TAHAP DAN PERUBAHAN KUALITI ALAM SEKITAR (1)
KERTAS KERJA 7
________________________________________________________________
PERUBAHAN DAN ARAH PERKEMBANGAN KAWASAN TEPU BINA
WILAYAH LEMBAH KLANG
Ahris Yaakup
Stanley Chong Hon Chung
Rubiah Suratman
______________________________________________________________________
Abstrak
Wilayah Lembah Klang telah mengalami perubahan tepubina yang sangat ketara berikutan
pembangunan bandar yang sangat pesat. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya limpahan
pembangunan yang boleh mengakibatkan percanggahan guna tanah dan berkurangnya tanah
untuk pembangunan masa hadapan. Fenomena ini telah memberi kesan secara langsung
kepada keperluan infrastruktur sedia ada yang tidak mampu menyokong permintaan yang
meningkat dan boleh membawa kepada kesesakan lalulintas serta sistem pengangkutan yang
tidak efisien. Oleh itu, perancangan guna tanah yang sistematik adalah perlu di Wilayah Lembah
Klang untuk mencapai pembangunan tanah yang mampan. Sistem Maklumat Geografi (GIS)
yang ada pada masa kini adalah berupaya untuk menjalankan analisis-analisis ruang yang dapat
membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri untuk tujuan pemantauan perkembangan
bandar, alam sekitar, sistem pengangkutan dan lain-lain.
1.0 Pendahuluan
Wilayah Lembah Klang yang terletak di tengah-tengah pantai barat Semenanjung
Malaysia adalah meliputi keluasan lebih kurang 2832 kilometer persegi, merangkumi
kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Daerah Gombak, Daerah Hulu Langat,
Daerah Petaling dan Daerah Klang. Penduduk di Wilayah Lembah Klang adalah lebih
kurang 3.8 juta orang pada tahun 2000 dan didapati 1.3 juta orang tertumpu di Kuala
Lumpur, diikuti daerah Petaling (916,436 orang), Hulu Langat (633,163 orang), Gombak
(511,357) dan Klang (480,147 orang).
Pembangunan yang pesat di Wilayah Lembah Klang telah menyebabkan pertambahan
penduduk yang tinggi pada tahun 2000 iaitu lebih kurang 0.9 juta daripada bilangan
banci tahun 1991 (2.9 juta). Di samping pertumbuhan penduduk yang meningkat,
perkembangan pembangunan kawasan tepubina juga turut meningkat dari tahun ke
tahun. Keadaan ini memerlukan pengawasan dan pemantauan pembangunan yang
segera dan sistematik untuk mengelak daripada pertambahan pembangunan tepubina di
kawasan yang berisiko tinggi dan kawasan lindungan/peliharaan kerajaan.
Sistem maklumat geografi yang telah diperkenalkan masa kini, merupakan sistem
maklumat yang berupaya menjalankan analisis ruang dengan menggunakan fungsifungsi analisis yang dapat mengintegrasikan data-data asas maklumat yang mempunyai
rujukan ruang geografi.
2.0 Faktor Perubahan dan Arah Perkembangan Kawasan Tepubina
Perubahan dan perkembangan kawasan tepubina mempunyai perkaitan rapat dengan
pertumbuhan ekonomi di mana peluang pekerjaan yang diwujudkan daripada sektorsektor ekonomi tersebut, akan menjadi daya penarik untuk penduduk bertumpu di
sesuatu kawasan.
Fenomena ini berlaku terutamanya di kawasan yang telah sedia membangun seperti di
bandar-bandar besar di dalam Wilayah Lembah Klang. Kawasan perbandaran biasanya
menjadi pusat bagi pelbagai kegiatan seperti pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan,
perindustrian dan lain-lain lagi. Penumpuan pelbagai kegiatan tersebut menjadi faktor
penarik kepada penumpuan penduduk. Tanah di kawasan bandar mempunyai nilai serta
potensi yang tinggi untuk membantu di dalam pertumbuhan serta perkembangan
ekonomi wilayah dan negara. Tarikan untuk mengambil faedah dari kemudahan dan
sumber sedia ada yang tersedia ditawarkan di kawasan yang telah sedia membangun
secara tidak langsung menyebabkan pertambahan pembangunan tanah dan
menambahkan lagi saiz bandar serta kawasan tepubina sedia ada. Selain daripada itu,
pertambahan bilangan penduduk akan memerlukan pertambahan kawasan petempatan,
pembinaan kemudahan-kemudahan seperti sekolah, hospital, jalan raya dan
sebagainya. Keperluan kepada pembangunan kawasan petempatan baru menyebabkan
pertambahan pembangunan guna tanah dan perubahan kawasan tepubina.
