STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

38

3.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menulis, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran menulis yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4. Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Standard Kandungan Seni Bahasa Murid patut mengetahui dan boleh: i. menyebut, lirik lagu mengikut alunan dan menyatakan nilai dan ungkapan yang indah dalam lirik lagu dalam nyanyian secara didik hibur; ii. bercerita tentang sesuatu cerita yang mempunyai simpulan bahasa menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, bahasa badan dan gaya yang sesuai serta menyatakan pengajaran sewaktu menyampaikan cerita; iii. berlakon dan berdialog dengan kata-kata yang mengandungi simpulan bahasa dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, aksi yang sesuai serta menyatakan pengajaran sewaktu menyampaikan cerita; iv. melafazkan syair dengan sebutan yang betul dan jelas serta dapat menyatakan bahasa yang indah berdasarkan syair; v. melagukan dan menyatakan cerita dalam syair serta dapat menghasilkan sesuatu ciptaan berdasarkan syair dengan kreatif; vi. menyampaikan syarahan mengikut laras bahasa, sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai dengan penuh keyakinan dan semangat. 39 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan 40

5.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD