Contoh proposal kajian tindakan Kela

ISI
KANDUNGAN

HALAMAN

Penghargaan
Abstrak
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan
3.0 Objektif Kajian
4.0 Kumpulan Sasaran
5.0 Tindakan yang dicadangkan :
5.1 Tinjauan Masalah
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Melaksanakan Tindakan
5.4 Penilaian
5.5 Refleksi Kajian
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian
8.0 Rujukan
9.0 Lampiran

20

9
10
11
11 - 12
12
12
13
13
13 - 17
17
17
17 - 18
18
18
19 -

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana
dapat menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga
hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih
kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P
khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha
menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan
keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk
merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari
maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian
tindakan .
Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru
seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang
serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk
menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh.
Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting
dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan modal insan cemerlang yang
menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini hala tuju pendidikan
kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI
PROGRAM
“BIJAK JAWI”
Pn. Faizah binti Haji Ahmad
SK. Dato’ Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap
ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK.
Dato’ Panglima Kinta , Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan
latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan
pinjaman bahasa Arab kerana perkataan pinjaman ini tidak dieja mengikut suku kata
sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain. Perancangan tindakan difokuskan

kepada teknik mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dan membezakan
perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.
Teknik ‘Bijak Jawi’ – murid telah didedahkan kepada teknik ‘Bijak Jawi’ selama 60
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian
telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula

menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan perkataan pinjaman
bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan pinjaman
bahasa Arab melalui teknik ‘Bijak Jawi’.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar
tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah ketidakmahiran mereka
menjawab perkataan pinjman dalam bahasa arab dan bahawa Inggeris.Walaupun
soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan pelajar tidak menjawab
dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab
langsung.Ramai pelajar yang menjawikan perkataan pinjaman mengikut kaedah
ejaan jawi sedangkan perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan
jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman tersebut. Justeru itu pelajar sukar mendapat
markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A
dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.
Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran
Jawi tahun 3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan
meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau

memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan yang mereka berikan
contohnya , “….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti ustazah!” dan
sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru
dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.
Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak termasuk
murid dan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Jawi adalah

senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana
tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkan beberapa faktor di atas, saya rasa
terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan
menggunakan Program yang saya namakan “Bijak Jawi”.
2.0
(a)
(b)
(c)

ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian ejaan
pinjaman .
Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.

Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan
peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab
soalan matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan
masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan murid
dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar sentiasa berkeyakinan tinggi
ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah penuh dan
melayakkan mereka mendapat gred A.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Umum :
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan
matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35
hingga 40.


3.2
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
4.0

Objektif Khusus :
Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian ejaan
perkataan pinjaman .
Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan
tersebut.
Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan
dengan betul.
Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi
perbincangan atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman .
Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17

orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan

untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan semua
murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan hasil sebagaimana yang
diharapkan.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan
mengutip data seperti yang berikut :

Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.


Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.

Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.
5.2

Analisa Tinjauan Masalah
Keputusan akhir tahun 2010
1. Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab
adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka
hanya meneka jawapan yang diberi.
2. Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada
mengenal perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan
pinjaman tersebut.
3. 10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang
boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3

Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi
Cara Pelaksanaan :

Guru menyediakan 5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil
daripada buku teks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.

Lima ejaan pinjaman bahasa Arab akan ditulis oleh guru dipapan kenyataan
pada setiap hari dan murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap hari iaitu setiap
hari isnin –jumaat.










Pelajar akan menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh

guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih
dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.
Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .
Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di
dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.
Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas
dengan mengadakan tasmik / ‘spelling’ setiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa
pada setiap minggu).
Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan
menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis
markah . Permainan ini boleh diadakan ketika P&P matapelajaran jawi atau sebagai
pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat dan waktu balik.
Pemerhatian
Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang
memberangsangkan oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk
mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga
memberangsangkan dimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka
secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi susah
untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka
meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari.
Refleksi
Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa
dipengaruhi ejaan jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah
bagi mengenal perkataan pinjaman meningkat dan murid dapat membezakan antara
ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris dan bukan pinjaman.

Aktiviti 2 : Pogram bijak kamus.
Cara Pelaksanaan ;


Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk
mengingati cara menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara
menyambung perkataan dengan memberi penekanan jenis huruf yang boleh
disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.








Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang
bersambung dan perkataan yang bercerai .
Latih tubi menulis ejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan yang
bersambung.
Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan yang
bersambung tanpa melihat ejaan tersebut.
Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid boleh
meggunakan buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut
akan disemak oleh guru.
Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar
lain.
Pemerhatian
Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati
digunakan dengan sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku
latihan menulis setelah mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab yang
telah diberi.
Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan
yang telah
diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan
perkataan pinjaman bahasa Arab dengan baik.
Refleksi
Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba
dengan rakan mereka untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat
menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka dengan
menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan
berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.
Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal
huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa
guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.
Aktiviti 3 : Program “Bijak Jawi”







Cara Pelaksanaan :
Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh
guru.
Guru mengumpulkan soalan – soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada
pelajar.
25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana
dan berpotensi.
Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format
masa sebenar dalam kertas peperiksaan.
Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .



Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan
cara membuat perbincangan bersama pelajar.
Pemerhatian
Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat
untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang
lama .
Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan
dapat menjawabnya dengan penuh yakin.
Refleksi
Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan
untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru
dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.
Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi
dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada
asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini
akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara
pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi.
Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah
menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat
menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan manakala 12 orang
daripadanya didapati cemerlang

5.4

Penilaian
Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.
Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran
menyambung huruf dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh dibaca. Di
dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat ‘E’ , tetapi masih ada yang
mendapat ‘D’ tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan dapat
menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5

Refleksi Kajian
Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian
iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid
telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E manakala bakinya mendapat D
iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah
tinggi.

6.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah
bagi bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan
markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain adalah
merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan. Kemahiran ini harus
ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk menjalankan aktiviti tersebut.
Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan kelas
tambahan seperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini
kerana masa untuk matapelajaran Jawi hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak
mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.
Pada peringkat awal aktiviti, guru terpaksa mengingatkan murid untuk menyalin
perkataan yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan
alasan lupa dan murid ini telah diberi amaran dan denda. Denda yang saya gunakan
adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka surat setiap satu perkataan dan
mengingat perkataan tersebut . Masanya adalah selepas P&P, murid ini dipanggil
dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambat mengambil pelajar tersebut.
Responnya selepas itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin , mereka pasti
menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya dengan kawan mereka.
7.0

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil.

Aktiviti

1.
2.
3.
4.
5.

Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal
Menulis kertas cadangan / proposal kajian
Merancang tindakan – (individu / panitia)
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 1
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
awal
Menulis Proposal Kajian
Merancang tindakan – (individu / panitia)
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 1
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 2
Melaksanakan tindakan – aktiviti 3

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Tempoh / Tarikh
pelaksanaan
28 April 2011
04 Mei 2011
11 Mei 2011
18 Me 2011
22 Mei 2011
15 Jun 2011
8 April 2011
22 Oktober 2011
11 Mei 2011
18 Mei 2011
2 Mei 2011
15Jun 2010
22 Jun 2011
18 Jun 2011

BIBLIOGRAFI
Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan,
Tanjong Malim: Penerbit UPSI
Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.
Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian
Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