Arah perkembangan kawasan tepubina boleh dikaitkan dengan corak dan perubahan
guna tanah. Dalam hal ini, arah perkembangan berkemungkinan mengikut jajaran
pembangunan semasa iaitu mengikut koridor pembangunan sedia ada. Di Wilayah
Lembah Klang, koridor pembangunan melibatkan jajaran bandar-bandar utama iaitu
Bandar Kelang, Bandar Shah alam, Bandar Petaling, Pusat Bandar Kuala Lumpur,
Bandar Selayang; Gombak di jajaran koridor utara; dan Bandar Kajang di jajaran koridor
yang menghala ke selatan. Arah perkembangan kawasan tepubina juga dipengaruhi
oleh pembangunan sesebuah projek mega seperti pembangunan Kompleks Sukan Bukit
Jalil yang secara tidak langsung menjadi penggalak bagi pembangunan guna tanah
disekitar kawasannya.
3.0 Isu dan Masalah Pembangunan Bandar dan Wilayah Lembah Klang
Isu yang sering dikaitkan dengan pembangunan bandar di peringkat wilayah adalah
seperti:
a)
Tiada satu dasar atau polisi yang khusus berhubung dengan peraturan dan kawalan
pembangunan bandar.
b)
Tiada satu badan khusus yang bertanggunjgawab menyelaraskan aspek
pentadbiran, perundangan dan perancangan guna tanah bandar. Biasanya
tanggungjawab yang dipraktikkan pada masa kini ialah terdapat pelbagai pihak atau
jabatan dengan peranan masing-masing yang kadangkala sukar diseragamkan
terutamanya diperingkat pemprosesan dan kelulusan perkara-perkara berhubung
dengan pembangunan guna tanah bandar.
c)
Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat mengatur dan mengawal pembangunan di
kawasannya semata-mata dan tidak mempunyai kuasa bagi kawasan luar darinya,
sedangkan pembangunan guna tanah kawasan perbandaran akan memberi kesan
kepada kawasan sekitarnya dan sebaliknya.
d)
Kelemahan dari segi sumber kewangan, tenaga profesional dan teknikal serta
kelemahan pengurusan dalam menyediakan pelan-pelan pembangunan dan
mengawal guna tanah bandar yang pesat membangun.
e)
Sukar untuk memperkenalkan satu peraturan dan kawalan tanpa maklumatmaklumat di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang hendak diatur
dan dikawal. Diperingkat paling minimum ialah rekod-rekod guna tanah sedia ada,
ketumpatan bangunan, hak milik, maklumat fizikal, lokasi dan lain-lain. Kekurangan
data-data yang tepat telah menyukarkan penggunaan teknik-teknik kawalan yang
komprehensif.
4.0 Sistem Maklumat Sokongan Dalam Pengawalan Perubahan dan Arah
Perkembangan Kawasan Tepubina Wilayah Lembah Klang
Pengenalan kepada sistem maklumat geografi (GIS) pada hari ini telah membantu dan
meluaskan peluang penggunaannya dalam pengawalan pembangunan tepubina di
Wilayah Lembah Klang. Fungsi analisis ruang GIS telah dapat mengintegrasikan datadata asas dengan maklumat guna tanah, pengangkutan, sosio-ekonomi, alam sekitar
dan fizikal untuk pengawalan perkembangan pembangunan bandar di Wilayah Lembah
Klang. Beberapa contoh analisis diperingkat wilayah yang berkaitan dengan pengawalan
perubahan dan arah perkembangan kawasan pembangunan bandar adalah seperti
berikut:
a). Analisis Perubahan Tepubina
Analisis perubahan tepubina ini adalah digunalan untuk malihat tren perkembangan
dan perubahan kawasan bandar dan arah perkembangan bandar mengikut tahun.
