PENDAHULUAN KEPADA PERANCANGAN FIZIKAL dan budaya

BAB 2 PENEMUAN AWAL PERANCANGAN

Perancangan Bandar bermula pada kemuncak revolusi industri di Britain pada abad ke-19. Penemuan arang batu, enjin berwap, teknologi tekstil, pembuatan gelas, mesin pencetakan, bahan kimia dan simen telah merancakkan lagi bidang perindustrian. Lebih- lebih lagi kemudahan pengangkutan diperkenalkan yang turut memberi sumbangan besar pada perkembangan penduduk. Selepas tahun 1830, kereta api enjin berwap telah diperkenalkan dan laluannya adalah dari Stockton dan Darlington di United Kingdom. Penemuan tersebut telah mempercepatkan penghijrahan penduduk yang mencari peluang pekerjaan. Aktiviti perindustrian menjadi lebih rancak dan pengangkutan yang agresif menyebabkan perpindahan penduduk secara mendadak ke kawasan bandar. Proses perbandaran ataupun urbanisasi tidak terkawal dengan penghijrahan yang dinamik dari luar bandar membanjiri bandar yang padat dengan penduduk untuk mencari pekerjaan.

Ini menyebabkan bilangan penduduk yang meningkat secara tiada kawala n. Akibatnya, keadaan tempat tinggal menjadi tidak teratur, sesak menyebabkan bandar atau kawasan menjadi kotor, jangkitan penyakit, slum dan rumah-rumah disusun terlalu rapat dan tidak seragam. Kemudahan awam tidak disediakan kepada penduduk dan tiada kawalan pembangunan menjadikan keadaan bertambah buruk. Keadaan sedemikian telah mendorong kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perancangan petempatan penduduk yang lebih tersusun dan terancang.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi perindustrian pada abad ke 19 pada permulaan berlaku di negara Britain dan seterusnya merebak ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah seperti di German, Perancis, Sweden dan Belgium. Penemuan dan penciptaan teknologi moden akibat daripada revolusi perindustrian mengubah cara hidup manusia serta mempercepatkan perkembangan bandar. Menurut Hughes (1988), jumlah penduduk di Wales dan England adalah seimbang iaitu berjumlah

6 juta daripada tahun 1700 hingga 1740. Selepas tahun 1740 pertambahan penduduk meningkat secara drastik. Di antara tahun 1801-1850 jumlah penduduk di Wales dan England meningkat dari 8.3 juta ke 16.8 juta. Antara contoh lain ialah Rochdale di Lancashire yang telah menjadi kawasan perindustrian yang mana sebelum ini merupakan kawasan pendalaman. Bilangan penduduk di Rochdale hanyalah 15,000 penduduk pada tahun 1801, meningkat kepada 44,000 pada tahun 1851 dan seterusnya mencatatkan pertumbuhan penduduk yang mendadak kepada 83,000 pada tahun 1901 (Hall dan Tewdwr-Jones, 2011). Contoh yang lain pula dapat dilihat di Barat Hartlepool di Durham di mana bilangan penduduknya ialah 4000 orang dan meningkat kepada 63,000 pada tahun 1901.

Dalam masa 50 tahun, penduduk London telah meningkat dua kali ganda iaitu seramai 1 juta penduduk pada tahun 1801 dan meningkat kepada 2 juta pada tahun 1951. Seterusnya pertambahan pendud uk telah meningkat sekali ganda lagi kepada 4 juta penduduk pada tahun 1881 dan seterusnya menambah sebanyak

2.5 juta penduduk lagi; yang menjadikan penduduk London berjumlah 6.5 juta pada tahun 1911. Ini telah menjadikan bandar London saja telah mencapai jumlah penduduk pada tahap yang membimbangkan di mana penduduk daripada luar bandar telah bertumpu di London. Bagi perkembangan penduduk di England, pada tahun 1801 adalah berjumlah 16.8 juta dan meningkat lebih sekali ganda kepada

16.8 juta pada tahun 1850. Pada tahun 1901, peningkatan penduduk meningkat hampir dua kali ganda kepada 30.5 juta penduduk . Perkembangan dan pertambahan penduduk yang berlaku di United Kingdom menyebabkan beberapa kawasan luar bandar telah diklasifikasikan sebagai bandar. Perkembangan penduduk dapat di pada Rajah 2.1 yang menunjukkan pertambahan kepadatan penduduk daripada tahun 1801 hingga 1851.

Rajah 2.1 Perkembangan Penduduk di Britain (a) 1801(b) 1851

Sumber: Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning, 2011 Sumber: Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning, 2011

Selepas tahun

1870 terdapat

perubahan

Rajah 2.2 Bandar Preston pada tahun 1930

Sumber: Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning, 2011

Pertambahan penduduk bandar meningkat kerana tawaran peluang-peluang pekerjaan oleh sektor perkilangan di samping kemudahan pengangkutan awam yang wujud di kawasan bandar. Walaupun kemudahan pengangkutan awam tidak cekap pada masa tersebut tetapi telah menyumbang kepada keperluan pengangkutan penduduk. Disebabkan tumpuan penduduk di kawasan bandar semakin bertambah menyebabkan permintaan terhadap perumahan semakin meningkat. Seterusnya mengakibatkan rumah- rumah didirikan tanpa mengambil kira aspek-aspek kemudahan awam, dan sosial serta kesihatan yang mengakibatkan timbulnya masalah-masalah yang merunsingkan.

PERANCANGAN PETEMPATAN AWAL

Revolusi perindustrian telah menyebabkan kepesatan pembangunan perindustrian berlaku. Aktiviti perindustrian telah berjaya menarik orang ramai untuk bekerja dan mengubah cara hidup daripada aktiviti berasaskan pertanian kepada perindustrian.

Akibat daripada pertambahan penduduk di luar jangkaan, penduduk memerlukan tempat kediaman untuk tinggal dan berulang alik ke tempat kerja. Rumah-rumah yang berkepadatan tinggi disediakan oleh pemaju swasta yang mencari keuntungan. Kemudahan asas tidak disediakan seperti penyediaan air dan sistem pembetungan ketidak selesaan kepada penduduk. Pembinaan yang tanpa mengambil kir aspek-aspek kemudahan awam, sosial serta kesihatan mengakibatkan timbulnya masalah-masalah yang merunsingkan penduduk dan juga pentadbir.

