Klik [Jana Kod Pengaktifan] pada rekod pengguna aplikasi untuk Klik [Daftar Pengguna Aplikasi].

NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 26 Jana Kod Pengaktifan AP dibenarkan menjana semula kod pengaktifan bagi membolehkan pengguna aplikasi membuat permohonan sijil digital atau kad pintar, sekiranya pengguna melaporkan tidak menerima e-mel notifikasi selepas pendaftaran telah dibuat oleh AP. Sebelum melaksanakan janaan ini, AP perlu pastikan alamat e-mel pengguna adalah betul. 1. Klik [Jana Kod Pengaktifan] pada rekod pengguna aplikasi untuk menjana semula kod pengaktifan. 2. Mesej Jana Kod Pengaktifan akan dipaparkan: 3. Klik OK untuk meneruskan penjanaan semula kod pengaktifan. 4. Pengguna akan menerima kod pengaktifan yang baru melalui e-mel notifikasi. NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 27 Daftar Pengguna Aplikasi Secara Individu AP dibenarkan mendaftar pengguna aplikasi secara individu atau secara berkelompok. Untuk mendaftar pengguna secara individu, prosedur adalah seperti berikut: 1. Klik [Daftar Pengguna Aplikasi]. 2. Skrin Daftar Pengguna aplikasi akan dipaparkan. 3. Masukkan No.MyKad dan nama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan pengguna. Ini bertujuan untuk memastikan no MyKad dan nama pengguna aplikasi yang ingin didaftarkan terdapat di dalam sistem CRS MyIdentity yang diselia oleh Jabatan Pendaftaran Negara JPN. 4. Pilih Aplikasi bagi pengguna tersebut. Nota: Bagi tentera atau polis, sila gunakan No Mykad Awam. Sekiranya anda ingin mendaftarkan pengguna yang menggunakan Kad Pintar dengan ID tenterapolis, nombor ID tenterapolis tersebut perlu dimasukkan pada halaman seterusnya NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 28 5. Klik Sahkan NoMyKad dan Nama untuk mengesahkan kewujudan pengguna di dalam sistem CRS. 6. Setelah No MyKad dan Nama telah disahkan, Skrin Daftar Pengguna Aplikasi secara terperinci akan dipaparkan: 7. Masukkan e-mel yang sah sahaja untuk tujuan urusan sijil digital. 8. Masukkan nombor telefon supaya mudah dihubungi oleh pihak pentadbir GPKI. 9. Pilih Aplikasi yang akan digunakan oleh pengguna aplikasi. 10.Pilih Jenis Sijil yang akan digunakan oleh pengguna aplikasi. Contoh: eSPKB menggunakan kad pintar. Nota: Bagi tentera atau polis, masukkan nombor sahaja. Contoh: 123456 NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 29 11.Klik Daftar pengguna Aplikasi untuk meneruskan pendaftaran. 12.Pengguna Aplikasi akan menerima e-mel notifikasi untuk membuat permohonan berdasarkan pilihan sijil digital di atas. Daftar Pengguna Aplikasi Secara Berkelompok Untuk mendaftar pengguna secara berkelompok, prosedur adalah seperti berikut: 1. Klik [Muat Naik Pengguna Aplikasi] untuk mendaftar pengguna aplikasi secara berkelompok. NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 30 2. Skrin Upload Pengguna aplikasi akan dipaparkan. 3. Pilih aplikasi yang akan didaftarkan untuk pengguna. Contoh: eSPKB menggunakan kad pintar. 4. Pilih juga jenis sijil sama ada sijil digital atau kad pintar bergantung kepada aplikasi yang dipilih. Contoh : Kad Pintar. 5. Klik [Browse] untuk memuat naik fail excel yang menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan pengguna seperti No MyKad, nama, alamat e- mel dan nombor telefon.Hanya excel yang berformat „.xls‟ Ms Office 1997-2003 akan dibenarkan untuk dimuatnaik. 6. Skrin muat naik fail yang terdapat adalah seperti di berikut. NOMBOR RUJUKAN HALAMAN GPKI-AP-UM-V4.0 31 7. Pilih fail excel yang ingin dimuat naik dan klik [Open].