: WANITA DALAM PEMBANGUNAN
BAB 16 : WANITA DALAM PEMBANGUNAN
I. PENDAHULUAN
16.01 Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan negara keseluruhannya. Oleh itu, Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam pembangunan negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Penggubalan Dasar Wanita Negara (DWN) mencerminkan kesungguhan Kerajaan untuk mengoptimumkan potensi kaum wanita dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.
16.02 Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi, Kerajaan juga mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan. Ke arah mencapai tujuan ini, usaha yang gigih akan diambil untuk mengurangkan batasan-batasan yang sedia ada secara berperingkat-peringkat dan membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Langkah-langkah ini adalah selaras dengan objektif DWN untuk mengintegrasikan sumbangan wanita dalam usaha-usaha pembangunan negara.
II. KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN
16.03 Memandangkan peranan aktif yang semakin meningkat dimainkan oleh kaum wanita dalam pembangunan, Kerajaan telah menggubal DWN dalam tahun 1989. Objektif-objektif keseluruhannya ialah: . untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan . untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.Pada asasnya, DWN memperjelaskan kesungguhan Kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam kehidupan sosial dan ekonomi negara. Ia juga menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.
Pembangunan Keluarga
16.04 Memandangkan wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan keluarga dan dengan meningkatnya penglibatan mereka di dalam 16.04 Memandangkan wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan keluarga dan dengan meningkatnya penglibatan mereka di dalam
16.05 Sistem pendidikan bukan formal telah juga digunakan untuk memupuk nilai dan sikap positif di kalangan keluarga menerusi program-program yang khusus ditujukan kepada wanita. Satu unsur penting dalam program seumpama ini ialah latihan kepimpinan yang bertujuan untuk membolehkan wanita menjadi lebih progresif dan bersedia untuk menerima perubahan.
Penyertaan Tenaga Buruh dan Gunatenaga
16.06 Wanita merupakan kira-kira separuh daripada jumlah penduduk, tetapi buat masa ini, hanya merupakan satu pertiga sahaja dari jumlah tenaga buruh. Dari segi kadar penyertaan tenaga buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan mereka masih terus rendah berbanding dengan penyertaan kaum lelaki sebanyak 81.3 peratus dan 85.6 peratus dalam tempoh yang sama.
16.07 Corak yang sama juga ditunjukkan oleh arah aliran gunatenaga di antara lelaki dan wanita. Purata bahagian gunatenaga lelaki telah berkurangan dari 69 peratus pada tahun 1970 kepada 65 peratus pada tahun 1990, sementara purata bahagian wanita pula meningkat dari 31 peratus kepada 35 peratus dalam tempoh yang sama, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16-1. Pada keseluruhannya gunatenaga wanita masih rendah berbanding dengan lelaki terutamanya disebabkan oleh kekurangan kemahiran yang sesuai dan keperluan¬keperluan rumahtangga.
16.08 Sepanjang dua dekad yang lalu, status gunatenaga wanita telah meningkat dengan banyaknya selaras dengan perkembangan pekerjaan dan perubahan struktur ekonomi. Bahagian gunatenaga wanita sebagai pekerja keluarga tanpa gaji dalam sektor-sektor tradisional dan tidak formal telah berkurangan dari 39.7 peratus dalam tahun 1970 kepada 21.6 peratus dalam tahun 1990. Pengurangan ini berlaku disebabkan oleh penyerapan pekerja wanita dalam golongan ini ke dalam sektor- sektor moden, terutamanya dalam sektor kecil perladangan dan sektor-sektor perindustrian dan perkhidmatan. Dengan itu, dalam tempoh yang sama, peratusan pekerja wanita telah meningkat dari 38.9 peratus kepada 62.9 peratus. Ini 16.08 Sepanjang dua dekad yang lalu, status gunatenaga wanita telah meningkat dengan banyaknya selaras dengan perkembangan pekerjaan dan perubahan struktur ekonomi. Bahagian gunatenaga wanita sebagai pekerja keluarga tanpa gaji dalam sektor-sektor tradisional dan tidak formal telah berkurangan dari 39.7 peratus dalam tahun 1970 kepada 21.6 peratus dalam tahun 1990. Pengurangan ini berlaku disebabkan oleh penyerapan pekerja wanita dalam golongan ini ke dalam sektor- sektor moden, terutamanya dalam sektor kecil perladangan dan sektor-sektor perindustrian dan perkhidmatan. Dengan itu, dalam tempoh yang sama, peratusan pekerja wanita telah meningkat dari 38.9 peratus kepada 62.9 peratus. Ini
16.09 Dari segi struktur pekerjaan, wanita kebanyakannya tertumpu kepada pekerjaan kurang mahir dan intensif buruh di sektor pertanian serta pekerjaan bergaji rendah, separuh mahir dan yang meliputi kerja-kerja pemasangan di sektor industri seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16-2. Dalam tahun 1990, walaupun 9.4 peratus kaum wanita berkhidmat dalam pekerjaan profesional dan teknikal, namun kebanyakan mereka berkhidmat sebagai guru dan jururawat. Penyertaan mereka dalam bidang pentadbiran dan pengurus-an pula adalah kurang dari 1 peratus.