Dalam keadaan yang menyedihkan itu, akhirnya lahirlah pemikir-pemikir ataupun philanthropist yang cuba merencanakan beberapa idea agar dapat memulihkan keadaan yang sesak , kekurangan kemudahan awam dan sosial kepada yang lebih baik dan harmoni. Philanthropist yang terkenal ialah Robert Owen (1771-1858), James Silk Buckingham (1786-1855), Sir Titus Salt (1803-1876), George Cadbury (1839-1922) dan William Lever (1851-1925).

Robert Owen

Robert Owen merupakan pemilik kepada industri tekstil yang terbesar di Britain. Cadangan beliau ialah membina kawasan pertanian yang boleh menampung penduduk antara 800 hingga 1,200 orang. Beliau juga mencadangkan supaya diwujudkan kemudahan-kemudahan seperti kemudahan sosial, pelajaran dan pekerjaan. Antara cadangan yang dikemukakan oleh beliau ialah:-

i. Pekerja-pekerja ditempatkan berdekatan dengan kilang; ii.

Sistem petempatan berkelompok untuk penggunaan tanah yang luas dan optimum;

iii. Kawasan pertanian dikelilingi oleh petempatan kilang-kilang dipersekitarannya.

Cadangan beliau dibawa ke parlimen pada tahun 1817 dan akhirnya terlaksana di New Lanark, England pada tahun 1820. Bandar New Lanark diilhamkan dengan penduduknya adalah 10,000 orang yang mempunyai kediaman yang berdekatan dengan tempat kerja, kemudahan awam, sistem pemanasan berpusat, kemudahan untuk kanak-kanak, petempatan khas untuk keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 3 tahun dan mempunyai beberapa industri yang berasaskan pertanian. Petempatan khas tersebut bertujuan untuk memudahkan penjagaan-penjagaan terhadap kanak-kanak semasa keluarga berkenaan keluar untuk

bekerja.

Rajah 2.3 Pelan Bandar New Lanark

Sumber: Green, Building, Planning and Development, 1981

Rajah 2.4 Bandar New Lanark

Sumber: http://faculty.evansville.edu/ck6/bstud/nlanark.html, 2014 dan Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning,2011

Hasilnya, wujud kompleks perindustrian di New Lanark (Rajah 2.1 dan 2.2). Idea beliau dari segi perancangan bandar adalah lebih baik kerana beliau mengambil tentang masyarakat dan memikirkan berbagai-bagai kemudahan untuk segala lapisan masyarakat dan pekerjaannya. Bangunan setinggi 3 tingkat disediakan untuk

menempatkan sekolah kepada kanak-kanak (Rajah 2.4). Terdapat 5 bangunan besar yang digunakan untuk operasi perindustrian tekstil. Penempatan penduduk yang terancang dan selesa telah membentuk satu komuniti masyarakat bagi petempatan kawasan tersebut. Sumbangan terbesar beliau adalah di samping menyediakan peluang pekerjaan, tumpuan kepada persekolahan untuk pelajaran anak-anak yang menunjukkan keprihatinan beliau bagi meningkatkan pendidikan masyarakat.

James Silk Buckingham

Semasa berumur 25 tahun beliau telah memulakan kerjaya sebagai pemberita (journalist). Pada tahun 1818 beliau telah berjaya menjadi pemilik kepada Calcutta Journal di India. Di antara tahun 1827 hingga 1837 beliau telah berjaya menjadi ahli parlimen sebagai wakil bagi bandar Sheffield. Minat beliau di dalam perundangan menjadikan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang disegani. Banyak buku telah dihasilkan oleh beliau pada tahun 1822, 1825, 1827, 1845 dan 1847 mengenai bandar dan pelancongan. Berkaitan dengan bidang perancangan bandar, belia amat meminati Robert Owen di mana idea perancangan yang dilahirkan oleh Robert Owen sedikit sebanyak telah mempengaruhi penulisan beliau. Buku yang berjudul National Evils and Practical Remedies pada tahun 1849 merupakan hasil penulisan beliau.

Bel iau m enc adan gk an s upa ya s uatu p em bangu nan k has untuk m engintegrasikan masyarakat bandar dinamakan Victoria. Bandar yang dicadangkan mengandungi satu kawasan lapang, garis pusatnya ialah satu batu dengan mempunyai 10,000 unit rumah yang mengikut bentuk segi empat tepat. Ciri- Bel iau m enc adan gk an s upa ya s uatu p em bangu nan k has untuk m engintegrasikan masyarakat bandar dinamakan Victoria. Bandar yang dicadangkan mengandungi satu kawasan lapang, garis pusatnya ialah satu batu dengan mempunyai 10,000 unit rumah yang mengikut bentuk segi empat tepat. Ciri-

Rajah 2.5 Bandar Victoria

Sumber: Ratcliffe, An Introduction to Town and Country Planning, 1974 .

http://urbanplanning.library.cornell.edu/DOCS/buckham.htm

Rumah-rumah yang dibina adalah untuk disewa kepada pekerja- pekerja. Terdapat bilik untuk bujang, berkahwin tanpa anak dan keluarga. Sewa adalah di antara £5, 10, 15 dan 20 setahun berdasarkan kepada jenis bilik. Kemudahan yang ada ialah kemudahan asas seperti air dan elektrik dengan mencukupi. Terdapat kawasan lapang untuk rekreasi berdekatan dengan kawasan perumahan. Di bahagian berdekatan dengan pusat bandar rang Victoria terdapat kemudahan ibadat, museum, galeri lukisan, dewan orang ramai, dewan muzik dan perpustakaan.

Selain itu, antara ciri-ciri yang pada bandar Victoria adalah:

i. Jalan raya dicadangkan adalah lurus dan berhubung terus dengan pusat di tengah-tengah. Ini adalah bertujuan untuk peredaran udara yang baik ke semua kawasan.

ii. Perancangan kawasan berbentuk diagonal dapat menghubungkan ke semua bahagian dengan pantas dan lancar.

iii. Peletakan bangunan pejabat awam berdekatan dengan pusat di tengah kawasan. Di bahagian tengah disediakan kawasan lapang, taman dan air pancur untuk melahirkan suasana yang tenang dan selesa serta menghindari daripada kesesakan lalu lintas. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang direncanakan sebagai kawasan yang indah dan menjadikan tarikan kepada penduduk sekitar.

iv. Kedudukan bangunan awam di pepenjuru merupakan lokasi strategik yang boleh menjadikan bangunan tersebut tersergam indah dan dapat dikunjungi dengan mudah.

