Patriotisme dan Kewarganegaraan Pengisian Kurikulum
11
Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil
terhadap seseorang murid sama ada berbentuk
pemulihan atau pengayaan. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat
dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud,
alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah
kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran.
Pengayaan Program pengayaan disediakan untuk memantapkan
kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad,
permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.