk kepada bencana dan ujian.
Dari sudut istilah terdapat dua kecenderungan dalam memberi pentakrifan
„umum al-balwa. Golongan usuliyyun menyentuh persoalan „umum al-balwa
berasaskan perspektif usul fiqh dengan terma fi ma ta‟ummu bihi al-balwa.
Di dalam kitab al-Bahr al-Muhit karya al-Zarkashi, ia bermaksud semua

mukallaf berhajat untuk mengetahui hukum perkara itu.11 Manakala al-Isfarayni
mendefinisikan ma ta„ummu bihi al-balwa sebagai perkara yang semua mukallaf
perlu atau berhajat untuk mengetahui hukumnya untuk beramal dengannya.
Disebabkan ia menjadi taklif kepada mereka untuk beramal atau
meninggalkannya.
Dari perspektif fiqh, „umum al-balwa bermaksud sesuatu perkara yang
buruk atau dibenci namun sukar untuk dihindari atau dielak kerana ia berleluasa
dan meliputi sesuatu keadaan.12 Manakala menurut al-Sadlan, „umum al-balwa
berleluasanya bencana atau keburukan sehingga menjadi sukar bagi seseorang
untuk menghindarinya.13 Wahbah al-Zuhayli pula mendefinisikan „umum albalwa sebagai meluasnya bala (ujian yang berbentuk kesusahan) sehingga
menjadi terlalu sukar untuk seseorang untuk mengelakkan diri darinya.14

9
10
11
12

13
14


Al-Qaradawi (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut: al-Maktab al-Islami, 1980), 15.
Mian N. Riaz, Muhammad M. Chaudry, Halal Food Production (USA: CRC Press LLC, 2004), 2.
Muhammad Ibn Bahadur al-Zarkasyi, al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh (al-Ghardaqah: Dar al-Safwah, 1988), 4: 347.
Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad, Qa‟idah Umum al-Balwa wa Atharuha fi Qadaya al-Dirasah al-Fiqhiyyah alMu‟asirah. (Arab Sa‟udi: Wizarah al-Ta‟lim al-„Ilmi, 2010), 1641.
Salih bin Ghanim Sadlan, al-Qawa„id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa ma Tafarra„u „Anha, 243.
Wahbah al-Zuhayli, Nazariyyah al-Darurah al-Syar„iyyah Muqaranah Ma„a al-Qanun al-Wad„i (Beirut: Muasasah alRisalah, 1985), 123.

163

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

Kesimpulannya, prinsip „umum al-balwa adalah sesuatu yang terbentuk
bercanggah dengan hukum asal, dan ia sangat berkait rapat dengan keperluan
(hajat) umum, serta jika tidak meraikannya maka mendatangkan kesukaran yang
lebih teruk.15 Sememangnya sukar difahami pengertiannya jika tidak disertai
contoh. Lazimnya „umum al-balwa dikaitkan dengan keadaan najis yang
dimaafkan, seperti kes najis burung yang terkena di tempat solat atau tempat
tawaf.16 Contoh yang lebih dekat dengan situasi di Malaysia ialah tahi cicak yang
terkena sejadah adalah dimaafkan berasaskan prinsip „umum al-balwa.