16.10 Pada keseluruhannya, kegiatan pertanian terus menyerap sebilangan besar tenaga buruh wanita yang melibatkan 28.2 peratus dari keseluruhan gunatenaga wanita pada tahun 1990 diikuti oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16-3. Bahagian gunatenaga wanita di sektor eletrik, gas dan air telah merosot dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RM5).
16.11 Sektor Pertanian. Walaupun sektor pertanian terus memberi pekerjaan kepada sebahagian besar kaum wanita, namun peratus penyertaan mereka telah merosot dari 67.9 peratus dalam tahun 1970 kepada 28.2 peratus dalam tahun 1990. Ini adalah selaras dengan perubahan yang berlaku dalam struktur ekonomi. Di kalangan Keluarga Tani, wanita memainkan peranan yang penting dalam proses membuat keputusan mengenai hal-hal berkaitan dengan kewangan, bekerja di kebun-kebun keluarga dan merupakan pendorong utama dalam pembangunan keluarga. Adalah jelas kaum wanita terus merupakan faktor penting dalam sektor luar bandar dan pertanian.
16.12 Sektor Pembuatan. Gunatenaga wanita telah bertambah dengan banyak di dalam sektor kedua. Sektor pembuatan telah menyerap 24.3 peratus daripada jumlah gunatenaga wanita pada tahun 1990 berbanding dengan hanya 8.1 peratus pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, satu penyiasatan terhadap industri-industri pembuatan pada tahun 1988 menunjukkan lebih separuh dari pekerja wanita bekerja sebagai operator pengeluaran yang bergaji rendah dan separuh mahir, manakala hanya 17.7 peratus sahaja memegang jawatan di peringkat teknikal dan penyeliaan dan 10.9 peratus di peringkat pengu¬rusan dan profesional. Dalam industri intensif buruh seperti tekstil dan elektronik, kaum wanita merupakan kira-kira 57 peratus daripada jumlah pekerja di kebanyakan syarikat yang berkaitan.
16.13 Sektor Perkhidmatan. Gunatenaga wanita dalam sektor perkhidmatan terutamanya perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian menunjukkan pertambahan dari 16.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 21.4 peratus dalam tahun 1990. Di sektor borong dan runcit, hotel dan restoran, gunatenaga wanita telah meningkat dari 5.8 peratus kepada 19.7 peratus bagi tempoh yang sama. Walaupun 16.13 Sektor Perkhidmatan. Gunatenaga wanita dalam sektor perkhidmatan terutamanya perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian menunjukkan pertambahan dari 16.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 21.4 peratus dalam tahun 1990. Di sektor borong dan runcit, hotel dan restoran, gunatenaga wanita telah meningkat dari 5.8 peratus kepada 19.7 peratus bagi tempoh yang sama. Walaupun
16.14 Gunatenaga wanita dalam sektor awam meningkat dari 29.3 peratus pada tahun 1985 kepada 32.9 peratus pada tahun 1990. Kebanyakan mereka adalah dalam kategori yang rendah iaitu kategori-kategori C dan D. Mereka yang berada di dalam kedua-dua kategori ini merupakan 82.3 peratus dari keseluruhan jumlah gunatenaga wanita di dalam sektor awam. Di dalam kategori C, jenis-jenis pekerjaan yang disandang oleh kaum wanita adalah sebagai guru sekolah rendah, jururawat, kakitangan pejabat dan kerani, sementara dalam kategori D, kebanyakannya merupakan pekerja am yang tidak berkemahiran. Dalam bidang pendidikan pula, sebanyak 51.3 peratus daripada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan adalah terdiri daripada kaum wanita dalam tahun 1990 yang merupakan pertambahan sebanyak 5.6 peratus dari yang dicapai pada awal tempoh RM5. Sebilangan besar daripada mereka adalah guru sekolah rendah.
