BAB 11: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11.1 Pengenalan Kepada Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Bab 11 Pengintegrasian TMK
BAB 11: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
11.1 Pengenalan Kepada Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan
PembelajaranAmalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka.
11.1.1 Konsep Pengintegrasi TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Penghasilan media pengajaran (instructional media) dan media pembelajaran (learning media) berasaskan TMK dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru memahami aspek-aspek perancangan pengajaran (instructional planning), teori pembelajaran, rekabentuk pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi komputer bagi menghasilkan media yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu guru seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian. Persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Era Baru
Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid Stimulasi melalui satu deria Stimulasi melalui pelbagai deria Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan Menggunakan satu media Menggunakan pelbagai media Kerja berasingan Kerja secara kolaboratif Menyampaikan maklumat Bertukar maklumat Pembelajaran pasif
Pembelajaran aktif berasaskan penerokaan dan inkuiri penemuan Pembelajaran berasaskan fakta dan pengetahuan
Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / terancang Konteks buatan (artificial) dan terpisah
Konteks dunia sebenar dan tulen (authentic)
Sumber : National Educational Technology Standards for Students (June, 1998),
published by the International Society for Technology in Education (ISTE), NETS
Project.11.1.2 Peranan Guru Dalam Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berkehendakkan seorang guru menguasai kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang penting dan utama ialah bagaimana guru dapat menghasil dan menggunakan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid.
Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan adalah, semasa melakukan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang dilakukan adalah menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu wahana yang dapat membantu memudahkan guru menyampai dan memudahkan murid memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan serta membentuk kemahiran.
11.1.3 Keperluan Mengintegrasikan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Penggunaan TMK secara bijak, dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. Oleh itu golongan pendidik perlu menimbang potensi mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang terbaik.
“ICT is more than a teaching tool. Its potential for improving the quality and standards of pupils‟ educationis significant. Equally, its‟ potential is considerable for supporting teachers, both in their everyday classroom role, for example by reducing the time occupied by administration associated with it, and in their continuing training and development.” (DfEE 1998)
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk tujuan berikut: i. Menarik perhatian murid ii. Memotivasikan murid iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek. iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah
11.1.4 Kesan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan TMK secara intensif boleh meningkatkan pencapaian murid. Projek Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT) (1995) mendapati murid yang menggunakan TMK secara intensif semasa persekolahan mempunyai ciri-ciri berikut: i. boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk ii. lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial iii. boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks iv. mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri v. mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain vi. boleh berkerja secara kolaboratif, dan vii. lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.
11.1.5 Piawaian Ciri Murid Dari Aspek Penggunaan TMK Sejauh mana TMK dapat membantu dalam membentuk murid yang berkualiti, yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif, serta berkemahiran dalam penyelesaian masalah, banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan guru. Persekitaran pembelajaran yang efektif merupakan gabungan pendekatan tradisional dengan pendekatan baru untuk membimbing penguasaan kandungan mata pelajaran di samping mengambil kira keperluan individu. Gabungan berkenaan dapat menyediakan murid yang berupaya (International Society for Technology in Education 1998): i. berkomunikasi menggunakan pelbagai bentuk media ii. mencapai dan bertukar maklumat dalam berbagai cara iii. mengumpul, menganalisa, menyusun dan mensintesis maklumat iv. membuat rumusan berasaskan maklumat yang dikumpul v. menggunakan maklumat dan menggunakan alat yang sesuai untuk menyelesaikan masalah vi. mengetahui kandungan mata pelajaran dan berupaya mencapai maklumat tambahan apanila diperlukan vii. menjadi murid yang terarah kendiri viii. melakukan kolaborasi dengan orang lain dan bertindak cemerlang dalam pasukan ix. berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang bersesuaian dan beretika
11.1.6 Pendekatan Belajar Menggunakan TMK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah menggariskan tiga kaedah bagaimana TMK dapat diserapkan dalam pembelajaran murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum):
11.1.6.1 Belajar MENGENAI TMK Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK termasuk Sistem Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ini kepada murid dilakukan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan keupayaan mereka.
11.1.6.2 Belajar DENGAN TMK Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK. Antara perisian yang boleh digunakan seperti MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, MS Paint, Geometer‟s Sketchpad dan perisian percuma (freeware) belajar menaip Typing Tutor. Manakala perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera digital. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan, menarik dan seronok dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah akan dapat menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif pada tahap yang sesuai mengikut tahap pemikiran mereka.
11.1.6.3 Belajar MELALUI TMK Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses maklumat menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan Internet. Contoh belajar melalui TMK dapat dilihat melalui penggunaan bahan seperti ensaiklopedia, kamus, video pembelajaran, Portal E-bahan, EduwebTV dan Google Earth.
Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK boleh digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK boleh diimplimentasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK. Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau tugasan seperti tugasan menghasil kad ucapan. Dalam penghasilan kad ucapan, murid boleh memasukkan imej dan menulis ucapan atau sajak. Murid juga dapat meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri apabila mereka membuat persembahan hasil tugasan mereka terutama yang berbentuk multimedia. Mereka akan berasa seronok belajar dan menunjukkan kreativiti mereka melalui persembahan yang menggunakan pelbagai fitur perisian seperti penggunaan warna, jenis fon, saiz fon dan animasi dalam hasil tugasan mereka.
11.1.7 Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran telah mengkategorikan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kepada empat mod (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran) iaitu: i. Mod Tutorial ii. Mod Penerokaan iii. Mod Aplikasi, dan iv. Mod Komunikasi
1.1.7.1 Mod Tutorial Dalam mod tutorial, TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi; i. Pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori) ii. Tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem
11.1.7.2 Mod Penerokaan Melalui mod penerokaan, murid dapat menentukan dan mengawal maklumat yang diterima berbanding mod tutorial yang mana murid hanya menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan dikawal oleh sistem. Tujuan utama mod penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokus kepada penglibatan murid dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu perkara.
Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk i. mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CDROM, portal maklumat dan internet ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri iii. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk: Akses kepada sumber yang pelbagai di Internet melalui enjin gelintar Perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan berbentuk simulasi
11.1.7.3 Mod Aplikasi Dalam mod aplikasi, TMK digunakan sebagai medium untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada orang lain, berbanding mod tutorial dan penerokaan yang mana TMK hanya digunakan sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid. Dengan bantuan perisian aplikasi murid dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang sebenar. Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk: Pemproses kata untuk menghasilkan karangan Hamparan elektronik untuk memaparkan carta Editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan elektronik, dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan Perisian mereka bentuk berbantukan komputer untuk mencipta reka bentuk bahan.
11.1.7.4 Mod Komunikasi Dalam mod komunikasi, TMK digunakan sebagai medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi yang berbeza menghantar dan menerima maklumat antara mereka. Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik, audio, video atau pelbagai kombinasi.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod komunikasi termasuk: Chat Email Audio conference Video conference Pembinaan laman web untuk akses melalui internet
11.1.8 Mod Pelaksanaan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menjelaskan terdapat tiga mod bagaimana TMK dapat digunakan oleh guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum) iaitu:
11.1.8.1 Mod Guru dan Murid bersama-sama Guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran interaktif di makmal komputer sekolah. Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru boleh menggunakan komputer riba, perisian kursus dan projektor LCD. Guru boleh meminta murid untuk mencuba aktiviti yang disediakan di dalam komputer riba guru. Guru juga boleh memuat turun bahan dari laman web lebih awal dan menggunakan laman tersebut semasa pengajaran. .
11.1.8.2 Mod Guru sahaja Guru mengajar dengan bantuan perisian pengajaran dan pembelajaran dan modul pengajaran yang mana guru telah menyediakan bahan tersebut sebelum masuk ke kelas.
11.1.8.3 Mod Murid sahaja Dengan menggunakan perisian kursus yang bersifat interaktif dan berpandukan kepada modul pembelajaran, murid boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan komputer tanpa bantuan guru. Dalam situasi ini, guru bertindak sebagai fasilitator kepada pembelajaran murid .
Latihan
Muat turun Buku Panduan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia . Baca dengan teliti kelebihan dan kelemahan setiap mod penggunaan TMK yang dicadangkan. Pilih satu standard kandungan dalam dokumen standard mata pelajaran yang anda ajar. Sediakan satu rancangan mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan salah satu mod penggunaan TMK yang dicadangkan.
11.2 PEMPROSESAN PERKATAAN
Pemprosesan perkataan bermaksud penggunaan aplikasi komputer bagi tugas menaip, membina, mengolah, membentuk teks, menyimpan, menyunting dan mencetak sesuatu dokumen. Pemprosesan perkataan juga merupakan aplikasi komputer bagi mewujudkan satu fail dokumen, menyimpannya secara elektronik, mempamerkan di skrin, mengeditnya melalui arahan dan aksara dari papan kekunci dan mencetaknya dengan menggunakan pencetak. Aplikasi pemprosesan perkataan juga membolehkan pengguna menyelitkan perkataan atau perenggan dalam sesuatu dokumen atau ke dokumen lain.
Aplikasi pemprosesan perkataan boleh menyokong kebanyakan tugas berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya dibuat dengan mesin taip atau dengan tangan. Aplikasi ini memberikan ruang dan peluang untuk para pendidik mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Antara aplikasi pemprosesan perkataan termasuklah Microsoft Word dari Microsoft
Corporation, Word Perfect, Word Star, Chiwriter, , Kingsoft Office Writer, Atlantis Word
Processor dan aplikasi lain berasaskan windows, manakala iWork berasaskan
Macintosh serta OpenOffice, AbiWord, EZ Word berasaskan perisian terbuka (Open Source).
