Bab Lima Penemuan Kajian Bahagian 1 Te

PENEMUAN KAJIAN

5.0 Pengenalan

Penemuan kajian dibincangkan dalam sebelas bahagian, pertamanya ialah kadar maklum balas. Kedua, ujian bias maklum balas. Ketiga, profil demografik responden di kalangan pemilik dan pengurus PKS Bumiputera. Keempat, profil organisasi dan prestasi organisasi PKS Bumiputera mengikut negeri dalam kajian. Kelima, analisis ketepatan pengukuran. Keenam, analisis kecenderungan memusat, kebolehpercayaan dan korelasi. Ketujuh, pernyataan semula hipotesis, Kelapan, ujian hipotesis hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Kesembilan, hubungan di antara pemboleh ubah penyederhana dengan prestasi. Kesepuluh, ujian hipotesis interaksi pemboleh ubah penyederhana ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Kesebelas, ringkasan penemuan kajian.

5.1 Kadar Maklum Balas

Sebanyak 610 PKS Bumiputera dikenal pasti sebagai responden untuk kajian ini dan soal selidik dihantar melalui surat ke alamat setiap PKS tersebut bermula pada awal Disember 2003. Sampul beralamat dan bersetem disertakan bersama surat tersebut untuk memudahkan responden mengembalikan soal selidik. Hanya 10% sahaja dari responden yang mengembalikan soal selidik sehingga pertengahan bulan Januari 2004. Penyelidik membuat susulan dalam bulan Januari hingga Jun 2004 untuk mendapatkan soal selidik dengan membuat lawatan ke firma yang berkenaan.

Sehingga Jun 2004 sebanyak 232 firma mengembalikan soal selidik dan sebanyak 210 soal selidik didapati lengkap dan dapat digunakan. Oleh itu, kadar maklum balas untuk kajian ini ialah 38%. Sebanyak 22 soal selidik tidak dapat digunakan kerana beberapa bahagian dalam soal selidik tersebut tidak diisi dengan lengkap.

5.2 Pengujian Bias Maklum Balas

Sebanyak 50 PKS Bumiputera telah mengembalikan maklum balas dalam tempoh titik takat yang dianggap sebagai maklum balas yang lewat dan digunakan sebagai data perbandingan untuk bias maklum balas. Titik takat untuk maklum balas yang lewat ialah soal selidik yang diterima di antara 1 hingga 30 Jun 2004. Bias maklumbalas dianalisis menggunakan ujian t sampel bebas untuk mengesan perbezaan yang signifikan antara min sampel awal dengan min sampel lewat. Keputusan analisis menunjukkan satu pemboleh ubah tidak bersandar dan dua pemboleh ubah kawalan menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua sampel tersebut (rujuk Jadual 5.1). Pemboleh ubah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dikeluarkan daripada analisis selanjutnya untuk mengelakkan kesan bias terhadap hubungan pemboleh ubah lain (Zikmund, 2003).

Jadual 5.1

Bias Maklum Balas

Pemboleh ubah

Min (SP)


Awal

Lewat

Nilai t

Pemboleh ubah bersandar


Autonomi


Keinovatifan


Mengambil risiko


Keproaktifan


Daya saing agresif



3.00

(1.24)

5.67

(.94)

4.99

(1.19)

4.33

(1.30)

4.06

(.83)



3.18

(1.12)

5.62

(1.10)

4.93

(1.07)

4.52

(1.16)

4.20

(1.05)



-.90


.33


.37


-.96


4.24**

Pemboleh ubah penyederhana


Persekitaran Dinamik


Persekitaran Hostil


Persekitaran Membantu




4.85

(1.20)

4.66

(.99)

4.92

(.87)



4.50

(1.01)

4.34

(1.19)

4.50

(1.00)



1.88


1.86


1.09

Pemboleh ubah kawalan


Negeri


Bentuk Industri


Jenis Perniagaan Didaftarkan


Saiz firma




1.98

(.73)

1.62

(.80)

2.10

(.94)

1.11

(.31)



2.46

(.58)

2.04

(.64)

1.94

(1.02)

1.18

(.39)



-4.30**


-3.40**


1.06


-1.38


**p < .01. SP = sisihan piawai, N (Awal) = 160, N (Lewat) = 50

5.3 Profil Demografik Pemilik dan Pengurusan Tertinggi PKS Bumiputera

Profil demografik responden di kalangan pemilik dan pengurus tertinggi PKS Bumiputera diperincikan dalam Jadual 5.2. Penerangan jadual dilakukan dengan merujuk kepada bilangan dan peratus taburan data. Angka peratusan adalah menggunakan pembulat yang terdekat (Mohamed, 2000).

5.3.1 Profil demografik responden yang mewakili PKS Bumiputera

Responden kajian ini adalah terdiri daripada pemilik dan pengurus PKS Bumiputera, diwakili sebahagian besarnya oleh kumpulan yang berkelulusan sekolah menengah pada kadar 37.6% diikuti oleh kumpulan yang berkelulusan diploma pada kadar 35.7%. Kumpulan berkelulusan ijazah pertama diwakili pada kadar 18.6%, sarjana 5.2%, PhD .5%. Kumpulan berkelulusan sekolah rendah diwakili pada kadar 2.4%.

Jadual 5.2

Taburan profil Demografik Responden

Demografi

Kategori

Bilangan Responden

Peratus (%)

Tahap pendidikan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Diploma

Ijazah Pertama

Ijazah Sarjana

PhD

5

79

75

39

11

1

2.4

37.6

35.7

18.6

5.2

0.5


Jantina

Lelaki

Perempuan

128

82

61.1

38.9

Umur

Kurang daripada 20 tahun

20 – 29 tahun

30 – 39 tahun

40 – 49 tahun

50 – 60 tahun

Lebih daripada 60 tahun

3

81

65

44

13

4

1.4

38.6

31.0

21.0

6.2

1.9


Jantina responden diwakili oleh golongan lelaki pada kadar 61.1% dan golongan wanita pada kadar 38.9%. Peringkat umur responden diwakili golongan terbesar antara 20 hingga 29 tahun iaitu 38.6% diikuti oleh kumpulan umur antara 30 hingga 39 tahun 31%. Kumpulan ketiga terbesar ialah yang berumur antara 40 hingga 49 tahun 21%. Seterusnya 6.2% diwakili oleh kumpulan yang berumur antara 50 hingga 60 tahun dan 1.9% diwakili oleh kumpulan yang berumur kurang daripada 20 tahun dan lebih daripada 60 tahun.

5.4 Profil organisasi PKS Bumiputera

Profil organisasi PKS Bumiputera memperincikan taburan demografi mengikut negeri, industri, bentuk perniagaan yang didaftarkan, dan bilangan pekerja. Perincian taburan dicatatkan dalam Jadual 5.3 dan 5.4.

5.4.1 Taburan Profil Demografik Organisasi PKS Bumiputera di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia

Lokasi PKS Bumiputera yang dikaji adalah di kawasan utara Semenanjung Malaysia merangkumi tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Perwakilan terbesar adalah terdiri daripada PKS Bumiputera di negeri Kedah pada kadar 47.1%. Negeri Pulau Pinang diwakili pada kadar 31% dan negeri Perlis adalah pada kadar 21.9%.

Pengelasan industri yang diceburi oleh PKS Bumiputera menunjukkan 48.6% terlibat dalam industri pembuatan, 31% perkhidmatan dan 20.4% terlibat dalam kedua-dua industri. Pendaftaran perniagaan menunjukkan kebanyakan PKS Bumiputera berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad dan perniagaan milik tunggal masing-masing 39.5%, 17.6% peratus berdaftar sebagai perkongsian, dan 3.4% berdaftar sebagai syarikat berhad. Bilangan pekerja menunjukkan 87.6% menunjukkan bilangan pekerja 10 hingga 49 orang dan hanya 12.4% daripada PKS Bumiputera yang mempunyai pekerja 50 hingga 150 orang.

