Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan
28
OBJEKTIF STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Tahun 1 Tahun 2
Tahun 3
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. melakukan aktiviti
pramenulis dengan betul;
ii. menulis secara mekanis bentuk
huruf dan perkataan, yang mengandungi suku kata terbuka dan
suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
iii. menulis perkataan dan frasa yang
mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
iv. menulis secara mekanis ayat tunggal
dengan betul dan tulisan yang kemas;
v. membina dan menulis perkataan,
frasa dan ayat dengan betul; vi.
menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan suku
kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat;
vii. mencatat maklumat daripada
pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan;
viii. menulis untuk
menyampaikan maklumat dengan tepat
menggunakan bahasa yang santun; dan
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan: i.
menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang
mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;
ii. menulis abjad dan perkataan secara
mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;
iii. membina dan menulis, perkataan, frasa
dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan
konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;
iv. membina dan menulis jawapan
berpandukan gambar dengan betul dan tulisan yang kemas;
v. membina dan menulis ayat tunggal dan
ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul;
vi. menuliskan imlak perkataan dan frasa
yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
vii. mencatat maklumat yang betul untuk
membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada sesuatu sumber;
viii. menulis untuk menyampaikan maklumat
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara
mekanis dengan betul dan kemas; ii.
menulis rangkai kata dan frasa secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai yang betul;
iii. membina dan menulis jawapan pemahaman
secara terkawal berdasarkan soalan yang bertumpu dengan betul;
iv. membina dan menulis ayat berdasarkan bahan
grafik dalam satu perenggan dengan betul; v.
menulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi imbuhan awalan dan imbuhan
akhiran dengan betul dan tepat;
vi. mencatat maklumat yang betul mengikut
susunan dan membuat carta alir secara berpandu daripada pelbagai sumber;
vii. menulis dengan
menggunakan idea
utama dan idea sampingan serta menegaskan kesantunan
berbahasa semasa menyampaikan maklumat; viii.
menulis pengumuman yang jelas dengan bahasa yang santun semasa menyampaikan
maklumat;
ix. menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif
secara berpandu; x.
menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara
terkawal dengan berpandu; dan