Salih Ibn 'Abd Allah Ibn Humayd menyatakan „umum al-balwa itu
merujuk kepada dua ciri;17
1- Keperluan untuk sesuatu itu diberikan keringanan dalam keadaan umum,
iaitu sukar untuk mengelakkannya dan jika tidak diberi keringanan akan
menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
2- Sesuatu itu sudah tersebar, iaitu seseorang mukallaf sukar untuk
mengelakkan diri daripadanya, atau menghilangkannya, jika tidak diberi
keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
Bagi ciri pertama, keringanan perlu diberikan kerana untuk memenuhi
keperluan orang mukallaf dan bagi ciri kedua, keringanan perlu diberikan kerana
ia sukar untuk dihilangkan.18
Wujudnya prinsip „umum al-balwa adalah berasaskan beberapa faktor,
antaranya; kesukaran untuk mengelak daripada sesuatu yang buruk (najis),
kekerapan berlaku sesuatu yang buruk itu tinggi, merata dan menyeluruh kejadian
perkara tersebut, banyak dan panjangnya tempoh kejadian, kecil dan remehnya
sesuatu yang buruk sehingga sukar untuk dihindari dan dibersihkan, kemudaratan
wujud jika cuba mengelaknya dan jika berada dalam situasi darurah.19 Faktorfaktor ini perlu diamati dalam mengenalpasti prinsip „umum al-balwa yang
berlaku sehingga mendapat keringanan syara‟.
„Umum al-balwa ini antara sebab-sebab keringanan dalam hukum syara‟.
Antara sebab-sebab keringanan menurut al-Suyuti adalah; permusafiran, sakit,

paksaan, lupa, bodoh, „umum al-balwa (kesukaran) dan kekurangan (seperti
kurang umur dan kurang akal, gila).20 Berikutan kesukaran untuk menghindarinya
menyebabkan kes „umum al-balwa ini mendapat keringanan syara‟.

15

16

17

18
19

20

Mus„ab Mahmud Ahmad Kuwari‟, “Umum al-Balwa wa Atharuha fi Khabar al-Wahid,” (Disertasi Ijazah Sarjana
Usul Fiqh, Kuliyyah al-Syari‟ah wa al-Qanun, Universiti Islam, Ghazzah, 2010), 19.
al-Zuhayli, Muhammad, al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba‟ah. (Dimasyq: Dar al-Fikr,
2006), 265.
Salih bin „Abd Allah, “Raf„ al-Haraj fi al-Syari„ah al-Islamiyyah: Dawabituhu wa Tatbiqatuhu,” (Tesis Ijazah

Doktor Falsafah, Kuliyyah al-Syari„ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Universiti Umm al-Qura, 1981), 289.
Ibid,
Atikullah Hj. Abdullah, „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam
Fiqh Muamalat,” Jurnal Syariah 13 (2), 2005): 93-112, 100-103.
Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abdul Rahman, al-Asybah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furu‟ al-Fiqh al-Syafi‟i. (Riyad:
Maktabah Nizal Mustafa al-Baz, 1997), 1: 131-136.

164

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

Berasaskan kaedah yang disepakati ulama‟ seperti “al-masyaqqah tujlab
al-taysir” [kesempitan itu mendatangkan kemudahan] dan “idha daqa al-amru
ittasa„a” [jika sempitnya sesuatu urusan, boleh diperluaskan] telah menjadi asas
terbinanya hukum „umum al-balwa.21 Oleh itu, „umum al-balwa boleh menjadi
sebab keringanan sesuatu hukum serta mengharuskannya. Keringanan disebabkan
oleh „umum al-balwa ini menjadi lambang prinsip toleransi dan kemudahan yang
dibawa syariat Islam.22
Prinsip ini dilihat amat sesuai untuk difahami pada hari ini susulan