LAMPIRAN 1 : Contoh buku kamus jawi yang dibina

˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA
i̸q
ÅÍhÍA
SZI
ÑÝu
jθÍg

ÐAj†jI ÆÕBVÍA
i˺t
ÆÐgÐA
T`L
ÑA¾x
iкÐg

ÌÍÝ¿ pBÈI

Å•ÝÎI
.1
.2
.3
.4
.5

ÌÍÝ¿ pBÈI

Å•ÝÎI
.1
.2
.3
.4
.5

ÌÍÝ¿ pBÈI

Å•ÝÎI

LAMPIRAN 2 : Contoh Soalan bagi aktiviti 2

˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA

ÐAj†jI ÆÕBVÍA

LAMPIRAN 3 : Contoh jawapan bagi aktiviti 2

˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA

ÐAj†jI ÆÕBVÍA

i̸q
ÅÍhÍA
SZI
ÑÝu
jθÍg

i˺t
ÆÐgÐA
T`L
ÑA¾x
iкÐg

.1
.2
.3
.4
.5

LAMPIRAN 4: Contoh aktiviti 1 (Tasmik)

ÅmÌMÌŒ·

½™B™

p̻̻

Ditasmik oleh :
oleh :

……………………
………………
(
)
)

Á»Ae ÆÕBVÍA
ÌÍÝ¿ pBÈI

²ËjYÅÍAj†

i˺t
ÆÐgÐA
T`L
ÑA¾x
iкÐg

ÅÀVÄΊ
ÆÕBMB·jŠ
Lj§ pBÈI
i̸q
ÅÍhÍA
SZI
ÑÝu
jθÍg

Å•ÝÎI

.1
.2
.3
.4
.5

Ditasmik
Ditasmik oleh :

……………………
(

Ditandatangani oleh ibu/bapa
Ditandatangani oleh
rakan
Ditandatangani oleh guru

……
)

(

Kertas Cadangan Kajian Tindakan - Tugasan 2

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KPR 5063
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ADILAH BINTI NOH
NOOR AZIMAH BINTI MAHYUDIN
FATIMAH HUSNA ABU YAMIN
RAZEMAH BINTI KAMARUDDIN

L20101005884
L20101006011
L20101006012
L20101006016

KERTAS CADANGAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

1.0 Tajuk Kajian
Penggunaan kaedah ‘SALAM’ (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam
meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di
kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.
2.0 Nama Pengkaji
a)
Nurul Adilah Binti Noh
b)
Noor Azimah Binti Mahyudin
c)
Fatimah Husna Binti Abu Yamin
d) Razemah Binti Kamaruddin

L20101005884
L20101006011
L20101006012
L20101006016

3.0 Latar Belakang Kajian
Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran teras yang
wajib diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah
bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia.
Sukatan pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang
berkaitan dengan Al-Quran malah turut menekankan aspek-aspek yang berkaitan
dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai seorang muslim. Oleh yang
demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam
kehidupan seharian mereka.
Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia
dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang
individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian,
penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanakkanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi
bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali
sebagai ‘SALAM’ telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah
bagi menguasai huruf jawi.
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 iaitu sebuah sekolah
kebangsaan di kawasan perumahan yang terletak di bandar Permas Jaya. Kawasan
perumahan ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Johor Bahru, Johor. Kajian ini
disasarkan kepada 23 orang murid Tahun 1 dalam sebuah kelas. Seramai 11 orang
murid telah dipilih secara rawak dan dijadikan responden kajian di mana mereka
terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

4.0 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan
kepada pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di
peringkat sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran
memerlukan penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.
Satu temu bual telah dijalankan di antara pengkaji dengan Cikgu Abdul Halil Bin
Omar, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5,
Johor Bahru di mana beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan dengan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kelasnya. Beliau mendapati bahawa
murid dalam kelasnya tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini berikutan
pemerhatian yang dijalankan oleh guru terbabit dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelasnya. Beliau turut mempunyai tujuh tahun pengalaman
mengajar murid tahun 1.
Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi
dengan pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan
tepat. Tetapi apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu
tanpa nyanyian, murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah
teragak-agak sebutannya. Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak
berjaya meningkatkan kemahiran murid menguasai huruf jawi dengan tepat
walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.

