BAB 3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA 1

INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA
(KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)

MAKSUD INTERAKSI
Menurut

Kamus Dewan edisi
ketiga, interaksi bermaksud
tindakan atau perhubungan aktif
antara satu sama lain.
Interaksi juga bermaksud tindak
balas antara dua atau beberapa
pihak.

KESAN INTERAKSI
ANTARA TAMADUN

Positif

Negatif


Kesan Positif :
(Tamadun
Islam,Yahudi,Kristian) 
Beberapa

kesan positif telah dikesan semasa
zaman kemunculan Islam di Tanah Arab
Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah
Madinah) yang digubal oleh Nabi
Muhammad saw,di Madinah hak-hak orang
Kristian dan Yahudi serta penganutpenganut agama lain telah diberi
perlindungan.
Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai
penulis dan ahli intelektual daripada
kalangan individu-individu Yahudi dan
Kristian.

Kesan Positif : (India, Cina)
Agama


Buddha disebarkan ke Negara
China melalui interaksi ini.
Astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India
Terdapat kemahiran teknologi membuat
gula daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang
China.
Antaranya ialah teknologi pembuatan
kertas, bahan letupan, percetakan,
penggunaan kompas dan lain-lain.
Selain itu, usaha-usaha penterjemahan
buku-buku koleksi astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China.

Kesan Positif :
(Islam, China)
 Pedagang-pedagang

Arab dan Parsi memainkan

peranan penting dalam interaksi ini
 Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur
antara pedagang-pedagang ini dengan wanitawanita tempatan.
 Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran
agama Islam di negara China yang akhirnya
mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina
 Mempelajari mengenai kompas,teknologi
percetakan, teknologi bahan letupan dan
pembuatan kertas.
 Turut berlaku dalam teknologi logam dan
pembuatan tembikar
 Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi
dan farmasi

Kesan Positif :
(Islam, Melayu)
 Hubungan

antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu

telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui
perdagangan.
 Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam
di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan
Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau,
Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.
 Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orangorang Melayu.
 Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan
penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di
Kepulauan Melayu.
 Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,
kesenian,material seperti pakaian, makanan dan istilahistilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Kesan Positif :
(China, Melayu)
 Melahirkan

kesan positif dalam kemahiran dan
teknologi serta kebendaan.
 Tamadun China membawa teknologi membuat

gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu,
perusahaan sutera, pembuatan tembikar serta
pertukangan logam.
 Interaksi antara tamadun China dengan
tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu
secara aman dan secara konflik peperangan.
 Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti
perdagangan, imigrasi dan hubungan
diplomatik.
 Contohnya kemuncak hubungan diplomatik
Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah
zaman Kesultanan Melaka.

Kesan Positif :
(China, Jepun)
Sumbangan

yang penting ialah dari segi
agama dan tulisan.
Agama Buddha dari Negara China telah

dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah
diasimilasikan dengan agama asal
orang Jepun, iaitu agama Shinto
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.
Agama Buddha telah mencapai zaman
kemuncak semasa zaman Nara dan
Heian.

Di

samping agama, tulisan adalah satu
lagi kesan penting yang dibawa oleh
Tamadun China ke Jepun
Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun
Ajaran falsafah Konfusianisme dari
China turut diasimilasikan dalam
tamadun Jepun.
Ajaran Konfusianisme yang memberi

penekanan kepada institusi keluarga
telah memantapkan lagi institusi
kekeluargaan Jepun.
Interaksi antara tamadun China dengan
Jepun telah berlaku secara aman dan
penerapan tamadun China dalam
Tamadun Jepun telah memperkukuhkan
identiti Tamadun Jepun.

Kesan Negatif :
(Yahudi, Kristian, Islam)


Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian
dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.



Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan
orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke18 Masihi.




Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan
agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.



Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman
pertengahan di Eropah.



Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak
melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang
dikenali sebagai peperangan Perang Salib



Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut

Islam dan Yahudi.



Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor
perbezaan agama, ekonomi dan politik

Kesan Negatif :
(India, Islam)
 Terdapat

peristiwa-peristiwa yang mana orangorang Islam dibunuh dan masjid-masjid
dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama
Hindu
 Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganutpenganut agama Hindu dan kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam
 Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan
mengharamkan beberapa upacara keagamaan
Hindu.

 Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak
keras terhadap penganut-penganut Hindu.
 Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil
yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di
Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan
sebagainya.

Kesan Negatif :
(India, China)
Tamadun

India dengan tamadun China
juga berlaku konflik terutama semasa
agama Buddha mula diperkenalkan ke
dalam masyarakat Cina pada zaman
pemerintahan Dinasti Han Timur
Kemasukan agama tersebut telah
mendapat tentangan cendekiawan
Konfusianisme yang amat berpengaruh
dalam pentadbiran Dinasti Han.