Dalam cadangan yang dikemukakan, beliau mengambil kira tentang faktor-faktor keagamaan dan moral. Oleh yang demikian bagi memenuhi faktor-faktor tersebut, rokok, alcohol, dan senjata tidak disediakan di Victoria kerana beliau percaya keamanan boleh dicapai sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dibendung. Perancangan petempatan yang dihasilkan oleh Buckingham menunjukkan keprihatinan beliau untuk menjadikan satu kawasan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk masyarakat. Di Dalam cadangan yang dikemukakan, beliau mengambil kira tentang faktor-faktor keagamaan dan moral. Oleh yang demikian bagi memenuhi faktor-faktor tersebut, rokok, alcohol, dan senjata tidak disediakan di Victoria kerana beliau percaya keamanan boleh dicapai sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dibendung. Perancangan petempatan yang dihasilkan oleh Buckingham menunjukkan keprihatinan beliau untuk menjadikan satu kawasan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk masyarakat. Di

Sir Titus Salt

Beliau merupakan seorang pengusaha kilang. Pada peringkat awal pembabitan dalam bidang perniagaan, beliau mengusahakan alpaca (sejenis binatang di mana bulunya digunakan untuk membuat baju). Beliau telah menjalankan perniagaan membeli bulu bersama keluarganya di Bradford. Pada tahun 1833, beliau telah mengambil alih syarikat berkenaan dan mengendalikannya. Perhubungan belia dengan syarikat di Liverpool mengenai memproses fiber bulu alpaca dengan yang asli mendatangkan hasil kerana gabungan bahan tersebut telah menghasilkan kain bulu yang lembut dan cantik. Akhirnya beliau telah muncul sebagai orang yang bertanggung jawab memperkenalkan kain yang catik dan lembut berasaskan bulu alpaca untuk pasaran kain bulu di Eropah. Pada umur 40 tahun, beliau merupakan orang yang terkaya dan telah mempunyai kawasan ternakan alpaca yang tersebar.

Beliau mempunyai 6 buah kilang kain dan mempunyai bilangan pekerja yang terbesar di Bradford. Akibat daripada revolusi perindustrian dan tumpuan penduduk yang meningkat di kawasan perindustrian, menjadikan Bradford sebagai sebuah bandar yang paling tinggi pencemaran di England. Pada 1848, beliau telah dilantik menjadi datuk bandar di Bradford. Bagi mengurangkan pencemaran, pembakaran yang memberikan pencemaran yang tinggi ditukar dengan pembakar yang mengurangkan asap. Sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan masalah pencemaran udara. Tiada sistem pembetungan yang sistematik masa sisa -sisa pepejal telah disalurkan terus ke sungai yang merupakan sumber utama air untuk penduduk. Penyakit kolera dan typhoid telah merebak di mana 70% daripada pekerja menghidapi penyakit tersebut.

Rajah 2.6 Bandar Saltaire

Sumber: Green, Building, Planning and Development, 1981

Beliau bertanggung jawab dan memberi perhatian kepada masalah kesihatan

yang berlaku. Perpindahan penduduk perlu dibuat untuk mengurangkan kesesakan di bandar di samping mengatasi masalah kesihatan yang meruncing. Beliau telah membuka kawasan petempatan baru di kawasan luar bandar iaitu Saltaire yang jaraknya 5 kilometer dari Bradford. Pekerja- pekerja telah dipindahkan dari kawasan sesak dan kotor iaitu di Bradford ke Saltaire yang merupakan sebuah kawasan hijau dan lapang. Keluasan kawasan yang disediakan untuk penduduknya ialah 25 ekar dan mempunyai 800 unit kediaman. Reka bentuknya ialah bergrid seragam untuk memudahkan perhubungan dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Di samping itu juga dapat memberi kemudahan kepada penduduk untuk ke kawasan lapang bagi tujuan rekreasi ataupun berehat.

Rajah 2.7 Bangunan Industri dan Perumahan Saltaire

Sumber : Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning,2011

George Cadbury

Keluarga Cadbury adalah merupakan pengusaha kilang koko dan coklat yang terkenal di Britain. Mereka berpandangan semua manusia perlu

diberi perhatian dengan adil serta tinggal dalam keadaan selesa. Tanggung

jawab terhadap masyarakat dan pembentukan sosial dapat menghasilkan komuniti yang aman serta dapat mewujudkan perhubungan erat di antara masyarakat dan jiran. Sejarah awal bermula pada tahun 1824 apabila ayah beliau, John Cadbury membuka perniagaan di Birmingham. Bermula dengan perniagaan penjualan minuman kopi, teh, coklat dan koko, belia merasakan perniagaannya perlu diperkembangkan secara komersial. Belia bersama abangnya Benjamin, telah berjaya membuka syarikat Cadbury pada tahun 1940. Pada tahun 1861, perniagaan tersebut telah diberikan kepada George Cadbury. George Cadbury lahir pada tahun 1839 di Edgbaston, Birmingham. Pada usianya 22 tahun beliau mempunyai syarikat perniagaan hasil peninggalan bapanya. Di bawah pengurusan George Cadbury, syarikat tersebut telah berkembang dengan jayanya.

Dalam masa 5 tahun, Cadbury telah menjadi sebuah syarikat yang menjual koko yang terulung di Britain pada tahun 1861. Pada tahun 1879, beliau telah mendapatkan kawasan seluas 14 ekar yang jaraknya 6 kilometer daripada Selatan Birmingham. Akibat daripada perniagaan yang begitu maju, kawasan perniagaan yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Pada tahun 1879, beliau telah membina kilang baru bagi menampung permintaan pasaran. Di samping membina kawasan perindustrian yang baru, beliau turut merancang petempatan perumahan yang terancang di kawasan di pinggir bandar yang diberi nama Bourneville. Tujuannya adalah untuk menempatkan pekerjanya supaya berdekatan dengan tempat pekerjaan mereka. Perumahan yang disediakan adalah bersesuaian dengan pendapatan pekerja dan mampu milik. Ciri-ciri kawasan tersebut ialah :- Dalam masa 5 tahun, Cadbury telah menjadi sebuah syarikat yang menjual koko yang terulung di Britain pada tahun 1861. Pada tahun 1879, beliau telah mendapatkan kawasan seluas 14 ekar yang jaraknya 6 kilometer daripada Selatan Birmingham. Akibat daripada perniagaan yang begitu maju, kawasan perniagaan yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Pada tahun 1879, beliau telah membina kilang baru bagi menampung permintaan pasaran. Di samping membina kawasan perindustrian yang baru, beliau turut merancang petempatan perumahan yang terancang di kawasan di pinggir bandar yang diberi nama Bourneville. Tujuannya adalah untuk menempatkan pekerjanya supaya berdekatan dengan tempat pekerjaan mereka. Perumahan yang disediakan adalah bersesuaian dengan pendapatan pekerja dan mampu milik. Ciri-ciri kawasan tersebut ialah :-

Sejumlah 1/10 adalah tanaman;

iii. Berkepadatan rendah iaitu antara 5 hingga 6 unit seekar; iv. Perumahan untuk pekerja disediakan.

