PENDAHULUAN Matlamat Media Islam

BAB 2 KONSEP MEDIA ISLAM

2.1 PENDAHULUAN

Komunikasi merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi kebanyakan orang pada abad ke-21 kini. Teknologi komunikasi yang menggunakan perhubungan telah wujud sejak wujudnya manusia di muka bumi ini. Komunikasi mengalami revolusi daripada penggunaan asap kepada telefon dan sebagainya. Pada era globalisasi ini, perkara ini sekali lagi mengalami revolusi dengan kehadiran pelbagai aktiviti yang berteraskan komunikasi. Salah satu aktiviti tersebut ialah wujudnya beberapa bentuk media yang merupakan proses pembangunan negara. Di kesempatan ini, umat Islam perlu melihat media sebagai perkara yang baik dan seharusnya memanfaatkan peluang untuk menggunakan media sebagai wadah penyampaian Islam. 2.2 LATAR BELAKANG MEDIA ISLAM 2.2. 1 Definisi Media Islam Komunikasi merupakan sebaran am yang merujuk kepada media. Pada asasnya, menurut Musa Abu Hassan, komunikasi dan media adalah perkara yang sama kerana kedua-duanya membawa mesej yang disampaikan oleh pihak sumber kepada penerima 1 . Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, komunikasi merupakan perhubungan, perantaraan, penyebaran maklumat dan penyampaian maklumat 2 . Komunikasi berasal daripada bahasa Latin; communiccatio yang bermaksud menyampaikan atau dari perkataan communis yang bermaksud pemilikan bersama atau perkataan communis opinio yang bermaksud pendapat umum 3 . Harold D. Lasswell berpandangan komunikasi bermaksud “who says what in which channel to whom with what effect” 4 . Komunikasi menurut Burgoon pula ialah proses dinamik yang menghasilkan makna yang dikongsi bersama yang lahir melalui proses penyampaian dan penerimaan mesej yang difahami bersama 5 manakala Bernard Berelson dan Gary A. Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai the transmission of information, ideas, emotions, skills, etc. By the uses of symbol. 6 Mohd Yusof pula berpendapat komunikasi merupakan kegiatan bertujuan iaitu seseorang menyampaikan 1 Aminuddin Basir, Mohamad Sabri Haron, Nik Yusri Musa, ‘ Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam ’ dalam Jurnal Hadhari, Jilid 2, h. 67. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009. 2 Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Rujukan Persuratan Melayu : http:prpm.dbp.gov.my 16 Januari 2016. 3 Alo Liliweri, Komunikasi Antarpribadi, Bandung : Citra Aditya Bakti, 1991. 4 Sheila Steinberg, An Introduction to Communication Studies, South Africa : Juta Co. 5 Mohamad Md. Yusoff, ‘ Komunikasi Tanpa Lisan – Satu Tinjauan Ringkas ’ dalam Jurnal Komunikasi, Jilid 1, h. 64. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985. 6 Wiryanto, Pengantar Ilmu Komunikasi, Jakarta : Gramedia Widiasarana Indonesia, 2004. perutusan kepada individu lain dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu respon daripadanya. 7 Maksud media dalam Kamus Dewan ialah alat atau perantara dalam komunikasi atau perhubungan yang mampu menyampaikan maklumat dengan pantas. 8 Menurut Ghazali Sulaiman, media ialah “ the channel through which a message travel from the sources to the receiver”. Media berasal daripada perkataan Latin “mediare” yang bermaksud penghubung 9 manakala Alan Hancock berpendapat media berasal dari perkataan medium yang merujuk kepada komunikasi melalui satu cara yang berfungsi sebagai saluran maklumat. Islam turut memandang media sebagai wahana untuk menyampaikan mesej Islam. Syed Muhammad Sadati Al-Syanqiti berpandangan bahawa media Islam ialah medium yang menyampaikan mesej wahyu ilahi yang bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia yang disyariatkan Allah kepada manusia seluruhnya, dengan pelbagai cara yang baik dan mengikut maqasid syariah dan hukum-hukum Islam 10 . Menurut Jum’ah Sya’ban Wafi pula, media Islam ialah suatu pengislamisasian terhadap proses pemindahan maklumat sama ada cara-cara, bahan-bahan, sumber-sumber serta tujuan penyampaian maklumat tersebut 11 . Mahmud Karam pula memberikan definisi media 7 Mokhtar Muhammad Abdullah, Teknologi Komunikasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Bermaklumat : Satu Analisis Semula Peranan Media Elektronik di Malaysia, Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Mara, 1998. 8 Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http:prpm.dbp.gov.my 19 Januari 2016. 9 Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan Ed., Islam dan Komunikasi, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara, 2007. 10 Muhammad Khair Yusuf, Al- I‟lam Al-Islami Biliyujrafiya Bi al-Kutub wa al-Rasail wa al-Buhuth al- Jamii‟yyah, Riyadh : Dar Thawiq li al-Nasyar wa al-Tauzi’, 1993. 11 Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad Noor Adzrah Ramle Ed., Representasi Islam Dalam Media, Nilai : Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011. dalam konteks Islam yang lebih komprehensif. Beliau berpendapat bahawa media Islam merupakan proses komunikasi yang merangkumi segala kegiatan informasi masyarakat Islam. Media Islam melaksanakan segala fungsi sama ada yang berkaitan dengan pemberitaan, bimbingan dan hiburan di peringkat nasional atau global. Proses tersebut pula perlu bertepatan dengan matlamat dan cara Islam dalam menampilkan mesej, bahan informasi, budaya dan hiburan serta didokong oleh pengamal media yang multazim dengan Islam. Proses tersebut turut melibatkan segala prasarana dan peralatan informasi 12 .

2.2.2 Jenis-jenis Media Islam

Sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga kini, didapati proses penyampaian Islam menggunakan pelbagai jenis media sebagai saluran dalam media komunikasi Islam. Antaranya ialah penggunaan media cetak dan media elektronik. a Media cetak Media cetak ialah media paling awal diterokai. Walaupun ianya dianggap bentuk konservatif , media ini masih lagi terkenal dan mempunyai maklumat yang terperinci dan bermutu tinggi serta boleh menjadi rujukan dari semasa ke semasa. Kesegeraman maklumat yang diterima oleh pembaca merupakan keindahan 12 Marina Munira Talib, Suhailiza Md. Hamdani, Khatijah Othman Roslizawati Mohd Ramli ‘ Tugas dan Tanggungjawab Media dalam Pembangunan Insan ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad Noor Adzrah Ramle Ed., Representasi Islam Dalam Media, h. 27. media cetak 13 . Di antara media yang digunakan Islam dalam media cetak ialah 14 : a Al- Quran Al-Quran dikategorikan sebagai jenis media cetak yang memiliki banyak fungsi seperti informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat dan sebagainya. b Tulisan Dalam proses media komunikasi, tulisan merupakan media yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti contoh surat khabar, majalah, risalah, poster, buku dan lain-lain. Rasulullah turut menggunakan medium ini untuk menyebarkan Islam kepada pemerintah- pemerintah negara yang lain ketika itu melalui penulisan surat mengajak mereka mentaati Allah s.w.t. Malah, Allah turut bersumpah dengan huruf nun sebagai isyarat kepentingan penulisan dalam penyebaran Islam. Firman Allah s.w.t : “Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis”. 15 c Lukisan atau gambar 13 Saodah Wok ‘ Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain Ed., Media and Muslim Society, Kuala Lumpur : International Islamic University Malaysia Press, 2006. 14 Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan Ed., Islam dan Komunikasi, h.27. 15 Surah al-Qalam 68 : 1. Lukisan atau bentuk gambar merupakan media komunikasi yang paling tertua dalam sejarah dan masih digunakan sehingga hari ini. Contohnya, cerita bergambar, peta, ukiran gambar, diagram, statistik dan sebagainya. b Media Elektronik Media elektronik merangkumi televisyen dan radio. Walaubagaimanapun, televisyen dilihat sumber paling dipercayai di antara kedua-dua media elektronik ini 16 . Selain itu, arus permodenan hari ini memperkenalkan media baharu yang diklasifikasikan sebagai cabang media elektronik. Kepelbagaian media elektronik di Malaysia juga merupakan medium yang digunapakai oleh Islam yang terdiri daripada rajah berikut 17 : Rajah 1 16 Saodah Wok ‘ Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain Ed., Media and Muslim Society, h.27. 17 Munirah Abd Razak Nik Mohd Zaim Ab Rahim ‘Aplikasi Media Elektronik Sebagai Medium Pembelajaran Al- Quran: Kajian Terhadap Televisyen Islam Di Malaysia ‘ dalam Sedek Ariffin, Khadher Ahmad, Ishak Haji Suliaman Ed., Tajdid in Qur‟anic Studies, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2014. Di samping itu, Ghazali memasukkan penggunaan audio-visual sebagai media komunikasi Islam melihat kepada media tersebut merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik seperti contoh filem, drama, sandiwara, teater dan sebagainya 18 . Khutbah, pidato dan ceramah yang dikategorikan dalam bentuk lisan turut dipraktikkan melalui media elektronik pada hari ini seperti di televisyen, radio dan internet. Media lisan ini merupakan media asal dan sangat efektif dalam menyampaikan mesej Islam. Contoh ayat al-Quran di bawah ini menyatakan bahawa Rasulullah menggunakan media ini secara langsung. Firman Allah s.w.t : ﮭ ﮪ ﮫ ﮪ ﮦ ﯝ 19 Katakanlah Wahai Muhammad: Wahai sekalian manusia Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua, diutus oleh Allah Yang menguasai langit dan bumi; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar- benarnya melainkan Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya kitab-kitab-Nya dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh petunjuk.