Analisis ini melibatkan data tepubina tahun 1994, 1996 dan 1998 yang telah
diperolehi daripada imej satelit. Rajah 1a menunjukkan model analisis perubahan
tepubina Wilayah Lembah Klang yang menggunakan fungsi analisis grid.
Litupan
Tahap
POLYGRID
TB94P
TB94GRD
POLYGRID
TB96P
TB96GRD
POLYGRID
TB98P
TB98GRD
Tahap
Tahap 3
CON, ISNULL
TB94GD
CON, ISNULL
TB96GD
ARITMATIK +
TB9498GD
CON, ISNULL
TB96GD
Rajah 1a : Model Analisis Perubahan Tepubina 1994-1998
Hasil analisis ini mendapati kawasan tepubina pada tahun 1994 adalah lebih kurang
24,294 hektar dan telah berkembang kepada 42,642 hektar pada tahun 1996. Ini
menunjukkan perkembangan pembangunan kawasan tepubina di Wilayah Lembah
Klang untuk tahun 1994 hingga 1995 adalah kira-kira 18,348 hektar atau 75%
daripada kawasan tepubina 1994. Kawasan tepubina tahun 1998 adalah lebih kurang
69,436 hektar, di mana perkembangan tepubina untuk tahun 1996 hingga 1998
adalah kira-kira 26,792 hektar atau 63% daripada kawasan tepubina 1996. Ini
menunjukkan perkembangan pembangunan bandar di Wilayah Lembah Klang adalah
pantas dan pesat, di mana arah perkembangan pembangunan bandar adalah
tertumpu ke arah keluar dari kawasan pusat bandar terutamanya di kawasan bandar
baru Selayang, Rawang di sebelah utara, bandar baru Bangi, kajang dan Semenyih
di sebelah timur, bandar Kapar, Meru, Sungai Besi di sebelah Barat Wilayah Lembah
Klang.
Rajah 1b : Pelan Perubahan Tepubina 1994-1998 Wilayah Lembah Klang
b). Analisis Tekanan Pembangunan
Analisis tekanan pembangunan merupakan analisis yang umum yang berasaskan
kepada andaian di mana tekanan pembangunan berlaku di kawasan pembangunan
yang telah ditetapkan. Tahap tekanan pembangunan adalah berdasarkan kepada
densiti pembangunan yang telah ditetapkan tersebut di samping data sokongan
yang lain. Rajah 2a merupakan model analisis tekanan pembangunan.
Litupan
Tahap
Tahap
POLYGRID
TB99P
TB99GRD
POLYGRID
REKREASI
TB99GD
CON
REKGRD
POLYGRID
HUTANP
REKGD
CON
HTNGRD
HTNGD
ARITMATIK +
TKNGRD
POLYGRID
SUNGAIL
IF
TKNGD
CON
SGGRD
POLYGRID
JALANL
Tahap 4
Tahap
CON
SGGD
CON
JLNGRD
JLNGD
POLYGRID
KOMGRD
KOMDEN
Rajah 2a : Model analisis tekanan pembangunan Wilayah lembah Klang
Hasil analisis menunjukkan tekanan pembangunan yang tinggi adalah lebih kurang
52 hektar atau 0.9% daripada keseluruhan kawasan komited yang mengalami
tekanan pembangunan. Manakala tekanan pembangunan yang sederhana ialah lebih
kurang 269 hektar atau 4.8% daripada keseluruhan kawasan komited yang
mengalami tekanan pembangunan. 94.3% iaitu lebih kurang 5271 hektar daripada
keseluruhan kawasan komited yang mengalami tekanan pembangunan berada pada
tekanan yang rendah. Tekanan pembangunan adalah lebih tertumpu di kawasan
pembangunan bandar-bandar baru seperti Rawang, Batu Arang dan Bandar Baru
Selayang di daerah Gombak dan Bangi, Beranang, Semenyeh dan Bandar Baru
Kajang di daerah Hulu Langat. Rajah 2b adalah pelan tekanan pembangunan
Wilayah Lembah Klang.