5.0 Objektif Kajian
5.1 Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.
5.2 Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya
menghafal.
5.3 Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah
“SALAM”.
5.4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
permainan.
6.0 Metodologi Kajian
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)
Langkah 1: Merekabentuk (Mengenalpasti Masalah)

 Masalah dapat dikenal pasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Cikgu Halil
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran beliau dalam kelas di mana Cikgu Halil
telah meminta murid dalam kelas tersebut menyebut huruf-huruf jawi secara
individu. Melalui kaedah ini, Cikgu Halil dapat mengesan dan mengenal pasti murid
yang menguasai dan tidak menguasai huruf jawi.
Langkah 2: Mengumpul Data
i.
Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk
mengumpul data antaranya melalui pemerhatian dan ujian pra. Melalui pemerhatian
yang dijalankan, guru tersebut memberitahu bahawa masalah timbul apabila beliau
meminta muridnya menyebut huruf jawi secara individu.
ii.
Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah
dijalankan ke atas murid-murid tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang
berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf jawi. Ujian Pra mengandungi 4
bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru
akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk Lampiran 1)
Langkah 3: Menganalisis Data
 Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:o Menyebut huruf secara individu
Tahap Menguasai
Bil. Murid
Peratus (%)
Menguasai
4
36
Tidak menguasai
7
54
o Bacaan secara tertib alif hingga ya
Tahap Menguasai
Menguasai
Tidak menguasai

Bil. Murid
3
8

Peratus (%)
27
63

o Bacaan menurun ya hingga alif
Tahap Menguasai
Menguasai
Tidak menguasai

Bil. Murid
2
9

Peratus (%)
18
82

Bil. Murid
1
10

Peratus (%)
9
91

o Bacaan secara rawak
Tahap Menguasai
Menguasai
Tidak menguasai

Langkah 4: Menyampai Hasil
 Analisis data menunjukkan majoriti murid tidak menguasai huruf jawi dengan baik.
Mereka keliru antara huruf ‘Ha’ dengan ‘Kho’ dan ‘Qhof’ dengan ‘Kaf’. Selain itu,
mereka juga hanya boleh menyebut huruf mengikut bacaan secara tertib iaitu ‘alif’
hingga ‘ya’ tetapi sebaliknya berlaku sekirannya mereka diminta menyebut huruf
secara menurun iaitu daripada ‘ya’ ke ‘alif’ ataupun secara rawak.
Langkah 5: Mengambil Tindakan
 Beberapa aktiviti telah dicadangkan kepada guru tersebut untuk menangani
masalah tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut:Aktiviti 1: Kaedah menggunakan jari bermain kad blok huruf. Dalam aktiviti ini, murid akan
menggunakan jari bermain blok huruf yang dibuat daripada mountin board. (Blok ini
akan ditampal di dinding). Di sini, murid juga akan belajar mengikut bentuk huruf
dengan kaedah yang betul.(Sila Rujuk Lampiran 2).
Aktiviti 2 : Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf. Aktiviti ini merupakan lanjutan
daripada aktiviti pertama. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut dan menunjukkan
huruf jawi satu persatu dengan menggunakan bongkah huruf tersebut. (Sila Rujuk
Lampiran 3)
Aktiviti 3 : Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. Dalam aktiviti ini, murid akan
menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM iaitu dengan menggunakan
BUKU SALAM 1. Kaedah ini adalah seperti kaedah yang digunakan untuk belajar
‘IQRA’. Dalam aktiviti ini, guru akan meminta murid menyebut huruf berpandukan
Buku SALAM 1 secara individu. Murid akan menyebut huruf seperti membaca Iqra’.
Aktiviti ini perlu dilakukan setiap hari sehingga habis buku SALAM 1. Dengan aktiviti
ini, murid akan dapat menguasai huruf jawi dengan baik. (Sila Rujuk Lampiran 4)
6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5
yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan
seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.
6.3 Instrumen Kajian
a)

