Konsep Negara Bangsa di Malaysia

Konsep negara bangsa di Malaysia di masa hadapan
1. Negara Bangsa

Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara
merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan
tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa bangsa
merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti
budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep
negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan
oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti.

menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen
perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan
sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri
setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai
kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam
melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan

sebagainya.
• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa
bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.
2. Negara bangsa di Malaysia.




Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep negara bangsa cuba
direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020 oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad dalam pembentangan kertas kerja beliau yang bertajuk,
Malaysia: Melangkah ke Hadapan, pada tahun 1991.
Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status
negara maju pada tahun 2020.

3. Negara bangsa di Jepun
 Hari ini, Jepun merupakan salah sebuah negara termaju di dunia
dan disegani oleh segenap masyarakat antarabangsa khususnya di

benua Asia. Keupayaan yang dimiliki oleh Jepun pada hari ini adalah
hasil kesepaduan masyarakat mereka yang bersedia dan sanggup
berada dalam kelompok satu identiti. Oleh sebab itulah, masyarakat

dunia tidak berasa hairan dengan kekuatan yang dimiliki oleh Jepun
khususnya ketika Jepun menyerang Amerika Syarikat dan British
pada Perang Dunia Kedua. Tanpa berjaya membina negara bangsa,
sudah pasti agak mustahil untuk Jepun berani menyerang negara
kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan British dan
mencapai taraf negara maju.
4. Cabaran Malaysia menjadi sebuah negara bangsa
 Isu bahasa
 Cabaran pertama=kedudukan bahasa. Timbul persoalan
mengenai kepentingan bahasa Melayu di dunia moden dengan
keperluan bahasa Inggeris sebagai memenuhi tuntutan
antarabangsa
 Hal ini telah menimbulkan pertikaian dan ketidakpuasan hati
banyak pihak khususnya kaum Cina. Persoalan yang dilemparkan
adalah mengenai kewajaran bahasa Inggeris diangkat menjadi
bahasa kedua negara yang kini hampir melampaui batas

kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya. Kaum
Cina membuat tuntutan supaya bahasa mereka dimartabatkan
seampuh peranan dan fungsi bahasa Inggeris. Rasional yang
mereka perjuangkan adalah bahasa Cina dikatakan lebih relevan
dalam konteks negara Malaysia kerana penduduk berbangsa
Cina itu sendiri yang merupakan penduduk kedua paling ramai di
negara ini
 Cabaran ke2=penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan orang
Melayu itu sendiri. Dalam era globalisasi kini, orang Melayu
sendiri dilihat kurang memartabatkan bahasa ibunda sendiri. Hal
ini jelas dapat dilihat melalui perbualan seharian yang lebih
cenderung menggunakan campuran bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris atau dikenali sebagai „bahasa rojak‟.
 keadaan sebaliknya berlaku apabila kaum lain terus berusaha
memartabatkan bahasa ibunda mereka tanpa mengambil kira
cabaran yang datang. Dalam keadaan inilah, usaha membina
negara bangsa menjadi semakin sukar.
 Isu Kebudayaan
 Namun begitu, setiap budaya yang ada hanya mewakili identiti
sesuatu kaum atau etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk

melambangkan kepelbagaian budaya di bawah satu identiti

seolah-olah sukar dicapai tatkala semua kaum takut akan
kehilangan identiti budaya masing-masing. Terpengaruh dengan
dasar pecah dan perintah.
 Cabaran ke2= sistem pendidikan yang langsung tidak
mendokong usaha mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian
budaya. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
telah mewujudkan kelompangan berkaitan memartabatkan
kebudayaan dalam kalangan pelajar.
 Cabaran ke3=sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh
penjajah yang masih dipraktikkan sehingga ke hari ini. Meskipun
telah ada pembaharuan dalam aspek-aspek tertentu, namun,
kita tidak boleh menafikan bahawa masih wujud konsep dan
kaedah perlaksanaan yang diteruskan dari zaman penjajahan
lagi. Umpamanya, sehingga hari ini masih wujud sekolah
vernacular.

 Isu demokrasi
 berkaitan masalah politik perkauman. Isu ini semakin ketara

pada masa kini apabila parti-parti politik yang wujud dilihat lebih
memperjuangkan kaum masing-masing seolah-olah menidakkan
kepentingan nilai perpaduan.MCA kaum cina,UMNO kaum
melayu.
4. Negara bangsa Malaysia di masa hadapan.
 Dapat dicapai jika isu2 ini dpt dselesaikan
 Isu bahasa=satu pendekatan yang wajar sudah mampu untuk
menyelesaikan masalah ini iaitu dengan memberi pendidikan
awal kepada generasi muda tentang kedudukan bahasa yang
sebenar dan kepentingan meletakkan satu bahasa
melambangkan satu bangsa.
 Isu kebudayaan=Dasar Kebudayaan Negara yang bertindak
sebagai pelindung kepada identiti semua budaya yang ada di
Malaysia, dilihat mampu untuk menyakinkan semua masyarakat
bahawa perkongsian budaya tidak menghilangkan identiti
sebenar sesuatu budaya.

 isu pendidikan=penubuhan Sekolah Wawasan. Walaupun
pendekatan ini tidak mendapat sokongan secara kolektif
daripada masyarakat, namun, usaha yang diambil ini dilihat

paling efektif dalam merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
 Isu demokrasi=masyarakat kita mengetahui hakikat sebenar
perjalanan sistem demokrasi di Malaysia kerana salah faham
tentang sistem pentadbiran boleh mencetuskan perpecahan
sama ada antara interkaum mahupun intrakaum