Jadual 5.3

Taburan Profil Demografik Organisasi PKS Bumiputera

Demografi


Kategori

Bilangan Responden

Peratus (%)

Negeri


Perlis

Kedah

Penang

46

99

65

21.9

47.1

31.0

Jenis Industri


Pembuatan

Perkhidmatan

Campuran

65

102

43

31.0

48.6

20.4

Jenis Perniagaan didaftarkan

Milik Tunggal

Perkongsian

Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Berhad

83

37

83

7

39.5

17.6

39.5

3.4

Bilangan Pekerja

10 – 49 orang

50 – 150 orang

184

26

87.6

12.4

5.4.2 Profil prestasi PKS Bumiputera

Profil prestasi PKS Bumiputera diperincikan dalam Jadual 5.3 berdasarkan jumlah jualan purata, jumlah harta purata, jumlah modal purata, jumlah untung bersih purata, margin untung bersih purata, pulangan jualan, pulangan harta dan pulangan modal.

Prestasi jumlah jualan purata PKS Bumiputera menunjukkan 81% membuat jualan tahunan purata kurang daripada RM1 juta, manakala 19% membuat jualan purata lebih daripada RM1 juta. Profil pemilikan harta purata oleh PKS Bumiputera menunjukkan kebanyakan PKS Bumiputera memiliki kurang daripada RM 500,000 iaitu 82% manakala 18% daripada PKS Bumiputera memiliki harta purata lebih daripada RM 500,000 juta. Pelaburan modal purata yang dilakukan oleh PKS Bumiputera menunjukkan 88% melaburkan modal purata kurang daripada RM 500,000 dan 12% melaburkan modal purata lebih RM 500,000.

Prestasi PKS Bumiputera juga diukur menggunakan untung bersih purata dan kadar margin untung bersih. PKS Bumiputera menunjukkan sebahagian besar daripadanya adalah tergolong sebagai kumpulan yang mendapat untung bersih purata sebanyak RM100,000 dan kurang diwakili oleh 64.8%. Manakala kumpulan kedua terbesar ialah yang memperolehi keuntungan bersih purata antara RM 100,001 hingga RM500,000 iaitu 27.1%. Hanya 4.8% mendapat keuntungan bersih purata antara RM500,001 hingga RM1 juta dan 2.8% mendapat keuntungan bersih purata lebih daripada RM1 juta.

Petunjuk untuk kadar keuntungan dalam kajian ini adalah menggunakan kadar margin untung bersih. Kebanyakan PKS Bumiputera menunjukkan pencapaian margin untung bersih pada kadar 30% dan kurang diwakili oleh 71% responden. Hanya 29% daripada PKS Bumiputera tergolong sebagai kumpulan yang menunjukkan pencapaian margin untung bersih lebih daripada 30%.

Prestasi PKS Bumiputera juga diukur dengan tiga petunjuk kadar pulangan kewangan. Pertama kadar pulangan jualan dikira dengan membahagikan jumlah untung bersih purata dengan jumlah jualan purata. Kedua kadar pulangan harta dikira dengan membahagikan jumlah untung bersih purata dengan jumlah harta purata. Ketiga kadar pulangan modal dikira dengan membahagikan jumlah untung bersih purata dengan jumlah modal purata (Higgins, 1989).

Prestasi pulangan jualan PKS Bumiputera menunjukkan 80.5% daripada semua responden tergolong dalam kumpulan yang pulangan jualannya kurang daripada 40%. Manakala 19.5% lagi tergolong sebagai kumpulan PKS Bumiputera yang menunjukkan prestasi pulangan jualan lebih daripada 40%.

Prestasi pulangan harta dikalangan PKS Bumiputera menunjukkan pembahagian yang seimbang di antara PKS Bumiputera berprestasi tinggi dan berprestasi rendah. Kumpulan PKS Bumiputera yang pulangan hartanya 40% dan kurang diwakili oleh 52.4% daripada semua responden manakala 47.6% adalah PKS Bumiputera yang menunjukkan pulangan harta lebih daripada 40%.

Prestasi pulangan modal PKS Bumiputera menunjukkan kecenderungan yang berbeza di mana sebahagian besar daripada responden diwakili oleh kumpulan yang menunjukkan prestasi pulangan modal yang tinggi. Hanya 38.1% daripada PKS Bumiputera menunjukkan prestasi 40% dan kurang tetapi 61.9% adalah golongan

Jadual 5.4

Taburan Profil Prestasi Organisasi PKS Bumiputera

Prestasi

Kategori

Bilangan Responden

Peratus (%)

Purata Jualan Tahunan

Kurang daripada RM 500,000

RM 500,001 – RM 1 juta

RM 1.001 juta – RM 5 juta

Lebih daripada RM 5 juta

Purata Harta

Kurang daripada RM 250,000

RM 250,001 – RM 500,000

RM 500,001 – RM 1 juta

Lebih daripada RM 1 juta

145

28

14

23

69.0

13.3

6.7

11.0


Purata Modal




Kurang daripada RM 250,000

RM 250,001 – RM 500,000

RM 500,001 – RM 1 juta

Lebih daripada RM 1 juta

169

16

15

10

80.5

7.6

7.1

4.8

Jumlah Untung Bersih

Kurang daripada RM 100,000

RM 100,001 – RM 250,000

RM 250,001 – RM 500,000

RM 500,001 – RM 1 juta

Lebih daripada RM 1 juta

136

37

21

10

6

64.8

17.6

10.0

4.8

2.8

Kadar Margin Untung Bersih

Kurang daripada10%

11 – 20%

21 – 30%

31 – 40%

Lebih daripada 40%

41

64

44

20

41

19.5

30.5

21.0

9.5

19.5

Pulangan Jualan


Kurang daripada 20%

21 – 40%

41 – 60%

61 – 80%

Lebih daripada 80%

106

63

24

11

6

50.5

30.0

11.4

5.2

2.9

Pulangan Harta

Kurang daripada 20%

21 – 40%

41 – 60%

61 – 80%

Lebih daripada 80%

68

42

22

16

62

32.4

20.0

10.5

7.6

29.5

Pulangan Modal

Kurang daripada 20%

21 – 40%

41 – 60%

61 – 80%

Lebih daripada 80%

44

36

27

14

89

21.0

17.1

12.9

6.7

42.4

yang menunjukkan pulangan modal lebih daripada 40%. Keadaan ini dapat dijelaskan berdasarkan kecenderungan PKS Bumiputera mengabaikan pelaburan modal ke dalam perniagaan. Pulangan modal yang tinggi adalah berpunca daripada

tindakan pemilik dan pengurusan PKS Bumiputera yang masih mengekalkan pelaburan modal walaupun berlaku peningkatan dalam jualan dan keuntungan perniagaan.

5.4.3 Profil demografik organisasi dan prestasi organisasi PKS Bumiputera mengikut negeri dalam kajian

Profil demografik organisasi dan prestasi organisasi PKS Bumiputera diperincikan dalam Jadual 5.5 dan Jadual 5.6. Bahagian ini memaparkan taburan sampel mengikut negeri dalam kajian.

