Kelebihan menggunakan sistematik rekabentuk pengajaran

Bab 4 PEMBANGUNAN MODUL

Pengenalan

Di dalam bahagian ini akan diterangkan persoalan pertama kertas projek ini: langkah-langkah yang terlibat dalam pembangunan kit rekabentuk. Antara langkah yang terlibat dalam pembangunan kit rekabentuk ini adalah mengenalpasti matlamat pengajaran, menyediakan analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran asas dan ciri pelajar, menulis objektif prestasi, menyediakan ujian rujukan kriteria, menyediakan strategi pengajaran, membangunkan atau memilih bahan pengajaran, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penggunaan ID dalam pembelajaran

Menurut Thomspon (2001), tujuan penggunaan model rekabentuk pengajaran (ID) adalah sebagai garis panduan dalam membangunkan dan mempercepatkan proses pembangunan produk atau strategi pengajaran. Terdapat pelbagai model ID yang boleh dijadikan sebagai garis panduan Menurut Thomspon (2001), tujuan penggunaan model rekabentuk pengajaran (ID) adalah sebagai garis panduan dalam membangunkan dan mempercepatkan proses pembangunan produk atau strategi pengajaran. Terdapat pelbagai model ID yang boleh dijadikan sebagai garis panduan

Shambaugh & Magliaro (1997), model Dick dan Carey ” … is a procedural, step- by- step ID model that depicts a learning environment through instructional goals, which act as the stating point” (hlm. 33). Model Dick dan Carey merupakan model yang terkenal dan seringkali diajar di institut pengajian tinggi (Pershing, 2006). Di dalam artikel yang sama, Pershing menyatakan bahawa model ini turut digunakan dalam bidang perniagaan, perindustrian, agensi kerajaan dan latihan ketenteraan.

Pemilihan penggunaan model Dick dan Carey di dalam kertas projek ini adalah kerana model ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan rendah dan menengah (Taylor, n.d.). Model ini bersesuaian digunakan oleh mereka yang pakar dalam dan yang baru dalam bidang ID (Dick, Carey & Carey, 2001 & Taylor, n.d.). Dick, Carey dan Carey turut mencadangkan, pereka pengajaran yang baru supaya mengikut satu persatu langkah di dalam model Dick dan Carey bagi menjamin keberkesanan produk atau strategi pengajaran yang dibangunkan.

Rajah 3: Model Dick dan Carey (sources from Dick and Carey (1996))

Mengenalpasti matlamat pengajaran (identification of instructional goals)

Menurut Dick dan Carey, matlamat pengajaran adalah “ …clear statements of behaviours that learners are to demonstrate as a result of instruction” (hlm. 31).

Matlamat pengajaran boleh dikenalpasti dengan mengenalpasti permasalahan pengajaran. Permasalahan pengajaran, boleh diperolehi dengan menjalankan analisis keperluan (Rajah 4).

Rajah 4: Langkah dalam mengenalpasti matlamat pengajaran (Diadaptasi dari

Dick dan Carey)

Hasil daripada analisis keperluan, di dapati bahawa:

Permasalahan di dalam subjek Kimia bab 5 iaitu “Chemical for Consumers” adalah kerana bahan dan strategi pengajaran yang lebih berpusatkan guru. Ketika ini guru kimia bagi kelas tersebut hanya memberi penerangan menggunakan buku teks Kimia di dalam kelas dan pelajar hanya mendengar penerangan guru. Guru kimia kelas tersebut cuba memikirkan bahan dan strategi pengajaran alternatif yang menarik dan berpusatkan pelajar seperti penghasilan produk menggunakan kemudahan ICT sedia ada di sekolah.

Jesteru itu, fokus pengajaran bagi pembangunan kit rekabentuk ini adalah menghasilkan bahan dan strategi pengajaran yang menggabungkan kemahiran seni visual dan matapelajaran kimia (bab 5). Aktiviti yang dibangunkan mestilah berpusatkan pelajar dengan menggunakan kemudahan ICT sedia ada.

