BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf

PROSIDING KONFERENS KEBANGSAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

PROSIDING KONFERENS KEBANGSAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

6 – 7 OGOS 2016

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

Diterbitkan oleh: Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Jalan Taming Sari 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-808 4119 Faks: 05-808 0660

All right reserved © 2016 PPD Larut Matang dan Selama

No parts of this book may be reproduced in any form by any electronic or mechanical means (including recording or information storage and retrieval) without permission in writing from the Director of Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

All papers in this proceedings were presented in Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21

on 6 August – 7 August 2016 at Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak.

National Library of Malaysia Cataloguing Data-In-Publication

ISBN 978-967-14309-0-3

First Printing 2016 (e-Book)

Printed by:

Pejabat Pendidikan Daerah, Larut Matang dan Selama http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms/

JAWATANKUASA PENERBITAN PROSIDING KONFERENS KEBANGSAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

Penaung

Haji Aminudin Bin Mhd Nor, AMP., PPT Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Haji Mohd Sabri Bin Haji Md. Daud Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Penasihat

Dr. Thiyagarajan a/l Annamalai Pegawai School Improvement Partners ( SIPartner +)

Pasukan Editor

Encik Auzan Syauqi Bin Abdul Lateh Encik Amir Sayuti Bin Abdul Hanip Cik Masitah Binti Khalid Cik Noor Mahaza Binti Mahmood Pn. Latifah Hanam Bt. Ibrahim Dr. Thiyagarajan Annamalai En. Razuan B. Majid Pn. Haton Bt. Idris Pn. Ruslinda Bt. Shari Pn. Marsitah Bt. Abu Bakar En. Mutharasan A/l S.Sellaya @Sellaiah En. Thesok Kumar A/l Nagaratennam Pn. Vemala A/p Ganapathy En. Khairul Anuar B. Yang Ahmad En. Ahmad B. Awang Long En. Veera Vijayan A/l Saminathan En. Mad Zahudi B. Mohamad Nor

Pn. Nur Hamidah Bt. Radzali Pn. Zarina Bt. Mohamed Yusuf En. Raman B. Nusi Pn. Aida Bt. Abdul Hj. Zainal Arifin B. Mat Rejab En. Maniappan A/l Kandan

Grafik dan Rekaan

Encik Auzan Syauqi Bin Abdul Lateh Encik Mohd Hafiz Bin Jamaluddin

Pengurus Penerbitan

Encik Auzan Syauqi Bin Abdul Lateh

DARI MEJA EDITOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

“Mendepani Cabaran Abad Ke-21” merupakan tema yang dipilih bagi konferens yang julung-julung kalinya diadakan. Tujuan utama konferens ini adalah untuk berkongsi dan membincangkan tentang isu-isu dan cabaran semasa bagi menghadapi bentuk dan corak pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21. Penerbitan buku prosiding ini mengumpulkan hasil-hasil penulisan dan perkongsian ilmu secara ilmiah untuk dijadikan bahan rujukan serta panduan bagi keperluan masa kini. Pembentangan kertas kerja ini dikelaskan kepada tujuh sub-tema yang utama berkaitan dengan pendidikan abad ke-21.

Kami mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Tuan Haji Aminudin Bin Mhd Nor, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pasukan kami yang merupakan salah satu tenaga bagi menjayakan konferens ini. Penghargaan juga diberikan kepada penganjur bersama konferens ini iaitu Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) Parlimen Taiping serta Institut Darul Ridzuan Perak. Kami juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa utama yang terlibat serta para peserta dan pembentang yang

memberikan kerjasama jitu bagi menerbitkan buku prosiding ini.

Akhir kata, kami daripada jawatankuasa prosiding Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke-21 memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan semasa buku prosiding ini dihasilkan. Segala kekurangan yang berlaku akan dijadikan iktibar serta pengalaman yang bermakna untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

Auzan Syauqi Abdul Lateh Pengurus Penerbitan Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke-21

vi

KANDUNGAN

Kata Pengantar - Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

xvii

Ucapan Konferens - Menteri Pendidikan Malaysia

xviii - Pengarah Pendidikan Negeri Perak

xix - Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat

xx ( MAYANG ) Negeri Perak

- Ketua Pegawai Eksekutif xxi Institut Darul Ridzuan Perak

BAHAGIAN 1 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 1: Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Kertas 1

Amalan Kepimpinan Instruksional Maya Dalam Kalangan Pengetua Di Malaysia

Kertas 2

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Pengetua Dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah Di Malaysia

Kertas 3

Hubungan Antara Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dengan Komitmen Guru Pendidikan Khas Integrasi Model Tingkah Laku

Kertas 4

Mengurus Perubahan: Kepimpinan Intruskional Pengetua Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Larut Matang Dan Selama: Satu Kajian Kes

vii

Kertas 5

Pengaruh Kapasiti Kepimpinan Guru Terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran Guru-Guru Sekolah Berautonomi Di Malaysia

Kertas 6

Pengaruh Kepimpinan Lestari Terhadap Tingkah Laku Inovatif Pengajaran Guru

Kertas 7

Perundangan Dalam Pendidikan: Kajian Kes Tentang Pengetahuan Guru Besar Dan Pengetua Dalam Aspek Kecuaian Di Sekolah

Kertas 8 106

Pengaruh Kepemimpinan Instruksional Ke Atas Pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) : Satu Kajian Di Daerah Hulu Perak

Kertas 9 127

Tanggapan Politik Organisasi Dan Impaknya Terhadap Sikap Kerja Guru

BAHAGIAN 2 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 2: Pembelajaran Abad Ke-21

Kertas 1 140

Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Berdasarkan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas 2 157

Aplikasi Teknik Flipped Classroom Sebagai Pemangkin Pembelajaran Abad Ke-21

Kertas 3 172

Change In Action: Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Abad Ke-21

viii

Kertas 4 180

Design Thinking: Innovating For 21 st Century Learning In Malaysia

Kertas 5 195

Jigsaw Dalam Pengurusan Kelas

Kertas 6 203

Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Untuk Meningkatkan Kecerdasan Pelbagai Murid Dalam Pembelajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kertas 7 214