Jadual 5.5

Taburan Profil Demografik Organisasi PKS Bumiputera mengikut Negeri


Demografi


Kategori

Perlis


Bil. %

Kedah


Bil. %

Pulau Pinang


Bil. %

Jenis Industri


Pembuatan

Perkhidmatan

Campuran

Jumlah

7 (3)

29 (14)

10 (5)

46 (22)

44 (21)

42 (20)

13 (6)

99 (47)

14 (7)

31 (15)

20 (10)

65 (31)

Jenis Perniagaan/Syarikat didaftarkan

Milik Tunggal

Perkongsian

Sykt Sdn Berhad

Syarikat Berhad

Jumlah

12 (6)

5 (2)

28 (13)

1 (.1)

46 (22)

51 (24)

16 (8)

31 (15)

1 (.1)

99 (47)

20 (10)

16 (8)

24 (11)

5 (2)

65 (31)

Bilangan Pekerja

10 – 49 orang

50 – 150 orang

Jumlah

40 (19)

6 (3)

46 (22)

90 (43)

9 (4)

99 (47)

54 (26)

11 (5)

65 (31)


Berdasarkan keseluruhan sampel mengikut negeri, PKS Bumiputera negeri Kedah menunjukkan sebahagian besar daripadanya terlibat dalam industri pembuatan iaitu sebanyak 44 sampel mewakili 21% daripada semua sampel diikuti oleh Pulau Pinang 7% manakala Perlis diwakili oleh 3%. Begitu juga dengan industri perkhidmatan di mana PKS Bumiputera di negeri Kedah mendahului dengan 20% diikuti oleh Pulau Pinang 15% dan Perlis 14%. PKS yang menceburi kedua-dua bidang ditemui paling tinggi kadarnya di Pulau Pinang iaitu 10% diikuti oleh Kedah 6% dan Perlis 5% (rujuk Jadual 5.5).

Jenis pendaftaran perniagaan dan syarikat PKS Bumiputera mengikut negeri menunjukkan pendaftaran perniagaan milik tunggal dan perkongsian paling tinggi daripada sampel negeri Kedah iaitu 32% diikuti oleh Pulau Pinang 18% dan Perlis hanya 8%. PKS Bumiputera yang berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad dan syarikat berhad daripada sampel negeri Kedah adalah pada kadar 16%, negeri Perlis 14%, dan negeri Pulau Pinang 13% berbanding dengan semua sampel.

Saiz PKS Bumiputera mengikut bilangan pekerja dalam setiap negeri yang dikaji adalah selaras dengan taburan keseluruhan sampel. Sampel keseluruhan menunjukkan firma bersaiz kecil mewakili lebih daripada 80% berbanding firma bersaiz sederhana. Berdasarkan sampel dari setiap negeri PKS Bumiputera bersaiz kecil paling banyak bilangannya di negeri Kedah iaitu 43%, diikuti oleh Pulau Pinang

Jadual 5.6

Taburan Prestasi PKS Bumiputera mengikut Negeri

Demografi


Negeri


Perlis


Kedah


Pulau Pinang

Kategori

Bil. %

Bil. %

Bil. %

Purata Jualan Tahunan (RM)

Kurang daripada 500,000

500,001 – 1 juta

1.001 juta – 5 juta

Lebih daripada 5 juta

Jumlah

29 (14)

3 (1)

12 (6)

2 (1)

46 (22)

70 (33)

11 (5)

16 (8)

2 (1)

99 (47)

48 (23)

9 (4)

7 (3)

1 (1)

65 (31)

Purata Harta (RM)

Kurang daripada 250,000

250,001 – 500,000

500,001 – 1juta

Lebih daripada 1 juta

Jumlah

30 (15)

7 (3)

4 (2)

5 (2)

46 (22)

71 (34)

9 (4)

7 (3)

12 (6)

99 (47)

44 (21)

12 (6)

3 (1)

6 (3)

65 (31)

Purata Modal

(RM)



Kurang daripada 250,000

250,001 – 500,000

500,001 – 1 juta

Lebih daripada 1 juta

Jumlah

34 (16)

7 (3)

1 (1)

4 (2)

46 (22)

83 (40)

5 (2)

8 (4)

3 (1)

99 (47)

52 (25)

4 (2)

6 (3)

3 (1)

65 (31)

Jumlah Untung Bersih (RM)

Kurang daripada 100,000

100,001 – 250,000

250,001 – 500,000

500,001 – 1 juta

Lebih daripada1 juta

Jumlah

26 (12)

11 (5)

3 (1)

4 (2)

2 (1)

46 (22)

69 (33)

16 (8)

11 (5)

2 (1)

1 (1)

99 (47)

41 (20)

10 (5)

7 (3)

4 (2)

3 (1)

65 (31)

Kadar Margin Untung Bersih

Kurang daripada 10%

11 – 20%

21 – 30%

31 – 40%

Lebih daripada 40%

Jumlah

8 (4)

12 (6)

12 (6)

5 (2)

9 (4)

46 (22)

22 (11)

34 (16)

17 (8)

11 (5)

15 (7)

99 (47)

11 (5)

18 (9)

15 (7)

4 (2)

17 (8)

65 (31)

Pulangan Jualan


Kurang daripada 20%

21 – 40%

41 – 60%

61 – 80%

Lebih daripada 80%

Jumlah

21 (10)

16 (8)

6 (3)

2 (1)

1 (1)

46 (22)

56 (27)

28 (13)

13 (6)

2 (1)

0 (0)

99 (47)

29 (14)

19 (9)

5 (2)

7 (3)

5 (2)

65 (31)

Pulangan Harta

Kurang daripada 20%

21 – 40%

41 – 60%

61 – 80%

Lebih daripada 80%

Jumlah

12 (6)

8 (4)

8 (4)

5 (2)

13 (6)

46 (22)

35 (17)

20 (9)

9 (4)

8 (4)

27 (13)

99 (47)

21 (10)

14 (7)

5 (2)

3 (1)

22 (10)

65 (31)

Pulangan Modal

Kurang daripada 20%

21 – 40%

41 – 60%

61 – 80%

Lebih daripada 80%

Jumlah

7 (3)

6 (3)

9 (4)

7 (3)

17 (8)

46 (22)

25 (12)

14 (7)

12 (6)

4 (2)

44 (21)

99 (47)

12 (6)

16 (8)

6 (3)

3 (1)

28 (13)

65 (31)

26% dan Perlis 19%. Peratusan sampel PKS Bumiputera di Pulau Pinang menunjukkan firma bersaiz sederhana lebih besar iaitu 5% berbanding Kedah 4% dan Perlis 3% daripada semua sampel.

Jadual 5.7 memperincikan taburan purata jualan tahun 2000 hingga 2002 PKS Bumiputera mengikut negeri menunjukkan 38% daripada sampel negeri Kedah membuat jualan kurang daripada RM1 juta diikuti oleh Kedah 27% dan Perlis 15%. Sampel yang menunjukkan jualan RM1 juta hingga RM5 juta didapati paling besar peratusan daripada kalangan PKS Bumiputera di negeri Kedah iaitu 8% diikuti oleh Perlis 16% dan Pulau Pinang 3%. Manakala sampel yang membuat jualan melebihi RM5 juta pula didapati sama peratusannya iaitu 1% setiap negeri.

Pemilikan harta kurang daripada RM500,000 mengikut sampel dari setiap negeri menunjukkan PKS Bumiputera negeri Kedah diwakili pada kadar 38% diikuti oleh Pulau Pinang 27% dan Perlis 18%. PKS Bumiputera yang memiliki harta antara RM500,000 hingga RM1 juta menunjukkan sampel negeri Kedah dengan 3% berbanding dengan Perlis 2% dan Pulau Pinang 1%. Manakala sampel yang paling banyak memiliki harta melebihi RM1 juta ditunjukkan oleh PKS Bumiputera negeri Kedah dengan 6% diikuti oleh Pulau Pinang 3% dan Perlis 2%.

Pelaburan modal di kalangan PKS Bumiputera mengikut negeri menunjukkan sampel PKS Bumiputera semua negeri cenderung melaburkan modal kurang daripada RM500,000. Negeri Kedah diwakili oleh 42%, diikuti Pulau Pinang 27% dan Perlis 19% daripada semua sampel menunjukkan pelaburan modal kurang daripada RM500,000. Sampel PKS Bumiputera yang melaburkan modal antara RM500,001 hingga RM1 juta paling tinggi daripada kalangan sampel negeri Kedah 4%, diikuti oleh Pulau Pinang 3% dan Perlis 1%. Manakala PKS Bumiputera yang melaburkan modal lebih daripada RM1 juta paling banyak di kalangan sampel PKS Bumiputera Perlis iaitu 2% diikuti oleh Pulau Pinang 1% dan Kedah 1%.