2.3 Matlamat Media Islam

Media Islam merupakan badan yang melakukan tugasan secara sistematik dan berterusan untuk membina keperibadian manusia, menangkis tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam dan masyarakat dan menjana pengetahuan dengan 18 Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan Ed., Islam dan Komunikasi, h.27. 19 Surah al- A’raf 7 : 158. membekalkan input-input yang bermanfaat 20 . Oleh itu, matlamat dan objektif media Islam dapat diringkaskan kepada berikut: a Dakwah kepada Allah s.w.t Seperti yang diketahui, Islam menuntut agar setiap manusia berperanan sebagai seorang pendakwah. Menurut Naim Haji Ahmad, tuntutan ini turut menjadikan penggiat media sebagai perantaraan dalam menyebarkan dakwah Islam iaitu mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah 21 sesuai dengan firman Allah s.w.t : 22 “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan mengembangkan Islam, dan menyuruh berbuat segala yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya ”. b Berkhidmat membela kaum muslimin dan membantu urusan mereka Umat Islam merupakan umat yang bersatu tanpa mengira bangsa, warna kulit dan sebagainya sebagaimana Allah berfirman : ... 23 20 Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad Noor Adzrah Ramle Ed., Representasi Islam Dalam Media, Nilai : Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011. 21 Nik Roskiman Abdul Samad, Peranan Media dalam Melestarikan Kasih Sayang, Kertas kerja yang disampaikan dalam Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V Siri-4, Bangi : Institut Latihan Islam Malaysia 2014, November 17 22 . Surah al-Imran 3 : 104. 23 Surah al- Mu’minun 23 : 52. “Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya ...” Media Islam merupakan barisan hadapan umat Islam dalam membantu dan membela umat di seluruh dunia. Media Islam perlu menyampaikan maklumat tepat tentang saudaranya di seluruh negara untuk dikongsi bersama saudara yang lain 24 . Selain itu, pelbagai bantuan dan mesej perlu disiarkan melalui saluran yang pantas dan berkesan dalam mencapai matlamat sebagai sebuah media Islam. c Mempertahankan Islam Matlamat media Islam ialah menangkis doktrin-doktrin dan ideologi-ideologi para orientalis dan musuh-musuh Islam yang bertujuan melemahkan pegangan umat Islam terhadap agamanya 25 . Hal ini dapat dilihat melalui program- program yang mengasimilasikan agama Islam dengan budaya barat . Contohnya, filem-filem yang ditayangkan secara tidak langsung mempunyai suntikan halus terhadap umat Islam supaya lama-kelamaan ingin keluar dari kongkongan agama sekaligus mengaut keuntungan dari umat Islam. d Membina Akhlak Masyarakat Pembinaan akhlak ini merangkumi semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak sehinggalah orang tua supaya tidak terdedah dengan program- 24 Ahmad Kam il Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad Noor Adzrah Ramle Ed., Representasi Islam Dalam Media, h.27. 25 Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi M ohd Amin Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad Noor Adzrah Ramle Ed., Representasi Islam Dalam Media, h.16. program yang mempunyai unsur-unsur negatif seperti pornografi dan sebagainya. Media Islam perlu berpegang pada paksi yang asas iaitu untuk menyumbang program-program yang membina tamadun umat yang berkualiti dan berakhlak tinggi 26 . Tambahan lagi, menurut Zulkiple, tujuan tertinggi media Islam ialah membentuk taqwa manusia, menjaga dan mengawasi hubungan dengan Allah melalui mesej yang disebarkan serta melahirkan hubungan sosial yang berteraskan Islam 27 . Malah, menurut Muhammad Khair Yusof, tujuan media Islam ialah memberi petunjuk kepada manusia, memberi mereka kefahaman mengenai perkara-perkara agama dan dunia, menyuburkan pemikiran Islam yang tulen, berpegang kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah, menyebarkan akhlak Islamiah, menangani serangan pemikiran dan menyebarkan maklumat dan berita yang benar sahaja 28 .

2.4 Ciri-Ciri Media Islam