Rajah 2.8 Bandar Bourville

Sumber: Bell and Bell, City Fathers: The Early History of Town Planning in Britain, 1969.

Bandar Bourville merupakan sesebuah kawasan yang menarik di mana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui bandar tersebut. Pada awalnya, Cadbury membina hanya 24 untuk rumah untuk pekerja-pekerja beliau yang utama. Disebabkan bilangan pekerja yang ramai, beliau telah membina 300 unit rumah kediaman lagi yang telah membentuk petempatan baru di Bourville.

Rajah 2.9 Perumahan di Bourville

Sumber: Bell and Bell, City Fathers: The Early History of Town Planning in Britain, 1969

http://extracurious.wordpress.com/2012/07/18/chocolate-politics /

Pada masa tersebut, rumah yang dibina oleh beliau adalah agak mewah kepada pekerjanya. Mempunyai bilik yang besar dan terdapat taman berdekatan dengan tempat kediaman. Reka bentuk susun atur perumahan adalah berkelompok dengan sirkulasi jalan berbentuk cul-de-sac. Susun atur perumahan berbentuk cul-de-sac adalah merupakan inovasi beliau di dalam reka bentuk perumahan. Sekolah, kawasan rekreasi dan sukan, tempat untuk membaca dan membersih pakaian juga disediakan bagi penduduk di situ. Pada tahun 1897, beliau telah menghasilkan susu coklat tetapi adalah Pada masa tersebut, rumah yang dibina oleh beliau adalah agak mewah kepada pekerjanya. Mempunyai bilik yang besar dan terdapat taman berdekatan dengan tempat kediaman. Reka bentuk susun atur perumahan adalah berkelompok dengan sirkulasi jalan berbentuk cul-de-sac. Susun atur perumahan berbentuk cul-de-sac adalah merupakan inovasi beliau di dalam reka bentuk perumahan. Sekolah, kawasan rekreasi dan sukan, tempat untuk membaca dan membersih pakaian juga disediakan bagi penduduk di situ. Pada tahun 1897, beliau telah menghasilkan susu coklat tetapi adalah

William Lever

Nama penuh beliau adalah William Hesketh Lever dan juga dikenali sebagai Lord Leverhulme. Dilahirkan di Bolton, Lancashire, England pada tahun 1851. Beliau merupakan anak kepada pengurus kilang kain. Semasa remaja, pad tahun 1867, beliau membantu bapanya menjalankan perniagaan runcit secara kecil-kecilan. Lama-kelamaan belia merasakan perniagaannya perlu ke hadapan dengan lebih jauh lagi. Disebabkan yang ada pada beliau, beliau merasakan perlu menceburi bidang perniagaan sabun yang pada masa tersebut rupa bentuknya adalah tidak menarik dan menggunakan kaedah pisau untuk membentuk sabun. Seterusnya telah berusaha untuk mempergiatkan perniagaan sabun dan telah mendapat sambutan daripada pembeli. Belai telah berjaya membuka empayar perniaagaan sabun Sunlight di mana jenama sabun terkenal yang digunakan sehingga kini seperti Lux dan Lifebouy.

Pada tahun 1887, William lever bercadang untuk memperkembangkannya. Beliau telah membeli satu kawasan di Wirral, Cheshire seluas 56 ekar untuk membangunkan perusahaan sabun. Kedudukan Bandar ini terletak kira-kira 3 batu ke utara Birkenhead. Lokasi kawasan tersebut adalah strategik yang berdekatan dengan sungai Mersey serta terdapat laluan kereta api di Bebington. Kawasan ini telah dinamakan Port Sunlight bagi petempatan pekerja-pekerjanya dan merupakan model kawasan petempatan yang terancang. Perindustrian pembuatan sabun yang dibangunkan oleh beliau menghasilkan keluaran sebanyak 20 tan seminggu. Pada masa kini, perindustrian di Port Sunlight sahaja telah menghasilkan pengeluaran sebanyak 5,000 tan seminggu.

Rajah 2.10 Petempatan Port Sunlight

Sumber: Green, Building, Planning and Development, 1981.

Pada tahun 1888, Port Sunlight telah menyediakan kawasan petempatan yang mempunyai kawasan perumahan yang selesa di samping terdapat kemudahan awam dan sosial yang mencukupi . Ciri-ciri Bandar tersebut ialah rumah-rumah yang mempunyai ruang taman yang kecil di belakang dan di hadapan. Kepadatan perumahan rendah iaitu antara 5 hingga 6 unit seekar.

Rajah 2.11 Industri di Port Sunlight

Sumber: http://www.bbc.co.uk/news/uk-england-merseyside-16006938 http://todayinsci.com/L/Lever_William/LeverWilliam-SoapAndSociology(1919).htm Dicapai pada 26.9.2014

Namun demikian, apabila peperangan dunia pertama (WW1) berlaku, permintaan terhadap rumah meningkat. Beliau telah membina 800 unit rumah untuk menempatkan 3,500 penduduk. Nisbah rumah berbanding penduduk ialah 1:4. Jika berpandukan garis panduan piawaian perancangan di Malaysia, secara purata sebuah rumah untuk 5 penduduk (nisbah 1:5). Apabila dibuat perbandingan nisbah di antara rumah dan penduduk yang disediakan oleh William Lever berbanding dengan masa sekarang, didapati bahawa nisbahnya adalah lebih rendah. Secara tidak langsung menggambarkan kepadatan penduduk yang rendah di kawasan tersebut.