Mengumpul Data
Sebelum meneruskan langkah-langkah yang seterusnya, tinjauan terhadap masalah
yang telah dikenal pasti akan dilakukan dengan tujuan untuk memahami dengan

lebih mendalam berkenaan masalah tersebut. Dua kaedah telah digunakan untuk
mengutip data:iii.
Temubual – Satu sesi temubual telah diadakan bersama
dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar bagi mengenal pasti dan memahami dengan
lebih mendalam mengenai masalah tersebut.
iv.
Ujian Pra – Setelah masalah dikenal pasti, satu ujian pra telah
diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana kefahaman dan
tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian Pra tersebut
mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut
arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila Rujuk
Lampiran 1)
b)

Semasa Pelaksanaan Tindakan
Setelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam
kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan diperkenalkan di mana ianya
mengandungi tiga aktiviti:

Aktiviti 1 – Menggunakan jari bermain kad blok huruf

Aktiviti 2 – Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf

Aktiviti 3 – Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM.
(Sila Rujuk Lampiran 2,3 & 4)
c)

Selepas Pelaksanaan Tindakan
Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid selepas
pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama
seperti Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga
aktiviti yang dijalankan berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam
huruf jawi.

6.4 Metod Analisis
(a) Temubual – Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid
dalam pengguasaan huruf jawi.
(b) Ujian Pra dan Ujian Pos – Analisis markah murid.

7.0 Kesignifikan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah
khususnya guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan
sebagai bahan rujukan untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam.
8.0 Anggaran Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan

Jumlah

Perjalanan (Tg Malim – Johor Bahru)
- RM 40 x 4 orang

RM 160

Percetakan laporan

RM 8

Lain-lain belanja

RM 10

JUMLAH

RM 178

9.0 Jadual Pelaksanaan

Bil
1

Perkara
Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal)

2

Temuduga guru

3

Penulisan kertas cadangan

4

Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah)

5

Mengumpul data

6

Menganalisis data

7

Menyampaikan hasil

8

Mengambil tindakan

9

Refleksi dan penilaian kajian

10

Penulisan laporan kajian

10

10.0

Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan)

Rujukan

Tarikh
23.08.10
08.09.10
12.09.10
14.09.10
17.09.10
21.09.10
25.09.10
27.09.10
01.10.10
04.10.10
10.10.10

Othman Bin Lebar. (2009). Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam
Pendidikan. Tanjung Malim.

ISI KANDUNGAN
Abstrak 1.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu2.
Fokus Kajian3.
Objektif Kajian3.1
Objektif Am3.2
Objektif Khusus4.
Kumpulan Sasaran5.
Pelaksanaan Kajian5.1
Tinjauan Masalah5.1.1
Pemerhatian5.1.2
Ujian Pengesanan5.2
Analisis Tinjauan Masalah5.2.1
Analisis Pemerhatian5.2.2
Analisis Ujian Pengesanan5.3
Tindakan yang dijalankan5.4
Pelaksanaan Aktiviti5.4.1
Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tandadan Baris5.4.2
Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambungdengan Sistem
Tanda dan Baris5.4.3

Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang
mudah5.4.4
Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat

Proposal contoh
Boleh baca dan kongsi..
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA
PELAJARAN BAHASA ARAB

ABSTRAK

Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang amat
mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan
pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah.
Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran
menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara
berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada
semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang dilaksanakan di
sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan
baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan
dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran
Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan
menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan
dan bertulis dengan betul serta memberi gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran
mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974)
yang menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor persekitaran
pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan mempengaruhi
pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan memfokuskan

kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap kefahaman
pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana
Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah
rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka
dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya guru yang
terlibat dengan pengajaran tahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu
mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah
rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan
kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan
pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan komunikasi guru
dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah. Amat diharapkan
kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam
merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di
SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan
memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan
oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah
merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

1.0 Pendahuluan
Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa
Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan relevan
untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya projek ini amat dialu-alukan oleh
golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain di
seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang masih muda dan belum
mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang
sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian, pandanganpandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan
lagi pelan baik ini.

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian
program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan
mencari rangka penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis
kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan jQAF dan pendidikan j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada
kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakan kajian ini iaitu :
Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab
Sekolah Rendah.

