Ilmu Hadis Riwayah Ilmu Hadis Dirayah

1 MUSTHOLAH HADITS DEFINISI

I. ILMU MUSTHOLAH HADITS

Ilmu Mustholah Hadis ialah ilmu usul dan kaedah-kaedah untuk mengenali keadaan Sanad dan Matan samada ianya boleh diterima atau ditolak . Ilmu Hadis terbahagi kepada dua bahagian yaitu : Ilmu Hadis Riwayah dan Ilmu Hadis Dirayah .

1. Ilmu Hadis Riwayah

: Ilmu Hadis Riwayah ialah ilmu yang memfokuskan kepada pemindahan kata-kata Nabi s.a.w, perbuatan, riwayat, penjagaan dan penulisannya .

2. Ilmu Hadis Dirayah

: Ilmu Hadis Dirayah ialah ilmu yang membantu kita untuk mengetahui hakikat riwayat, syarat-syarat, bahagian- bahagian serta hukum-hukumnya. Begitu juga ia membantu kita mengetahui keadaan perawi, syarat-syarat perawi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya . Riwayat Sebenarnya ialah : Memindahkan Hadis dan seumpamanya dengan mensanadkan kepada orang yang dinisbahkan kepadanya. Pemindahan tersebut dilakukan secara riwayat atau khabar dan selainnya . Syarat-syaratnya : Perawi menerima apa yang diriwayatkan kepadanya melalui salah satu dari cara meriwayatkan Hadis samada melalui pendengaran, pembentangan, ijazah atau sebagainya . Bahagian-bahagiannya: Ittisal bersambung serta Ingqita terputus dan sebagainya . Hukum-hukumnya: Maqbul diterima dan Mardud ditolak . Keadaan Perawi: Adil dan Jarah . Syarat-syarat mereka: Dalam menyimpan dan menyampaikan Hadis . Bentuk-bentuk riwayat: Riwayat dari kitab-kitab, mukjam Hadis, juzu-juzu dan sebagainya . Perkara yang berkaitan dengannya ialah: Mengetahui istilah ahli Hadis . Ilmu ini dinamakan ilmu Hadis Dirayah, ilmu usul Hadis Riwayah atau ilmu Mustolah Hadis. Walau bagaimanapun ilmu Mustolah Hadis merupakan nama yang termasyhur, lebih jelas serta menepati apa yang dimaksudkan . 2 - Topiknya : Perawi dan Hadis yang diriwayatkan dari sudut penerimaan dan penolakan . - Faedahnya : Untuk mengetahui khabar dan riwayat yang disampaikan samada diterima atau ditolak . - Di antara karangan-karangan penting dalam ilmu ini ialah : 1 - عماسلاو يوارلا نيب لصافلا ثدحملا karangan Al-Qadi Abu Muhammad Ar-Ramahrumzi. Beliau merupakan orang pertama yang mengarang ilmu ini secara perseorangan . 2 - ثيدحلا مولع karangan Al-Hafiz Abu Amru bin As-Solah yang terkenal dengan Muqaddimah Ibnu Solah. Ibnu Hajar menyatakan bahawa: Beliau telah menghimpun di dalam kitabnya kesemua permasalahan yang timbul dan usaha ini tidak pernah dilakukan oleh pengarang-pengarang lain. Oleh sebab yang demikianlah orang ramai telah memberi tumpuan kepadanya serta mengikuti jalannya tanpa mengira apa yang disusun, diringkas, apa yang dijelas secara terperinci, apa yang dijelas secara ringkas serta apa yang diterima dan ditolak . Melihat kepada peri pentingnya ilmu ini, Imam Nawawi berusaha membuat kesimpulan di dalam kitabnya بيرقتلا . Ulama-ulama lain juga turut membuat kesimpulan di dalam kitab masing-masing seperti Ibnu Kasir di dalam Kitabnya ثيدحلا مولع راصتخا , Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya رثأا ل أ حلطصم يف ركفلا ةبخن dan lain-lain lagi .

II. PENGENALAN UMUM A. HADITS