Cadangan menggunakan kemahiran seni visual adalah kerana ia adalah kemahiran yang seringkali digunakan apabila menggunakan ICT. Menurut Morison kemahiran seni visual diperingkat sekolah adalah relevan di dalam menyiapsediakan pelajar ke alam pendidikan universiti; kemahiran literasi visual adalah penting dalam menyempurnakan tugasan menggunakan pelbagai medium ICT seperti penggunan aplikasi persembahan. Selain daripada, Morrison turut menyatakan kemahiran seni visual adalah relevan sebagai salah satu daripada tuntutan pekerjaan kepada generasi muda.

Hasil daripada analisis keperluan dan permasalahan pengajaran, matlamat pengajaran bagi kit rekabentuk adalah:

Pelajar berupaya menggunakan perisian Microsoft PowerPoint™ untuk menghasilkan poster dan brosur berkaitan topik Chemical for Consumers dengan menggunakan kemahiran visual.

Menyediakan analisis pengajaran (conduct instructional analysis)

Bahagian 1

Menurut Dick dan Carey (2001), tujuan utama analisis pengajaran adalah “ … to identify the skills and knowledge that should be included in our instruction ” (hlm. 37).

Dua langkah utama dalam bahagian 1 adalah (1) mengkategorikan matlamat dalam „domain of learning’ (Gagne), dan (2) menjalankan analisis matlamat

dengan mengenalpasti dan menyusun langkah-langkah utama yang perlu dilakukan bagi melaksanakan matlamat pengajaran.

Menurut domain of learning (Gagne), matlamat pengajaran bagi kertas projek ini berada di bawah kategori kemahiran intelek kerana pelajar diberikan tugasan yang melibatkan penyelesaian masalah (Dick dan Carey, 2001).

Rajah 5 menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menghasilkan untuk menghasilkan poster dan brosur berkaitan topik Chemical for Consumers.

Rajah 5: Analisis matlamat bagi kit rekabentuk (diadaptasi dari Dick & Carey,

Bahagian 2

Menurut Ingram (2005), Dick dan Carey (2001), analisis pengajaran adalah satu proses membahagikan matlamat pengajaran kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan spesifik seperti mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar bagi mencapai matlamat pengajaran. Tujuan utama pelaksanaan analisis pengajaran adalah untuk memperbaiki mutu pengajaran (Ingram, 2005).

Pendekatan secara hierarki telah digunakan dalam menyediakan analisis pengajaran. Pendekatan secara hierarki digunakan apabila ia melibatkan gabungan dua atau lebih bidang pengetahuan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan (Dick dan Carey, 2001). Di dalam konteks ini, pelajar perlu Pendekatan secara hierarki telah digunakan dalam menyediakan analisis pengajaran. Pendekatan secara hierarki digunakan apabila ia melibatkan gabungan dua atau lebih bidang pengetahuan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan (Dick dan Carey, 2001). Di dalam konteks ini, pelajar perlu

Dick dan Carey turut menyenaraikan beberapa persoalan yang boleh dijadikan panduan semasa menjalan analisis pengajaran:

 “What must the student already know so that, with a minimal amount

of instruction, this task can be learned?” (hlm. 61)

 “What is it that the student must already know how to do, the absence

which would make it impossible to learn this subordinate skill?” (hlm. 61)

Berdasarkan kepada matlamat pengajaran yang telah dikenal pasti, analisis pengajaran telah dilakukan dengan membahagikan matlamat pengajaran kepada bahagian yang lebih kecil seperti yang tertera pada rajah 5.3. bagi kemahiran intelek kertas projek ini adalah:

Rajah 6: Analisis pengajaran menggunakan pendekatan secara hierarki (diadaptasi dari Dick & Carey, 2001)

Mengenalpasti kemahiran asas dan ciri pelajar.

