PERKEMBANGAN BANDAR DI AMERIKA SYARIKAT

Penubuhan Lembaga Perancang Bandar

Lembaga Perancang Bandar ditubuhkan bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan tempatan. Lembaga ini mempunyai kuasa yang sedikit disebabkan definisi dan tujuan penubuhan yang tidak jelas. Namun demikian, lembaga ini dapat menjelaskan bahawa perancangan merupakan tugas dan tanggungjawab kerajaan. Ahli-ahli lembaga tersebut terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, ejen harta tanah, arkitek, arkitek landskap dan jurubank.

Pada tahun 1907, Lembaga tersebut ditubuhkan oleh Connecticut State Legislative untuk bandar Hartford, tahun 1908 bagi bandar Milwaukee dan tahun 1909 bagi bandar Chicago, Detroit dan Baltimore.

Namun demikian penubuhan lembaga tersebut mempunyai jasa-jasanya dari aspek perancangan bandar seperti:- Namun demikian penubuhan lembaga tersebut mempunyai jasa-jasanya dari aspek perancangan bandar seperti:-

ii. Pada tahun 1909, Pelan Wilayah Metropolitan yang pertama di Amerika Syarikat disediakan oleh Daniel H. Burham bagi bandar Chicago. Aspek perancangan bandar yang dilakukan merangkumi proses melalui mesyuarat. penglibatan awam dan seminar berkenaan perancangan dan pembangunan.

iii. Pada tahun tersebut juga, State Enabling Act yang pertama diluluskan di Wisconsin dengan membenarkan kerajaan tempatan untuk terlibat secara langsung dalam perancangan bandar di kawasannya. Sehubungan dengan itu, aspek perancangan bandar telah mula diperkenalkan di universiti -universiti.

iv. Antara tahun 1908 hingga 1909, kes mahkamah pertama didengar dengan menguji asas konstitusi untuk mengawal pembangunan persendirian oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Pergerakan Utama Konsep Perancangan Bandar

Perancangan bandar moden berlaku adalah hasil daripada pertambahan penduduk yang mendadak akibat daripada Revolusi Perindustrian. Keprihatinan pemikir- pemikir yang mencetuskan idea corak petempatan yang baru dan terancang untuk pekerja menjadikan kawasan petempatan yang disediakan adalah menarik dan selesa dan selamat untuk didiami. Penyediaan petempatan kepada penduduk bukan hanya untuk merancang kawasan yang sesuai untuk didiami tetapi telah beralih dengan memberi tumpuan kepada aspek keindahan. Pergerakan utama konsep perancangan bandar di Amerika Syarikat bermula pada penghujung abad 1900-an dan awal abad 2000-an. Antara pergerakan tersebut ialah Pergerakan 'Bandar Taman' dan Pergerakan 'Bandar Indah' yang mempengaruhi reka bentuk komuniti kejiranan. Konsep perancangan moden bermula di Amerika pada seawal-awalnya pada tahun 1890 di Detroit, New York dan Philadelphia.

Pergerakan 'Bandar Taman'

Pergerakan Konsep Bandar Taman meninggalkan kesan yang mendalam kepada perancangan bandar pada awal abad ke-20. Pergerakan ini telah diasaskan, oleh

Ebenezer Howard yang lahir di London dan telah bermastautin di Nebraska semasa berumur 21 tahun. Di antara bandar yang menggunakan konsep Bandar Taman ini ialah di Woodbourne, Boston; Sunnyside, Queens; Lake Vista, New Orleans; Forest Hills Gardens, New York dan Radburn di New Jersey. Konsep perancangan beliau akan diterangkan dengan lebih mendalam pada Bab 3.

Pergerakan 'Bandar Indah'

Pergerakan ini bermula di Chicago pada tahun 1893 semasa persidangan Columbian Exposition bagi memperingati ulang tahun ke-400 Amerika Syarikat. Fokus utama memperkenalkan konsep Bandar Indah adalah untuk mengatasi kesesakan penduduk di bandar.