Learning English In 21 st Century: Cubing Technique Enhancing Pupils’ 4cs Skill

Kertas 8 225

Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Untuk Mengajar Kemahiran Abad Ke-21

Kertas 9 243

Penggunaan Flipped Classroom Untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar Melalui Professional Learning Community (PLC) Dengan Kerjasama School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Bagi Mata Pelajaran Matematik Sekolah Menengah

Kertas 10 251

Pembangunan Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah: Analisis Keperluan Guru

Kertas 11 267

Pembudayaan Plc Di Smk Sungai Ara: Perkongsian Strategi Dan Petua Pengurusan Program Oleh Penyelaras Plc

Kertas 12 279

Program Sentuh Hatinya- PA 21

ix

Kertas 13 315

Sorotan Kajian Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Mata Pelajaran Sejarah Di Abad Ke-21

Kertas 14 326

Tahap Keprihatinan Guru Dalam Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21, Menggunakan CBAM

Kertas 15 350

Teknik 12 Secrets Of Creativity Dan Scamper: Ke Arah Inovasi Media Pengajaran Dan Interaksi Dalam Bilik Darjah Abad Ke-21

BAHAGIAN 3 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 3: Polisi Pendidikan

Kertas 1 367

Persepsi Pelajar Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Program Dwisijil (SPMRSM IGCSE)

BAHAGIAN 4 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 4: Kurikulum

Kertas 1 382

Analisis Makna Leksis “Bagaton” Menggunakan Pendekatan Semantik Ranah Bersumberkan Data Korpus Bahasa Melayu

Kertas 2 398

Effects Of E-Signnet On Learning Malaysian Sign Language Among Hearing Impaired Students

Kertas 3 411

Pendekatan Projek Dan Pembelajaran Sains Kanak-Kanak

Kertas 4 426

Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Ekonomi Asas

Kertas 5 435

From Pixar Shorts To Writing: Taking A Shot At Motivating The Struggling Writers

Kertas 6 448

Hands On Visual" And 4cs To Increase The Proficiency Level On Prepositions

Kertas 7 460

Kadbifir : Inovasi Sifir Dan Aplikasi Pendaraban

Kertas 8 467

Kaedah Kad Sifir Jawi Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Yang Mengandungi Suku Kata KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Jawi

Kertas 9 476

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Berintegrasikan Pendekatan Model Stad Terhadap Pencapaian Murid Dalam Pepejal Geometri

Kertas 10 488

Keberkesanan Penggunaan Maths Drawing Kit (MDK) Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Dalam Kalangan Murid Tingkatan 3

Kertas 11 508

Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Aplikasi Pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

xi

Kertas 12 521

Kesan Pengajaran Berbantukan Origami Dalam Pencapaian Geometri Dan Sikap Terhadap Pembelajaran Topik Ruang Murid-Murid Tahun 3

Kertas 13 542

Learning Trigonometry Using GeoGebra Learning Module: Are Under Achiever Pupils Motivated?

Kertas 14 551

Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Murid Prasekolah

Kertas 15 567

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Berjadual Dalam Pengajian Am STPM Melalui Kaedah “Pecah Ikut Perintah”

Bagi Pelajar 6 Atas Batutta

Kertas 16 581

Meningkatkan Kemahiran Menolak Pecahan Wajar Yang Berbeza Penyebutnya Sehingga 10 Melalui Kaedah Geolight

Kertas 17 596

Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf-Huruf Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Bestari SK Taman Desaminium Menggunakan Kad ‘Jawi -Senang Ingat’ (J-Si)

Kertas 18 613

Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Bacaan Tahiyyat Akhir

Kertas 19 631

Pembangunan Modal Insan Melalui Pelaksanaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Permainan

Kertas 20 640

Pemikiran Visual Dari Permainan Jengket Berasaskan Sistem Sosial Budaya

xii

Kertas 21 660

Pendidikan Informal Dalam Kemahiran Melukis ‘Seni Kolam’ Mempengaruhi Perilaku Murid

Kertas 22 678

Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Matematik Berbantukan Program Persekitaran Pengajaran Maya Frog (Frog Vle)

Kertas 23 697

Pengajaran Nyanyian Lagu Bertemakan Kebersihan Tahap 1 Mata Pelajaran Dunia Muzik

Kertas 24 717

Pengajaran Puisi Tradisional Dalam Pendidikan Abad 21

Kertas 25 738

Pengaruh Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah

Kertas 26 752

Pengaruh Kebudayaan Dalam Pembentukan Karya Seni Murid Penan Di Sarawak

Kertas 27 759

Pengaruh Persepsi Diri Dan Sokongan Sosial Terhadap Determinasi Kendiri Pelajar Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Kertas 28 776

Penggunaan Bahan Manipulatif Magic Math Bagi Meningkatkan Kemahiran Penambahan Dengan Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Tahun 2

Kertas 29 792

Penggunaan Kaedah Box Out Untuk Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Matematik Bercerita Melibatkan Operasi Penambahan Dan Penolakan

xiii

Kertas 30 808

Penilaian Pelaksanaan Program I-Think Oleh Guru-Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Awal

Kertas 31 816

Peningkatan Dalam Penglibatan Murid Semasa Pembelajaran Dan Pengajaran Matematik Memberi Impak Positif Kepada Kemahiran Berfikir Murid

Kertas 32 827

Program Quantum Learning – Tiga Bulan Dapat Membaca

Kertas 33 860

Proses Reka Bentuk Model Pentaksiran Pembelajaran bagi Permainan Kategori Serangan Dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4

Kertas 34 875

Strategi Pembentukan Simpulan Bahasa Besar Kepala Mengikut Acuan Teori Blending

Kertas 35 886

The Effectiveness Of Using Illustration In Enhancing The Understanding Of Poems Among Year 5 Pupils