Taburan jumlah untung bersih menunjukkan corak yang agak berbeza di antara semua negeri dalam kajian. Jumlah untung bersih tidak lebih daripada RM500,000 paling banyak ditunjukkan oleh sampel PKS Bumiputera negeri Kedah iaitu 46% diikuti oleh Pulau Pinang 28% dan Perlis 18%. Manakala keuntungan bersih di antara RM500,001 hingga RM1 juta kedua-dua negeri Perlis dan Pulau Pinang masing masing menunjukkan kadar 2% dan Kedah 1%. Jumlah keuntungan melebihi RM1 juta setiap negeri menunjukkan prestasi yang sama iaitu pada kadar 1% berbanding semua sampel.

Kadar untung bersih tidak melebihi 30% menunjukkan PKS Bumiputera negeri Kedah mencapai 35% berbanding sampel Pulau Pinang 21% dan sampel negeri Perlis menunjukkan 16%. Sampel yang menunjukkan kadar untung bersih lebih daripada 30% sehingga lebih daripada 40% didahului oleh PKS Bumiputera Kedah 12%, diikuti oleh Pulau Pinang 10% dan Perlis 6%.

Pemboleh ubah prestasi yang dijadikan pemboleh ubah bersandar kajian ini adalah pulangan jualan, pulangan harta dan pulangan modal yang dikategorikan sebagai pengukuran kecekapan kewangan perniagaan oleh Murphy et al. (1996). Pemboleh ubah ini juga pernah digunakan dalam beberapa penyelidikan lain seperti Loos dan Coulthard (2005), Lumpkin dan Dess (2001) dan Kreiser et al. (2002a).

Pulangan jualan kurang daripada 60% paling tinggi pembahagiannya di kalangan sampel PKS Bumiputera negeri Kedah iaitu 46% diikuti oleh Pulau Pinang 25% dan Perlis 21%. Manakala pulangan jualan di antara 61% hingga lebih daripada 80% didahului oleh Pulau Pinang iaitu 5% diikuti Perlis 2% dan Kedah 1% berbanding dengan semua sampel.

Prestasi pulangan harta kurang daripada 60% juga didahului oleh sampel PKS Bumiputera Kedah 30% diikuti oleh Pulau Pinang 19% dan Perlis 14%. Manakala bagi prestasi pulangan harta di antara 61% hingga lebih daripada 80% juga didahului di kalangan sampel negeri Kedah 17%, Pulau Pinang 11% dan Perlis 8%.

Pulangan modal yang kurang daripada 60% menunjukkan sampel PKS Bumiputera Kedah dengan 25% diikuti oleh Pulau Pinang 17% dan Perlis 10%. Manakala prestasi pulangan modal 61% hingga melebihi 80% juga didahului oleh sampel negeri Kedah 23% diikuti Pulau Pinang 14% dan Perlis 11% jika dibandingkan dengan semua sampel (rujuk Jadual 5.6).

5.5 Ketepatan Pengukuran

Ketepatan pengukuran disahkan dengan menggunakan analisis faktor. Analisis faktor dilakukan terhadap orientasi keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera dan persekitaran yang ditanggap (Hair et al., 1998; Hinkin, 1995; Malhotra, 1999; Nunnally, 1978). Analisis faktor digunakan untuk tujuan pengesahan pengukur yang digunakan untuk kajian ini walaupun pengukur tersebut pernah disahkan dalam kajian di negara lain. Menurut Nelson (1994) perbezaan tanggapan terhadap sesuatu gagasan adalah berbeza di antara negara dan budaya.

Analisis faktor digunakan untuk tujuan mengenal pasti dimensi dalam sesuatu pemboleh ubah (Hair et al., 1998; Hinkin, 1995). Analisis faktor memisahkan dimensi dengan jelas. Setiap dimensi yang terbentuk adalah lebih kecil memudahkan penerangan konsep yang berkaitan (Hair et al., 1998). Konsep yang diwakili oleh dimensi yang lebih kecil ini lebih mudah untuk diterjemah dan difahami berbanding pemboleh ubah asal (Hair et al., 1998).

Dalam kajian ini analisis faktor dioperasikan dengan prosedur analisis faktor utama atau principal component analysis dengan putaran varimax dan normalisasi Kaiser (Hair et al., 1998). Prosedur ini digunakan untuk menjelaskan korelasi di antara item ke tahap maksimum (Hair et al., 1998) di mana pemisahan antara item yang tidak berkaitan adalah sangat ketara. Prosedur analisis faktor dilakukan dalam empat peringkat.

Peringkat pertama ialah dengan memasukkan kesemua item yang mewakili sesuatu pemboleh ubah ke dalam analisis faktor di bawah fungsi DATA ANALYSIS data reduction. Seterusnya, keputusan dianalisis dengan memastikan nilai pengukuran kecukupan persampelan atau MSA di atas lajur diagonal dalam Anti-image Matrices hendaklah melebihi titik takat .50 (Hair et al., 1998). Jika pekali korelasi antara item yang ditunjukkan oleh nilai MSA kurang dari .50, item tersebut dikeluarkan dan analisis dilakukan semula sehingga semua nilai MSA bersamaan atau melebihi .50 sebelum analisis peringkat kedua dilakukan.

Peringkat kedua, putaran faktor dilakukan secara orthogonal menggunakan putaran varimax untuk tujuan pemisahan antara faktor secara maksimum. Keputusan putaran ini menghasilkan dua jadual iaitu jadual penerangan jumlah varians atau Total Variance Explained dan matriks komponen yang diputarkan atau Rotated Component Matrix. Jadual penerangan jumlah varians menunjukkan bilangan faktor yang bererti berdasarkan nilai eigen melebihi 1.0. Jadual ini juga menunjukkan penerangan varians untuk setiap faktor dan jumlah varians untuk semua faktor. Jumlah varians yang menerangkan semua faktor hendaklah melebihi .50 atau 50% mengikut saranan Hinkin (1995) dan Hair et al. (1998) manakala varians untuk setiap faktor hendaklah seimbang mengikut saranan Podsakoff dan Organ (1986). Jadual matriks komponen yang diputarkan mempamerkan muatan faktor dalam setiap komponen. Nilai muatan faktor hendaklah bersamaan atau melebihi .40 mengikut saranan Hair et al. (1998) untuk jumlah sampel sebanyak 200 (m.s. 112).

Peringkat ketiga, penentuan muatan bersilang antara item dilakukan di peringkat ini supaya setiap item menerangkan hanya satu faktor sahaja (Nunnally, 1978). Titik takat muatan bersilang adalah berasaskan pada perbezaan nilai muatan item yang menerangkan lebih dari satu faktor. Nilai ini hendaklah bersamaan dan kurang daripada .05 berdasarkan cadangan Morrison (1994). Item yang menerangkan lebih daripada satu faktor dengan perbezaan nilai muatan sama atau kurang daripada .05 digugurkan dan analisis dilakukan semula untuk pembentukan dimensi yang muktamad (Morrison, 1994). Sehubungan dengan itu, beberapa kajian (e.g. Gaertner & Nollen, 1989; Rapoport, 1989) menyarankan supaya mengekalkan item yang muatannya bersilang demi menerangkan kepentingan konsep atau item tertentu.

Keempat, pembentukan faktor dilakukan menggunakan kaedah skala hasil tambah atau summated scale seperti yang disarankan oleh Hair et al. (1998). Konsep skala hasil tambah dilaksanakan dengan menggabungkan beberapa item yang menepati nilai muatan faktor menjadi satu ukuran komposit (Hair et al., 1998). Gabungan boleh dilakukan dengan melaksanakan fungsi COMPUTE mean summation dalam perisian SPSS. Hair et al. (1998) mengaitkan empat isu berhubung dengan pembentukan skala hasil tambah, pertama, definisi konsep; kedua, dimensi atau dimensionality; ketiga, kebolehpercayaan dan keempat, kesahihan.