Pada peringkat ini pereka bentuk perlu mengenalpasti ciri-ciri pelajar, konteks untuk menyampaikan pengajaran dan konteks di mana kemahiran yang diajar akan digunakan. Di dalam konteks kertas projek ini, penyelidik menggunakan

pendekatan „try-out learners’ di mana pengkaji yang juga pereka bentuk pengajaran menilai pengajaran yang sedang dibangunkan ke atas sekumpulan

pelajar yang mempunyai latarbelakang yang sama dengan sasaran populasi.

Analisis pelajar dijalankan menggunakan pendekatan temuramah kepda guru kelas dan juga kaedah pemerhatian. Menurut Ragan dan Smith maklumat tentang pelajar boleh diperolehi melalui teknik temuramah kepada guru atau mereka yang terlibat secara langsung dengan sasaran populasi. Di dalam konteks ini, pengkaji telah menemuramah guru Kimia yang mengajar pelajar. Teknik pemerhatian ke atas pelajar yang mempunyai latar belakang yang sama dengan sasaran populasi turut dijalankan. Temuramah dengan pelajar tidak dapat dijalankan disebabkan oleh kekangan waktu.

Entry behaviour

 Pelajar terdiri daripada penuntut sekolah berasrama penuh  Pelajar boleh bertutur dan menulis di dalam bahasa Melalyu dan

Inggeris

 Pelajar mempunyai latarbelakang akademik yang bagus: Memiliki keputusan minima 7A daripada 8A dalam peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah.  Pelajar mempunyai kemahiran melayari laman web.

 Pelajar berusia 17 tahun

Prior Knowledge of Topic Area

 Pelajar mempunyai pengetahuan di dalam subjek Kimia dan topik

„Chemical for Consumers’.  Pelajar mempunyai pengetahuan minima di dalam penggunaan perisian Microsoft PowerPoint™.  Pelajar mempunyai pengetahuan minima dalam pengetahuan seni

visual

Persekitaran Pembelajaran

Selain daripada analisis pelajar, persekitaran pembelajaran turut dianalisis semasa di peringkat ini. Menurut Smith dan Ragan (1999), persekitaran pembelajaran menerangkan tentang tenaga pengajar, kurikulum sedia ada, perkakasan media, organisasi sekolah dan komuniti. Perenggan berikut akan Selain daripada analisis pelajar, persekitaran pembelajaran turut dianalisis semasa di peringkat ini. Menurut Smith dan Ragan (1999), persekitaran pembelajaran menerangkan tentang tenaga pengajar, kurikulum sedia ada, perkakasan media, organisasi sekolah dan komuniti. Perenggan berikut akan

Tenaga pelajar

Tenaga pengajar merupakan guru subjek Kimia yang mempunyai pengalaman mengajar 6 tahun dalam subjek Kimia. Beliau juga merupakan guru ICT yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Beliau mempunyai pengetahuan ICT dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Walaubagaimanapun beliau mempunyai pengetahuan yang minima dalam kemahiran seni visual. Beliau mempunyai akses kepada makmal komputer dan peralatan ICT lain. Guru mempunyai komputer riba yang telah dibekalkan oleh kerajaan.

Konteks pembelajaran

Melawati tempat menjalankan kajian: Makmal kimia dan makmal komputer

Kemudahan:

Peralatan:

Makmal kimia : Projektor disediakan walaubagaimanapun tiada kemudahan komputer disediakan. Projektor disediakan untuk penggunaan komputer riba

bagi kegunaan guru sahaja. Tiada kemudahan internet disediakan.

Rajah 8 menunjukkan kemudahan projektor di makmal kimia

Makmal komputer: Terdapat 10 biji komputer disediakan di makmal komputer. Setiap komputer mempunyai akses ke internet. Setiap biji komputer turut dimuatkan dengan perisian Microsoft PowerPoint. Walaubagaimanapun tiada kemudahan peralatan projektor disediakan dimakmal komputer.

Pencetak: Pencetak hitam putih disediakan dimakmal komputer.