Kertas 36 903

Variasi Aliran Tematik Dalam Unit Pendahuluan Penulisan Karangan

Kertas 37 919

Visualisasi Penjanaan Kendiri Pelajar Sains Terhadap Konsep Abstrak Kitar Karbon

xiv

BAHAGIAN 5 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 5: Pentaksiran

Kertas 1 939

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Keberhasilan Program Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Kertas 2 953

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Pembinaan Kerangka Model Kesediaan Guru Pendidikan Kesihatan-Seksualiti Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Di Malaysia

Kertas 3 973

Penilaian Pelaksanaan KSSR Modul Teras Tema Dunia Sains & Teknologi (DST) Tahun 2

BAHAGIAN 6 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 6: Pendidikan Guru

Kertas 1 995

Kajian Keberkesanan Kursus Unit Berunifom Di Salah Sebuah Institut Pendidikan Guru Zon Utara: Tinjauan Dari Perspektif Guru Permulaan

Kertas 2 1010

Kompetensi Pengajaran Guru Di Sebuah Sekolah Di Negeri Perak

Kertas 3 1017

Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) : Satu Pendekatan Dalam Menangani Kebimbangan Dalam Kalangan Guru Pelatih

xv

Kertas 4 1032

Peluang Dan Kesediaan Terhadap Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Edmodo) Dalam Kalangan Pensyarah IPG: Satu Analisis Fuzzy Delphi

Kertas 5 1048

Pendidikan Abad Ke-21: Peranan Bina Insan Guru (BIG) Dalam Menyediakan Guru Beraras Tinggi

BAHAGIAN 7 KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 7: Coaching Dan Mentoring

Kertas 1

Amalan Dan Pendekatan Bimbingan Mentoring Dalam Program Bina Insan Guru Serta Impaknya Terhadap Kualiti Siswa Guru

Kertas 2 1081

Bimbingan Sipartner Terhadap Kepimpinan Pengetua Di Negeri Sabah

Kertas 3 1097

Persepsi Guru Dibimbing (Gdb) Terhadap ‘Coaching & Mentoring’ Oleh School Improvement Specialist Coaches+ (Sisc+)

Kertas 4 1114

Refleksi Guru Terhadap Bimbingan Sisc+ Dalam Usaha Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Dan Pengajaran

Kertas 5 1126

Telementoring “E-Dashboard”: Suatu Pendekatan “Coaching & Mentoring” Abad Ke-21

xvi

Kertas 6 1139

Tinjauan Tanggapan Pemimpin Sekolah Terhadap Coaching Kepimpinan Dan Impaknya Oleh Sipartner+ Ppd Tampin, Negeri Sembilan

BAHAGIAN 8 RUJUKAN

Jawatankuasa Induk 15

Jawatankuasa Penganjur

xvii

Ka

ta Pe

nga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ntar

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa. Terlebih dahulu marilah kita merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w,t kerana

dengan izinnya Konferens Kebangsaan Pendidikan abad 21 dapat dijalankan dengan baik dan seterusnya memberi laluan kepada saya untuk menyampaikan intipati Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke 21 .

Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke 21 ini adalah anjuran bersama MAYANG dan Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Tema konferens iaitu Mendepani Pendidikan Abad ke-21 dipilih kerana perkembangan pendidikan masa kini menuntut para pemimpin dan pendidik bertindak lebih imaginatif, proaktif dan kreatif dalam memimpin dan mendidik anak murid dalam abad ke-21.

Penganjuran konferens ini akan membolehkan para pemimpin dan pendidik dari seluruh Malaysia membentangkan kajian dan amalan terbaik mereka dalam memimpin dan mendidik anak murid dalam abad ke 21. Dengan cara ini, mereka boleh berkongsi hasil kajian dan amalan terbaik mereka dengan rakan sekerja dari sekolah lain dan seterusnya meningkatkan kepimpinan dan pembelajaran murid di semua sekolah terutamanya di daerah LMS. Melalui konferens seperti ini juga diharapkan peserta akan memperoleh ilmu terkini yang relevan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Tema yang dipilih untuk konferens ini ialah Mendepani Cabaran Pendidikan Abad ke-21. Konferens ini diharapkan menjadi medan perkongsian dan percambahan ilmu, maklumat, pengalaman dan amalan terbaik antara pendidik dan penyelidik dari Malaysia.

Di harapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan kerjasama yang jitu bagi menjayakan konferens ini. Lakukan yang terbaik agar ia membawa impak yang bermakna kepada usaha murni ini.

Selamat Maju Jaya

HJ. AMINUDIN BIN MHD NOR

Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

xviii

Ucapa

n Ko

nfer

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa

ens

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini memasuki Gelombang Kedua (2016-2020) dengan memberi penekanan kepada memacu peningkatan sistem. Bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi pendidikan ini, inisiatif yang diambil oleh Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (PPD LMS) untuk mengadakan konferens ini adalah satu usaha yang tepat dan patut dipuji. Melalui persidangan ini diharap dapat menerbitkan amalan- amalan terbaik yang boleh dikongsi bersama setelah terungkainya isu-isu yang menghalang kelicinan dan keberkesanan atau keberhasilan dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Sejajar dengan tema konferens pendidikan iaitu “Mendepani Cabaran Pendidikan

Abad Ke- 21”, semua warga pendidik baik dalam kalangan pentadbir maupun guru- guru amat dituntut supaya dapat berkolaborasi dalam menangani sebarang isu pendidikan dan sentiasa membudayakan amalan terbaik dalam kepimpinan dan juga pembelajaran. Untuk melahirkan `

A Great School’, pemimpin sekolah perlu mengamalkan strategi dan gaya kepimpinan terbaik dalam mengurus sekolah di samping mampu menjalin hubungan yang baik dengan subordinat, murid, ibu bapa

dan masyarakat. Saya yakin apabila semua pihak faham dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan baik, usaha menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21 akan menjadi kenyataan.

Akhir kata, bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada PPD LMS dan juga kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menzahirkan Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad 21 ini.

Selamat Maju Jaya.

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID

Menteri Pendidikan Malaysia

xix

Ucapa

n Ko

nfer

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

ens

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya tujukan kepada Jawatankuasa Pengelola Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21 atas penganjuran konferens ini. Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan penganjuran konferens ini.

Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa ini dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan berdasarkan senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi dunia.

Pengisian Pendidikan Abad Ke-21 adalah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa warganegara Malaysia. Modal insan abad ke-21 yang kita lahirkan mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa oleh arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan semua warga pendidik untuk terus merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA HAJI ROZI BIN PUTEH ISMAIL

Pengarah Pendidikan Negeri Perak

xx

Ucapa

n Ko

nfer

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

ens

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Konferens Pendidikan Abad 21 kerana memberikan ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini.

Sesuai dengan objektif konferens, iaitu untuk menggalakkan perkongsian idea atau amalan baru dalam dunia pendidikan di abad ke 21 dalam kalangan warga pendidik, pihak kerajaan amat berkeyakinan tinggi bahawa usaha murni ini amat penting dalam membantu kerajaan ke arah pembangunan masyarakat berilmu dalam menjayakan transformasi pendidikan negara kita.

Pada hari ini, peranan guru dalam masyarakat maju begitu mencabar dan sentiasa terbuka kepada pelbagai kritikan. Peranan guru tradisional yang tertumpu kepada menyampaikan maklumat atau pengetahuan dilihat kurang sesuai dalam mendepani arus globalisasi Negara Malaysia yang bercita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan modal insan yang benar-benar berkualiti dan kompeten.

Oleh itu, peranan guru amat vital dan penting dalam mengembleng tenaga untuk membentuk masyarakat yang berilmu, progresif, saintifik, berakhlak dan berdaya saing. Bidang pendidikan sebagai satu rangka dalam membentuk sebuah negara madani amat perlu dititkberatkan. Di sini, golongan guru perlu meningkatkan karisma masing-masing melalui pengetahuan dan keilmuannya yang berkembang pesat, di samping mengangkat martabat dirinya sebagai golongan intelek yang dihormati dalam masyarakat.

Akhir kata, bagi pihak kerajaan Malaysia saya mengharapkan barisan pendidik di negara kita akan sentiasa meneruskan azam, tekad dan iltizam yang jitu dalam mendidik anak bangsa kita. Kualiti anak didik pada hari ini menjadi penentu kepada corak pentadbiran negara pada masa hadapan.

Selamat Maju Jaya.

DATO’ HAJI AHMAD SHALIMIN BIN AHMAD SHAFFIE

Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat ( MAYANG ) Parlimen Taiping

xxi

Ucapa

n Ko

nfer

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

ens

Perkembangan pendidikan masa kini menuntut para pendidik bertindak lebih imaginatif, proaktif dan kreatif berasaskan murid menerusi pembelajaran kolaboratif terarah perkongsian idea atau amalan baru. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha meningkatkan kualiti instruksional melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community (PLC) dan profesionalime guru yang lebih kontekstual.

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan atau PPPM 2013-2025 merupakan pernyataan jelas tekad kerajaan ke arah matlamat Malaysia pada alaf baru. Melalui transformasi pendidikan, kita harap dapat melahirkan generasi muda modal insan yang utuh pegangan agama beretika,mahir dan cekap dalam pelbagai kerjaya, pengamal IT dalam segala urusan kerja dan komunikasi,berfikiran kreatif dan inovatif,tegas dan efektif dalam kepimpinan dan membuat keputusan serta bersifat patriotik terhadap negara kita Malaysia.

Dalam konteks ini, Persidangan Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke-21 yang bertemakan Mendepani Cabaran Pendidikan Abad ke-21 amat bertepatan dengan hasrat kerajaan dan menjadi platfom terbaik para pendidik membedah dan memeriksa PPPM tersebut supaya dapat memperkemas dan memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.

Harapan saya agar semua kertas kerja yang dibentangkan kelak akan menghasilkan dapatan dan idea baru yang mampu membantu secara efisyen melonjak transformasi pendidikan negara sebagaimana termaktub dalam PPPM tersebut.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur persidangan ini dan selamat bersidang kepada pembentang kertas kerja serta para peserta sekalian.

Terima Kasih.

DR MAZALAN BIN KAMIS

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan Perak

xi

BAHAGIAN 1 KERTAS PEMBENTANGAN

SUB-TEMA 1

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA DALAM KALANGAN PENGETUA DI MALAYSIA

Mat Rahimi Yusof

matrahimiy@gmail.com

Zahari Ahmad

zahari.ahmad65@gmail.com SMK Penarek, Setiu, Terengganu

Mohd Yusri Ibrahim yusri@umt.edu.my Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti Malaysia Terengganu

ABSTRAK

Aspirasi kerajaan dalam PPPM (2013-2025) antaranya adalah menempatkan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pengintegrasian ICT dan teknologi mudah alih dalam menjalankan fungsi kepimpinan di sekolah menjadikan tugas dan tanggungjawab pengetua abad ke-21 semakin mencabar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap amalan kepimpinan instruksional maya dalam kalangan pengetua di Malaysia. Kajian tinjauan secara rentasan ini melibatkan 352 responden dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Data kajian dikumpul menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian AMOS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan persepsi guru menunjukkan amalan kepimpinan instruksional maya berada pada tahap yang tinggi (min=3.78, sp=0.06). Dapatan juga menunjukkan semua fungsi kepimpinan instruksional maya yang dicadangkan boleh diterima dengan nilai outer loading iaitu (OL = 0.67 hingga 0.85, CR = 0.92, AVE = 0.60).

