PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DI MALAYSIA

PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DI MALAYSIA

Perkembangan pembangunan dan perancangan guna tanah di Malaysia telah berlaku pada awal tahun 1800-an. Perkembangan tersebut telah mengakibatkan beberapa peristiwa berlaku iaitu:-

i. Sejarah perancangan di Malaysia; ii.

Lembaga Kebersihan; iii.

Penubuhan Jabatan Perancang di Malaya.

Sejarah Perancangan di Malaysia

Sejarah perancangan di Malaysia bermula sebaik sahaja Kapten Francis Light mendapat di George Town, Pulau Pinang pada tahun 1786. Beliau mendapati tiada corak perhubungan jalan raya sistematik. Seterusnya beliau mengarahkan agar susun atur jalan raya disediakan. Di situ bermula perancangan bandar yang merupakan asas kepada perancangan bandar pada masa tersebut.

Kegiatan awal perancangan bandar di Malaysia bermula dengan tertubuhnya satu jawatankuasa yang bergelar Jawatankuasa Penilai-Penilai pada 1801 di Pulau Pinang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik secara sukarela dan diberi kuasa untuk menyusun atur bandar dalam keadaan yang paling sesuai untuk keperluan penduduknya. Mereka mempunyai kuasa untuk mereka bentuk susun atur jalan, membina jalan, menjual lot tanah dan merancang sistem perparitan.

Sumbangan awal perancangan ialah pembinaan jalan dan parit di sekitar bandar Georgetown, disempadankan oleh Jalan Light, Jalan Beach, Jalan Chulia dan Jalan Pitt yang merupakan sebuah kawasan perdagangan yang telah kekal sehingga hari ini tanpa perubahan besar. Ini m eru pak an sum bangan terawal dalam memperkenalkan aktiviti perancangan di negara ini terutama sekali bagi negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Pada tahun 1881, sesuatu peristiwa yang membentuk kepada perancangan yang lebih sistematik terhadap pembangunan telah berlaku akibat daripada kebakaran besar yang berlaku di Kuala Lumpur. Melalui peristiwa kebakaran di sebahagian besar Kuala Lumpur itu, dua keputusan penting telah diambil oleh Majlis Negeri-Negeri ketika itu. Keputusan pertama ialah membahagikan Kuala Lumpur kepada empat bahagian :-

i. Bahagian perniagaan besar untuk pedagang dan saudagar; ii.

Bahagian perkilangan untuk tukang-tukang besi dan kegiatan-kegiatan lain yang menimbulkan kacau ganggu dan berbahaya;

iii. Bahagian untuk rumah-rumah pelacuran; iv.

Bahagian untuk kedai-kedal menjual ganja, bengkel dan kedai membuat kuih. Keputusan yang kedua pula iaitu, larangan terhadap pembinaan rumah -

rumah kayu dalam kawasan bandar. Bagi kawasan rumah kayu yang dibenarkan terdapat had-had iaitu hanya 12 unit untuk sebaris rumah dan baris-baris rumah perlu dipisahkan dengan jarak tidak kurang dari 20 kaki, sementara kaki lima untuk rumah yang diperbuat daripada atap tidak lagi dibenarkan.

Rajah 2.13 Susun Atur Rumah

Antara tahun 1880 sehingga. tahun 1890, bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia telah mengalami perkembangan yang memberangsangkan khususnya di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pelabuhan dan kawasan yang mempunyai aktiviti perlombongan. Pertambahan penduduk di kawasan tersebut adalah disebabkan wujudnya kegiatan-kegiatan perdagangan serta wujudnya pekerjaan yang secara tidak langsung menarik minat penduduk untuk berhijrah ke tempat berkenaan. Perkembangan dan pertambahan penduduk tanpa kawalan telah menyebabkan berlakunya kesesakan, kekotoran, penyakit dan kecenderungan kepada kebakaran. Bagi mengatasi masalah ini, Lembaga Kebersihan telah ditubuhkan.

Lembaga Kebersihan

Penubuhan Lembaga Kebersihan merupakan usaha pertama yang diambil kira pelbagai aspek perancangan bagi tujuan pembangunan. Sistem Lembaga Kebersihan telah dibentuk pada 1892 dan diperluas ke bandar-bandar utama dan sebahagian kampung-kampung pada tahun berikutnya. Dengan itu, penduduk telah dapat menikmati sistem kesihatan, kebersihan clan perbandaran lebih baik.