Daniel H. Burnham dikenali sebagai bapa kepada perancangan bandar di Amerika Syarikat. Beliau dilantik sebagai ketua perancang dan arkitek untuk persidangan tersebut. Bandar Putih (White City) telah ditubuh dan dirancangnya mengimbangi pusat perindustrian di Amerika. Kawasan tersebut dikenali sebagai World’s Columbian Exposition yang direka bentuk secara klasik dan mempunyai aliran air dan kawasan awam yang lapang luas. Beliau juga telah merancang dan mewujudkan beberapa bandar seperti San Francisco, Cleveland dan Chicago. Idea perancangan tersebut telah diguna pakai oleh Walter Burley Griffin dalam perancangan beliau bagi Canberra.

Pergerakan ini telah menjadi titik tolak kepada perancangan di Amerika.

Walaupun agak tidak munasabah untuk mengubah bandar-bandar industri yang bermasalah di Amerika tetapi dengan usaha beliau, kawasan-kawasan tersebut boleh diperbaiki serta meningkatkan kualiti pembangunan.

Pada awal abad ke-20-an, konsep-konsep perancangan yang dikemukakan eh Geddes dan Burham telah disemak semula. Keadaan ini telah menyebabkan sistem pengezonan digunakan untuk perancangan yang lebih sistematik di samping menekankan kepada polisi-polisi perumahan, pecah sempadan dan kesihatan am.

Pembentukan Semula Perancangan Bandar

Bagi mewujudkan pembentukan semula sistem perancangan bandar di Amerika, beberapa tindakan dibuat. Antaranya;

i. Konferensi perancang bandar; ii.

Institut Perancang Bandar Amerika (American Institute of Planners).

Konferensi Perancangan Bandar

Konferensi perancangan bandar pertama pada peringkat kebangsaan telah diadakan di Washington D.C. pada tahun 1909. Tujuan utama konferensi ini diadakan ialah untuk mengetahui tentang perkara-perkara semasa yang berlaku dalam bidang perancangan di samping kerja sama dalam bidang lain seperti arkitek seni taman dan perancang seni taman. Kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai asas penentu penggunaan terbaik untuk ruang fizikal.

Sejurus selepas itu, konferensi perancangan bandar yang kedua telah diadakan di Rochester, New York yang ditaja oleh American Institute of Architect "American Society of Landscape Architect. Segala keputusan yang dihasilkan konferensi tahun 1909 telah dimansuhkan. Resolusi daripada konferensi tersebut memberi penekanan terhadap konsep penyusunan semula, pekerjaan dan keamanan sosial melalui pembangunan fizikal bandar.

Pada tahun 1910, R ussell Sage Foundation di New York telah menyumbangkan dan merancang reka bentuk Forest Hill Gardens di Long Island, New York yang merupakan demonstrasi pertama konsep kejiranan yang diterokai oleh Raymond Unwin. Konsep perancangan bandar ini memperkenalkan reka bentuk jalan curvilinear di kawasan perumahan.

Pada tahun 1913 pula, Pihak Berkuasa di New York telah memberi kuasa kepada datuk bandar untuk menubuhkan 'Lembaga Perancangan'. Keadaan ini juga berlaku di New Jersey. Lembaga ini perlu dirujuk bagi permohonan untuk membuat pecah sempadan.

Lanjutan daripada perkara pecah sempadan tadi, maka pengawalan untuk mengadakan pecah sempadan perlu diadakan bagi mengelak daripada masalah terlalu banyak pecah sempadan dilakukan. Oleh yang demikian 'Akta California' digubal bukan hanya memberi kuasa kepada datuk bandar untuk merancang dan menubuhkan `Suruhanjaya Perancangan' tetapi juga memerlukan rujukan mandatori bagi semua pecah sempadan dalam lingkungan 4.83 km. (3 batu) dari sempadan bandar untuk disemak oleh Suruhanjaya Perancangan.