Rajah 11.1.1: Pelbagai Aplikasi Pemprosesan Perkataan
11.2.1 Ciri-ciri aplikasi pemprosesan perkataan i. Insert text (selit teks) – membolehkan anda menyelit teks di mana-mana dokumen anda ii. Delete text (memadam teks)
- – membolehkan anda memadam perkataan, teks, baris dan paragraph dengan mudahnya.
iii. Cut and paste (mencantas dan memindahkan teks)
- – membolehkan anda mencantas perkataan atau perenggan daripada satu tempat dan memindahkan ke tempat lain.
- – setelah menghasilkan sesuatu dokumen, boleh disimpan dan diedit semula.
vi. Font (fon)
- – anda boleh menukar fon teks anda vii. Page size and margins (halaman dan margin) – anda boleh menetapkan saiz halaman, supaya aplikasi pemprosesan perkataan akan disesuaikan secara automatik.
viii. Search and replace (dicari dan diganti) – membolehkan anda mengarah pemproses perkataan untuk mencari perkataan atau ayat dan anda juga boleh menggantikan perkataan atau ayat tersebut dengan perkataan lain dalam teks anda. ix. Word wrap (menyusun baris) – aplikasi pemprosesan perkataan secara automatik akan bergerak ke baris seterusnya selepas baris telah dipenuhi, juga akan menyusun menyusun teks tersebut. x. Print (cetak) – membolehkan anda menghantar dokumen anda untuk dicetak. xi. Font specifications (spesifikasi fon)
- – aplikasi pemprosesan perkataan membolehkan anda menukar fon serta ciri fon seperti italic, bold, saiz, warna dan shadow.
xii. Graphics (grafik)
- – membolehkan anda menyisipkan gambar dan carta dalam dokumen anda.
- – satu kemudahan untuk menyemak ejaan yang diragui oleh perisian.
xiv. Thesaurus (tesaurus)
- – satu kemudahan aplikasi pemprosesan perkataan yang membolehkan anda mencari makna perkataan dokumen anda.
xv. Header, footer and pagination
- – aplikasi pemprosesan boleh meletak teks secara automatik di atas lembaran (header) atau di bawah (footer) serta penomboran.
xvi. Table (jadual)
- – membolehkan anda menyisip jadual untuk menyokong penyusunan data anda dalam baris dan lajur.
Ciri-ciri di atas adalah sebahagian dari keupayaan aplikasi pemprosesan perkataan. Guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat bahan edaran, lembaran kerja, ujian dan latihan, membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran.
11.1.2 Impak Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Seseorang guru boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataaan untuk menyokong peranannya dalam aktiviti dan hal-hal berkaitan dengan pengurusan pengajaraan dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pembelajaran: i. Menjimatkan masa – aplikasi pemprosesan perkataan membantu guru mengurus masa lebih efisien dalam penyediaan pengajaran, terutamanya mengubah suai teks (bahan) berulang kali, tidak perlu membina teks baharu, membuat pembetulan dan penyemakan dengan lebih cepat dan cekap. ii. Hasil kerja lebih kemas dan menarik
- – bahan pengajaran yang disediakan dengan pemprosesan perkataan lebih tersusun, kemas, dan menarik, nescaya lebih mudah difahami.
iii. Perkongsian maklumat
- – guru dapat berkongsi rancangan pengajaran, bahan bacaan, jadual, teks, template soalan dan pelbagai lagi bahan pengajaran. Rakan boleh menyalin, mengubah suai, menambah baik bahan pemprosesan perkataan untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
iv. Menyokong pengurusan pengajaran dan pembelajaran – penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan boleh membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran, terutama penyediaan bahan pengajaran seperti nota edaran, lembaran kerja, kertas ujian dan bahan sokongan pengajaran lain seperti rancangan pengajaran harian, laporan, dan bulletin. v. Mengukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran – murid boleh dirangsang untuk menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan dalam kebanyakan tugas penulisan untuk apa-apa juga mata pelajaran yang sebelum ini ditulis dengan tangan. Murid akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugas sekiranya hasil yang diperoleh oleh mereka lebih kemas dan menarik serta menjimatkan masa. vi. Menyokong proses penulisan – murid boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menulis, mengedit, ilustrasi cerita, menghasilkan bahan pembentangan bagi tajuk yang dipelajari dan membuat nota sebagai rujukan. Murid boleh dirangsang untuk mencetuskan idea dalam penulisan kreatif dengan menggunakan pelbagai fon, warna, reka letak, sisipan gambar dan pelbagai grafik. vii. Mengukuhkan kemahiran berbahasa – murid boleh belajar bahasa melalui pelbagai fitur aplikasi pemprosesan perkataan termasuk spell check, grammar checker dan thesaurus.