perkembangan teknologi, sosio budaya dan persekitaran. Aplikasinya boleh
menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul. Namun begitu, beberapa garis
panduan untuk perlu dipenuhi untuk mengaplikasikan prinsip atau kaedah „umum
al-balwa.
Aplikasi Dalam Penentuan Makanan Halal
Berbalik kepada persoalan pemakanan. Banyak isu-isu pemakanan yang timbul
pada hari ini seperti ikan yang diberi makan najis, haiwan al-Jallalah, kontrovesi
Cadbury, ubat-ubatan dari sumber haram dan seumpamanya. Isu-isu tersebut
telah menjadi pertikaian dan perbahasan adakah hukumnya halal untuk dimakan
ataupun sebaliknya. Bagi menyelesaikannya, beberapa pendekatan telah
digunapakai antaranya; teori istihalah, darurah, „umum al-balwa dan seumpama.
Namun artikel ini bertujuan untuk menganalisis pengaplikasian prinsip „umum albalwa dalam pemakanan secara tuntas.
Prinsip „umum al-balwa ini telah diaplikasikan oleh para ulama dalam
bidang pemakanan. Ini kerana ruang lingkup berlakunya „umum al-balwa tidak
terhad kepada isu-isu ibadah bahkan mencakupi isu-isu muamalat23 dan
pemakanan. Antara contoh-contoh „umum al-balwa yang disentuh dalam
perbahasan fiqh adalah;
1- Bijian atau gandum yang terkena tahi dan kencing kerbau tidak dianggap
najis.
Sebagaimana maklum dalam amalan pertanian dahulu, penggunaan kerbau untuk
melakukan kerja-kerja yang berkaitan amat diperlukan. Kerbau digunakan untuk
membajak, tunggangan, pengangkutan hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu
amat sukar untuk mengelakkan hasil pertanian daripada terkena tahi dan kencing
kerbau tersebut. Kesukaran untuk mengelak hal tersebut berlaku disebut sebagai

21

22

23

Ahmad Tijani Harun, “Athar al-Darurah wa al-Hajah wa „Umum al-Balwa fi ma Yahillu wa Yahrimu min al-Mahn
wa al-Wazaif Kharij Diyar al-Islam,” (makalah Majma‟ Fuqaha‟ al-Syari‟ah Bi Amirika, Manama, Bahrain,
November 2007), 9.
Ya‟qub „Abd al-Wahhab al-Bahisin, Raf‟ al-Haraj fi al-Syari‟ah al-Islamiyyah: Dirasah Usuliyyah Ta‟siliyyah
(Riyadh: Maktabah al-Rusyd, 2001), 435.
Atikullah Hj. Abdullah, „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam
Fiqh Muamalat,” Jurnal Syariah 13, 2 I2005): 93-112, 106.

165

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

„umum al-balwa. Oleh itu, hasil pertanian yang terkena tahi dan kencing kerbau
tidak dianggap najis dan halal untuk dimakan.
2- Air daripada bekas jilatan kucing tidak dianggap najis.
Kucing mempunyai hukum yang berbeza bukan kerana sifatnya tetapi kerana
umumnya ia bersifat jinak dan berada di sekeliling manusia. Sabda Nabi SAW;

Terjemahan: “Sesunggunya ia (kucing) bukanlah najis,
sesungguhnya ia merupakan haiwan yang sering berada di
sekeliling kita.” [Hadis riwayat Abu Dawud]
Di dalam kitab „Awn al-Ma„bud menjelaskan bahawa kucing adalah
binatang yang wujud di sekitar rumah. Ia akan bermain dan bergesel pada
pakaian dan tubuh badan manusia. Sekiranya kucing adalah najis, sudah tentu
sukar untuk sentiasa membersihkan tempat yang dilaluinya. Begitu juga
kesukaran yang wujud dalam menjaga bekas-bekas air daripada dijilat kucing.
Oleh itu, „illah utama yang wujud berkaitan kucing dan jilatannya tidak najis
adalah darurah yang meluas dan kesukaran untuk mengelak daripadanya.24
Atas alasan itu air bekas jilatan kucing tidak najis dan boleh digunakan
untuk berwuduk bahkan diminum. Ia juga terpakai pada makanan yang terkena
jilatan kucing kerana asasnya adalah sama iaitu sukar untuk menghindari
daripada berlakunya keadaan tersebut (kucing menjilat atau menggigit makanan
di rumah).
3- Harus memakan ikan kecil tanpa membuang isi perutnya (yang najis).
Antara perkara yang buruk dan sukar untuk dielakkan dalam pemakanan adalah
najis yang terdapat pada ikan-ikan kecil (misalnya ikan bilis). Pada asalnya
memakan ikan adalah halal berdasarkan firman Allah SWT;
      
Terjemahan: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan
makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat
bagimu.” [Surah al-Ma‟idah (5): 96)
Ikan yang kecil sukar untuk dibuang isi perutnya lebih-lebih lagi dalam
kuantiti yang banyak. Berasaskan prinsip atau kaedah „umum al-balwa ini telah
24

Syarf al-Haq Abadi, „Aun al-Ma‟bud „ala Syarh Sunan Abi Dawud (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2005), 1: 58.