Pendapatan pekerja Wanita
16.15 Dalam sektor awam, tidak wujud diskriminasi terhadap kaum wanita dalam pekerjaan sama ada dari segi pengambilan atau gaji, Namun demikian, perbezaan gaji antara lelaki dengan wanita masih wujud di dalam sektor swasta bagi beberapa pekerjaan pengeluaran walaupun pada kadar yang semakin berkurangan seperti ditunjukkan dalam Jadual 16-4.
Pengangguran
16.16 Kadar pengangguran di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki bagi setiap kumpulan umur sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Pekerja wanita adalah lebih terdedah kepada kemelesetan ekonomi dalam pertengahan dekad lapan puluhan kerana kebanyakan mereka tertumpu di dalam industri-industri yang mengalami kesan buruk ekoran daripada kemelesetan tersebut. Di kemuncak kemelesetan itu, kira-kira dua-pertiga daripada pekerjan wanita yang diberhentikan adalah terbabit di dalam sektor kecil tekstil dan elektronik.
Pendidikan
16.17 Kaum wanita telah mendapat faedah dari peluang¬peluang pendidikan yang saksama. Ini dapat dilihat dari kadar penyertaan yang seimbang di antara pelajar lelaki dan wanita pada peringkat pendidikan rendah dan menengah. Walau bagaimanapun, perbezaan dari segi jantina masih wujud di mana kaum wanita lebih cenderung memilih disiplin yang bukan teknikal dan vokasional seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16-5. Namun begitu, bilangan pelajar wanita di dalam aliran 16.17 Kaum wanita telah mendapat faedah dari peluang¬peluang pendidikan yang saksama. Ini dapat dilihat dari kadar penyertaan yang seimbang di antara pelajar lelaki dan wanita pada peringkat pendidikan rendah dan menengah. Walau bagaimanapun, perbezaan dari segi jantina masih wujud di mana kaum wanita lebih cenderung memilih disiplin yang bukan teknikal dan vokasional seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16-5. Namun begitu, bilangan pelajar wanita di dalam aliran
16.18 Pengambilan pelajar wanita di universiti adalah merupakan 44 peratus daripada keseluruhan pengambilan bagi tempoh RM5 dengan kemasukan pelajar wanita yang semakin meningkat di bidang-bidang seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, arkitek dan perakaunan. Walaupun lebih ramai penuntut wanita telah mengikuti kursus-kursus sains dan teknologi, namun sebilangan besar penuntut wanita masih lagi terus memasuki kursus-kursus sastera dan sastera gunaan.
Pertubuhan-pertubuhan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
16.19 Beberapa buah institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke dalam aliran utama pembangunan. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelah tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan di peringkat negara. Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan- perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita. Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID.
16.20 Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisani-organisasi Kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa lembaga kemajuan wilayah. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk kaum wanita bukan sahaja berasaskan ekonomi, tetapi juga meliputi program-program pendidikan, sosial dan agama yang lebih meluas.
16.21 Penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebuah agensi amanah bukan Kerajaan, telah membantu mempertingkatkan penyertaan kaum wanita di dalam aktiviti¬aktiviti ekonomi. Kajian-kajian awal menunjukkan bahawa kaum wanita bukan sahaja merupakan peserta majoriti dalam skim kredit AIM tetapi merupakan pembayar balik kredit yang lebih baik. Dalam proses ini, penyertaan wanita terutama dalam aktiviti-aktiviti bukan ladang telah meningkatan pendapatan isirumah dengan banyaknya.
16.22 Pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan peranan penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial. NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan¬pertubuhan Wanita(NCWO), Perkumpulan Wanita (WI), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Untuk Wanita dan Lembaga Kebajikan Perempuan
Islam telah menyedia¬kan berbagai program pembangunan berbentuk jaya diri dan kemudahan-kemudahan sokongan yang lain.