AMALI
Dengan menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan pilihan anda, sediakan satu nota edaran yang sesuai untuk menarik minat murid mempelajari satu standard pembelajan mata pelajaran yang anda ajar. Sediakan juga satu lembaran kerja yang bersesuaian bagi menilai pencapaian murid. Hasilan kerja perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: i. Kandungan pembelajaran yang selaras dengan satu standard pembelajaran ii. Tema : Lestari alam sekitar iii. Menggunakan font dan graik yang pelbagai dengan olahan yang kemas dan menarik
11.3 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK Pengenalan
Persembahan elektronik merupakan aplikasi komputer yang dapat menyampaikan maklumat berbentuk teks dan visual yang dapat diintegrasikan dengan elemen multimedia yang lain seperti audio, video, animasi. Ia biasanya memaparkan maklumat dalam bentuk persembahan paparan. Ia juga berupaya mengadakan pautan (hyperlink) dengan sumber maklumat di luar seperti imej, dokumen, hamparan elektronik, video, audio, laman web dan sebagainya. Keistimewaan aplikasi ini dapat mengayakan lagi sumber rujukan penontonnya bagi memperolehi maklumat lanjut mengenai sesuai topik ataupun konsep yang dihuraikan oleh penyampai.
Menurut Gregory (2012), persembahan eletronik merupakan “A computer-generated
program capable of communication text, drawings, photos, video, and audio
.” Contoh aplikasi persembahan elektronik yang biasa digunakan termasuklah Microsoft PowerPoint, Harvard Graphics, Open Office Impress dan Kingsoft Presentation. Persembahan elektronik digunakan dalam perniagaan, bidang perubatan, pendidikan dan pelbagai bidang yang lain untuk tujuan tunjukcara, membuat penerangan, mencerakin fakta, membentangkan laporan, menyampaikan mesej, perkongsian idea dan lain-lain lagi.
11.3.1 Ciri-ciri persembahan elektronik
Kebanyakan aplikasi persembahan elektronik mempunyai fitur-fitur asas yang membolehkan penyampai memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan pelbagai kesan khas bagi menghidupkan lagi persembahan tersebut dan menarik perhatian penontonnya kepada idea utamanya. Answer.com (2012) telah menyenaraikan beberapa fitur asas persembahan elektronik seperti berikut: i. Fitur pemprosesan perkataan yang membenarkan penggunanya memasukkan dan mengubah format teks.
Rajah 11.3.1: Contoh fitur-fitur memasukkan dan mengedit teks yang terdapat pada aplikasi persembahan elektronik Microsoft PowerPoint. ii. Kemudahan untuk memasukkan dan membuat penyuntingan imej grafik, serta mewujudkan kesan animasi.
Rajah 11.3.2: Contoh fitur-fitur penyuntingan grafik yang tersedia untuk aplikasi persembahan elektronik Microsoft PowerPoint. iii. Sistem persembahan paparan berasaskan slaid (slide show engine) yang dapat memaparkan paparan mengikut turutan slaid, isi kandungan dan olahan yang terpilih. Aplilasi persembahan elektronik juga menyediakan kemudahan pratonton (preview) kesan-kesan animasi tersebut sebelum anda membuat pemilihan terakhir.
Rajah 11.3.3: Contoh fitur-fitur untuk menonton persembahan yang disediakan dalam aplikasi hamparan elektronik Microsoft PowerPoint 2010 iv. Sistem pengurusan susun letak (layout) yang membenarkan anda memilih templat yang telah ditetapkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa.
Rajah 11.3.4: Contoh templat susun letak yang terdapat dalam sistem pengurusan susun letak paparan aplikasi Microsoft PowerPoint 2010.
Fikirkan
Berdasarkan pengalaman anda menggunakan aplikasi persembahan elektronik, apakah fitur-fitur yang terdapat pada sesebuah aplikasi persembahan elektronik selain daripada fitur yang tersebut di atas? Bagaimanakah anda menarik perhatian murid ataupun penonton lain kepada persembahan elektronik yang anda gunakan?
11.3.2 Kriteria persembahan elektronik yang baik
Persembahan elektronik yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut: i. Aplikasi prinsip reka bentuk grafik membantu penyediaan persembahan eklektronik yang mudah dibaca dan mempunyai nilai estetik. Antara prinsip-prinsip reka bentuk grafik tersebut termasuk:
a. Prinsip Mudah (Simplicity) Menggunakan latar belakang yang mudah, supaya penonton tidak tertarik kepada latar belakang yang berwarna-warni ataupun yang lebih kompleks.
(Smaldino et al., 2012; Jones, 2005) A B C
Rajah 11.3.5: Aplikasi Prinsip Mudah
b. Prinsip Kontras Warna latar paparan perlu menyebabkan mesej utama kelihatan lebih menonjol (Jones, 2005; Smaldino, 2012). Penggunaan latar belakang berwarna gelap dan teks yang berwarna cerah juga akan menghasilkan kesan kontras yang baik (Clark, 2004).
1 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras
2 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras
Rajah 11.3.6: Aplikasi Prinsip Kontras Pada Rajah 11.3.6 di atas, baris 1 merupakan kombinasi warna latar belakang dan teks yang kontras manakala baris 2 merupakan kombinasi warna yang perlu dielakkan.
c. Prinsip Penegasan (Dominant) Menggunakan saiz fon ataupun objek yang lebih besar, penggunaan warna yang kontras bagi menonjolkan subjek ataupun idea utama.
