dalam konteks Islam yang lebih komprehensif. Beliau berpendapat bahawa media Islam merupakan proses komunikasi yang merangkumi segala kegiatan informasi
masyarakat Islam. Media Islam melaksanakan segala fungsi sama ada yang berkaitan dengan pemberitaan, bimbingan dan hiburan di peringkat nasional atau global. Proses
tersebut pula perlu bertepatan dengan matlamat dan cara Islam dalam menampilkan mesej, bahan informasi, budaya dan hiburan serta didokong oleh pengamal media yang
multazim dengan Islam. Proses tersebut turut melibatkan segala prasarana dan peralatan informasi
12
.
2.2.2 Jenis-jenis Media Islam
Sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga kini, didapati proses penyampaian Islam menggunakan pelbagai jenis media sebagai saluran dalam media komunikasi Islam.
Antaranya ialah penggunaan media cetak dan media elektronik.
a Media cetak
Media cetak ialah media paling awal diterokai. Walaupun ianya dianggap bentuk konservatif , media ini masih lagi terkenal dan mempunyai maklumat yang
terperinci dan bermutu tinggi serta boleh menjadi rujukan dari semasa ke semasa. Kesegeraman maklumat yang diterima oleh pembaca merupakan keindahan
12
Marina Munira Talib, Suhailiza Md. Hamdani, Khatijah Othman Roslizawati Mohd Ramli ‘ Tugas
dan Tanggungjawab Media dalam Pembangunan Insan ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat
Rahim, Zainol Abidin Ahmad Noor Adzrah Ramle Ed., Representasi Islam Dalam Media, h. 27.
media cetak
13
. Di antara media yang digunakan Islam dalam media cetak ialah
14
:
a Al- Quran
Al-Quran dikategorikan sebagai jenis media cetak yang memiliki banyak fungsi seperti informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi
petunjuk, nasihat dan sebagainya.
b Tulisan
Dalam proses media komunikasi, tulisan merupakan media yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti contoh surat khabar,
majalah, risalah, poster, buku dan lain-lain. Rasulullah turut menggunakan medium ini untuk menyebarkan Islam kepada pemerintah-
pemerintah negara yang lain ketika itu melalui penulisan surat mengajak mereka mentaati Allah s.w.t. Malah, Allah turut bersumpah dengan
huruf nun sebagai isyarat kepentingan penulisan dalam penyebaran Islam. Firman Allah s.w.t :
“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis”.
15
c Lukisan atau gambar
13
Saodah Wok ‘ Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain Ed., Media and Muslim Society, Kuala Lumpur : International Islamic University Malaysia Press, 2006.
14
Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan Ed., Islam dan Komunikasi, h.27.
15
Surah al-Qalam 68 : 1.
Lukisan atau bentuk gambar merupakan media komunikasi yang paling tertua dalam sejarah dan masih digunakan sehingga hari ini. Contohnya,
cerita bergambar, peta, ukiran gambar, diagram, statistik dan sebagainya.
b Media Elektronik
Media elektronik merangkumi televisyen dan radio. Walaubagaimanapun, televisyen dilihat sumber paling dipercayai di antara kedua-dua media elektronik
ini
16
. Selain itu, arus permodenan hari ini memperkenalkan media baharu yang diklasifikasikan sebagai cabang media elektronik. Kepelbagaian media
elektronik di Malaysia juga merupakan medium yang digunapakai oleh Islam yang terdiri daripada rajah berikut
17
:
Rajah 1
16
Saodah Wok ‘ Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain Ed., Media and Muslim Society, h.27.
17
Munirah Abd Razak Nik Mohd Zaim Ab Rahim ‘Aplikasi Media Elektronik Sebagai Medium Pembelajaran Al-
Quran: Kajian Terhadap Televisyen Islam Di Malaysia ‘ dalam Sedek Ariffin, Khadher Ahmad, Ishak Haji Suliaman Ed.,
Tajdid in Qur‟anic Studies, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2014.
Di samping itu, Ghazali memasukkan penggunaan audio-visual sebagai media komunikasi Islam melihat kepada media tersebut merangsang deria
pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik seperti contoh filem, drama, sandiwara, teater dan sebagainya
18
. Khutbah, pidato dan ceramah yang dikategorikan dalam bentuk lisan turut dipraktikkan melalui media
elektronik pada hari ini seperti di televisyen, radio dan internet. Media lisan ini merupakan media asal dan sangat efektif dalam menyampaikan mesej Islam.
Contoh ayat al-Quran di bawah ini menyatakan bahawa Rasulullah menggunakan media ini secara langsung. Firman Allah s.w.t :
ﮭ ﮪ ﮫ ﮪ ﮦ ﯝ
19
Katakanlah Wahai Muhammad: Wahai sekalian manusia Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua, diutus oleh Allah Yang
menguasai langit dan bumi; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar- benarnya melainkan Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya kitab-kitab-Nya dan ikutilah
dia, supaya kamu beroleh petunjuk.
2.3 Matlamat Media Islam