Rajah 9 menunjukkan susun atur makmal komputer di tempat kajian dijalankan

Masa:

Setiap mata pelajaran termasuk subjek kimia diberi peruntukan masa sebanyak

40 minit. Guru turut diberi masa tambahan yang boleh digunakan selepas waktu kelas iaitu pada waktu prep petang. Waktu prep petang adalah waktu belajar secara informal oleh pelajar sekolah asrama. Walaubagaimanapun guru boleh menggunakan waktu prep petang untuk membuat latihan pengukuhan atau sebarang aktiviti pembelajaran.

Sumber kewangan:

Tiada sumber kewangan yang diperuntukan kepada guru sekiranya guru berminat menggunakan kaedah baru dalam pengajaran. Segala material adalah di bawah tanggungan guru sendiri.

Menulis objektif prestasi

Objektif prestasi adalah penerangan tentang apa yang pelajar belajar setelah mereka melengkapkan suatu topik pengajaran.

Secara keseluruhannya di akhir bengkel kit reka bentuk pelajar berupaya mereka bentuk poster dan brosur dalam masa yang ditetapkan menggunakan

komputer, perisian Microsoft PowerPoint™, internet, buku teks kimia dan himpunan gambar berkaitan topik 5 subjek kimia. Bengkel ini terdiri daripada

4 unit iaitu modul warna, imej, font dan susun atur . Objektif prestasi bagi setiap modul adalah:

Unit 1: Warna

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™, kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan

topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih warna yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi pnenerangan sebab pemilihan warna.

Unit 2: Imej

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™, kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan

topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih imej yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi penenerangan sebab pemilihan imej.

Unit 3: Font

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™, kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih font yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi penenerangan sebab pemilihan font.

Unit 4: Susunatur (visual balance, chunking dan justified)

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™, kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan

topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih susuan atur yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi penenerangan sebab pemilihan susun atur.

Menyediakan ujian rujukan kriteria

Langkah seterusnya adalah membangunkan peralatan penilaian (assessment instruments). Tujuan penggunaan peralatan penilaian ini adalah untuk menilai kemajuan pelajar di dalam menguasai kemahiran yang telah ditetapkan oleh objektif pengajaran dan kualiti bahan pengajaran yang telah dibangunkan.

Menurut Dick dan Carey (1999), objektif di dalam domain intelek adalah lebih kompleks. Antara contoh objektif di dalam domain ini adalah seperti menghasilkan produk. Pendekatan yang dicadangkan adalah menulis arahan untuk diikuti oleh pelajar. Menghasilkan kriteria bagi menghakimi kualiti, dan menukarkan kriteria menjadi senarai semak yang dikenali sebagai rubrik yang dijadikan sebagai panduan dalam menilai produk yang telah dibangunkan oleh pelajar.

Menurut Mosal (2000), sistem pemarkahan rubrik seringkali diaplkasikan bagi menilai kualiti sesuatu bahan pengajaran, pembelajaran atau aktiviti.

Jadual berikut menunjukkan sistem pemarkahan rubrik bagi kit rekabentuk yang dibangunkan.

Jadual 1: Rubrik brosur dan poster: Design for Chemistry for Consumers Objektif

Lemah (1 –2) Prestasi Warna

Cemerlang (5 )

Sederhana (3 –4)

Pelajar memilih

Pelajar TIDAK warna yanxg

Pelajar memilih

memilih warna bersesuaian dengan bersesuaian dengan

warna yang

yang bersesuaian tajuk poster/brosur

dengan tajuk yang dipilih.

tajuk poster/brosur

yang dipilih.

poster/brosur yang dipilih.

Pelajar TIDAK Pelajar berupaya

berupaya memberikan

Pelajar TIDAK

memberikan penerangan sebab

berupaya

penerangan pemilihan warna

memberikan

sebab pemilihan dan maksud warna

penerangan sebab

pemilihan warna dan warna dan di dalam buku kerja. maksud warna.

maksud warna.

Contoh: Pemilihan

Pemilihan warna warna merah

Pemilihan warna

yang dipilih sebagai latar

yang dipilih turut

TIDAK belakang poster

dizahirkan pada

dizahirkan pada kerana merah

poster/brosur

poster/brosur melambangkan bahaya dan racun kimia amat berbahaya bila diminum. Pemilihan warna yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur

Imej Pelajar memilih Pelajar memilih imej Pelajar TIDAK imej yang

memilih imej bersesuaian dengan dengan tajuk

yang bersesuaian

yang bersesuaian tajuk poster/brosur

dengan tajuk yang dipilih.

poster/brosur yang

dipilih.

poster/brosur yang dipilih.

Pelajar berupaya

Pelajar TIDAK memberikan

Pelajar TIDAK

berupaya penerangan sebab

berupaya

memberikan

memberikan memberikan

penerangan dalam buku kerja.

penerangan sebab

pemilihan imej.

sebab pemilihan imej.

Pemilihan imej yang Pemilihan imej yang Pemilihan imej dipilih turut

yang dipilih dizahirkan pada

dipilih turut

TIDAK poster/brosur

dizahirkan pada

poster/brosur

dizahirkan pada poster/brosur

Jenis font Pelajar memilih font Pelajar memilih font Pelajar TIDAK dan warna

yang bersesuaian

memilih font dengan tajuk

yang bersesuaian

yang bersesuaian poster/brosur yang

dengan tajuk

dengan tajuk dipilih.

poster/brosur yang

dipilih.

poster/brosur yang dipilih.

Pelajar berupaya

Pelajar TIDAK memberikan

Pelajar TIDAK

berupaya penerangan sebab

berupaya

memberikan pemilihan font dan

memberikan

penerangan warna di dalam

penerangan sebab

sebab pemilihan buku kerja.

pemilihan font dan

warna di dalam buku font dan warna kerja.

di dalam buku kerja.

Pemilihan font yang Pemilihan font yang Pemilihan font dipilih turut

yang dipilih dizahirkan pada

dipilih turut

TIDAK poster/brosur

dizahirkan pada

poster/brosur

dizahirkan pada po ster/brosur

Susunatur Pelajar memilih

Imej dan font imej dan

Imej dan font

TIDAK disusun font (visual sistematik.

susun atur yang

disusun dengan

dengan balance,

KURANG

sistematik. chunking

Imej dan font

sistematik.

disusun Imej dan font dan

menggunakan DUA tidak disusun justified)

daripada teknik: menggunakan visual balance,

teknik visual chunking dan

balance, justified.

chunking dan justified.

Pelajar TIDAK memberikan

Pelajar berupaya

Imej dan font

berupaya penerangan sebab

disusun

menggunakan salah memberikan pemilihan susunatur SATU daripada

penerangan imej dan font di

sebab pemilihan dalam

teknik: visual

balance, chunking

susunatur imej susunatur imej

dan justified.

dan font di dalam buku kerja.

Pemilihan susunatur Pelajar TIDAK Pemilihan yang dipilih turut

susunatur yang dizahirkan pada

berupaya

dipilih TIDAK poster/brosur

memberikan

penerangan sebab

dizahirkan pada pemilihan susunatur poster/brosur imej dan font di dalam buku kerja.

Pemilihan susunatur yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur

Menyediakan strategi pengajaran

Model strategi pembelajaran dipilih pada peringkat ini. Bagi kertas projek ini, penyusun pendahuluan (Ausibel) atau Advance organizer di bawah model Information processing famili telah digunakan didalam strategi pengajaran. Di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), penyusun pendahuluan didefinisikan sebagai “Gambaran struktur tentang perkara yang akan dipelajari yang diberikan pada bahagian awal pengajaran. Gambaran tersebut bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan mengekalkan daya ingatan.” (Hlm. 6). Kaedah penyusun pendahuluan telah dipilih kerana ia berupaya meningkatkan kemahiran intelektual semasa menggunakan kit rekabentuk (Shambaugh & Magliaro, 1997). Terdapat tiga peringkat aktiviti di dalam penyusun pendahuluan (Joyce dan Weil, 1996) iaitu persembahan penyusun pendahuluan, persembahan bahan pembelajaran dan pengukuhan organisasi kognitif. Jadual 2 berikut adalah strategi-strategi pengajaran yang telah dibangunkan mengikut peyusun pendahuluan.