A B Rajah 11.3.7: Aplikasi Prinsip Penegasan
Pada Rajah 11.3.7 di atas, penggunaan saiz fon yang besar dan warna yang kontras dalam paparan A lebih berkesan dalam menarik perhatian penonton terhadap idea utama sekiranya dibandingkan dengan paparan B. d. Gunakan banyak ruang kosong (white space) di keliling subjek ataupun idea utama supaya ia dapat menarik perhatian penontonnya.
A B Rajah 11.3.8: Aplikasi Penggunaan Ruang
Dalam Rajah 11.3.8 di atas, paparan A yang padat dengan teks dengan paparan B yang banyak kosong. Reka bentuk paparan B memudahkan penontonnya membaca dan memahami teksnya.
e. Setiap paparan fokus kepada satu konsep sahaja.
A B Rajah 11.3.9: Perbandingan paparan dari segi muatan konsep:
Dalam Rajah 11.3.9 di atas, Paparan A mengandungi beberapa konsep manakala B mengandungi satu konsep sahaja. Yang manakah lebih senang difahami dan dihayati? ii. Menggunakan mesej anda dengan tepat dan seringkas yang mungkin (Smaldino, 2012; Microsoft, 2012; Markowitz, 2011; Mayer 1998).
A B Rajah 11.3.10: Mesej yang ringkas dalam bentuk kata kunci (B) lebih mudah dibaca dan difahami daripada penggunaan ayat yang panjang lebar (A).
Peraturan 6X6 (Rule of Six) merupakan panduan penyediaan paparan yang
mencadangkan supaya menggunakan teks berbulet yang ringkas bagi memudahkan pemerolehan maklumat yang optimum. Peraturan ini mengesyorkan penggunaan teks berbulet pada setiap paparan dimuatkan tidak melebihi enam baris manakala pada setiap baris pula mengandungi tidak melebihi enam perkataan (Clark, 2004). iii. Mengemukakan idea ataupun penerangan mengikut turutan yang logikal. Amalkan prinsip dari yang mudah ke yang kompleks, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, dll. aMenggunakan visual untuk mewakili konsep yang abstrak ataupun apabila paparan teks dan angka mungkin kelihatan kompleks dan mengelirukan.
A B Rajah 11.3.11: Perbandingan paparan berbentuk teks sahaja dengan paparan berbentuk imej.
Merujuk kepada Rajah 11.3.11 di atas, visual berbentuk gambar rajah dan imej (B) dapat menerangkan sesuatu konsep ataupun proses dengan lebih baik daripada menggunakan teks sahaja (A). iv. Mengintegrasikan elemen multimedia ataupun rangsangan multisensori dalam penyampaian anda. Menurut Mayer (1998; 1999) dalam teori pembelajaran multimedianya, telah menyarankan prinsip-prinsip berikut yang boleh dijadi garis panduan penyediaan bahan pembelajaran multimedia: a. Prinsip multimedia (Multimedia representation principle): Lebih baik membuat penerangan dengan kombinasi teks dan imej daripada menggunakan teks sahaja.
b. Prinsip gabungan ataupun bersebelahan (Spatial Contiguity Principle) : Kesan pembelajaran yang melibatkan gabungan teks dan imej yang berdekatan adalah lebih baik daripada dibuat secara berasingan.
c. Prinsip penumpuan perhatian melalui saluran deria penglihatan (Visual Split-
Attention Principle) mencadangkan agar penerangan dibuat secara lisan bagi
menggantikan penggunaan teks yang panjang lebar yang dipapparkan melalui skrin. d. Prinsip saiz maklumat yang minimum (Chunking principle): Gunakan teks dan gambar yang minimum.
e. Prinsip koheren (Coheren principle): Elakkan penggunaan isitilah ataupun perkataan yang tidak releven.
f. Prinsip penumpuan perhatian melalui deria auditori (Auditory Split-Attention
Principle): Semasa membuat penerangan secara verbal bersama animasi
(elemen visual), elakan penggunaan muzik latar dan kesan bunyi yang berlebihan supaya murid dapat menghubungkaitkan animasi dengan huraian yang dipersembahkan. v. Membuat penerangan, memperkenalkan konsep dan idea secara progresif. vi. Mengelakkan penggunaan kesan animasi yang berlebihan (Smaldino, 2012; Clark, 2004).
(A) (B) Bandingkan cara memuatkan kesemua langkah dalam sebuah paparan (A) dengan olahan di mana setiap langkah didedahkan secara langkah demi langkah (B). Yang manakah lebih membantu murid untuk menguasai konsep? Apakah justifikasi bagi jawapan anda?
Bacaan Lanjutan
Baca rujukan yang dinyatakan di bawah untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang aplikasi persembahan elektronik.
