Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Alam

Tahap Kesedaran masyarakat dengan
permasalahan alam sekitar
Dalam konteks negara kita Malaysia, dapat dinyatakan bahawa tahap
kesedaran masyarakat masyarakat dengan permasalahan alam sekitar
adalah pada tahap yang masih rendah. Menurut Rosmidzatul Azila (Berita
Harian,19

Okt.2012),

bukan

tiada

usaha

yang

dilaksanakan

bagi


membendung permasalahan ini , malah saban tahun begitu banyak program
dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat
seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita.

Buktinya kita

masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang
sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Ini jelas memberi

cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar masih lagi pada tahap yang rendah.

Menurut

Ku

Halim Ku Hamid (Sinar Harian,18 Mei 2013) kebersihan alam sekitar
merupakan isu kritikal yang sewajarnya mendapat perhatian masyarakat

kerana kesannya bukan sahaja pada seorang individu tetapi membabitkan
keseluruhan

masyarakat

dalam

jangka

panjang.

Tahap

kesedaran

masyarakat bukan sahaja diperingkat kampung,tetapi juga bandar terhadap
kebersihan

masih


ditakuk

lama,peningkatannya

tidak

begitu

ketara.

Walaupun terdapat kempen-kempen kesedaran mengenai kepentingan
memelihara alam sekitar, masih terdapat segelintir daripada masyarakat

yang

masih

memandang

remeh


berhubung

aspek

penjagaan

dan

pemuliharaan alam sekitar.

Tahap kesedaran dan amalan masyarakat yang masih belum mapan di dalam
memulihara alam sekitar sebenarnya boleh dilihat melalui petunjuk-petunjuk
amalan kesedaran memulihara alam sekitar seperti petunjuk amalan kitar
semula.

Usaha membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan

masyarakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah
( Rosmidzatul Azila,


2012).

Buktinya hasil kajian terbaru Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mendapati
bahawa peratusan rakyat di negara ini mempunyai kesedaran untuk
melakukan kitar semula surat khabar masih lagi pada tahap yang tidak
memberangsangkan iaitu hanya sebanyak 40 hingga 45 peratus sahaja.
Hasil kajian yang menunjukkan kepada peratusan yang minimum ini, jelas
menggambarkan bahawa tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula
dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah dan masih jauh
daripada matlamat asal program ini diperkenalkan. Kegagalan masyarakat
dalam membudayakan amalan kitar semula ini telah mengakibatkan
masalah pencemaran sampah sarap yang semakin berleluasa dan sukar
dibendung. Menurut Azrina Sobian (2012), penglibatan dalam kegiatan kitar
semula di Malaysia masih terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus (5%)
sahaja berbanding kadar kitar semula di negara jiran seperti Singapura (56
peratus), Filipina (12 peratus) dan beberapa negara-negara maju lain seperti


German (48 peratus), Amerika Syarikat (33 peratus) dan Switzerland (52
peratus). Ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak berminat dengan kegiatan
kitar semula.

Jadual 1.1 Peratusan penglibatan negara terbabit dalam kegiatan kitar
semula
Negara
Singapura
Switzerland
German
Amerika Syarikat
Filipina
Malaysia

Bil %
56 %
52 %
48 %
33 %
12 %

5%

Sumber: Artikel IKIM

Selain itu, tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah berhubung
kebersihan alam sekitar juga dapat dibuktikan melalui laporan Kementerian
Pengangkutan yang menunjukkan bahawa

sehingga tahun 2010, jumlah

kenderaan yang didaftarkan di negara ini ialah sebanyak 21.1 juta kenderaan
. Jumlah ini meningkat kira-kira 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Manakala kenderaan baharu yang didaftarkan diseluruh negara pada tahun
2010 ialah sebanyak 1.15 juta kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 13.7
peratus berbanding tahun 2009.

Peningkatan jumlah kenderaan ini tidak

dapat dinafikan menyumbang kepada pencemaran udara,bunyi ,kesesakan
jalan dan sebagainya (Azrina,2012).


Menurut Azrina (2012) lagi , penglibatan Malaysia dalam pelepasan
gas karbon dioksida (CO2) di dunia juga tidak wajar dipandang rendah. Pada
tahun 2009, Malaysia menduduki tangga ke- 32 dalam pelepasan CO 2 iaitu
sebanyak 148 juta tan. Kedudukan ini amat jauh jika dibandingkan dengan
negara China yang merupakan negara paling banyak membebaskan CO 2 di
dunia pada masa kini iaitu sebanyak 7,711 juta tan. Walau bagaimanapun,
dari segi pelepasan CO2 per kapita, datanya berbeza.