Jadual 2 : Strategi Pengajaran

Persembahan

Di dalam pendekatan penyusun pendahuluan, perlulah penyusun pendahuluan dinyatakan tujuan pembelajaran, hubungkait antara knsep baru pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pelajar, persembahan kandungan termasuk pengenalan terhadap konsep dan contoh. Pada peringkat awal bengkel, para pelajar berkumpul di Di dalam pendekatan penyusun pendahuluan, perlulah penyusun pendahuluan dinyatakan tujuan pembelajaran, hubungkait antara knsep baru pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pelajar, persembahan kandungan termasuk pengenalan terhadap konsep dan contoh. Pada peringkat awal bengkel, para pelajar berkumpul di

Persembahan bahan

Guru memberi kuliah berkaitan penggunaan warna, imej,

pembelajaran

font dan susun atur di dalam poster dan brosur. Penerangan diberikan kerana pelajar akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari untuk menghasilkan poster dan brosur. Kuliah yang diberikan turut memberikan gambaran kepada pelajar cara mereka bentuk poster dan brosur.

Pengukuhan organisasi Setiap kumpulan pelajar diberikan satu set panduan

kognitif

membangunkan poster dan satu set panduan membangunkan brosur. Pelajar perlu berbincang dan merancang apa yang perlu dilakukan dalam menghasilkan poster dan brosur dengan menggunakan buku panduan poster da brosur. Pelajar dikehendaki menjawab segala soalan yang ditanya dalam buku panduan yang diberikan. Pelajar menggunakan kemahiran seni visual yang telah dipelajari dan buku kerja panduan poster dan brosur bagi menghasil poster dan brosur (Seperti dalam rajah ).

Rajah 9 menunjukkan guru menerangkan matlamat pengajaran kepada pelajar

Rajah 10: Pelajar sedang membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan poster dan brosur

Rajah 11: Pelajar sedang menghasilkan brosur di makmal komputer

Langkah 7 . Membangunkan atau memilih bahan pengajaran.

Pemilihan bahan media seperti buku atau persembahan PowerPoint untuk menyampaikan pengajaran dilakukan pada peringkat ini (Dick dan Carey, 1999). Pada peringkat ini, pereka bentuk pengajaran menentukan sama ada untuk menggunakan bahan sedia ada atau membangunkan bahan baru. Keputusan membina atau menggunakan bahan-bahan pengajaran bergantung kepada pengajar dalam menyampaikan pengajaran: menggunakan pendekatan tradisional seperti buku atau menggunakan kemudahan teknologi seperti persembahan PowerPoint.

Menurut Reiser dan Dick (1996) dan Fitzpatrick (2001), pemilihan untuk membina atau menggunakan bahan sedia ada bergantung kepada beberapa faktor iaitu mendapatkan bahan pengajaran sedia ada dan kos membangunkan bahan baru.

Di dalam konteks kertas projek ini, buku teks kimia yang digunakan di sekolah di seluruh sekolah kebangsaan di Malaysia telah dijadikan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar menggunakan buku teks kimia untuk merujuk kepada kandungan bab 5 iaitu topik “Chemical for Consumers”. Penggunaan buku teks ini adalah mengambil kira kerana ia digunakan dalam pembelajaran kimia di sekolah, setiap pelajar memiliki senaskah buku teks tersebut dan tiada kos yang terlibat dalam penggunaan buku teks kimia.

