Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian

40

5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Murid akan dapat: 5.1 Mengaplikasikan lingkaran penyelesaian masalah termasuk mengenal pasti dan menganalisis masalah tersebut; membangunkan strategi penyelesaian; memilih strategi yang sesuai dan mengimplementasikan; dan menilai penyelesaian. 5.2 Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah untuk menyampaikan maklumat atau membentangkan keputusan dengan menggunakan TMK. 5.3 Menghubungkaitkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan; dan nyatakan hasil keputusan atau cara penyelesaian. 5.4 Mengumpul segala proses dan hasilan yang berjaya untuk kegunaan masa depan.

6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran

Murid akan dapat: 6.1 Menggunakan TMK untuk menghasilkan kerja yang efektif dan kreatif; dan untuk menyelesaikan projek dan tugasan. 6.2 Menggunakan TMK untuk berkolaborasi dengan rakan sebaya, pakar dan orang lain untuk meningkatkan produktiviti. 6.3 Menggunakan TMK untuk meningkatkan peluang pembelajaran ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

7.0 Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif

Murid akan dapat: 7.1 Mengemukakan idea yang sedia ada melalui cara yang unik dan baru. 7.2 Merancang strategi untuk mengemukakan pengetahuan dan idea baru. 7.3 Membangunkan pelbagai produk media yang asli untuk mengemukakan idea dan maklumat. 7.4 Menggunakan kemunculan teknologi baru emerging technology untuk mengemukakan idea dan maklumat. PRINSIP PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperoleh kemahiran ini, murid akan mengaplikasikan dan mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran mereka. Untuk menjayakan perkara ini, murid perlu belajar TMK secara kaedah amali hands-on dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks pembelajaran.