Kata kunci : kepimpinan sekolah, kepimpinan instruksional maya, teknologi mudah alih

PENDAHULUAN

Kerajaan telah meletakkan hala tuju yang jelas agar sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a) di samping berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Unit Perancang Ekonomi, 2012). Hasrat ini berjaya sekiranya negara berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti. Bagi merealisasikannya, sekolah, pemimpin sekolah dan guru berperanan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyiddin, 2013). Oleh itu, pengetua berperanan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan di sekolah (P. Hallinger, 2011; Rome & Hallinger, 2012). Ini adalah kerana banyak kajian berkaitan kepimpinan mendapati pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi termasuk organisasi sekolah (Stogdil, 1974, Edmond, 1979, Glickman, Gordon, Rose Gordon, Christie, 2004 ; Marzeno, Water, Mc Nulty, 2005; Suhaimi, Zaidatol ,2007; Bitty, Ahmad, Ramlee, Mohammad Sani, 2008; Nor Asikin, 2009;Glickman, Gordon, Rose Gordon, 2009; Hollinger, 2008, 2011, Yusri 2012; Yusri, 2014b). Kini, dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) peranan pemimpin instruksional menjadi semakin mudah. Teknologi membolehkan pengetua dapat mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam menjalankan fungsi kepimpinan instruksional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap amalan kepimpinan instruksional secara maya dalam kalangan pengetua di Malaysia.

Definisi Kepimpinan Instruksional Maya

Perbahasan mengenai kepimpinan instruksional sejak tahun 1970-an hingga kini masih tidak berkesudahan sama ada dalam kalangan penyelidik barat (Glasman , 1984; Hollinger, 1985; Murphy, 1985; Hollinger dan Murphy, 1985; Bas, 2012) atau penyelidik tempatan (Yusri,2012,2013,2014; James dan Balasandran, 2009; Nor Azni, 2013;2014). Namun dapat dirumuskan, kepimpinan instruksional boleh didefinisikan sebagai tingkah laku atau perbuatan pengetua yang bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP), meningkatkan kompetensi pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian akademik.

Kini, perkembangan pesat teknologi ICT telah mempengaruhi para sarjana dalam mendefinisikan kepimpinan instruksional. Kepimpinan instruksional bukan sahaja menetapkan matlamat sekolah, menyediakan sumber untuk pembelajaran, mengurus kurikulum, mengawal rancangan pengajaran serta membuat penilaian guru. Bahkan kepimpinan instruksional perlu diaplikasikan dengan menggunakan teknologi terkini dalam tingkah laku kepimpinan instruksional mereka (Lashway, 2002). Berasaskan definisi kepimpinan instruksional abad ini, kepimpinan instruksional maya dalam kajian ini bermaksud tingkah laku pengetua yang mengintegrasikan teknologi mudah alih dalam menjalankan fungsi kepimpinan instruksional.

Isu-isu Dalam Kepimpinan Instruksional

Kepelbagaian dalam definisi, teori dan konsep kepimpinan instruksional menyebabkan lahir model kepimpinan instruksional yang berbeza seperti model Hallinger dan Murphy

(1985,1987), model Murphy (1990) dan model Weber (1996). Impaknya pengetua menghadapi kekangan dalam mempraktikkan sepenuhnya fungsi kepimpinan instruksional (James & Balasandran, 2013; Rahimi & Yusri, 2014;Yusri & Aziz, 2015; Yusri, 2014b). Selain itu, isu berkaitan lambakan tugas pentadbiran yang berlarutan sehingga kini juga menjadi kekangan dalam menjalankan fungsi kepimpinan instruksional sepenuhnya. Dengan pelbagai komitmen terhadap tugas pentadbiran (Bity, Ahmad, Ramle, &Sani Ibrahim, 2010; Jamelaa& Jainabee, 2011; Yusri & Aziz, 2013; Yusri, 2012; Suhaimi & Mazlan, 2013) menyebabkan pengetua kekurangan masa untuk menjalankan fungsi kepimpinan instruksional, meluangkan sedikit masa untuk mengajar, menyelia dan mencerap pengajaran (Abdul Ghani, Abd. Rahman , & Ngang, 2008; Aniza & Zaidatol, 2013; Azlin et al., 2013; Yusri, Aziz, & Shaladin, 2012; Yusri , 2014a,Shahril & Faizal, 2010).

Kajian penyelidik era ini menunjukkan 60 hingga 68 peratus masa pengetua digunakan untuk tugas-tugas pentadbiran (Azlin, Jamalullail, Izham, & Norhayati, 2011;2013; Hamzah, Wei, Ahmad, & Mansor, 2013) seperti menghadiri mesyuarat, seminar, melayan tetamu dan tugas pentadbiran lain (Bity, Ahmad, Ramle, &Sani Ibrahim, 2010; Jamelaa& Jainabee, 2011; Yusri & Aziz, 2013; Yusri, 2012; Suhaimi & Mazlan, 2013). kesibukan ini menjejaskan komunikasi yang efektif pengetua dan guru yang boleh meningkatkan kompetensi pengajaran guru (Ariffin & Robiah, 2002; Mohd Sani, Zabidi Abdul, 2013; Sathiamoorthy, 2012; Supyan, 2014; T.Teviana, 2011). Pengetua jarang berbincang dan memberi bimbingan kepada guru berkaitan pengajaran (Arsaythamby & Komuji, 2013). Pengetua perlu dengan memberi bimbingan, nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan kepada guru (Bas, 2012; Norashikin, Ramli, 2013).

Kajian juga menunjukkan pengetua atau guru besar yang lebih menumpukan kepimpinan instruksional berbanding pentadbiran dapat meningkatkan pencapaian murid sehingga 20 peratus (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013b). Oleh sebab itu pengetua dicadangkan agar menjalankan fungsi kepimpinan instruksional secara maya terutamanya ketika mereka tidak berada di sekolah.