166

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

menghalalkan ikan-ikan yang kecil walaupun belum tidak dibuang isi perutnya.
Ibn Hajar al-Haythami menjelaskan halalnya ikan kecil yang tidak dibuang isi
perutnya sebagaimana berikut;25
“Adalah halal memakan ikan kecil dan diringankan apa yang
terdapat di dalam rongga badannya (perut) dan tidak dianggap
najis isinya.”
4- Halalnya roti yang dibakar dengan menggunakan najis (halal abu najis
tersebut yang terkena roti).26
Penggunaan najis sebagai bahan api bukanlah sesuatu yang asing. Hal ini
berikutan najis mempunyai gas yang membuatkannya mudah menghasilkan api
(seperti gas metana yang wujud dalam najis lembu).27 Bahan api daripada najis
juga digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk memasak makanan. 28 Bagi
masakan yang dimasak menggunakan najis adalah sukar untuk mengelakkan abu
bahan bakar tersebut terkena pada makanan.
Oleh kerana itu apabila debu dari bahan bakar yang berupa najis tidak
dianggap najis. Ini bermakna makanan yang terkena debu tersebut halal untuk
dimakan. Hal ini kerana kesukaran yang wujud untuk mengelakkan debu tersebut
daripada terkena makanan menjadi satu keringanan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam perbahasan fiqh,
prinsip „umum al-balwa diaplikasikan dalam menentukan halalnya sesuatu
makanan. Oleh itu, ia tidak menghalang penggunaan kaedah atau prinsip tersebut
untuk menentukan status halal makanan pada masa kini. Tambahan pula
kemajuan teknologi pembuatan makanan dan seumpamanya dilihat memerlukan
penggunaan metode penentuan halal yang pelbagai dan komprehensif.
Namun begitu, penggunaan prinsip ini hendaklah berasaskan garis
panduan atau syarat-syarat tertentu. Berikut adalah garis panduan yang perlu
dititikberatkan ketika mengaplikasikan prinsip „umum al-balwa;29
1- Hendaklah „umum al-balwa itu benar-benar berlaku, bukannya sangkaan.
2- „Umum al-balwa yang berlaku adalah kerana tabiat, sifat dan keadaan
sesuatu (penyebab) itu. Bukannya kerana kecuaian atau tindakan manusia.
3- Tidak berniat atau sengaja menjadikan „umum al-balwa sebagai alasan
untuk mendapatkan rukhsah dan keringanan.
4- „Umum al-balwa tidak menjadi penyebab untuk melakukan maksiat.

25
26
27
28
29

Ibn Hajar al-Haythami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj (t.tp: Matba„ah Mustafa Muhammad, t.t.), 9: 377.
Ibn Nujaym, al-Asybah wa al-Nazair. (Dimasyq: Dar al-Fikr. 1999), 85
Brian Williams, Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan (Kuala Lumpur: ITBM, 2010), 15.
Andrew Solway, Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Kuala Lumpur: ITBM, 2011), 9.
Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad. Umum al-Balwa: Dirasah Nazariyyah Tatbiqiyyah. (Riyad: Maktabah alRusyd., 2000), 338-352

167

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

5- Keringanan hanyalah pada keadaan dan ketika wujudnya „umum al-balwa
tersebut. Jikalau tiada lagi „umum al-balwa, maka keringanan juga
terangkat.
Garis panduan ini wajar dipatuhi untuk menentukan status halal
berasaskan prinsip „umum al-balwa. Ia dapat mengelakkan daripada kesilapan
dalam menentukan status halal sesuatu makanan. Ia juga dapat mengelakkan
daripada penyalahgunaan kaedah ini, sebagai contoh produk yang diletakkan
DNA khinzir untuk menambah keenakannya dan berhujah menggunakan kaedah
„umum al-balwa. Jelas, ia adalah salah dan tidak menepati prinsip keringanan
yang dimaksudkan oleh syara‟.
Sebagai penjelasan, konsep „umum al-balwa bukanlah satu kaedah untuk
menghalalkan sesuatu produk makanan sepertimana yang berlaku dalam proses
istihalah. Ia merupakan satu bentuk keringanan syara‟ yang mirip dengan situasi
darurat. Orang yang tersesat di dalam hutan boleh memakan daging khinzir jika
lapar dan boleh membahayakan nyawa adalah bentuk keringanan syara‟. Begitu
juga halnya seseorang yang diharuskan memakan najis (kekotoran yang bukan
hakiki) jika ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Oleh itu, modus
operandi „umum al-balwa dapat dijelaskan melalui jadual berikut;

• Makanan yang
dihalalkan syarak
• Makanan yang
disediakan secara
halal.

Makanan
Halal

Diserapi
Unsur Najis
• Secara semulajadi
(bukan
disengajakan)
• Sukar dielakkan
(mendatangkan
masyaqqah)

• Makanan tersebut
tidak dapat
dielakkan dari
terkena sesuatu
yang haram
• Sukar untuk
membersihkan.
• Ia berlaku secara
meluas (secara
adatnya)

Halal
• Makanan
tersebut halal
untuk dimakan

Umum alBalwa

Sesuatu makanan dalam dalam aplikasi „umum al-balwa hendaklah
menepati prinsip halal di mana sumber dan proses pembuatan serta penyediaanya
adalah pada asalnya halal. Namun yang menjadi permasalahan adalah penyerapan
unsur najis secara tidak disengajakan yang mungkin disebabkan faktor luaran.
Oleh itu, untuk menentukan status makanan tersebut halal atau tidak kerana
168

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

diserapi unsur najis adalah dengan mengaplikasikan prinsip „umum al-balwa. Jika
makanan tersebut menepati prinsip dan garis panduan „umum al-balwa, makanan
tersebut dihukumkan halal dan boleh dimakan.
Kesimpulan
Sememangnya didapati prinsip „umum al-balwa menjadi salah satu kaedah untuk
memperjelas dan menentukan hukum halal (dalam bentuk keringanan) sesuatu
makanan. Namun aplikasinya tidak begitu meluas dalam karangan fiqh silam.
Contoh yang diberikan adalah terhad kepada beberapa contoh makanan sahaja.
Namun ia tidak menafikan pengaplikasian prinsip ini diiktiraf dalam menentukan
kehalalan sesuatu makanan.
Oleh itu, dalam menyelesaikan isu halal dan haram makanan pada hari ini,
prinsip „umum al-balwa hendaklah digunapakai. Namun begitu, penggunaannya
mestilah tertakluk kepada beberapa syarat dan garis panduan sebagaimana
dirujuk.
Rujukan
Abadi, Syarf al-Haq (2005). „Aun al-Ma‟bud „ala Syarh Sunan Abi Dawud.
Bayrut: Dar Ibn Hazm.
Ahmad Mokhtar „Umar (2008). Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah.
Qahirah: „Alim al-Kutub.
Ahmad Tijani Harun (2007). “Athar al-Darurah wa al-Hajah wa „Umum al-Balwa
fi ma Yahillu wa Yahrimu min al-Mahn wa al-Wazaif Kharij Diyar al-Islam,”
Paper presented at Majma‟ Fuqaha‟ al-Syari‟ah Bi Amirika, Manama,
Bahrain, November 2007.
Al-Bahisin, Ya‟qub „Abd al-Wahhab (2001). Raf‟ al-Haraj fi al-Syari‟ah alIslamiyyah: Dirasah Usuliyyah Ta‟siliyyah. Riyadh: Maktabah al-Rusyd.
Al-Burnu, Muhammad Sidqi bin Ahmad (1996). Al-Wajiz fi Idah al-Qawa„id alFiqh al-Kulliyah. Bayrut: Mu‟asasah al-Risalah.
Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad (2000). Umum al-Balwa: Dirasah
Nazariyyah Tatbiqiyyah. Riyad: Maktabah al-Rusyd.
Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad (2010). Qa‟idah Umum al-Balwa wa
Atharuha fi Qadaya al-Dirasah al-Fiqhiyyah al-Mu‟asirah. Arab Sa‟udi:
Wizarah al-Ta‟lim al-„Ilmi.
Al-Haythami, Ibn Hajar (n.d.). Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj. n.p.p:
Matba„ah Mustafa Muhammad.
Al-Qaradawi (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Bayrut : al-Maktab alIslami.
Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abdul Rahman (1997). al-Asybah wa al-Nazair fi
Qawaid wa Furu‟ al-Fiqh al-Syafi‟i. Riyadh: Maktabah Nizal Mustafa alBaz.
Al-Uthaymin, Muhammad bin Salih (1428H). Al-Syarh al-Mumti„ „ala Zad alMustaqni„. Al-Dimam: Dar Ibn al-Jawzi.
169