Mayer, Richard. (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer. Dalam
International Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623. Melalui URL=
11.3.3 Prinsip penghasilan persembahan elektronik Fikirkan
Bagaimakah anda mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, khususnya aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah pendekatan persembahan elektronik yang boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, konsep, kemahiran ataupun nilai murni yang tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran suatu topik satu mata pelajaran yang anda ajar?
Persembahan elektronik merupakan media pengajaran yang popular dalam kalangan guru. Ia dapat dihasilkan dengan cepat dengan adanya kemudahan mencapai sumber maklumat elektronik daripada ebook, aritkel yang dilayari melalui laman web, elemen multimedia berbentuk digital yang boleh dihasilkan melalui pelbagai peralatan elektrik dan elektronik. Namun, penghasilan persembahan elektronik yang bermutu semestinya produk yang dihasilkan melalui perancangan dan persediaan yang rapi.
Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan media pengajaran dan penggunaan Model ASSURE semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah penting bagi memastikan kejayaan penyaluran maklumat dan perubahan tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Namun perlu diingat bahawa setiap media pengajaran yang dihasilkan adalah memenuhi keperluan kumpulan sasaran yang tertentu. Oleh itu jika media pengajaran yang sama hendak digunakan kepada kumpulan sasaran yang lain, media tersebut perlu diubahsuai mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan kumpulan sasaran berkenaan.
Langkah-langkah perancangan, penghasilan dan penggunaan persembahan elektronik boleh diterangkan secara ringkas seperti yang berikut:
1. Analisis Keperluan mengenai keperluan sukatan pelajaran dari segi skop isi kandungan, hasil pembelajaran, objektif pembelajaran, keperluan dan kebolehan murid.
2. Reka bentuk persembahan elektronik dalam menetapkan pendekatan, papan cerita, fitur-fitur yang boleh menarik perhatian dan meningkatkan penangkapan konsep, aktiviti pembelajaran sehubungan itu dan lain-lain lagi.
3. Pengumpulan bahan, media (ataupun aplikasi yang bersesuaian) dan membuat kajian literatur mengenai topik yang dikaji.
4. Pemilihan bahan, media, pendekatan dan kaedah yang bersesuai dengan topik kajian dan kumpulan sasaran anda.
5. Menghasilkan persembahan elektronik dengan mematuhi prinsip-prinsip reka bentuk grafik dan reka bentuk mesej supaya penyampaian mesej pendidikan berjaya menarik perhatian murid dan membantu mereka menyimpannya dalam ingatan jangka panjang dan mengundur kembali maklumat tersebut dengan cekap.
6. Prebiu ataupun pratonton hasil anda. Anda perlu memastikan ketepatan fakta dan laras bahasanya bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada serta keupayaan murid anda. Raptai bagi memastikan penggunaan media itu lancar.
7. Menggunakan persembahan elektronik dengan mengamalkan Model ASSURE dan melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran.
8. Mengadakan penilaian dan penyemakan bagai membuat penambahbaikan.
Perbincangan
Bincangkan keberkesanan penggunaan persembahan elektronik jika dibandingkan dengan penggunaan alat-alat maujud dalam proses penyampaian idea, konsep dan kemahiran tertentu? Setujukah anda bahawa persembahan elektronik ini jauh lebih berkesan daripada media tayang seperti video dan filem? Apakah hujah-hujah yang menyokong jawapan anda? Mungkinkah persembahan elektronik dijadikan sebagai media pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid anda tanpa kehadiran guru? Apakah hujah-hujah yang menyokong jawapan anda?
Amali
Dengan menggunakan aplikasi persembahan elektronik pilihan anda, hasilkan satu persembahan bagi membolehkan anda menyampaikan kandungan pembelajaran berkaitan satu standard pembelajaran mata pelajaran yang anda ajar. Persembahan yang dihasilkan perlu merangkumi pelbagai fitur, elemen dan ciri tentang reka bentuk dan pembangunan persembahan elektronik yang dibincangkan dalam tajuk ini.
11.4 HAMPARAN ELEKTRONIK
Hamparan elektronik merupakan aplikasi komputer yang berfungsi mengurus maklumat dalam grid yang terdiri dari sel-sel yang terbentuk dari lajur dan baris. Pengguna memasukkan data ke dalam sel-sel dan memproses data tersebut menggunakan pelbagai fitur yang ada pada aplikasi hamparan elektronik (ehow.com 2012).