TUJUAN KAJIAN

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap amalan kepimpinan instruksional maya dalam kalangan pengetua di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara rentasan. Populasi kajian ini adalah guru-guru sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah menegah teknik (SM TEKNIK) dan sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada. Dengan menggunakan soal selidik Principles Instructional Management Rating Scales (PIMRS) oleh Hallinger dan Murphy (Philip Hallinger, 1985) yang kemudiannya diubah suai oleh (Yusri dan Wan Aziz, 2011;Yusri, 2012) Data dikumpul daripada 352 orang guru yang ditentukan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata dan formula penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Data dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS 22. Bagi mengesahkan faktor yang dicadangkan, Comfirmatory Factor Analysis (CFA) dilakukan. Faktor yang dicadangkan boleh diterima sekiranya nilai outer loading > 0.708 (Hair,2012). Namun begitu, nilai outer loading ≥ 0.4 boleh diterima sekiranya nilai AVE mencapai nilai yang dicadangkan iaitu > 0.5 (Hair, 2012). Nilai composite realibility > 0.708 adalah diterima (Hair et. al, 2012), nilai Average Variance Extracted (AVE) yang diterima dalam kesahan menumpu (convergent validity) pula adalah > 0.5 (Hair et. al, 2012; Zainuddin, 2014). Apabila nilai CR ±1.96 dan nilai signifikan p < 0.5, ia menunjukkan faktor yang dicadangkan menyumbang secara signifikan.

DAPATAN KAJIAN

Responden terdiri daripada 110 orang atau 31.3% adalah guru lelaki dan 242 orang atau 68% adalah guru perempuan sekolah menengah di Malaysia. Daripada segi kelayakan akademik pula, majoriti responden adalah pegang ijazah sarjana muda iaitu seramai 292 orang atau 83% diikuti ijazah sarjana seramai 47 orang atau 13.4%.Selebihnya adalah pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan sijil atau diploma. Manakala dalam aspek amalan komunikasi maya di sekolah, semua sekolah yang dikaji mempunyai akaun rasmi kumpulan WhatsApp dan Telegram. Berbeza dengan penggunaan facebook, laman web atau portal hanya 96.3% penggunaannya di sekolah.

Bagi mengesahkan fungsi atau dimensi yang disumbangkan oleh item-item seperti yang dicadangkan analisis pengesahan faktor (CFA) dilakukan. Dapatan menunjukkan semua fungsi kepimpinan instruksional maya yang dicadangkan boleh diterima dengan nilai factor loading iaitu (FL = 0.67 hingga 0.85, CR = 0.92, AVE = 0.60). Begitu juga dengan dimensi yang dicadangkan boleh diterima dengan nilai factor loading (0.80-0.91).Fungsi mengintegrasikan teknologi mudah alih diterima sebagai fungsi baharu dalam kepimpinan instruksional maya. Dapatan juga menunjukkan pengetua mengamalkan 41tingkah laku kepimpinan instruksional maya .

Dalam konteks amalan kepimpinan instruksional maya pula, secara keseluruhannya persepsi guru menunjukkan pengetua mengamalkan kepimpinan instruksional maya pada tahap yang tinggi dengan nilai (min=3.78, sp=0.06). Jadual 1berikut memaparkan tahap amalan kepimpinan instruksional maya pengetua di Malaysia.

Jadual 1: Tahap amalan kepimpinan instruksional maya

Fungsi

Min

SP Tahap

Menetapkan Matlamat Sekolah

3.64 0.05 Sederhana Menjelaskan Matlamat Sekolah

3.68 0.06 Tinggi Menyelia dan Menilai Pengajaran

3.62 0.06 Sederhana Memantau Kemajuan Murid

3.76 0.05 Tinggi Mengintegrasikan Penggunaan Teknologi Mudah Alih 352

3.97 0.06 Tinggi Memberi Insentif Kepada Guru

3.93 0.06 Tinggi Memberi Insentif Kepada Murid

3.99 0.05 Tinggi Melibatkan Sokongan Komuniti

3.64 0.06 Sederhana

Keseluruhan

3.78 0.6 Tinggi

Petunjuk penetapan tahap: min 1.00 - 2.33rendah, min 2.34 - 3.67 sederhana, min 3.68 -

5.00 tinggi. Sumber: Modifikasi daripada Bahagian perancangan pendidikan dan dasar pendidikan, 2006. Berdasarkan jadual 3 di atas, persepsi guru juga menunjukkan fungsi memberi insentif kepada murid (min=3.99, sp=0.06) mencatat min tertinggi diikuti oleh fungsi mengintegrasikan penggunaan teknologi mudah alih (min=3.97, sp=0.06),memberi insentif kepada guru (min=3.95, sp=0.06), memantau kemajuan murid (min = 3.71, sp = 0.05) dan menjelaskan matlamat sekolah (min = 3.68, sp = 0.06). Manakala fungsi-fungsi, menetapkan matlamat sekolah (min=3.64, sp=0.05), melibatkan sokongan komuniti (min=3.64, sp=0.06) serta menyelia dan menilai pengajaran (min=3.62, sp=0.06) berada pada tahap yang sederhana.

Perbincangan

Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan pengetua mengamalkan lapan fungsi dan 41 tingkah laku kepimpinan instruksional maya .pada tahap yang tinggi. Dapatan ini bermaksud pengetua melaksanakan fungsi kepimpinan instruksional maya secara kerap dan sangat kerap. Kesibukan pengetua dengan tugas pentadbiran bukan lagi isu yang menghalang mereka daripada menjalankan fungsi sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Penerimaan fungsi mengintegrasikan teknologi mudah alih (MiTM) yang turut mendapat min tertinggi memberi isyarat yang jelas bahawa amalan kepimpinan instruksional sudah pun diaplikasikan secara maya.