2.0

Penyataan Masalah
Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan hasil produk yang baik dan

bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai
penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses
muhasabah atau “postmortem” sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan
pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan
adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia. Pendidikan yang utuh dan afdal

akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia. Bagi menjamin agar pendidikan itu
berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di
atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi
kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya
pengajaran di sekolah.
Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara
yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian
yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang
untuk meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model
j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat
menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk
memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan
Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu
(1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan
pencapaian pelajar.

Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar.
Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar.
Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam
kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong
pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih
banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat
bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih tubi
dan teknik penekanan ingatan. Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta
tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan perluasan Bahasa Arab, di samping itu tetap

mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agar pelajar dapat merasai keseronokan
belajar .

Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa yang
menjalankan kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang telah
dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka amat bermakna untuk pengkaji
melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab dan
Jawi.

Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan AlQuran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah
terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi, tajuk ini amat bertepatan
dalam suasana pendidikan sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sedikit gambaran
berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di
Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah
yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat
diringkaskan seperti berikut:

i.

Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan
samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan
rohani.

ii.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa
aktiviti anjuran sekolah.

iii.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang
dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu
dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa
pertimbangan dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripada pihak-pihak tertentu.
Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud
permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan
dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar berdasarkan
program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

3.0

Kepentingan Kajian.
Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana

Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya
dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha
penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi
guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar yang
berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber
pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab,
Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk
membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di
samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses
penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada
sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri
Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain
itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang
telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi
membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.
Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1

Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan
tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui projekprojek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap
dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di
samping memastikan kesempurnaan serta keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.2

Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi
mengkaji, menilai, menambah baikan dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan
projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.

3.3

Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan
Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

3.4

Memberi dorongan kepada seluruh warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah

dan

prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat
merealisasikan objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta
menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.

4.0

Objektif Kajian.

4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.3 Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti
pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.4 Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Mata
Pelajaran Bahasa Arab

5.0

Soalan Kajian
1.

Apakah jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti Mata Pelajaran

Bahasa Arab?

2.

Apakah terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar dalam Mata

Pelajaran Bahasa Arab?

3.

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi

guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran
Bahasa Arab?

4.

Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam

pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?

6.0

Batasan Kajian.
Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata

pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.
Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah
rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini akan meliputi
Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian
Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan
Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi,
Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan
dirujuk secara khusus oleh penulis.

7.0

Sorotan Karya

Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan
tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian
penulis. Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah
dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar.
Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan
menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur
kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat
dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM.Fajar Bakti :
Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam
pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan
kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini
amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum
pendidikan j-QAF di Malaysia dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu
pendidikan Islam kini.
Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam
dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof .
Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema
penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti “Pendidikan menghadapi abad ke
21”, “Falsafah pendidikan guru”, “Falsafah Pendidikan di Malaysia” , “Falsafah Pendidikan
Islam” dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada
penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk
membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers
Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan
intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam

menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat
Islam. Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulis” Konsep
Kurikulum Pendidikan Islam”, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis “ Kurikulum Pendidikan
Islam” Prof Afzalur Rahman yang menulis” Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan
masalah kurikulum dan Sukatan Pelajaran”. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam
menilai sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga
dilaksanakan di negara-negara Islam seluruh dunia.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di
Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah
yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat
diringkaskan seperti berikut:

iv.

segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan
samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa
aktiviti anjuran sekolah.

vi.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang
dirancang dalam takwim sekolah
Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan
bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan dengan
tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh
pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu
dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru Bahasa Arab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan
dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang
dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

8.0 Metodologi Kajian
Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975).
Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian
secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran
penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh
manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu
secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah
untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru
BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis
jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula
akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran
B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki
dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab yang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta
pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat. Data
kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan pemerhatian oleh penyelidik
sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang
telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat
perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.
8.1 Metod Penganalisaan Data
Data Soal Selidik yang dikumpul akan dian