Kawasan perumahan yang direncanakan oleh beliau dikelilingi dengan landskap dan terdapat kawasan lapang yang luas untuk penduduk. Bangunan untuk

disediakan untuk perhimpunan umum ataupun kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Kemudahan lain yang terdapat ialah hospital, sekolah, dewan muzik, kolam renang, kawasan ibadat dan hotel bertaraf sederhana disediakan. Beliau sendiri yang merancang petempatan dan kemudahan yang disediakan untuk Bandar Port Sunlight di samping dibantu oleh arkitek untuk membina rumah dengan reka bentuk yang menarik. Perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh Lever pada Port Sunlight adalah pelaburan secara keuntungan bersama. Keuntungan yang diperolehi daripada hasil perusahaan tidak digunakan sepenuhnya secara peribadi oleh beliau tetapi dilaburkan pada kawasan petempatan tersebut. Beliau percaya dengan adanya komitmen dan kerja sama yang eratkan di kalangan pekerjanya yang tinggal di situ merupakan aset penting menentukan kejayaan empayar perusahaan beliau. Falsafah diamalkan ialah menyediakan persekitaran yang selesa kepada pekerja untuk menghasilkan suasana yang sihat, gembira dan produktif.

kegunaan

komuniti

masyarakat

setempat

Rajah 2.12 Perumahan di Port Sunlight

Sumber: Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning,2011 http://melbourneblogger.blogspot.com/2011/11/port-sunlight-model-village-for- lever.html http://www.trekearth.com/gallery/Europe/United_Kingdom/England/Merseyside/Wirral /photo979036.htm

http://www.theguardian.com/travel/2009/jun/09/walk-guides-port-sunlight-merseyside. Dicapai pada 26.9.2014

Melalui penyediaan kemudahan dan ruang kawasan lapang tersebut kepada pekerja-pekerjanya, secara tidak langsung memberi penekanan bahawa keperluan masyarakat dan sosial adalah penting diberi perhatian dalam perancangan bandar. Pendekatan ini bukan sahaja dapat melahirkan suasana yang harmoni malahan dapat mengatasi masalah-masalah penduduk yang memerlukan kemudahan tersebut. Sumbangan yang dihasilkan oleh beliau telah membentuk corak petempatan yang terancang sebelum kemunculan konsep perancangan bandar yang lebih komprehensif pada tahun pada awal 1900an.

MASALAH PEMBANGUNAN

REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI UNITED KINGDOM

SEMASA

Masalah pembangunan di United Kingdom bermula akibat revolusi perindustrian yang turut memperkembangkan teknologi mekanikal yang menggalakkan. Ciptaan mekanikal membolehkan proses perindustrian berjalan dengan cepat dan pantas. Sebelum revolusi tersebut, petempatan penduduk adalah di luar bandar serta berdekatan dengan sumber bahan-bahan mentah seperti pertanian dan arang batu.

Selepas revolusi tersebut, teknik-teknik baru dan sistem pengangkutan bertambah baik dan mengakibatkan petani-petani keluar ke bandar untuk bekerja di . kilang-kilang. Ini mengakibatkan bandar-bandar berkembang dengan pesat Keadaan sedemikian adalah disebabkan kepesatan pembangunan industri bandar yang telah menyumbang kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan.

Proses perbandaran yang begitu pesat dari segi kependudukan menekankan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan perumahan dan kemudahan asas untuk penduduk. Namun demikian, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada jurubina atau Proses perbandaran yang begitu pesat dari segi kependudukan menekankan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan perumahan dan kemudahan asas untuk penduduk. Namun demikian, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada jurubina atau

i. Rumah-rumah dibina daripada, batu-bata blok panjang, jalan yang tidak berturap dan tidak langsung mengambil kira kepentingan cahaya matahari dengan mengabaikan kepentingan-kepentingan umum.

ii.

Sistem pembuangan najis tidak teratur dan sistem perparitan yang buruk.

iii. Pada tahun 1930, mereka melaksanakan bentuk rumah yang mengadap belakang serta kekurangan kawasan lapang dan lorong belakang.

iv. Kepadatan perumahan yang tinggi iaitu rumah teres di antara 60 hingga 300 unit seekar.

v. Mempunyai tingkap di satu bahagian sahaja. Pembinaan perumahan yang dicadangkan oleh pemaju-pemaju berkenaan telah

mengakibatkan berbagai masalah-masalah lain timbul iaitu :- i.

Masalah sosial, yang telah mengakibatkan kadar kematian yang tinggi iaitu di antara 15% hingga 30%;

ii. Terjadinya wabak-wabak penyakit seperti kolera telah meragut beribu-ribu nyawa. Dipercayai pada tahun 1832, seramai 50,000 orang telah mati di London dan jumlah ini telah berkurangan ke angka 1,400 pada tahun 1849.

Keadaan bertambah buruk apabila sistem kereta api mula diperkenalkan. Laluan kereta api yang pertama di United Kingdom diperkenalkan pada tahun 1825 yang menghubung di antara Stockton dan Darlington. Pada tahun 1840, terdapat pembinaan laluan kereta api yang menyeluruh dengan memerlukan kos perbelanjaan sebanyak £ 3 billion. Pembinaan laluan kereta api telah dibuat secara komprehensif di antara tahun 1945 hingga 1900. Pembinaan laluan kereta api bawah tanah pada tahun 1863 berjaya dibina di London melambangkan kejayaan teknologi kejuruteraan di bidang pengangkutan. Bagi golongan bawahan, perkelompokan perumahan mereka berdekatan dengan kawasan yang mempunyai laluan sistem kereta api. Ini adalah untuk memudahkan mereka mendapat perkhidmatan pengangkutan.

Bagi golongan pertengahan dan atasan pula, mereka keluar daripada kawasan bandar ke luar bandar untuk membuka petempatan baru. Golongan ini lebih mementingkan privasi, ketenangan dan keindahan dalam memilih peletakan perumahan mereka. Keadaan ini telah mewujudkan perpecahan antara golongan bawahan dan atasan.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, wujud suatu akta perancangan bandar yang cuba mengawal masalah-masalah yang timbul itu tadi bermula dengan akta Municipal Corporation Act, 1835 sehinggalah kepada akta Town and Country Planning Act, 1971.

PENGGUNAAN AKTA DI UNITED KINGDOM

Kewujudan akta-akta seperti yang dibincangkan tadi adalah untuk mengatasi masalah-masalah pembangunan dan perancangan di United Kingdom. Pada bahagian ini, penerangan berkaitan tujuan utama penggubalan akta-akta berkenaan diberikan.

Municipal Corporation Act, 1835

Akta ini dibentuk untuk menyusun semula daerah-daerah di England dan Wales. Namun Akta ini dibentuk untuk menyusun semula daerah-daerah di England dan Wales. Namun

Public Health Act, 1848

Merupakan langkah pertama untuk mempertingkatkan kesihatan awam melalui penguasaan melalui akta. Bertujuan untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan mengawal kebersihan bandar. Tujuan tersebut dicapai dengan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan undang-undang kecil bangunan untuk mengawal kelebaran jalan dan ketinggian bangunan, tata atur dan struktur bangunan. Kawalan sedemikian telah menjurus kepada penyediaan serta garis- garis panduan yang diperlukan bagi sesuatu pembangunan. Di antara perkara-perkara yang diberi perhatian bagi meningkatkan kesihatan awam adalah:

i. Menyediakan

sistem pengairan dan pembetungan.

dan

mempertingkatkan

ii. Membersihkan dan menghapuskan sisa pepejal daripada perumahan dan jalan raya seperti sampah sarap dan sisa bahan binaan.

iii. Menyediakan air minuman yang bersih iv.

Memperuntukkan seorang pegawai perubatan bagi setiap daerah. Parlimen telah meluluskan untuk penguatkuasaan perlaksanaan Public Health Act, 1848

pada tahun 1848. Walau pun akta berkenaan mempunyai kelemahan tetapi ianya merupakan langkah permulaan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan awam untuk penduduk. Salah satu kelemahan yang terdapat ialah tiada peruntukan kewangan bagi daerah untuk pengurusan bandar. Daerah yang telah membentuk syarikat seperti di Sunderland untuk melaksanakan tanggung jawab bagi penyediaan air, sistem saliran, membersih dan menurap perlu mendapatkan pinjaman kewangan.

Nuisance Removal Act, 1855 dan Sanitary Act, 1866

Kedua-dua akta ini memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal perparitan, penurapan jalan, bekalan air yang bersih serta pemberian kuasa bagi memastikan bangunan dibina mengikut piawaian. Tujuan lain bagi penguatkuasaan Nuisance Removal Act, 1855 adalah untuk mengatasi masalah kesesakan perumahan yang tidak mendapat kelulusan akibat daripada peningkatan penduduk bandar. Manakala bagi Sanitary Act, 1866, penekanan turut diberikan kepada kerajaan tempatan untuk melaksanakan tanggung jawab terhadap pembetungan, saliran dan pembersihan jalan awam. Kuasa juga berikan kepada penguasa tempatan untuk menghapuskan pembinaan rumah-rumah haram yang tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.

Factory Act, 1878

Perkembangan perindustrian yang berlaku di United Kingdom pada abad ke 19 menyebabkan terjadinya kawasan perindustrian di luar kawalan. Keadaan sedemikian berlaku kerana adanya sumber tenaga pekerja yang telah berubah daripada pertanian ke Perkembangan perindustrian yang berlaku di United Kingdom pada abad ke 19 menyebabkan terjadinya kawasan perindustrian di luar kawalan. Keadaan sedemikian berlaku kerana adanya sumber tenaga pekerja yang telah berubah daripada pertanian ke

dibuat pada tahun melalui beberapa pindaan akta pada tahun 1833, 1844, 1847, 1850,

1853, 1864, 1867 dan sehingga tahun 1878 untuk memperkemaskan dan

memperluaskan penguatkuasaan akta tersebut. Pembinaan Industri haram yang berlaku

berleluasa kerana pihak berkuasa tiada boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha- pengusaha kilang. Tiada kawalan terhadap kawasan perindustrian menyebabkan pencemaran berlaku dan seterusnya memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk. Dengan adanya akta tersebut, kawalan pembinaan industri dapat dilakukan oleh penguasa tempatan. Di samping itu, peruntukan dan peraturan kepada pengusaha bagi mematuhi terhadap kelayakan umur bekerja, waktu operasi, had waktu bekerja dan cuti dikuatkuasakan.

Torrens Act, 1868

Salah satu kesan negatif yang ada akibat daripada revolusi perindustrian ialah wujudnya perumahan setinggan sebagai petempatan penduduk. Bagi mengawal keadaan setinggan serta kawasan perumahan yang tidak mendapat kelulusan, Torrens Act, 1868 diperkenalkan. Akta tersebut memberi kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk merobohkan bangunan di kawasan setinggan dan yang tidak mengikuti peraturan. Selain daripada itu, pihak berkuasa boleh memastikan pemaju atau tuan tanah menambah baik atau memperbaiki sistem pembetungan mengikut spesifikasi. Oleh yang demikian, sesuatu bangunan yang didirikan mestilah mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perancangan lebih berkesan, tersusun dan kesihatan penduduk dipertingkatkan melalui penguatkuasaan undang-undang Torrens Acts.

Cross Act, 1875

Akta ini juga dikenali sebagai Artis ans’ and Labourers’ Dwellings Improvement Act, 1875. Penggubalan akta ini pula adalah berbeza dengan akta-akta sebelumnya. Akta ini memberi kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan skim-skim membaik pulih kawasan perumahan. Kawasan perumahan setinggan boleh dimajukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk membersih kawasan dan membangunkan petempatan tersebut. Selain itu, terdapat kegiatan pemaju-pemaju yang telah merobohkan bangunan- bangunan usang dan bersejarah demi untuk membangunkan kawasan perumahan yang tidak mengikut piawaian. Ini telah menyebabkan berlakunya tidak puas hati di kalangan pencinta-pencinta sejarah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan adanya akta tersebut, kawasan perumahan yang lebih terancang disediakan dengan membina rumah yang selesa serta mempunyai kemudahan awam yang mencukupi. Di samping itu, bangunan- bangunan yang mempunyai nilai-nilai sejarah dapat dikekalkan.