Taraf Undang-undang
16.23 Perlembagaan Persukutan menjamin kesamaan hak wanita dengan lelaki. Di samping itu, berbagai undang-undang telah digubal untuk mengekal, memelihara dan melindungi hak-hak wanita.
16.24 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976, yang telah dirangka untuk melindungi hak¬hak wanita bukan Islam daripada kelemahan- kelemahan yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan sebelum ini, telah menghapuskan poligami, menetapkan had umur minimum berkahwin pada umur enam belas tahun dan mewajibkan pendaftaran bagi semua perkahwinan. Berkaitan dengan wanita Islam, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam memberikan hak dan faedah yang lebih tuntuk melindungi kebajikan wanita dan kanak-kanak Islam sekiranya berlaku perceraian.
16.25 Bagi melindungi kepentingan wanita dan untuk memelihara mereka daripada penganiayaan, undang-undang yang berkaitan dengan rogol dan perkosaan telah dipinda oleh Parlimen dapa bulan April 1989. Hukuman mandatori tidak kurang dari lima tahun dan maksimum sehingga dua puluh tahun juga dikenakan sebagai pencegah yang berkesan terhadap jenayah ke atas wanita.
16.26 Status wanita sebagai agen ekonomi telah dipertingkatkan lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan yang lebih baik dalam Akta Cukai Pendapatan, 1967. Di bawah peruntukan yang baru, wanita boleh mengemukakan taksiran berasingan di samping memasukkan pendapatan dari semua sumber untuk tujuan percukaian. Dengan itu, peruntukan¬peruntukan baru tersebut telah memberi layanan yang saksama kepada wanita di bawah undang-undang cukai yang sedia ada.
III. PROSPEK, 1991-95
16.27 Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Sebagai isteri dan ibu, mereka merupakan tenaga utama di dalam membentuk generasi Malaysia yang penyayang dan progresif di masa hadapan. Di luar rumah, wanita adalah sumber ekonomi yang penting. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran buruh yang semakin ketat di beberapa sektor dan lokasi, ianya telah menimbulkan kebimbangan yang penglibatan wanita dalam kegiatan ekonomi akan terbantut disebabkan oleh beberapa batasan seperti:
dua tanggungjawab yang sering bercanggah, iaitu terhadap keluarga dan kerjaya menghadkan mobiliti dan penyertaan lebih ramai wanita dalam
pasaran buruh; pembezaan jantina mengikut disiplin pendidikan di sekolah-sekolah bukan
sahaja akan membawa kepada perbezaan pekerjaan di masa hadapan, malah ia akan juga menyukarkan penyesuaian dan penyertaan wanita di dalam pasaran buruh;
kelaziman sosial dan prasangka terhadap peranan dan status wanita dalam masyarakat dan juga dalam pasaran buruh menyekat penglibatan mereka di
dalam aktiviti¬aktiviti ekonomi; wanita-wanita yang mempunyai anak,yang bergantung hidup kepada suami
mereka merupakan kumpulan wanita yang sering terdedah kepada keganasan rumahtangga. Kekurangan kemahiran di kalangan wanita ini sering menghadkan pilihan mereka dan ini menghalang mereka daripada memperolehi sumber pendapatan alternatif;
wanita selalunya dianggap sebagai pencari nafkah kedua yang hanya membantu menambah pendapatan keluarga. Dengan itu, pekerjaan mereka selalunya tidak dianggap penting bagi keluarga. Akibatnya, program-program yang dirangka untuk mewujudkan peluang pendapatan bagi kaum wanita pada umumnya memperkukuhkan lagi peranan mereka di rumah dan jarang menyediakan peluang untuk mendapatkan kema hiran-kemahiran yang diperlukan dalam pasaran buruh;
kekurangan latihan pengurusan yang sesuai yang diikuti oleh ketiadaan kemahiran, kekurangan kemudahan untuk mendapatkan kredit dan kekurangan maklumat pasaran yang berkaitan juga membataskan penyertaan wanita dalam ekonomi; dan
suasana kerja pada umumnya tidak menggalakkan isteri¬ isteri dan ibu-ibu untuk terus bekerja. Keadaan ini menghadkan peluang-peluang latihan dan
menghalang pembangunan dalam kerjaya. Pemisahan rumah dari tempat kerja sera masa kerja yang ditetapkan menyukarkan kaum wanita untuk melibatkan diri secara berterusan di dalam pasaran buruh.
16.28 Memandangkan terdapatnya berbagai masalah yang menghalang pembangunan wanita, teras utama usaha-usaha Kerajaan ialah ke arah memastikan dasar pembangunan di masa hadapan digubal bagi memudahkan penyertaan wanita secara lebih berkesan sebagai rakan kongsi di dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Di dalam rangka DWN, penekanan akan lebih ditumpukan kepada aktiviti meningkatkan kemahiran di kalangan wanita.
Pembangunan Keluarga
16.29 Keupayaan dan kebolehan wanita mewujudkan keharmonian keluarga akan terus diperkukuhkan melalui berbagai program yang menyeluruh dan yang meliputi pelbagai sektor yang dianjurkan oleh LPPKN dan agensi-agensi awam lain. Aktiviti- aktiviti yang boleh meningkatkan kesejahteraan wanita akan juga dipergiatkan bagi memudahkan kaum wanita melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti ekonomi di luar rumah.
16.30 Sistem pendidikan bukan formal akan terus digunakan dengan lebih berkesan untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial di samping memastikan pembentukan generasi yang berkualiti di masa hadapan. Program yang berkaitan dengan pembangunan keluarga seperti keibubapaan, kestabilan rumahtangga, pemakanan, kesihatan reproduktif, pengurusan sumber keluarga dan kaunseling akan disepadukan ke dalam kurikulum latihan.
16.31 Projek-projek penyelidikan dan penyiasatan akan juga dijalankan untuk meningkatkan pemahaman terhadap faktor¬faktor yang boleh membantu wanita memainkan peranan mereka dalam keluarga dan di tempat kerja. Penemuan- penemuan yang berkaitan akan membantu Kerajaan menggubal program-program yang lebih sesuai untuk wanita pada masa hadapan.
Penyertaan Tenaga Buruh dan Gunatenaga
16.32 Memandangkan kaum wanita mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi, Kerajaan akan menggalakkan program¬program peningkatan kemahiran tenaga manusia yang bertujuan untuk memperbaiki lagi status pekerjaan mereka. Program latihan kemahiran dan latihan semula akan diperluaskan lagi untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka. Prospek bagi kaum wanita dalam bidang ekonomi akan dipertingkatkan dengan adanya peluang-peluang dalam pekerjaan bukan tradisional. Pengambilan pelatih wanita yang lebih ramai di sekolah¬sekolah 16.32 Memandangkan kaum wanita mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi, Kerajaan akan menggalakkan program¬program peningkatan kemahiran tenaga manusia yang bertujuan untuk memperbaiki lagi status pekerjaan mereka. Program latihan kemahiran dan latihan semula akan diperluaskan lagi untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka. Prospek bagi kaum wanita dalam bidang ekonomi akan dipertingkatkan dengan adanya peluang-peluang dalam pekerjaan bukan tradisional. Pengambilan pelatih wanita yang lebih ramai di sekolah¬sekolah
16.33 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan memberi tumpuan yang khusus terhadap keperluan wanita yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam isirumah yang diketuai oleh wanita. Untuk mencapai tujuan ini, kajian akan dijalankan bagi membantu usaha-usaha perancangan pada masa akan datang. Program-program khusus untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran yang boleh dipasarkan akan juga dirangka untuk mempertingkatkan keupayaan kaum wanita dan meluaskan peluang-peluang mendapatkan pekerjaan serta menambah pendapatan. Penyediaan kemudahan-kemudahan sokongan seperti pusat-pusat jagaan kanak-kanak untuk anak-anak pekerja akan juga digalakkan untuk menambah dan terus mengekalkan penyertaan kaum wanita dalam pasaran buruh.
Wanita Dalam Perniagaan
16.34 Kaum wanita harus juga dilengkapkan dengan kemahiran keusahawanan dan perniagaan untuk menggalakkan mereka bekerja sendiri di samping mempelbagaikan lagi penyertaan mereka di bidang ekonomi. Oleh kerana keperluan wanita agak khusus, mereka harus diperuntukkan dengan sumber-sumber ekonomi seperti kemudahan kredit dan lesen di samping perwakilan yang sewajarnya dalam persatuan-persatuan perniagaan dan perdagangan. Sehubungan dengan itu, usaha akan diambil untuk menyediakan kemudahan, bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran pengurusan, tetapi juga membantu dalam usaha membentuk asas ke arah penglibatan kaum wanita dengan lebih berkesan di dalam arena perniagaan. Tambahan pula, penyertaan kaum wanita Bumiputera di dalam bidang ini akan dapat membantu membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan
16.35 Dengan perlaksanaan DWN, peranan NGO dan pertubuhan¬pertubuhan sukarela yang berkaitan tidak hanya dihadkan kepada aktiviti sosial dan pembangunan masyarakat. Penglibatan pertubuhan-pertubuhan ini juga harus lebih aktif dan berkesan dalam program dan aktiviti yang bertujuan mendorong penyertaan wanita ke dalam aktiviti-aktiviti utama pembangunan. Pertubuhan- pertubuhan ini juga harus bertindak sebagai penggalak kepada pembentukan program dan skim yang akan dapat membawa perubahan kepada kaum wanita di luar bandar. Dalam konteks ini, pertubuhan-pertubuhan wanita akan menumpukan aktiviti mereka dalam mengembleng kaum wanita di luar bandar untuk meningkatkan pengeluaran dari kedua-dua aktiviti pertanian dan bukan pertanian. Ini dapat dilakukan melalui penyampaian nasihat mengenai pengeluaran, pemerosesan, pemasaran dan aktiviti ekonomi lain yang berkaitan.
16.36 Untuk melengkapkan lagi usaha-usaha Kerajaan dan NGO, di samping mengelakkan pertindihan fungsi di antara kedua pihak, satu mekanisma yang lebih berkesan dan berdaya maju akan dibentuk. Cadangan pembentukan Jawatankuasa Perundingan di peringkat negeri dan daerah akan memperkukuhkan lagi kedua-dua sistem rangkaian dan maklum balas mengenai wanita. Jawatankuasa ini akan juga memastikan penyertaan individu, NGO dan kumpulan-kumpulan berkepentingan yang lain dalam pembentukan, pengawasan, penilaian dan kajian semula dasar, program dan aktiviti yang berkaitan.
16.37 NGO juga akan digalak untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan khidmat sokongan yang lain terutama sekali dalam kes-kes keganasan rumahtangga dan keganasan terhadap wanita. Kebajikan kaum wanita akan lebih terjamin melalui penubuhan pusat-pusat krisis dan perlindungan bagi wanita yang dianiaya, penyediaan khidmat bantuan guaman serta penubuhan pusat perlindungan bagi mereka yang mengalami tekanan jiwa. Ini adalah penting kearah membolehkan kaum wanita yang bermasalah dipulihkan semangat dan keyakinan diri mereka dan membantu mereka bergiat semula di dalam aktiviti-aktiviti yang produktif. Dasar Wanita Negara - Pelan Tindakan
16.38 HAWA akan menggubal satu Pelan Tindakan untuk melaksanakan pelbagai perakuan yang terkandung di dalam DWN, termasuklah cadangan-cadangan untuk:
memperkukuhkan jentera negara untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan wanita;
mengorientasi semula proses institusi bagi perancangan, pelaksanaan dan pengawasan dasar-dasar dan program-program Kerajaan supaya mengambil kira kepentingan wanita;
meningkatkan kesedaran awam dan kepekaan birokrasi Kerajaan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan wanita;
mengerakkan NGO untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program-program sosio-ekonomi; dan
mengatasi masalah diskriminasi dan menggalakkan tindakan yang positif untuk faedah kaum wanita khususnya.
16.39 HAWA juga akan mengkaji semula perundangan yang berkaitan di samping membuat perakuan kepada Kerajaan supaya memastikan rangka perundangan dan institusi yang ada mengambil kira dan menggalakkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan negara.
IV. PERUNTUKAN
16.40 Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak $20 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam untuk membantu program-program dan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh HAWA.
V. PENUTUP
16.41 Kerajaan adalah bersungguh-sungguh dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan wanita secara lebih berkesan di dalam keseluruhan proses pembangunan negara. Sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh kaum wanita di dalam pembangunan keluarga dan meningkatnya penglibatan mereka di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi, Kerajaan akan terus menyokong program-program yang dapat memudahkan peranan wanita di dalam dan di luar keluarga. Memandangkan kaum wanita merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat Kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting di dalam usaha membina negara.