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

Al-Zarkasyi, Muhammad bin Bahadur (1988). Al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh.
Al-Ghardaqah: Dar al-Safwah.
Al-Zuhayli, Muhammad (2006). al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi alMazahib al-Arba‟ah. Dimasyq: Dar al-Fikr. 265.
Al-Zuhayli, Wahbah (1985). Nazariyyah al-Darurah al-Syar„iyyah Muqaranah
Ma„a al-Qanun al-Wad„i. Bayrut: Muasasah al-Risalah, 1985.
Atikullah Hj. Abdullah (2005). „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan
Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam Fiqh Muamalat. Jurnal
Syariah, 13 (2): 93-112.
Budiman Chandra (2007). Pengantar Kesehatan Lingkungan. Jakarta: Penerbit
Buku Kedokteran EGC.
Fortin, N. D. (2011). Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice. New
Jersey: John Wiley & Son.
Humayd, Salih bin „Abd Allah (1981). “Raf„ al-Haraj fi al-Syari„ah alIslamiyyah: Dawabituhu wa Tatbiqatuhu,” Unpublished thesis, Kuliyyah alSyari„ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Universiti Umm al-Qura.
Ibn Manzur (n.d.). Lisan al-„Arab. Qahirah: Dar al-Ma‟arif.
Ibn Nujaym (1999). al-Asybah wa al-Nazair. Dimasyq: Dar al-Fikr.
Kuwari‟, Mus„ab Mahmud Ahmad (2010) “„Umum al-Balwa wa Atharuha fi
Khabar al-Wahid.” Unpublished Master Disertation in Usul al-Fiqh, Kuliyyah
al-Syari‟ah wa al-Qanun, Universiti Islam, Ghazzah.
Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli (2011). Sumber Asas
Terhadap Penentuan Halal Haram Terhadap Barang Gunaan. In Suhaimi Ab
Rahman & Mohammad Aizat Jamaludin (eds.), Halal Haram dalam
Kepenggunaan Islam Semasa, 20-37. Serdang: UPM Press.
Nurhidayah Pauzi & Saadan Man (2015). Haiwan Jallalah dari Perspektif Islam:
Analisis Fatwa Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Jurnal Fiqh, 12: 5778.
Raja Nerina Raja Yusof (2014). Halal Marketing. In Marketeer, 2. Selangor:
Institute of Marketing Malaysia.
Riaz, M. N. & Chaudry, M. M. (2004). Halal Food Production. USA: CRC Press
LLC.
Sadlan, Salih bin Ghanim (1417H). Al-Qawa„id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa ma
Tafarra„u „Anha. Riyadh: Dar Belensiyah.
Solway, A. (2011). Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Kuala Lumpur:
ITBM.
Williams, B. (2010). Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan. Kuala
Lumpur: ITBM



170