Definisi konsep adalah berasaskan definisi berteori yang telah dijelaskan dalam penyelidikan yang lepas (Hair et al., 1998). Berdasarkan definisi konsep analisis faktor untuk kajian ini dilakukan secara berasingan untuk orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap kerana kedua-dua pemboleh ubah merupakan definisi konsep yang berbeza.

Skala hasil tambah dibentuk berdasarkan andaian bahawa item yang digabungkan dalam satu dimensi merupakan dimensi yang mewakili satu konsep yang termuat dalam satu faktor (Hair et al., 1998).

Berhubung dengan kebolehpercayaan atau darjah konsistensi dalaman sesuatu pemboleh ubah adalah bertujuan untuk mengukur samada setiap item dalam sesuatu faktor mengukur konstruk yang sama (Hair et al., 1998). Cronbach’s alpha digunakan kerana pengukuran ini dipersetujui ramai sebagai petunjuk yang paling meluas penggunaannya (Hair et al., 1998; Hinkin, 1995), Loos dan Coulthard (2004), Boone dan de Brabander (1997), dan Rotter (1966) melaporkan titik takat kebolehpercayaan .50 - .60 memadai untuk kajian asas (Nunnally, 1978).

Kesahihan terdiri daripada kesahihan kandungan atau content validity, convergent, discriminant dan nomological (Hair et al., 1998). Kesahihan bertujuan untuk menilai tahap sesuatu pemboleh ubah sebagai pengukur yang tepat untuk sesuatu konsep yang dikaji (Hair et al., 1998). Analisis faktor merupakan satu kaedah yang selalu digunakan untuk mengesan kesahihan kandungan sesuatu pemboleh ubah (Hinkin, 1995). Manakala kesahihan convergent, discriminant dan nomological untuk konstruk orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap merujuk kepada laporan kajian oleh Khandwalla (1977), Miller (1983), Dean (1993), Wilklund (1999) yang mengesahkan dimensi orientasi keusahawanan sebagai pengukur yang tepat untuk mengukur keusahawanan tahap firma.

5.5.1 Orientasi keusahawanan PKS Bumiputera

Sebanyak 29 item digunakan untuk mengukur lima dimensi orientasi keusahawanan di mana 9 item dikod semula. Sebanyak 12 item dikekalkan kerana menepati muatan faktor melebihi .40 (Hair et al., 1998; Hinkin, 1995). Empat faktor dibentuk dengan tiga item untuk setiap faktor seteleh menepati nilai eigen pada mata 1.0 dan jumlah keterangan varians melebihi 50%. Manakala 17 item digugurkan selepas analisis faktor dilakukan sebanyak empat kali.

Pertama, lima item digugurkan kerana gagal memenuhi nilai MSA atau pengukuran kecukupan sampel kurang dari .50 (Hair et al., 1998). Kedua, sepuluh item digugurkan kerana muatan bersilang (kurang dari .05) di mana satu item menerangkan muatan yang sama lebih dari satu faktor (Gaertner dan Nollen, 1989; Rapoport, 1989). Ketiga, dua item menepati muatan untuk membentuk faktor

Jadual 5.7

Ringkasan Analisis Faktor Orientasi Keusahawanan PKS Bumiputera

Item-item

Muatan Faktor

1

2

3

4

1. Sikap berautonomi

a. Firma kami melibatkan pekerja dalam melaksanakan

inovasi walaupun dengan mengabaikan peraturan

b. Firma kami memberikan kebebasan kepada pekerja

untuk membuat keputusan mengenai pembaharuan

tanpa merujuk kepada pengurusan atasan

c. Firm kami mengabaikan peraturan pekerjaan syarikat

untuk melibatkan pekerja dalam sesuatu idea baru

2. Sikap berinovatif

a. Firma kami mementingkan penggunaan kaedah baru

b. Firma kami mendorong cetusan idea baru dari semua

pekerja tanpa mengira pangkat

c. Firma kami memberikan perhatian khusus kepada

R&D

3. Sikap proaktif

a. Firma kami mendahului perniagaan lain dalam

menggunakan teknologi baru

b. Firma kami adalah yang pertama menjual produk

baru

c. Firma kami mengambil peluang di luar bidang

perniagaan

4. Sikap mengambil risiko

a. Firma kami hanya “tunggu & lihat” untuk

mengurangkan kemungkinan kerugian ®

b. Firma kami bertindak berani untuk mecapai matlamat

c. Firma kami kerap kali melabur untuk teknologi baru


.74


.72



.61



-.01

-.01


.05



-.04


.19


.38



.18

.37

-.15


-.12


-.07


.23



.71

.70


.67



.15

.02


.25



-.09

.38

.20


.14


.16



-.13



.08

-.00


.38



.75

.74


.43



.11


-.03

.41


.08


.04


.19



.06

.14


-.08



.28


.08


-.15



.78


.61

.59

Nilai eigen

2.91

1.63

1.17

1.08

Peratus Varians

24.25

13.56

9.71

9.03

% Varians Terkumpul

24.25

37.81

47.52

56.54

KMO Measures of Sampling Adequacy = .74

Bartlett’s Test of Sphericity Approx. Chi-Square= 369.6

df = 66

Sig. = .00





Nota ® = dikod semula.

pemboleh ubah daya saing agresif tetapi gagal memenuhi kebolehpercayaan melebihi .50 digugurkan dari analisis lanjut (cf. Hair et al., 1998; Nunnally, 1978).

Keempat, analisis muktamad dilakukan terhadap dua belas item telah menghasilkan ukuran kecukupan sampel Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) pada tahap .74, dengan ujian Sphericity Bartlett 369.56 pada 66 darjah kebebasan signifikan pada .00.

Empat faktor yang dihasilkan menunjukkan nilai eigen melebihi dari 1 dan kadar penerangan jumlah varians 56.5%. Nilai eigen tertinggi ialah 2.9 dengan kadar penerangan varians 24%, manakala nilai eigen terendah ialah 1.08 dengan kadar penerangan varians 9%.

Jadual 5.7 mempamerkan muatan faktor selepas putaran varimax, nilai muatan melebihi .40 menepati saranan Hair et al. (1998) dan Hinkin (1995). Tiga item yang terkumpul dalam setiap muatan faktor diberikan nama-nama seperti berikut: Autonomi (Faktor 1, 3 item); Inovatif (Faktor 2, 3 item); Proaktif (Faktor 3, 3 item); dan Mengambil risiko (Faktor 4, 3 item).

5.5.2 Faktor persekitaran yang ditanggap oleh PKS Bumiputera

Sebanyak 19 item digunakan untuk mengukur dimensi persekitaran yang ditanggap oleh PKS Bumiputera. Analisis faktor untuk pemboleh ubah persekitaran yang ditanggap dilakukan sebanyak dua kali. Pertama, sebanyak 17 item dikekalkan selepas 2 item digugurkan kerana tidak mencapai nilai .50 ukuran kecukupan persampelan atau MSA (Hair et al., 1998). Kedua, analisis muktamad dilakukan di mana ukuran kecukupan sampel KMO menghasilkan nilai .77. Ujian Bartlett