Ciri-Ciri Asas Hamparan Elektronik: i. Mengurus maklumat dalam lajur dan baris ii. Menyediakan platform untuk pengguna memasukkan data iii. Membenarkan pengguna melakukan perkiraan matematik seperti tambah dan tolak serta rumus matematik ke atas data iv. Membenarkan pengguna menggunakan fungsi matematik seperti ke atas data v. Membenarkan penyalinan olahan matematik dan vi. Membenarkan perkiraan semula secara automatik apabila pengguna mengubah data vii. Menyediakan keupayaan melakukan mempersembahkan data dalam bentuk carta dan graf
Kelebihan Hamparan Elektronik Berbanding Hamparan Manual: i. Kesilapan kemasukan data atau rumus dapat dikesan dan diperbetulkan dengan mudah menggunakan fitur edit ii. Membolehkan pengguna sampai ke jawapan tanpa perlu menaip rumus dan fungsi matematik yang kompleks hasil mempunyai rumus dan fungsi matematik yang siap bina dalamnya bagi melakukan rumus dan fungsi matematik ke atas data secara automatik. iii. Menjimatkan masa dan memudahkan kerja hasil keupayaan memproses data pada beberapa hamparan secara serentak
iv. Mempersembahkan data dalam bentuk yang kemas dan menarik hasil
mempunyai keupayaan automatic formating v. Membolehkan interpretasi data dibuat dengan lebih mudah hasil mempunyai keupayaan bagi membina graf vi. Menyediakan satu kaedah menjejak dan menyampaikan maklumat dalam bentuk yang terurus. vii. Menjimatkan masa melakukan perkiraan dan fungsi matematik sekiranya perlu melakukan perkiraan semula. viii. Capaian semula data adalah cepat dan mudah kerana data disimpan dalam bentuk fail digital. ix. Data dan maklumat boleh dikongsi dengan mudah dan cepat menggunakan internet hasil sifat storan yang berbentuk fail digital. x. Fail storan boleh dikunci menggunakan password bagi mengelakkan data diubah tanpa kebenaran.
Contoh aplikasi hamparan elektronik: Microsoft Excel OpenOffice Calc Apple VisiCalc LibreOffice Calc Corel Kingsoft Spreadsheets Quattro Pro
Amali
Dengan menggunakan satu aplikasi hamparan elektronik pilihan anda, hasilkan satu carta yang sesuai bagi menunjukkan komposisi media yang ada dalam koleksi pusat sumber sekolah anda.
11.5 PANGKALAN DATA
Pangkalan data merupakan satu koleksi data yang disusun supaya mudah diakses, diurus, dan dikemas kini (http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database). Dalam suatu pangkalan data, data disusun secara berstruktur dalam jadual-jadual yang mempunyai medan-medan yang berkaitan dengan sifat data yang hendak disimpan. Aplikasi pangkalan data merupakan perisian komputer yang digunakan oleh pengguna untuk menyimpan, mengurus, mengubah suai dan mencapai kembali data apabila perlu20012b)
11.5.1 Ciri-Ciri Asas Aplikasi Pangkalan Data i. Terbentuk dari jadual atau beberapa jadual yang boleh dihubungkan antara satu sama lain. Setiap jadual mempunyai medan untuk dimasukkan data. ii. Menyimpan data dalam medan pada jadual. Satu medan boleh menyimpan satu data dan keseluruhan data tentang satu objek atau perkara dikenali sebagai rekod. iii. Membenarkan pengguna menyimpan, mengedit dan mencapai kembali data yang disimpan.
11.5.2 Kegunaan Pangakalan Data Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran i. Data tentang murid boleh disimpan dan diurus dengan teratur menjadikan proses menguruskan maklumat murid cekap dan tepat. ii. Capaian kembali maklumat boleh dibuat menggunakan kata kunci dan rekod murid dipapar secara automatik. Maklumat murid boleh disaring dan dirumus secara automatik. Dengan itu guru dapat menjimatkan masa berbanding cara lama menyimpan maklumat murid menggunakan kertas dan fail. iii. Boleh digunakan untuk tempat menyimpan soalan-soalan ujian yang mana jika koleksi soalan adalah besar, guru berpeluang mencapai kembali soalan-soalan yang relevan melalui proses saringan iv. Guru boleh menggunakan pangkalan data untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran misalnya dengan menggalakkan pemikiran aras tinggi hasil meminta murid mengkaji pelaporan yang dikeluarkan hasil saringan data dari pangakalan data
Contoh aplikasi pangkalan data Microsoft Access MySQL Oracle
Perbincangan
Teroka dan bincangkan ciri-ciri utama beberapa aplikasi pangkalan data.
Amali
Dengan menggunakan satu aplikasi pangkalan data pilihan anda, hasilkan satu bank soalan (question bank) bagi mata pelajaran yang anda ajar. Soalan-soalan yang terkumpul dalam bank soalan perlu terdiri daripada soalan-soalan yang sesuai dijadikan pilihan apabila hendak menjalankan ujian kepada murid-murid yang anda ajar
11.6 PENGGUNAAN PERISIAN DAN ALAT PENGARANGAN
Pengarangan membawa pengertian satu ciptaan atau hasil kreativiti minda seseorang dalam proses yang mengabungkan teks, grafik, animasi, audio dan video untuk mencipta suatu aplikasi Multimedia. Aplikasi pengarangan atau lebih dikenali sebagai alat pengarangan merupakan aplikasi komputer yang membolehkan aplikasi multimedia dicipta dengan menggabungkan pelbagai media digital termasuk bunyi, pergerakan, grafik, audio, video dan teks ke dalam sesuatu aplikasi. Dalam konteks pendidikan, alat pengarangan merujuk kepada perisian yang digunakan untuk membangunkan perisian kursus untuk tujuan e-pembelajaran. Kebanyakan perisian tersebut membolehkan guru mengintegrasikan pelbagai media dalam pembangunan perisian kursus yang mendorong penglibatan dan interaktiviti murid (Lectora.com 2012).
Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN
Berasaskan Ikon AUTHORWARE
1. Elemen multimedia dan arahan interaktif diurus sebagai objek- objek pada kerangka berstruktur atau kerangka process
2. Menunjukkan carta alir tentang aktiviti yang berlaku pada cabang- cabang kerangka
Berasaskan Garis Masa DIRECTOR
1. Elemen multimedia dan peristiwa (event) diurus pada satu garis masa
Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN
2. Peristiwa yang berlaku adalah berasaskan masa
3. Kelajuan peristiwa boleh dikawal
4. Penzahiran elemen boleh dilakukan pada masa atau mana- mana tempat pada garis masa
5. Boleh dipautkan ke mana-mana bahagian pada garis masa Berasaskan Halaman Atau Kad TOOLBOOK
1. Elemen diurus sebagai halaman- (berasaskan halaman) halaman sebuah buku atau sebagai sekumpulan kad
2. Halaman disusun seperti halaman- halaman sebuah buku
3. Pautan ke halaman/kad ke halaman/dan adalah secara jujukan
4. Boleh dipautkan ke mana-mana HYPERSTUDIO halaman/kad lain berdasarkan (berasaskan kad) arahan interaktif
Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN
Jadual 11.6.1: Jenis-Jenis Alat Pengarangan
Fikirkan
Apakah contoh perisian lain yang boleh dikategorikan sebagai alat pengarang?
Ciri Umum Alat Pengarangan
i. Mengedit dan mengurus mencipta, mengedit dan menukar format element multi media mengurus dan mereka bentuk berdasarkan papan cerita dan carta alir ii. Pengaturcaraan Menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tinggi tapi mudah kerana berbentuk visual iii. Interaktif Pengaturcaraan yang komplek menjadi mudah kerana menggunakan konsep pengaturcaraan berstruktur yang menggunakan arahan IF-THEN dan GO TO menjadikan pengguna berupaya mengawal aliran maklumat dan kandungan iv. Memain semula dan memperkemas produk Pembangunan boleh dilakukan mengikut segmen dan setiap segmen boleh dibina dan diuji secara berasingan
Waktu satu-satu elemen dilaksanakan boleh ditetapkan dengan rapi dan tepat v. penyampaian merentas pelbagai platform dan internet
produk boleh bergerak sendiri (standalone) produk boleh merentas pelbagai platform produk boleh ditukar format untuk dimainkanpada platform internet
11.7 Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran Definisi Multimedia
Multimedia merupakan pengintegrasian pelbagai bentuk media. Ini termasuk teks, grafik, audio, video dan animasi. Sebagai contohnya sebuah persembahan yang merangkumi audio dan video dikatakan sebagai persembahan multimedia. Perisian pendidikan yang merangkumi animasi, audio dan teks dikatakan sebagai perisian multimedia. Kebanyakan bentuk multimedia memerlukan banyak ruang dalam cakera storan20012a) Dalam konteks TMK bahan multimedia selain merupakan integrasi pelbagai elemen termasuk teks, grafik (termasuk imej), audio, video dan animasi, merupakan subset kepada hipermedia. Hipermedia mencantumkan elemen- elemen multimedia dengan hipertext (dikenali juga sebagai hiperlink) yang menjadi pautan antara elemen-elemen tersebut (Microsoft Press 1994). Dalam konteks pendidikan sebuah pakej multimedia adalah satu pakej pembelajaran yang menggabungkan strategi pembelajaran dengan kandungan pembelajaran yang dipersembahkan menggunakan pelbagai elemen multimedia bagi membolehkan objektif pembelajaran dicapai oleh murid.
Latihan
Pilih satu unit pengajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah rendah. Sediakan Papan cerita bagi pembangunkan pakej multimedia pembelajaran bagi satu standard pembelajaran mata pelajaran yang anda ajar.
11.8 Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Media Interaktif
Media Interaktif ialah integrasi pelbagai media termasuk teks, grafik, imej, audio, dan video dalam suasana berstruktur supaya pengguna dapat berinteraksi untuk tujuan tertentu. Media interaktif biasanya memerlukan kawalan, input, respon aktif pengguna. Kebanyakan media interaktif masa kini menggunakan teknologi digital. Contoh bentuk media interaktif ialah seperti laman web, perakam video digital (DVR), permainan komputer, forum atas talian, E-Mail dan rangkaian sosial (Social network).
Multimedia Interaktif