Pelepasan CO2 per

kapita di China ialah sebanyak 5.83 tan manakala Malaysia 5.32 tan.

Ini

menunjukkan bahawa walaupun pelepasan CO2 amat jauh berbanding China
namun dari segi pelepasan CO2 per kapita Malaysia dan China tidak jauh
bezanya. Ini juga bermakna , seorang rakyat Malaysia membebaskan CO 2
hampir sama banyak dengan seorang rakyat negara China.


Sebahagian

besar pelepasan CO2 ini berlaku akibat daripada aktiviti pengangkutan dan
jika keadaan ini berlaku berterusan, maka hasrat untuk mengurangkan dua
peratus CO2 tidak akan tercapai dan masalah pemanasan bumi akan terus
menghantui kita dalam bentuk perubahan cuaca (panas-hujan) yang tidak
menentu,serangan banjir kilat, tanaman yang tidak menjadi dan sebagainya.

Menurut

Datuk

Zaini

Md

Nor,

bekas


Ketua

Pegawai

Eksekutif

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pempersihan Awam (PPSPPA) ,
menyatakan bahawa Kerajaan telah membelanjakan RM 1bilion setahun
untuk menguruskan sampah sarap diseluruh negara. Dianggarkan kira-kira
20,000 tan sampah dihasilkan dinegara ini setiap hari, jika masyarakat dapat

membuang sampah dengan baik, melakukan kitar semula,kerajaan boleh
menjimatkan kos pengurusan dan tenaga kerja yang seterusnya boleh
menggunakan duit yang ada untuk manfaat lain pada negara (Sinar
Harian,18 Mei 2013).

Dari aspek

pemusnahan ekosistem hutan juga telah menunjukkan


penerokaan yang berleluasa dan tidak terkawal. Didapati secara purata 25
hektar pokok telah ditebang pada setiap hari (Rosmidzatul Azila,2011).
Selain

daripada

tujuan

pertanian

oleh

agensi

kerajaan

(FELDA,FELCRA,RISDA), pemusnahan hutan dan hutan dara juga dilakukan
untuk pelbagai tujuan lain seperti
perindustrian.
meningkat

raya,perlombongan,pembandaran dan

Pada tahun 1970-an dianggarkan kadar pembalakan telah

kira-kira

374,410

hektar

setahun.

Keadaan

ini

telah

menyebabkan kehilangan kawasan hijau dengan cepat misalnya, pada tahun
1977 hanya 55.3 peratus sahaja kawasan hutan yang tinggal dan
kebanyakkannya terdapat di kawasan bukit dan gunung yang bercerun
curam

(Tuan

Pah,2011).

Proses

pembangunan

yang

pesat

akan

menyebabkan hakisan tanih dan pemendapan bahan mendak yang banyak
ke dalam alur sungai seterusnya akan menyebabkan banjir besar yang
berulangan. Akitiviti yang tidak terkawal dan tanpa pemantauan yang rapi
oleh pihak berwajib akan mendatangkan kesan pada jangka masa panjang
sehingga

boleh

mendatangkan

bencana

apabila

pencemaran

atau

kemerosotan kualiti alam sekitar menjadi keterlaluan dan mengancam

manusia.

Pemusnahan hutan sememangnya memberikan implikasai yang

besar kepada keseimbangan ekosistem alam sekitar kerana ia akan
menggangu kitaran semulajadinya. Menurut Tuan Pah(2011) modifikasi dan
gangguan terhadap ekosistem semulajadi melalui aktiviti pembangunan
boleh mengubah keseimbangan system dinamik alam sekitar iaitu meliputi
empat komponen utama (atmosfera,litosfera,hidrosfera,dan biosfera).

Ia

akan menjejaskan kandungan oksigen di udara, mencemarkan sungai-sungai
,kepupusan habitat flora serta fauna,malah memusnahkan khazanah alam
yang amat berharga.

Daripada data-data yang dikemukakan, dapat ditegaskan bahawa
amalan

alam

sekitar

dalam

kalangan

membimbangkan dan perlukan ‘transformasi’
besaran (Azrina,2011).

rakyat

Malaysia

amat

secara serius dan besar-

Oleh itu, kajian ini adalah perlu sebagai usaha

menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar berasaskan
pandangan yang konkrit atau dengan kata lain melalui kefahaman yang jelas
terhadap

Eco

Spritual

yang

ditunjangi

ajaran

agama

Islam

yang

benar,holistic dan realistic untuk menangani permasalahan alam sekitar
yang semakin membimbangkan.