Jadual 5.8

Ringkasan Analisis Faktor untuk Persekitaran yang Ditanggap oleh PKS

Bumiputera


Item-item

Muatan Faktor

1

2

3

4

5

1. Persekitaran Membantu

a. Kesediaan pekerja mahir tempatan

b. Kesediaan peluang perniagaan

c. Kesediaan kemahiran pengurusan

d. Kesediaan kemudahan modal

e. Kesediaan bekalan bahan

2. Persekitaran Bergolak

a. Permintaan sukar diramal

b. Citarasa pengguna sukar diramal

c. Tindakan pesaing sukar diramal

3. Persekitaran Persaingan

a. Persaingan dalam kualiti produk

b. Persaingan dalam keunikan produk

c. Persaingan dalam penetapan harga

4. Kedinamikan Pasaran

a. Kadar keusangan produk yang cepat

b. Kaedah pemasaran cepat berubah

c. Kaedah pengeluaran cepat berubah

5. Persekitaran terbatas

a. Kekurangan bekalan bahan

mentah/dagangan

b. Kekurangan penawaran buruh

c. Campurtangan pihak berkuasa


.75

.73

.70

.67

.65

-.00

.08

.19


.18

.29

.15


.01

.12

.14


-.06


.11

.17

.05

-.02

.19

-.01

.10


.92

.90

.61


.08

-.02

.09


.00

.08

.38


.15


.08

-.09


.14

.08

.09

.17

.16


.01

.02

.15


.88

.81

.62


.12

.14

.09

.13


.26

-.16


.05

.07

.19

-.08

.13


.11

-.01

.31


.05

.11

.28


.82

.77

.68


.11


.01

.03


.06

.11

.04

-.07

.15


.00

.07

.07


.10

.13

-.03


.17

-.00

-.01


.79

.75

.61

Nilai eigen

Peratus Varians

% Varians Terkumpul

KMO Measures of Sampling

Adequacy = .77

Bartlett’s Test Of Sphericity

Approx. Chi-Square = 1129.4

df = 136

Sig. = .00

4.39

25.84

25.84

2.14

12.58

38.42

1.57

9.25

47.68

1.43

8.42

56.10

1.20

7.05

63.14

Sphericity menunjukkan nilai Chi-square 1129.36 dengan darjah kebebasan 136 signifikan pada .00. Lima faktor termuat dengan nilai melebihi .40 menepati cadangan oleh Hair et al. (1998) dan Hinkin (1995). Setiap faktor diterangkan oleh nilai eigen melebihi 1 mata dengan kadar penerangan varians 63%. Nilai eigen tertinggi ialah 4.4 dengan kadar penerangan varians 25.8%, manakala nilai eigen terendah ialah 1.2 dengan kadar penerangan varians 7%.

Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha untuk setiap dimensi persekitaran yang ditanggap adalah melebihi .70 menandakan ketekalan dalaman konstruk adalah bertepatan dengan saranan oleh Nunnally (1978).

Faktor persekitaran yang ditanggap menunjukkan muatan faktor ke dalam lima dimensi berbanding dengan hanya tiga dimensi yang ditemui dalam kajian yang lepas (cf. Khandwalla, 1977; Miller dan Freisen, 1983). Persekitaran yang ditanggap dilabelkan semula seperti berikut: Faktor pertama, persekitaran membantu (Khandwalla, 1977), (5 item), faktor kedua, persekitaran bergolak (Khandwalla, 1977) (3 item), faktor ketiga, persekitaran persaingan (Porter, 1981) (3 item), faktor keempat, kedinamikan pasaran (Miller dan Friesen, 1983) (3 item), dan faktor kelima, persekitaran terbatas (Khandwalla, 1977) (3 item) (rujuk Jadual 5.8).

5.6 Pengukuran Kecenderungan Memusat, Kebolehpercayaan dan Korelasi

Pemerihalan setiap pemboleh ubah dipamerkan melalui ukuran kecenderungan memusat, analisis min, sisihan piawai, dan kebolehpercayaan (Rujuk Jadual 5.9).

Dalam pemboleh ubah orientasi keusahawanan, setiap item dalam dimensi diukur menggunakan skala Likert – 7-mata iaitu, “1” – sangat tidak setuju, “2” – tidak setuju, “3” - sedikit tidak setuju, “4” – sama ada setuju atau tidak setuju, “5” – sedikit setuju, “6” – setuju, “7” – sangat setuju. Sikap berautonomi firma menunjukkan nilai min 3.04 di mana kebanyakan maklum balas cenderung kepada sikap kurang bersetuju terhadap sikap autonomi dalam firma. Namun demikian, sikap inovatif, mengambil risiko dan proaktif menunjukkan nilai min melebihi 4.00 bermakna maklum balas cenderung kepada lebih bersetuju kepada orientasi tersebut. Manakala sisihan piawai pula mengukur serakan taburan data dari nilai min. Sisihan piawai sikap inovatif adalah yang terkecil terserak dari nilai min iaitu .98. Sikap autonomi menunjukkan sisihan piawai 1.22, proaktif 1.27 dan mengambil risiko 1.16 menunjukkan taburan data yang lebih terserak dari min masing-masing.

Lima dimensi persekitaran yang ditanggap menunjukkan min di antara 4 hingga 5 dan semua pemboleh ubah diterangkan oleh sisihan piawai melebihi 1. Dimensi persekitaran bergolak dan kedinamikan pasaran diukur dengan enam kenyataan yang menggambarkan industri firma responden menggunakan skala Likert 7-mata iaitu “1” – sangat tidak setuju, “2” – tidak setuju, “3” – sedikit tidak setuju, “4” – samada setuju atau tidak setuju, “5” – sedikit setuju, “6” – setuju, “7” – sangat setuju. Manakala dimensi persekitaran persaingan dan terbatas menggunakan tujuh kenyataan yang mengukur tahap ancaman terhadap perniagaan responden dengan skala Likert 7-mata iaitu “1” – sangat rendah, “2” – rendah, “3” – agak rendah, “4” – sederhana, “5” – agak tinggi, “6” – tinggi, “7” – sangat tinggi. Persekitaran membantu diukur dengan enam kenyataan mengenai tahap kesediaan sumber dalam persekitaran menggunakan skala yang sama seperti persekitaran persaingan dan terbatas.

Kecenderungan responden adalah tertumpu kepada lebih bersetuju terhadap persekitaran bergolak tetapi terserak apabila pemboleb ubah ini menunjukkan min 4.77 dengan sisihan piawai 1.45, begitu juga dengan kedinamikan pasaran yang menunjukkan min 4.76 dengan sisihan piawai 1.57. Persekitaran persaingan juga menunjukkan kecenderungan yang sama apabila minnya ialah 5.02 dengan sisihan piawai 1.24, manakala persekitaran terbatas menunjukkan min 4.00 dengan sisihan piawai 1.40. Persekitaran membantu menunjukkan min 5.09 dengan sisihan piawai terendah iaitu 1.01. Kesemua pemboleh ubah persekitaran yang ditanggap menunjukkan nilai taburan data terserak melebihi 1 sisihan piawai dari nilai min masing-masing.

Kebolehpercayaan untuk semua pemboleh ubah melebihi nilai Cronbach’s alpha .50 menunjukkan semua item yang menerangkan setiap dimensi adalah selaras dengan ketekalan dalaman atau internal consistency seperti laporan Boone dan de Brabander (1997). Boone dan de Brabander (1997) melaporkan nilai Cronbach alpha di antara .50 - .60 sudah memadai untuk menerangkan kesahihan sesuatu konstruk (Nunnally, 1978). Pemboleh ubah persekitaran yang ditanggap yang paling tinggi kebolehpercayaannya ialah persekitaran bergolak iaitu .79, diikuti oleh persekitaran persaingan .77, persekitaran membantu .76, kedinamikan pasaran .71, sikap berinovatif .58, persekitaran terbatas dan sikap berautonomi masing-masing .57, sikap mengambil risiko .53 dan sikap proaktif .52.

Jadual 5.9

Statistik Deskriptif dan Kebolehpercayaan Pemboleh ubah

Pemboleh ubah

Min

Sisihan piawai

Kebolehpercayaan

(Cronbach Alpha)

Orientasi Keusahawanan

Autonomi

Inovatif

Proaktif

Mengambil risiko


Persekitaran yang ditanggap

Bergolak

Kedinamikan pasaran

Persaingan

Terbatas

Membantu



3.04

5.66

4.37

4.98




4.77

4.76

5.02

4.00

5.09



1.22

.98

1.27

1.16




1.41

1.56

1.24

1.40

1.06



.57

.58

.52

.53




.79

.71

.77

.57

.76

Analisis korelasi memaparkan hubungan di antara pemboleh ubah. Pekali korelasi Pearson digunakan sebagai petunjuk kekuatan hubungan di antara dua pemboleh ubah berskala sela atau nisbah (Malhotra, 1999) (rujuk Jadual 5.10).

Ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar iaitu pulangan jualan, pulangan harta dan pulangan modal berkorelasi secara positif. Pulangan jualan berkorelasi dengan pulangan harta pada r = .19, manakala pulangan jualan dan pulangan modal berkorelasi pada r = .22 dan pulangan harta dengan pulangan modal berkorelasi pada r = .25, semuanya menunjukkan hubungan korelasi signifikan pada p < .01.

Tiada dimensi orientasi keusahawanan berkorelasi secara signifikan dengan pemboleh ubah prestasi. Namun demikian dimensi orientasi keusahawanan menunjukkan hubungan yang positif dengan prestasi pulangan modal, manakala semua dimensi orientasi keusahawanan berhubung secara negatif dengan prestasi pulangan jualan, manakala dalam hubungan dengan prestasi pulangan harta, autonomi dan proaktif menunjukkan hubungan negatif, inovatif dan mengambil risiko menunjukkan hubungan positif.

Hubungan di antara pemboleh ubah penyederhana dengan prestasi, hanya persekitaran persaingan berkorelasi secara positif dengan pulangan modal (r = .14, p < .05). Manakala dalam hubungan di antara pemboleh ubah orientasi keusahawanan dengan pemboleh ubah penyederhana semuanya berkorelasi secara positif. Sikap berautonomi berkorelasi secara positif dengan persaingan (r = .19, p < .01) dan membantu (r = .21, p < .01). Manakala sikap berinovatif berkorelasi dengan kedinamikan pasaran (r = .21, p < .01), persaingan (r = .21, p < .01) dan membantu (r = .27, p < .01). Sikap proaktif pula berkorelasi dengan kedinamikan pasaran (r = .25, p < .01), persekitaran persaingan (r = .21, p < .01) dan persekitaran membantu (r = .21, p < .01). Sikap mengambil risiko berkorelasi secara positif dengan kedinamikan pasaran (r = .30, p < .01), persekitaran persaingan (r = .24, p < .01), dan persekitaran membantu (r = .33, p < .01).

Analisis korelasi membuktikan hubungan di antara pemboleh ubah bebas dari kesan multikolineariti apabila semua pekali r yang signifikan tidak melebihi .70 (Mueller, 1996). Bebas dari kesan multikolineariti bermakna setiap pemboleh ubah atau dimensi adalah berbeza jelas dalam hubungan di antara satu sama lain (Mueller, 1996).

5.7 Pernyataan Semula Hipotesis Kajian

Pernyataan semula hipotesis dilakukan untuk mengesan hubungan secara langsung antara orientasi keusahawanan firma dengan prestasi dan kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi di kalangan PKS Bumiputera.

Pernyataan semula hipotesis adalah disebabkan oleh dimensi orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap menghasilkan bilangan faktor tidak seperti hipotesis asal. Berdasarkan andaian dan pemalsuan Popper (1985) dalam critical rationalism, beliau percaya bahawa seluruh pengetahuan ilmiah atau seluruh hukum teori, adalah andaian, atau hipotesis sementara (Safi, 1998). Oleh itu, pernyataan hipotesis adalah terdedah kepada kritikan dan boleh dipalsukan sekiranya dibuktikan secara empirikal (Chalmers, 1982). Justeru itu, berdasarkan pernyataan hipotesis asal dalam bab 2 adalah hasil daripada pengubahsuaian yang pernah dilakukan oleh Khandwalla (1977), Miller dan Friesen (1982), dan Kreiser et al, (2002a), maka hasil analisis faktor kajian ini juga menuntut pengubahsuaian dalam hipotesis.

Penemuan dalam analisis faktor menunjukkan bilangan muatan faktor untuk orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap tidak sama seperti yang digariskan dalam kerangka teori kajian. Kerangka teori kajian mengemukakan lima dimensi orientasi keusahawanan dan tiga dimensi persekitaran yang ditanggap. Manakala muatan faktor menghasilkan empat dimensi orientasi keusahawanan dan lima dimensi persekitaran yang ditanggap. Oleh sebab itu di peringkat awal kajian ini mencadangkan 15 hipotesis hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi untuk diuji. Manakala untuk kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi, sebanyak 45 hipotesis dicadangkan untuk ujian.

Berdasarkan penemuan dalam analisis faktor, sebanyak 12 hipotesis dinyatakan semula untuk ujian hubungan secara langsung antara empat dimensi orientasi keusahawanan dengan tiga pemboleh ubah prestasi, manakala 60 hipotesis dinyatakan semula untuk ujian kesan interaksi lima pemboleh ubah persekitaran ditanggap ke atas hubungan di antara empat dimensi orientasi keusahawanan dengan tiga pemboleh ubah prestasi. Pernyataan semula hipotesis adalah seperti berikut:

Hipotesis 1 (H1): Hubungan langsung antara dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan.

H1a: Sikap autonomi berhubung secara positif dengan pulangan jualan

H1b: Sikap inovatif berhubung secara positif dengan pulangan jualan

H1c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan pulangan jualan

H1d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dengan pulangan jualan

Hipotesis 2 (H2): Hubungan langsung antara dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan harta.

H2a: Sikap autonomi berhubung secara positif dengan pulangan harta

H2b: Sikap inovatif berhubung secara positif dengan pulangan harta

H2c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan pulangan harta

H2d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dengan pulangan harta

Hipotesis 3 (H3): Hubungan langsung antara dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

H3a: Sikap autonomi berhubung secara positif dengan pulangan modal

H3b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan pulangan modal

H3c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan pulangan modal

H3d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dengan pulangan modal

Hipotesis 4 (H4): Kesan interaksi penyederhana persekitaran membantu ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan.

H4a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

Hipotesis 5 (H5): Kesan interaksi penyederhana persekitaran membantu ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan harta.

H5a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

Hipotesis 6 (H6): Kesan interaksi penyederhana persekitaran membantu ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

H6a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

Hipotesis 7 (H7): Kesan interaksi penyederhana persekitaran bergolak ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan.

H7a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H7b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H7c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H7d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

Hipotesis 8 (H8): Kesan interaksi penyederhana persekitaran bergolak ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan harta.

H8a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H8b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H8c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H8d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

Hipotesis 9 (H9): Kesan interaksi penyederhana persekitaran bergolak ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

H9a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H9b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H9c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

H9d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi.

Hipotesis 10 (H10): Kesan interaksi penyederhana persekitaran persaingan ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan.

H10a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H10b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H10c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H10d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

Hipotesis 11 (H11): Kesan interaksi penyederhana persekitaran persaingan ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan harta.

H11a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan juga tinggi.

H11h: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H11c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H11d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

Hipotesis 12 (H12): Kesan interaksi penyederhana persekitaran persaingan ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

H12a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H12b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H12c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

H12d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

Hipotesis 13 (H13): Kesan interaksi penyederhana kedinamikan pasaran ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan.

H13a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H13b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H13c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H13d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

Hipotesis 14 (H14): Kesan interaksi penyederhana kedinamikan pasaran ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan harta.

H14a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H14b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H14c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H14d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

Hipotesis 15 (H15): Kesan interaksi penyederhana kedinamikan pasaran ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

H15a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H15b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H15c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

H15d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

Hipotesis 16 (H16): Kesan interaksi penyederhana persekitaran terbatas ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan.

H16a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H16b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga tinggi.

H16c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H16d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

Hipotesis 17 (H17): Kesan interaksi penyederhana persekitaran terbatas ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan harta.

H17a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H17b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H17c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H17d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

Hipotesis 18 (H18): Kesan interaksi penyederhana persekitaran terbatas ke atas hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

H18a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H18b: Sikap ibnovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

H18c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga tinggi.

H18d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

5.8 Ujian Hipotesis Hubungan Langsung Pemboleh ubah Kawalan dan Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi

Hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi diuji seperti berikut. Pertama, hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan (PJ). Kedua, hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan harta (PH). Ketiga, hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi pulangan modal (PM).

5.8.1 Hubungan pemboleh ubah kawalan dan orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan

Hubungan secara langsung di antara empat pemboleh ubah kawalan dengan prestasi pulangan jualan merujuk kepada langkah 1 dalam regresi berganda berperingkat dalam Jadual 5.11. Model regresi hubungan ini adalah signifikan (nilai F = 2.59, p < .05) dengan penerangan varians 8% oleh R2 dan 5% oleh R2 terlaras. R2 ialah pekali penentuan berganda atau coefficient of multiple determination untuk menerangkan tahap ketepatan jangkaan gabungan beberapa pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar (Hair et al., 1998; Malhotra, 1999). Hair et al. (1998) menjelaskan peranan R2 terlaras sebagai pekali penentuan berganda yang mengambil kira bilangan pemboleh ubah tidak bersandar, oleh sebab itu nilai R2 terlaras adalah lebih kecil dari R2. Pekali penentuan berganda hubungan ini diterangkan oleh 10% dari jumlah pembahagian varians pulangan jualan dijangka oleh gabungan semua pemboleh ubah kawalan sebagai satu dimensi. Nilai R2 terlaras menerangkan kadar varians 6% dalam jumlah pembahagian pulangan jualan dijangka oleh setiap pemboleh ubah kawalan secara berasingan. Model ini diterangkan oleh Nilai F yang signifikan pada p < .05 bermakna kita boleh membuat kesimpulan dengan keyakinan 95% bahawa terdapat pertalian langsung dan positif di antara perniagaan milik tunggal dan syarikat sendirian berhad dengan pulangan jualan yang lebih tinggi (Hair et al., 1998).

Jadual 5.11

Regresi Berganda Berperingkat untuk Menerangkan Prestasi Pulangan Jualan

Pemboleh ubah

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Pemboleh ubah kawalan

Milik tunggal

Perkongsian

Syarikat Sendirian Berhad

Saiz firma (Kecil)

.48*

.14

.43*

.05

.47*

.07

.41*

.02

.64**

.18

.47**

-.04


.70**

.23*

.56**

.01

Pemboleh ubah tidak bersandar

Autonomi

Inovatif

Proaktif

Mengambil risiko



-.36**

-.21*

.24*

-.05


-.33**

-.16*

.23**

.00


-.41*

-.11

.38**

-.22*

Pemboleh ubah penyederhana

Persekitaran membantu

Persekitaran bergolak

Persekitaran Persaingan

Kedinamikan pasaran

Persekitaran terbatas




-.01

.40**

-.30**

.14*

.28**


.07

.45**

-.29**

.15*

.26**

Interaksi (Persekitaran)

Membantu x Autonomi

Membantu x Innovatif

Membantu x Proaktif

Membantu x Mengambil risiko

Bergolak x Autonomi

Bergolak x Innovatif

Bergolak x Proaktif

Bergolak x Mengambil risiko

Persaingan x Autonomi

Persaingan x Innovatif

Persaingan x Proaktif

Persaingan x Mengambil risiko

Dinamik pasaran x Autonomi

Dinamik pasaran x Inovatif

Dinamik pasaran x Proaktif

D. Pasaran x Mengambil risiko

Terbatas x Autonomi

Terbatas x Innovatif

Terbatas x Proaktif

Terbatas x Mengambil risiko






-.06

-.48**

-.09

.07

.09

-.03

-.05

.31**

.23*

.48**

.21**

-.38**

.16

-.16

-.30**

.43**

-.13

-.01

.22*

-.08

R2

R2 Terlaras

Perubahan dalam R2

Nilai F

.08

.05

.08

2.59*

.23

.18

.15

5.72**

.49

.43

.26

11.22**

.73

.64

.24

4.14**

Nota: *p < .05. **p < .01.

Hubungan langsung di antara empat pemboleh ubah kawalan dengan pulangan jualan menunjukkan dua hubungan yang signifikan iaitu PKS Bumiputera yang berdaftar sebagai milik tunggal (Beta = .43, p < .05) dan syarikat sendirian berhad dengan pulangan jualan (Beta = .48, p < .05). Hubungan ini menunjukkan PKS Bumiputera yang berdaftar sebagai milik tunggal dan syarikat sendirian berhad dapat menerangkan pulangan jualan secara signifikan. Ini bermakna PKS Bumiputera berbentuk milik tunggal dan syarikat sendirian berhad menerangkan prestasi pulangan jualan yang lebih tinggi berbanding dengan perkongsian dan syarikat berhad. Manakala pemboleh ubah kawalan PKS Bumiputera yang berdaftar sebagai perkongsian dan saiz firma tidak membuktikan apa-apa hubungan dalam kajian ini.

Persamaan regresi berganda untuk hubungan di antara dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi jualan seperti yang ditunjukkan dalam langkah 2 adalah signifikan (nilai F = 5.72, p < .01). Model ini menunjukkan wujud hubungan yang bererti dan kesimpulan boleh dibuat dengan keyakinan 99% bahawa terdapat hubungan langsung di antara tiga dimensi orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan. Sehubungan dengan itu juga, perubahan dalam pulangan jualan diterangkan oleh dimensi orientasi keusahawanan secara gabungan pada kadar 23% yang ditunjukkan oleh R2. Manakala perubahan dalam pulangan jualan diterangkan oleh setiap dimensi orientasi keusahawanan secara berasingan atau berganda pada kadar 18% ditunjukkan oleh R2 terlaras.

Tiga pemboleh ubah menunjukkan hubungan yang signifikan iaitu, pertama, proaktif (Beta = .24, p < .05) yang berhubung secara positif dengan pulangan jualan. Ini bermakna sikap proaktif menyokong meningkatkan kecekapan PKS Bumiputera dalam prestasi jualannya. Manakala autonomi (Beta = -.36, p < .01) dan inovatif (Beta = -.21, p < .05) menunjukkan hubungan yang negatif dengan prestasi pulangan jualan. Ini bermakna sikap autonomi dan inovatif di kalangan PKS Bumiputera menerangkan pulangan jualan yang lebih rendah. Sehubungan dengan itu, kecekapan PKS Bumiputera dalam meningkatkan prestasi jualannya tidak disokong dengan sikap autonomi dan inovatif.

Oleh sebab itu, hanya H1c disokong. H1a dan H1b tidak disokong walaupun menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi arah hubungan pekali beta yang bertentangan dengan hipotesis. Mengikut kajian oleh Dess dan Robinson (1984) hubungan negatif ini adalah kerana dua pemboleh ubah kawalan yang memberi kesan positif terhadap prestasi dalam analisis regresi langkah pertama telah menjejaskan hubungan di antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan prestasi dalam langkah kedua. Penemuan ini selaras dengan kajian oleh Kreiser et al. (2002a) dan Lindsay (2003) yang mendapati hubungan negatif di antara sikap inovatif dengan prestasi. H1c juga tidak disokong kerana pekali beta yang tidak signifikan (rujuk Jadual 5.11).

5.8.2 Hubungan langsung pemboleh ubah kawalan dan orientasi keusahawanan dengan pulangan harta

Prosedur mengesan hubungan secara langsung di antara pemboleh ubah kawalan dan orientasi keusahawanan dengan prestasi pulangan harta dilakukan dalam analisis dua langkah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.12. Hasil analisis regresi menunjukkan model dalam langkah 1 adalah tidak signifikan (F = 1.76, p < .14), manakala R2 ialah 5% dan R2 terlaras 2%. Kesemua pemboleh ubah kawalan secara gabungan menerangkan varians dalam pulangan harta pada kadar 5%. Manakala empat pemboleh ubah kawalan secara berasingan menerangkan varians dalam pulangan harta pada kadar 2% sahaja dan tidak signifikan untuk menerangkan model ini seperti yang ditunjukkan oleh nilai F. Penemuan ini gagal membuktikan sebarang hubungan langsung antara pemboleh ubah dengan pulangan harta.