Dalam konteks kajian ini, fungsi MiTM bermaksud pengetua menekankan amalan komunikasi maya seperti whatsApp dan telegram, penggunaan portal dan laman web sekolah, menggalakkan guru-guru berkongsi maklumat secara atas talian seperti menggunakan google drive atau dropbox, menggalakkan guru-guru menggunakan telefon pintar untuk mengakses bahan pengejaran, menggalakkan guru-guru menggunakan perisian interaktif untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan melengkapkan teknologi internet dan teknologi tanpa wayar di sekolah. Dapatan ini sekali gus membenarkan dapatan penyelidik sebelum ini yang mendapati pengetua mengintegrasikan ICT dalam pengurasan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (Mohd Yusri 2012), mengamalkan kepimpinan teknologi (Jamil, 2011, Leong, 2010; Nordin & Norazah, 2011) dan menggunakan komunikasi digital seperti e-mel, mms dan sms antara warga sekolah dan pihak luar pada tahap yang tinggi(Zaiton & Hamidon, 2014)

Bagi dimensi membentuk iklim sekolah yang positif, persepsi guru menunjukkan pengetua mengamalkannya pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan dimensi dan mengurus program instruksional dan mendefinisikan matlamat sekolah Dapatan ini menunjukkan bahawa pengetua mementingkan iklim sekolah yang kondusif dan mengurus program instruksional secara berkesan di samping memperkasakan matlamat sekolah. Fungsi memberi insentif kepada murid mencatat min tertinggi berbanding memberi insentif kepada guru dan melibatkan sokongan komuniti. Dapatan ini memberi isyarat yang jelas kepada kita, walaupun pengetua sibuk dengan pelbagai komitmen namun dengan komunikasi maya pengetua masih dapat melaksanakan fungsi kepimpinan instruksional.

Pengetua menunjukkan tingkah laku dengan mengiktiraf secara rasmi pencapaian murid, memaklumkan kemajuan atau prestasi cemerlang murid kepada ibu bapa dan Pengetua menunjukkan tingkah laku dengan mengiktiraf secara rasmi pencapaian murid, memaklumkan kemajuan atau prestasi cemerlang murid kepada ibu bapa dan

Seterusnya bagi fungsi menyelia dan menilai pengajaran, persepsi guru menunjukkan pengetua mengamalkannya pada tahap yang sederhana. Dapatan ini membuktikan dalam kesibukan dengan tugas pentadbiran (Bitty Salwana, Ahmad Basri, Ramlee, & Mohammed Sani, 2010; James & Balasandran, 2013; Mohd Yusri, 2012) fungsi menyelia dan menilai pengajaran dapat dilakukan dengan kepimpinan instruksional maya. Berbeza dengan kepimpinan instruksional tradisional, kebiasaannya tugas menyelia dan menilai pengajaran didelegasikan kepada penolong kanan dan ketua bidang (Hallinger, 2005; Nor Azni, 2015). Walaupun penyeliaan secara maya melalui aplikasi seperti whatsApp atau telegram namun pengetua masih berkemampuan untuk membimbing, memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada guru dalam meningkatkan kompetensi pengajaran mereka. Ini selaras dengan dapatan kajian Nor Azni (2015) yang mendapati tugas penyeliaan pengajaran dilaksanakan oleh pengetua yang mengamalkan kepimpinan instruksional. Selain itu, amalan ini menggalakkan komunikasi yang efektif antara pengetua dan guru setiap masa dan ketika

RUMUSAN

Berasaskan kepada perbincangan di atas, selain menyokong dapatan kajian penyelidik- penyelidik sebelum ini, dapatan kajian ini secara jelas menunjukkan pengetua di Malaysia telah mengamalkan kepimpinan instruksional secara maya. Amalan ini dapat dibuktikan apabila dapatan kajian menunjukkan semua sekolah yang dikaji mempunyai kumpulan whatsApp atau telegram dan facebook rasmi sekolah.

Selain itu dapatan ini juga menunjukkan berlaku penambahbaikan terhadap teori kepimpinan instruksional yang sedia ada. Persepsi guru yang mengiktiraf fungsi kepimpinan instruksional maya adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam PPPM 2013-2025 untuk menempatkan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi di setiap sekolah dapat direalisasikan. Penerimaan amalan MiTM juga selari dengan anjakan ketujuh PPPM 2013- 2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, fungsi MiTM perlu dihayati sepenuhnya oleh pemimpin sekolah. Dalam erti kata lain pengetua dan guru besar sewajarnya menguasai teknologi ICT bagi memudahkan mereka mengaplikasikan kepimpinan instruksional maya. Selain itu peranan utama pengetua atau guru besar adalah untuk mengurus teknologi dan persekitaran digital yang berkesan dan menyebar luas penggunaan teknologi. Oleh itu amalan kepimpinan instruksional maya adalah wadah untuk pengetua mengaplikasikan dan menyebar luas teknologi dan mengurus teknologi digital dengan berkesan.

RUJUKAN

Abdul Gani, A., Abd. Rahman, A. A., & Ngang, T. K. (2008). Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan (UKM), 33, 47 –

60. Retrieved from http://www.ukm.my/jurfpend Aniza, B., & Zaidatol Akmaliah, L. P. (2013). Amalan kepimpinan pengajaran mengikut

kumpulan prestasi sekolah. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 346 –353).

Ariffin Baa’da, & Robiah Sidin. (2002). Komunikasi Pengetua -Guru :Satu Analisis. Jurnal Teknologi, 37(E), 71 – 79.

Arsaythamby Veloo, & Komuji, M. M. A. (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 81 –102.

Azlin Norhaini, M., Jamalullail, A. W., Hamzah, M. I. M., & Norhayati, Y. (2013). Aktiviti Kepimpinan di Rantau Asia : Analisis Data Kajian TIMSS 2011. In Seminar Nasional

Pengurusan danKepimpinan Pendidikan ke- 20. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Azlin Norhaini, M., Jamalullail, A. W., Mohd Izham, M., & Norhayati, Y. (2011). Aktiviti Kepimpinan Pengetua di Asia Tenggara : Analisis Data Kajian TIMSS 2011. Bangi:

Fakulti Pendidikan UKM. Bas, G. (2012). Correlation between School Principals’ Instructional Leadership Behaviours

and Teachers’ Organisational Trust Perceptions. Middle Eastern & African Journal of Educational Research, (1).