Institut Perancang Bandar Amerika (American Institute of Planners)

Institut ini telah ditubuhkan melalui Persidangan Perancangan Bandar ke 9 yang diadakan di Bandar Kansas pada bulan Mei, 1917. Pada persidangan tersebut, hasil rumusan mendapati bahawa perlunya satu badan yang mengawal perkembangan sains perancangan bandar yang semakin komprehensif. Institut ini telah dibentuk di mana Frederick Law Olmstead Jr. telah dilantik sebagai president pertama badan ini. Penubuhan institut ini mendapat sokongan dan maklum balas yang baik daripada masyarakat. Institut ini telah berkembang dengan pesatnya. Beberapa pembaharuan telah dibuat, sebagai contohnya,

i. Pada tahun 1916, Bandar New York telah menerima pakai Ordinan

Penzonan yang pertama diimplementasikan dengan komprehensif bertujuan untuk mengawal ketinggian dan kelebaran bangunan.

ii. Pada tahun 1922, Jabatan Perdagangan Amerika telah mengeluarkan perundangan yang merangkumi piawaian dan penzonan di mans kuasa diberikan untuk pembangunan bandar-bandar bagi aktiviti kegunaan tanah.

Selepas perang dunia pertama, perancangan menjadi bertambah penting dan menjadi asas kepada 'persefahaman baru' bagi mengukuhkan lagi pelaburan kerajaan dan kestabilan ekonomi. Program yang dilaksanakan merangkumi :-

i. Penubuhan agensi-agensi perancangan dengan tumpuan diberikan untuk mengatasi masalah-masalah bandar.

ii. Pengwujudan banyak bandar `lingkaran hijau' daripada idea Howard. Walau bagaimanapun keadaan ini hanya berlaku di kawasan -kawasan pinggir bandar sahaja tidak bandar-bandar besar kerana tiada kemudahan yang secukupnya.

iii. Penubuhan dan pengawalan sistem untuk mengawal banjir, tebus guna tanah serta pembangunan ekonomi oleh Tennessee Valley Authority. Pendekatan ini dapat membangunkan dan meningkatkan kualiti kehidupan luar bandar bagi kawasan-kawasan mundur di bahagian Selatan.

Selepas perang dunia kedua, pendekatan baru bagi aspek perancangan yang bercorak kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dikenal pasti. Program yang dilaksanakan merangkumi:

i. Program peringkat persekutuan menerusi National Housing Act, 1949 iaitu dengan menubuhkan perumahan awam untuk membantu dan mengadakan pembangunan semula bandar.

ii. Menubuhkan pendekatan asas untuk pembangunan semula bandar melalui National Housing Act, 1954. Cara yang dijalankan ialah dengan membangunkan semula sesuatu kawasan tersebut dengan membina semula jalan, utiliti dan kemudahan awam. Program ini dianggap berjaya kerana dapat mengatasi masalah kesesakan di kawasan bandar. Di samping itu jugs, galakan daripada kerajaan telah bedaya memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pelan yang komprehensif agar perancangan yang dilakukan dapat memanfaatkan semua kelompok masyarakat.

Dalam tahun 1970-an, program perancangan dan pembangunan menjadi lebih realistik dengan memberi kuasa kepada kerajaan tempatan dan negeri untuk menyelesaikan masalah bandar. Oleh yang demikian pertumbuhan pembangunan bandar menjadi lebih komprehensif dan cepat kerana perancangan tersebut tidak melibat dan bergantung pada perkembangan bandar-bandar lain.

Hasil pembangunan sejarah perancangan dan pembangunan di Amerika Syarikat, trend terbaru dan terkini dalam perancangan dapat dihasilkan melalui sistem pentadbiran yang dapat mengawal pertumbuhan dan kemerosotan pembangunan di kawasan-kawasan pinggir bandar. Penekanan perancangan telah dibuat melalui kawalan dari segi guna tanah, peraturan bangunan, pelan petempatan untuk menghalang serta memberhentikan migrasi masuk penduduk. Konsep perancangan berbentuk kejiranan yang dapat melahirkan suasana persekitaran yang harmoni serta mengadakan pembangunan semula dan pemeliharaan bangunan-bangunan sejarah dan alam sekitar. Perancangan yang dilaksanakan merangkumi keperluan penduduk semasa. Perancangan bandar berbentuk Broadacre diperkenalkan kerana terdapat kawasan ladang yang besar di Amerika yang memerlukan perancangan yang lebih sistematik dan selesa.