44
Mereka yang hanya mempunyai sedikit Hadis tetapi tidak terdapat suatu keaiban yang menyebabkan Hadisnya yang sedikit itu ditinggalkan.
Bentuk lafaz yang digunakan: Diterima Makbul.
Apakah boleh berhujah dengannya
؟
Tidak boleh berhujah melainkan apabila ada ulama lain yang menyusuli Hadisnya, Tetapi jika dia bersendirian maka dia dipertikai dan tidak boleh dibuat hujah.
II. MARTABAT JARAH
Yaitu beberapa peringkat yang kita sebutkan perawi yang lemah dan yang amat lemah, sebagaimana yang disusun oleh Al-Hafiz Al-Iraqi dalam kitab
حاضيإاو دييقتلا
terdapat enam martabat.
A. Pertama
Mereka yang meriwayatkannya lebih daripada seorang tetapi tidak boleh dipercayai. Bentuk lafaz yang digunakan:
Tidak dikenali atau tidak diketahui keadaannya Apakah boleh berhujah dengan mereka
؟
Tidak boleh berhujah. Bolehkah mengambil Hadis dari mereka
؟
Ya, berserta dalil.
B. Kedua
Mereka yang tiada pengiktirafan daripada ulama muktabar dan juga dikatakan lemah Dhaif samada dijelaskan atau tidak.
Bentuk lafaz yang digunakan: Lemah Dhaif.
Apakah boleh berhujah dengan mereka
؟
Tidak boleh berhujah. Bolehkah meriwayatkan Hadis dari mereka
؟
Ya, berserta dalil dan penyesuaian.
C. Ketiga
45
Mereka yang tidak pernah diriwayatkan Hadis daripadanya melainkan seorang sahaja dan tidak mendapat pengiktirafan.
Bentuk lafaz yang digunakan: Tidak dikenali.
Apakah boleh berhujah dengan mereka
؟
Tidak boleh berhujah. Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka
؟
Ulama berselisih pendapat dalam peerkara ini dan yang paling tepat, jika mereka yang tidak dikenali itu dari kalangan Tabiee atau yang dekat dengan Tabiee boleh meriwayatkan Hadis mereka,tetapi berserta dalil dan
persesuaian. Sekiranya mereka agak terkebelakang,maka dikira dari sudut Hadis mereka sama ada diriwayatkan secara munkar atau ragu maka ianya ditolak, tetapi jika menepati dengan orang yang diakui maka boleh
diriwayatkan darinya.
D. Keempat
Mereka yang tidak diakui langsung dan dhaif serta dicela Bentuk lafaz yang digunakan:
Tinggal, Hadis yang ditinggalkan. Apakah boleh berhujah dengan mereka
؟
Tidak boleh. Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka
؟
Tidak boleh, kecuali untuk membezakannya dari Hadis sahih supaya tidak keliru.
E. Kelima
Mereka yang dituduh menipu atau mereka-reka cerita. Bentuk lafaz yang digunakan:
Dituduh penipu, mereka-reka cerita. Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka
؟
Tidak boleh, melainkan untuk membezakannya dari Hadis Sahih supaya tidak keliru.
F. Keenam
Mereka yang disifatkan sebagai menipu dan mereka-reka cerita. Bentuk lafaz yang digunakan:
Penipu, pereka cerita dan pembuat Hadis palsu. Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka
؟
Tidak, kecuali untuk membezakannya dari Hadis sahih supaya tidak keliru.
46
KEDUDUKAN SANAD SANAD
I. SANAD SANAD TERDEKAT DAN JAUH