Municipal Corporation Act, 1882

Berbeza dengan akta yang sebelum ini, akta ini telah digubal untuk menambahkan keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam mengurus pentadbiran dengan penubuhan badan lain tetapi dalam kawalan pengurusan. Perkara yang terdapat pada Municipal Corporation Act, 1882 membenarkan Perbadanan beroperasi untuk menjalankan pembangunan di kawasan pentadbiran daerah. Perbadanan boleh mendapatkan pinjaman untuk membangunkan bangunan pentadbiran, perumahan awam, balai polis, mahkamah dan bangunan lain yang diperlukan oleh perbadanan. Perbadanan tidak dibenarkan untuk menjual harta atau bangunan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Akta tersebut turut membenarkan penduduk di kawasan petempatan mengadakan petisyen untuk membentuk kawasan pembangunan serta mencadangkan penubuhan perbadanan bagi memajukan kawasan tersebut. Apabila mendapat kelulusan lembaga yang sedia ada di Pihak Berkuasa Tempatan seperti Lembaga Tempatan, Pihak Berkuasa Pembetungan Berbeza dengan akta yang sebelum ini, akta ini telah digubal untuk menambahkan keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam mengurus pentadbiran dengan penubuhan badan lain tetapi dalam kawalan pengurusan. Perkara yang terdapat pada Municipal Corporation Act, 1882 membenarkan Perbadanan beroperasi untuk menjalankan pembangunan di kawasan pentadbiran daerah. Perbadanan boleh mendapatkan pinjaman untuk membangunkan bangunan pentadbiran, perumahan awam, balai polis, mahkamah dan bangunan lain yang diperlukan oleh perbadanan. Perbadanan tidak dibenarkan untuk menjual harta atau bangunan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Akta tersebut turut membenarkan penduduk di kawasan petempatan mengadakan petisyen untuk membentuk kawasan pembangunan serta mencadangkan penubuhan perbadanan bagi memajukan kawasan tersebut. Apabila mendapat kelulusan lembaga yang sedia ada di Pihak Berkuasa Tempatan seperti Lembaga Tempatan, Pihak Berkuasa Pembetungan

London Building Act, 1894

Akta ini menekankan pembesaran jalan, garis anjak undur bangunan, penyediaan kawasan lapang di sekeliling bangunan dan ketinggian bangunan. Keperluan-keperluan untuk membina sesebuah bangunan diterangkan dengan jelas. Pemaju atau kontraktor hendaklah mematuhi garis panduan yang diberikan bagi mendapatkan kelulusan. Salah satu contoh penggubalan akta tersebut adalah mengenai permohonan bagi membina bangunan yang melebihi daripada ketinggian yang dibenarkan. Padat tahun 1873, Hendry Alers Hankey membangunkan blok bangunan flat di antara St. James’s Park dan stesen St. James Park setinggi 14 tingkat. Bantahan telah diterima di mana pada masa tersebut, kawalan ketinggian yang dibenarkan adalah tidak melebihi mengganggu ketinggian Rumah Parlimen. Beliau telah membina blok bangunan yang tingginya melebihi 100 kaki dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh melarang kerana tiada peruntukan undang-undang. Dengan kelulusan London Building Act, 1894, had ketinggian bangunan yang dibenarkan di London adalah tidak melebihi 80 kaki.

Housing, Town Planning Act, 1909

Akta ini merupakan akta pertama yang digubal yang mempunyai istilah perancangan bandar. Akta, ini bertujuan menyediakan satu persekitaran domestik bagi penduduk di mana keadaan fizikal, mental dan sikap serta keseluruhan keadaan sosial penduduk boleh diperbaiki. Dengan demikian, keadaan perumahan dan bandar yang sistematik, menarik dapat diwujudkan. Akta tersebut juga memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal pembangunan bagi kawasan-kawasan perumahan yang baru. Pada awal 1900an, reka bentuk bangunan yang terkenal yang digunakan oleh pemaju adalah perumahan berbentuk back-to-back. Susun atur reka bentuk perumahan berkenaan ialah di mana bahagian belakang rumah bersambung terus di antara satu sama lain dan tidak mempunyai lorong belakang. Keadaan sedemikian menyebabkan suasana penempatan yang tidak selesa disebabkan kurang pencahayaan dan pengaliran udara. Akta tersebut tidak membenarkan bentuk perumahan back-to-back.

Sehingga per ingk at ini, per ancangan bandar belum lagi m elibatk an pembangunan semula bandar, perancangan semula kawasan-kawasan yang bermasalah dan pembinaan jalan-jalan baru di bandar. Penggubalan akta tersebut berdasarkan keperluan penambahbaikan di bidang perancangan. Prosedur dan peraturan digubal dikemas kini berpandukan Hampstead Garden Suburb Act, 1906 dan Liverpool Corporation Act, 1906. Garis panduan untuk penyediaan skim perancangan bandar

dikemukakan menerusi Housing, Town Planning Act, 1909. Akta tersebut hanya dapat

digunakan kepada beberapa skim perumahan yang baru sahaja serta bertahan selama lima tahun sahaja kerana digantikan dengan akta yang baru pada tahun 1919.

Housing, Town Planning Act, 1919

Akta ini juga dikenali dengan ‘Addison Act’ yang merupakan semakan akta yang telah digubal pada tahun 1909. Akta tersebut merangkumi penggunaan di England dan Wales dan digunakan untuk membenarkan pembinaan perumahan baru selepas tamatnya perang dunia pertama. Padat tahun 1919, parlimen telah meluluskan pembinaan dan pembiayaan perumahan sebanyak 500,000 unit dalam masa tiga tahun. Disebabkan keadaan ekonomi yang lemah, hanya 213,000 unit sahaja dapat dibina Akta ini juga dikenali dengan ‘Addison Act’ yang merupakan semakan akta yang telah digubal pada tahun 1909. Akta tersebut merangkumi penggunaan di England dan Wales dan digunakan untuk membenarkan pembinaan perumahan baru selepas tamatnya perang dunia pertama. Padat tahun 1919, parlimen telah meluluskan pembinaan dan pembiayaan perumahan sebanyak 500,000 unit dalam masa tiga tahun. Disebabkan keadaan ekonomi yang lemah, hanya 213,000 unit sahaja dapat dibina

Idea-idea perancangan bandar moden seperti Ebenezer Howard, Clarence Perry dan lain-lain lagi wujud. Mereka melihat perancangan bandar bukanlah sekadar menyediakan susun atur dan reka bentuk perumahan sahaja malahan merangkumi aspek-aspek lain seperti polisi ekonomi, persekutuan dan perancangan sosial. Penemuan di dalam mereka bentuk kawasan yang diilhamkan oleh philanthropist menjadikan perancangan bandar bertambah penting bagi menyediakan keperluan yang selesa dan mencukupi kepada penduduk.