Rajah 2b : Pelan Tekanan Pembangunan Wilayah Lembah Klang.
c). Analisis Kedapatan Tanah
Di dalam analisis kedapatan tanah, beberapa faktor fizikal diambilkira untuk
mempertimbangkan dan mengenalpasti kawasan tanah yang masih boleh didapati
untuk tujuan pembangunan. Pada asasnya analisis ini akan menunpukan kawasan
diluar daripada kawasan tepubina. Rajah 3a merupakan model analisis kedapatan
tanah di Wilayah Lembah Klang. Analisis ini adalah berdasarkan kepada kriteria di
mana tanah yang masih boleh didapati untuk tujuan pembangunan adalah seperti
berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Berada di luar kawasan tepubina
Berada di luar kawasan pembangunan komited
Berada di luar rizab jalan dan sungai
Berada di luar rekreasi awam dan swasta
Berada di luar kawasan hutan simpan
Litupan
Tahap
Tahap
POLYGRID
TB99P
TB99GRD
POLYGRID
REKREASI
TB99GD
CON
REKGRD
POLYGRID
KOMITED
REKGD
CON
KOMGRD
KOMGD
ARITMATIK +
KDAPATN
POLYGRID
SUNGAIL
SGGRD
KDPTNF
SGGD
CON
JLNGRD
POLYGRID
HUTANP
IF
CON
POLYGRID
JALANL
Tahap 4
Tahap
CON
JLNGD
CON
HTNGRD
HTNGD
Rajah 3a : Model Analisis Kedapatan Tanah
Hasil analisis telah menunjukkan bahawa lebih kurang 95,788 hektar atau lebih
kurang 34% tanah yang masih boleh digunakan untuk tujuan. Selain daripada tanah
tersebut merupakan kawasan pembangunan sedia ada, tanah yang berisiko, sensetif
dan tanah rizab kerajaan. Ini menunjukkan pembangunan bandar untuk masa akan
datang perlu dikawal dan bandar-bandar baru sedia ada juga perlu mendapat
kawalan bangunan yang sistematik yang lebih selesa untuk petempatan manusia
serta dapat mencapai pembangunan yang mampan.
Rajah 3b: Peta Kedapatan Tanah Wilayah Lembah Klang
5.0 Rumusan
Pembangunan yang pesat di Wilayah Lembah Klang telah menyebabkan perubahan
dan pertambahan kawasan tepubina dari tahun ke tahun. Keadaan ini memerlukan
pengawasan dan pemantauan pembangunan yang segera dan sistematik untuk
mengelak daripada pertambahan pembangunan tepubina di kawasan yang berisiko
tinggi, kawasan perlindungan dan tanah rizab kerajaan. Keupayaan sistem maklumat
seperti GIS dalam penyimpanan data-data, pemaparan dan pengendalian analisisanalisis mampu memberi gambaran senario perubahan dan pertambahan tepubina yang
berlaku serta isu-isu. Hasil analisis ini secara tidak langsung mampu membantu Pihak
Berkuasa Tempatan dan Negeri untuk tujuan pemantauan perkembangan bandar dan
sektor-sektor lain seperti pemeliharan alam sekitar, pengangkutan bandar dan
sebagainya.
Rujukan
BKWPPLK, 1998, “AGISwlk: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Wilayah Lembah Klang”, Jilid I –
Pembangunan Pangkalan Data, Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan
Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri.
BKWPPLK, 1998, “AGISwlk: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Wilayah Lembah Klang”, Jilid II Analisis dan Aplikasi, Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah
Klang, Jabatan Perdana Menteri.
Yaakup, A., Johar, F. and Dahlan, N.A., 1997, “GIS and Decision Support Systems for Local
Authorities in Malaysia”, in H. Timmermans (ed) Decision Support Systems in Urban Planning, E
& FN SPON, London, 1977, pp. 212-228
Ngah, K, 1993, “Peraturan dan Kawalan Guna Tanah Bandar” Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.