Pembaikan ini memerlukan penyerahan pelan-pelan bangunan baru dan pindaan untuk bangunan lama untuk siasatan Lembaga. Lembaga ini mengawas pembikinan, pembaikan, pembersihan, perparitan, pengairan, pemasangan lampu jalan, penanaman dan pengekalan pokok dan perkara -perkara lain yang bersangkutan dengan pembangunan bandar.

Pem bentuk an lem baga ini m em punyai k esan dalam m em bentuk k eseragaman bangunan dalam sesuatu bandar dan rupa bentuk bandar dalam sesuatu kawasan.

Penubuhan Jabatan Perancang di Malaya

Pengenalan kepada perancangan bandar bermula dengan terbentuknya Jabatan Perancangan Bandar. Pada tahun 1921 Charles Compton Reade (C.C. Reade), seorang Perancang Bandar Kerajaan dari Australia Selatan telah dipinjamkan sementara untuk menjalankan tugas sebagai perancang bandar di Malaysia. Beliau telah berusaha memperkenalkan perundangan baru bagi memperkukuhkan bidang perancangan bandar. Pada tahun 1923 Enakmen Perancangan Bandar Bil. 19 yang merupakan undang-undang pertama perancangan bandar diluluskan oleh kerajaan. Enakmen tersebut diguna pakai dan dipinda dan diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 28 Februari 1927. C.C. Reade kemudiannya dilantik secara tetap sehingga tahun 1929. Bidang perancangan bandar dianggap satu bidang profesional yang setaraf dengan bidang kejuruteraan, seni bina dan ukur tanah. Pada tahun 1933, Jabatan ini telah berpusat di Kuala Lumpur dan seterusnya menjalankan operasi ke Perak. Selangor dan Negeri Sembilan (Concannon, 1958). Pada tahun 1941, dengan meletusnya. peperangan Pasifik, jabatan ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu dan kemudiannya telah dibuka semula bawah pemerintahan Jepun. Pada tahun 1943 jabatan telah ditutup dan tahun 1944 telah dibuka semula sebagai sebahagian daripada Pejabat Public Works (PWD) berpejabat di Maxwell (Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa, 2007). Pentadbiran Pengenalan kepada perancangan bandar bermula dengan terbentuknya Jabatan Perancangan Bandar. Pada tahun 1921 Charles Compton Reade (C.C. Reade), seorang Perancang Bandar Kerajaan dari Australia Selatan telah dipinjamkan sementara untuk menjalankan tugas sebagai perancang bandar di Malaysia. Beliau telah berusaha memperkenalkan perundangan baru bagi memperkukuhkan bidang perancangan bandar. Pada tahun 1923 Enakmen Perancangan Bandar Bil. 19 yang merupakan undang-undang pertama perancangan bandar diluluskan oleh kerajaan. Enakmen tersebut diguna pakai dan dipinda dan diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 28 Februari 1927. C.C. Reade kemudiannya dilantik secara tetap sehingga tahun 1929. Bidang perancangan bandar dianggap satu bidang profesional yang setaraf dengan bidang kejuruteraan, seni bina dan ukur tanah. Pada tahun 1933, Jabatan ini telah berpusat di Kuala Lumpur dan seterusnya menjalankan operasi ke Perak. Selangor dan Negeri Sembilan (Concannon, 1958). Pada tahun 1941, dengan meletusnya. peperangan Pasifik, jabatan ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu dan kemudiannya telah dibuka semula bawah pemerintahan Jepun. Pada tahun 1943 jabatan telah ditutup dan tahun 1944 telah dibuka semula sebagai sebahagian daripada Pejabat Public Works (PWD) berpejabat di Maxwell (Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa, 2007). Pentadbiran

Selepas peperangan dunia kedua, jabatan perancangan dibentuk semula dan di antara tahun 1955 hingga tahun 1956 pejabat wilayah telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, dan Johor Bharu. Pada masa berkenaan terdapat pergolakan politik yang agak ketara. Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem perkhidmatan perancangan bandar di Malaysia telah berubah corak kepada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Persekutuan. Bagi menjalankan fungsi-fungsi jabatan selaras dengan kehendak politik, pada tahun 1959 pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Dalaman dan seterusnya pada bulan Mei, 1964 Jabatan Perancangan Bandar telah ditukarkan dan diletakkan di bawah kementerian yang baru iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sehingga sekarang ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menjalankan kegiatannya di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan pejabat cawangannya di Alor Setar, Kedah, Bandar Melaka, Melaka dan di Kuantan, Pahang. Perancangan bandar di Malaysia diiktiraf secara rasminya pada tahun 1995 apabila Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1996.