Sami-sami Buddha telah dikurung dan
kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk
menghalang perkembangan agama
tersebut

Kesan Negatif :
(Islam, China)
 Berlaku

interaksi antara tamadun Islam dengan
tamadun China pada tahun 751 masihi.
 Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih
telah mengalahkan angkatan perang China yang
dipimpin oleh Kao Hsien-chih
 Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah
mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan
Tang di Negara Chin
 Permusuhan antara orang Islam dengan orang China
juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap
pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.
 Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara
negara China telah bermusuh dengan orang Islam
kerana iri hati dengan kemewahan yang dinikmati
oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan.
 Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton
menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh

FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI ANTARA
TAMADUN
Toleransi

kepimpinan

Nilai
Pemikiran
Keinsanan
Geografi
Institusi

Interaksi Tamadun China
dan India
 Tamadun

ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2
sebelum masihi
 Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa
pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur)
merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun
China dan India.
 Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya
India, maka China juga telah berkongsi banyak
persamaan dengan budaya masyarakat India.
 Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek
kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.
 Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku
penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari
sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang
China yang telah pun meresap dalam falsafah-falsafah
warga tempatan China terutama falsafah Konfusianisme.

 Agama

Buddha kemudiannya telah mengalami
proses penyesuaian dengan tradisi budaya China
tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak
terjejas.
 Kesan interaksi positif antara tamadun China
dengan India ialah beberapa alat muzik dan
struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun
China.
 Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang
popular di istana dan di kalangan bangsawan
China.
 Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi
membuat gula dari tebu diperkembangkan pada
zaman Tamadun China.
 Manakala kesan positif interaksi tamadun yang
diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan
sains dan teknologi orang China yang telah
berkembang di dalam masyarakat India.
 China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli
cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti
Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam
kerajaan Dinasti Tang.

 Beliau

bertanggungjawab memperkenalkan
sistem kalendar China yang lebih tepat
daripada tahun 727 masihi
 Perkembangan dalam bidang kesusasteraan
juga turut menerima kesan interaksi antara
tamadun China dan India.
 Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita
dongeng, kisah-kisah teladan,kias yang
berkaitan dengan Buddha telah
mempengaruhi tulisan sastera China.
 Selain itu, percampuran dan penyerapan
bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa
China turut berlaku.
 Contoh yang paling ketara ialah kemunculan
pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah
kesan perhubungan tamadun China dan India.
 Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini
agak merosot dan lebih bersifat hubungan
diplomatik dan perdagangan.

Interaksi Tamadun Islam
dan China
 Berlaku

pada awal abad ke-3 masihi dan telah
adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana
kerajaan Wei.
 Orang-orang Arab menggunakan dua laluan
penting untuk ke China iaitu :
Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi
Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking
Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5
masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India
dan Kepulauan Melayu hingga ke Canton di
tenggara China.
 Terdapat

catatan yang menyatakan bahawa pada
abad ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai
ke Teluk Parsi

 Pada

pertengahan abad ke-7 masihi,ramai
pedagang Arab telah menetap di daerah
tenggara China seperti Kwang Cho
(Canton),Chang Chow dan Chuan Cow.
 Hubungan perdagangan antara Arab dan
China menjadi semakin rancak pada abad ke8 dan mereka telah mendirikan masjidmasjid di kawasan Guangzhou dan
Guanzhou.
 Selepas beberapa abad kemudian,munculnya
beberapa tokoh Muslim tempatan seperti
Wang Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (16401711),Liu Zhi (1660-1730) dan Ma Dexin
(1794-1874).
 Penglibatan tokoh–tokoh ini turut
mempengaruhi hasil penulisan dan usaha
penterjemahan selepas mereka.
 Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis
China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan
yang telah diterbitkan pada tahun 1642.

 Penulis

China banyak menggunakan konsep-konsep yang
sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi
memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan.
 Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme
dengan ajaran Islam seperti xiao (penghormatan kepada
ibu bapa),zhong (kesetiaan),shu (altruisme) yang telah
banyak membantu penulis-penulis China muslim
memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.
 Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana
China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah
menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica :
Seberang Laut sebanyak 6 jilid.
 Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat
di Arab.
 Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu
Jamaluddin telah memberi sumbangan penting
penciptaan kalendar baru untuk Kublai Khan pada tahun
1267 masihi
 Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China
ketika pemerintahan Dinasti Yuan.
 Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut juga
menyumbang dalam aspek senibina.
 Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di
Xinjiang (Sinkiang ).

Interaksi Antara Tamadun
China dan Jepun













Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui
perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang
memerintah Korea.
Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi
lagi.
Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi
tentangan puak utara pada kurun ke-2 masihi.
Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah
menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam
budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.
Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan
tulisan.
Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di
Jepun.
Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi
sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang
telah membawa kepada perkembangan intelektual.
Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai
mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun.
Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan
gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.



Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760
masihi turut memperlihatkan penggunaan gabungan
perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam
perbendaharaan kata Jepun.



Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam aspek binaan.
Contohnya dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan
plan pembinaan Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan
dalam Dinasti Sui.



Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut
menerima kesan serta perubahan.



Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam
memperkukuhkan institusi raja.



Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan
agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto.



Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa
iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan.



Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasihsayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan
penting kepada orang-orang Jepun.



Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah
yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambang
penyembahan penting.

Interaksi Antara Tamadun
India dengan Asia
Tenggara
 Secara

teologi, interaksi ini telah memberi peluang
kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha
kepada masyarakat Asia Tenggara.
 Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang
penting dalam kerajaan-kerajaan awal di
AsiaTenggara seperti di
Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.
 Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia
Tenggara ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan
Brahmanisme.
 Agama Hindu turut mempengaruhi sistem
pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan
kewujudan konsep “devaraja”.
 Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja
setaraf dengan dewa.
 Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di
Asia Tenggara ialah mazhab Mahayana dan
Hinayana (agama Buddha Theravada).

 Agama

Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang
dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum
India.
 Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan
perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang
dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama
Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya
pada abad ke-7 masihi.
 Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia
Tenggara iaitu di Thailand,Myanmar,Burma dan Laos
menerima agama dari Mazhab Buddha Hinayana
 Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang
berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi
tamadun ini.
 Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa
penting di istana.
 Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan
Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia
Tenggara.

 Aktiviti

penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini
telah dilakukan selapas wujudnya interaksi antara
Asia Tenggara dengan tamadun Islam.
 Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke
dalam Bahasa Melayu dan ditulis dengan
menggunakan tulisan Jawi.
 Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan
perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.
 Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh
dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan
daripada interaksi ini.
 Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan
penduduk Asia Tenggara secara amnya telah
menyebabkan berlakunya perkahwinan campur
secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
 Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat
sebagai kesan interaksi antara tamadun ini.
 Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem
perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah
dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam
Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.

Interaksi Antara Tamadun
Islam dengan Asia
Tenggara
 Perkembangan

Agama Islam telah memberi
sumbangan yang besar kepada perkembangan dan
penerimaan tamadun Islam di kawasan Asia
Tenggara.
 Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagangpedagang Islam sejak abad pertama hijrah.
 Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam
datangnya dari Yaman iaitu sebuah kerajaan Arab
yang bergiat penting dalam perdagangan.
 Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang
mengatakan bahawa Islam di Asia Tenggara
datangnya dari India.
 Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada
beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O
Winstedt,Vlekke, Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet
dan masing-masing mengaitkan penglibatan
pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

Interaksi Antara Tamadun
Islam dengan Eropah









Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika
Utara,Sepanyol dan Sicily.
Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily
adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan
dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam
tamadun Eropah.
Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman
dan peperangan.
Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.
Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang
antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi
konflik.
Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib
ini.Antaranya ialah:
Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian
kepada penganut Islam
Ketidakseimbangan ekonomi
Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian
untuk berperang dengan orang-orang Islam

 Perkembangan

dan usaha penterjemahan bukubuku adalah kesan interaksi positif yang berlaku.
 Penterjemahan buku falsafah Greek telah
menghubungkan orang-orang Eropah dengan
tamadun Greek (Yunani).
 Hal ini kerana penterjemahan buku telah
dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan
Bani Abbasiyah.
 Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi
bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah
telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam.
 Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku
secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila
tercetusnya perang salib yang berlaku selama
200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14
masihi).
 Sebelum perang salib,Eropah berada dalam
zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi)
 Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada
pertangahan kurun ke-7.

 Kemuncak

perkembangan tamadun Islam
berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.
 Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan Islam di Eropah.
 Universiti-universiti Sepanyol di Cordova,
Seville, Malaga dan Granada telah menjadi
pusat pengajian terpenting kepada pelajar
Kristian.
 Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti
falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik
yang berkembang pesat di Sepanyol telah
mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah.
 Orang-orang

Islam Sepanyol telah
menyumbang karya-karya penting dalam
bidang seni muzik.
 Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah
diterjemahkan dalam bahasa latin dan
memberi peluang kepada masyarakat Eropah
mempelajari seni ini.

KESIMPULAN











Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orangorang terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga
tercetusnya revolusi pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.
Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara
tamadun. Antaranya ialah :
Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan
memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan
Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa
cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat
dan cenderung kepada semangat keinsanan.
Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan.
Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh
sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian.
Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara
masyarakat yang memilki tamadun yang berbeza. Konflik ini
dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan
politik.
Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan
mempengaruhi tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive
(penerima).
Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar
seterusnya akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai
perubahan-perubahan penting.

RUJUKAN










Internet :
http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6interaksi-antara-tamadun-dan.html
http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/
web/mal-india.pdf
http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Isla
m_2.pdf
Buku :
Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,
Kuala Lumpur,Universiti Malaya, 2001.
Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001.
Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor
Darul Ehsan, 2004.
Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini
Sulaiman,Mahadi Abu Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi,
Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007