Klik [Teruskan] untuk meneruskan login masuk ke dalam sistem.

NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 9

3.1 Login Menggunakan Roaming ID

Prosedur Login Kali Pertama Sekiranya ini merupakan kali pertama anda login menggunakan ID Pengguna yang dibekalkan di PC sekarang, pengguna akan diminta untuk mengesahkan imej pilihan, soalan rahsia, jawapan rahsia dan No.PIN. Maklumat telah ditetapkan oleh pengguna semasa memohon Sijil Digital. Langkah-langkah pengesahan adalah seperti berikut: 1. Semak imej yang dipaparkan, pastikan imej tersebut adalah imej yang sama dengan pilihan yang telah ditetapkan oleh pengguna semasa memohon Sijil Digital. 2. Pilih soalan rahsia yang sama seperti pilihan yang telah ditetapkan oleh pengguna semasa memohon Sijil Digital. 3. Masukkan jawapan kepada soalan rahsia yang telah dipilih. Pastikan jawapan adalah sama seperti tetapan semasa memohon Sijil Digital. 4. Masukkan No. PIN yang telah ditetapkan semasa memohon Sijil Digital. 5. Klik [Teruskan] untuk meneruskan login masuk ke dalam sistem. NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 10 Prosedur Login Seterusnya Sekiranya anda pernah login menggunakan ID Pengguna di komputer sekarang, anda akan diminta untuk terus memasukkan PIN portal dan klik [Login]: Nota: Bagi sijil digital Roamingsoftcert, No PIN haruslah sekurang-kurangnya 12 aksara dan tidak lebih dari 16 aksara. NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 11 4. Setelah proses pengesahan berjaya, anda akan dipaparkan Skrin Utama: ID Item Penerangan 1 Menu Bar Mengandungi fungsi utama portal seperti Halaman Utama, profil dan maklumat login anda serta fungsi keluar daripada portal. 1a Halaman Utama Pautan ini akan membawa anda kembali kepada laman utama portal seperti di atas. 1b Profil Pautan ini membenarkan anda membuat pengemaskinian terhadap maklumat asas diri anda seperti no telefon, alamat e-mel dan sebagainya. 1c Maklumat Login Paparan yang menyenaraikan maklumat ringkas pengguna yang login serta peranannya di dalam portal pentadbir GPKI. 1d Keluar Pautan yang akan membawa anda keluar daripada pengurusan portal dan seterusnya menamatkan sesi penggunaan portal pentadbir GPKI. 1 2 3 NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 12 ID Item Penerangan 2 Menu Utama Merupakan senarai pautan yang akan membawa anda kepada fungsi-fungsi pengurusan sijil digital di dalam portal pentadbir GPKI bersesuaian dengan peranan anda. 2a Pengguna Aplikasi  Senarai Pengguna Aplikasi Pautan ini membenarkan anda membuat carian pengguna aplikasi  Kemaskini Profil Pengguna Pautan ini membenarkan anda mengemaskini maklumat pengguna aplikasi 2b Pengurusan Sijil Digital  Pengesahan Dokumen Pautan ini membolehkan anda membuat pengesahan dokumen untuk permohonan sijil digital  Permohonan Pembatalan Pautan ini membolehkan anda memproses permohonan pembatalan bagi sijil digital  Semakan Status Sijil Digital Pautan ini membolehkan anda membuat semakan status sijil digital 2c Pengurusan Kad Pintar  Pengesahan Dokumen Pautan ini membolehkan anda membuat pengesahan dokumen untuk permohonan kad pintar  Semakan Status Kad Pintar Pautan ini membolehkan anda membuat semakan status kad pintar 2d Pengurusan Token  Pengesahan Dokumen Pautan ini membolehkan anda membuat pengesahan dokumen untuk permohonan sijil digital token  Permohonan Pembatalan Pautan ini membolehkan anda memproses permohonan pembatalan bagi sijil digital token  Permohonan SO PIN Pautan ini membolehkan anda membuat permohonan nombor SO PIN untuk pengguna.  Semakan Status Token Pautan ini membolehkan anda membuat semakan status sijil digital token NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 13 ID Item Penerangan 2e PIN Unbloked  Permintaan No PUK Pautan ini membolehkan anda membuat permohonan no PUK untuk pengguna.  Papar No PUK Pautan ini membolehkan anda memaparkan No PUK untuk pengguna yang memohon. 2f Pembaca Kad Pintar  Permohonan Pembaca Kad Pintar Pautan ini membolehkan anda membuat permohonan pembaca kad pintar untuk pengguna.  Kemaskini Status Penerimaan Pautan ini membolehkan anda mengemaskini status penerimaan pembaca kad pintar.  Semakan Status Pautan ini membolehkan anda membuat semakan status permohonan pembaca kad pintar untuk pengguna. 2g Semak dan Laporan  Senarai Pengguna Sijil Digital Pautan ini membolehkan anda membuat menjana senarai pengguna sijil digital  Senarai Pengguna Kad Pintar Pautan ini membolehkan anda membuat menjana senarai pengguna kad pintar  Senarai Pengguna Token Pautan ini membolehkan anda membuat menjana senarai pengguna token 2h Kad Pelatih  Kemaskini Status Penerimaan Pautan ini membolehkan anda mengemaskini status penerimaan kad pelatih.  Semakan Status Pautan ini membolehkan anda membuat semakan status permohonan kad pelatih. 3 Aktiviti terkini pengguna Memaparkan 10 aktiviti terkini anda di dalam portal pentadbir GPKI. NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 14

3.2 Login Menggunakan Kad Pintar