Town and Country Planning Act, 1932

Akta ini memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk membangunkan semua jenis guna tanah di bandar dan luar bandar yang sudah dibangunkan atau belum dibangunkan. Ia merupakan akta yang pertama menggunakan perkataan luar bandar pada akta tersebut. Oleh itu, penggunaan akta Town and Country Planning Act, 1932 merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Skop perancangan merangkumi segala bentuk pembangunan di atas tanah termasuk bangunan atau bukan bangunan, pengairan dan pembetungan dan kemudahan ameniti yang selesa. Penguatkuasaan juga merangkumi pengekalan terhadap bangunan sedia ada ataupun segala bentuk pembinaan yang dirasakan perlu oleh pihak berkuasa tempatan merangkumi di kawasan bandar dan luar bandar. Penyediaan pelan-pelan pembangunan diperlukan untuk kelulusan sebelum sesuatu perancangan dibuat di sesuatu kawasan. Akta ini mengukuhkan lagi peranan akta sebagai alat kawalan untuk menyediakan pelan dan pembangunan kawasan.

Town and Country Planning Act, 1947

Penggubalan akta ini dua tahun selepas Parlimen meluluskan Distribution of Industry Act, 1945 yang memberi fokus kepada peletakan kawasan industri kepada yang lebih baik dan terancang. Sejurus selepas itu, pada akta New Towns Act, 1945 digubal untuk membangunkan dan memajukan bandar baru. Sejurus selepas kelulusan akta ini, bandar baru yang pertama telah dibina pada tahun 1946 iaitu Stevenage. Di antara tahun 1946 – 1950, tidak kurang dari 14 bandar baru telah dibina di England dan Wales (Hall dan Tewdwr-Jones, 2011). Sebanyak lapan bandar baru telah dibina di sekitar London untuk menampung limpahan penduduk yang berlaku di London. Perkembangan yang pesat dengan pertumbuhan bandar baru menjadikan perancangan bandar bertambah rumit, Pengawalan dan penguatkuasaan undang-undang yang sesuai diperlukan mengatasi masalah perbandaran dan penempatan penduduk. Menyedari hakikat ini, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1947 digubal untuk membentuk mekanisma yang berkesan bagi penempatan penduduk di kawasan baru.

Akta Town and Country Planning Act, 1947 merupakan akta perancangan

bandar yang terpenting sekali di United Kingdom. Ia dikuatkuasakan pada bulan Julai, 1948. Perkembangan penduduk yang pesat di kawasan pinggir bandar telah menyebabkan limpahan penduduk yang menyebabkan pihak berkuasa tempat perlu mengadakan perancangan yang sesuai bagi penempatan penduduk,

Akta ini memansuhkan penggunaan akta-akta yang sebelumnya. Penekanan. akta ini ialah memberi 'kebenaran merancang' sebelum sesuatu pembangunan dibuat. Pelan- pelan pembangunan dan pemajuan perlu disediakan untuk kawasan perancangan yang hendak dibangunkan atau dirizabkan untuk kerajaan.

Namun demikian, perancangan bandar pada masa tersebut sedikit sebanyak telah menimbulkan masalah. Perancangan yang dilakukan lebih kepada penzonan, yang m em beri

untuk m elak sanak an pembangunan di sesuatu kawasan disebabkan oleh guna tanah yang jelas, senang diikuti di samping mempunyai kuasa dari segi undang-undang. Namun demikian, ia menimbulkan masalah kepada Pihak Berkuasa Tempatan kerana tidak ada kelonggaran di peringkat perancangan serta tidak mudah lentur.

k ebaik an

k epada

pem aju -pem aju

Bagi mengatasi masalah tersebut, satu sistem baru diperkenalkan dengan menyeimbangkan penglibatan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju-pemaju. Keperluan pelan pemajuan iaitu Pelan Tempatan diberi perhatian pada akta tersebut. Pelan pemajuan iaitu Pelan Struktur yang lengkap perlu disediakan oleh pihak berkuasa tempatan merangkumi dasar dan polis dan cadangan untuk penggunaan tanah di kawasan yang dirancang. Pelan pemajuan yang hendak dirancang mestilah disediakan terlebih dahulu dalam bentuk laporan bertulis yang menerangkan cadangan-cadangan pembangunan serta bentuk kaji selidik yang dijalankan. Laporan tersebut disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Apabila siap, laporan ini adalah sah di sisi undang-undang dan hendaklah diimplementasikan serta kajian semula boleh dibuat dalam jangka masa 5 tahun. Pendekatan ini akan memudahkan perancangan dari segi kawalan guna tanah dan pembangunan.

Town and Country Planning Act, 1968 dan Town and Country Planning Act, 1971

Penggubalan akta-akta tersebut adalah disebabkan oleh pembangunan yang pesat di United Kingdom yang memerlukan perancangan dan pembangunan yang lebih komprehensif dan mudah lentur. Penekanan yang diberikan ialah penyediaan rancangan pemajuan atau pelan pembangunan. Pada ke dua-dua akta tersebut, dua komponen utama yang dititikberatkan dalam rancangan pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dimasukkan . Kedua-dua bentuk rancangan ini adalah berasingan tetapi saling berkaitan antara satu sama lain. Ini bermaksud sesuatu cadangan, perancangan dan pembangunan yang dibuat pada Rancangan Struktur adalah digazetkan dan merupakan dokumen yang sah. Oleh itu segala bentuk perancangan dan pembangunan termasuk pelan tempatan mestilah berlandaskan pada cadangan-cadangan yang telah dikemukakan pada Rancangan Struktur.

Perancangan pada rancangan struktur mempunyai jangka masa sehingga 20 tahun dan perlu disemak semula dari semasa ke semasa. Komponen-komponen utama yang dimasukkan ialah kependudukan, pekerjaan, perumahan, perindustrian, perniagaan, perdagangan, pembelajaran, perkhidmatan sosial dan komuniti,

rekreasi, pemeliharaan, perkhidmatan utiliti dan guna tanah. Pemajuan yang ingin dilaksanakan perlu berdasarkan kepada penzonan guna tanah yang telah ditetapkan pada rancangan struktur. Selain itu, polisi, garis panduan dan strategi pembangunan juga digubal dalam rancangan struktur yang menjadi asas kepada sesuatu pembangunan. Kawalan perancangan diperkemaskan dengan memperluaskan kepada kawalan alam sekitar untuk agar komuniti menikmati persekitaran yang selesa dan selamat. Pemaju atau pemilik hartanah yang ingin memajukan tanah dan bangunan perlu mendapatkan kelulusan perancangan daripada pihak berkuasa tempatan sebelum memajukan kawasan tersebut.

PERKEMBANGAN BANDAR DI AMERIKA SYARIKAT