Selain daripada itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dibangunkan pada peringkat ini adalah:

 Satu set bahan pengajaran yang terdiri daripada 5 set persembahan PowerPoint: Pengenalan kepada poster dan brosur, warna, imej, font dan susun atur. Bahan pengajaran ini akan digunakan oleh guru untuk

mengajar pelajar tentang seni visual (Appendiks ).  Dua set buku kerja yang menjadi panduan kepada pelajar untuk mereka

bentuk poster dan brosur. Pelajar perlu melengkapkan buku kerja tersebut sebelum memulakan rekabentuk poster dan brosur (Appendiks ).

Pembangunan set bahan pengajaran tidak melibatkan kos yang tinggi. Bahan pengajaran dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint dan guru boleh menggunakan persembahan PowerPoint berulangkali. Aplikasi ini turut dipasang pada komputer riba dan komputer-komputer di makmal sekolah, oleh itu pelajar dan guru tidak untuk mengakses bahan pengajaran ini kelak.

Dua buku set kerja disediakan sebagai panduan untuk pelajar mereka bentuk dan menghasilkan poster dan brosur dengan menggunakan kemahiran seni visual yang telah dipelajari pada awal bengkel kit rekabentuk. Selain dijadikan sebagai panduan, buku kerja ini turut menjadi pengukur untuk melihat sejauh mana pelajar menggunakan kemahiran seni visual dalam menghasilkan poster dan brosur.

Langkah 8 . Penilaian formatif.

Menurut Merriam-Webster Online dan The Free Dictionary Online, penilaian bermaksud menentukan kualiti sesuatu bahan atau produk.

Terdapat dua jenis penilaian di dalam rekabentuk pengajaran iaitu penilaian prestasi pelajar dan penilaian bahan pengajaran (Smith dan Ragan, 1999).

Penilaian prestasi pelajar dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada pelajar telah mencapai objektif pengajaran. Manakala penilaian bahan pengajaran bertujuan melihat keberkesanan material yang dibangunkan.

Terdapat dua jenis penilaian, penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian formatif adalah penilaian semasa di peringkat pembangunan bahan pengajaran. Tujuan penilaian formatif adalah untuk memperbaiki bahan pengajaran yang sedang dibangunkan.

Penilaian formatif di dalam kit rekabentuk ini melibatkan sesi temuramah bersama sekumpulan kecil pelajar yang terdiri daripada enam orang. Menurut Shambaugh dan Magliaro (1997) tujuan penilaian bersama sekumpulan pelajar adalah untuk melihat keberkesanan bahan pengajaran dan mengenalpasti kelemahan bahan pengajaran untuk diperbaiki.

Di dalam konteks kertas projek ini, penilaian bersama sekumpulan pelajar dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan bahan pengajaran.

Penilaian formatif melibatkan sesi temuramah bersama seorang guru turut dijalankan. Guru tersebut turut terlibat dalam menggunakan bahan pengajaran yang telah dibangunkan. Tujuan temuramah dijalankan adalah bagi mengenalpasti kelemahan dan kelebihan bahan pengajaran yang telah dibangunkan.

Langkah 9 . Penilaian sumatif

Langkah terakhir di dalam model ini adalah penilaian sumatif. Penilaian dijalankan setelah bahan pengajaran dibangunkan atau sesebuah bengkel dijalankan (Shambaugh dan Magliar, 1997). Menurut Smith dan Ragan (1999), penilaian sumatif dijalankan untuk menilai keberkesanan sesebuah bahan pengajaran. Antara persoalan yang cuba dicari di dalam penilaian sumatif adalah adakah bahan pengajaran yang telah dibangunkan berjaya mencapai hasil pengajaran yang dikehendaki? (Shambaugh dan Magliar, 1997).

Di dalam konteks kertas projek ini, persoalan yang cuba dikaji adalah: Adakah bahan pengajaran yang telah dibangunkan berjaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar berusia 16 tahun? Keberkesanan bahan pengajaran ini di nilai melalui analisis hasil kerja (poster dan brosur) dan buku kerja pelajar (peserta bengkel Kit Reka bentuk).

Bab 5