Bitty Salwana, A., Ahmad Basri, M. Y., Ramlee, M., & Mohammed Sani, I. (2010). Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan qamalan pengurusan sekolah menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2),

31 – 41. Hallinger, P. (1985). Pricipal Instructional Magement Rating Scale, 0 –6. Hallinger, P. (2011). A Review of Three Decades of Doctoral Studies Using the Principal

Instructional Management Rating Scale: A Lens on Methodological Progress in Educational Leadership. Educational Administration Quarterly, 47(2), 271 –306.

Hamzah, M. I. M., Wei, Y., Ahmad, J., Hamid, A. H. A., & Mansor, A. N. (2013). Supervision Practices and Teachers’ Satisfaction in Public Secondary Schools: Malaysia and China.

International

6. Retrieved from http://pitt.summon.serialssolutions.com

Education

Studies,

Jamelaa Bibi, A., & Jainabee, M. K. (2011). Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang : Satu Kajian Kualitatif. Journal of Edupres, 1, 323 –335. Retrieved from http://eprints.utm.my/17080/1/JOE-1- 2011-039.pdf

Kannan, S., Sharma, S., & Zuraidah, A. (201 2). Principal’s Strategies for Leading ICT Integration: The Malaysian Perspective. Creative Education, 3(December), 111 –115. doi:10.4236/ce.2012.38b023

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013a). Pelan Pembangunan Pendidikan Malayisia 2013 - 2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013b). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 ( Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Sani, I., & Ahmad Zabidi, Abdul Razak, Husaina Banu, K. (2013). Smart Principals and Smart School. 13th International Educational Technology Conference, 103(826- 836).

Mohd Yusri, I. (2012). Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan Kompetensi Pengajaran. Universiti Malaysia Terengganu.

Mohd Yusri, I. (2014). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11 – 25.

Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2014). Model Kepimpinan Maya Dan Prestasi Kerja Pemimpin Sekolah Malaysia: Perantaraan Oleh Komunikasi Dalam Kumpulan. In 2ND International Seminar Teaching Excellence And Innovation (Vol. 2, pp. 1 –10). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Yusri, I., Aziz, A., & Mohd Shaladin, M. (2012). Kepemimpinan Pengajaran dan Kompetensi Pengajaran: Perantaraan Efikasi Pengajaran Guru. Journal of Tehnology.

Mohd Yusri, I., & Wan Abdul Aziz, W. M. A. (2013). Membangunkan model modifikasi kepimpinan pengajaranpPengetua. Trend of Busines and Social, 2, 94 –109.

Muhamad, S. T., & Mazlan, M. (2013). Pengaruh dimensi kepimpinan instruksional pengetua terhadap komitmen kerja guru di sabah. In Seminar Kebangsaan Kali ke IV Majlis Dekan IPTA 2013 (pp. 449 –457). Gombak: Universiti Islam Antarabangsa.

Muhyiddin, M. Y. (2013). Teks ucapan sambutan hari guru kali ke 42. Retrieved from

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002966.pdf Norashikin, A. B., Ramli, B., & Nurnazahiah, A. (2013). Kepimpinan pengajaran pengetua

dan kepimpinan guru. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 419 – 430).

Rome, E., & Hallinger, P. (2012). Lessons from 30 Years of International Research Ministry of Education Asia Pacific Centre for Leadership and Change Leadership for 21st Century Schools : From Instructional Leadership to.

Supyan, H. (2014). Kelestarian Insan Dan Bahasa Dalam Arus Telekomunikasi Global. Batu

Pahat. Retrieved from http://supyanhussin.files.wordpress.com/2014/04/kelestarian insan-dan-bahasa-supyan2.pdf

T.Teviana. (2011). Pengaruh Gaya Kepemimpinan Dan Komunikasi Intern Terhadap Efektivitas Kerja Pegawai Pada RS. Estomihi Medan. Jurnal Keuangan & Bisnis, 3(3), 200 –2011.

Zainuddin, A. (2014). A Handbook on SEM For Academicians and Practioners. Bandar Baru Bangi: MPWS Rich Resources.

Zaiton, I., & Hamidon, A. R. (2014). Amalan Kepimpinan Teknologi dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Pentadbir Sekolah. In Seminar Nasional Pengurasan dan Kepimpinan Pendidikan ke - 201 (pp. 79 – 92). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI PENGETUA DAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Shafinaz A. Maulod

finazmaulod@gmail.com

Chua Yan Piaw Hussein Ahmad Shahrin Alias

Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya

ABSTRAK

Pengetua merupakan penggerak utama dalam menjamin mutu kecemerlangan sekolah. Keupayaan pengetua mempengaruhi guru melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang bagi mencapai matlamat sekolah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan kecerdasan emosi pengetua dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru. Kecerdasan emosi pemimpin sekolah pada masa kini sangat diperlukan memandangkan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan yang memerlukan sekolah dipimpin oleh pengetua yang mampu mengawal dan mengurus emosi dengan berkesan. Selain itu, pengetua perlu berperanan sebagai pemimpin instruksional untuk memotivasikan guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dilaksanakan dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 396 orang guru sekolah menengah kebangsaan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Seterusnya, data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan serta bagi setiap dimensi yang diukur. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi efikasi kendiri guru berdasarkan faktor jantina dan umur manakala bagi faktor pengalaman mengajar guru tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik diperolehi. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara statistik, positif dan sederhana antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru. Peramal utama yang menggalakkan peningkatan efikasi kendiri guru adalah dimensi pengurusan kendiri pengetua (kecerdasan emosi pengetua). Pada keseluruhannya, implikasi kajian ini adalah penting bagi membantu melengkapkan guru serta pemimpin sekolah dengan pengetahuan berkaitan aspek psikologi, personaliti, kemahiran dan membina perhubungan positif bersama ahli dalam organisasi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang serta membentuk budaya sekolah berkesan dan terbilang.

Kata kunci: kecerdasan emosi, efikasi kendiri, kepimpinan

PENDAHULUAN