STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan mengungkapkan secara bertatasusila. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Murid patut mengetahui dan boleh: i. mendengar, memahami, menyebut ragam ayat dengan betul dan tepat; ii. mendengar, memahami dan memberi tindakbalas secara lisan atau gerak laku terhadap arahan mengikut kronologi dan soalan yang menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya; iii. mendengar, memahami dan menyampaikan pesanan mengikut urutan dengan menggunakan laras bahasa yang betul; iv. bertutur dan berbual untuk menyatakan permintaan menggunakan pelbagai jenis ayat yang gramatis dengan kata panggilan hormat, kata ganti nama diri laras istana dengan betul dalam sesuatu situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila; v. menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara menggunakan pemilihan kata, ayat serta bahasa badan dengan alasan yang sesuai secara bertatasusila; 32

1.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR vi. bercerita dan menceritakan sesuatu tajuk dengan tepat menggunakan bahasa dan gaya bahasa yang sesuai dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; vii. berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada media elektronik menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa yang sesuai secara bertatasusila; dan viii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu topik berdasarkan bahan bukan grafik menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun secara bertatasusila. 33 STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard 34 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4 . Pembelajaran Kemahiran Membaca. Standard Kandungan Kemahiran Membaca Murid patut mengetahui dan boleh: i. membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman dalam bahan bacaan prosa dengan sebutan yang betul; ii. membaca kuat pelbagai jenis ayat serta ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat daripada sesuatu bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, dan berjeda . iii. membaca dan memahami maklumat daripada bahan bukan naratif untuk membuat ulasan dengan betul; iv. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat sesuatu keputusan dengan betul; v. membaca, memahami, mengkategori maklumat daripada bahan prosa dan memindahkan maklumat dalam bentuk grafik; vi. membaca, memahami dan membuat banding beza maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa; vii. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan puisi untuk membuat keputusan dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa; viii. membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya pemikiran kritis; ix. membaca dan memahami bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya laras bahasa. 35 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA 36 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4. Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis. Standard Kandungan Kemahiran Menulis Objektif Kemahiran Menulis Murid patut mengetahui dan boleh: i. menulis dan menyalin petikan dengan betul dan kemas; ii. menulis dan menyalin pelbagai jenis ayat dalam satu perenggan dengan menggunakan tulisan berangkai yang betul; iii. membina dan menulis jawapan kefahaman berpandukan soalan bertumpu dan bercapah serta memberikan huraian dengan kritis dan betul; iv. membina kerangka karangan berbentuk naratif dengan betul; v. menulis imlak ayat dan perenggan yang mengandungi kata majmuk dan kata ganda dengan ejaan dan tanda baca yang tepat; vi. mencatat maklumat yang betul mengikut urutan dan keutamaan pada carta dengan betul; vii. menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk syarahan dan laporan yang mempunyai kohesi dengan menegaskan bahasa yang santun; viii. menulis draf penulisan karangan berformat dengan betul; ix. menghasilkan penulisan berbentuk deskriptif berbentuk catatan, laporan dan surat tidak rasmi dengan betul; x. mengedit hasil penulisan daripada aspek tanda baca, penanda wacana, penggunaan kata dan struktur ayat dan memurnikannya; xi. menulis pendapat tentang bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan jelas dan menggunakan bahasa yang gramatis. 37 38

3.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS