Dapatan Deskriptif

ii. Dapatan Deskriptif

Bahagian ini membincangkan dapatan deskriptif kajian penilaian pelaksanaan KSSR Modul Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 di sekolah-sekolah rendah di seluruh Semenanjung Malaysia. Soal selidik kajian ini menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Justeru untuk mengetahui tahap nilai min bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji, pengkaji telah mengkategorikan dan menginterpretasikan nilai skor min kepada lima tahap seperti dalam Error! Reference source not found.1.2. Huraian dapatan deskriptif dibahagikan kepada beberapa sub-topik yang bertujuan untuk menjawab persoalan kajian 1, 2, 3 dan 4.

Jadual 1.2 Interpretasi skor purata min tahap pelaksanaan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains & Teknologi Tahun 2

Skor Purata

Interpretasi

1.00 hingga 1.80

Sangat Rendah

Sangat Tinggi

Ubahsuai: Jamil (2002).

1. Tahap pemahaman guru terhadap konstruk objektif Dokumen Standard Kurikulum (DSK) DST Tahun 2

Jadual 1.3 menunjukkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan tahap pemahaman terhadap konstruk objektif bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu apakah tahap pemahaman guru terhadap objektif DSK Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 dari aspek matlamat, standard kandungan dan standard pembelajaran, dan organisasi standard kurikulum Sains.

Jadual 1.3 Skor Min, Sisihan Piawai, Frekuensi & Peratusan Tahap Pemahaman

Terhadap Konstruk Objektif

Frekuensi

Aspek Tahap

(Peratusan)

Skor SP

Tahap Pemahaman Objektif

Matlamat 4.00 0.52 Tinggi

Standard Kandungan

4.00 0.54 Tinggi Pembelajaran

Organisasi Kandungan

4.04 0.52 Tinggi Standard Kurikulum

Secara keseluruhan

4.00 0.47 Tinggi

Berdasarkan Jadual 1.3, secara umumnya hasil kajian telah mendapati tahap pemahaman guru terhadap konstruk objektif DSK Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 secara keseluruhan berada di tahap tinggi (min=4.00, SP=0.47). Begitu juga dengan dapatan empat aspek yang berada di bawah konstruk objektif mencatatkan skor min di tahap yang tinggi iaitu aspek matlamat (min=4.00, SP=0.52), aspek Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran (min=4.00, SP=0.54) dan aspek organisasi kandungan Standard Kurikulum (min=4.04, SP=0.52).

Namun demikian, sekiranya dilihat secara terperinci skor min bagi tahap pemahaman guru terhadap organisasi Standard Kurikulum DST Tahun 2 secara keseluruhannya adalah paling tinggi iaitu 4.04 (SP=0.47) dan skor min terendah adalah tahap pemahaman guru terhadap aspek tujuan KSSR DST Tahun 2 iaitu 3.96 (S.P=0.51). Ini bermakna guru-guru mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap objektif yang terkandung dalam DSK DST Tahun 2.

2. Tahap pemahaman guru terhadap konstruk kandungan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) DST Tahun 2

Jadual 1.4 menunjukkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan tahap pemahaman terhadap konstruk objektif bagi menjawab persoalan kajian kedua iaitu apakah tahap pemahaman guru terhadap kandungan DSK Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 dari aspek standard kandungan DSK Sains, standard kandungan DSK TMK, pemilihan isi kandungan dan kesesuaian kandungan DST Tahun 2.

Jadual 1.4 Skor Min, Sisihan Piawai, Frekuensi & Peratusan Tahap Pemahaman

Terhadap Konstruk Kandungan

Frekuensi

Aspek Tahap

Skor Pemahaman

(Peratusan)

SP Tahap

Min Kandungan

Kandungan DSK 3.98 0.55 Tinggi

Sains Standard

Kandungan DSK 3.75 0.59 Tinggi

TMK Pemilihan isi

3.94 0.59 Tinggi kandungan

4.05 0.57 Tinggi kandungan

Secara keseluruhan

3.89 0.51 Tinggi

Berdasarkan sesuaian kandungan DST Tahun 2.

Jadual 1.4, secara umumnya hasil kajian telah mendapati tahap pemahaman guru terhadap konstruk kandungan DSK Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 secara keseluruhan berada di tahap tinggi (min=3.89, SP=0.51). Begitu juga dengan dapatan empat aspek yang berada di bawah konstruk kandungan mencatatkan skor min di tahap yang tinggi iaitu aspek Standard Kandungan DSK Sains (min=3.98, SP=0.55), aspek Standard Kandungan DSK TMK (min=3.75, SP=0.59), aspek pemilihan isi kandungan (min=3.94, SP=0.59) dan aspek kesesuaian kandungan (min=4.05, SP=0.57).

Namun secara terperinci skor min bagi tahap pemahaman guru terhadap aspek kesesuaian kandungan DST Tahun 2 secara keseluruhannya adalah paling tinggi iaitu 4.05 (SP=0.57) dan skor min terendah adalah tahap pemahaman guru terhadap aspek Standard Kandungan DSK TMK iaitu 3.75 (S.P=0.59). Ini bermakna guru-guru mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap konstruk kandungan DSK DST Tahun 2.

3. Tahap kemahiran kaedah P&P guru dalam melaksanakan standard pembelajaran KSSR DST Tahun 2

Jadual 1.5 menunjukkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan tahap pemahaman terhadap konstruk objektif bagi menjawab persoalan kajian ketiga iaitu apakah tahap kemahiran kaedah pengajaran guru dari aspek pendekatan P&P Sains, kaedah P&P Sains dan penggunaan TMK dalam melaksanakan standard pembelajaran KSSR DST Tahun 2.

Jadual 1.5 Skor Min, Sisihan Piawai, Frekuensi & Peratusan Tahap Kemahiran Guru

Terhadap Konstruk Kaedah Mengajar

Frekuensi

Aspek Tahap

Skor Kemahiran Kaedah

(Peratusan)

SP Tahap Mengajar

Pendekatan P&P

4.07 0.50 Tinggi Sains

Kaedah P&P 3.98 0.50 Tinggi

Penggunaan TMK 3.59 0.66 Tinggi

Secara keseluruhan

3.91 0.48 Tinggi

Berdasarkan Jadual 1.5, secara umumnya hasil kajian telah mendapati tahap kemahiran guru terhadap konstruk kaedah mengajar yang terdiri daripada tiga aspek iaitu pendekatan P&P Sains, kaedah P&P dan penggunaan TMK untuk mencapai Standard Pembelajaran kandungan kurikulum DST Tahun 2 secara keseluruhannya berada di tahap tinggi iaitu 3.91 (SP=0.48). Berdasarkan skor min yang diperoleh menunjukkan bahawa aspek pendekatan P&P Sains (min=4.07, SP=0.50), aspek kaedah P&P (min=3.98, SP=0.50) dan aspek penggunaan TMK (min=3.59, SP=0.66) turut mencatatkan skor min di tahap yang tinggi.

Namun demikian, secara terperinci didapati skor min bagi tahap kemahiran kaedah mengajar guru terhadap aspek pendekatan P&P Sains adalah paling tinggi iaitu 4.07 (SP=0.50) dan skor min terendah adalah tahap kemahiran kaedah mengajar guru terhadap aspek penggunaan TMK iaitu 3.59 (S.P=0.66). Ini bermakna guru-guru mempunyai tahap kemahiran kaedah mengajar yang tinggi dalam melaksanakan Standard Pembelajaran KSSR DST Tahun 2.

4. Tahap kemahiran penilaian P&P guru dalam melaksanakan standard pembelajaran KSSR DST Tahun 2

Jadual 1.6 menunjukkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan tahap pemahaman terhadap konstruk objektif bagi menjawab persoalan kajian keempat iaitu apakah tahap kemahiran penilaian P&P guru dari aspek kaedah penilaian, jenis penilaian, Pentaksiran Sekolah (PS) dan jaminan kualiti dalam melaksanakan Standard Pembelajaran Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2.

Jadual 1.6 Skor Min, Sisihan Piawai, Frekuensi & Peratusan Tahap Kemahiran Guru

Terhadap Konstruk Penilaian P&P

Frekuensi

Aspek Tahap

Skor Kemahiran

(Peratusan)

SP Tahap Min Penilaian P&P

Kaedah Penilaian 4.07 0.51 Tinggi

Jenis Penilaian 4.07 0.50 Tinggi

4.00 0.56 Tinggi Sekolah

Jaminan Kualiti 3.89 0.55 Tinggi

Secara keseluruhan

4.00 0.48 Tinggi

Berdasarkan Jadual 1.6, secara umumnya hasil kajian telah mendapati tahap kemahiran guru terhadap konstruk penilaian P&P yang terdiri daripada empat aspek iaitu kaedah penilaian, jenis penilaian, Pentaksiran Sekolah (PS) dan jaminan kualiti untuk mencapai Standard Pembelajaran kandungan kurikulum DST Tahun 2 secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu 4.00 (SP=0.48). Berdasarkan skor min yang diperoleh menunjukkan bahawa aspek kaedah penilaian (min=4.07, SP=0.51), aspek jenis penilaian (min=4.07, SP=0.50), aspek jenis Pentaksiran Sekolah (PS) (min=4.00, SP=0.56) dan aspek jaminan kualiti (min=3.89, SP=0.55) juga mencatatkan skor min di tahap yang tinggi.

Namun demikian, secara terperinci nya skor min paling tinggi adalah tahap kemahiran penilaian P&P guru terhadap aspek kaedah penilaian (min=4.07, SP=0.51) dan aspek jenis penilaian (min=4.07, SP=0.50). Manakala skor min terendah adalah tahap kemahiran penilaian P&P guru terhadap aspek jaminan kualiti (min=3.89, SP=0.55). Ini bermakna guru- guru mempunyai tahap kemahiran menilai P&P yang tinggi dalam melaksanakan Standard Pembelajaran KSSR DST Tahun 2.